klibf.my [PBAKL]
5.98K subscribers
2.25K photos
52 videos
2 files
419 links
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026
29 Mei - 7 Jun 2026 @ WTCKL
Download Telegram
Cuti Sekolah + Cuti Raya + Pesta Buku Terbesar Malaysia = Kombo SEMPURNA!

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026 kali ke-43 akan berlangsung dari 29 Mei hingga 7 Jun 2026 di WTCKL. Bertemakan Malaysia Membaca; Merayakan Buku, kami ada lebih 1000 reruai untuk anda kunjungi!

Antara yang menarik di PBAKL 2026;
1) Negara Fokus: Arab Saudi
2) Negeri Tamu: Pahang
3) Kementerian/Jabatan Tamu:
- Kementerian Pendidikan
- Kementerian Perpaduan Negara
- Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
4) Persidangan Antarabangsa: ASIAN Rights Fair (ARF)
5) Galeri Buku Kegemaran Pemimpin MADANI
6) Festival Sastera Kanak-kanak @ PBAKL 2026
7) Festival Kata @ PBAKL 2026
8) MIFLA Junior (Perhimpunan Pengawas Perpustakaan Sekolah)
9) 3 pentas aktiviti:
- Pentas Utama
- Dewan Merdeka
- Dewan Tun Razak 3

-------------------

Simpan tarikh ini & tag kawan yang wajib ikut! 👇

29 Mei - 7 Jun 2026
10 pagi - 10 malam
Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL)

Jumpa anda di PBAKL 2026!

#malaysiamembaca #merayakanbuku #pbakl2026 #klibf2026
17👍1
Kalau sebut tentang dunia buku di Malaysia, ada beberapa karya yang bukan sahaja popular, malah menjadi kegemaran ramai pembaca dari pelbagai generasi. Daripada novel klasik hinggalah karya moden, buku-buku ini berjaya meninggalkan kesan yang mendalam kepada pembacanya.

Antara karya yang paling dikenali ialah Salina karya Sasterawan Negara Datuk Dr. A. Samad Said. Novel ini sering dianggap antara karya sastera Melayu teragung kerana penceritaannya yang kuat tentang kehidupan masyarakat selepas perang.

Seterusnya, Muhammad oleh Martin Lings telah mencetuskan fenomena sebagai satu bahan bacaan bagi pembaca menghayati sirah Nabi Muhammad SAW dengan lebih mendalam.

Bagi penggemar karya bergenre cinta pula, Tenggelamnya Kapal van der Wijck tulisan HAMKA cukup dekat di hati pembaca kerana mesejnya yang menyentuh tentang cinta dan kehidupan.

Tidak dilupakan juga karya malar hijau Siri Sunan oleh Ramlee Awang Murshid yang membawa pembaca menyelami dunia kepahlawanan Melayu dan Islam.

Akhir sekali, karya-karya sejarah dan geopolitik oleh Ayman Rashdan Wong yang popular dalam kalangan pembaca buku sejarah moden.

Setiap buku ini mempunyai kekuatan tersendiri. Ada yang menyentuh sejarah, ada yang memaparkan realiti kehidupan, dan ada juga yang membuat pembaca hanyut dalam kisah cinta yang mendalam.

Jika anda seorang peminat buku, genre yang mana satu menjadi pilihan anda?

#malaysiamembaca #merayakanbuku #pbakl2026 #klibf2026
👍3
4
Membaca bukan sekadar mengisi masa, membuang masa, atau hanya milik orang yang kaya dengan masa.

Membaca adalah kemestian agar "akal akar berpulas tak patah".

Peribahasa ini mampu menjadi sebab membaca adalah suatu proses memandaikan diri agar tidak mudah terpengaruh atau terpedaya dengan hal yang bersifat seperti lalang.

Melalui proses pembacaan, akal kita dilatih untuk menjadi lebih tajam, memahami sudut pandang yang berbeza melalui interpretasi peribadi dan selebihnya, ia boleh bersifat hiburan.

Membaca tidak bermakna menerima sesuatu dengan bulat-bulat. Tetapi menjentik fikiran untuk membuahkan cara fikir yang lebih bermakna.

Justeru itu, membaca bukan simbol kemewahan, tetapi membentuk perspektif dunia yang lebih luas.

Dapatkan perspektif baharu di PBAKL 2026. Jumpa anda di sana!

#malaysiamembaca #merayakanbuku #pbakl2026 #klibf2026
1
Nak beli buku baru tapi takut tak kena dengan selera? Kulit buku cantik tapi apabila baca, rasa teruja bertukar hampa?

PBAKL 2026 semakin hampir. Jadi, mari lakukan beberapa langkah mudah sebelum anda membeli buku.

Pertama, selidik genre buku tersebut. Setiap pembaca mempunyai selera yang berbeza-beza. Ada yang suka cerita cinta, ada pula minat terhadap kisah misteri dan thriller. Jangan terburu-buru, semak dulu sebelum anda beli dan baca.

Kedua, baca blurb terlebih dahulu. Blurb di belakang buku biasanya memberi gambaran ringkas tentang jalan cerita, konflik dan watak utama sesebuah buku. Kadang-kadang, hanya dengan sebaris ayat di blurb sahaja sudah mampu memikat jiwa pembaca dengan keindahan bahasa penulisnya.

Ketiga, selak beberapa halaman pertama bacaan percuma (jika ada) yang disediakan oleh penerbit . Kadang-kadang gaya penulisan penulis memainkan peranan besar untuk menambat hati pembaca. Jika dari awal lagi anda tertarik dan seronok membaca, kemungkinan besar buku itu sesuai untuk anda.

Selain itu, anda juga boleh membaca ulasan-ulasan daripada para pembaca lain. Pendapat pembaca boleh memberi gambaran tentang kekuatan dan keunikan buku tersebut.

Dan yang terakhir dan paling utama, belilah buku mengikut cita rasa anda sendiri. Jangan beli buku hanya kerana ia popular atau tular di media sosial. Buku yang terbaik adalah buku yang benar-benar membuatkan anda jatuh cinta dengan penulisannya!

Ingat, buku yang tepat bukan sekadar dibeli tetapi dibaca sampai ke titik yang terakhir.

#malaysiamembaca #merayakanbuku #pbakl2026 #klibf2026
👍1
Kembali kepada fitrah, kembali kepada cerita yang membentuk kita.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.

Kita jumpa di PBAKL nanti.

#malaysiamembaca #merayakanbuku #pbakl2026 #klibf2026
Raya-raya pun, dah namanya ulat buku, mesti cari masa dan 'port' nak baca buku juga, kan?

Ada ke yang sempat baca buku? Sementara tunggu ahli keluarga bersiap, dalam perjalanan ke rumah saudara atau ketika orang lain memilih untuk menonton tivi, pilihan anda tetaplah buku yang lebih memberi kepuasan pada diri.

Nak tak kongsikan buku apa yang anda sedang baca tu? Atau mungkin ada yang dapat hadiah buku sebagai ganti duit raya? Cuba komen sikit!

#malaysiamembaca #merayakanbuku #pbakl2026 #klibf2026
3
1
Pernah tak, apabila anda selesai membaca sesebuah buku, anda merasakan seolah-olah anda hidup dalam cerita itu? Anda kenal setiap watak, faham setiap keputusan mereka, malah kadang-kadang terasa seperti kehilangan apabila cerita itu berakhir.

Kemudian, apabila cerita yang sama diadaptasi menjadi drama, ada satu rasa yang sukar dijelaskan dengan kata-kata pun hadir dalam jiwa. Bukan kerana cerita itu sudah tidak lagi menarik, tetapi kerana pengalaman menghayati cerita itu sudah tidak lagi sama. Watak yang anda bayangkan dalam kepala kini sudah berbeza, suasana yang anda bina dalam imaginasi terasa berubah, dan emosi yang pernah begitu dekat kini terasa sedikit jauh.

Membaca bukan sekadar melihat jalan cerita. Membaca adalah proses merasai, membayangkan, dan menghubungkan diri dengan setiap detik yang dilalui oleh watak. Anda diberi ruang untuk berhenti, menghayati, dan memahami situasi dengan lebih peribadi, sesuatu yang tidak selalu dapat diterjemahkan sepenuhnya di layar.

Namun begitu, setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk menghayati sesebuah cerita. Ada yang lebih terkesan melalui visual, dan ada yang lebih dekat melalui bait-bait aksara.

Jadi, bagaimana dengan anda?
Adakah membaca buku memberikan anda rasa yang lebih mendalam, atau menonton adaptasi drama sudah cukup untuk menyentuh emosi?

#malaysiamembaca #merayakanbuku #pbakl2026 #klibf2026
7
8
Peraduan Bergambar & Menang wang tunai RM5,000 (RM250 x 20 pemenang)
#PBAKLMerayakanBuku

1) Muat naik gambar bertemakan #MerayakanBuku di akaun Instagram anda.

2) Follow dan tag akaun instagram @klibf.my pada gambar dengan caption yang menarik. Letakkan hashtag #MalaysiaMembaca
dan #PBAKLMerayakanBuku

3) 20 pemenang akan dipilih berdasarkan gambar yang paling kreatif dan menarik!

4) Tarikh tutup penyertaan adalah pada 18 Mei 2026. Rujuk terma & syarat penyertaan di www.klibf.my


#PBAKL2026
6
Festival Kata @ PBAKL 2026! Acara yang julung kali diadakan ini akan berlangsung pada 4 hingga 7 Jun 2026 dan menghimpunkan para penulis dalam dan luar negara dalam meraikan kemeriahan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026.

Ia menghadirkan wacana tentang pengkaryaan dan pemikiran, dalam pelbagai tajuk yang mengujakan. Jika anda berminat untuk menjadi peserta bagi acara ini, boleh scan kod QR pada poster dan daftar SEGERA! Tempat adalah TERHAD!

#PBAKL2026
1