KALENDAR AKADEMIK PERSEKOLAHAN BERMULA JANUARI PADA 2026
Perubahan semula kalendar akademik persekolahan perlu mematuhi Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penggal, Hari dan Cuti Sekolah) 1998 (Pindaan) 2021 yang menetapkan bahawa jumlah hari persekolahan dalam kalendar akademik hendaklah tidak kurang daripada 190 hari.
Di samping itu, faktor ekonomi setempat dan banjir pada hujung tahun, selain tidak mengganggu jadual peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) turut perlu diambil kira.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berharap dengan pengumuman ini, perancangan cuti, kewangan dan ekonomi dapat dibuat mulai sekarang bagi memastikan kesejahteraan semua pihak.
#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#KaramahInsaniah

Sorotan Mingguan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah pengisian baru di laman media sosial rasmi KPM. Ia memaparkan berita-berita utama KPM yang menjadi perhatian media sepanjang minggu.
#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#KaramahInsaniah
#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#KaramahInsaniah
Mengambil kira situasi terkini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membenarkan semula pelaksanaan aktiviti luar dengan memastikan penjagaan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid, guru serta anggota kumpulan pelaksana semasa berhadapan dengan fenomena cuaca panas terjamin.
Kebenaran ini adalah berpandukan Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Luar Institusi Pendidikan Bawah KPM Semasa Cuaca Panas. Surat siaran dan garis panduan berkenaan perkara ini boleh dimuat turun melalui pautan di bawah:
https://www.moe.gov.my/pemberitahuan/pengumuman/surat-siaran-kpm-bil-3-tahun-2023-garis-panduan-pelaksanaan-aktiviti-luar-institusi-pendidikan-bawah-kpm-semasa-cuaca-panas

PNGK Nasional STPM 2022 yang menjadi alat ukur asas kepada pencapaian calon STPM secara keseluruhan telah meningkat berbanding tahun lepas, iaitu 2.82 berbanding 2.79 pada tahun 2021.
Pelajar kategori B40 merupakan majoriti calon yang menduduki STPM 2022 iaitu sebanyak 89.72% atau 37,414 daripada 41,701 calon. Dimaklumkan juga bahawa daripada 1,184 calon yang mendapat PNGK 4.00, 1,009 calon atau 85.22% daripadanya adalah dari kategori B40.
STPM adalah peperiksaan yang berprestij, telah diiktiraf oleh Cambridge Assessment International Education, UK setara dengan GCE Advanced Level kelolaan mereka. Bermakna kita tidak perlu menduduki A-Level untuk keluar negara kerana STPM juga diiktiraf oleh universiti luar negara. Peluang lepasan STPM bukan sahaja ke IPT di dalam negara, malahan juga ke seluruh dunia.
KPM juga sedang meneliti kelonggaran syarat rayuan kemasukan ke Tingkatan Enam dengan memberi autonomi kepada pengetua kolej untuk memberikan tawaran terus kepada pelajar jika masih ada kekosongan tempat.
Kita juga akan melaksanakan penjenamaan semula Kolej Tingkatan Enam dengan nama baru Kolej Pra Universiti KPM. Istilah - istilah juga akan berubah dari murid kepada pelajar, guru kepada pensyarah, pengetua kepada pengarah dan guru penolong kanan kepada timbalan pengarah.
Kita juga sedang teliti instrumen dan rubrik penilaian bagi guru cemerlang Tingkatan Enam dengan mewujudkan laluan khas untuk meningkatkan bilangan guru cemerlang tingkatan enam bagi menaikkan kualiti professionalisme guru akademik dalam pendidikan Tingkatan Enam.
#7TerasKPM
#KaramahInsaniah
#MalaysiaMADANI
🌐 Fadhlina Sidek

Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
𝐅𝐎𝐊𝐔𝐒 𝐊𝐏𝐌: 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓𝐀𝐍 𝟔 [𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏]
Sempena pengumuman keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Fokus KPM akan mengupas mengenai Pendidikan Tingkatan 6 dalam beberapa siri.
Pendidikan Tingkatan 6 adalah salah satu laluan lepasan menengah yang disediakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), selain program matrikulasi dan pendidikan guru.
Pendidikan Tingkatan 6 memberi peluang yang luas kepada murid lepasan menengah untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Program yang ditawarkan adalah berkualiti tinggi dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Pelajar lepasan STPM mempunyai peluang untuk melanjutkan pengajian di dalam dan luar negara. Sijil STPM diiktiraf di lebih 50 buah negara dan oleh universiti-universiti terkemuka seperti National University of Singapore, Queen's University dan University College Dublin.
KPM sentiasa berusaha untuk menambah baik Pendidikan Tingkatan 6 selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri untuk memberi peluang pendidikan terbaik untuk semua murid tanpa mengira kaum atau status.
Pada waktu ini Pendidikan Tingkatan 6 ditawarkan di 643 buah Pusat Tingkatan 6 di seluruh negara. KPM akan terus berusaha untuk memberi akses pendidikan terbaik kepada semua.

INFO KPM: Program Gotong-Royong Madani Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2023 sedang berlangsung dari Julai-September 2023 yang melibatkan lebih 10,000 buah sekolah di seluruh negara.
Pelaksanaan program ini adalah berdasar kepada peruntukan RM20 juta yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu pembentangan Belanjawan 2023.
Semoga program yang sedang dilaksanakan di semua sekolah KPM seluruh negara ini dapat meningkatkan tahap kebersihan, keceriaan dan keselamatan sekolah, mengeratkan kerjasama antara sekolah dan komuniti dan memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat.
KPM menggalas tanggungjawab memupuk nilai murni dalam kalangan murid seperti semangat bekerjasama, bertolak ansur dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Nilai-nilai murni ini diterjemahkan menerusi program gotong-royong yang sedang berjalan.
Peranan sekolah tidak terbatas kepada pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam bilik darjah sahaja. Sekolah juga punya peranan penting sebagai sebuah institusi sosial yang membangunkan modal insan untuk merealisasikan hasrat Malaysia MADANI yang mapan.

INFO KPM: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuka peluang kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak menerima tawaran ke Tingkatan Enam untuk membuat permohonan rayuan melalui autonomi pengetua mulai 7 hingga 17 Ogos 2023.
Permohonan rayuan kemasukan ke Tingkatan Enam boleh dibuat di semua Pusat Tingkatan Enam KPM.
Keputusan rayuan akan dimaklumkan pada 18 Ogos 2023 melalui Pusat Tingkatan Enam yang dimohon.
Murid yang berjaya dan ditawarkan ke Tingkatan Enam perlu melapor diri pada 20 Ogos 2023 bagi negeri kumpulan A dan 21 Ogos 2023 bagi negeri kumpulan B.

INFO KPM: Maklum balas berhubung kurikulum persekolahan yang sedang dilaksanakan di semua sekolah KPM termasuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).
Modul Bimbingan (MOBIM) boleh diakses melalui pautan https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/mobim/home
Tinjauan Pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027 secara dalam talian mulai 25 Ogos sehingga 15 September 2023 melalui pautan https://bit.ly/KurikulumKita2027
#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#KaramahInsaniah
Modul Bimbingan (MOBIM) boleh diakses melalui pautan https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/mobim/home
Tinjauan Pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027 secara dalam talian mulai 25 Ogos sehingga 15 September 2023 melalui pautan https://bit.ly/KurikulumKita2027
#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#KaramahInsaniah
Kalendar Akademik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Sesi 2024/2025 akan bermula pada 10 Mac 2024 hingga 15 Februari 2025 bagi sekolah-sekolah di negeri Kumpulan A dan 11 Mac 2024 hingga 16 Februari 2025 bagi sekolah-sekolah di negeri Kumpulan B.
#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#KaramahInsaniah
#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#KaramahInsaniah
Penyaluran baucar buku kepada murid/pelajar di institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah bermula.
Log masuk aplikasi DELIMa untuk mendaftar masuk ke akaun Kota Buku Digital. Kredit akan dipaparkan di akaun masing-masing dan anda boleh memilih judul buku yang pelbagai.
Gunakan peluang ini untuk tingkatkan ilmu menerusi pembacaan buku yang berkualiti.
#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#PendidikanManusiawi

Saksikan secara langsung Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM 2023 dan Majlis Anugerah Pelajar Terbaik Peringkat Kebangsaan STPM dan MUET 2023 di saluran Facebook rasmi dan Youtube EduwebTV KPM pada Selasa, 23 Julai 2024.
#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#PendidikanManusiawi
#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#PendidikanManusiawi
MAKLUMAT PENGELUARAN KEPUTUSAN STPM TAHUN 2023 DAN PANDUAN KEPADA CALON UNTUK MENYEMAK KEPUTUSAN
Keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi tahun 2023 akan dikeluarkan pada Isnin, 23 Julai 2024, mulai jam 11.30 pagi.
Semua calon boleh menyemak keputusan STPM masing-masing dengan mudah dan pantas secara dalam talian, melalui sistem pesanan ringkas (SMS) atau merujuk kepada pihak sekolah.
Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada semua calon peperiksaan STPM Tahun 2023.
Semakan dalam talian:
http://stpm.mpm.edu.my/stpmK.
Semakan melalui SMS:
STPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran & hantar ke 15888

Tahniah diucapkan kepada semua calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2023.
Semoga terus cemerlang. Selamat maju jaya.