Syria Kini
2.67K subscribers
1.79K photos
998 videos
2 files
1.31K links
Saluran ini memaparkan berita-berita terkini dari bumi Syam (Syria, Palestin & Lubnan).
Download Telegram
Kementerian Kesihatan Lubnan mengumumkan seorang lelaki warga Syria terbunuh manakala anak perempuannya cedera susulan serangan udara Israel di Nabatieh, sebuah bandar di selatan Lubnan.

Bila kita doakan Palestin, jangan lupa doakan Syria.
Dan bila kita bantu Syria, niatkan untuk pembebasan Al-Aqsa juga.

๐˜‰๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜š๐˜บ๐˜ณ๐˜ช๐˜ข, ๐˜‹๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ช ๐˜ˆ๐˜ฒ๐˜ด๐˜ข.
๐˜‰๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข ๐˜š๐˜บ๐˜ณ๐˜ช๐˜ข ๐˜Š๐˜ข๐˜ณ๐˜ฆ, ๐˜’๐˜ช๐˜ต๐˜ข ๐˜‰๐˜ข๐˜ฏ๐˜ต๐˜ถ.
t.me/syriakini
Seorang bayi, Hamza Ahmad Khaled, meninggal dunia dua hari selepas mengalami kecederaan serius dan dirawat di unit rawatan rapi.

Kejadian berlaku apabila bumbung rumahnya runtuh di Sbeineh Camp. Struktur rumah tersebut sudah lama rosak akibat kesan serangan tembakan sebelum ini, yang menyebabkan bangunan menjadi lemah dan tidak selamat untuk didiami.

Di Syria, ramai keluarga masih terpaksa tinggal dalam rumah yang rosak dan tidak stabil kerana mereka tidak mempunyai pilihan lain. Keadaan ini tidak sepatutnya menjadi kebiasaan, kerana tiada kanak-kanak yang sepatutnya tidur di bawah bumbung yang berisiko runtuh. Namun inilah realiti pahit yang masih berlaku di sana.

Tragedi seperti ini adalah antara perkara yang cuba dielakkan melalui usaha kemanusiaan di lapangan. Syria Care telah menggerakkan inisiatif projek โ€œRestore Aidโ€ bagi membaik pulih rumah, masjid dan sekolah, bermula di kawasan Latakia.

Teruskan menyumbang agar usaha ini dapat diperluaskan ke lebih banyak kawasan yang memerlukan.
t.me/syriakini
Kesatuan Eropah Setuju Pulihkan Hubungan Perdagangan Secara Penuh dengan Syria

Majlis Eropah memulihkan semula hubungan perdagangan penuh dengan Syria selepas menamatkan penggantungan separa perjanjian kerjasama.

Langkah ini dilihat sebagai isyarat jelas komitmen Kesatuan Eropah (EU) untuk kembali bekerjasama dan menyokong pemulihan ekonomi Syria selepas hampir 14 tahun konflik.

Dalam masa sama, menteri luar EU turut memulakan dialog politik peringkat tinggi dengan wakil Syria, menandakan pembukaan lembaran baharu hubungan selepas kejatuhan Bashar al-Assad pada Disember 2024.

Sumber: Aljazeera, 11 Mei 2026.

Bila kita doakan Palestin, jangan lupa doakan Syria.
Dan bila kita bantu Syria, niatkan untuk pembebasan Al-Aqsa juga.

๐˜‰๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜š๐˜บ๐˜ณ๐˜ช๐˜ข, ๐˜‹๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ช ๐˜ˆ๐˜ฒ๐˜ด๐˜ข.
๐˜‰๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข ๐˜š๐˜บ๐˜ณ๐˜ช๐˜ข ๐˜Š๐˜ข๐˜ณ๐˜ฆ, ๐˜’๐˜ช๐˜ต๐˜ข ๐˜‰๐˜ข๐˜ฏ๐˜ต๐˜ถ.
t.me/syriakini
Sebagai tanda pemulihan berperingkat di Syria, sektor penerbangan antarabangsa juga mula menunjukkan perkembangan positif. Etihad Airways telah mengumumkan akan memulakan semula penerbangan antara Abu Dhabi dan Damsyik bermula 14 Julai, dengan kekerapan empat kali seminggu.

Langkah ini bukan sahaja memudahkan pergerakan rakyat dan urusan kemanusiaan, tetapi turut mencerminkan peningkatan keyakinan antarabangsa terhadap kestabilan dan usaha pemulihan yang sedang berlangsung di Syria.

Bila kita doakan Palestin, jangan lupa doakan Syria.
Dan bila kita bantu Syria, niatkan untuk pembebasan Al-Aqsa juga.

๐˜‰๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜š๐˜บ๐˜ณ๐˜ช๐˜ข, ๐˜‹๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ช ๐˜ˆ๐˜ฒ๐˜ด๐˜ข.
๐˜‰๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข ๐˜š๐˜บ๐˜ณ๐˜ช๐˜ข ๐˜Š๐˜ข๐˜ณ๐˜ฆ, ๐˜’๐˜ช๐˜ต๐˜ข ๐˜‰๐˜ข๐˜ฏ๐˜ต๐˜ถ.
t.me/syriakini
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kerja-kerja pembersihan kini sedang giat dijalankan di laluan sekitar Sekolah Majdal Kikhia di Salma, Latakia. Laluan inilah yang bakal menjadi jalan harian buat anak-anak melangkah menuju ke bilik darjah masing-masing, menuntut ilmu dalam keadaan yang lebih selamat dan bermaruah.

Namun, usaha ini masih jauh daripada selesai. Banyak lagi kerja-kerja baik pulih yang perlu diteruskan bagi memastikan persekitaran sekolah benar-benar kondusif untuk pembelajaran. Dana amat diperlukan bagi meneruskan usaha ini agar impian melihat anak-anak kembali ke sekolah dengan selamat dapat direalisasikan.

Dengan sokongan anda, sekolah ini boleh dibaik pulih dan dihidupkan semula.

Bila kita doakan Palestin, jangan lupa doakan Syria.
Dan bila kita bantu Syria, niatkan untuk pembebasan Al-Aqsa juga.

๐˜‰๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜š๐˜บ๐˜ณ๐˜ช๐˜ข, ๐˜‹๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ช ๐˜ˆ๐˜ฒ๐˜ด๐˜ข.
๐˜‰๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข ๐˜š๐˜บ๐˜ณ๐˜ช๐˜ข ๐˜Š๐˜ข๐˜ณ๐˜ฆ, ๐˜’๐˜ช๐˜ต๐˜ข ๐˜‰๐˜ข๐˜ฏ๐˜ต๐˜ถ.
t.me/syriakini
โค1
Menurut laporan agensi berita rasmi Syria (SANA), sebanyak 44 kematian akibat lemas telah direkodkan dalam tempoh empat bulan terakhir, melibatkan insiden di sungai, empangan dan kawasan perairan terbuka di Syria.

Sumber: Syrian Arab News Agency (SANA), 14 Mei 2026.

Bila kita doakan Palestin, jangan lupa doakan Syria.
Dan bila kita bantu Syria, niatkan untuk pembebasan Al-Aqsa juga.

๐˜‰๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜š๐˜บ๐˜ณ๐˜ช๐˜ข, ๐˜‹๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ช ๐˜ˆ๐˜ฒ๐˜ด๐˜ข.
๐˜‰๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข ๐˜š๐˜บ๐˜ณ๐˜ช๐˜ข ๐˜Š๐˜ข๐˜ณ๐˜ฆ, ๐˜’๐˜ช๐˜ต๐˜ข ๐˜‰๐˜ข๐˜ฏ๐˜ต๐˜ถ.
t.me/syriakini
Struktur tingkap bilik darjah di Sekolah Majdal Kikhia di Salma, Latakia, Syria telah diperkukuh terlebih dahulu sebelum pemasangan jeriji besi dilakukan bagi memastikan keselamatan dan ketahanan bangunan untuk kegunaan pelajar.

Sekolah ini sepatutnya sudah dibuka semula pada Januari, namun keadaan tidak mengizinkan apabila kerja-kerja terpaksa ditangguhkan akibat kekangan dana.

Dana sangat diperlukan bagi memastikan kerja-kerja ini dapat diteruskan tanpa perlu ditangguhkan lagi. Sangat menyedihkan jika anak-anak ini sekali lagi terpaksa menunggu lebih lama untuk kembali ke sekolah mereka.

Bila kita doakan Palestin, jangan lupa doakan Syria.
Dan bila kita bantu Syria, niatkan untuk pembebasan Al-Aqsa juga.

๐˜‰๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜š๐˜บ๐˜ณ๐˜ช๐˜ข, ๐˜‹๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ช ๐˜ˆ๐˜ฒ๐˜ด๐˜ข.
๐˜‰๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข ๐˜š๐˜บ๐˜ณ๐˜ช๐˜ข ๐˜Š๐˜ข๐˜ณ๐˜ฆ, ๐˜’๐˜ช๐˜ต๐˜ข ๐˜‰๐˜ข๐˜ฏ๐˜ต๐˜ถ.
t.me/syriakini
โค1
Mendahului 880,000 pelajar, seorang remaja Syria muncul juara matematik di seluruh Eropah

๐Ÿ”ท Bilal Al-Kuraydi, 16 tahun mencatat pencapaian luar biasa apabila meraih tempat pertama dalam pertandingan matematik peringkat Eropah, menewaskan lebih daripada 880,000 peserta.

๐Ÿ”ท Selain kecemerlangan akademik, Bilal turut melancarkan saluran TikTok di mana beliau menyampaikan pembelajaran matematik secara ringkas, menerangkan setiap topik dalam masa hanya satu minit. Ia menjadi pendekatan yang menarik perhatian ramai pelajar.

๐Ÿ”ท Ramai memuji gaya pengajarannya yang jelas dan mudah difahami, serta menganggap kisahnya sebagai contoh baharu kejayaan belia Syria di Eropah.

๐Ÿ”ท Bilal juga dijangka akan menyertai satu acara di Kompleks Duisburg, German dalam beberapa hari akan datang.

๐Ÿ”ท Satu lagi kisah inspirasi yang membuktikan bahawa kreativiti dan kecemerlangan tidak mengenal sempadan.
t.me/syriakini
๐Ÿ‘4
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
20 Mei 2026, BAITULMAQDIS โ€“ Pihak berkuasa Israel terus dikecam selepas tular satu video memaparkan tindakan kejam mereka melayan kasar aktivis kemanusiaan Flotilla Gaza yang ditahan.
Video tersebut menunjukkan para aktivis dipaksa berlutut di atas lantai besi di kawasan terbuka tanpa pelindung matahari, sambil lagu kebangsaan Israel dimainkan di latar belakang di bawah kawalan ketat polis bersenjata.
Lebih menyayat hati, kedengaran suara seorang tahanan wanita merayu dan menjerit ketakutan dalam rakaman tersebut. Bagaimanapun, Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben-Gvir, dengan angkuh menyatakan:
#SyriaKini
Stesen-stesen Pusat Gempa Kebangsaan merekodkan satu gempa bumi pada Rabu, 20 Mei 2026, jam 09:00 waktu tempatan, berukuran 6.0 pada skala Richter di bandar Malatya, Tรผrkiye. Gegaran turut dirasai oleh sebahagian penduduk di utara Syria.

๐“๐š๐›๐ฎ๐ง๐  ๐Š๐ž๐ฆ๐š๐ง๐ฎ๐ฌ๐ข๐š๐š๐ง ๐’๐ฒ๐ซ๐ข๐š ๐‚๐š๐ซ๐ž: Maybank - 5505 1424 0118
๐ŸŒ www.syriacare.org.my/AmalAid

Bila kita doakan Palestin, jangan lupa doakan Syria.
Dan bila kita bantu Syria, niatkan untuk pembebasan Al-Aqsa juga.

๐˜‰๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜š๐˜บ๐˜ณ๐˜ช๐˜ข, ๐˜‹๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ช ๐˜ˆ๐˜ฒ๐˜ด๐˜ข.
๐˜‰๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข ๐˜š๐˜บ๐˜ณ๐˜ช๐˜ข ๐˜Š๐˜ข๐˜ณ๐˜ฆ, ๐˜’๐˜ช๐˜ต๐˜ข ๐˜‰๐˜ข๐˜ฏ๐˜ต๐˜ถ.
t.me/syriakini
๐Ÿ˜ข1
๐Ÿ”ด Kubur besar ditemui berhampiran Ash Al-Warwar di Damsyik, Syria

Penduduk menemui sebuah kubur besar yang mengandungi sekitar 10 mayat di dalam sebuah kuari terbiar berhampiran kawasan Ash Al-Warwar di pinggiran Damsyik.

Mereka telah memaklumkan kejadian itu kepada pihak berkuasa berkaitan bagi memulakan prosedur undang-undang dan forensik yang diperlukan untuk mengenal pasti mangsa.

Penemuan kubur besar seperti ini terdedah satu demi satu, ia menggambarkan betapa dahsyatnya krisis kemanusiaan yang melanda Syria, dengan kemungkinan masih banyak lagi kubur yang belum ditemui dan masih tersembunyi.

Bila kita doakan Palestin, jangan lupa doakan Syria.
Dan bila kita bantu Syria, niatkan untuk pembebasan Al-Aqsa juga.

๐˜‰๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜š๐˜บ๐˜ณ๐˜ช๐˜ข, ๐˜‹๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ช ๐˜ˆ๐˜ฒ๐˜ด๐˜ข.
๐˜‰๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข ๐˜š๐˜บ๐˜ณ๐˜ช๐˜ข ๐˜Š๐˜ข๐˜ณ๐˜ฆ, ๐˜’๐˜ช๐˜ต๐˜ข ๐˜‰๐˜ข๐˜ฏ๐˜ต๐˜ถ.
t.me/syriakini
๐Ÿ˜ข2
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Di Sekolah Majdal Kikhia, kerja-kerja pemasangan pendawaian elektrik sedang dijalankan bagi membolehkan kerja-kerja baik pulih lain diteruskan dengan lebih mudah dan selamat.

Sebelum ini, usaha baik pulih tertangguh akibat kekangan dana. Kini, kerja-kerja kembali digerakkan semula dengan harapan sekolah ini dapat disiapkan sebelum semester baharu bermula pada September ini.

Masa semakin suntuk, dan setiap hari amat penting untuk memastikan anak-anak tidak perlu menunggu lebih lama untuk kembali ke sekolah mereka. Sokongan berterusan amat diperlukan agar kerja-kerja ini dapat disiapkan segera tanpa gangguan.

Bila kita doakan Palestin, jangan lupa doakan Syria.
Dan bila kita bantu Syria, niatkan untuk pembebasan Al-Aqsa juga.

๐˜‰๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜š๐˜บ๐˜ณ๐˜ช๐˜ข, ๐˜‹๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ช ๐˜ˆ๐˜ฒ๐˜ด๐˜ข.
๐˜‰๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข ๐˜š๐˜บ๐˜ณ๐˜ช๐˜ข ๐˜Š๐˜ข๐˜ณ๐˜ฆ, ๐˜’๐˜ช๐˜ต๐˜ข ๐˜‰๐˜ข๐˜ฏ๐˜ต๐˜ถ.
t.me/syriakini
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kecederaan pada tubuh peserta Global Sumud Flotilla memberikan bukti jelas mengenai layanan buruk yang mereka alami semasa dalam tahanan. Mereka diberikan rawatan sebaik tiba di Lapangan Terbang Istanbul, Tรผrkiye.

Bila kita doakan Palestin, jangan lupa doakan Syria.
Dan bila kita bantu Syria, niatkan untuk pembebasan Al-Aqsa juga.

๐˜‰๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜š๐˜บ๐˜ณ๐˜ช๐˜ข, ๐˜‹๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ช ๐˜ˆ๐˜ฒ๐˜ด๐˜ข.
๐˜‰๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข ๐˜š๐˜บ๐˜ณ๐˜ช๐˜ข ๐˜Š๐˜ข๐˜ณ๐˜ฆ, ๐˜’๐˜ช๐˜ต๐˜ข ๐˜‰๐˜ข๐˜ฏ๐˜ต๐˜ถ.
t.me/syriakini
Menjelang Aidiladha, rakyat Syria menyaksikan peningkatan ketara harga haiwan ternakan untuk korban. Harga seekor kambing biri-biri yang memenuhi syarat korban kini mencecah sekitar RM1,790 hingga RM2,150 berikutan peningkatan permintaan, kos makanan ternakan, penternakan dan pengangkutan, selain pengurangan jumlah ternakan akibat penularan penyakit.

Sumber: Syrian Arab News Agency (SANA), 23 Mei 2026.

Namun, Syria Care masih mampu menawarkan pakej korban di Syria pada harga istimewa RM1,599 sahaja bagi seekor kambing.

Ini kerana buat pertama kalinya sejak penubuhan rasmi Syria Care di Syria pada tahun lalu, keseluruhan pelaksanaan ibadah korban dikendalikan sendiri oleh pasukan Syria Care di lapangan tanpa melalui rakan kerjasama seperti tahun-tahun sebelumnya. Pendekatan ini membolehkan kos operasi dioptimumkan sambil memastikan proses pemilihan haiwan, penyembelihan dan agihan daging dipantau secara lebih dekat.
t.me/syriakini
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
25 Mei 2026 | Ulang Tahun Ke-14 Pembunuhan Beramai-ramai Houla di Homs

Pada 25 Mei 2012, pasukan rejim Bashar al-Assad dan sekutunya telah melakukan pembunuhan beramai-ramai yang mengerikan di Houla, wilayah Homs. Sekurang-kurangnya 107 orang terbunuh, termasuk 97 orang awam, terdiri daripada 49 kanak-kanak dan 32 wanita.

Pembunuhan beramai-ramai itu berlaku melalui serbuan ke puluhan buah rumah serta pembunuhan secara besar-besaran, termasuk penyembelihan dan tembakan ke atas mangsa selepas mereka diikat.

Tragedi ini didahului oleh serangan pengeboman yang berterusan selama kira-kira 14 jam. Pembunuhan beramai-ramai di Houla merupakan sebahagian daripada corak jenayah sistematik yang boleh diklasifikasikan sebagai jenayah terhadap kemanusiaan.

Memperingati ulang tahun tragedi ini merupakan tanggungjawab moral dan undang-undang, manakala usaha membawa pelaku ke muka pengadilan adalah penting bagi menegakkan keadilan serta mencegah berulangnya pencabulan hak asasi manusia pada masa hadapan.
t.me/syriakini
๐Ÿ˜ข2๐Ÿ’”1
Pasukan pertahanan awam Syria di Aleppo telah memindahkan beberapa keluarga dari sebuah kem di bandar Jarabulus, tebing Sungai Furat selepas paras air meningkat dan mengelilingi khemah-khemah berikutan pertambahan aliran sungai tersebut.

Bila kita doakan Palestin, jangan lupa doakan Syria.
Dan bila kita bantu Syria, niatkan untuk pembebasan Al-Aqsa juga.

๐˜‰๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜š๐˜บ๐˜ณ๐˜ช๐˜ข, ๐˜‹๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ช ๐˜ˆ๐˜ฒ๐˜ด๐˜ข.
๐˜‰๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข ๐˜š๐˜บ๐˜ณ๐˜ช๐˜ข ๐˜Š๐˜ข๐˜ณ๐˜ฆ, ๐˜’๐˜ช๐˜ต๐˜ข ๐˜‰๐˜ข๐˜ฏ๐˜ต๐˜ถ.
t.me/syriakini
Pasukan Keselamatan Dalam Negeri telah berjaya menahan bekas sarjan polis tentera, Mohammad Imad Mahrez, yang berkhidmat sebagai pengawal dan warden penjara di Penjara Tentera Saydnaya sejak tahun 2015 ketika era rejim terdahulu.