Panduan Telegram
49.3K subscribers
2 photos
402 videos
333 links
Telegram memperjuangkan kebebasan dan privasi, dan mempunyai banyak ciri-ciri mudah diguna.
Download Telegram
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pembiayaan Pos Dicadang. Bila mencadang mana-mana pos, anda boleh menawar Telegram Star atau Tonkoin sebagai pertukaran bagi mengeposnya.

Kedua-dua anda dan pemilik saluran boleh cadang suntingan sebelum pos diterima. Apabila diluluskan, ianya boleh dipos dengan segera atau dijadualkan secara automatik untuk tempoh tertentu.

Pemilik saluran terima habuan mereka 24 jam selepas dipos. Jika pos dikeluarkan lebih awal, Telegram akan secara automatik membayar balik amaun sepenuhnya kepada anda.

Tonkoin boleh secara pantas ditambah ke akaun Telegram anda melalui Fragment.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
⭐️ Carian Pos Publik. Carian ada tab ‘Pos’, di mana anda boleh lihat keputusan relevan dari saluran publik.

Ini membuatkan ianya lebih mudah untuk jumpai informasi tertentu atau ikuti berita tergempar dari beberapa sumber.
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Album Stori. Sorotan kegemaran anda boleh disusun ke dalam album stori pada profil anda.

Saluran juga boleh guna album untuk memapar produk atau gabung konten ke dalam senarai main.

Untuk tambah stori ke album, pergi ke tab ‘Pos’ di profil atau saluran anda dan tekan ‘Tambah Album’.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Koleksi Hadiah. Anda boleh kumpulkan hadiah di profil atau saluran anda ke dalam koleksi tersuai–berdasarkan tema, kejarangan atau sifat lain.

Hadiah yang sama boleh di letak dalam beberapa koleksi. Koleksi juga sokong penapis terperinci untuk layari secara mudah.

Untuk tambah hadiah ke koleksi, buka tab ‘Hadiah’ di profil atau saluran anda, pilih hadiah dan tekan ‘Tambah ke Koleksi’.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Rating Profil. Profil memapar nombor rating berdasarkan pada transaksi berjaya yang dilakukan dengan Telegram Star..

Rating anda menyerlahkan tahap Telegram anda dan menunjukkan bahawa anda boleh dipercayai untuk Pos Dicadang dan permohonan lain.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Muzik di Profil. Fail audio dari mana-mana bual anda boleh ditambah ke profil anda dengan sekali tekan di pemain media.

Menambah trek tambahan akan secara automatik cipta senarai main di profil anda.

Untuk tambah muzik, tekan butang 'Tambah ke Profil' di pemain media atau pilih trek dan tekan Simpan ke… > Profil.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Apl Mini Stiker. Apl mini @Stickers membolehkan anda cipta stiker dan emoji, urus pek anda, dan lihat statistik kegunaan terperinci.

Setiap pengguna boleh dengan mudah cipta stiker dalam mana-mana bual dengan apl Editor Stiker di talian.

Artis boleh ke sini untuk pelajari mengenai penciptaan stiker dengan animasi vektor, fail video dan imej statik.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Tab Profil Paras Asal. Anda boleh pilih tab mana dipapar dahulu bila seseorang buka profil anda – untuk ketengahkan koleksi hadiah anda atau stori disimpan.

Untuk tukar tab paras asal, pergi ke Tetapan > Profil Saya, tekan lama pada tab dan pilih 'Set sebagai Tab Utama'.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Tema Hadiah. Pemilik hadiah terkumpul tertentu boleh set kertas dinding bual dinamik dalam bual 1-dengan-1 berdasarkan pada hadiah unik mereka.

Tema hadiah menggabungkan setiap sifat hadiah, seperti model dan latar belakang.

Satu hadiah membuka satu tema untuk satu bual. Ini kini berfungsi dengan “Plush Pepes”, “Precious Peaches”, Topi Durov dan Loket Jantung.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Naik Taraf Hadiah untuk Pengguna Lain. Anda boleh kirim Star untuk biayai kos untuk naik taraf hadiah di profil pengguna lain.

Ini membolehkan anda bantu rakan yang rendah dari segi Star atau tidak menyedari hadiah mereka boleh dinaik taraf.

Untuk dengan pantas lihat kelayakan hadiah pada profil pengguna lain, guna penapisKebolehnaiktaraf’ hadiah.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Nilai Hadiah. Anda boleh lihat anggaran harga jualan semula hadiah terkumpul dalam atributnya.

Jika anda tekan untuk kembangkan seksyen ‘Nilai’, anda boleh lihat banyak lagi statistik mengenai harga semasa dan jualan terbaru.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Komen dan Reaksi di Panggilan Grup. Peserta dalam panggilan grup dan bual video boleh kirim komen dan reaksi secara terus dalam interfes panggilan.

Ini adalah mesej sementara yang akan terpapar beberapa ketika pada skrin panggilan – untuk kongsi emosi, tanya soalan dengan pantas dan lagi.

Untuk kirim komen, tekan butang 'Mesej'. Jika anda kirim hanya emoji, peserta panggilan akan nampak reaksi beranimasi.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Nota untuk Kenalan. Bila menambah atau menyunting kenalan Telegram, anda boleh masukkan nota privat yang hanya boleh dinampak oleh anda.

Untuk menambah seseorang sebagai kenalan, tekan pada foto mereka dalam mana-mana bual untuk buka profil mereka dan tekan Tambah ke Kenalan.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
⭐️ Hadiah Terkumpul: Warna Profil. Hadiah terkumpul anda boleh diguna untuk set gaya unik untuk sampul profil anda, link yang anda kirim dan balasan kepada mesej anda.

Untuk tukar penampilan profil anda, pergi ke Tetapan dan tekan ‘Tukar Warna Profil’.
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Apl Mini Kutu dan Cadangan. Sesiapa boleh lapur kutu dengan pantas atau cadang ciri dari mana-mana aplikasi Telegram dengan apl mini @bugs.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Stori Langsung. Setiap pengguna boleh hos strim langsung di stori Telegram mereka, di mana penonton boleh kirim komen dan derma Star untuk sokong pencipta konten.

Stori Langsung boleh diunjur dari akaun pengguna, dan juga sebagai grup dan saluran yang telah membuka kunci mengepos Stori melalui tingkat.

Stori Langsung memberi anda tetapan privasi terperinci sama seperti stori lain – dapat dilihat oleh Setiap Orang, Kenalan, Rakan Karib atau Pengguna Terpilih.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Menghos Stori Langsung. Stori Langsung sokong kunci RTMP untuk integrasi tanpa batas dengan apl luaran.

Pencipta konten juga boleh set harga per komen di stori langsung mereka – dan naik taraf pentadbir untuk bantu urus bual.

Untuk kawal komen, tekan 'Tetapan Langsung' ketika menstrim. Untuk pentadbir bual, beri mereka permisi pentadbir 'Urus Bual Video / Strim Langsung' dalam grup atau saluran anda.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Mesej Berulang. Mesej berjadual dan peringatan juga boleh diset untuk diulangi dengan kekerapan tertentu seperti setiap hari atau dua kali sebulan.

Untuk set mesej berulang, pilih kekerapan untuk diulang di medan ‘Ulang’.

Selepas jadual diset, anda boleh tekan ikon 📅/🕓 dalam bar mesej untuk sunting teks atau kekerapan mesej diulang.
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Lelongan Hadiah. Telegram Hadiah edisi terhad dikeluarkan menerusi sistem berdasarkan lelongan untuk pastikan pengagihan yang adil.

Lelongan membenarkan anda untuk letak bida dengan Star. Hadiah kemudian diagihkan kepada pembida tertinggi selepas beberapa pusingan.

Bida yang lebih rendah dibawa ke pusingan seterusnya – dan dibayar balik dengan serta merta selepas pusingan terakhir jika anda tidak memenangi.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kunci Laluan. Anda boleh cipta kunci laluan di peranti anda untuk log masuk secara serta merta dengan kod PIN atau biometrik anda tanpa memerlukan kod SMS.

Kunci laluan berfungsi di mana sahaja dan setiap waktu, walaupun jika anda tiada servis – dan boleh segerak dengan aplikasi pengurusan kata laluan anda.

Untuk cipta kunci laluan, sila ke Tetapan > Privasi dan Sekuriti > Kunci laluan pada mana-mana peranti. Untuk maklumat lanjut, sila semak di Soalan Lazim kami.