ASBFinancing.COM
301 subscribers
52 photos
23 links
Khairul Asrol - PM saya: Wasap.my/60177224227/ASBF

Engineer & Certified Financial Advisor (FIMM) sejak 2019, kepakaran saya adalah membantu memaksimakan simpanan kewangan ASB anda dengan bijak. 😊
Download Telegram
APA KELEBIHAN AMBIL TEMPOH PALING PANJANG ASBF?

Kadang saya dapat soalan, ambil tempoh panjang atau pendek lebih bagus?

Jawapan saya mudah, ambil tempoh paling panjang untuk 2 sebab. Pertama, bayaran bulanan rendah. Kedua, dari segi return of investment juga adalah lebih tinggi.

Maksud nya mcm gini, tempoh panjang, bulanan jadi rendah. Automatik beza keuntungan akan lebih banyak.

Ingat formula ni, tempoh panjang, modal jadi rendah. Tempoh pendek, modal jadi tinggi.

Tapi kedua-duanya tetap bagi pulangan setinggi 20-30% setahun dengan ASBF.

Nak tak saya kirakan macamana dengan dividend 5.75% setahun, tapi pulangan jadi lebih 20-30% setahun? 😱

Nanti saya share next posting. 🔥

P/s: dividen ASB dah masuk ke akaun ASB masing² ya harini. Boleh semak akaun masing². Tahniah!

#BijakASBF
#DividenReturn
RETURN SAMPAI 20-30% DENGAN ASBFINANCING?

Biar betul? Ya sangat betul tuan² dan puan². Dalam pelaburan, kita akan kira jumlah modal tolak jumlah pulangan = net profit.

Kelmarin saya bantu seorang client untuk plan macamana nak buat ASBF 200K, berapa modal bulanan dan tahunan, serta projection return dalam masa setahun, dua tahun dan seterusnya.

Bila angka kita jelas, kita tak perlu risau sebab kita tahu apa kita buat. Sebab tu saya selalu pesan, ilmu dulu baru yakin buat ASBF.

Yang bezakan orang cepat capai target bukan teori —tapi bila dia mula buat tindakan.

ASBF ni kalau makin tangguh, makin besar bulanan nanti kalau umur makin naik.

Kalau nak saya guide, wasap saja. Percuma. Lepas faham, baru decide nak buat atau tak.

WS saya: Wasap.my/60177224227/ASBF

#BijakASBF
#BijakMelabur
BELI RUMAH DAPAT CASH RM200K?

Mesti best kan bila habis je kita bayar rumah idaman kita, kita dapat lagi cash RM200,000!! 😱

Nak tak kalau saya share macamana cara nak dapatkan cash RM200k masa dah habis bayar rumah?

Jom saya kongsikan. Caranya mudah saja. Sebelum kita miliki rumah kediaman, kita buat dahulu ASBF 200K.

Kemudian, kita bayar tahun pertama sahaja, dan rolling dividen untuk bayaran tahunan kedua dan seterusnya sampai tamat tempoh.

Genap 35 tahun, bayaran rumah selesai, kita pun akan dapat cash RM200K daripada sijil ASBF yang dah matang.

Selain daripada duit KWSP, kita juga dapat RM200k + rumah. Siapa nak bagi RM200k percuma kan kalau bukan dengan ASBF? 😉

Duit RM200K ni kalau kita biarkan dalam akaun ASB kita, boleh dapat pulangan RM10-12K dividen. Boleh pakai RM1,000 setiap bulan tanpa perlu bekerja. Wow!

Teori rolling dividen ni, sesuai untuk umur bawah 35 tahun. Sebab kalau atas 35 tahun, bulanan akan lebih tinggi sebab umur dah banyak. Jadi susah sikit nak full rolling dividen.

Dalam konsep pelaburan, yang cepat bertindak memang akan ada kelebihan. Ini kita panggil compounding effects.

Sejak 2019, saya share pasal ASBF ni, dan dah bantu ramai cikgu, doktor, pekerja swasta apply ASBF dengan cara yang betul.

Yang penting, belajar ilmu dulu baru buat. 👍

http://Wasap.my/60177224227/ASBF

#BijakASBF
#RollingDividen
DIVIDEN KWSP UMUM 6.15%!

Berita gembira bagi semua pemegang akaun KWSP persaraan pada hari ini.

Pengumuman 6.15% adalah angka yang besar bagi sesuah institusi keselamatan dana awam yang mana kita label sebagai low risk investment dengan konsisten dividen return.

Cadangan terbaru untuk minta masukkan dividen ke akaun 3 tidak dapat dilaksanakan kerana tidak sesuai dengan dasar dan akta dana persaraan KWSP.

Soalan menarik biasanya, berapa target dana KWSP yang sesuai waktu kita bersara 55 tahun nanti?

Kiraan mudah, dividen 5%, kalau total duit persaraan kita RM200,000, boleh dapat dividen RM10,000. Anggaran RM1,000 sebulan tanpa perlu bekerja lagi.

Untuk keperluan barang dapur sudah sangat cukup rasanya jika tiada komitmen lain.

Apatah lagi kalau ditambah dengan dividen dari akaun ASB RM200,000 kita nanti. Boleh bayangkan berapa duit passive yang kita akan dapat dan boleh guna secara senang hati tanpa perlu bekerja lagi? Fikirkan. 😉

http://Wasap.my/60177224227/ASBF

#BijakMerancang
#BijakMelabur