https://www.facebook.com/share/p/1BkjiiR9z4/
Serius, sangat menakutkan kalau duduk lama-lama di Threads ni.
Sebab kita boleh nampak sendiri keadaan masyarakat hari ini. Banyak perkara yang dulu terasa jauh daripada kehidupan kita, sekarang semakin terbuka dibincangkan.
𝘓𝘢𝘷𝘦𝘯𝘥𝘦𝘳 𝘮𝘢𝘳𝘳𝘪𝘢𝘨𝘦.
Secara ringkas, istilah ini biasanya merujuk kepada perkahwinan antara lelaki dan perempuan yang dibuat untuk menyembunyikan atau melindungi identiti atau kecenderungan seksual salah seorang atau kedua-duanya daripada pengetahuan keluarga atau masyarakat.
Isu ini pernah juga disentuh sebelum ini.
Saya faham Dr dalam perkongsian tersebut sedang menerangkan perkara ini dari sudut perubatan, khususnya tentang HIV, saringan dan penggunaan PrEP. Penerangan itu penting dan memang ada tempatnya.
Tapi saya rasa ada satu lagi sudut yang kita juga perlu faham.
Tulisan ini bukan untuk mereka yang sedang bergelut dengan kecenderungan tertentu sahaja. Ibu ayah, mereka yang sedang mencari pasangan, malah kita semua sebenarnya kena faham isu ini.
Sebab bila sesuatu sudah mula masuk dalam perbualan masyarakat, kita bukan sekadar perlu tahu apa maksudnya.
𝗞𝗶𝘁𝗮 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝘁𝗮𝗵𝘂 𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗻𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗹𝗮𝗶𝗻𝘆𝗮.
.
.
Sebelum bercakap lebih jauh tentang 𝘭𝘢𝘷𝘦𝘯𝘥𝘦𝘳 𝘮𝘢𝘳𝘳𝘪𝘢𝘨𝘦, elok kita kembali kepada makna perkahwinan menurut Islam.
Allah berfirman:
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
“Dan antara tanda-tanda kebesaran Allah ialah Allah menciptakan untuk kamu pasangan daripada jenis kamu sendiri supaya kamu memperoleh ketenangan kepadanya, dan Allah menjadikan antara kamu kasih sayang dan rahmat. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”
Ar-Rum 30:21
𝗗𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗮𝘆𝗮𝘁 𝗶𝗻𝗶, 𝗮𝗱𝗮 𝗯𝗲𝗯𝗲𝗿𝗮𝗽𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗶𝗻𝗴𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗿𝗶 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮.
𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮, 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝗵𝘄𝗶𝗻𝗮𝗻 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗱𝗮𝗿 𝘀𝘁𝗮𝘁𝘂𝘀.
Allah menyebut:
لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا
“Supaya kamu memperoleh ketenangan kepadanya.”
Perkahwinan bukan tempat untuk kita bersembunyi daripada tekanan manusia atau membina gambaran hidup tertentu supaya orang berhenti bertanya. Orang yang kita nikahi itu akan menjalani kehidupan bersama kita, jadi dia bukan seseorang yang boleh digunakan untuk menutup keadaan sebenar diri.
𝗞𝗲𝗱𝘂𝗮, 𝗵𝘂𝗯𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘀𝘂𝗮𝗺𝗶 𝗶𝘀𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗱𝗶𝗯𝗶𝗻𝗮 𝗮𝘁𝗮𝘀 𝗺𝗮𝘄𝗮𝗱𝗱𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗿𝗮𝗵𝗺𝗮𝗵.
Ketenangan tak lahir apabila perkara besar disembunyikan. Kasih sayang juga tak sepatutnya dibina dalam keadaan seorang pasangan langsung tak tahu apa yang sebenarnya sedang berlaku.
𝗞𝗲𝘁𝗶𝗴𝗮, 𝗮𝘆𝗮𝘁 𝗶𝗻𝗶 𝗱𝗶𝘁𝘂𝘁𝘂𝗽 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗿𝘂𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗳𝗶𝗸𝗶𝗿.
Perkahwinan bukan keputusan kecil yang dibuat kerana tekanan keluarga, takut pandangan manusia atau sekadar mahu kelihatan seperti orang lain. Selepas akad, ada hak pasangan dan amanah yang sangat besar untuk dijaga.
.
.
Dari sini kita boleh melihat isu 𝘭𝘢𝘷𝘦𝘯𝘥𝘦𝘳 𝘮𝘢𝘳𝘳𝘪𝘢𝘨𝘦 dengan lebih jelas.
𝟭. 𝘓𝘢𝘷𝘦𝘯𝘥𝘦𝘳 𝘮𝘢𝘳𝘳𝘪𝘢𝘨𝘦.
Bila istilah macam ini semakin kerap disebut, kita kena tengok juga apa yang sebenarnya berlaku di belakangnya. Sesuatu perkara memang boleh wujud dalam masyarakat, tapi itu tak bermaksud kita perlu terus melihatnya sebagai sesuatu yang normal.
Ada pasangan yang mungkin langsung tidak mengetahui keadaan sebenar orang yang dinikahinya. Ada perkara besar yang mungkin disembunyikan sebelum akad. Ada juga yang berkahwin bukan kerana benar-benar bersedia menjadi suami atau isteri, tetapi kerana mahu keluarga berhenti bertanya atau mahu kehidupan nampak “normal” di mata orang lain.

Facebook
Log in or sign up to view
See posts, photos and more on Facebook.
𝗝𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗵𝗲𝗻𝘁𝗶 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗱𝗲𝗳𝗶𝗻𝗶𝘀𝗶. 𝗙𝗶𝗸𝗶𝗿 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝗮𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗮𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗽𝗮𝗸𝘀𝗮 𝘁𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗴 𝗯𝗶𝗹𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮 𝘀𝗲𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿 𝗶𝗻𝗶 𝗱𝗶𝘀𝗲𝗺𝗯𝘂𝗻𝘆𝗶𝗸𝗮𝗻.
.
.
𝟮. 𝗞𝗮𝗹𝗮𝘂 𝗶𝗯𝘂 𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗵 𝘁𝗮𝗵𝘂.
Kalau ibu ayah dah tahu anak sedang berdepan dengan keadaan macam ini, bantulah anak itu dulu. Jangan jadikan perkahwinan sebagai tempat untuk menguji sama ada selepas bernikah nanti semuanya akan berubah.
Saya sendiri pernah mengenali seseorang yang melalui perkahwinan seperti ini, dan akhirnya rumah tangga itu berakhir dengan perceraian.
Apa yang sangat menyedihkan, keluarga pihak lelaki sebenarnya sudah tahu bahawa anak mereka mempunyai kecenderungan terhadap sesama jantina. Tetapi seorang perempuan tetap dibawa masuk ke dalam perkahwinan itu tanpa mengetahui perkara sebesar ini sejak awal.
Dia masuk ke dalam perkahwinan itu dengan percaya bahawa dia sedang membina rumah tangga seperti orang lain juga. Dia menjalani kehidupan sebagai seorang isteri, membuat perancangan bersama dan meletakkan kepercayaan pada perkahwinan itu, sedangkan ada perkara besar tentang suaminya yang langsung tidak diketahuinya sejak awal.
Sebab itu kalau ibu ayah sudah tahu keadaan anak, cari ilmu, dapatkan bimbingan dan fikirkan jalan yang tidak melibatkan kehidupan orang lain sebagai tempat untuk mencuba sama ada keadaan itu akan berubah selepas berkahwin.
𝗣𝗲𝗿𝗸𝗮𝗵𝘄𝗶𝗻𝗮𝗻 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗷𝗮𝗹𝗮𝗻 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 “𝗺𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝗯𝗮𝗶𝗸𝗶” 𝘀𝗲𝘀𝗲𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴.
.
.
𝟯. 𝗞𝗮𝗹𝗮𝘂 𝗱𝗶𝗿𝗶 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 𝘀𝗲𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗴𝗲𝗹𝘂𝘁.
Tekanan keluarga memang boleh jadi sangat berat. Soalan tentang bila nak berkahwin mungkin datang berkali-kali sampai terasa lebih mudah untuk berkahwin sahaja supaya orang berhenti bertanya.
Tetapi perkahwinan bukan jalan untuk menyelesaikan tekanan itu. Kalau apa yang sedang dilalui boleh memberi kesan besar kepada hubungan intim, emosi dan hak pasangan selepas bernikah, carilah ilmu dan bimbingan terlebih dahulu.
Berkahwinlah apabila benar-benar bersedia memikul amanah sebagai suami atau isteri, bukan semata-mata kerana sudah penat dengan pandangan dan pertanyaan manusia.
.
.
𝟰. 𝗞𝗲𝗰𝗲𝗻𝗱𝗲𝗿𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗯𝘂𝗮𝘁𝗮𝗻.
Dalam masa yang sama, ada satu perkara yang kita kena bezakan dengan jelas: kecenderungan dan perbuatan bukan perkara yang sama.
Seseorang mungkin diuji dengan kecenderungan terhadap sesama jantina. Itu bukan alasan untuk kita menghina atau merendahkannya. Tetapi sebagai Muslim, kita juga tak boleh mengaburkan apa yang Allah sudah tetapkan.
Allah merakam teguran Nabi Lut kepada kaumnya:
إِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ شَهْوَةً مِّن دُونِ النِّسَاءِ ۚ بَلْ أَنتُمْ قَوْمٌ مُّسْرِفُونَ
“Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memenuhi nafsumu, bukan kepada wanita. Bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas.”
Al-A‘raf 7:81
Ayat ini menyentuh perbuatan. Jadi seseorang yang sedang berhadapan dengan kecenderungan dalam dirinya tidak wajar terus disamakan dengan orang yang memilih melakukan perbuatan yang dilarang.
Dalam masa yang sama, perasaan juga bukan penentu halal dan haram. Kita semua ada keinginan dan perasaan masing-masing. Menjadi hamba Allah bermaksud kita belajar meletakkan semua itu di bawah panduan Allah.
Ada perkara yang kita mahu dan dibenarkan. Ada juga perkara yang mungkin kita inginkan tetapi tetap perlu ditinggalkan kerana Allah sudah menetapkan batas.
Beratnya ujian seseorang tidak mengubah hukum sesuatu perbuatan. Tetapi orang yang sedang melalui ujian itu tetap perlu dibantu dengan ilmu, bimbingan dan layanan yang baik.
𝗥𝗮𝘀𝗮 𝘀𝗶𝗺𝗽𝗮𝘁𝗶 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗺𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶𝗮 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗮𝗸𝘀𝘂𝗱 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗺𝗲𝗻𝗴𝘂𝗯𝗮𝗵 𝗯𝗮𝘁𝗮𝘀 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 𝘀𝘂𝗱𝗮𝗵 𝘁𝗲𝘁𝗮𝗽𝗸𝗮𝗻.
.
.
𝟱. 𝗧𝗲𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗣𝗿𝗘𝗣.
Dari sudut perubatan, PrEP memang ada fungsinya untuk mengurangkan risiko HIV bagi mereka yang berada dalam keadaan berisiko. Usaha mencegah penyakit memang penting dan orang yang memerlukan rawatan tetap perlu dibantu.

Tetapi bagi seorang Muslim, perbincangan itu tak boleh berhenti pada soal risiko kesihatan sahaja. PrEP bercakap tentang bagaimana risiko HIV boleh dikurangkan, tetapi soal sesuatu perbuatan itu dibenarkan atau tidak tetap perlu kembali kepada apa yang Allah tetapkan.
Kalau sesuatu hubungan memang dilarang dalam Islam, pengurangan risiko kesihatan tidak mengubah hukum hubungan tersebut.
𝗕𝗮𝗴𝗶 𝘀𝗲𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗠𝘂𝘀𝗹𝗶𝗺, 𝗵𝘂𝗸𝘂𝗺 𝘀𝗲𝘀𝘂𝗮𝘁𝘂 𝗽𝗲𝗿𝗯𝘂𝗮𝘁𝗮𝗻 𝘁𝗲𝘁𝗮𝗽 𝗸𝗲𝗺𝗯𝗮𝗹𝗶 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗮𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 𝘁𝗲𝘁𝗮𝗽𝗸𝗮𝗻.
.
.
𝟲. 𝗕𝘂𝗮𝘁 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗰𝗮𝗿𝗶 𝗽𝗮𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻.
Jangan pula baca semua ini lalu jadi paranoid atau mula mencurigai semua orang. Jadikan ia sebab untuk kita lebih serius dalam memilih orang yang bakal berkongsi hidup dengan kita.
Taaruf mengikut syariat bukan sekadar tahu dia kerja apa, belajar di mana atau anak nombor berapa. Fahami kenapa dia mahu berkahwin, bagaimana rutin hidupnya, cara dia menjaga solat, melayan keluarga, mengurus wang, marah dan menghadapi tekanan.
Kenali juga lingkungan persahabatannya dan apa yang banyak memenuhi masa lapangnya. Perkara tentang tanggungjawab suami isteri, keintiman dan hak pasangan pun perlu dibincangkan dengan adab yang betul.
Sebab itu proses taaruf elok ada 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗻𝗴𝗮𝗵 yang amanah, bukan sekadar untuk menjaga batas pergaulan.
Bila hati sudah mula suka, cara kita melihat seseorang memang boleh berubah. Perkara yang sepatutnya diberi perhatian boleh nampak kecil, dan jawapan yang meragukan pula mudah kita cuba fahamkan sendiri. Wali, keluarga atau orang tengah yang matang kadang-kadang boleh nampak perkara yang kita sendiri terlepas bila hati sudah mula terikat.
Dalam proses itu, buat juga 𝗶𝘀𝘁𝗶𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝗵.
Tanya orang yang benar-benar mengenalinya. Kawan lama, orang yang pernah bekerja atau tinggal bersamanya dan, kalau ada, orang yang pernah bermusafir dengannya.
Bermusafir kadang-kadang membuka sisi seseorang yang susah nampak dalam sesi taaruf sejam dua. Cara dia bertindak ketika penat, rancangan berubah atau berada dalam tekanan boleh memberi gambaran yang lebih nyata tentang dirinya.
Media sosial juga boleh menjadi sebahagian daripada ikhtiar. Tak perlu menyelongkar aib atau bermain detektif. Cukup lihat coraknya: apa yang banyak dia ikuti dan kongsi, perkara yang dianggap lucu, nilai yang sering dipertahankan dan jenis content yang banyak memenuhi kehidupannya.
.
.
Dan sepanjang proses itu, buatlah 𝗶𝘀𝘁𝗶𝗸𝗵𝗮𝗿𝗮𝗵.
Istikharah bukan dibuat selepas hati sudah nekad memilih seseorang, kemudian kita berharap Allah mengesahkan pilihan yang memang kita mahu.
Kita mungkin sudah suka seseorang, dan itu manusiawi. Tetapi ketika beristikharah, hati tetap perlu bersedia menerima bahawa apa yang kita suka belum tentu yang terbaik.
𝗜𝘀𝘁𝗶𝗸𝗵𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗺𝗲𝗺𝗶𝗻𝘁𝗮 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗶𝘆𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗵𝗲𝗻𝗱𝗮𝗸 𝗸𝗶𝘁𝗮.
Kita tetap kena buat ikhtiar sebaik mungkin. Tanya, semak, kenal orang itu dengan serius, buat istisyarah dan dengar pandangan orang yang amanah. Dalam masa yang sama, kita minta Allah tunjukkan perkara yang mungkin kita sendiri tak nampak dan jangan biarkan hati yang sudah suka menutup pertimbangan.
𝗜𝘀𝘁𝗶𝗸𝗵𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝘁𝗶 𝗶𝗸𝗵𝘁𝗶𝗮𝗿. 𝗗𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿 𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗽𝘂𝗻 𝗶𝗸𝗵𝘁𝗶𝗮𝗿 𝗸𝗶𝘁𝗮, 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝘁𝗲𝘁𝗮𝗽 𝗯𝗲𝗿𝗴𝗮𝗻𝘁𝘂𝗻𝗴 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵.
. . .
Dan selepas semua ikhtiar itu pun, tak ada siapa boleh menjamin kehidupan selepas berkahwin akan bebas daripada ujian.
Kita mungkin sudah berusaha memilih sebaiknya, melalui proses taaruf dengan berhati-hati dan meminta pandangan daripada orang yang amanah. Tetapi Allah tetap boleh menguji kita melalui pasangan.
Bezanya, kita sudah melakukan apa yang kita mampu sebelum membuat keputusan sebesar itu.

Sebab orang yang kita pilih bukan sekadar seseorang yang seronok diajak berbual. Dialah orang yang mungkin akan tinggal bersama kita, berkongsi harta dan rahsia, menjadi sebahagian daripada keluarga kita dan mungkin membesarkan anak-anak bersama kita.
𝗦𝗲𝗯𝗮𝗯 𝗶𝘁𝘂 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗮𝘁𝘂𝘁 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗺𝗲𝗺𝗶𝗹𝗶𝗵 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗶𝗹𝗺𝘂, 𝗯𝗲𝗿𝗶𝗸𝗵𝘁𝗶𝗮𝗿 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘀𝘂𝗻𝗴𝗴𝘂𝗵-𝘀𝘂𝗻𝗴𝗴𝘂𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗺𝗶𝗻𝘁𝗮 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝘀𝗲𝘁𝗶𝗮𝗽 𝗹𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗵.
. . .
Akhirnya, isu 𝘭𝘢𝘷𝘦𝘯𝘥𝘦𝘳 𝘮𝘢𝘳𝘳𝘪𝘢𝘨𝘦 ini bukan sekadar tentang satu istilah yang mungkin ramai baru dengar.
Ia juga mengingatkan ibu ayah tentang amanah terhadap anak, mengingatkan seseorang tentang hak orang yang bakal dinikahi, dan mengingatkan kita semua supaya jangan terlalu ringan ketika memilih pasangan.
Apa pun nama yang digunakan, bagi seorang Muslim benda asas tetap sama.
𝗕𝗲𝗻𝗮𝗿 𝗱𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘁𝗲𝘁𝗮𝗽 𝗸𝗲𝗺𝗯𝗮𝗹𝗶 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗮𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 𝘁𝗲𝘁𝗮𝗽𝗸𝗮𝗻.
Sebab itu generasi kita tak cukup sekadar tahu apa itu 𝘭𝘢𝘷𝘦𝘯𝘥𝘦𝘳 𝘮𝘢𝘳𝘳𝘪𝘢𝘨𝘦. Mereka perlu ada ilmu untuk menilai apa yang mereka lihat dan dengar, menjaga diri dan faham bahawa memilih pasangan bukan perkara kecil.
𝗔𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗺𝗮𝗸𝗶𝗻 𝗯𝗶𝗮𝘀𝗮 𝗱𝗶 𝗺𝗮𝘁𝗮 𝗺𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶𝗮 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗺𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻𝘆𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿 𝗱𝗶 𝘀𝗶𝘀𝗶 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵.
Syahirah Omar.

Forwarded from Fakhri Fadzli
Kalau apa yang kita tahu tentang kehidupan ini hanyalah bagaimana nak mencari rezeki, buat bisnes, bina kerjaya, kumpul harta dan bangunkan dunia, tetapi kita lupa tentang hakikat paling penting iaitu kehidupan Akhirat, ini sebenarnya sesuatu yang sangat bahaya.
Dalam ayat 7 Surah al-Rum, al-Quran menyebut tentang keadaan kebanyakan manusia:
Mereka tahu tentang kehidupan dunia.
Tahu bagaimana nak mencari rezeki dan mengumpulkan kekayaan.
Tahu bagaimana nak belanjakan duit dan bagaimana nak bina kehidupan yang selesa.
Mereka juga tahu macam mana nak bina bangunan yang hebat dan menghiasinya dengan pelbagai kemewahan.
Tetapi mereka lalai daripada sesuatu yang jauh lebih penting dan lebih besar kesannya kepada diri, iaitu kita berada di dunia ini hanyalah untuk tempoh yang sementara.
Kehidupan kita di sini tidak lebih seperti seorang musafir yang singgah sebentar di sesuatu tempat sebelum meneruskan perjalanan.
Destinasi sebenar kita ialah Akhirat.
Kita berada di sini untuk mengumpulkan bekalan bagi kehidupan di Akhirat nanti. Bekalan itu hanya dapat kita peroleh melalui keimanan dan amalan soleh.
Namun hakikat yang sangat mudah dan straightforward ini tidak dapat difahami oleh kebanyakan manusia.
Kalau difahami sekalipun, mungkin kita tidak benar-benar merasainya sehingga ia memberikan kesan kepada cara kita menjalani kehidupan.
Tapi kenapa?
Ayat yang sama menjelaskan dua puncanya.
Pertama ialah:
يَعْلَمُونَ ظَاهِرًا
Kalau diterjemahkan secara literal, mereka hanya mengetahui sesuatu yang zahir daripada kehidupan dunia.
Maksudnya pengetahuan kita tentang dunia boleh jadi hanya pada bahagian yang berada di permukaan.
Kita melihat apa yang ada pada luaran, tetapi tidak merenung hakikat yang berada di sebaliknya.
Apabila melihat sesuatu, kita hanya melihat sebab dan akibat, tetapi tidak melihat kepada Pencipta yang berada di sebalik segala sebab.
Contoh paling mudah apabila kita melihat kejadian alam.
Kita tahu bagaimana hujan berlaku. Kita tahu bagaimana tumbuhan hidup. Kita tahu bagaimana alam ini berfungsi.
Tetapi pengetahuan itu boleh jadi berhenti hanya pada makhluk dan tidak membawa kita sampai kepada Pencipta makhluk.
Begitu juga apabila kita berusaha dan berjaya.
Kita hanya melihat kepada usaha yang dilakukan, kemudian lupa kepada Allah SWT yang mengizinkan usaha itu membuahkan hasil.
Sebab itu walau sedalam mana pun pengetahuan keduniaan kita, ia masih boleh dianggap sebagai pengetahuan tentang sesuatu yang zahir selagi kita tidak sampai kepada hakikat yang berada di sebaliknya.
Pengetahuan yang hanya berhenti pada permukaan ini kemudian membawa kepada punca kedua:
وَهُمْ عَنِ الْآخِرَةِ هُمْ غَافِلُونَ
Iaitu ghaflah (kelalaian).
Disebabkan manusia hanya melihat apa yang zahir dan material, segala keinginan, kemahuan dan usaha mereka akhirnya dicurahkan untuk mendapatkan kepuasan dunia.
Sebab mereka tidak melihat adanya kehidupan lain selepas dunia.
Tidak memikirkan dosa dan pahala. Tidak menginginkan syurga dan tidak takutkan neraka.
Akhirat mungkin sesuatu yang kita percaya.
Tetapi ia tidak cukup hadir dalam fikiran sehingga memberikan kesan kepada cara kita hidup.
Di sinilah hubungan antara dua perkara yang disebut dalam ayat ini.
يَعْلَمُونَ ظَاهِرًا
Pengetahuan yang hanya berhenti pada permukaan kehidupan dunia.
Kemudian:
عَنِ الْآخِرَةِ هُمْ غَافِلُونَ
Kelalaian terhadap kehidupan Akhirat.
Sebab itu dua perkara ini perlu kita hati-hati dalam kehidupan.
Kita mungkin mempunyai pengetahuan yang sangat banyak tentang dunia.
Kita mungkin sangat pandai menguruskan kerjaya, kewangan, bisnes dan masa depan.
Tetapi semua pengetahuan itu sepatutnya membawa kita melihat lebih jauh daripada dunia yang berada di hadapan mata.
Masalahnya adalah apabila kita hanya tahu tentang kehidupan yang sementara, tetapi lalai untuk mempersiapkan kehidupan yang kekal.
Rujukan:
1. Tafsir al-Sa‘di
2. Ma‘arif al-Qur’an
3. al-Tafsir al-Wasit
Fakhri Fadzli

Forwarded from Aiman Azlan (Aiman Azlan Academy)
Welcome to all 4,441 members of Aiman Azlan Telegram Channel!
Thank you all for being here. It means a lot.
Moving forward, I wanted to make this channel as useful and engaging as possible for all 4,441 members.
Here are the 3 things you can expect from me:
1. Short bullet point writings about adulting, marriage, and parenting.
2. Updates for my latest programs, events, and projects.
3. Information on coaching and counseling for issues related to adulting, marriage, and parenting.
Out of these 3 things, please vote one you are most excited about.

What do you most want from this channel:
Anonymous Poll
77%
1. Short bullet points
31%
2. Latest updates
54%
3. Coaching and counseling
Forwarded from Aiman Azlan (Aiman Azlan Academy)
“Bagaimana nak cari calon?”
Dalam sesi coaching baru-baru ini, seorang hamba Allah berumur 30an tanya macam mana nak cari calon.
Panduan saya simple, tapi tidak mudah:
Kenalpasti dulu niat anda.
Daripada niat yang jelas dan kuat, anda dapat jelas 3 perkara penting:
1. Jelas kenapa anda nak kahwin dan bina rumah tangga. Motivasi anda kukuh sampai tiada siapa boleh hancurkan.
2. Jelas persediaan macam mana nak buat untuk capai niat itu. Anda takkan main-main.
3. Jelas pasangan yang macam mana anda perlukan untuk capai niat itu bersama.
Daripada 3 perkara ini, maka anda tahu nak position diri anda di mana agar anda highest probability jumpa calon terbaik.
—-
Suka post ini? Tekan 🔥 supaya saya tahu anda suka. Saya akan tulis lebih banyak konten begini.
Ingin coaching 1-to-1? Layari akademijodoh.com/coaching

“Kalau dia serius, dia mesti layan saya special dan jadikan saya prioriti.”
Dalam satu sesi, ada client saya kata begitu. Seorang wanita.
She’s not the only one. Dah banyak kali saya dengar retorik begini daripada wanita.
Saya faham logiknya: Wanita nak rasa secure dan safe dengan seseorang lelaki. Dia nak make sure lelaki itu for real dan tak main-main.
Cuma, caranya salah kerana membelakangkan agama.
Kalau nak tahu lelaki serius, ingat ini:
1. Dia takkan langgar hukum Tuhan apabila interaksi dengan anda. Tak secure pun kalau kalian buat benda dosa. Don’t call that serious.
2. Dia takkan membelakangkan wali anda dan make sure untuk minta izin. Dia perlu hormati bahawa anda di bawah lindungan wali dan tidak cross the line.
3. Dia akan jelas plan untuk kahwin dengan anda dalam masa terdekat (within 1 year), ikut kemampuan dia dan batasan agama. Bukan ikut demand orang.
Itu barulah serius geng.

Forwarded from Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Hanya Amalan Yang Akan Dihitung
=====
1. Rasulullah membayangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan didatangkan seorang lelaki yang berjawatan tinggi dan bertubuh besar. Namun jawatan dan tubuh itu tidak akan memberatkan timbangan amal. Sabda Nabi:
إِنَّهُ لَيَأْتِي الرَّجُلُ الْعَظِيمُ السَّمِينُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، لَا يَزِنُ عِنْدَ اللَّهِ جَنَاحَ بَعُوضَةٍ، اقْرَؤُوا إِنْ شِئْتُمْ: ﴿فَلَا نُقِيمُ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَزْنًا﴾
“Sesungguhnya akan datang pada hari kiamat seorang lelaki yang (berpangkat) besar lagi gemuk, tetapi dia tidak mempunyai nilai di sisi Allah walaupun seberat sayap seekor nyamuk. Bacalah jika kamu mahu: ‘Maka Kami tidak akan memberikan sebarang timbangan kepada mereka pada hari kiamat.’” (HR al-Bukhari)
2. Mulla Ali al-Qari menjelaskan bahawa perkataan al-Azim itu merujuk kepada kedudukan lelaki tersebut manakala perkataan al-Samin pula merujuk kepada fizikalnya. Kata beliau:
«لَيَأْتِي الرَّجُلُ الْعَظِيمُ» أَيْ جَاهًا وَمَالًا، أَوْ لَحْمًا وَشَحْمًا، فَيَكُونُ قَوْلُهُ: «السَّمِينُ» عَطْفَ بَيَانٍ لَهُ.
"Lelaki yang besar” boleh merujuk kepada besar dari segi kedudukan dan harta, atau besar dari segi daging dan lemak tubuh; kemudian perkataan السَّمين menjadi penjelas kepada sifat tersebut.
3. Sekalipun mempunyai kedudukan di sisi manusia atau pun dia mempunyatubuh yang besar, Baginda menjelaskan bahawa timbangan amalnya tidak lebih berat dari sayap nyamuk.
4. Malah lebih membimbangkan hitungan amalan seseorang itu akan dipersembahkan di hadapan manusia. Sabda Rasulullah:
إِنَّ اللَّهَ سَيُخَلِّصُ رَجُلًا مِنْ أُمَّتِي عَلَى رُءُوسِ الْخَلَائِقِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، فَيَنْشُرُ عَلَيْهِ تِسْعَةً وَتِسْعِينَ سِجِلًّا، كُلُّ سِجِلٍّ مِثْلُ مَدِّ الْبَصَرِ، ثُمَّ يَقُولُ: أَتُنْكِرُ مِنْ هَذَا شَيْئًا؟ أَظَلَمَكَ كَتَبَتِيَ الْحَافِظُونَ؟
“Sesungguhnya Allah akan memilih (menyelesaikan) seorang lelaki daripada umatku di hadapan seluruh makhluk pada hari kiamat. Lalu dibentangkan kepadanya sembilan puluh sembilan catatan (dosa), setiap satu catatan sejauh mata memandang. Kemudian Allah berfirman: ‘Adakah kamu mengingkari sesuatu daripada catatan ini? Adakah para pencatat-Ku yang menjaga (amalmu) telah menzalimimu?’”
5. Hadis ini memberikan kita peringatan yang menggerunkan bahawa hanya amalan kita yang akan dihitung. Ayuh tingkatkan amalan, teruskan bekerja untuk dakwah kerana Allah.
Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

Telegram
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Telegram rasmi Dr. Ahmad Sanusi Azmi.
Forwarded from Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Allah Tidak Sia-siakan Amalan Seseorang
======
1. Suatu hari al-Rabi bin Khuthaim meminta isterinya membuatkan mereka makanan sedangkan jarang-jarang dia meminta sedemikian. Kata Munzir al-Thauri:
قَالَ الرَّبِيعُ بْنُ خُثَيْمٍ لِأَهْلِهِ: اصْنَعُوا لَنَا خَبِيصًا. قَالَ: وَكَانَ لَا يَكَادُ يَتَشَهَّى عَلَيْهِمْ شَيْئًا،
al-Rabi bin Khutaim berkata: (Wahai isteriku), buatkanlah kami khabis (sejenis makanan) sedangkan dia jarang-jarang meminta dan berkehendak sedemikian.” (al-Tabaqat)
2. Khabis ini merupakan makan tradisi yang sukar dibuat dan manis rasanya. Ia pada kebiasaannya dihidangkan kepada tetamu yang istimewa. Lalu isterinya menyangka bahawa al-Rabi’ menjemput tetamu istimewa.
3. Tidak lama setelah makanan itu disiapkan al-Rabi’ menjemput jirannya yang mempunyai masalah akal (barangkali OKU atau gila). Kata Munzir:
وَأَرْسَلَ إِلَى جَارٍ لَهُ مُصَابٍ، كَانَ بِهِ خَبَلٌ، فَجَعَلَ يُلْقِمُهُ وَلُعَابُهُ يَسِيلُ
“Kemudian beliau memanggil seorang jirannya yang ditimpa gangguan akal. Al-Rabīʿ menyuapkan makanan kepadanya sementara air liurnya meleleh.”
4. Tindakan al-Rabi ini menjadikan isterinya sangat hairan dan tertanya-tanya. Mengapa al-Rabi menyantuni orang gila atau OKU ini sedangkan dia tidak mengetahui apa-apa. Kata isterinya:
تَكَلَّفْنَا وَصَنَعْنَا، ثُمَّ أَطْعَمْتَ هَذَا، مَا يَدْرِي هَذَا مَا أَكَلَ
Kami telah bersusah payah menyediakannya, kemudian engkau memberikannya kepada orang ini; dia pun tidak tahu apa yang dimakannya!
5. Al-Rabi dengan tenang menjelaskan bahawa setiap kebaikan yang kita buat, Allah mengetahui walaupun orang yang kita santuni itu tidak mengerti apa-apa. Kata al-Rabi:
وَلَكِنَّ اللَّهَ يَدْرِي
“Tetapi Allah Maha Mengetahui.”
Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://40hadithsanusi.wordpress.com/2026/08/13/menyuap-makanan-pada-orang-gila/

40 Hadith in Islam
Menyuap Makanan Pada Orang Gila
1. Suatu hari al-Rabi bin Khuthaim meminta isterinya membuatkan mereka makanan sedangkan jarang-jarang dia meminta sedemikian. Kata Munzir al-Thauri: قَالَ الرَّبِيعُ بْنُ خُثَيْمٍ لِأَهْلِهِ: اصْن…
Forwarded from WanJi Maulana
Dalam ilmu tafsir, terdapat satu kaedah penting:
العبرة بعموم اللفظ لا بخصوص السبب
“Pengajaran diambil berdasarkan keumuman lafaz, bukan berdasarkan sebab yang khusus.” (al-Madkhal li-Dirasat al-Qur’an al-Karim, 1/160 — Muhammad Abu Shuhbah)
Berdasarkan kaedah ini, ayat Allah:
وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ
“Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan dengan tangan kamu sendiri.” (Surah al-Baqarah: 195)
Pada asalnya, ayat ini diturunkan dalam konteks peperangan. Ia berkaitan dengan orang yang tidak mahu menginfakkan harta untuk perjuangan dan tidak mahu terlibat dalam peperangan. (Lihat Tafsir al-Mawardi, al-Nukat wa al-‘Uyun, 1/253.)
Namun, memandangkan kaedah tafsir menyebut bahawa pengajaran sesuatu ayat dilihat pada keumuman lafaz, bukan hanya pada sebab penurunannya yang khusus, para ulama tidak membataskan makna ayat ini kepada persoalan peperangan sahaja.
Sebaliknya, mereka mengaplikasikan prinsip ayat tersebut dalam pelbagai keadaan yang lebih luas, termasuk dalam persoalan wabak dan penyakit berjangkit.
Sebagai contoh, al-Imam Ahmad bin Muhammad al-Hamawi al-Hanafi menggunakan ayat ini sebagai salah satu sandaran dalam memfatwakan keharusan seseorang melarikan diri daripada kawasan yang dilanda wabak taun, sekiranya dia belum terkena penyakit tersebut. (Lihat Ghamz ‘Uyun al-Basa’ir fi Sharh al-Ashbah wa al-Naza’ir, 4/140.)
Persoalannya, bagaimana pula dengan hadis yang melarang seseorang keluar dari negeri yang sedang dilanda wabak taun?
Larangan tersebut boleh difahami dalam konteks orang yang telah berada di kawasan wabak dan telah ditimpa penyakit tersebut. Jika dia tetap keluar dari kawasan itu, terdapat kemungkinan penyakit tersebut akan tersebar kepada orang lain di tempat yang belum dijangkiti.
Atas dasar itu, larangan keluar tersebut bukan semata-mata kerana seseorang itu berada di kawasan wabak, tetapi juga berkait dengan usaha menghalang penyebaran penyakit dan menjaga keselamatan orang lain. (Lihat Syarh al-Zurqani ‘ala al-Mawahib al-Ladunniyyah bi al-Minah al-Muhammadiyyah, 9/523.)
Di sinilah kita dapat melihat keluasan kaedah tafsir. Sebab turunnya ayat memberikan konteks, tetapi keumuman lafaz memberikan keluasan dalam memahami pengajarannya. Sesuatu ayat tidak semestinya terhenti pada peristiwa yang menjadi sebab ia diturunkan.
Al-Quran turun untuk memberikan petunjuk kepada manusia, bukan sekadar untuk menjawab satu peristiwa yang telah berlalu.

Forwarded from IRIS Institute (OFFICIAL)
MALAYSIA pada tahun 2040
Ke manakah kita selepas Wawasan 2020?
Enam tahun selepas Wawasan 2020, Malaysia terus bergerak. Namun kita tidak pasti ke arah manakah kita hendak tuju?
Wawasan 2020 memberikan satu destinasi kepada sebuah generasi gambaran tentang Malaysia yang ingin kita bina. Adakah kita telah mencapai impian tersebut? Jika tidak, apakah cabaran-cabaran yang menghalang kita dari mencapai impian tersebut?
Apakah yang Malaysia mahu jadi menjelang 2040?
IRIS INSTITUTE membuka ruang untuk perbincangan ini sempena bulan kemerdekaan dan hari Malaysia.
Satu visi nasional yang baharu.
Satu horizon strategik yang baharu.
Satu perbincangan tentang Malaysia yang ingin kita bina.
Malaysia 2040.
#Malaysia2040 #IRISINSTITUTE #KuasaNasional

Forwarded from Mutiara Tadabbur
🌿 Jom Singgah ke Website Rasmi Mutiara Tadabbur
Sedang mencari bahan pembelajaran al-Quran yang tersusun dalam satu tempat?
Di website Mutiara Tadabbur, kami himpunkan pelbagai bahan untuk membantu perjalanan tadabbur al-Quran anda.
Antaranya:
📖 Ebook percuma
🎥 Kuliah dan rakaman percuma
📚 Diskusi buku dan kupasan karya
📖 Buku-buku Tadabbur
🎓 Seminar dan rakaman pembelajaran
🤝 Komuniti Mutiara Tadabbur
Matlamat kami sederhana, namun besar harapannya.
Semoga platform ini dapat membantu lebih ramai mendekati al-Quran melalui tadabbur yang mudah difahami, praktikal dan dekat dengan kehidupan seharian.
Jemput singgah, dan jika bermanfaat, kongsikan juga kepada keluarga serta sahabat.
⛓ https://ezy.la/mutiaratadabbur

Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
mutiara-tadabbur.lovable.app
Mutiara Tadabbur
Mutiara Tadabbur Digital is a modern Islamic website offering accessible Al-Quran tadabbur and reflection.
https://www.facebook.com/share/1DTNiHn5o7/
“Setialah bersama perjuangan Islam.”
Apabila menyebut kalimat di atas, jika penyokong Pas membayang
[a] perjuangan Islam itu berbentuk ijtihadi; Pas ada ijtihad, jemaah selain Pas juga berijtihad dan moga semua beroleh pahala. Kita berentap atas dasar polisi, prestasi dan kompetensi.
jika [a], maka – tiada gunalah agamawan Madani beriya-iya melaung “Parti Bukan Agama”. Tiada pun orang anggap parti itu agama.
[b] perjuangan Islam yang sebenar hanya diwakili oleh Pas, yang selain daripada Pas adalah kurang Islam, tidak memperjuangkan Islam, tidak tepat tafsiran Islam mereka. Kita berentap atas dasar kitalah pejuang Agama dan Bangsa, yang selain kita pula tidak memperjuangkannya dengan serius;
jika [b], maka – ada dasar dan bergunalah agamawan Madani melaungkan slogan “Parti Bukan Agama”. Pemahaman [b] ini memang cenderung ke arah Islam = parti tertentu.
Sampai sini, boleh faham kan? Harap semua menginsafi realiti. Jangan mudah-mudah tuduh Pas sebagai bughah dan Khawarij, dan jangan mudah-mudah menafikan kewujudan sentimen mengeksklusifkan Islam hanya untuk satu parti.
Boleh mohon jawab, [a] atau [b]. Kalau saya, saya pilih [a]. Ramai kawan-kawan Pas saya begitu; intelektual, berlapang dada dan tidak mudah mengkafirkan.

https://www.facebook.com/share/p/1GENMkYDnW/
Untuk pengetahuan semua juara lagu AJL40 tu adalah special project budak2 Floor 88 ASWARA...
Yg membawa masuk ayie floor 88 untuk special projek lagu nie..
Reveal ahli kumpulan diorang
Achoii: Ahli dari kumpulan Floor 88.
Mya Nana (Mya Koi): Ahli wanita tunggal dalam kumpulan ini yang juga merupakan bekas peserta Mentor Milenia 2016.
Tuan Nicky: Watak yang dibawa oleh Ayie, vokalis utama kumpulan Floor 88.
Hemo (Hemo Globin): Dibawa oleh Triplouz A.
Raflex (Khaza Raflex): dikatakan Carleed Khaza..
Tapi tarikh lahir dan umur kedua watak nie berbeza..
So maybe orang lain...
Kalau ade info tolong roger2..
Eric sebagai director project
And shout out untuk Sapik Sam sebagai tulang belakang untuk setiap projek lagu2 k.o.i...
Mati2 aku ingatkan sapik sam tu RAY dap dap..
Hahahaha..
Semua lagu mereka memang lit habis..
Lirik2 mereka sedang menentang ketidakadilan kerajaan dan pengawal media yg menutup mulut suara rakyat malaysia..
Kemenangan mereka satu hantaran mesej pada penguasa dan haramjadah2 kat atas tu untuk muhasabah diri..
Tiwikarma (Juara AJL40)
Lagu ini merupakan sebuah naskhah protes dan solidariti yang mengangkat mesej kemanusiaan mengenai tragedi perang, kekejaman, serta keteguhan iman pejuang yang ditindas.
"Hujan derita di bawah langit gempita
Mulut dikunci tidak mampu bersuara
Darah daging diratah tempat mereka mulia
Jasad tiada nyawa semadi tiada bertanda"
(K.O.I)
2. Air Seni
Sebuah karya satira berani yang mengkritik keras sistem kesihatan global, propaganda pihak atasan, dan pengurusan pandemik (termasuk isu sijil dan vaksinasi paksa).
"susuk besi dimungkari
air seni menakluki
hitam gelap jadi putih
walau kotor tampak suci"
(K.O.I)
3. Meta Dergama
Lagu ini memfokuskan kepada teguran tajam terhadap golongan "penunggang agama", hipokrasi manusia, dan mereka yang hanya mempamerkan imej suci palsu di media sosial demi meraih kuasa.
"Si tari lenggang bertalung mengalung
Madah tak bertumpang tapi dipecah pekung
Si gala rahsia terbungkam tertundung
Nada yang di sulam dusta menjadi kalung"
(K.O.I)
4. Laraga Muntaha
Penceritaan yang sangat gelap dan menyayat hati mengenai penderitaan fizikal mangsa kekejaman atau kes buli, di samping amaran tentang karma dan pembalasan ke atas si pelaku yang cuba menutup kesalahan.
"Nyawa di rentap kepuasan sia sia
Gentayangan nista nafsu di dalam akal minda
Timbangan neraca dunia harga yang perlu dibayar
Kelak binasa yang di himpunkan siapa menerima ijazah"
(K.O.I)
5. IOK
Sebuah diss track sinis yang menyindir budaya pemasaran murahan (bad marketing) golongan usahawan atau pempengaruh yang sengaja mencari kecaman dengan merosakkan lagu raya demi meraih tontonan tular.
"Sibuk bersiap, puasa tinggal sepi.
Mengejar harta, saham dosa dicari.
Bulan mulia, tapi hati tak murni..
Berpuasa tapi, nafsu lupa dikunci."
(K.O.I)
6.Niskala Suaka
Karya satira politik yang mendedahkan kepincangan pemimpin, perebutan kuasa yang menghancurkan pengikut di bawah, dan sikap mementingkan diri golongan elit terhadap bangsa sendiri.
"Kera di hutan rimba disusukan
Cucu di teratak kebulur kelaparan
Tiga warna tujuh jiwa sumpah setia
Putih merah sifat niskala suaka"

https://www.facebook.com/share/1JmRyhtkzd/
Bagaimana rupa paras PKR dan PAS sesudah tokoh agungnya pergi ...?
Sudah menjadi sunnatullah, setiap generasi akan silih berganti. Tiada pemimpin boleh kekal di atas, sunnatullah tidak mengizinkan keabadian.
Lambat laun pemimpin pelapis akan menggantikan yang lama walau bagaimana berkarisma, hebat, berjasa besar dan sukar dicari ganti.
TS Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng perlahan-lahan melepas jawatan setiausaha agung untuk diwariskan kepada generasi muda DAP.
Nanti tiba giliran PAS dan PKR pula, dua lagi parti yang bangkit susulan krisis politik 1998 atau kemunculan Gerakan Reformasi, tenaga terbesar mencorak politik negara.
Ketiga-tiga pemimpin pembangkang ini (bakal) pergi sewaktu parti masing-masing berada di puncak pencapaian yang tidak pernah diimpi generasi yang telah pergi. Malah generasi hari ini.**
DAP sudah dua kali menyertai kerajaan pusat, kira-kira lima dekad selepas diasaskan.
Kit Siang juga tokoh ketua pembangkang yang hebat sebelum diganti Datuk Fadzil Noor dan kemudian Anwar.
Begitu juga PAS, menikmati kerajaan persekutuan buat kali kedua (2020 hingga 2022) walau kaedah itu disebut "tepuk atap" tetapi dianggapnya lebih demokratik, lebih aman dan lebih benar!
"Kita telah menempa sejarah dengan mengambil alih kerajaan persekutuan secara aman dan demokratik daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang memenangi PRU-14 dengan penuh pembohongan kepada rakyat," kata Abdul Hadi.
Tidak seperti presiden sebelumnya, bawah kepemimpinan beliau, PAS berjaya menguasai empat negeri (SG4) hasil keputusan tepuk atap itu, Muafakat Nasional dan lunak dengan Umno.
Keberaniannya mengubah selera PAS ke arah kemelayuan memang mengagumkan, setelah tidak nampak lagi jalan mengekalkan tahalluf siyasi dengan DAP (dan PKR), satu lagi uji kaji politik yang berani diteroka PAS sejak 1999.
Pada 2008, PAS mempunyai tiga menteri besar, termasuk Kedah dan Perak, hasil kerjasama dengan Pakatan Rakyat. Naik di Perak dengan restu DAP
Kita suka atau tidak kepada PAS dan beliau, Abdul Hadi pasti dikenang sebagai tokoh terulung ulama PAS yang radikal, dinamik dan licik. Memang sukar membayangkan pengganti setarafnya.
Apatah lagi saat ini, PAS bersama PN dijangka maju ke Putrajaya dengan bantuan BN pada PRU 16. Gabungan PN + BN ganti PH + BN.
Jika PAS terus dominan dan menguasai Putrajaya, Abdul Hadi akan diangkat tokoh pembangkang terhebat mengatasi Kit Siang dan Anwar.
Walau Anwar sedang bergelut untuk masuk ke penggal keduanya, beliau tetap dikenang sebagai kuasa pembangkang paling tinggi stamina.
Beliau mampu menggerakkan parti yang setahun jagung dari dalam penjara. Di tengah suasana terumbang-ambing. Berkat kerjasama dengan PAS selama empat PRU dan DAP hingga kini.
Hanya 10 tahun sejak diasaskan, PKR mampu membina gabungan yang menguasai empat negeri (tidak termasuk Kelantan) dan Kuala Lumpur.
Sepuluh tahun kemudian, berkat berdamai dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, PKR sudah sampai ke Putrajaya walau parti ini tidak memakai retorika kaum atau agama seperti ghalib parti Melayu lain.
Daripada 20 tahun itu, separuh daripada masa Anwar dihabiskan di belakang jeriji besi.
Beliau tidak pernah memimpin PRU kecuali 2008, 2013 dan 2022. Empat kali sahaja bertanding, dua daripadanya PRK, 2008 dan 2018, detik penting yang menyaksikan perubahan politik nasional.
Tidak ada parti seumpama ini, sebahagian besarnya berkat karisma Anwar yang telah membina nama selama 16 tahun dalam kerajaan BN, gabungan parti kerajaan yang utuh (dahulu).
Kejayaan ini juga hasil dukungan meluas orang ramai atas karisma Anwar itu, termasuk mampu mengikat PAS dan DAP dalam kerjasama yang sukar dibayangkan pada dekad-dekad sebelumnya.
Namun penggantian mereka pasti tidak mudah, termasuk DAP. Kit Siang berundur akibat "tekanan halus", sementara Guan Eng pula hampir tersingkir akibat permainan politik. Cuma hiruk-pikuknya berjaya dibendung daripada telinga umum.

(Perlu disebut, DAP tidaklah sunyi daripada krisis dalaman, persaingan kem dan penggantian pemimpin. Tetapi untuk fasa terbaru ini, parti ini kelihatan lebih tenang dan terkawal)
Tidak seperti pemilihan PKR tahun lepas, yang dikepalai timbalan presiden sendiri, DAP lebih berdisiplin dan penggantian pemimpinnya bergerak lebih lancar dan semacam teratur.
PAS juga sebuah parti yang ada disiplin sehingga ketaatan, atau kesetiaan, dilabel sebagai walaun, kata hodoh bagi istilah mulia, wala'.
Namun rekod pernah menunjukkan ia berpotensi menimbulkan hiruk-pikuk juga, seperti episod 1982 di Kuala Lumpur dan babak 2015 di Kuala Selangor.
Malah sebelumnya, krisis parti mengheret kerajaan Kelantan ke lembah darurat dan hilang kerajaan.
PAS juga hilang Terengganu sejak awal merdeka (1961) akibat pembelotan wakil rakyat dan hilang sekali lagi negeri ini susulan gelombang biru, wang ihsan, sekatan royalti petroleum dan perpindahan pengundi luar menjelang PRU 2004.
Apakah penggantian Abdul Hadi akan selancar Lim anak-beranak atau lebih baik lagi? Atau riak-riak persaingan kuasa sedang dirancang sekarang?
Begitu juga PKR, apakah ia mampu bertahan selepas hilang Putrajaya dan Selangor jika PN + BN terus membadai? Selepas Anwar berundur nanti, apakah proses peralihan PKR selancar DAP?
** NOTA 1: Di balik kekaguman kita pada tiga parti ini, kita tentu tertanya-tanya, pencapaian yang luar biasa ini hasil kehebatan tiga tokoh ini (Lim, Abdul Hadi dan Anwar) atau ada faktor pendorong lain yang turut membantu?
Misalnya teknologi internet (media sosial) dan kerosakan makin ketara Umno (dan komponen lain BN) yang menyebabkan pengundi meluat, lalu cuba bereksperimen dengan menyokong tiga parti ini?
Saya tidak sepenuhnya dapat diyakinkan hanya faktor pemimpin dan parti sahaja.
Uji kaji politik dengan menolak kerajaan sedia ada akibat rasa menyampah ini, walau tidak nampak kebaikan pembangkang, memang satu trend semula jadi di negara kita.
Saya berikan contoh Berjaya, PBS, PAS-Semangat 46, DAP dan PKR antara 1970-an hingga awal 2010-an sebagai faktor pendorong.
NOTA 2: Saya sengaja tidak masukkan Umno atau parti lain dalam BN kerana mereka menguasai kerajaan sudah lama. Pertempuran dalam parti- parti ini juga sengit dan mendebarkan.
Sementara PAS, DAP dan PKR masih baru kecapi kejayaan, satu rekod kebangkitan parti selain BN yang pernah dipandang sebelah mata.
PAS selalunya menang lima hingga tujuh kerusi sahaja sehingga PRU 1999 melonjaknya kepada 27 kerusi. Begitu juga DAP dan PKR yang mula menguat selepas PRU 2008.
PKR menang 30 dan 29 kerusi, masing-masing pada 2008 dan 2013. DAP pula 28 dan 38 dalam tempoh sama. Sementara PAS 23 dan 21 kerusi.
(kemas kini daripada coretan asal 6 Jun 2025)

https://www.facebook.com/share/19D1nUVB3y/
Reformasi sudah mati. Siap talkin dan kebumi dah.
.
Post ni akan triggered ramai orang, tapi hidup kena ada cabaran. Jom.
.
Saya tahu itu ayat itu menusuk jiwa, terutama bagi mereka yang dah bergolek dan disembur sejak tahun 1999. Tetapi, kita kena mula bincang dulu dan kita mulakan dengan talapathy, Vijay.
.
Di Tamil Nadu, Joseph Vijay mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri dan pada hari pertama sahaja, beliau menandatangani keputusan memperluaskan bekalan elektrik percuma sehingga 200 unit, menubuhkan pasukan khas keselamatan wanita, melancarkan gerakan antidadah di seluruh negeri, dan mengarahkan penyediaan White Paper mengenai kedudukan kewangan negeri.
.
Dalam tempoh 100 hari, kerajaannya mengarahkan penutupan 717 kedai TASMAC (simplify: kedai jual arak) berhampiran sekolah, rumah ibadat dan terminal bas, walaupun TASMAC adalah sumber hasil besar kepada negeri itu. Enam puluh lima pasukan antinarkotik diwujudkan di 37 daerah dengan 454 jawatan baharu. Sembilan puluh tujuh perjanjian pelaburan bernilai kira-kira RM29 bilion ditandatangani. Ok, this is quite impressive to do in 100 days.
.
But he did it. Seratus hari.
.
Bukan kita nak sebut bahawa semuanya sudah berjaya. Sebahagiannya masih komitmen yang perlu dibuktikan. Tetapi rakyat Tamil Nadu boleh nampak arah, keutamaan dan keberanian kerajaan mereka. Nak tutup TASMAC, orang protest di jalanan - terdiri dari business owner, residen, penduduk awam, ahli politik dan kakitangan kerajaan. Gila tak? Tapi dia buat gak. Kental mamat ni.
.
Anyway, kita tengok Malaysia. Empat tahun, or kalau nak spesifik 3.5 tahun.
.
Apa yang lulus? Fiscal Responsibility Act 2023. Silap, ini telah dimulakan seawal 2018. Diluluskan sahaja pada 2023. Jangan claim. haha.
.
Parliamentary Services Act 2025. Ahli Parlimen PKR sendiri, mantan kot, menyatakan "in substance, it is nothing." Tiada reform.
.
Procurement Act 2025. Ini pun best. C4 Center memberi amaran ia memberikan Menteri Kewangan kuasa kelulusan perolehan yang luas dan menubuhkan tribunal rayuan yang tidak bebas daripada eksekutif. Had pelantikan terus dinaikkan dari RM200,000 kepada RM1 juta. Akta itu bergerak dari pembentangan ke kelulusan dalam masa kira-kira 15 hari. Dan Menteri Kewangan yang memegang kuasa budi bicara itu juga Perdana Menteri dan Pengerusi Khazanah. Tiga jawatan, satu orang. Bukan saya yang sebut, C4, sebuah badan bebas anti rasuah dan korupsi yang sebut. Koyak reform di sini.
.
Sekarang kita tengok apa yang tidak lulus dan tidak dibuat. Pengasingan Peguam Negara dan Pendakwa Raya. Akta Pembiayaan Politik. Penapisan Parlimen bagi pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Ketua Polis Negara. Akta Penggal Parlimen Tetap. Had penggal untuk Perdana Menteri.
.
Kalau tengah stress baca sampai sini, biar saya kasi stress sikit lagi. Ada nampak tak pattern dia? Kalau tak nampak, saya kasi cerah.
.
Setiap akta "reform" yang lulus menambah kuasa eksekutif - Perdana Menteri dan Kabinet. Setiap agenda reformasi yang tidak lulus mengurangkan budi bicara yang eksekutif (Perdana Menteri dan Kabinet).
.
Sedangkan Ketua Kampung pun payah nak lepaskan kuasa...haha. Anyway, ada plot twist. Teruskan membaca.
.
Pada 16 Ogos 2026, seperti dilaporkan Free Malaysia Today, Perdana Menteri berucap di Kongres Nasional PKR dan mendedahkan bahawa ada pemimpin UMNO yang tidak bersetuju dengan keputusannya menyalurkan bantuan kepada negeri PN. Dalam kata-kata beliau sendiri, orang UMNO kata kepada saya, Anwar, dasar ini salah. Jadi rakan kongsi kerajaan menghalang penyaluran peruntukan kepada rakyat.
.
Jem, bang. Faham tak maksud ayat ni? Kalau itu benar, kita boleh tanya soalan yang lebih besar. Adakah PMX tidak dapat berdiri tegak berhadapan korupsi? Berapa banyak lagi reformasi yang tidak berlaku atas sebab yang sama?

Dan pada 24 Mei 2025, Berita Harian melaporkan Perdana Menteri berkata di Johor Bahru bahawa lantikan politik dalam kerajaan yang mengangkat individu layak seharusnya dibenarkan dan bukan satu bentuk penyalahgunaan kuasa.
.
Jap. Plot twist tak habis lagi.
.
Ironik statement PMX buat Ironman tersipu-sipu. Laporan RCI Tabung Haji yang dibentangkan di Dewan Rakyat menunjukkan bahawa sebahagian besar masalah institusi itu bermula daripada lantikan politik. Dan DAP, yang sekian lama meletakkan diri sebagai kompas moral Pakatan Harapan, juga mengekalkan amalan yang sama dengan pelantikan politik mereka sendiri.
.
Kalau anda dah baca sampai sini dan belum maki saya lagi, tahniah diatas kesabaran anda. Sabar dulu, teruskan membaca. Bak kata Tun Mahathir, membaca itu menajamkan minda.
.
Setakat yang saya sebut diatas, tiada satu pun yang saya sebut sendiri. Semua dipetik dari laporan pihak bebas dan juga laporan akhbar. Malahan, berdasarkan perkara diatas gerakan Bersih memberikan markah "D".
.
That's in the past. Half the story. Jom gerak ke depan.
.
Ini teka-teki terpahit yang perlu dijawab masa kempen pilihanraya nanti - especially sesiapa yang berhasrat jadi PM.
.
Kerana kedudukan rakyat sekarang mudah sahaja. Sama ada anda mengundi PH atau anda mengundi PN, anda akan dapat BN.
.
Untuk latihan minda, kita anggap BN sebagai penghalang reform. Jika PH bersama BN tidak mampu melaksanakan reformasi selama empat tahun, apa yang membuatkan kita percaya PN bersama BN akan mampu? Soalan ini bermain dalam fikiran saya dan ramai orang.
.
Bagi Penyokong PN: Cuba tulis dalam ruangan komen. Bagaimana PN akan membawa reformasi sambil bergandingan dengan BN? Adakah skandal LCS akan disiasat semula? Adakah 47 kes itu akan dibuka kembali? Adakah mereka yang bertanggungjawab dalam Tabung Haji akan ditangkap?
.
Bagi Penyokong PH: Cuba tulis dalam ruangan komen. Bagaimana anda akan atasi gerakan civil yang tidak yakin pada anda dalam masa setahun lagi? Kalau BN penghalang reform, apakah reform yang akan anda lakukan dalam masa berbaki setahun lagi?
.
Bagi Penyokong BN: Cuba tulis dalam ruangan komen. Adakah anda penghalang reform? Bagaimana rupa reform yang ingin anda bawa? Apa bukti bahawa BN sudah reform? Apakah reform yang akan anda lakukan dalam masa berbaki setahun lagi?
.
Anyway, kejap lagi ruangan komen saya akan dibanjiri fake account. Sabar je la. Bagi yang bukan fake account dan baca sampai habis, tuliskan #reform dan berikan komen anda berdasarkan parti yang anda sokong - ini masa untuk anda pula berikan pencerahan.
.
Bagi fake account, silakan maki tapi letak parti anda. Kurang-kurang kita tahu anda dari parti mana.