SufiHub (Bahasa)
164 subscribers
403 photos
10 videos
4 files
59 links
Download Telegram
🌹HARI KELAHIRAN NABI ﷺ 🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
15 September 2024/ 12 Rabi' al-Awwal 1445
Lefke – Cyprus

As-Salāmu ‘Alaykum wa Raḥmatullāhi wa Barakātuh. A‘ūdhu Billāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. Bismillāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi Rasūlillāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Semoga hari ini diberkati untuk kita Insha'Allah. Semoga ianya diberkati untuk dunia Islam dan umat Islam. Nabi kita ﷺ lahir didunia ini pada hari Isnin 12 Rabi'u l-Awwal. Hari ini adalah hari yang suci. Ia adalah hari yang indah. Sesiapa yang memuliakan Baginda dan menghormati Baginda, tentulah dia akan mendapat bahagian dari kebaikan. Segala sesuatu dari Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam adalah untuk manusia. Dan sebagai mukjizat, sebaik sahaja Baginda ﷺ dilahirkan, Baginda ﷺ memohon kepada Allah ‘Azza wa-Jalla sambil berkata, “Umat ﷺku.” Baginda ﷺ dilahirkan [dalam keadaan] Sujud. Ketika Nabi kita ﷺ dilahirkan, Baginda ﷺ memohon-merayu kepada Allah “Azza wa-Jalla dalam sajdah sambil berkata, “Ummati, ummatī.” Sehingga Baginda ﷺ meninggalkan dunia ini, Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam sentiasa memikirkan tentang umat. Mengharapkan agar mereka diselamatkan, Baginda ﷺ memohon-merayu kepada Allah ‘Azza waJalla.

Allāh ‘Azza wa-Jalla tidak menolak do’a’ Nabi kita ﷺ. Sesiapa yang meminta akan syafaatnya ﷺ akan mendapatkan syafaatnya ﷺ. Sesiapa yang berkata "Saya tidak memerlukan shafā‘ah. Saya solat dan melakukan ibadat saya. Saya tidak memerlukan apa-apa daripada orang lain," (orang yang berkata seperti itu) tidak akan mendapat apa-apa pun. Sukar tanpa shafā‘ah. Ianya amat sukar. Apabila anda berkata anda tidak mahukan itu, (maka) semuanya berakhir. Segala amalmu, segala perbuatanmu, ibadahmu menjadi sia-sia.

Oleh itu, agama Islam wujud berdasarkan penghormatan kepada Nabi kita ﷺ. Tanpa penghormatan itu, apa sahaja yang mereka lakukan adalah sia-sia. Oleh itu, menghormati hari ini, menghormati kemuliaan Nabi kita ﷺ membawa manfaat yang besar kepada kita. Sudah tentu, kebaikan besar berlaku. Kekasih Allah ‘Azza wa-Jalla, Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam adalah orang yang mencapai darjat tertinggi di antara manusia. Memuliakan Baginda ﷺ dalam segala hal, menziarahinya ﷺ - Sesiapa yang mampu menziarahinya ﷺ pasti akan diberikan lawatan itu. Dan sesiapa yang tidak dapat menziarahi, Allah ﷻ akan Memberi sesuai dengan niat mereka.

Terdapat ramai orang Islam yang menghormati-memuliakan segala yang berkaitan dengan Nabi kita ﷺ. Semoga Allah ﷻ Melindungi mereka. Semoga Allah ﷻ tidak Membiarkan mereka tersesat. Kerana apabila manusia melakukan kebaikan, shayṭān menjadikan was-was/ragu-ragu. Dia berkata "Anda mungkin melakukan sesuatu yang buruk. Anda tidak sepatutnya berbuat demikian." Sudah tentu, kerana shayṭān cemburu. Dia tidak suka. Dia tidak suka Nabi kita ﷺ. Kerana dia tidak menyukainya ﷺ, dia mahu menjauhkan orang-orang supaya mereka tidak mendapat manfaat dari itu.

Syukur kepada Allah ﷻ, kami memuliakan Nabi kita ﷺ semalam dan sebahagian dari tubuhnya yang suci - janggutnya ﷺ. Sebahagian daripada janggutnya, walaupun sebiji atom janggut Nabi kita ﷺ sudah cukup untuk kita. Syukur kepada Allah ﷻ, kami menziarahinya. Fadhilatnya jatuh kepada orang yang mengunjunginya. Sesiapa yang tidak boleh menziarahi tetapi mahu (untuk menziarahinya), yang melihatnya dari jauh; semoga mereka berpeluang juga. Khazanah Allāh ‘Azza wa-Jalla melimpah ruah. KhazanahNya ﷻ itu penuh. Dia ﷻ Memberikannya itu mengikut niat manusia.

Oleh itu, semoga ianya diberkati untuk kita Insha'Allah. Insha'Allah semoga kita mencapainya dengan seluruh dunia berada dalam Islam, menghormati-memuliakan Nabi kita ﷺ. Kami berharap untuk itu tahun depan. Semoga ianya sampai dengan cepat dan tidak terlambat Insha'Allah.
Seluruh dunia akan mengetahui nilainyaﷺ, dan kita akan bersama-sama dengan Ṣāḥibu z-Zamān Insha'Allah. Semoga Allah ﷻ Meredhai anda semua.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatiha.
🌹KESELAMATAN ITU HANYALAH DENGAN SYAFAATNYA BAGINDA ﷺ 🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
19 September 2024/ 16 Rabih al-Awwal 1446
Solat Subuh, Akbaba Dergah

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh. A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim alḤaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.


Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam diutuskan sebagai Rahmat kepada alam semesta. Sesiapa yang ingin mendapat manfaat daripada Rahmat itu hendaklah menerima dirinya adalah daripada Ummat Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam; untuk mendapat manfaat daripada Rahmat itu. Nabi kita ﷺ meminta daripada Allah ﷻ untuk menjadi pemberi syafaat bagi umatnya melalui pelbagai cara. Dan Allah ﷻ Memberikan ini kepada Nabi kita ﷺ. Apabila anda berada dalam Ummati Muhammad ﷺ, anda mendapat syafaat dengan Izin Allah ﷻ.

Mereka yang menerima(beriman dan mengakui Kenabian Baginda) Nabi kita ﷺ menjadi umatnya ﷺ. Yang tidak terima (Kenabian Baginda) akan ketahuinya sendiri. Apa sahaja yang mereka lakukan, yang menolak belas kasihan, yang menolak kebaikan adalah bebas. Mereka boleh melakukan apa sahaja yang mereka mahu. Mereka boleh mengalami masalah sesuka hati. Dan mereka boleh mempunyai kesudahan yang buruk sebagaimanapun yang mereka suka. Tetapi orang yang meminta keselamatan meminta syafaat Nabi kita ﷺ. Mereka mengharapkan belas kasihan Baginda ﷺ. Mereka terikat dengannya ﷺ dan mencintainya ﷺ. Mereka akan diselamatkan. Jika tidak begitu, (maka)tidak ada keselamatan.

Bahkan para Nabi-Nabi pun meminta syafaat dari Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wasallam pada hari kiamat. Orang akan kelihatan seperti mabuk pada hari yang sukar itu. Mereka tidak akan mabuk. Kerana kebesaran Allah ‘Azza wa-Jalla, kerana keagungan hari itu, kerana kesukaran hari itu, manusia akan kelihatan seperti orang mabuk. Mereka berada dalam keadaan sedemikian yang hanya Nabi kita ﷺ yang dapat menyelamatkan mereka.

Para Nabi-Nabi memohon kepada Allah ‘Azza wa-Jalla demi kemuliaan Nabi kita ﷺ agar (merka) diselamatkan dari hari yang sukar itu. Mereka memohon kepada Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam dan memohon perlindungan kepada Baginda ﷺ. Oleh itu, keagungan dan kelebihan Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam adalah yang tertinggi di sisi Allah ﷻ. Tidak ada yang lebih tinggi daripadanya ﷺ. Orang yang tidak mengetahui nilainya ﷺ tidak akan mempunyai pengakhiran yang baik.

Syaitan sedang menyerang anak muda di sini dan di tempat lain. Dia mengatakan ini dan itu agar mereka tidak menerima Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam. Ini adalah untuk kesudahan mereka menjadi buruk. Semoga Allah ﷻ Melindungi mereka. Semoga syafaat Nabi kita ﷺ tercurah kepada kita. Semoga kita dirahmati ﷺ. Dan semoga Iman kita kuat insha'Allah.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatiha.
🌸Siaran Berkumpulan 🌸
Assala'mu'alaikum wr wb..
Jummah Mubarak.
Kita telah memasuki hari Jumaat yang mulia dengan Azan pada waktu Maghrib ini.
Perbanyakkanlah Selawat ke atas Sayyidina Rasulullah ﷺ pada hari Jumaat yang penuh Barakah ini.

Sepuluh Kelebihan Selawat ke atas Nabi ﷺ

Habib `Abd al-Qadir al-Saqqaf (semoga Allah merahmatinya dan memberi manfaat kepada kita) berkata: Sesiapa yang memperbanyakkan selawat ke atas Nabi ﷺ akan dijamin sepuluh perkara:
1. Mereka akan menerima apa yang mereka minta
2. Mereka akan mati (meninggal dunia) atas kalimah La ilaha illa Allah
3. Mereka akan dapat melihat Nabi ﷺ
4. Mereka akan mendapat kebahagiaan dalam kehidupan ini
5. Anak-anak mereka akan diberkati
6. Dipermudahkan rezeki mereka
7. Mereka akan dilindungi daripada penderitaan dalam hidup ini
8. Mereka akan menjadi dekat dengan Nabi ﷺ
9. Mereka akan mendapat penjagaan yang paling besar daripada Allah ﷻ
10. Allah ﷻ dan Nabi ﷺ akan Redha kepada mereka.
Semoga Allah SWT menjadikan kita termasuk orang-orang yang memperbanyak Selawat ke atas Kekasih-Nya ﷺ.

Sollu a'lan Nabi ﷺ
🌹BELAJARLAH UNTUK KURANGKAN EGO ANDA🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
03 October 2024/ 30 Rabih al-Awwal 1446
Solat Subuh, Akbaba Dergah

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn.
Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim alḤaqqānī. Madad.
Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Sememangnya, terdapat banyak penyakit ego. Salah satunya adalah untuk dipuji. Lebih ramai orang memuji ego mereka, lebih gembira ego anda. Lebih gembira apabila mereka memanjakannya. Ego sangat menyukainya; sedangkan nenek moyang kita berkata jika seseorang memperlekehkan anda, anda tidak harus marah, dan jika seseorang memuji anda, anda tidak boleh bergembira. Kedua-duanya mestilah sama.

Sesiapa yang gembira kerana dipuji dan kecewa kerana diperlekehkan, (maka ianya) meningkatkan egonya. Dia tidak akan dapat mengawal egonya ketika itu. Kesemuanya hendaklah mesti sama. Setiap orang mesti menjaga egonya dan tidak mendengar kata-kata orang lain. Mereka tidak boleh menunjukkan kepentingan dan merosakkannya. Kerana jika anda mengembangkan ego anda, anda tidak boleh menangkapnya. Anda mesti sentiasa mengurangkannya. Perlakukan dengan rendah hati dan katakan pada ego anda bahawa (ianya) tidak layak untuk dipuji. Jika sesuatu kelihatan sukar bagi ego anda, anda mesti berkata “Ini hanyalah sedikit. Apa yang mereka katakan adalah betul. Ego saya lebih teruk daripada itu.” Orang yang dalam perjalanan Tariqah mesti melakukannya lebih untuk tidak dikalahkan oleh ego mereka. Jika tidak, jika anda mengembangkan ego anda, anda tidak boleh mengalahkannya. Jika anda mengurangkannya, anda akan mengalahkannya. Semoga Allah ﷻ Menolong kita.

Kadang-kadang ramai orang menggunakan ego anda untuk menipu anda atau mendapatkan sesuatu daripada anda dengan kata-kata, dengan pelbagai cara. Semua orang tahu. Jika anda memanjakan seseorang dan berkata "Awak adalah begini dan begitu", dia akan berasa malu dan memberikannya. Tetapi mengapa dia memberi? Kerana anda memuji egonya. Anda mengambil apa yang anda mahu lebih mudah kemudian. Jika tidak, anda tidak boleh menerimanya. Anda tidak boleh mengambil apa-apa daripada seseorang yang mengawal egonya dengan Izin Allah ﷻ. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita semua dari kejahatan ego kita. Semoga Dia ﷻ Izinkan kita mengatasi ego kita insha’Allah.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatiha.
🌹JEMPUTAN DARI ALLAH ﷻ KE SYURGANYA🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
08 Oktober 2024/ 05 Rabiul Akhir 1446
Solat Subuh, Akbaba Dergah

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim alḤaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:

"إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ كَانَتْ لَهُمْ جَنَّـٰتُ ٱلْفِرْدَوْسِ نُزُلًا" ١٠٧
(Qur’ān 18:107). ‘Inna l-ladhīna āminu wa a’milu s-ṣāliḥāti kānat lahum jannātu lfirdawsi nuzulā’,
" Sesungguhnya, orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, bagi mereka disediakan Syurga Firdaus sebagai tempat tinggal,"
Ṣadaqa Llāhu l-‘aẓīm.

Allah ‘Azza wa-Jalla Berfirman bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan menjadi penghuni Syurga. Seseorang yang melakukan kebaikan, beriman kepada Allah ﷻ dan melakukan ibadah kepada Allah ﷻ di dunia ini akan mendapat kebahagiaan yang tidak berkesudahan dan kehidupan yang kekal di Akhirat. Akan ada kehidupan yang begitu indah.

Anda mengatakan ianya adalah seperti Syurga untuk beberapa tempat di dunia ini. Anda katakan ianya indah seperti Syurga. Syurga bukan sahaja indah, ianya mempunyai kedamaian di dalamnya. Tiada kesusahan, tiada pergaduhan, tiada Qiyamah. Qiyamah telah berakhir apabila anda memasuki Syurga. Qiyamah berlaku hanya sekali. Dan orang-orang yang menjalani Qiyamah dengan tenang akan tinggal di Syurga tanpa kesedihan dan kebimbangan. Mereka tidak akan bimbang tentang gaji, tiada kebimbangan cukai. Tidak akan ada cemburu, tiada penindasan untuk anda. Tidak akan ada kecuali keindahan dan kebaikan di Syurga.

Allah ‘Azza wa-Jalla sedang Menjemput semua orang-orang ke Syurga. Dia ﷻ Berfirman,
"وَٱللَّهُ يَدْعُوٓا۟ إِلَىٰ دَارِ ٱلسَّلَـٰمِ"
‘WaLlāhu yad‘ū ilá dāri s-salām’,
"Dan Allah menyeru (manusia) ke Dārussalām (Syurga)"
(Qur’ān 10:25). Ṣadaqa Llāhu l-‘aẓīm.
Allah ‘Azza wa-Jalla menyeru semua orang ke Syurga. Tetapi sangat sedikit orang-orang yang membalas jemputan ini. Syurga Allah ‘Azza wa-Jalla itu sangat luas. Ianya tidak menjadi sempit apabila terlalu ramai orang memasukinya. Mereka tidak membenarkan anda keluar dengan mengatakan ianya terlalu sesak di sana.

Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam Bersabda, orang terakhir yang keluar dari neraka - Seorang Muslim yang beriman kepada Allah ﷻ tidak akan berada di neraka selama-lamanya. Dia akan keluar selepas hukumannya. Dan orang yang terakhir keluar darinya akan memasuki Syurga. Nabi kita ﷺ Bersabda dia akan melihat sekeliling dan berkata “Mungkin tiada tempat untukku. Saya yang terakhir keluar. Mesti penuh di dalam.” Satu panggilan akan datang kepadanya,
“Masuk. Ada tempat untuk awak.”
Dia akan berfikir, “Mereka pasti bergurau. Saya telah tinggal di neraka selama berjuta-juta tahun. Bagaimana boleh ada tempat sedangkan berbilion-bilion orang telah memasukinya?”
Dia akan disuruh memasukinya semula. Tetapi dia akan menahan diri. Hanya apabila disuruh masuk kali terakhir, orang terakhir yang datang ke sana akan mendapat tempat sebesar dunia ini dan di bawahnya. Syurga Allah ‘Azza wa-Jalla itu sangat besar sehingga cukup untuk semua orang.

Oleh itu, marilah kita membalas Ucapan dan Jemputan Allah ‘Azza wa-Jalla insha’Allah. Allah ﷻ Pasti akan Mengampuni kita. Tidak ada keraguan dalam hal itu, Syukur kepada Allah ﷻ. InsyaAllah kita semua akan bersama-sama di Syurga, dekat dengan Nabi kita ﷺ, bersama-sama dengan Mashayikh dan akan bertemu dengan semua saudara-mara kita di sana.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatiha.
🌹DUA JENIS PERJALANAN🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
10 October 2024/ 07 Rabih al-Thani 1446
Solat Subuh, Akbaba Dergah

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm.
BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim alḤaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:
"قُلْ سِيرُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ فَٱنظُرُوا۟"
(Qur’ān 27:69). ‘Qul si‘irū fī l-’arḍ fāndhurū’,
"Katakanlah (Muhammad), "Berjalanlah kamu di bumi, lalu perhatikanlah.." "
Ṣadaqa Llāhu l-‘Aẓīm.
Allah ‘Azza wa-Jalla Berfirman, “Berjalanlah dan lihatlah kedaulatan Allah ‘Azza wa-Jalla di dunia.” Ambil pengajaran dan manfaat daripadanya. Dan bawalah manfaat kepada manusia.

Ada dua jenis perjalanan. Ada perjalanan untuk Dunia dan ego anda, dan ada perjalanan untuk keredhaan Allah ﷻ. Insha'Allah kita pergi untuk keredhaan Allah ﷻ. Kali ini kita akan ke tempat yang jauh [Timur Jauh]. Terdapat orang Islam dan bukan Islam di tempat-tempat ini. Mawlana Syaikh Nazim telah mengumpulkan hati orang-orang itu melalui Jalan ini. Dan mereka meneruskan perjalanan ini. Benih-benih cantik yang ditanamnya semakin membesar dan merebak. Mereka membawa manfaat kepada orang ramai.

Jalan ini adalah Jalan Allah ﷻ. Ianya adalah Rahmat dari Allah ‘Azza wa-Jalla kepada manusia. Seperti yang kita katakan, pasti ada orang Islam juga. Tetapi manusia kadang-kadang sesat. Kadang-kadang beberapa perkara tidak sesuai dengan mereka. Syukur kepada Allah ﷻ, Tariqah dan Syariah adalah satu dan bersama. Dan Perjalanan kami adalah untuk menunjukkan cara ini. Insha'Allah ada manfaatnya untuk kita dan mereka.

Seperti yang kita katakan, manusia hidup untuk Akhirah. Dunia ini adalah ladang Akhirah. Apa sahaja yang anda tanam di sini, anda akan menuainya di sana. Syukur kepada Allah ﷻ. Orang ramai telah terjun ke Dunya. Mereka tidak memikirkan apa-apa selain Dunya. Tetapi mereka telah terjaga/tersedar dengan Jalan ini dan terus berada di Jalan Allah ﷻ. Mereka tetap di Jalan Allah ﷻ dan tidak mempedulikan Dunya. Mereka menggunakan Dunya untuk keredhaan Allah ﷻ. Itu pun perlu juga.

Bukan untuk Dunya, tetapi untuk mengingat tentang Dia ﷻ.
"وَذَكِّرْ فَإِنَّ ٱلذِّكْرَىٰ تَنفَعُ ٱلْمُؤْمِنِينَ"
“Wa Dhakkir Fa'inna Adh-Dhikrá Tanfa`u Al-Mu'uminīn”,
Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin.(Qur’ān 51:55).
Allah ‘Azza wa-Jalla Menyuruh untuk mengingatkan. Mengingatkan itu membawa manfaat kepada manusia.

Oleh itu, insha'Allah semoga Allah ﷻMemperjayakan kita. Semoga ianya menjadi sarana untuk orang-orang baru untuk datang kepada hidayah dan masuk Islam. Kami akan mengingatkan orang ramai tentang Akhirah, dan semoga kami membantu untuk membawa cahaya ke dalam hati mereka insha'Allah. Kami tidak mempunyai apa-apa. Ianya adalah Jalan Mashayikh. Dan melalui mereka, melalui pandangan mereka, Jalan yang indah ini mencapai hati manusia sebagai cahaya, sebagai cahaya Islam di seluruh dunia insha'Allah.

Semoga Allah ﷻ Meredhai anda semua. Semoga lebih ramai orang datang ke Jalan yang benar ini. Kerana Jalan syaitan nampak lebih mudah bagi ego. Tetapi mudahnya itu tidak baik. Sesiapa yang mengikuti egonya (maka dia) akan bersama dengan egonya. Tetapi orang-orang yang menempuh Jalan Allah ‘Azza wa-Jalla itu akan menang. Insha'Allah semoga Allah ﷻ Menjadikan kita semua dari mereka.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatiha.
🌹KEINDAHAN TARIQAH🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
12 Oktober 2024/ 09 Rabih Al-Akhir 1446 Naqshbandi Aliyya Zawiyah - Yishun, Singapura

As-Salāmu ‘Alaykum wa Raḥmatullāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu Billāhi Minash-shayṭāni r-rajīm.
Bismillāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi Rasūlillāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Yā Rijāla Llāh fi hadh’ihi l-buldan (Wahai para lelaki Allah ﷻ di negara-negara ini). Insha'Allah pertemuan kita ini adalah kerana Allah ﷻ. Niat kami adalah untuk bertemu dengan kamu agar Allah ﷻ Redha kepada kami. Demi keredhaan Allah ﷻ, kita bertemu di tempat yang penuh barakah ini, majlis yang diberkati ini. Kerana kami al-ḥamdu liLlāh gembira berada di sini lagi. Allah ﷻ Memberi kita kehidupan untuk datang ke sini semula. Kami bertemu denganmu kerana Allah ﷻ. Kami gembira untuk ini.

Matlamat kita dalam kehidupan ini adalah agar Allah ﷻ gembira dengan kita, agar Nabi ṣallá Llāhu ʿalayhi wa sallam gembira dengan kita, mashāyikh dan awliyā’u Llāh gembira dengan kita. Jika anda punyai ini, itu adalah nikmat besar dari Allah ﷻ, nikmat yang paling baik. Kerana kita hidup pada zaman di mana orang-orang tidak tahu yang betul dan salah. Ramai orang menyangka mereka berada dalam cara yang betul tetapi selepas itu, mereka mendapati bahawa cara itu bukan cara yang betul.

Sekarang anda lihat di akhir zaman ini. Selama bertahun-tahun sekarang, ramai orang-orang datang mendakwa mereka Islam, mereka betul-betul Muslim, dan masyarakat telah ditipu oleh mereka dan mereka mengikuti orang-orang itu. Selepas itu, tiada apa-apa, tidak mendapat apa-apa, tiada keberkatan, tiada keredhaan Allah ﷻ. Kenapa? Kerana mereka tidak mengikuti sunnah Nabi ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam.

Sunnah adalah sangat penting; ianya bukan gurauan. Sebanyak mana yang kita mampu mengikuti Nabi ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam, hendaklah kita mengikutinya. Terdapat banyak perkara. Mungkin ianya adalah sunnah kecil atau – anda tidak dapat mengikuti seratus peratus tetapi anda boleh mengikuti sunnah Nabi ṣallá Llāhu 'alayhi wa-sallam, apa yang Baginda ﷺ laksanakan dari Ībadah, terutama sunnah solat: seperti sunnah Subuh, sebelum dan selepas Dzuhur, sunnah Asar, untuk Maghrib, untuk 'Isya juga. Sunnah ini, sekarang ramai yang tidak mengikutinya. “Ini adalah sunnah. Tiada hukuman untuk ini. Ia tidak penting.” Tetapi ianya adalah penting. Ianya bukan seperti emas di dunia, ianya seperti berlian. Setiap sunnah yang kamu lakukan di sini, kamu akan mendapat pahala di Jannah, lebih tinggi maqām, lebih berkat, lebih bahagia untuk kamu di Jannah. Tetapi orang-orang ini - apabila anda meninggalkan ini, apa yang akan berlaku? Kepercayaan anda, īmān menjadi kurang. Mari bersama kami. Selepas itu, Allah ﷻ menolong kita dan menolong masyarakat untuk tidak meninggalkan agama mereka.

Inilah yang syaitan menipu orang-orang.
“Jangan ikut ṭarīqah. Jangan ikut syariah. Kamu semua ikut kami.” Apa yang anda pesankan? “Kami perintahkan hanya solat dua rakaat. Tak perlu sunnah. Tak perlu pahala. Tidak perlu apa-apa. Hanya lakukan ini dan ia sudah memadai.” Tidak, tidak cukup. Tidak cukup untuk orang-orang Islam. Sebanyak mana yang dia boleh ambil ( dengan mengikuti sunnah), sebanyak itu dia akan mendapat manfaat(pahala kebaikan).

Dalam hidup ini, semua orang mengejar manfaat. Semua orang suka manfaat. Kita juga sebagai orang Islam sukakan manfaat dan mengetahui faedah sebenar: ianya adalah ākhirah, kehidupan seterusnya. Jika manfaat kehidupan ini tidak membantu anda untuk ākhirah, ianya bukan manfaat, ia adalah zarār, kerugian; bukan untung, rugi. Jika anda mempunyai berbilion-bilion di sini dan anda tidak memberikan apa-apa, ini adalah kerugian besar untuk anda. Tetapi jika anda mempunyai sesuatu dan dengan niat untuk hidup anda, “Saya bekerja untuk keredhaan Allah ﷻ dan ini untuk keluarga saya, anak-anak saya.
Saya menjaga mereka.” Manfaat ini akan menjadi untuk anda di sini dan akhirat juga. Tetapi apabila anda tidak mencari manfaat ini, ia akan menjadi kerugian untuk anda.

Untuk ini, kami, al-ḥamduliLlāh, berkumpul untuk manfaat untuk kita semua, inshā’a Llāh. Kerana kami datang, al-ḥamduliLlāh, dari jauh. Tetapi apabila kami melihat anda di sini bahawa anda gembira, kami juga gembira. Apabila seseorang mu’min membahagiakan seorang mu’min, Allah ﷻ gembira dengannya, Nabi ṣallá Llāhu ʿalayhi wa sallam gembira dengannya, Auliyā’uLlāh gembira dengannya.

Inilah keindahan ṭarīqah: untuk membahagiakan manusia dan untuk mensucikan kerana Allāh ‘Azza wa-Jalla. Segala-galanya - Dia ﷻ berfirman di dalam Al-Qur’an,
قُلْ إِنَّ صَلَاتِى وَنُسُكِى وَمَحْيَاىَ وَمَمَاتِى لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِينَ ١٦٢
لَا شَرِيكَ لَهُۥ ۖ وَبِذَٰلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا۠ أَوَّلُ ٱلْمُسْلِمِينَ ١٦٣
‘Qul ‘Inna Şalātī Wa Nusukī Wa Maĥyāya Wa Mamātī Lillāh Rabbi Al-`Ālamīna (162)
Lā Sharīka Lahu wa bi-dhalika Umirt'...(163)
(Qur’an 06:162-163).
"Katakanlah (Muhammad), "Sesungguhnya salatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan seluruh alam,"(162)
"tidak ada sekutu bagi-Nya; dan demikianlah yang diperintahkan kepadaku....."(163)
Dia ﷻ Berfirman, “Hidupku, matiku, segala-galanya kerana Allah ﷻ dan ini adalah Perintah untukku.” Ini dikatakan didalam Al-Quran bagi pihak Nabi ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam, Sayyidinā Muḥammad ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam.

Ini adalah Jalan kita, Jalan ṭarīqah. Inilah dia. Tetapi sekarang orang-orang, seperti yang kita katakan, sedang bercampur-campur, bercampur-campur dan hanya mencari sesuatu yang ego mereka gembira dan mengikutinya. Kerana bagi orang Islam dan untuk orang bukan Islam, sekarang di dunia, ianya adalah masa yang sukar. Kami melihat banyak perkara tetapi kami tidak boleh berbuat apa-apa. Apakah yang anda akan lakukan? Lihat sahaja diri anda. Ini adalah Perintah dari Nabi ṣallá Llāhu ‘alayhi wasallam. Dan berdo'alah, berdoa'lah kepada Allah ﷻ untuk Menolong orang Islam dan Menjaga kita dari setiap keburukan.

Jangan ikuti orang yang anda tidak kenali. Anda mengikuti mereka, anda mengira anda mengikuti yang betul, anda menjadi sedih kerana sesuatu, tetapi Allah Azza wa Jalla tidak gembira dengannya atau dengan mereka. Dan anda tidak tahu. Inilah kejahilan umat Islam. Tetapi sesiapa yang mengikuti seorang Mursyid, mengikuti seorang a'lim yang sebenar, akan mengetahuinya. Untuk semua orang - ada, al-ḥamduliLlāh, beribu-ribu daripada mereka tetapi mereka tidak mendengar ajaran atau ucapan mereka. Mereka hanya mendengar ucapan orang-orang sampah ini yang menjadikan kanak-kanak dan anak-anak muda menentang ṭarīqah, menentang Ahlul-Bayt dan menentang ṣaḥābah. Hanya: tiada hormat, tiada adab, tiada tingkah laku yang baik. Inilah yang mereka ajarkan.

Tetapi yang lainnya: terdapat beribu-ribu ulama’ yang mengatakan perkara yang sama tetapi orang-orang tidak mendengarnya. Sesiapa yang beruntung itu bersama dengan mereka, bukan dengan orang-orang ini yang mengajar masyarakat untuk menjauhi Nabi ﷺ, dari sunnah, dari Awliyā’u Llāh. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita. Semoga Allah ﷻ Mengutus kami Sayyidina Al-Mahdī alayhi s-salam untuk menyelamatkan mereka dari orang-orang jahat, inshā’a Llāh, untuk menunjukkan Jalan yang benar kepada semua orang.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatiha.
🌸 🌸
Assala'mu'alaikum wr wb..
Jummah Mubarak.
Kita telah memasuki hari Jumaat yang mulia dengan Azan pada waktu Maghrib ini.
Perbanyakkanlah Selawat ke atas Sayyidina Rasulullah ﷺ pada hari Jumaat yang penuh Barakah ini.

Sepuluh Kelebihan Selawat ke atas Nabi ﷺ

Habib `Abd al-Qadir al-Saqqaf (semoga Allah merahmatinya dan memberi manfaat kepada kita) berkata: Sesiapa yang memperbanyakkan selawat ke atas Nabi ﷺ akan dijamin sepuluh perkara:
1. Mereka akan menerima apa yang mereka minta
2. Mereka akan mati (meninggal dunia) atas kalimah La ilaha illa Allah
3. Mereka akan dapat melihat Nabi ﷺ
4. Mereka akan mendapat kebahagiaan dalam kehidupan ini
5. Anak-anak mereka akan diberkati
6. Dipermudahkan rezeki mereka
7. Mereka akan dilindungi daripada penderitaan dalam hidup ini
8. Mereka akan menjadi dekat dengan Nabi ﷺ
9. Mereka akan mendapat penjagaan yang paling besar daripada Allah ﷻ
10. Allah ﷻ dan Nabi ﷺ akan Redha kepada mereka.
Semoga Allah SWT menjadikan kita termasuk orang-orang yang memperbanyak Selawat ke atas Kekasih-Nya ﷺ.

Sollu a'lan Nabi ﷺ.
Setiap hari Selasa, bacalah doa diatas ini 👆 untuk menolak bala' (bencana) selama seminggu penuh sehingga hari Selasa depan.

Doa:
"ALLAHumma yaa kafiyal balaa', ikfinal balaa' qabla nuzulihi minas samaa"
Lalu bacalah sebanyak 7 kali:"Yaa ALLAH"

Ulangi sehingga 3 kali.