Tips Rezeki Deras
2.16K subscribers
4.51K photos
441 videos
2 files
2.31K links
Assalamualaikum wbt,
Selamat datang ke Group TIPS REZEKI DERAS Semoga setiap perkongsian ilmu memberi manfaat kepada kita semua dan kita dapat istiqomah beramal dengan ilmu yang kita perolehi. InshaAllah terus upgrade ilmu untuk dunia dan akhirat 💕
Download Telegram
Siapa yang belum sedekah al-fatihah buat diri sendiri hari ni?
.

Kalau belum, jom sekarang.
.

Al-fatihah adalah doa memohon pertolongan dan hidayah. Resapkan makna alfatihah baris demi baris dengan linangan air mata.
.

Ada orang terlupa mendoakan hidayah buat diri. Dia hanya sibuk memohon hidayah buat orang lain. Sebab dia rasa dirinya baik dan bagus tak perlu meminta hidayah.
.

Amalkan selalu jom.
.

Saya suka ingatkan orang yang suka diingatkan.
.
Inilah saya. 😊
Nora Yusof
#Penulis_FTR
Tanda kita mula bersyukur ialah kita mula berusaha
.
Ubah diri
Ubah hidup
Menjadi lebih baik daripada sebelumnya.
.
Bukannya tak buat apa-apa.
.
Dari tak zikir cuba belajar zikir
Dari tak solat sunat, tambah solat sunat
Dari takda harta, usaha tambah harta untuk kesenangan dunia akhirat.
.
Bukan tunggu
Bukan minta
Bukan hutang
Bukan tak buat pape.
.
😮
.
Usaha ubah diri kita sendiri na...
.
Jadi lebih baik, bagus itu tanda dan niatkan kita bersyukur pada Allah.
.
Aku bersyukur ni sebab tu aku nak berubah. Pasang hajat macam tu nanti Allah bantu permudahkan.
.

Nora Yusof
#Penulis_FTR
#FTRExclusive
#UtamakanKeberkatan
Rahsia kaya ialah....
.
.
.
.
.
Apabila kita meminta dengan Yang MAHA KAYA.
.
Itulah kekayaan.
.
Siapa yang rasa hidup dia sempit sekarang, rasa susah, hutang banyak. Perbaiki hubungan dengan yang MAHA KAYA sekarang.
.
Mula-mula sekali mesti dapatkan ILMU yang betul tentang.
.
1) Perbaiki solat
2) Jauhi Maksiat
3) Berjemaah
4) berselawat
5) membaca Al-quran
6) Bersedekah
7) Istighfar
😎 Bersyukur.
.
Rahsia yang bukan rahsia pun sebenarnya. Tapi ramai ada ilmu tapi tak buat. Itulah Ilmu yang tak bermanfaat. Tahu tapi tak buat. Sekadar tahu saje. Buatnya malas.
.
Ilham kekayaan harta benda datangnya dari Allah sama ada dalam bentuk perniagaan laris dan maju ka. Pelaburan berjaya ke, dapat durian runtuh ka. Banyak cara Allah nak beri kaya. Allah beri Ilham untuk kita asbab jadi kaya bila kita jaga hubungan dengan DIA. Allah beri IlMU pun satu bentuk kekayaan juga. Tinggal kita nak amal atau tidak.
.
Dah tahu rahsia kaya? Tunggu apa lagi? Buatlah sekarang. Buat dengan istiqamah. Bukannya susah pun.
.
Bukannnya nak mudah, pergi cari orang kaya minta duit dengan diorang. Lepas tu bila diorang tak beri apa kita minta, kita caci maki diorang, kata diorang kedekutlah, sombonglah, tak membantulah, cakap tak serupa bikinlah. Kata orang kaya tak berimanlah.
.
Kenapa kita salahkan orang bila mereka tak memberi apa kita minta?
.
Kenapa kita tak salahkan diri kita yang meminta-minta dengan Makhluk?
.
.
Allah kan ada.
.
.
Tak yakin dengan Allah sebab tu minta dengan Makhluk. Heee.
.
Nora Yusof.
#Penulis_FTR.
ANDA PERNAH RASA 'FRUST'?

Ada orang bercerita dan tanya saya macam mana nak buat bila berkeadaan,

"Rasa frust betul dengan family ni. Mak sensitif dalam adik beradik. Kita sorang je pulun bisnes. Mak kalau apa apa, tak de duit ke semua minta kat kita padahal, adik beradik lain ada, ada yang keje.

Bila kita cakap, mula la sensitif.
Tapi family tak pernah kesian kan kita. Dia nampak kita senang. Dia tak tahu kita ni pulun bisnes bagai nak gila.

Sape ada masalah macam ni?"
.
.
Jawapan?
Baca ni.. 👇👇👇
.
Okey first sekali kita kena set dalam minda. Duit kita ada, duit kita cari, duit dapat tu semua Allah yang beri. Bukan sebab hasil kita bisnes, bukan sebab hasil kita kerja keras.
.
Sebab, bila kita rasa kita dapat duit sebab bisnes dan keje keras kita, Yes! Kita akan rasa penat. Sebab kita kata duit tu kita dapat sebab kita usaha. Allah nak beri pahala kat kita melalui mak dan adik beradik kita. Pahala sedekah pada saudara kandung dan pahala bersabar menempuh tempoh kritikal nak berjaya.

Memang macam tu rule orang yang berjaya. Dia akan lalui benda-benda ni. Penentu kita berjaya atau tak ialah kita IKHLAS atau tak, nak tolong diorang tu dengan 'harta dan duit' yang Allah beri pada kita untuk disampaikan pada orang?

Allah nak jadikan kita kaya ni, dia akan uji kita dalam konsep memberi. Berapa banyak kita beri, berapa banyaklah kita akan kaya nanti.
.
Kalau masa susah, kita dah merungut dan berkira-kira nak memberi, Allah takkan beri kita mudah kaya harta dan hati.
.
Contoh macam ni, Allah beri duit kat kita melalui bisness dan keje keras kita tu. Nak kita hulurkan hasilnya pada ibu dan saudara lain dengan tujuan:-

1) Nak test kita boleh jadi pemberi yang baik tak
2) Nak test kita penyabar tak
3) Nak test kita ikhlas dan redha tak.

Kalau kita gagal lalui test ni dengan tenang, maknanya jauh lagilah kejayaan kita nak sampai. Setiap hasil yang kita hulurkan disaat kita susah dengan niat sedekah, Allah akan balas berkali lipat. Yang tak syok masa nak beri tu kita rasa berat dan pedih sebab aku usaha penat2 nak bagi orang senang2 je kan.

Yup memang itu akan berlaku pada setiap manusia bila dia rasa tu hasil dari usaha dia. Bukannya dari Allah. Akan lalui penyakit hati ni.

Kita akan ikhlas dan rela hati nak bagi pada orang adalah bila kita rasa kita ni wakil yang menyampaikan bagi pihak Allah. Wakil hulurkan duit pada manusia sekeliling kita. Bantuan untuk orang tapi Allah pilih kita untuk sampaikan.
Rezeki kita sedang lebih besar menanti jika kita lulus test ni. Allah beri hadiah nanti. 😊 Allah tu kaya. Tak berkurang sikit pun KekayaanNYA. Kita je rasa berkurang bila memberi. Takut habis. Padahal. Rezeki dari Allah tu tak pernah habis-habis sampai kita mati.
.
Keadaan macam ni ambik masa sebab berperang dengan keikhlasan dan iblis. Jadi kita kena sentiasa muhasabah dan set mind tu. Sangka baik. Allah mengikut sangkaan hamba. Bergantunglah pada Allah dan bukannya pada harta tu. In shaa Allah lepas dan lulus ujian.

"Orang beriman ialah apabila ia merasa CUKUP."
.
.
Nora Yusof
#Penulis_FTR

p/s : Bermanfaat? Say "ALHAMDULILLAH" 😍

Silakan #SHARE.

#BackToAllah
Kerja kita usaha ja.
.
Kalau dapat laksanakan usaha pun dah satu rahmat.
.
Apa dia tu?
.
Buat iklan tapi takda sales.
.
Dapat buat iklan tu pun sepatutnya kita syukuri. Bukan bila dah dapat sales baru nak bersyukur.
.
Percayalah, sales akan kejar orang yang bersyukur hanya asbab buat iklan semata. Sebab dia yakin Allah melihat usaha dia.
.
😊
Allah takkan siakan orang yang berusaha apatah lagi yang bersyukur dengan Firmannya jika kamu bersyukur maka aku tambahkan nikmatku, jika kamu kufur maka azabku sangatlah pedih.
.
Dapat sesuatu?
.
Jemput share post ni dan komen 'Alhamdulillah'
.
Nora Yusof.
#Penulis_FTR
Tips Rezeki Deras
Photo
[Buat bisness tapi hidup makin jauh dari Allah]
.
Tak sempat nak baca sehelai mukasurat Al-Quran pun. Rasa useless sangat-sangat.
.
Balik jauh malam, penat. Lepas tu duduk disofa empuk tanpa segera menyiapkan diri untuk terus mandi dan solat. Menangguh-nangguh. Nantilah buat. Bisik hati kecil. Akhirnya tertido sampai ke pagi.
.
Hanya solat wajib sahaja mampu buat. Itu pun tidak boleh berlama-lama ditikar sejadah. Usai beri salam, terus bangun tanpa doa.
.
Asyik risau dan sangat struggle tentang rezeki. Duit ada banyak tapi terasa tak cukup dan tak tenang. Nak cari lebih banyak duit. Mula berkira-kira asyik stress tengok akaun bank duit makin sikit.
.
Mula persoalkan cukup ke dan tak cukup ke.
.
Ada cabaran je, mula menyalahkan orang lain.
.
Anak isteri jadi mangsa lepaskan marah. Rumah tangga tak aman. Pergaduhan kerap  berlaku. Masalah kecil pun boleh jadi besar. Sifat sabar beransur hilang.
.
Ketenangan, kedamaian mula hilang dari hidup. Setiap hari berulang-ulang benda yang sama. Rasa jiwa kosong. Rupanya..............
.
Siapa ada masalah ni untuk kita bantu anda kembali bahagia selamanya? 😊
.
Nora Yusof.
#Penulis_FTR.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Siapa-siapa sini yang berhajat nak dapatkan FTR, gunakan duit simpanan dan sebagainya.
.
.
jangan risau
jangan takut
.
Sebab setiap sen yang anda keluarkan niatkan untuk dapatkan ILMU.
.
Dapatkan ILMU ni pahala. Bacanya dapat pahala, ulang bacanya dapat pahala. Apatah lagi beramal dengannya. Semuanya pahala. Dapatkan Ilmu untuk menjadi lebih berjaya, lebih baik, lebih soleh. Itu paling penting.
.
Sebab ada orang, nak beli buku, nak pergi seminar, nak belajar apa-apa, dia nak baca, ikut orang, terpengaruh semata. Nak niat atau tujuan apa dia tak tahu. Kita dalam hidup ni mesti ada tujuan, mesti ada target. Dan mesti faham setiap apa yang kita buat mesti dengan niat/tujuan yang jelas.
.
Bukan niat nak kaya, bukan niat dapat duit ribu riban tanpa jelas. Untuk apa? Betulkan niat in Shaa ALLAH duit yang dikeluarkan untuk melabur dalam ILMU beroleh barokah.
.
Kadang niat tak betul tu yang buat tak jumpa apa yang dicari-cari. 😕
.
.
Nora Yusof
#Penulis_FTR
Buat bisness tapi hidup makin jauh dari Allah]
.
Tak sempat nak baca sehelai mukasurat Al-Quran pun. Rasa useless sangat-sangat.
.
Balik jauh malam, penat. Lepas tu duduk disofa empuk tanpa segera menyiapkan diri untuk terus mandi dan solat. Menangguh-nangguh. Nantilah buat. Bisik hati kecil. Akhirnya tertido sampai ke pagi.
.
Hanya solat wajib sahaja mampu buat. Itu pun tidak boleh berlama-lama ditikar sejadah. Usai beri salam, terus bangun tanpa doa.
.
Asyik risau dan sangat struggle tentang rezeki. Duit ada banyak tapi terasa tak cukup dan tak tenang. Nak cari lebih banyak duit. Mula berkira-kira asyik stress tengok akaun bank duit makin sikit.
.
Mula persoalkan cukup ke dan tak cukup ke.
.
Ada cabaran je, mula menyalahkan orang lain.
.
Anak isteri jadi mangsa lepaskan marah. Rumah tangga tak aman. Pergaduhan kerap berlaku. Masalah kecil pun boleh jadi besar. Sifat sabar beransur hilang.
.
Ketenangan, kedamaian mula hilang dari hidup. Setiap hari berulang-ulang benda yang sama. Rasa jiwa kosong. Rupanya..............
.
Siapa ada masalah ni untuk kita bantu anda kembali bahagia selamanya? 😊
.
Nora Yusof.
#Penulis_FTR.
Buat bukan kerana Allah, sebab tu hati tu sakit 😊
.
.
Kita hidup makan, minum, berjalan, berpakaian semuanya bukan kerana Allah sebab tu hati kita sakit dan disakiti.
.
Engkau tak buat kerja kerana aku, tak ikhlas kerana aku, sebab tu aku sakitkan hati kau.
.
Begitulah lebih kurang.
.
Sakitkan hati macam mana tu? Hadirkan orang sekeliling kita dengan perangai jahat-jahat untuk menyusahkan kita. Rezeki hilang kejap ada kejap takda. Kerja dari pagi sampai ke malam, dari malam sampai ke pagi dengan kepenatan yang teramat.
.
.
Kita rasa kita baik? Kita rasa kita betul? Orang lain jahat? Orang lain yang salah? Satu kita tuding jari kat orang, 4 balik kat kita. Betul? Maksudnya salahkan diri kita dulu sebelum nak salahkan orang lain. Kita rasa kitalah manusia paling baik atas muka bumi ni. Orang lain kejam, orang lain jahat, kenapa dia anayai aku, kenapa dia khianati aku? Apa aku buat pada dia? Aku tak buat apa pun kat dia.
.
Aah lah betullah tu kita tak buat kat dia tapi kita buat kat Allah. Makan kita, pakai kita, pertuturan kita, dosa kita, kita tak sedar dan tak pernah pun niat kerana Allah. Contoh berpakaian. Ya Allah aku pakai baju ni keranamu ya Allah. Peliharalah diriku dari aib-aibku. Kita tak pernah pun doa macam tu. Bukankah Allah itu maha teliti perhitungannya? Sekecil2 apa pun perbuatan kita ada dosa dan pahalanya.
.
Okey habis tu kenapa pulak nabi tu diuji jugak, itu maksudnya nabi tu buat dosa jugak ke?
.
Tak lah, tapi nabi lalui ujian itu penuh kenikmatan, penuh kemanisan, penuh keredhaan, penuh kesabaran, penuh kecintaan, penuh kesyukuran hanya kerana Allah.
.
Kita?
.
Penuh kemarahan, penuh kesakitan, penuh keletihan, penuh kepenatan, penuh kepahitan. Penuh kebencian sehingga berbelas tahun lamanya.
.
.
Sebab kita buat kerja kita, niat kita, baik lisan mahupun perbuatan, kita lalui kerja kita kesusahan kita bukan niat keranaNYA.
.
.
Sebab tu kita dihukum dengan kepedihan.
.
.
Ujian itu nikmat bagi orang yang beriman.
.
.
Masih ada imankah kita?
.
.
Fikir dan renungkanlah.
.
.
Nora Yusof
#Penulis_FTR
#MenulisKeSyurga
Cuba latih diri sangka baik pada orang.
.
Orang cakap apa, orang gurau apa, orang buat apa.
.
Cuba set di minda tu perkara baik dulu.
.

Orang cakap apa-apa, Yang kita fikir dulu adalah negatif selalu pasal orang.
.
Cuba berlatih hari ni. Hari ni ja. Jumpa sapa-sapa yang tegur ka yang senyum ka. Cuba latih diri fikir positif.
.
Contoh yang selalu kita fikir.
.
Orang kita tak kenal tengah senyum kat kita. Yang kita fikir
"Dia nak ngurat akulah tu"
"Dia ada niat jahat ka"
"Kenapa dia cakap macam tu, terasa aku"
.
.
Kita mungkin terasa sendiri. Jadi kita kena cek hati kita dulu sebelum kita cek hati orang. Kena bersangka baik pada orang. Orang tak bersangka baik pada kita tu hal dia dengan ALLAH.
.
Sekarang kita nak baiki diri kita. Latih diri kita. Kalau setakat nama gitu dah tak tahan ujian. Macam mana nak hadap yang lebih besar? Hati kena kebal.
.
Cubalah latih diri sangka baik pada orang. Tengok perubahan apa yang jadi.
.
Sama juga dengan ALLAH, Sangka baik pada ALLAH. Kalau kita hilang sesuatu benda yang diambil dari kita. Wajib kita yakin ALLAH pasti memberikan ganti ianya dengan yang lebih baik.
.
.
Nora Yusof.
#Penulis_FTR
Hati itu tenangkan dengan mengingati Allah.

Ada masalah mengadulah pada Allah.

Mintalah pada Dia.

Fokuslah membahagiakan orang lain dan bahagiakan diri sendiri.

Jangan fikir negatif. Jangan buruk sangka. Jangan sedih. Jangan down. Banyakkan bersyukur.

Even makan nasi kosong teruskan senyum dan ucapkanlah alhamdulillah.

Walaupun menumpang dirumah orang sekurangnya kita masih punya ruang untuk hidup dan tido.

Banyakkan bersyukur. Jangan komplen jangan mengeluh.
.
Jaga hati. Jaga hati. Jaga hati.
.
Banyakkan senyum.
Orang hebat ujiannya berat.

.
Sakit sekalipun senyum dan syukur lah.
.
Andai kata cikgu meninggal ada sesiapa nak datang melawat? Apa yang akan korang ingat bila cikgu mati nanti?
.
Jangan berkelahi antara satu sama lain. Berpegang tangan ingatlah kita sebagai 'teman sejati' yang dicari-cari.
.
Sentiasa mendoakan satu sama lain. Berjemaah. Berpimpin tangan. Bantu membantu. Jangan fikir buruk. Sentiasa fikir hikmah.

Ini jalan dakwah
memang
syaratnya payah.
.
Tempuhilah dengan tabah. ☺️
Buatlah kerana lillah.
.
Nora Yusof.
#Penulis_FTR