“ tatau tatau ”
571 subscribers
553 photos
76 videos
141 files
28 links
✎ join our new channel (digantikan dgn channel ni) :: @studytimeguyss :)
Download Telegram
#TIPS from @StudyTimeFirst

AKRONIM SEJARAH • •
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
Apakah Ciri-Ciri Tamadun Hwang Ho?
Ciri-ciri Bandar Hwang Ho (Akronim P A T I) untuk pelajar ingat.
P – Pertanian / Pentadbiran
A – Anyang (Bandar)
T – Tembok (Bandar dikelilingi tembok)
I – Istana
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
Apakah Sumbangan Hwang Ho (S Y A R A T)
S – Syurga (konsep anak syurga)
Y – Ying dan Yang (konsep Yin Yang)
A – Alam semesta
R – Roh nenek moyang (menyembah roh nenek moyang)
A – Arts of War
T – Terusan
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
Nyatakan proses pembentukan Tamadun Indus?
Pelajar harus ingat akronim P A S B N
P – Pertanian (peningkatan hasil pertanian)
A – Sumber Air
S – Tanah Subur
B – Bandar utama
N – Nomad (penduduk Nomad membentuk petempatan tetap)
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
Apakah ciri-ciri Negara dan bangsa dalam kesultanan Melayu Melaka?
Pelajara boleh cipta dan ingat akronim seperti L U H U R
L – Lambang-lambang
U – Undang-undang
H – Hukum kanun Melaka
U – Undang-undang laut Melaka
R – Rakyat (terdapatnya golongan rakyat jelata)

#akronim #sejarah

By: @feelinoreo🧺
#TIPS hafal surah by @StudyTimeFirst

Nak kena menghafal surah tapi jenis susah nak ingat ? Here the tips ❤️

1. fahamkan apa yang awak nak hafal tu . contoh kalau nak hafal surah / ayat , fahamkan apa yang awak kena hafal tu dulu .

2. betulkan niat . jangan niat sebab cikgu suruh je , tapi niat sebab kita nak guna sampai akhir hayat .

3. baca setiap hari . kalau baca sehari 3 kali pun jadilah . kalau boleh , baca setiap kali lepas habis solat , jadi kiranya sehari 5 kali . tapi awak jangan baca saja , awak kena betulkan tajwid juga .

4. jangan paksa diri . awak kena tahu limit diri awak , kalau awak asyik paksa , diri awak akan penat .

5. kalau boleh , menghafal pada waktu awal pagi . sebab kita baru bangun waktu tu , so tak banyak benda yang kita fikirkan .

6. bila dah dapat hafal , bacakan surah surah tu setiap hari . contohnya waktu solat ke , barulah takkan lupa .

selamat mencuba
#TIPS buat homework by @StudyTimeFirst

1. jangan main phone . ini paling utama . phone ni hanya akan membuatkan kita leka . jauhkan phone waktu nak buat homework .

2. kenal pasti homework yang mana penting . macam , yang mana kena hantar dulu , bukan ikut cikgu yang garang ke tak .

3. siapkan homework yang senang ataupun subjek favourite . bila kita buat yang ni dulu , kita akan bersemangat untuk siapkan .

4. skip homework yang susah . jangan bazirkan masa dekat homework tu je . bila dah siap semua homework yang lain , baru kembali ke homework tersebut .

5. jangan putus asa . jangan sebab kau tak faham subjek tu , kau terus takde semangat nak siapkan homework . kalau macamtu , sampai bila bila tak siap .

6. cari tempat yang kau selesa . kalau boleh , jangan buat atas tempat tidur , sebab nanti kau akan end up tidur sebab buat homework ni memang mengantuk . kalau boleh , buat dekat meja belajar .

7. pastikan persekitaran nak buat homework tu aman dan damai . pastikan tempat tu bersih , kalau serabut , kau nak buat homework pun tak jadi sebab end up kau akan kemas tempat tu . kalau jenis yang suka buat homework sambil dengar lagu , cari lagu yang sesuai . yang bagi semangat , jangan bukak lagu sendu pulak . kalau jenis yang suka buat kerja dalam keadaan senyap , ha pandai pandailah ejas .

selamat mencuba
#TIPS exam countdown
#TIPS @StudyTimeFirst

AKRONIM

✓Perkara Membatalkan Iman
Saya= Syirik
Kena= Khurafat
Rotan= Riddah
Kerana= Kufur
Saya= Sihir
Nakal= Nifaq

✓Rukun Haji
Nenek= Niat
Wani= Wukuf
Tak= Tawaf
Suka= Saie
Cubit= Cukur
Telinga= Tertib
@
✓Rukun Haji
Nah= Niat Ihram
Wang= Wukuf
Tolong= Tawaf
Simpan= Saie
Bawa= Bercukur
Tilam= Tertib

✓Perkara Wajib Haji
Naik= Niat di miqat
Motor= Mlm d Muzdalifah
Laju= Lontar j.aqabah
Masuk= Mlm d Mina
Longkang= Lontar ke3 jamrah
Meninggal= Meninggal perkara larangan
#TIPS FOR THE LAZY STUDENT by ; @StudyTimeFirst

Give new meaning to brain food
You have to eat, right? So why not also use that time to study? But here’s the important part: invite a friend from your class to join you. Think of it as an academic meal. You and your classmate will both bring your notes, and then just simply discuss different topics. Highlight or write down a few you want to cover ahead of time (it’d be too much to cover ALL of the material in one sitting) and then just take turns discuss how you have come to understand that material and why it’s important. Turning studying into a simple conversation and dialogue happening while eating won’t feel like studying, and you’ll be integrating it into something you were already planning on doing anyway.
#TIPS presentation by @StudyTimeFirst . take note okay 📌 untuk yang kena bagi speech pun boleh jugak , sebab tak banyak beza .

1. sediakan bahan secukupnya . prepare bahan untuk present elok elok , pastikan lengkap , jangan tertinggal satu pun . kalau untuk berucap , pastikan ada teks okay .

2. buat nota kecil untuk diri sendiri as bahan untuk membantu time present . so nanti boleh menambah isi or buat ayat lah .

3. paksa diri untuk hilangkan rasa takut . kita nak present je , bukan nak pergi berperang . make sure for muslims , baca doa dulu sebelum mula okay .

4. jangan pedulikan orang sekeliling . awak fokus pada apa yang awak nak sampaikan . kalau awak kena present dalam kelas , awak cari satu tempat yang awak boleh pandang , tapi pastikan arah awak tu kedepan , so people akan fikir awak pandang kawan kawan awak . walaupun hakikatnya mungkin awak pandang dinding .

5. kawal pernafasan awak , jangan nampak gugup sangat sampai pernafasan macam orang baru lepas berlari .

6. banyakkan buat presentation / speech . awal awal mungkin susah , tapi bila dah selalu buat , awak akan rasa benda tu senang and akan tenang je bila present .

that's all . goodluck ❤️ .
#TIPS sejarah @StudyTimeFirst

Tips-tips untuk berasa minat dengan subjek Sejarah:

1.Tukar pendirian kita tentang Sejarah yang dianggap subjek yang bosan atau susah:
-Subjek Sejarah itu bukannya bosan atau susah tetapi subjek yang menyeronokkan.
-Elakkan perasaan mengantuk ketika belajar Sejarah.Jika berlaku juga,kita lawan perasaan mengantuk itu dengan tutup mata selama 5 saat, selepas itu buka mata selama 30 minit.Perbuatan tersebut itu akan mengajar mata kita untuk lebih cenderung untuk dibuka daripada ditutup.

2.Belajar tajuk-tajuk Sejarah sambil menghayati:
-Belajar tentang Sejarah lalu tengok video yang berkaitan dengan tajuk Sejarah itu seperti "movie" Leftenan Adnan, Asoka,Baahubali, Moheranjo Daro dan lain-lain.
-Gambarkan atau bayangkan peristiwa-peristiwa dalam tajuk Sejarah itu

3.Baca tajuk-tajuk Sejarah pada setiap hari terutamanya pada waktu pagi.

4.Baca contoh soalan-soalan dan skema jawapannya supaya kita tahu cara menjawab sesuatu soalan Sejarah dengan lebih mudah.
#TIPS CARA SCORE SUBJEK SEJARAH
WALAUPUN TANPA MINAT (PART 1) - @StudyTimeFirst

1⃣ SOMETIMES, MAKING NOTES IS NOT A MUST

Jangan rasa demotivated nak belajar hanya disebabkan awak tak pandai buat nota. Guna textbook atau buku rujukan dan study dengan betul.

Itu lebih baik berbanding buat nota, tapi tak baca. Betul tak?

2⃣ BUAT MIND MAPS

Sesiapa yang buat nota, make sure buat nota dalam bentuk mind maps. Sebab buat mind maps ni salah satu active Study.

Jangan tulis dalam bentuk ayat
Jangan tulis dalam perenggan
Tulis dalam bentuk point
Kemas & tersusun

3⃣ JADIKAN SEJARAH SEBAGAI SEBUAH CERITA

Kita boleh ceritakan balik movie yang kita tengok kalau kita faham jalan cerita movie tu. Sampaikan, kita mampu ingat watak, dialog, tempat dan tarikh penting dalam movie tu.

So fahamkan cerita dalam topik Sejarah, dan cerita kan balik apa yang berlaku dekat diri sendiri/kawan².

4⃣ FAHAMKAN CERITA, HAFAL FAKTA

🚫 Jangan faham fakta, hafal cerita pulak 💆‍♀

Ramai orang keliru. Contohnya, "Pendudukan Jepun di Tanah Melayu". Itu adalah satu cerita.
Tapi nama-nama orang yang terlibat dalam cerita Pendudukan Jepun tu adalah fakta. So wajib ingat!

5⃣ BIASAKAN DIRI DENGAN SOALAN KBAT

Salah satu sebab kita tak boleh jawab soalan KBAT adalah sebab kita tak faham keyword. Contoh, kalau soalan bercakap tentang "Perlembagaan", ada student tak faham apa itu "Perlembagaan".

Kalau soalan tentang Nasionalisme, ada juga yang tak faham konsep nasionalisme. So, fahamkan kata kunci dalam sesuatu topik.

6⃣ ULANGKAJI DENGAN BIJAK

Jangan hafal balik 1 chapter yang korang dah belajar. No! Itu bukan ulangkaji, itu namanya belajar balik. End up, korang akan rasa letih nak hafal balik. So macam mana nak ulangkaji sejarah? 🤷‍♀

Refer nota/buku rujukan
Fahamkan balik mind map
Identify benda yang kita belum hafal
Buat latihan bab tersebut
Fahamkan kata kunci

7⃣ BUAT QNA DENGAN DIRI SENDIRI

Tulis semua soalan berkaitan topik yang kita belajar tu sebanyak mungkin. Kemudian melalui soalan² tu, kita akan buat QNA dengan diri sendiri untuk tengok berapa tepat kita jawab soalan² tersebut.

Buat QNA ni adalah salah satu cara untuk apply teknik Active Recall. 📞

8⃣ BANYAKKAN MENDENGAR 🦻

Salah satu cara untuk ingat apa yang kita belajar adalah dengan mendengar. Banyakkan mendengar penjelasan berkenaan topik dalam Buku teks kat YouTube. 🧠

Convert video kat YouTube dalam bentuk audio dan dengar bila mana kita malas nak baca buku. 👀

9⃣ SPEND 30 MINIT SETIAP HARI

30 minit sebelum tidur, hafal dan fahamkan cerita²/fakta dalam buku teks. 30 minit je weh sebelum tidur. Serius berkesan. Lepastu, bila bangun tidur, bukak balik benda yang kita dah hafal semalam dan hafal balik! 🙊

🔟 TAHU TEKNIK MENJAWAB

Pastikan bila jawab, ikut teknik yang betul. Contohnya:

Bila nak jawab soalan struktur, pastikan ada isi + huraian + contoh + kesan 💯
#TIPS study and memorize something by @StudyTimeFirst

1. Pastikan awak highlight semua point² penting

2. Jangan study last minit sangat sebab nak kena study tu 3 form

3. Sehari just focus on one subjct , contohnya kalau hari ni awak nak study sains , pastikan awal start dari sains form 1 dulu , then baru pergi ke form seterusnya

4. Isi² penting mmg kena hafal , and once you hafal , believe me , you'll remember it until the end as me

5. Bila dah hafal tu takkan la taknak sebut balik kan ? 😏 , So , time yang paling sesuai utk awak sebut balik apa yg awak dh hafal ialah time sebelum tidur , awak sebut balik apa yg awak hafal start dari form 1 sebut setiap bab apa yg awak tahu , kalau ada yg tak ingat bkk buku time tu jugak , and ingatkan balik , seriously cara ni kan berkesan , mmg saya pun guna cara ni then benda yg saya hafal tu , saya bole igt bertahun-tahun sampai sekarg alhamdulillah

Tu je la rasanya , and pastikan awak komited dalam menghafal tu 😉 . Insya Allah akan dimudahkan urusan awak