ASBFinancing.COM
301 subscribers
52 photos
23 links
Khairul Asrol - PM saya: Wasap.my/60177224227/ASBF

Engineer & Certified Financial Advisor (FIMM) sejak 2019, kepakaran saya adalah membantu memaksimakan simpanan kewangan ASB anda dengan bijak. 😊
Download Telegram
KREDIT DIVIDEN ASB 2025

Kepada sesiapa yang sudah membuka akaun ASB, sila semak akaun terkini anda di myASNB apps untuk lihat baki terkini.

Pengkreditan dividen ASB wajib dimasukkan pada setiap 1hb Januari setiap tahun, kerana dividen ASB dikira daripada baki terendah setiap bulan.

Teruskan disiplin dalam menyimpan dan melabur dalam ASB sehingga mencapai target dan misi utama kita.

Hati-hati juga dengan pelaburan-pelaburan yang tidak masuk akal. Besar kemungkinan itu adalah scam.

#DividenASB
#LongtermInvestment
#RetirementPlan
PENGUMUMAN DIVIDEN ASB 2025

Alhamdulillah. Seperti tahun lepas, dividen pada tahun ni diumumkan 5.75%.

Ini bermakna, prestasi ASB masih ditahap yang terbaik. Sebagaimana yang saya sendiri kongsikan sebelum² ini, strategi ASBF yang betul pasti memberikan pulangan yang bagus.

Dividen akan dikreditkan di akaun ASB masing-masing nanti tepat pada 1 Januri tahun hadapan.

Semoga kita terus konsisten menyimpan dengan ASBFinancing, untuk pulangan yang lebih baik. 😁

Nak saya guide buat ASBF dengan cara yang betul? Boleh wasap saya. Link di channel description.

#ForceSaving
#Dividen2025
CARA KIRA SURRENDER VALUE?

Seringkali saya ditanya soalan ni, macamana kira surrender value? Apa tu surrender value?

Cara yang paling mudah adalah dengan melihat baki pinjaman di applikasi bank yang kita mohon. Mesti akan tertera baki pinjaman ASBF kita.

Cara kiraan nya mudah sahaja. Jumlah pinjaman tolak dengan baki pinjaman. Itu lah duit yang kita akan dapat bila kita terminate ASBF. Senang kan?

Ingat, dividen akan masuk ke akaun ASB kita pada setiap tahun 1 JANUARI sahaja. Surrender value akan dapat selepas 2-3 minggu kita terminate sijil ASBF kita.

Cara nak terminate? Mudah saja. Kita cuma perlu walk in ke kaunter bank yang kita apply ASBF, dan proses akan ambil 2-3 minggu untuk duit surrender value masuk ke akaun bank personal kita.

Yang cakap rugi tu, sama ada mereka tak tahu buat kira-kira yang betul, atau mereka buat cara yang salah yang buat mereka rugi! 😱

Nak saya kongsikan lagi ilmu-ilmu ASBF supaya kita sentiasa untung setiap tahun? Stay tuned!

#BijakASBFinancing
#IlmuDuluBaruAmal
BUAT ASB NI RUGI JE! SIMPAN SENDIRI LAGI BAGUS

Ingat lagi kelmarin saya bagitahu, masih ramai yang tak faham pasal ASB atau ASBFinancing ni, tapi berzikir rugi saja. Kelakar kan?

Buat kira-kira tak pandai, sombong pulak tu. Biasa yang cakap rugi ni ada dua golongan. Satu, dia pernah buat Asbfinancing tapi dengan cara yang salah. Sebab tu dia rugi!

Golongan kedua, adalah mereka yang tak buat Asbfinancing pun. Saja nak sedapkan hati sendiri tengok orang lain buat untung setiap tahun. 😁

Jadi macamana untung sentiasa untung buat ASBF ni? Saya bagi tips mahal.

Pertama, ikat tempoh paling panjang. Kedua, takaful tidak perlu ambil langsung, atau ambil minima saja (satu tahun) untuk dapat interest rate rendah.

Kenapa penting 2 sebab ni? Nanti saya kongsikan lagi ya. Tunggu! 😄

Target saya tahun 2026 nak bantu seramai boleh orang bijak buat ASBF dengan cara yang betul. Ini misi saya! 🔥

#BijakASBFinancing
#BijakMelabur
APA KELEBIHAN AMBIL TEMPOH PALING PANJANG ASBF?

Kadang saya dapat soalan, ambil tempoh panjang atau pendek lebih bagus?

Jawapan saya mudah, ambil tempoh paling panjang untuk 2 sebab. Pertama, bayaran bulanan rendah. Kedua, dari segi return of investment juga adalah lebih tinggi.

Maksud nya mcm gini, tempoh panjang, bulanan jadi rendah. Automatik beza keuntungan akan lebih banyak.

Ingat formula ni, tempoh panjang, modal jadi rendah. Tempoh pendek, modal jadi tinggi.

Tapi kedua-duanya tetap bagi pulangan setinggi 20-30% setahun dengan ASBF.

Nak tak saya kirakan macamana dengan dividend 5.75% setahun, tapi pulangan jadi lebih 20-30% setahun? 😱

Nanti saya share next posting. 🔥

P/s: dividen ASB dah masuk ke akaun ASB masing² ya harini. Boleh semak akaun masing². Tahniah!

#BijakASBF
#DividenReturn
RETURN SAMPAI 20-30% DENGAN ASBFINANCING?

Biar betul? Ya sangat betul tuan² dan puan². Dalam pelaburan, kita akan kira jumlah modal tolak jumlah pulangan = net profit.

Kelmarin saya bantu seorang client untuk plan macamana nak buat ASBF 200K, berapa modal bulanan dan tahunan, serta projection return dalam masa setahun, dua tahun dan seterusnya.

Bila angka kita jelas, kita tak perlu risau sebab kita tahu apa kita buat. Sebab tu saya selalu pesan, ilmu dulu baru yakin buat ASBF.

Yang bezakan orang cepat capai target bukan teori —tapi bila dia mula buat tindakan.

ASBF ni kalau makin tangguh, makin besar bulanan nanti kalau umur makin naik.

Kalau nak saya guide, wasap saja. Percuma. Lepas faham, baru decide nak buat atau tak.

WS saya: Wasap.my/60177224227/ASBF

#BijakASBF
#BijakMelabur
BELI RUMAH DAPAT CASH RM200K?

Mesti best kan bila habis je kita bayar rumah idaman kita, kita dapat lagi cash RM200,000!! 😱

Nak tak kalau saya share macamana cara nak dapatkan cash RM200k masa dah habis bayar rumah?

Jom saya kongsikan. Caranya mudah saja. Sebelum kita miliki rumah kediaman, kita buat dahulu ASBF 200K.

Kemudian, kita bayar tahun pertama sahaja, dan rolling dividen untuk bayaran tahunan kedua dan seterusnya sampai tamat tempoh.

Genap 35 tahun, bayaran rumah selesai, kita pun akan dapat cash RM200K daripada sijil ASBF yang dah matang.

Selain daripada duit KWSP, kita juga dapat RM200k + rumah. Siapa nak bagi RM200k percuma kan kalau bukan dengan ASBF? 😉

Duit RM200K ni kalau kita biarkan dalam akaun ASB kita, boleh dapat pulangan RM10-12K dividen. Boleh pakai RM1,000 setiap bulan tanpa perlu bekerja. Wow!

Teori rolling dividen ni, sesuai untuk umur bawah 35 tahun. Sebab kalau atas 35 tahun, bulanan akan lebih tinggi sebab umur dah banyak. Jadi susah sikit nak full rolling dividen.

Dalam konsep pelaburan, yang cepat bertindak memang akan ada kelebihan. Ini kita panggil compounding effects.

Sejak 2019, saya share pasal ASBF ni, dan dah bantu ramai cikgu, doktor, pekerja swasta apply ASBF dengan cara yang betul.

Yang penting, belajar ilmu dulu baru buat. 👍

http://Wasap.my/60177224227/ASBF

#BijakASBF
#RollingDividen
DIVIDEN KWSP UMUM 6.15%!

Berita gembira bagi semua pemegang akaun KWSP persaraan pada hari ini.

Pengumuman 6.15% adalah angka yang besar bagi sesuah institusi keselamatan dana awam yang mana kita label sebagai low risk investment dengan konsisten dividen return.

Cadangan terbaru untuk minta masukkan dividen ke akaun 3 tidak dapat dilaksanakan kerana tidak sesuai dengan dasar dan akta dana persaraan KWSP.

Soalan menarik biasanya, berapa target dana KWSP yang sesuai waktu kita bersara 55 tahun nanti?

Kiraan mudah, dividen 5%, kalau total duit persaraan kita RM200,000, boleh dapat dividen RM10,000. Anggaran RM1,000 sebulan tanpa perlu bekerja lagi.

Untuk keperluan barang dapur sudah sangat cukup rasanya jika tiada komitmen lain.

Apatah lagi kalau ditambah dengan dividen dari akaun ASB RM200,000 kita nanti. Boleh bayangkan berapa duit passive yang kita akan dapat dan boleh guna secara senang hati tanpa perlu bekerja lagi? Fikirkan. 😉

http://Wasap.my/60177224227/ASBF

#BijakMerancang
#BijakMelabur