Info Emas by RRG
13 subscribers
849 photos
45 videos
1 file
626 links
Working Hours:

Monday to Thursday
8:00 am - 5:00 pm

Postage :
Monday to Thursday

Postage Price :
Semenanjung RM 10
Sabah Sarawak RM 15

Telegram : https://t.me/ChempakaSari

WhatsApp : http://www.wasap.my/601132540015
Download Telegram
Apa itu ASSAYER?

Sekilas Pandang Assayer

Anda boleh Melihat tandatangan beliau di setiap Sijil Pengesahan ( Certificate of Authenticity ) produk syarikat/kilang yg menjadi panel/berdaftar dengan beliau seperti Goldbar perbagai saiz dan berat, Gold Wafer pelbagai saiz dan berat serta Dinar perbagai saiz dan berat.

Apa itu ASSAYER?

Assayer adalah orang yang menguji ketulenan logam berharga. Di Malaysia hanya terdapat beberapa orang sahaja assayer yang bebas.

Siapakah Abdul Shukor Anuar ?

Beliau telah berkecimpung dalam bidang assay ini sejak 1994 - Beliau merupakan seorang Independent Assayer dan Managing Director bagi Kuala Lumpur ASSEY Office Sdn. Bhd. dengan no pendaftaran 598425D.
Beliau adalah badan bebas yang sering menjadi rujukan syarikat emas di Malaysia seperti Public Gold, KTJ Merchant Group Sdn Bhd di mana beliau bersetuju menjadi panel penguji produk syarikat terbabit.

Apa itu FEDMAS?

FEDMAS for Goldsmths & Jewellers
Almost all exporters, major manufacturers and wholesalers in Malaysia are members of FEDMAS assay office whereby they can routinely submit their production batches of gold jewellery to FEDMAS for purity check. It helps to build confidence among major buyers of Malaysian made jewellery to Middle East, Northern America, Europe and South East Asia as well.
Malaysian retailers are also enjoying the benefits of FEDMAS assay offices to randomly check their new purchases from the wholesalers. This will not only strengthen the consumers confidence of buying new gold jewellery but also enable them to sell back or trade-in their old gold jewellery for highest value.

MAA Precious Metals adalah diantara Kilang emas bumiputera yang berdaftar dengan FEDMAS, malah pemilik kilang iaitu Encik Mohd Azrul bin Azmi merupakan salah seorang panel assayer FEDMAS.
Apabila pemilik kilang MAA adalah ahli panel FEDMAS, sudah tentulah assayer untuk sijil pengesahan ( Certificate of Authenticity ) adalah FEDMAS.

Kenapa perlu persijilan dari Assayer/FEDMAS?

Membolehkan Produk emas seperti yang dinyatakan diatas mempunyai sijil perakuan sah yang diiktiraf oleh Penguji Ketulenan (Assayer). Assayer ini berperanan untuk menguji setiap produk emas yang dihasilkan oleh syarikat/kilang yang menjadi panel/berdaftar dengan Assayer tersebut agar menepati piawai yang telah ditetapkan. Setiap produk akan melalui saringan yang ketat dan diuji sebelum disijilkan untuk dijual kepada orang ramai.

Malah banyak kedai kedai emas telah mula berdaftar dengan FEDMAS, bagi menguji ketulenan emas mereka supaya mengelakkan membeli/menjual emas palsu. Kedai kedai emas ini akan ada sijil FEDMAS yg dipamerkan di dalam kedai.

Oleh itu, INSYAALLAH tidak timbul sebarang keraguan bahawa produk dari syarikat/kilang/kedai terbabit tidak tulen atau tidak menepati piawaian terutamanya dari segi mutu,ketulenan emas dan juga berat emas tersebut. Ini kerana, assayer yang dilantik untuk kerja-kerja tersebut berdaftar dengan badan-badan professional yang bertauliah di Malaysia ini.
#ArtikelTerkini

Gold bar terbesar di dunia dengan berat 300 kilogram

https://www.publicgold.my/gold-bar-terbesar-di-dunia/
HARGA EMAS SEKARANG MAHAL. BERBALOI TAK BELI EMAS SEKARANG?

Betul. Harga emas sekarang mahal.

Bahkan dari dulu lagi orang sentiasa cakap "harga emas sekarang mahal".

Tapi harga sekarang lebih murah berbanding beberapa tahun akan datang.

Apa yang penting, kena menabung secara KONSISTEN.

Bagi penyimpan emas Orodesign yang nak menabung secara konsisten, menabunglah ikut BAJET dan ikut gram.

Tetapkan bajet minimum RM100 atau RM400 menabung emas sekecil 0.25g, 0.5g & 1gram supaya harga emas naik ataupun turun, kita terus menabung.

Walaupun tak laju, tabungan kita tetap makin bertambah.

Ingat, kura-kura menang bukan sebab laju, tapi konsisten.

Bila gram emas kita makin banyak, confirm kita lebih kaya, insyaAllah.
KENAPA EMAS TIDAK LAGI MENJADI MATA WANG DUNIA?

Emas tidak lagi menjadi mata wang dunia kerana beberapa faktor sejarah dan ekonomi yang membawa kepada perubahan sistem kewangan global. Berikut adalah penjelasannya:

1. Kemunculan Sistem Wang Kertas

Sejak abad ke-20, negara-negara mula menggantikan emas sebagai medium pertukaran dengan wang kertas (fiat money). Wang kertas ini tidak lagi disandarkan sepenuhnya kepada emas, tetapi berdasarkan kepercayaan kepada ekonomi dan kestabilan negara penerbit.

2. Kehancuran Standard Emas (Gold Standard)

Gold Standard, sistem di mana nilai mata wang diikat kepada emas, mula ditinggalkan secara beransur-ansur. Pada tahun 1971, Presiden AS Richard Nixon menamatkan secara rasmi penukaran dolar kepada emas (dikenali sebagai Nixon Shock). Ini menandakan berakhirnya sistem Bretton Woods, yang telah menyandarkan mata wang dunia kepada dolar AS yang disokong oleh emas.

3. Kekangan dalam Bekalan Emas

Bekalan emas adalah terhad dan tidak dapat bertambah mengikut kadar pertumbuhan ekonomi dunia. Ini menyukarkan perdagangan dan pembangunan ekonomi kerana kekurangan emas akan mengehadkan jumlah wang yang dapat beredar.

4. Kemudahan dan Fleksibiliti Wang Fiat

Wang fiat lebih mudah digunakan dalam sistem kewangan moden kerana ia boleh dicetak mengikut keperluan ekonomi. Kerajaan dan bank pusat boleh melaksanakan dasar monetari seperti mencetak wang atau menurunkan kadar faedah untuk merangsang ekonomi, sesuatu yang mustahil dengan emas.

5. Keperluan dalam Perdagangan Global

Sistem perdagangan global yang semakin kompleks memerlukan mata wang yang lebih fleksibel dan mudah untuk ditukar ganti. Sistem berdasarkan emas sukar untuk memenuhi keperluan perdagangan moden.

6. Dominasi Dolar Amerika

Selepas Perang Dunia II, dolar AS menjadi mata wang rizab dunia utama. Ini memberi Amerika Syarikat kuasa besar dalam sistem kewangan global, menggantikan emas sebagai standard utama.

7. Kos Penyimpanan dan Pengangkutan

Emas sebagai mata wang memerlukan penyimpanan yang selamat dan pengangkutan yang mahal, menjadikannya kurang praktikal berbanding mata wang digital atau wang fiat dalam dunia moden.

๐Ÿ“ŒAdakah Emas Masih Penting?

Walaupun bukan lagi mata wang, emas kekal sebagai aset yang bernilai tinggi. Ia digunakan sebagai:

โœ… Simpanan nilai (store of value) terutama semasa inflasi atau ketidaktentuan ekonomi.
โœ… Sandaran dalam rizab antarabangsa beberapa bank pusat.
โœ… Pelindung risiko (hedge) dalam pelaburan.

Emas tetap memainkan peranan penting sebagai lambang kestabilan dan kekayaan, tetapi dunia moden memerlukan sistem kewangan yang lebih dinamik dan fleksibel.
*5/2/25 HARGA EMAS TERKINI untuk CUSTOMER*

Katalog customer
view.orodesign.biz

Web marketing
https://www.maaorodesign.com/
*DANA SEKOLAH  DAN RAYA*

Saya share sikit cara saya uruskan perbelanjaan raya dan sekolah anak-anak. Dua perbelanjaan ni memang perbelanjaan wajib setiap tahun.

Jadi apa yang saya buat, saya buat dana raya dan sekolah dengan beli emas. Sebab menabung duit saya tak jadi. Mesti bocor. Jadi beli emas saja lah sebagai penyelamat.

Alhamdulillah tak sia sia beli emas. Tahun lepas beli 20gram & 4gram. Beli emas ikut kemampuan masing-masing. Ada sikit beli sikit. Ada banyak beli banyak.

Hari ni kalau nak jual untuk beli barangan sekolah, bayar yuran dan beli kelengkapan raya, saya boleh jual di ORODESIGN dengan harga RM10 ribu lebih untuk 24g ni. Dah macam perbelanjaan untuk golongan T20. Hahaha.

Bawa saja goldbar ni ke branch terdekat dan tunggu duit masuk dalam akaun bank.

Sebenarnya tak harapkan pun harga naik. Yang penting adalah untuk elak duit bocor.

Jadi tahun ni boleh repeat cara yang sama untuk dana raya dan sekolah tahun depan pula๐Ÿ’ช๐Ÿป

Jom menabung 1gram 1bulan

Kredit to : empunya posting
*17/2/25 HARGA EMAS TERKINI untuk CUSTOMER*

Katalog customer
view.orodesign.biz

Web marketing
https://www.maaorodesign.com/
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
GB fake tgh berleluasa skrg ni.. kalu dpt mmg kena potong test asid untuk selamat..
โœ… Sebab-sebab utama
1. โ€œProfit-takingโ€ selepas rally besar
Emas telah naik kuat sebelum ini, jadi ramai pelabur mula โ€œambil untungโ€ (sell) bila nampak kenaikan terlalu pantas. ๏ฟผ
2. Pengukuhan Dolar AS
Emas diniagakan dalam USD, jadi bila Dolar AS naik, ia menyukarkan emas untuk naik (kerana kos relatifnya meningkat bagi pemegang matawang lain). ๏ฟผ
3. Situasi pasaran yang agak โ€œoverboughtโ€ + koreksi teknikal
Pasaran emas berada di paras tinggi dan agak โ€œterlalu panasโ€ โ€” menyebabkan ia mudah terdedah kepada pembetulan. ๏ฟผ
4. Berubahnya jangkaan dasar monetari / kadar faedah
Jika pasaran merasakan bahawa kadar faedah AS mungkin kekal tinggi atau tidak akan diturunkan cepat, maka daya tarikan emas sebagai โ€œsafe-havenโ€ boleh sedikit berkurang. ๏ฟผ
5. Perubahan dalam faktor permintaan luaran seperti ketegangan dagang
Contohnya, bila ada sedikit harapan terhadap pengurangan ketegangan antara AS-China, itu boleh melemahkan dorongan kepada emas sebagai aset perlindungan. ๏ฟผ

โธป

๐Ÿ” Apa maksudnya untuk kita di Malaysia
โ€ข Walaupun turun mendadak, ia boleh jadi koreksi jangka pendek bukan bermakna โ€œemas akan terus jatuhโ€.
โ€ข Jika anda sedang pegang emas sebagai simpanan jangka panjang, mungkin ia bukan masa untuk panik, tetapi elok semak semula sebab anda pegang emas (untuk lindung nilai, untuk spekulasi, atau simpanan jangka panjang).
โ€ข Jika nak beli sekarang, kena ambil kira risiko bahawa harga boleh naik dan turun dengan cepat.
KENAPA EMAS JATUH?

Ramai tertanya-tanya kenapa harga emas jatuh mendadak semalam sedangkan berita global nampak โ€œtenangโ€ dan tiada data besar dari US.

Jawapan sebenarnya datang daripada satu arah lain pasaran crypto.

1. Trump buka laluan baru untuk crypto

Semalam, media melaporkan bahawa Trump melantik โ€œCrypto Czarโ€ (penasihat khas untuk pasaran crypto) dan dijadualkan bertemu penggubal undang-undang untuk mempercepatkan rang undang-undang Crypto Market Structure Bill.

Langkah ini memberi isyarat bahawa pentadbiran Trump mahu menjadikan US lebih mesra crypto, selepas bertahun-tahun dasar ketat di bawah Biden.

Akibatnya, pelabur besar mula alih sebahagian dana dari emas ke Bitcoin untuk โ€œambil posisi awalโ€ sebelum dasar baru diumumkan.

Bila permintaan crypto naik, sebahagian aset selamat lain (termasuk emas) alami tekanan jualan.

2. Kenyataan rasmi dari Federal Reserve

Tak lama selepas itu, Christopher Waller, Gabenor Federal Reserve, berkata:

โ€œBitcoin akan berakhir menjadi sesuatu seperti electronic gold. Itโ€™s a store of value.โ€

Kenyataan ini datang terus dari mulut penggubal dasar tertinggi Amerika satu pengiktirafan besar bahawa Bitcoin kini diiktiraf sebagai aset simpanan nilai, sama seperti emas.

Ini menaikkan keyakinan pelabur terhadap crypto.
Dalam masa yang sama, emas terkesan sementara sebab โ€œsentimen selamatโ€ beralih arah.

Kejatuhan emas semalam bukan kerana faktor negatif, tapi alih tumpuan sementara pelabur global ke arah pasaran crypto selepas dua berita besar ini.

Namun, pasaran emas tetap kekal kukuh dalam jangka panjang kerana:

โ€ข Bitcoin masih terlalu volatile untuk dijadikan aset perlindungan utama.

โ€ข Bank-bank pusat dunia terus membeli emas fizikal, bukan crypto.

โ€ข Bila hype crypto reda, pelabur akan kembali kepada emas.

#GoldUpdate #GoldMarket #BitcoinNews #CryptoMarket #PasaranEmas #GoldCorrection #FedNews
*PERINGATAN* โ€ผ๏ธ

Sebelum ini.. Skim 20/80 guna goldbar pamp suisse.. sekarang dah ada yang guna gb MAA! ๐Ÿ˜ก

Buat pengetahuan semua, skim 20/80 ini pihak MAA tak pernah ajar atau benarkan untuk dealer-dealer ORODESIGN buat.

Ini adalah ajaran sesat untuk manipulasi arrahnu. Bagaimana skim 20/80 ini berfungsi?

Dia iklankan gambar 50g @ 100g
Offer dengan harga 20% dari harga asal. (Contoh seperti gambar di atas)

Jadi pembeli akan bayar harga yg ditawarkan tu.

Tapi emas tu dia suruh pajakkan. Kita tak dapat simpan pun emas tu. Kena letak di arrahnu. Duit 80% hasil pajak tu kena bagi pada dia.

Kita dapat apa? Dapat surat pajak dan kena tggu harga naik utk OL.

Untung kalau naik.. kalau tak naik? kena bayar upah pd arrahnu.. kalau x dpt byr upah.. silap2 emas tu terlelong. Duit x dapat.. emas pun tak dapat.

Jika didapati ada dealer yang promosikan skim ini, akaun anda akan di terminate serta-merta. Dan sekiranya ada yang sudah terlibat dengan skim ini, pihak MAA tidak bertanggungjawab sama sekali dan kerugian adalah atas tanggungan sendiri.

Kenapa pihak MAA memberi amaran keras seperti ini? Kerana pemain-pemain skim ini telah salahgunakan goldbar MAA dan ini akan menyebabkan reputasi MAA terjejas sekiranya ada implikasi buruk yang berlaku akibat skim ini jika ramai yang tanggung rugi.

Jika nak guna arrahnu tak salah tapi jangan guna ilmu yang tak betul yang boleh merugikan.

Sila berhati2 dengan apa sahaja skim yang melibatkan emas @ wang anda. Jangan mudah tertipu.
Soal Jawab Zakat Emas

1) Berapa nilai gram emas yang diwajibkan zakat?
๐Ÿ‘‰๐Ÿป Untuk emas perhiasan wajib dizakat apabila jumlah beratnya melebihi 800 gram (kadar uruf semasa). Untuk emas bukan perhiasan wajib zakat apabila mencapai nisab 85 gram

2) Sekiranya saya mempunyai 86 gram emas simpanan, adakah saya perlu membayar zakat untuk 1 gram lebihan atau bayar emas yang 85 gram?
๐Ÿ‘‰๐Ÿป Wajib zakat ke atas keseluruhan 86 gram emas simpanan

3) Apakah contoh emas perhiasan dan emas bukan perhiasan?
๐Ÿ‘‰๐Ÿป Emas perhiasan = Emas yang digunakan untuk perhiasan badan wanita, perkakasan atau perabot sama ada digunakan sekali-sekala atau berterusan
๐Ÿ‘‰๐Ÿป Emas bukan perhiasan = Mata wang, jongkong, tempa, barang kemas (tidak dipakai melebihi setahun)

4) Jika si suami membeli emas perhiasan dengan niat untuk aset dan dipakai oleh si isteri, apakah jenis zakat emas yang dikenakan ke atas suami?
๐Ÿ‘‰๐Ÿป Zakat emas bukan perhiasan, kerana zakat emas perhiasan tidak dikenakan ke atas lelaki. Jika sekiranya si suami menghadiahkan emas itu kepada si isteri, dan si isteri mempunyai hak pemilikan sempurna keatasnya maka kewajipan zakat emas beralih kepada isteri dan si isteri wajib menunaikan zakat emas perhiasan

5) Isteri saya orang Terengganu, beli emas perhiasan di Terengganu tetapi tinggal di selangor. Adakah perlu ikut uruf Terengganu?
๐Ÿ‘‰๐Ÿป Kiraan uruf dan bayaran zakat adalah di negeri kita menetap. Jika di Selangor, maka tunai zakat di Selangor.

6) Ibu saya banyak emas perhiasan tapi dipegang oleh si A tanpa dipakai. Si A hilang dari radar dan tidak dapat dihubungi. Siapa yang perlu membayar zakat emas tersebut?
๐Ÿ‘‰๐Ÿป Si A wajib bayar zakat. Si ibu hanya bayar zakat atas emas yang ada padanya sahaja. Contoh hukum adalah seperti harta luqotah. Harta yang ditemui di suatu kawasan yang tidak dimiliki, tidak dijaga, dan penemu tidak mengenali pemiliknya. orang yang jumpa harta tu yang perlu membayar zakat.

7) Suami menghadiahkan barang kemas emas kepada isteri yg tak bekerja (barang kemas menjadi hak isteri), siapakah yang perlu membayar zakat emas tersebut. Adakah suami atau isteri?
๐Ÿ‘‰๐Ÿป Isteri wajib membayar zakat emas perhiasan kerana syarat zakat adalah pemilikan sempurna. Jika isteri tidak mempunyai duit untuk membayar, maka suami perlu membayar bagi pihak isteri.

8) Jika saya mempunyai emas dalam bursa gold dinar yang belum ditebus, adakah wajib dizakat?
๐Ÿ‘‰๐Ÿป Selagimana mempunyai pemilikan sempurna (boleh dijual atau ditebus bila-bila masa) maka wajib bayar zakat

9) Zakat emas perlu dibayar sekali seumur hidup atau setahun sekali?
๐Ÿ‘‰๐Ÿป Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah menetapkan bahawa zakat emas perhiasan dan zakat emas bukan perhiasan perlu ditunaikan setiap tahun, kerana salah satu syarat wajib zakat ke atas emas adalah cukup haul (setahun)

10) Untuk pengiraan zakat emas perhiasan & bukan perhiasan, adakah menggunakan harga emas yang sama walaupun emas bukan perhiasan mempunyai ketulenan 22k & 24k?
๐Ÿ‘‰๐Ÿป Bayar harga emas berbeza mengikut ketulenan dengan merujuk di sini: https://www.zakatselangor.com.my/info-terkini-nisab-emas.../

11) Jika ibu telah meninggal dunia, adakah zakat emas si ibu wajib dibayar oleh anak?
๐Ÿ‘‰๐Ÿป Sekiranya si ibu telah meninggal dunia tanpa sempat menunaikan zakat emas, maka anak-anak perlu menunaikan qada zakat emas si ibu sekiranya memenuhi syarat wajib zakat.

12) Si kakak memberi pinjam emas perhiasan kepada adik-adiknya untuk dipakai, siapakah yang perlu membayar zakat emas perhiasan?
๐Ÿ‘‰๐Ÿป Tanggungjawab berzakat adalah kepada si kakak, kerana merupakan pemilik kepada emas tersebut. Si Kakak perlu kira semua emas perhiasan yang dipakai dan diberi pinjam, jika jumlahnya melebihi uruf maka wajib zakat

13) Bagaimana jika saya mengumpul emas simpanan yang cukup nisab tetapi tidak cukup wang untuk bayar zakat emas?
๐Ÿ‘‰๐Ÿป Masih tertakluk kepada syarat wajib zakat kerana cukup nisab. Maka perlu menukar beberapa keping emas simpanan kepada bentuk wang untuk menjelaskan zakat emas simpanan.

Sucikan harta dengan berzakat di:
๐Ÿ“ฒ https://fpx.zakatselangor.com.my
๐—ฃ๐—ผ๐˜๐—ฒ๐—ป๐˜€๐—ถ ๐—ฆ๐—ถ๐—น๐˜ƒ๐—ฒ๐—ฟ โ€” ๐——๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ ๐—œ๐—ป๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฏ๐—ฎ๐—ถ๐—ธ ๐—จ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ฃ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ฏ๐˜‚๐—ฟ ๐—•๐—ถ๐—ท๐—ฎ๐—ธ.

Silver sekali lagi mengejutkan dunia apabila harganya melonjak melepasi USD 60 satu auns, tahap tertinggi dalam sejarah.

Jika sebelum ini tumpuan pelabur sering tertumpu pada emas, 2025 menunjukkan silver juga menunjukkan prestasi yang luar biasa.

Mengapa kenaikan ini berlaku? dan apa maksudnya untuk anda sebagai pelabur logam berharga.

๐Ÿญ. ๐—ฆ๐—ถ๐—น๐˜ƒ๐—ฒ๐—ฟ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฐ๐—ฎ๐—ต ๐—ฅ๐—ฒ๐—ธ๐—ผ๐—ฑ:

$60.9125 Spot, Futures Cecah $61.43

Dalam dagangan awal Rabu, silver mencatatkan kenaikan lebih 100% sepanjang tahun 2025.

Memang awesome!

Beberapa faktor utama mendorong kenaikan ekstrem ini:

1. Permintaan meningkat, bekalan mengetat.

2. Penilaian lebih menarik berbanding emas.

3. Silver diiktiraf sebagai critical mineral oleh kerajaan AS.

4. Pelabur melarikan diri daripada emas yang semakin mahal.

Kombinasi faktor ini meletakkan silver bukan sekadar logam, tetapi aset strategik global.

๐Ÿฎ. ๐—ฃ๐—ผ๐˜๐—ฒ๐—ป๐˜€๐—ถ ๐˜€๐—ถ๐—น๐˜ƒ๐—ฒ๐—ฟ.

Walaupun emas kekal sebagai safe haven tradisional, silver kini menjadi alternatif yang:

โœ” Lebih murah

Harga emas melonjak menjadikan bullion mahal untuk entry-level buyers.

Silver sebaliknya menawarkan entry price lebih rendah, tetapi potential upside lebih besar.

โœ” Lebih banyak kegunaan industri

Silver sangat penting dalam:

โ€ข Panel solar
โ€ข Kenderaan elektrik (EV)
โ€ข Bateri moden
โ€ข Teknologi perubatan

Permintaan industri ini tidak menurun walau ekonomi lemah, menjadikannya lebih stabil berbanding aset lain.

โœ” Scarcity semakin ketara.

Bekalan silver global tidak berkembang secepat permintaan.

Ini mencipta situasi klasik ekonomi:

Permintaan naik + Bekalan ketat = Harga meningkat.

๐Ÿฏ. ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ถ๐—ธ๐˜๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ๐—ณ๐—ฎ๐—ป โ€œ๐—–๐—ฟ๐—ถ๐˜๐—ถ๐—ฐ๐—ฎ๐—น ๐— ๐—ถ๐—ป๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—นโ€:

Salah satu pemangkin terbesar ialah tindakan kerajaan Amerika Syarikat menamakan silver sebagai โ€œcritical mineralโ€.

Apa maksudnya?

i. AS mengiktiraf silver sebagai aset strategik negara.

ii. Kerajaan mesti memastikan bekalan jangka panjang.

iiii. Ini menarik perhatian institusi besar, dana pelaburan, dan pelabur global.

Apabila kerajaan masuk campur, arus modal besar mengalir masuk, seterusnya mengukuhkan permintaan.

๐Ÿฐ. ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ผ๐˜๐—ผ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ ๐—™๐—ฎ๐—ฒ๐—ฑ๐—ฎ๐—ต ๐—™๐—ฒ๐—ฑ.

Tetapi ada lagi satu faktor yang menaikkan harga logam berharga:

Jangkaan Federal Reserve akan memotong kadar faedah sebanyak 25 mata asas.

Pemotongan kadar ini menaikkan semua logam, tetapi silver menerima manfaat paling besar kerana momentumnya sudah sedia kuat.

๐Ÿฑ. ๐—”๐—ฝ๐—ฎ ๐— ๐—ฎ๐—ธ๐˜€๐˜‚๐—ฑ ๐—œ๐—ป๐—ถ ๐—จ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ฃ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ฏ๐˜‚๐—ฟ ๐—ฑ๐—ถ ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ?

Bagi pelabur seperti anda, keadaan ini membuka pintu peluang:

1) Silver sebagai โ€œgrowth metalโ€ terbaik 2025โ€“2026

Jika emas dilihat sebagai penyimpan nilai, silver kini dilihat sebagai pencetus keuntungan besar.

2) Masih undervalued berbanding emas

Walaupun sudah naik 100%, silver belum capai nilai intrinsic-nya berdasarkan kegunaan industri masa depan.

3) Aset yang sesuai untuk pelabur yang mahu ROI lebih agresif

Pelabur agresif melihat silver seperti melihat saham teknologi โ€” berpotensi pulangan besar jika masuk sebelum trend matang.

4) Untuk pelabur emas: silver adalah diversifikasi pintar

Anda sudah ada emas?

Silver melengkapkan portfolio dengan risiko sederhana tetapi potensi pulangan luar biasa.

Bagaimana cara melabur silver?

Kat Public Gold, anda boleh beli silver dengan 3 cara.

1. beli silver fizikal full payment.
2. Beli silver fizikal secara epp10x
3. Beli melalui akaun SAP (silver accumulation program)

๐™๐™ž๐™ฅ๐™จ: ๐™Ž๐™š๐™š๐™ก๐™ค๐™ ๐™ฃ๐™ฎ๐™–, ๐™จ๐™ž๐™ข๐™ฅ๐™–๐™ฃ ๐™จ๐™ž๐™ก๐™ซ๐™š๐™ง ๐™ข๐™ž๐™ฃ๐™ž๐™ข๐™– 3 ๐™ฉ๐™–๐™๐™ช๐™ฃ.

Semoga anda untung dengan emas dan silver.

#NotaEmasSyukorHashim
10/12/2025
From Chile