TillJannah - Portal Jodoh
8.34K subscribers
551 photos
1 video
6 files
434 links
Perkongsian dalam channel telegram ini adalah perkongsian santai dari Kak Min.

Kak Min juga akan berikan info terkini berkenaan TillJannah.my dari semasa ke semasa.

❤️
Download Telegram
Moga kita jadi insan yang bahagia & membahagiakan. 😘
Assalamualaikum semua, Isnin minggu terakhir bulan ini. ☺️

🤲🏻Moga harini lebih bersemangat, lebih ceria & lebih yakin dengan apa yang dilakukan.

🤲🏻Moga rezeki kita berlipat ganda, berkat dan membuatkan kita lebih bersyukur dengan apa yang dikurniakan.
Rezeki akan bertambah selepas kahwin? Betul ke?

Jangan takut miskin disebabkan bernikah.

Tetapi yang membuatkan rezeki itu terasa sempit selepas kahwin apabila malas berusaha, tidak bertanggungjawab dan kerap bertengkar antara suami dan isteri.

👉🏼Jaga hubungan antara pasangan, pasti rezeki terasa luas dan berkat.

Mulakan mencari pasangan untuk dijadikan suami/isteri sekarang juga!
Assalamualaikum, Kakmin ada pengumuman sikit ni..
Anda terlibat dengan pengurusan institusi seperti sekolah / matrikulasi / kolej / universiti?

Kami berbesar hati untuk menerima jemputan daripada anda untuk perkongsian tentang motivasi/keusahawanan secara PERCUMA sahaja !!

Untuk menjemput kami, sila isi link berikut. Kami akan hubungi anda semula selepas itu.

https://tinyurl.com/Free-Sharing
Suami tu macam mana?🤔

Untuk yang bakal bergelar suami, jalankan amanah dan tanggungjawab sebaik mungkin.

😎 Jadi pelindung buat isteri.
😎 Jadi teman setia buat isteri.
😎Jadi tempat yang mana isteri berasa sangat selamat apabila disamping suaminya.

Cari calon suami anda sekarang juga. Pasti ada sinarnya kalau anda berusaha!
Assalamualaikum semua, jom selawat dulu.💚

Kakmin nak kongsi tentang 7 Rahsia Doa Mustajab.🤲🏻😇

1. Mulakan doa dengan memuji Allah SWT dan selawat keatas Nabi SAW.
2. Berdoa dengan menyebut nama-nama Allah mengikut doa yang dimohon. Contoh Ya Razzaq - doa murah rezeki.
3. Merendah diri dalam berdoa. Rasa penuh kehambaan.
4. Yakin dan bersangka baik dengan Allah SWT. Allah bertindak mengikut sangkaan hambaNYA.
5. Jauhkan dari makan dan minum yang haram @ sumber yang haram.
6. Mendoakan orang lain @ sesama makhluk.
7. Berdoa pada waktu-waktu mustajab. Cth : sepertiga malam, sepanjang hari Jumaat

Jadikan doa kita luar biasa.😘
Perkahwinan bukan perlumbaan. Pasangkan niat & teruskan berusaha. 🥰
Kita memang tak tahu dari mana jodoh kita tu akan datang. Sebagai manusia kita buat kerja kita iaitu usaha mencari calon terbaik pelbagai cara. Selebihnya, serahkan kepada Yang Maha Esa.🥰🤲
Kriteria dalam memilih calon. 😍

Kita struggle mencari calon pasangan yang:
- ada rupa
- ada rumah & kereta
- ada pekerjaan stabil
- gaji besar

Tapi sebaliknya yang memberi kebahagiaan kepada kita apabila memiliki pasangan yang
- tahu tanggungjawab
- boleh menjadi pendengar yg baik
- jadi teman setia.

Betul kan?🫣

Jom cepatkan proses bertaaruf, cari si dia yang membahagiakan.🌹
Kita, manusia yang selalu membuat kesilapan..🥹

1. Kesilapan yang berpunca daripada rasa terdesak & panik.

2. Kesilapan yang berniat baik (cuba melakukan yang betul, tetapi pada masa sama tidak kena pada tempatnya).

3. Kesilapan kerana sikap cuai (malas, tidak konsisten).

4. Kesilapan yang berpunca daripada rasa ingin tahu (akhirnya disulami dengan rasa kecewa).

5. Kesilapan yang tidak disengajakan (dibuat tanpa ilmu dan tidak sedar ketika melakukannya).

🙌🏼 Jangan rasa diri tak berguna apabila melakukan kesilapan, sebab kesilapan adalah pengalaman, pengajaran dan kenangan.

Ubah diri jadi lebih baik!🌹
Masya Allah, indahnya bacaan harian kita semasa solat ini. 🥹 Moga kita bersungguh-sungguh dalam solat & moga Allah tunaikan doa kita ini.🤲 Kredit : Jentik Hati
🙌🏼 Ada pasangan untuk saling melengkapi!

Hidup berpasangan adalah kehidupan yang perlu saling melengkapkan antara satu sama lain.

Tak boleh meletakkan 'expectation' yang tinggi terhadap pasangan. Bersederhanalah.

Anggap proses permulaan di awal perkahwinan suatu bentuk pendidikan yang berterusan untuk suami isteri.🌹

#Tipberpasangan
Walaupun jodoh masih sesat tak jumpa jalan ke hati kita, sediakan tabung kahwin dahulu. Kumpul dahulu duit kahwin.Tak kisahlah anda lelaki atau pun perempuan.
Anonymous Poll
35%
Setuju kakmin, memang tabung kahwin dah berisi🙌🏼
42%
Setuju kakmin, tapi tak mula menabung untuk kahwin pun lagi.🫣
23%
Setuju kakmin, duit kahwin dah boleh dikatakan cukup ni. Calon je belum jumpa.😅
Alhamdulillah, berdasarkan poll di atas, bolehlah kita simpulkan bahawa setiap dari kita memang perlukan perancangan kehidupan.

Untuk berkahwin, biarpun belum ada calon kita tetap kena 'adakan' simpanan untuk kahwin.

Jangan kita habiskan duit tanpa arah tuju. InsyaALLAH, kita menyimpan tu pun Allah tahu kita bersungguh-sungguh dengan perjalanan masa depan kita. 🌹
Untuk hari Jumaat yang penuh berkat ni, jangan lupa banyakkan bersedekah & berselawat. 😘
Perkongsian yang Kakmin dapat pagi ni adalah tentang "Tanda-tanda hati mati."😩

1. Berani meninggalkan solat.
2. Tidak rasa bersalah apabila melakukan dosa.
3. Tidak tertarik dengan ayat-ayat Al-Quran.
4. Terus melakukan maksiat.
5. Sibuk memfitnah, mengumpat dan berprasangka.
6. Membenci orang yang memberi nasihat yang baik.
7. Tidak rasa takut akan kematian.
8. Obses kepada kesenangan dunia tanpa kira halal haram.
9. Rasa senang melihat kesusahan orang lain.

Harap kita dapat muhasabah diri untuk kita perbetulkan kehidupan kita.💚
Isu sekeliling buat kita risau jerr..😬

Kalau tengok trend sekarang dan mungkin berlaku pada orang yang terdekat, ada je kes bercerai-berai.

Sampai kadang tu buat kita takut...
- nak kahwin.
- nak ada pasangan.
- tersalah pilih pasangan.

Semoga kesempatan masa yg ada ni, dapat kita pilih calon yg tepat. Jadikan kisah orang sebagai pedoman, bukan penyekat kebahagiaan.🤲🏻

Taaruf dengan calon pun biar bersungguh, jangan tangkap muat saja. Aamiin.🤲🏻

Jom mulakan sekarang juga!🌹