Raggie Jessy Rithaudeen
15.7K subscribers
3.94K photos
376 videos
40 files
11.5K links
Walking in truth, championing justice
Download Telegram
USAH JAJA 'PERJUANGAN PENYATUAN MELAYU' LAGI, BETULKAN RUMAH SENDIRI DULU

Mesej saya kepada pembangkang dan puak-puak "yang sewaktu dengannya": Hentikan laungan "penyatuan Melayu," dah tak masuk akal.

Melayu dah lama ingin bersatu. Yang tak boleh bersatu ialah pemimpin-pemimpin pembangkang dan persekitaran mereka - semuanya jelas memiliki kepentingan politik, sehingga wujud pelbagai puak 'fotostat' yang perjuangkan benda yang sama.

Lihat sahaja PN - satu gabungan, 2 parti bertunjangkan kepimpinan Melayu-Islam, kedua-duanya perjuangkan benda sama - "Agama, Bangsa dan Negara." Kemudian dilaung-laungkannya "Melayu perlu bersatu!"

Masuk akal?

Lihat juga NGO-NGO dan parti-parti lain yang mesra PN - Berjasa, Proklamasi Melayu, Pejuang, Kimma, Perkasa, macam-macam lagi - belasan puak, semuanya berteraskan perjuangan "Agama, Bangsa dan Negara," semuanya laungkan "Melayu perlu bersatu!"

Masuk akal?

Dah setahun lebih saya nasihatkan, berhenti perdaya ummah. Puak-puak inilah yang perlu bersatu dulu, tak usah uja orang Melayu yang dah lama teringin bersatu dengan macam-macam seruan tak masuk akal - "bangkit" la, entah apa lagi...

Cuba buat perhimpunan "bangkit." Saya cabar. Saya jamin tak akan kumpul lebih 2-3 ribu, malah 2-3 ribu itu pun musykil.

Melayu dah lama bangkit. Yang belum bangkit adalah korang ini, termasuk kepimpinan Bersatu dan PAS.

Kalau tiada politik kepentingan, masakan akan ada satu gabungan bernama PN dengan dua parti berteraskan perjuangan "Agama, Bangsa dan Negara." Itu pun dah retak, tunggu masa nak belah. Dimintanya Melayu bersatu, tapi persekitaran depa sendiri duk bertaburan.

Lihat BN - Satu gabungan, satu parti Melayu. Tak usah bincang hal politik lain, lihat kat situ pun dah cukup. Boleh lawan? Boleh PAS dan Bersatu bergabung?

Kalau tak boleh, sudah. Tak payah duk cerita penyatuan lagi.

Betulkan rumah tu dulu, dah penat saya nasihatkan. Usah perdaya ummah lagi.

Kalau tak boleh, sudah. Tak payah duk cerita bukan-bukan lagi.

Tak payah duk cerita UMNO bersama DAP - PAS pernah bersama DAP untuk tujuan politik, begitu juga Bersatu. Malah Tun Mahathir yang amat saya hormati sendiri pernah hadir di perhimpunan bersama DAP, sambil isytihar, "DAP sudah berubah."

Adakah persepsi saya terhadap Tun berubah disebabkan pendirian ini? Tidak. Walaupun saya bukan penyokong DAP, saya bukan budak-budak untuk menilai kepimpinan Tun berdasarkan benda-benda sebegini.

Betulkan rumah tu dulu, PN bukan masalah saya lagi. Saya tolak PN dan tidak memihak sesiapa selagi hipokrisi ini berterusan, selagi kepimpinan kekal sama.

Dan jika saya makin selesa dengan perjuangan terkini UMNO, saya mungkin pertimbang kembali menggunakan landasan Pro-UMNO untuk perjuangkan kebenaran... Masa akan tentukan.

RJ Rithaudeen

https://www.facebook.com/share/p/15bqoEickz/
"DAP kawal kerajaan" ni propaganda orang bodo' - dah beribu kali saya dedah ianya cerita rekaan. Sejak 2023 lagi. Kalau masih ada akai, fikir..

(Teruskan baca... ada kejutan di hujung)

Jika BN tiba-tiba bersekutu dengan PN, Sarawak akan ikut BN. Bila Sarawak ikut BN, Sabah akan ikut Sarawak (kerana borneo hendak 1 per tiga kerusi Dewan). Jadi, kerajaan akan tumbang.

(Namun, perkara ini tidak akan berlaku, kerana Zahid tidak sekali-kali akan berdamping dengan PN bawah kepimpinan Muhyiddin dan Hadi.)

Pokoknya, mana-mana parti yang ingin duduk dalam kerajaan perlu 'restu' BN.

Dan yang kawal BN ialah Zahid, dan Zahid pula bergantung pada MKT UMNO.

Jadi, Zahid adalah penentu menjelang PRU16, dan UMNO adalah endgame - melangkaui PRU16.

Maka, dakwaan kononnya "DAP mengawal kerajaan" ni bukan hanya mengarut, ianya kisah "orang bodo' cuba lembukan orang bodo'."

Ianya tidak lebih dari propaganda politik untuk kekalkan sokongan puak berkepentingan agar tidak terhakis.

Memang, ada insiden-insiden berkait pemimpin DAP yang menjadi isu, malah ada dakwaan wujud elemen 'berat sebelah' yang memihak kepada pemimpin ini, tetapi itu perbincangan lain.

Sekalipun kehendak DAP dapat perhatian PKR dan UMNO, saya percaya ianya disebabkan PH (dan juga UMNO, yang memerlukan sokongan Cina) sedang cuba jaga hati pengundi bukan Melayu dengan menjaga hati DAP.

Apa pun, semua dalam blok kerajaan perlu jaga hati Zahid, sebab itu tidak ada sesiapa dapat halang Dr Akmal perjuangkan Agama dan Bangsa.
Bukan nak perkecilkan atau menjulang nama sesiapa, ini fakta.

Propaganda bodo' kononnya "DAP kawal kerajaan" ini turut dimainkan ketika Tun M menjadi PM.

Ada di antara puak-puak yang memainkannya pada ketika itu masih memainkannya hari ini.

Mereka berjaya perbodo'kan semua dulu dan terus perbodo'kan mereka yang sanggup diperbodo'kan hari ini.

Pada zaman PH 1.0, ada di kalangan penyokong Tun yang kini bersama PN bermati-matian pertahankan DAP dan menyerang PAS. Mereka mendakwa "mustahil DAP mengawal Tun."

Namun hari ini, mereka jugalah yang mengutuk DAP dan 'memuja' PAS, dan ada di antara mereka terbawa-bawa dengan retorika kononnya "DAP kawal kerajaan."

Nampak?

Memang saya tahu DAP tidak kawal Tun pada zaman PH 1.0. (rujuk live saya awal pagi tadi, skrol ke bawah), dan memang saya tahu dari awal lagi DAP tidak kawal kerajaan hari ini.

Yang kawal kerajaan ialah PKR dan UMNO, dan jika DAP terlanjur teramat sangat, saya perhati Dr Akmal dan Puad Zarkashi tidak teragak-agak pertahankan pendirian UMNO.

Saya tak minta sesiapa sokong mana-mana parti atau mana-mana pemimpin. Itu hak masing-masing. Saya sendiri duduk bebas dan kekal menghormati Tun M.

Namun, saya minta anda semua berpaksi pada kebenaran dan jangan sentiasa dilembukan dengan propaganda bodo', yang kini dimainkan di persekitaran pembangkang.

Sebelum nak betulkan pihak sana, betulkan dulu halaman rumah sendiri.

Penutup:

Selain Tun M, saya juga menghormati TS Annuar Musa. Annuar Musa ini baik orangnya.

Namun, anda perlu sedar, bahawa orang pertama yang canang perlunya UMNO terbuka kepada kemungkinan kerjasama dengan DAP (selepas PRU14) lain tak bukan Annuar Musa sendiri (yang kini bersama PAS).

Pada 10 Ogos 2018, The Malaysian Insight menulis:

UMNO bersedia menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti, termasuk DAP, kata Setiausaha Agung Annuar Musa, sambil menambah parti Melayu itu tidak boleh lagi tegar dalam Malaysia Baru.

“Kita (Umno) ingin terbuka kepada sebarang pilihan. Formula lama gabungan Barisan Nasional (BN) sudah ketinggalam zaman.

“Kita perlu berbuat demikian dan bersedia menjadi pragmatik. Kita mahu melibatkan diri dengan banyak parti politik dan organisasi lain, termasuklah empat parti politik dalam kerajaan,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Annuar merujuk kepada Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada PKR, DAP, Amanah dan Bersatu.

RJ Rithaudeen

Rujuk: https://www.facebook.com/share/p/12JyZRJkBbY/
PRK Ayer Kuning: Zahid tolak kerjasama UMNO-PN di Perak, sekaligus 'matikan' salah satu strategi Kempen PN

https://www.facebook.com/share/v/1F2ckRJxG7/
(Baca di sini, rujuk juga penjelasan saya dalam live di atas)

Zahid secara terbuka menolak hasrat PN untuk bergabung dengan UMNO bagi membentuk kerajaan Perak dan menyifatkannya sebagai "mimpi di siang hari."

Hasrat itu antara penekanan utama jentera PN ketika berkempen di Ayer Kuning, dengan harapan pengundi Melayu-Islam teruja dan mengundi calon PN bagi menghantar 'signal' kepada UMNO, bahawa mereka menolak kerjasama UMNO-DAP.

Zahid mendakwa PN melontarkan cadangan itu kerana gabungan itu mungkin menyedari mereka telah kehilangan sokongan di Ayer Kuning.

Apa pun, kenyataan Zahid menghantar mesej jelas kepada pengundi, bahawa biar siapa pun menang, kerajaan Perak tidak akan berubah dan akan terus mengekalkan formula kerjasama yang ada.

Ini sekaligus menangkis mesej halus jentera PN kepada pengundi, bahawa jika BN kalah, UMNO mungkin tertekan dan mempertimbangkan untuk bekerjasama dengan PN.

Saya dah beritahu dari awal lagi - mesej PN yang tidak berpaut kepastian ini berisiko makan diri, dan kenyataan terbaru Zahid dijangka memberi kesan besar pada sikap pengundi Melayu-Islam di Ayer Kuning.

Kita sama-sama lihat keputusannya.

RJ Rithaudeen

https://www.facebook.com/share/p/1Fnjdhao8A/
PRK AYER KUNING: JANGAN JADI 'SORE LOSER' DAN BUAT SPIN BODO', TERIMA SAHAJA HAKIKAT - BN MENANG BERGAYA

Oleh kerana tidak boleh terima hakikat, ada ‘pakar’ FB yang dakwa kononnya “BN-PH menunjukan perosotan berbanding 2022.”

Eh, kenaapa tiba-tiba longgok BN bersama PH tanpa banding undi BN dulu.

Inilah perangai “sore loser.” Kalau saya, bila ramalan saya silap sebelum ini, saya mengaku, bukannya spin.

Cara sebetulnya ialah lihat dulu prestasi setiap satu gabungan berbanding 2022, BARULAH LONGGOK SANA SINI IKUT SUKA HATI AWAK.

Sesiapa yang ada akal boleh nampak dengan jelas BN menunjukkan peningkatan ketara, manakala ramai penyokong PH tidak pulang mengundi (sebab ramai pengundi muda Cina bekerja di bandar-bandar besar).

Cina yang keluar mengundi kebanyakkannya penduduk setempat dan samada memilih BN atau PSM, bukan PN.

Analisa penuh saya pada 2.30 pagi nanti, live.

RJ Rithaudeen

https://www.facebook.com/share/p/192yDUVL4M/
ANALISA KASAR PRK AYER KUNING:Terang lagi bersuluh berlaku peralihan undi Melayu-Islam dari PN ke UMNO di banyak PDM - PAS hilang sokongan

https://www.facebook.com/share/v/1BD7DSTGKW/
PRK AYER KUNING: PN HILANG SOKONGAN MELAYU KEPADA UMNO DI BANYAK PDM

Berikut merupakan anggaran kasar berdasarkan beberapa pemerhatian saya (Rujuk juga live di bawah):

1. Seramai 4,944 pengundi berdaftar yang mengundi pada Pilihan Raya Ayer Kuning 2022 tidak hadir untuk mengundi kali ini.

2. Manakala itu, 753 pengundi yang memangkah PAS pada Pilihan Raya Ayer Kuning 2022 tidak mengundi PAS kali ini.

3. Sebahagian daripada jumlah ini beralih mengundi calon UMNO.

4. Selebihnya (daripada 753 di atas) tidak hadir untuk mengundi.

5. Ini menjelaskan sebab PAS kehilangan hampir semua PDM yang sebelum ini menjadi ‘kubu kuat’ PAS.

6. Mungkin juga wujud penyokong UMNO yang tidak keluar mengundi.

7. Namun, jumlahnya kecil, memandangkan PAS hilang hampir semua PDM yang dipegangnya dulu.

8. Menerusi anggaran kasar (setelah mempertimbangkan kesemua faktor di atas), saya percaya UMNO memperolehi antara 2,500 hingga 2,600 undi Cina.

9. Penentuan yang jitu hanya boleh dibuat setelah kita memperolehi data terperinci daripada SPR, merangkumi pecahan pengundi yang keluar mengundi ikut bangsa.

RJ RITHAUDEEN

Rujuk: https://www.facebook.com/share/p/18iju2cXM7/
SUKA tak SUKA tu cerita lain, tapi tajuk di bawah berupa fakta.

Dari awal lagi saya duk geleng kepala bila isu babi ni mula-mula dimainkan PAS.

Tapi saya diam. Saya cuma beri bayangan sikit dalam satu live bahawa isu ini bakal makan diri.

Saya memang berhasrat tunggu selepas PRK untuk ulas, dan saya akan ulas petang ini.

Ada juga saya sentuh sedikit dalam live awal pagi tadi (skrol ke bawah).

Pokoknya, isu ini dikendali dengan cara yang cukup pelik, tidak strategik dan membuang masa, dan menampilkan dengan jelas kegagalan PAS memahami fokus sebenar pengundi dan kumpulan sasaran penting.

Malah, PAS dilihat tidak tahu pun kumpulan mana yang seharusnya menjadi sasaran utama.

Maaf nak kata, strategi PN ke laut...

RJ Rithaudeen

https://www.facebook.com/share/p/1EL6s1LqxJ/
Inilah yang dikatakan "denial syndrome" (sindrom penafian).

Daripada mengucapkan tahniah kepada pihak lawan atau menilai kelemahan sendiri, PAS cuba serlah 'kelemahan' pihak lawan walaupun pihak itulah yang menang PRK.

Itu pun tersasar. PAS dakwa 'kebolehpindahan undi" PH-BN makin susut kerana kegagalan PH-BN capai sasaran 18,000 undi.

Pertama, 18,000 undi tu sekadar sasaran, bukannya ramalan. PAS berpura-pura tak dengar bila pemimpin UMNO mengumumkan bahawa semuanya bergantung pada peratus yang keluar mengundi.

Kedua, PAS sendiri dakwa BN boleh dikalahkan, dan itulah sasaran PAS. Ada tak dengar BN kutuk PAS setakat ini sebab gagal capai sasaran? Mungkin selepas ini ada lah...

Ketiga, apa yang harus jadi fokus ialah pilihan pengundi Cina yang keluar mengundi - hampir 100% memilih BN. Ini menandakan dengan jelas calon PN tidak menjadi pilihan Cina sekalipun Cina ingin protes kerajaan.

Yang tak keluar mengundi pun ada pelbagai sebab, dan salah satu sebabnya mungkin protes terhadap dasar kerajaan yang perlu diberi perhatian serius.

Bagaimana pula dengan tujuh ratus lebih penyokong PAS yang sebahagiannya tidak keluar mengundi dan sebahagian lagi berpindah kepada UMNO sehingga PAS hilang hampir semua PDM yang dipegangnya?

Lebih baik PAS fokus terhadap 'kebolehpindahan' yang membimbangkan ini (yang turut dilihat di Mahkota) daripada mengaburi mata penyokong dengan hujah yang tidak menguntungkan.

Inilah masalahnya dengan PAS. Spin kuat sangat, tak sedar diri. Sampai saya dah tak larat dah, terpaksa berterusan terang...

RJ Rithaudeen

https://www.facebook.com/share/p/164S9nYojm/