Panduan Telegram
35.3K subscribers
2 photos
413 videos
343 links
Telegram memperjuangkan kebebasan dan privasi, dan mempunyai banyak ciri-ciri mudah diguna.
Download Telegram
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Stori Langsung. Setiap pengguna boleh hos strim langsung di stori Telegram mereka, di mana penonton boleh kirim komen dan derma Star untuk sokong pencipta konten.

Stori Langsung boleh diunjur dari akaun pengguna, dan juga sebagai grup dan saluran yang telah membuka kunci mengepos Stori melalui tingkat.

Stori Langsung memberi anda tetapan privasi terperinci sama seperti stori lain – dapat dilihat oleh Setiap Orang, Kenalan, Rakan Karib atau Pengguna Terpilih.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Menghos Stori Langsung. Stori Langsung sokong kunci RTMP untuk integrasi tanpa batas dengan apl luaran.

Pencipta konten juga boleh set harga per komen di stori langsung mereka – dan naik taraf pentadbir untuk bantu urus bual.

Untuk kawal komen, tekan 'Tetapan Langsung' ketika menstrim. Untuk pentadbir bual, beri mereka permisi pentadbir 'Urus Bual Video / Strim Langsung' dalam grup atau saluran anda.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Mesej Berulang. Mesej berjadual dan peringatan juga boleh diset untuk diulangi dengan kekerapan tertentu seperti setiap hari atau dua kali sebulan.

Untuk set mesej berulang, pilih kekerapan untuk diulang di medan ‘Ulang’.

Selepas jadual diset, anda boleh tekan ikon 📅/🕓 dalam bar mesej untuk sunting teks atau kekerapan mesej diulang.
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Lelongan Hadiah. Telegram Hadiah edisi terhad dikeluarkan menerusi sistem berdasarkan lelongan untuk pastikan pengagihan yang adil.

Lelongan membenarkan anda untuk letak bida dengan Star. Hadiah kemudian diagihkan kepada pembida tertinggi selepas beberapa pusingan.

Bida yang lebih rendah dibawa ke pusingan seterusnya – dan dibayar balik dengan serta merta selepas pusingan terakhir jika anda tidak memenangi.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kunci Laluan. Anda boleh cipta kunci laluan di peranti anda untuk log masuk secara serta merta dengan kod PIN atau biometrik anda tanpa memerlukan kod SMS.

Kunci laluan berfungsi di mana sahaja dan setiap waktu, walaupun jika anda tiada servis – dan boleh segerak dengan aplikasi pengurusan kata laluan anda.

Untuk cipta kunci laluan, sila ke Tetapan > Privasi dan Sekuriti > Kunci laluan pada mana-mana peranti. Untuk maklumat lanjut, sila semak di Soalan Lazim kami.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Log Masuk Dengan Kunci Laluan. Selepas mencipta kunci laluan pada peranti anda, anda boleh gunanya untuk masuk ke akaun anda tanpa guna kod SMS.

Bukan seperti kod SMS, kunci laluan sentiasa tersedia – dan tidak perlukan nombor fon anda atau pembekal servis.

Dengan kunci laluan anda masih boleh pilih untuk log masuk menerusi SMS – jadi pastikan akaun anda didaftar ke nombor fon aktif dalam kawalan anda.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Tawaran Pembelian Hadiah. Bila menyemak hadiah, anda boleh buat tawaran untuk beli hadiah dengan Star atau TON.

Tawaran hadiah dilindungi oleh Telegram – memastikan pembeli dan pemilik hadiah selamat daripada skam (penipuan).

Untuk buat tawaran, tekan atau ketika melihat hadiah dan pilih 'Tawaran untuk Beli'.
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Ringkasan AI. Pos panjang dalam saluran boleh dengan segera diringkaskan dengan menekan ↔️.

Artikel dalam Paparan Segera akan tunjuk ringkasan AI di bahagian atas halaman.

Ringkasan guna model AI sumber terbuka pada Cocoon – satu rangkaian berselerak dibina oleh Telegram untuk memaksimum privasi.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pengkrafan Hadiah. Koleksi hadiah boleh digabung untuk kraf versi eksklusif dengan kesan unik.

Satu kraf boleh guna hingga 4 hadiah, dengan setiap satu menaikkan peluang untuk berjaya.

Mengguna berbilang hadiah dengan sifat yang sama boleh menambah lebih peluang bagi sifat tersebut muncul dalam item akhir.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Tag Ahli. Ahli dalam bual grup kini boleh tambah tag di sebelah nama mereka – untuk mengetengah peranan dan tunjuk minat mereka.

Pentadbir pilih sama ada ahli grup boleh set tag mereka sendiri atau hanya pentadbir diberi kuasa. Tag untuk pentadbir grup mempunyai warna berlainan dari ahli.

Untuk memboleh ahli set tag mereka dalam grup anda, sila ke Tetapan Grup > Permisi dan ON ‘Sunting Tag Sendiri’.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
⭐️ Nyahdaya Berkongsi di Bual Privat. Pelanggan Telegram Premium kini boleh nyahdaya berkongsi dalam bual 1 lawan 1.

Ini menghadkan memaju atau menyalin mesej dan mencegah ambil gambar skrin atau menyimpan media dari bual.

Untuk nyahdaya berkongsi dalam bual, buka profil pengguna, tekan atau dan pilih ‘Nyahdaya Berkongsi’.
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kapsyen untuk GIF. Bila memilih GIF di panel GIF, anda boleh tambah kapsyen secara terus kepadanya, dan kirimnya semua sebagai satu mesej.

GIF juga boleh disunting sebelum dikirim – untuk tambah teks, lukisan dan emoji atau untuk nipiskan GIF dan tukar panjangnya.

Untuk tambah kapsyen atau sunting GIF, tekan lama di panel dan pilih ‘Sunting’.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pemformatan Tarikh. Opsyen performatan ‘Tarikh’ membolehkan anda set tarikh dan waktu tertentu untuk tambah acara ke kalendar atau set peringatan.

15 Ogos jam 3:00 AM dengan secara automatik disesuaikan untuk setiap penerima tarikh dan masa tempatan.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Log Masuk Dengan Telegram. Anda boleh daftar dan log masuk ke aplikasi dan laman web mengguna Telegram anda hanya dengan beberapa tekanan.

Cara ini membolehkan anda kongsi nombor anda untuk verifikasi mudah – dan anda boleh benarkan mesej dari servis untuk keselesaan notifikasi.

Juruprogram boleh baca panduan terperinci kami untuk informasi lanjut.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Editor Teks AI. Bar mesej ada editor dalam apl yang boleh dengan serta merta baiki tatabahasa, terjemah teks anda atau tulis semula dengan beberapa gaya:
🤝 Formal
🎯 Short
🍖 Tribal
🗿 Zen
🕯 Biblical
💼 Corp

Editor teks adalah 100% privat dan ada pilihan – dikuasai oleh Rangkaian AI Cocoon.

Untuk buka editor, tekan ikon yang terpapar selepas menaip teks lebih dari 3 baris.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Undian. Dalam grup atau saluran, anda boleh cipta undian untuk buat keputusan atau dapatkan maklum balas komuniti.

Undian membolehkan anda:
• Lampir foto, video, stiker dan lokasi ke setiap opsyen
• Set tempoh tertentu
Cipta kuiz dengan jawapan betul

Anda boleh sesuaikan undian anda dengan beberapa tetapan untuk:
• Tunjuk siapa undi untuk setiap opsyen
• Pilih beberapa opsyen bila mengundi
• Benarkan pengguna untuk tambah opsyen baru
• Biarkan pengguna tukar undian mereka
• Ubah susunan opsyen
• Sorok keputusan undian hingga tamat tempoh
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Foto Langsung dan Bergerak. Pengguna Android dan iOS boleh kirim imej beranimasi dari galeri mereka – yang boleh dilihat dalam setiap aplikasi.

Tekan ikon Langsung/Bergerak ⭕️ dalam editor media dan pilih satu dari 3 gaya main balik:
Main langsung foto sekali
Main gelung secara berterusan
Main lantunan ke depan dan belakang
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Bot Tamu. Bot Telegram boleh diakses secara terus dalam grup dan bual 1 dengan 1 untuk jawab soalan dan lakukan tugas.
 
Untuk seru bot yang sokong ciri ini, hanya letak @username nya dalam mesej anda.
 
Bot Tamu hanya ada akses ke mesej tertentu di mana mereka ditag dan mana-mana balasan kepadanya. Bot ini tak boleh lihat pengguna mana berada dalam bual
 
Untuk daya Mod Tamu, juruprogram bot boleh guna panduan ini.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Komunikasi Bot ke Bot. Bot dapat respon pada bot lain, selain dari koman pengguna.
 
Peminat AI boleh guna ini untuk cipta aliran kerja tersuai dengan ejen autonomi.
 
Informasi lanjut untuk juruprogram ada tersedia di sini.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Automasi Bual dalam Profil. Setiap pengguna Telegram boleh hubung bot ke profil mereka – dan biarkan – respon ke mesej bagi pihak mereka.

Anda kawal bot setiausaha anda dengan permisi terperinci – seperti hanya membalas bual baru atau bukan kenalan.

Untuk hubung bot ke profil anda, pergi ke Tetapan > Sunting > Automasi Bual.