ASBFinancing.COM
351 subscribers
41 photos
20 links
Khairul Asrol - Certified Financial Advisor (FIMM), kepakaran saya adalah membantu memaksimakan simpanan kewangan ASB anda dengan bijak. 😊 PM saya: Wasap.my/60177224227/ASBF
Download Telegram
KADAR OPR NAIK, ASBF MAKIN RUGI?

Ramai tertanya-tanya bila OPR naik, semestinya kadar bulanan juga akan meningkat.

Jadi adakah Asbfinancing ini masih berbaloi? Jawapan saya ya.

Dari dulu lagi saya dah berpesan, Asbfinancing ini adalah produk bank yang win-win situation.

Kita dapat manfaat pinjaman dalam skala jumlah yang banyak, dan bank mendapat keuntungan daripada pinjaman kita melalui interest rate.

Sebab itu juga kalau kita kalau kita perasan, bila OPR meningkat, dividen tahunan juga akan turut meningkat! Ini dah berlaku pada tahun sebelumΒ² ini.

Jika ABFinancing menjadi produk yang merugikan, pasti ramai yang akan terminate sekaligus membebankan pihak bank untuk menjana keuntungan.

Jadi, jangan terlalu risau dengan kenaikan OPR untuk ASBFinancing. Buat ASBF ini bukan macam pinjaman liabiliti kereta atau rumah yang tiada pulangannya. Usah terlalu risau.

Berita baik, sekarang pendaftaran saya buka semula untuk 10 orang terawal yang nak daftar ASBFinancing bulan ini setelah sekian lama pendaftaran ditutup.

Boleh teruss wasap saya jika berminat: https//wasap.my/60177224227/MinatASBFinancing

#ForceSaving
#ASBFinancing
PELAN PERSARAAN DENGAN ASB FINANCING

Pernah tak kita terdetik sampai bila kita akan terus bekerja?

Pernah tak kita terfikir alangkah beruntungnya orang yang bekerja kerajaan kerana ada duit pencen setiap bulan apabila mereka bersara?

Jadi, apakah pelan persaraan bagi kebanyakan orang biasa seperti saya juga?

Jawapan saya simple. ASBF adalah antara jalan penyelesaiannya.

Bayangkan dengan menggunakan teknik rolling dividen, kita cuma perlu keluar modal setahun saja total RM12,000 maximum kemudian gunakan dividen untuk bayar komitment tahun berikutnya.

Apabila habis tempoh, kita akan dapat cash RM200k tu dalam akaun ASB kita.

Modal RM12,000 selepas 30-35 tahun jadi RM200,000. Wow!

Jadi apa kita perlu buat selepas itu? Saranan saya, anda biarkan saja duit RM200,000 tu dalam ASB dan hanya keluarkan dividen sahaja setiap tahun untuk perbelanjaan harian tanpa perlu bekerja.

Contoh dividen 5% x 200k = RM10,000. Sebulan anda boleh bebas berbelanja RM800-1000 tanpa perlu bekerja.

Ibarat dapat duit bulanan tanpa perlu meminta dari sesiapa.

Berapa ramai saya nampak apabila mereka sudah lanjut usia lebih 70 tahun tapi masih lagi perlu bekerja utk menyara kehidupan.

Saya percaya, nak menyimpan bukan mudah. Ianya perlukan pengorbanan.

Apatah lagi untuk kumpul RM200K dengan simpanan sendiri. Inilah saja cara yang saya dapat kongsikan.

Saya tak salahkan mereka, mungkin mereka tidak tahu. Jadi kita lah yang harus bersiap sedia. Semoga bermanfaat. 😊

Kuota bulan Ogos masih ada minggu terakhir: Wasap.my/60177224227/ASBF

#DanaPersaraan
#PencenBulanan
#ASBFinancing
MAKLUMAN PENANGGUHAN URUS NIAGA ASB

Seperti yang semua sedia maklum, kaunter urusan perniagaan ASB ni akan ditutup sementara bagi memberi laluan kepada audit dan penilaian keuntungan setiap tahun.

Mesti semua dah tak sabar nak tunggu pengumuman DIVIDEN ASB untuk tahun ini kan? 😁

Makluman tarikh penangguhan urus niaga bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) bermula 21 Disember hingga 31 Disember 2022.

Urus niaga ASB akan dibuka semula menerusi myASNB, platform digital dan kiosk pada 1 Januari 2023. Manakala saluran lain akan dibuka semula pada 3 Januari 2023.

Yang masih bertangguh untuk membuat "force saving" melalui ASB ni, cepat-cepat lah daftar.

Dengan adanya ASBFinancing, sekurang-kurangnya kita tahu yang kita akan ada durian runtuh pada akhir tahun dengan "force saving" yang kita lakukan.

Sesiapa yang buat ASBFinancing pada bulan ini sebelum 22 Disember 2022, tahun hadapan boleh lah merasa dividen penuh untuk pelaburan 2023.

Yang berminat nak buat ASBFinancing sebelum kaunter ditutup, boleh wasap saya terus.

Sediakan terus dokumen yang diperlukan supaya lebih pantas untuk diproses;
1. Salinan Kad Pengenalan depan dan belakang
2. Salinan payslip 3 bulan gaji
3. Salinan KWSP 3 bulan ATAU salinan Bank Statement gaji masuk 3 bulan
4. No akaun ASB (jika dah pernah daftar akaun ASB)

Saya akan balas ikut urutan. Wasap saya: https://www.wasap.my/60177224227/MinatASBFinancing

#BijakMenyimpan
#ASBFinancing
DIVIDEN ASB 2022 4.6% + (0.5%)!

"Kan aku dah cakap, rugi kau buat ASBF ni." Kata si fulan yang tak pernah ada saving pun. πŸ˜‚

Setiap tahun, pasti akan ada mulutΒ² netizen mengecam pengumuman dividen ASB ni. Sampai saya pun dah lali dah.

Jom kita buat kiraΒ² sikit. Contoh ASBF 200K, tempoh 40 tahun;

Modal setahun = RM899 x 12 = RM10,788

Total Dividen = 200K x 4.6% + 0.5%@(RM150) = RM9,350
Nilai sijil selepas setahun (surrender value) = RM1,827
Total return/saving = RM11,177 βœ…

Bersih tahunan = RM389!

Atas kertas, nampak untung tahunan RM389 kan? Siapa kata rugi?

Kita cuma perlu ulang semula step guna teknik rolling dividen (KLIK) sampai tamat tempoh saja untuk dapatkan cash RM200,000 nanti.

Modal tahun pertama saja dan topup sikit jika dividen tak cukup untuk cover installment tahunan berikutnya.

Sampai masa tamat tempoh, dapat cash dari nilai sijil ASBF tu sendiri. Syok kan.

Tambah dengan duit KWSP kita, insyaallah ada lah juga wang di usia 55/60 tahun nanti. Tak payah bekerja pun ada duit dengan makan dividen saja setiap tahun.

Contoh = RM200,000 x 5% dividen = RM10,000
Sebulan boleh guna RM800-1000 tanpa perlu bekerja. 😁

Sebab itu saya selalu tekankan, tetapkan objektif kenapa kita perlu buat ASBF. Bila kita faham apa kita buat, orang nak cakap apa pun, kita senyum saja. 😊

Tips untuk anak muda daripada saya;
1. Buat ASBF seawal yang boleh untuk manfaatkan tempoh pinjaman yang panjang supaya bulanan akan jadi rendah.

2. Buat ASBF ketika gaji pertama lagi, baru plan beli kereta atau rumah untuk tahun berikutnya. Sebab saya yakin jika sudah ada komitmen kereta atau rumah, hampir mustahil untuk kita buat ASBF ni sebab dah tak mampu nak menyimpan.

Ingat, manfaatkan peluang ASBF ini untuk jangka masa panjang. Bukan sekadar melepaskan batuk di tangga saja.

ASBF bukan untuk jadi kaya dengan cepat, tapi lebih kepada tabung simpanan (force saving) dan dana persaraan yang sedikit sebanyak menjamin masa depan.

Info: Permohonan ASBF kini dibuka untuk 2023 full dividen. Wasap saya yang berminat: https://wasap.my/60177224227/MinatASBF

Khairul Asrol
FIMM Certified
CIMB ASBF Advisor

#DividenASB
#BijakKewangan
BUAT ASBF UNTUK ANAK

Tahniah yang buat keputusan buat ASBF untuk anak yang dah cukup umur 18 tahun.

Sebenarnya, ada juga yang memang buat ASBF siap guna nama anak sendiri sebab nama sendiri dah penuh kuota. πŸ˜„

Kebaikan buat ASBF seawal usia adalah untuk bayaran bulanan yang rendah bila kita tempoh pembiayaan panjang.

Nanti bila anak tu dah mencapai umur 25 atau 30 tahun, boleh la gunakan duit dividen dan surrender value untuk modal awal memulakan hidup, berkahwin atau beli kereta.

Kita merancang untuk masa depan anakΒ². Lebih baik ada simpanan daripada tiada kan. πŸ˜‰

#BijakKewangan
#ASBFinancing
PENUTUPAN PENDAFTARAN ASBFINANCING 2023

Untuk pengetahuan umum, pendaftaran untuk pembukaan akaun ASBFinancing saya tutup buat sementara waktu.

Kita sedang menanti pengumuman dividen ASB pada akhir tutup buku 2023 yang akan diumumkan tidak lama lagi. Stay tuned! 😁

Yang dah terminate awal dek termakan hasutan, semoga bertabah. Mungkin gameplan anda tak sama dengan apa yang saya pernah kongsikan di sini.

#LongTermInvestment
#DividenASB
DIVIDEN ASB TAHUN 2023: +5.25% βœ…

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang lebih baik bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.

Jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 5.25 sen seunit meliputi pengagihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit dan bonus 1.00 sen seunit.

Jumlah keseluruhan pengagihan pendapatan sebanyak RM9.3 bilion ini akan memanfaatkan 10.8 juta pemegang unit ASB.

Urus niaga ASB di semua cawangan dan ejen ASNB, termasuk semua platform digital dan perbankan internet, akan ditangguhkan dari 22 hingga 25 Disember 2023.

-------------------------------------------
Kalau anda dah terminate sebab terikut-ikut cakap orang itu ini, anda masih belum faham kenapa perlunya buat ASBF.

Kalau sekejap terminate, sekejap apply semula. Itu baru mengkayakan bank! Sebab anda akan bermula semula dari bawah membayar interest yang tinggi.

Kenyataan akhbar: https://asnb.my/KAASB2023
#ASNB
#ASB
#DividenASB
DIVIDEN ASB 2024: 5.75% βœ…

ASNB baru sahaja mengumumkan pengagihan dividen bagi tahun 2024 iaitu 5.75%!

Ini adalah peningkatan daripada tahun sebelumnya iaitu sekitar 5.25% sahaja.

Untuk tahun 2025, jikalau anda masih duduk diam sahaja tanpa ada perancangan kewangan yang baik, maka kita akan tetap ditahap yang sama.

Jadi, sama-sama kita buat tindakan segera untuk tahun 2025. Ok?

ASBF pun sekarang dah boleh tarik tempoh pembiayaan sehingga 40 tahun maksima umur 70 tahun.

Ini adalah peluang terbaik juga untuk penjimatan bayaran bulanan yang lebih kecil. βœ…

Cukup umur 55-60 tahun, terminate untuk ambil cash value (surrender value) + KWSP.

Jika diusia tersebut sudah ada simpanan minima 200k hasil dari ASB+KWSP, dapat 5% setiap tahun pun dah cukup untuk dapat RM10,000 setahun, dana saraan selepas tidak bekerja. πŸ‘

#DividenASB
#LongTermInvestment
#RoadToFinancialFreedom
KREDIT DIVIDEN ASB 2025

Kepada sesiapa yang sudah membuka akaun ASB, sila semak akaun terkini anda di myASNB apps untuk lihat baki terkini.

Pengkreditan dividen ASB wajib dimasukkan pada setiap 1hb Januari setiap tahun, kerana dividen ASB dikira daripada baki terendah setiap bulan.

Teruskan disiplin dalam menyimpan dan melabur dalam ASB sehingga mencapai target dan misi utama kita.

Hati-hati juga dengan pelaburan-pelaburan yang tidak masuk akal. Besar kemungkinan itu adalah scam.

#DividenASB
#LongtermInvestment
#RetirementPlan