SufiHub (Bahasa)
165 subscribers
371 photos
10 videos
4 files
59 links
Download Telegram
Forwarded from SufiHub (Bahasa)
“Malam Jum’at dimulai sejak masuk waktu Maghrib dihari Kamis. Malam Jum’at juga sama sucinya dengan malam-malam yang istimewa. Doa dan ibadah yang dilakukan dimalam Jum’at lebih mudah untuk diterima ALLAAH.

Ada satu waktu khusus dihari Jum’at dimana apabila berdoa diwaktu yang spesial ini maka doanya makbul. Karena itu, tunjukkanlah rasa hormat kepada hari Jum’at dan perbanyaklah berdoa.”

~ Sultanul Awliya Mawlana Syaikh Muhammad ‘Adil ar-Rabbani QS
Assalamua'laikum

🌹Lawatan Maulana Sheikh Muhammad Ke Timur Jauh 2023 🌹

📍Singapura 21-22 Oktober

InsyaAllah..

Kami, Jemaah di Singapura, akan di Berkati dengan kedatangan Maulana Sheikh Muhammad Adil dan keluarga, pada bulan ini.

Walaupun kita hanya akan ada satu hari penuh sahaja pada hari Sabtu dengan Maulana dan satu hari lagi pada hari Ahad, sebelum Maulana bertolak ke destinasi beliau yang seterusnya..kita sangat gembira dan sangat bersyukur untuk diberi peluang untuk bersama dengan keluarga yang di Berkati, walau hanya untuk jangka yang sementara ini.

Kita akan berusaha dengan sungguh-sungguh untuk menjayakan majlis yang indah yang penuh memori dengan Sheikh kita, untuk Jemaah Singapura.

Disertakan video kompilasi yang diambil pada kunjungan Maulana ke sini pada tahun lepas..

Ia adalah kunjungan yang semetara juga pada masa itu, kita dapat lihat para jemaah sedang dalam keadaan gembira untuk bersama dengan orang yang kita cintai.

InsyaAllah..kita semua bersemangat dan sedang menunggu kedatangan Maulana dan keluarga beliau ke Singapura dalam masa terdekat...
السلام عليكم ورحمة اللّه وبركاته

بسم اللّه الرحمن الرحيم

🌹Lawatan Maulana Sheikh Muhammad Ke Timur Jauh 2023🌹

InsyaAllah, Maulana Sheikh Muhammad yang kita Cintai dan ahli keluarga beliau yang di Berkati telah pun memulakan Lawatan ke Timur Jauh.

Pada 21hb dan 22hb Oktober 2023 ini, mereka akan tiba di negeri Singapura dan kita akan berkumpul bersama-sama mereka pada hujung minggu tersebut untuk meraikan Maulana yang kita Cintai.

Oleh kerana kekurangan tempat pada tahun-tahun lepas dimana kita dapati ramai para jemaah tidak mampu untuk bersama dengan kita di zawiyah kita, pada tahun ini, pada hari pertama kita akan menjalankan majlis utama di tempat yang berbeza iaitu di (Al Wehdah) dengan kapasiti ruang yang lebih besar yang mampu menampung lebih ramai orang-orang.
InsyaAllah

Perincian akan di maklumkan pada semasa ke semasa.

Disertakan video hari ke 2 lawatan Maulana pada tahun lepas.


https://youtu.be/aiBOKy3vfjc?si=ZJuck8NWElGrsse1

Wassalam
🌹BERADABLAH DENGAN ALLAH ﷻ 🌹

As-Salāmu ‘Alaykum wa Raḥmatullāhi wa Barakātuh.

A‘ūdhu Billāhi Minash shayṭāni r-rajīm. Bismillāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.

Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi Rasūlillāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad.

Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Allah 'Azza wa-Jalla Memberikan hari yang diberkati ini [hari Jumaat] untuk ummat Nabi salla Llāhu 'alayhi wa-sallam, Sayyidina Muhammad salla Llāhu 'alayhi wa-sallam.
Jumaat adalah hari yang terbaik dalam seminggu. Allah ﷻ Memberikannya untuk Nabi salla Llāhu 'alayhi wa-sallam dan ummat Baginda ﷺ. Terdapat banyak hari-hari dan hari yang paling terbaik adalah AlhamduliLah Jumaat. Dan kita sedang berkumpul untuk kerana Allah ﷻ. Ia akan menjadi insha'Allah kebaikan untuk anda, kepada keluarga anda, dan untuk Mu'minin insha'Allah.

Kerana orang-orang tidak melihat apa Allah ﷻ Memberikan kepada kita dalam keadaan kita tidak tahu. Sudah tentu, Nabi salla Llāhu 'alayhi wa-sallam memberitahu bahawa hendaklah kita gembira dengan pastinya terhadap apa yang Allah ﷻ berikan kepada kita. Limpah Karunia Allah 'Azza wa-Jalla yang paling besar yang diberikan kepada Para Muslim adalah Iman. Kerana Allah ﷻ Menentukannya akan tetapi orang-orang hendak bertanya : "Kenapa ini? Kenapa itu?" Didalam Islam kita ada perilaku yang baik, Adab. Adab yang pertama, perilaku yang baik mestilah dengan Allah 'Azza wa-Jalla.

Akan tetapi orang-orang yang tidak beriman, tidak mempunyai apa-apa rasa hormat, apa-apa perilaku yang baik terhadap orang-orang yang baik-baik, terhadap orang-orang yang telah memberikan kepada mereka segala-galanya. Mereka adalah, walau dengan terhadap diri mereka, tidak menghormati sesiapapun. Akan tetapi sesiapa yang menjaga dan mempunyai perilaku yang baik akan berjaya. Yang lain akan berada dalam penyesalan. Dan untuk ini, kita sedang bersyukur kepada Allah ﷻ kerana Dia tidak menjadikan kita daripada orang-orang yang sebegini. Tetapi sudah tentu, ramai orang-orang yang telah ditipu oleh orang-orang seperti ini. Mereka fikir mereka adalah sesuatu;
mereka itu bukanlah sesuatu. Mereka itu hanyalah orang-orang yang dengki dan mereka hanya hidup dengan kehidupan seperti binatang-binatang; mereka lakukan apa sahaja. Mereka mahukan seluruh dunia untuk menjadi seperti mereka. Kita tidak menerima ini.

AlhamduliLah kita sedang mempelajari perilaku yang baik dari Nabi salla Llāhu 'alayhi wa-sallam.
Baginda ﷺ bersabda:
,”أَدَّبَنِي رَبِِّي فَأَحْسَنَ تَأدِيبِي”

"Allah Memberikan kepadaku Perilaku yang baik", dan Dia Sempurnakannya itu". Allah 'Azza wa-Jalla Mengajarkan kepada Baginda ﷺ untuk berperilaku yang baik dan Dia ﷻ Menjadikannya yang terbaik. Maka kemuncak kemanusiaan dan seluruh alam adalah Nabi salla Llāhu 'alayhi wa-sallam. Dengan Baginda ﷺ, Allah ﷻ Mengajarkan kepada kita, melalui Nabi salla Llāhu 'alayhi wa-sallam, setiap perkara yang baik, setiap perkara yang bagus, setiap perkara yang indah.
Tidak ada apa-apa yang dengan Nabi salla Llāhu 'alayhi wa-sallam itu tidak baik, tidak ada walau satu kesalahan pun. Tetapi untuk orang-orang lain, yang melawan dan tidak menghormati, kesemuanya salah; dari A kepada Z.

Sesiapa yang mengikuti Nabi salla Llāhu 'alayhi wa-sallam akan jadi insha'Allah gembira disini dan diakhirat. Sesiapa yang keluar dari jalan ini, Allah ﷻ Menjanjikannya juga didalam Qura'n:
وَمَن كَانَ فِى هَـٰذِهِۦٓ أَعْمَىٰ فَهُوَ فِى ٱلْـَٔاخِرَةِ أَعْمَىٰ وَأَضَلُّ سَبِيلًا

Wa Man Kāna Fī Hadhihi“ ,
“Amá Fahuwa Fī Al-'Ākhirati 'Amá Wa 'Ađallu Sabīlāan”,
"Dan barangsiapa buta (hatinya) didunia ini, maka diakhirat dia akan buta dan tersesat jauh dari jalan (yang benar)."
(Qur’an 17:72).
Yang bermaksud sesiapa yang buta disini akan menjadi lebih buta di Akhirat dan kehidupannya akan menjadi sukar, tidak enak, dan tidak menggembirakan. Kehidupan yang menggembirakan AlhamduliLah- walau kebanyakan orang-orang tidak mempunyai [barang-barang material] dan mungkin miskin akan tetapi mensyukuri Allah ﷻ, mereka akan menjadi gembira, mereka semestinya akan jadi gembira. AlhamduliLah kita sedang pergi ke Timur dan Barat dan sedang melihat: Seorang Muslim, walau dia seorang yang miskin, dia (lebih) gembira daripada orang-orang kaya yang tidak beriman; bukan hanya bukan Muslim akan tetapi orang yang bukan beriman juga.
Orang-orang yang beriman mungkin sedikit [..]
akan tetapi sesiapa yang Muslim adalah benar-benar bertuah dan mempunyai Inayah (berkah) dari Allah 'Azza wa-Jalla Yang telah Menciptakan mereka dan Membawa mereka kepada Islam.

Semoga Allah ﷻ Menjadikan kita orang-orang yang bergembira dan tidak ditipu oleh orang-orang seperti ini. Kerana mereka-mereka ini - kita sedang hidup diakhir zaman, maka kita sedang dalam keadaan berperang dengan Kekufuran, dengan orang-orang yang tidak beriman. Mereka sedang menyerang. Menyerang menggunakan bom-bom adalah (lebih) mudah berbanding apa yang mereka sedang lakukan: menyerang melalui idea-idea dan menipu masyarakat. Nabi kita salla Llāhu 'alayhi wa-sallam membenci para penipu. Seorang Mu'min tidak menipu. Akan tetapi orang lain akan buat apa sahaja untuk memusnahkan anda. Maka berhati-hatilah untuk ini. Semoga Allah ﷻ Selamatkan kita.

Insha'Allah kemunculan Mahdi alayhi's salam tidaklah jauh lagi kerana kesemuanya adalah dalam keadaan berperang, dan dari buruk menjadi terburuk dan tidak ada yang menjadi semakin baik.

Maka insha'Allah jangan risau mengenai ini. Anda hendaklah bergembira insha'Allah anda ada janji dari Allah ﷻ dan dari Nabi salla Llāhu 'alayhi wa-sallam bahawa Mahdi alayhi s-salam akan datang dan dia akan membersihkan kesemua kekotoran dari dunia ini, dan menyebarkan Nur, cahaya Islam insha'Allah.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah.

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
12 Oktober 2023/ 27 Rabiul-Awwal 1445
Solat Isyak– Kuala Lumpur, Malaysia
🌹KEBENARAN SENTIASA MENANG🌹

As-Salāmu ‘Alaykum wa Raḥmatullāhi wa Barakātuh.

A‘ūdhu Billāhi Minashshayṭāni r-rajīm. Bismillāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.

Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi Rasūlillāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al Ḥaqqānī. Madad.

Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:
و َ قُلِ الْحَقُّ مِن ر َّ ب ِكُمْ ۖ فَمَن شَاءَ فَلْيُؤ ْ مِن و َ مَن شَاءَ فَلْيَكْفُر ْ
“Wa Quli Al-Ĥaqqu Min Rabbikum, Faman Shā'a Falyu'umin Wa Man Shā'a
Falyakfur”
" Dan katakanlah, "Kebenaran itu datangnya dari TuhanMu; barang siapa menghendaki (beriman) hendaklah dia beriman, dan barang siapa menghendaki (kafir), biarlah dia kafir." (Qur’an 18:29)
Sadaqa Llāhu l-‘Aẓīm.

Allah 'Azza wa-Jalla Berfirman, sesiapapun yang hendak beriman maka berimanlah. Sesiapa yang tidak mahu, maka biarkan seperti yang dia kehendaki. AlhamduliLah kita sedang berada dijalan yang Benar. Kita sedang mengikuti jalan yang benar. AlhamduliLah ini adalah Ni'mah (Pemberian) untuk kita. Ia adalah Hikmah Allah ﷻ. Kita tidak tahu Hikmah Dia ﷻ dan Dia ﷻ tidak menzalimi. Kita tahu kita sedang berada di jalan yang Benar. Dan Kebenaran akan sentiasa menang keatas kebatilan. Ia menewaskan kebatilan dari jalan yang lain. Kepercayaan kita adalah kepercayaan yang Benar. Dan kepercayaan ini tidak boleh disembunyikan.

وَقُلْ جَآءَ ٱلْحَقُّ وَزَهَقَ ٱلْبَـٰطِلُ ۚ إِنَّ ٱلْبَـٰطِلَ كَانَ زَهُوقًا
‘’Wa Qul Jā'a Al-Ĥaqqu Wa Zahaqa Al-Bāţilu’’
‘’And say, Truth has come, and falsehood has perished.’’ (Qur’ān 17:81).
Apabila Kebenaran telah datang, penipuan dan kebatilan akan hilang. Untuk ini, mereka-mereka yang sedang mengikuti jalan syaitan sentiasa menunjukkan jalan mereka kelihatan seperti bagus dan baik. Tetapi pada hakikatnya, apabila kebenaran telah datang, yang ini akan berakhir. Mereka akan masuk kedalam tong sampah.

AlhamduliLah kita bergembira dengan hari Jumaat yang diberkahi ini. Semoga Allah ﷻ Memberkati anda. Semoga Allah ﷻ Memberikan kepada anda kehidupan yang panjang dan berada di Jalan ini insha'Allah.

Kerana kita sedang hidup pada masa yang ianya menguntungkan untuk orang-orang yang beriman. Kita sedang hidup pada masa yang tidak baik, masa yang mencabar. Kesemua orang-orang ini sedang menyerang kepercayaan kita tetapi mereka yang menggenggam dengan kuat akan menang, [walaupun jika] satu daripada jutaan atau bilion insha'Allah.

Semoga Allah ﷻ Pertahankan kita dan ahli keluarga kita, dan pertahankan anak-anak Muslim dan orang-orang muda di Jalan ini, kerana mereka lebih sensitif dan mereka adalah sasaran yang diutamakan oleh orang-orang seperti ini.

Semoga Allah ﷻ Pertahankan mereka dengan selamat insha'Allah. Semoga Allah ﷻ memberikan kepada kita kegembiraan disini dan diakhirat.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah.

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
13 Oktober 2023/ 28 Rabiul-Awwal 1445
Solat Subuh – Kuala Lumpur Dergah, Malaysia
🌹MENGENAI PENINDASAN KEATAS PARA MUSLIMIN🌹

Kita mendoakan untuk Para Muslim dimana sahaja: Palestin, Gaza, di seluruh dunia, Ummah. Dimana sahaja kita mendengar mengenai para Muslim sedang ditindas dan mereka berkata, "Tiada sesiapapun yang melihat kepada mereka". Allah ﷻ itu Bersama dengan para Muslim dimana-mana sahaja. Hendaklah anda mempercayai ini.

Janganlah risau dan janganlah cemas. Allah ﷻ Bersama kita. Nabi salla Llāhu 'alayhi wa-sallam Bersabda bahawa Mu'min pada setiap masa sedang berada dalam kebaikan. Jika dia dalam kesengsaraan, Allah ﷻ Memberikan kepadanya ganjaran. Jika dia shahid, Allah ﷻ Menaikkannya ke maqam yang tinggi. Dan jika mereka gembira, Allah ﷻ Gembira dengan mereka.

Semoga Allah ﷻ Menjadikan kita berada di JalanNya ﷻ. Jangan biarkan hati anda berasa tidak puas hati dengan Allah ﷻ. Segala yang sedang berlaku itu berlaku dengan Perintah Allah ﷻ. Apa yang Allah ﷻ Kehendaki itu pasti akan terjadi. Dan Pengakhirannya itu insha'Allah adalah untuk Islam. Seluruh dunia akan menjadi Islam insha'Allah.

As- Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.

- Jika anda boleh, Doa untuk saudara-saudara kita di Palestin.
Ya Allah ﷻ Bantulah masyarakat ini. Mereka adalah orang-orang yang miskin. Orang-orang itu sedang memusnahkan bandar-bandar mereka dan anak-anak mereka. Mereka sedang sengsara dengan kelaparan, dan dengan kematian dan dari segalanya. Semoga Allah ﷻ Membantu mereka. Semoga Allah ﷻ Menjadikan ini berakhir segera insha'Allah.

Semoga Allah ﷻ Membantu para Muslim untuk berada di JalanNya ﷻ insha'Allah. Amin.

Al-Fatihah.

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
13 Oktober 2023/ 28 Rabiul-Awwal 1445
Nasyrul Quran Complex – Putrajaya, Malaysia
🌹JANGANLAH DENGARKAN SERUAN SYAITAN🌹

As-Salāmu ‘Alaykum wa Raḥmatullāhi wa Barakātuh.

A‘ūdhu Billāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. Bismillāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.

Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi Rasūlillāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad.

Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:

مِن شَرِّ ٱلْوَسْوَاسِ ٱلْخَنَّاسِ

(Qur’ān 114:04).
‘’Min sharri l-waswāsi l-kḥannās’’
"Dari kejahatan bisikan yang bersembunyi"
Sadaqa Llāhu l-‘Aẓīm.
Kita sedang memohon perlindungan dari Allah 'Azza wa-Jalla dari syaitan ini, daripada syaitan yang membisik, menjadikan orang-orang berasa was-was. Segalanya yang mereka hendak lakukan, mereka meletakkan didalam hati mereka was-was, dengan bertanya,
"Adakah ini baik atau tidak baik?" Ini adalah dari syaitan. Jangan mendengarkan syaitan kerana dia memusnahkan hidup anda, dia memusnahkan iman anda.

Sudah tentu sekarang ini kita sedang berada di akhir zaman, apa yang telah berlaku pada beberapa tahun lepas menjadikan masyarakat, walau kepada orang yang tidak mengikuti ini- menjadikan orang-orang berasa was-was. "Jika kita melakukan ini, mungkin ia akan menjadi satu penyakit untuk kita. Penyakit ini akan datang kepada kita.

Maka kita perlu bersihkan diri kita. Bersihkan tangan-tangan kita." Satu jam untuk membasuh tangan-tangan mereka, dua jam untuk Ghusl, mandi. Ini bukanlah perintah Nabi salla Llāhu 'alayhi wa-sallam. Apabila anda mengambil Wudu', anda lakukannya dengan cepat menggunakan sedikit air. Janganlah membazir air, bersabda Nabi salla Llāhu 'alayhi wa-sallam; jika anda berada di sungai sekalipun.

Maka ini bermakna: tidak ada keperluan untuk anda meletihkan diri anda, membazir masa, membazirkan i'badah, dan anda fikir anda sedang melakukan kebaikan. Tidak, ini adalah dari syaitan untuk menjadikan anda tidak melakukan solat dan tidak melakukan apa yang Allah ﷻ Perintahkan. Allah ﷻ Perintahkan anda hanya untuk - mungkin Wudu' yang paling lama hanya mengambil masa dua minit. Anda boleh melakukannya dalam satu minit juga. Mungkin maksimumnya adalah lima minit; bukan satu jam: membasuh, membasuh, membasuh.

Ini bukanlah Perintah dari Allah ﷻ. Ini adalah melawan Perintah Allah ﷻ. Maka berhati-hatilah. Anda fikir anda sedang melakukan kebaikan, tetapi anda sedang melakukan keburukan.

Dan terdapat juga sejenis orang-orang diantara para Muslim. Orang-orang ini sedang memberitahu Para Muslim tentang apa yang mereka sedang lakukan,"Anda tidak melakukan kebaikan". Apa sahaja yang anda lakukan, mereka mengambil itu untuk maksud yang lain.
Tetapi Allah 'Azza wa-Jalla mengetahui niat kita. Untuk ini, janganlah mendengarkan orang-orang ini. Lakukanlah i'badah, solat, puasa, membaca. Kesemua ini adalah diterima di Hadirat Suci Allah ﷻ. Kesalahan yang anda lakukan tanpa niat (tidak sengaja),
sepertimana sabda Nabi salla Llāhu 'alayhi wa-sallam terdapat para malaikat yang membetulkan kesalahan itu. Untuk ini, janganlah dalam keadaan ragu-ragu. Janganlah mendengarkan orang-orang seperti ini yang meletakkan keraguan dalam sesuatu yang anda tidak pernah mendengarnya, yang anda tidak pernah memikirkan tentangnya.

Untuk ini, janganlah dalam keraguan. Anda tahu bahawa niat anda adalah baik, Allah ﷻ Menerimanya. Allah ﷻ Menerima i'badah kita. Dia ﷻ tidak memerlukan ini, tetapi Dia ﷻ Gembira apabila anda melakukan i'badah, sepertimana sabda Nabi salla Llāhu 'alayhi wa-sallam. Dan Allah ﷻ Menerima dari kita insha'Allah. Syaitan menjadikan orang-orang untuk menyukarkan segalanya untuk mereka. Dan apabila sukar, ramai orang-orang yang meninggalkan apa yang mereka kerjakan.

Semoga Allah ﷻ Melindungi kita dari ini.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah.

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
14 Oktober 2023/ 29 Rabiul Awwal 1445
Solat Subuh – Kuala Lumpur Dergah, Malaysia
🌹KEHIDUPAN YANG SEBENAR 🌹

As-Salāmu ‘Alaykum wa Raḥmatullāhi wa Barakātuh.

A‘ūdhu Billāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. Bismillāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.

Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi Rasūlillāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al Ḥaqqānī. Madad.

Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:

  إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ  
 
(Qur’ān 09:18).
‘‘Innamā Ya`muru Masājida Allāhi Man 'Āmana Billāhi Wa Al-Yawmi Al-'Ākhiri’’
"Sesungguhnya yang layak memakmurkan masjid Allah hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari Akhir".
Sadaqa Llāhu l-‘Aẓīm.
Allah ﷻ Memuji mereka-mereka yang menyediakan tempat untuk beri'badah dan untuk segalanya yang dilakukan kerana Allah ﷻ. Allah ﷻ Memuji mereka. Dan Dia ﷻ Berfirman bahawa mereka adalah orang yang beriman dengan Allah ﷻ dan hari akhir. Kehidupan yang seterusnya untuk kita adalah kehidupan yang sebenar.

AlhamduliLah kita baru sahaja menziarahi Sheikh Raja Ashman Shah. AlhamduliLah [..]
Ia menunjukkan bahawa ia bukanlah susah untuk mengubah kehidupan. Ia adalah mudah. Ini menunjukkan bahawa ianya adalah sangat mudah, tidaklah susah untuk masuk ke kehidupan yang sebenar. Kehidupan yang sebenar adalah Akhirah. Insha'Allah bersama dengan Awliyau'Llah, kita selamat. Selamat bermaksud selamat dikehidupan seterusnya, kehidupan yang sempurna dan abadi, untuk bersama dengan Saliheen (Orang-orang yang Soleh) dan untuk bersama dengan Nabi salla Llāhu 'alayhi wa-sallam di Syurga selamanya. Ini adalah kehidupan yang sebenar.

Mereka sedang membina masjid-masjid, mereka sedang melakukan amal sedeqah, mereka sedang membina Dergah.
AlhamduliLah kita berterima kasih kepada anda kerana megerjakan ini semata-mata kerana Allah ﷻ dan ia akan menjadi Barakah untuk tempat ini yang merupakan tempat yang istimewa. Ia mempunyai kerohaniaan yang khusus, kerohaniaan yang kuat. Ia adalah tempat yang diberkati. Awliyau'Llah menziarahi tempat ini pada setiap masa.

Sultan telah memuliakan dan menyeru kepada Perintah Allah ﷻ. Sultan juga memuliakan dan mengikuti Jalan orang-orang yang diCintai oleh Allah ﷻ. Sesiapa yang mengikuti orang-orang yang diCintai akan menjadi orang-orang yang diCintai. Ramai orang-orang yang mengatakan: "Kami hendak menjadi Awliyau'Llah, orang yang diCintai. Mereka berkata untuk menjadi orang yang diCintai adalah dengan mempunyai Karamah, berlari diatas air. Ini bukanlah penting. Apa yang penting adalah untuk berada di Jalan mereka. Jika anda berada di Jalan itu, maka janganlah takut. Anda adalah orang yang diCintai Allah ﷻ anda adalah Awliyau'Llah. Janganlah jadikan tujuan anda untuk melakukan Karamah. Apabila anda menjadikan Karamah sebagai tujuan, anda telah melupakan tujuan yang asal. Tujuan asal adalah untuk kerana Allah ﷻ, mengharapakn Redha Allah ﷻ. Inilah tujuan asal kita; bukan hendak menjadi Awliyau'Llah semata-mata kerana hendak melakukan Karamah, keajaiban. Awliyau'Llah tidak peduli mengenai Karamah, tidak peduli mengenai Dunia, tidak peduli mengenai diri mereka sendiri.
Sesiapa yang hanya mempedulikan ini, dia tidaklah diterima. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita daripada orang-orang yang sebegini.

AlhamduliLah masyarakat disini telah membina rumah yang baru, Dergah yang Allah ﷻ Redha dengannya. Semoga Allah ﷻ Memberkati mereka. Semoga Allah ﷻ menjadikan ianya lebih banyak dan lebih banyak lagi, untuk menjadi asbab Hidayah dan untuk mengumpulkan orang-orang yang baik-baik, dan Barakah untuk seluruh Malaysia insha'Allah.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
14 Oktober 2023/ 29 Rabiul-Awwal 1445
Kuala Kangsar, Malaysia
🌹JANGANLAH BERSAMA DENGAN PARA PENDUSTA🌹

As-Salāmu ‘Alaykum wa Raḥmatullāhi wa Barakātuh.

A‘ūdhu Billāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. Bismillāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.

Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi Rasūlillāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad.

Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَكُونُوا۟ مَعَ ٱلصَّـٰدِقِينَ
(Qur’ān 09:119).
‘‘Yā ‘Ayyuhā l-Ladhīna ‘Āmanū t-Taqū l-Llaha Wa Kūnū Ma’a s-Sādiqīn’’
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang benar". Sadaqa Llāhu l-‘Aẓīm.

Ia adalah Perintah dari Allah 'Azza wa-Jalla untuk orang-orang yang beriman untuk bertakwa kepada Allah ﷻ dan untuk bersama-sama dengan orang-orang yang benar. Ini adalah sesuatu yang sangat penting kepada orang-orang yang beriman.

Nama (gelaran) Nabi kita salla Llāhu 'alayhi wa-sallam adalah Al-Amīn. Sebelum menjadi Nabi, Baginda ﷺ dikenali di Makkah sebagai Al-Amīn; tidak berbohong, tidak pernah mengucapkan yang tidak baik. Baginda ﷺ pada setiap masa adalah seorang yang Amanah. Perintah Baginda ﷺ adalah untuk bersama dengan orang-orang yang seperti itu. Mereka-mereka yang pendusta: janganlah bersama mereka, Baginda ﷺ bersabda.
Terutamanya orang-orang yang mengaku bahawa diri mereka adalah Sheikh atau mengaku mereka adalah ulama-ulama, jika mereka berkata bohong, anda tidak akan dapat apa-apa keberuntungan dari orang-orang ini. Untuk ini, carilah orang-orang yang tidak mengucapkan apa-apa pembohongan.

AlhamduliLah semalam dan hari kelmarin juga kita telah menziarahi Maqam dan Mazar Sheikh Raja Ashman Sultan. Dia merupakan Mash'Allah orang yang sempurna. Dia tidak mengucapkan apa-apa dusta, tidak mengucapkan apa-apa yang tidak baik. Orang ini mestilah menjadi contoh tauladan untuk sekalian masyarakat disini. Dia merupakan AlhamduliLah – Allah ﷻ Menganugerahkan kepada dia kerana usaha dia dan pekerjaannya.
Kerana dia telah bawa ramai orang-orang kepada Hidayah (petunjuk) dan kepada Islam, dan telah membantu orang-orang pada Jalan ini, pada Jalan Allah ﷻ. Dia telah memuji Nabi salla Llāhu 'alayhi wa-sallam. Dia merupakan seorang yang Amin (yang dipercayai) juga. Kita pada setiap masa dan setiap kali mengingati beliau. Dia merupakan seorang Awliyau'Llah yang sebenar. Sesiapa yang menziarahi beliau atau membacakan dari tempat yang jauh akan dapat Madad dan keuntungan dari ini.

Inshā’Allāh kita akan bertemu dengan beliau di Syurga, kesemua kita akan berkumpul bersama inshā’Allāh.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah.

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
16 Oktober 2023/ 01 Rabiul-Akhir 1445
Solat Subuh – Kuala Lumpur Dergah, Malaysia
🌹MOHONKANLAH UNTUK HUJAN RAHMAT🌹

As-Salāmu ‘Alaykum wa Raḥmatullāhi wa Barakātuh.

A‘ūdhu Billāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. Bismillāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.

Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi Rasūlillāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al Ḥaqqānī. Madad.

Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:

اللَّهُمَّ اسْقِنَا الْغَيْثَ سَقْيًا رَحْمَة وَلَا تَجْعَلْنَا مِنْ الْقَانِطينَ
"Ya Allah, Turunkanlah untuk kami hujan Rahmat, dan jangan jadikan kami termasuk orang yang berputus asa." Ini adalah Doa Nabi salla Llāhu 'alayhi wa-sallam untuk hujan:
" Jadikannya itu baik, Rahmah dan diberkati untuk kami. Dan jangan jadikan kami berputus asa."
Kerana kita sedang berada pada masa yang mana hujan pada sesuatu masa adalah kebaikan dan pada masa yang lain pula balasan untuk orang-orang. Maka kita perlu berterima kasih kepada Allah ﷻ untuk ini dan mohon agar ianya menjadi Rahmah dan Barakah untuk kita, dan bukannya Bala' (malapetaka).

Nabi kita salla Llāhu 'alayhi wa-sallam bersabda, pada akhir zaman,

“يكونَ المطرُ قَيْظًا والوَلَدُ غَيْظًا”,

"Hujan akan turun dengan berat (ekstrem dan menekan) dan anak-anak akan berasa tidak nyaman."
Bermakna bahawa pada akhir zaman, pada masa kita sedang hidup, hujan akan turun sebagai Bala', sebagai sesuatu yang tidak baik untuk masyarakat. Air itu akan mengambil rumah-rumah, akan mengambil orang-orang, mematikan orang-orang. Pada selalunya ianya adalah sesuatu baik. Tetapi apabila Allah ﷻ Kehendaki ia menjadi baik, maka ia menjadi baik. Maka anda pada setiap masa hendaklah mohon untuk mendapatkan ini. Kebanyakan masa, hujan ini datangnya sebagai balasan. Insha'Allah ﷻ menjadikan ia sebagai Rahmah dan bukan balasan.

Sudah tentu, disini anda mendapati hujan pada setiap masa. Tetapi di tempat kami, hanyalah pada musim sejuk. Musim sejuk bermula selepas Oktober sehingga 5 atau 6 bulan. Setiap tempat berbeza. Tetapi apa yang berlaku adalah ia tidak hujan untuk semetara waktu dan selepas itu Allah ﷻ Menghantarkan kesemua itu pada masa satu jam. Apabila ia turun dalam hanya masa satu jam, ia memusnahkan dan membunuh. Ini adalah balasan dari Allah ﷻ.

Untuk ini, hendaklah kita memperhatikan kepada apa yang Nabi salla Llāhu 'alayhi wa-sallam. Hendaklah kita berdoa' apabila terdapat hujan atau guruh dan apabila ia tidak hujan. Kesemuanya dengan Doa. Doa adalah senjata kita. Senjata Mu'min adalah Doa. Dan Allah ﷻ Melindungi kita dengan Doa insha'Allah. Bumi dan Langit adalah dengan Doa.

Insha'Allah, Allah ﷻ menjadikannya Barakah dan Khayr (kebaikan) untuk Ummah insha'Allah.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah.

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
17 Oktober 2023/ 02 Rabiul-Akhir 1445
Solat Subuh– Kuala Lumpur Dergah, Malaysia