Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22
1.35K subscribers
240 photos
3 videos
14 files
426 links
Group perbincangan isu khilafiyah / bid'ah di link ini: https://t.me/mso_bidaah

Link senarai group/channel MSO yang lain :
https://t.me/madrasahsunnionline_MSO/557
Download Telegram
โ€‹โ€‹Imam Nawawi membidahkan malafazkan niat ?!

Flyer terlampir isinya kacau. Di paragraf awal membidahkan melafazkan niat, lalu di bawahnya membawakan ucapan imam Nawawi. Seakan pembuatnya ingin mengiring opini kepada pembaca, bahwa imam Nawawi membidahkan perkara ini. Padahal, dalam pernyataan imam Nawawi yang dinukil tidak ada sedikitpun redaksi dari beliau yang menyatakan bahwa melafazkan niat itu bidah. Beliau hanya menyatakan bahwa โ€œtidak disyaratkan untuk melafazkan niatโ€. Maksudnya, beliau (termasuk ulama yang lain) tidak mewajibkan melafazkan niat, karena memang faktanya tidak wajib. Yang wajib itu niat di dalam hati, karena niat itu tempatnya di hati. Adapun โ€œmelafazkan niatโ€, bukanlah โ€œniatโ€, tapi hanya sebuah sarana/wasilah untuk memudahkan memunculkan niat yang ada di dalam hati.

Imam Nawawi tidak menjadikan melafazkan niat sebagai syarat sahnya suatu ibadah, tapi beliau hanya menganjurkannya sebagai sarana untuk mempermudah memunculkan niat yang ada di dalam hati. Ingat ! beliau โ€œmenganjurkannyaโ€, bukan membidahkannya. Artinya, jika seorang sudah berniat dalam hati tapi tidak melafazkannya, maka ibadahnya sudah sah. Tapi jika dilafazkan, maka itu lebih baik. Dan pendapat yang menganjurkan melafazkan niat, merupakan pendapat jumhur (mayoritas) ulama dari kalangan Hanafiyyah, Syafiโ€™iyyah dan Hanabilah. Adapun Malikiyyah tidak menganjurkan, tapi juga tidak membidahkan. (Rujuk : Al-Fiqh Al-Islami, karya Syekh Prof. Wahbah Az-Zuhaili : 3/1571).

Imam Nawawi (w. 676 H) rahimahullah menyatakan :

ูˆูŽู„ูŽูƒูู†ู’ ูŠูุณู’ุชูŽุญูŽุจู‘ู ุงู„ุชู‘ูŽู„ูŽูู‘ูุธู ู…ูŽุนูŽ ุงู„ู’ู‚ูŽู„ู’ุจู

โ€œAkan tetapi dianjurkan untuk melafazkan (niat puasa ) mengiringi hatiโ€. (Majmuโ€™ Syarhul Muhadzdzab : 6/289).

Jadi, membidahkan masalah malafazkan niat dengan membawa-bawa pernyataan imam Nawawi, adalah suatu kesalahan fatal. Ini menunjukkan akan ketidakpahaman tentang fiqh (khususnya masalah niat), lebih-lebih mazhab Syafiโ€™i. Perbuatan semacam ini merupakan bentuk khianat dan kezaliman kepada imam Nawawi. Karena disadari atau tidak, dia telah menisbatkan suatu perkara yang tidak pernah dilontarkan oleh beliau (imam Nawawi). Dan semua ini akan ada pertanggungjawabannya kelak di hadapan Allah.

Saranan kami, kalau ingin membidahkan suatu amalan, sandarkan saja kepada diri anda sendiri, jangan dinisbahkan pada para ulama. Yang kedua, berbicaralah sesuai kemampuan anda. Jangan berbicara dalam perkara yang anda sendiri tidak memiliki ilmu tentangnya. Karena hal itu termasuk dosa yang amat besar di sisi Allah. Allah Taโ€™ala mengharamkan beberapa perkara, salah satunya : " ...Berbicara (mengada-adakan) terhadap Allah apa yang kamu tidak memiliki ilmu tentangnya." (QS. Al-Aโ€™raf : 33).

Selamat menunaikan ibadah puasa. Jangan lupa niat puasa tiap malam karena ini wajib menurut pendapat muktamad dalam mazhab Syafiโ€™i , dan dianjurkan untuk dilafazkan. Dan dianjurkan pula untuk berniat puasa sebulan penuh di awal Ramadhan mengikuti pendapat imam Malik, untuk langkah preventif kalau-kalau lupa tidak niat di malam harinya.

Redaksinya, seperti yang disebutkan oleh Imam Muhammad bin Qasim Al-Ghazzi (w.918 H) rahimahullah :

ู†ูŽูˆูŽูŠุชู ุตูŽูˆู’ู…ูŽ ุบูŽุฏู ุนูŽู† ุฃุฏูŽุงุก ููŽุฑู’ุถู ุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†ู ู‡ุฐูู‡ู ุงู„ุณู‘ูŽู†ุฉู ู„ูู„ู‘ู‡ู ุชุนุงู„ู‰

โ€œNawaitu shauma ghadin โ€˜an adaโ€™i fardhi Ramadhana hadzihis sanah lillahi taโ€™ala (Aku niat puasa besok dari menunaikan kewajiban puasa Ramadhan di tahun ini karena Alloh Taโ€™ala). (Fathul Qarib Al-Mujib fi Syarhi Al-Fadzi At-Taqrib : 137).

Tulisan singkat ini hanya sebagai โ€œreaksiโ€ atas adanya โ€œaksiโ€. Kami tidak akan bereakasi jika tidak ada aksi sebelumnya. Motto kami : "Anda sopan, kami segan. Anda diam, kami tahan." Terima kasih.

Semoga bermanfaat. Wallahu a'lam.

1 Ramadhan 1442 H
Abdullah Al-Jirani
RINGKASAN HUKUM MERENTAS NEGERI BAGI KES COVID19

MUKADIMAH

Islam melarang penduduk negeri yang terkena penyakit taun merentas negeri iaitu keluar dari negeri mereka kerana bimbang tersebar penyakit tersebut ke negeri lain, atau penduduk negeri lain yang tidak terkena wabak tersebut datang dan masuk ke dalam negeri terkena taun itu. Ini kerana dibimbangi merebaknya taun itu. Ini berdasar hadis:

ููŽุฅูุฐูŽุง ุณูŽู…ูุนู’ุชูู…ู’ ุจูู‡ู ููŽู„ูŽุง ุชูŽุฏู’ุฎูู„ููˆุง ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุฅูุฐูŽุง ูˆูŽู‚ูŽุนูŽ ุจูุฃูŽุฑู’ุถู ูˆูŽุฃูŽู†ู’ุชูู…ู’ ุจูู‡ูŽุง ููŽู„ูŽุง ุชูŽููุฑูู‘ูˆุง ู…ูู†ู’ู‡ู

Ertinya: Apabila kamu mendengar penyakit wabak taun berjangkit di suatu negeri, janganlah kamu masuk ke negeri itu. Dan apabila wabak itu berjangkit di negeri tempat kamu berada, jangan pula kamu lari daripadanya.โ€ (Riwayat Bukhari dan Muslim)

HUKUM MERENTAS NEGERI KES COVID19

Persoalannya ialah adakah boleh diqiyaskan hukum larangan merentas negeri bagi penyakit taun ini kepada covid19?

Dalam hal ini, terdapat beberapa pandangan ulama. Penulis bawakan dua pandangan daripadanya iaitu:

PANDANGAN PERTAMA:

Boleh diqiyaskan hal penyakit taun ini kepada sebarang penyakit berjangkit yang lain (seperti halnya covid19 pada hari ini). Maka dilarang dilakukan merentas negeri. Status larangan itu adalah haram. Antara ulama yang berpandangan begitu ialah Syeikh Abdul Karim Zaidan seperti yang disebut dalam kitabnya al Mufassal Fi Ahkam al Mar'ah:

ูˆุงุฐุง ุงู†ุชุดุฑ ู…ุฑุถ ู…ุนุฏ ุจูŠู† ุฃู‡ู„ ุจู„ุฏุฉ ูุงู† ุงู„ุญู…ูŠุฉ ุงู„ู…ุดุฑูˆุนุฉ ููŠ ู‡ุฐู‡ ุงู„ุญุงู„ุฉ ุนุฒู„ ุงู„ู…ุฏูŠู†ุฉ ูƒู„ู‡ุง ูู„ุง ูŠุณู…ุญ ู„ุฃู‡ู„ู‡ุง ุจุงู„ุฎุฑูˆุฌ ู…ู†ู‡ุง ูˆู„ุง ูŠุณู…ุญ ู„ุบูŠุฑู‡ู… ุจุงู„ุฏุฎูˆู„ ุงู„ูŠู‡ุง ุญุชู‰ ูŠุฒูˆู„ ู‡ุฐุง ุงู„ูˆุจุงุก ุงู„ุฐูŠ ุฃุตุงุจ ุงู„ู…ุฏูŠู†ุฉ ุฎูˆูุง ู…ู† ุงู†ุชุดุงุฑู‡ ุงุฐุง ุณู…ุญ ู„ู‡ู… ุจุงู„ุฎุฑูˆุฌ ูˆุฎูˆูุง ู…ู† ุงุตุงุจุฉ ุงู„ุตุญูŠุญ ุงุฐุง ุฏุฎู„ ุงู„ุจู‡ู… ู‚ุจู„ ุฒูˆุงู„ ุงู„ู…ุฑุถ..... ูˆู…ุนู†ูŠ ุฐู„ูƒ ุฃู† ู‡ุฐุง ุงู„ุนุฒู„ ูˆุงุฌุจ ูŠู‚ูˆู… ุงู„ู…ุณู„ู… ุจู‡ ู…ู† ุชู„ู‚ุงุก ู†ูุณู‡ ูˆุงู„ุง ููŠุชุฏุฎู„ ูˆู„ูŠ ุงู„ุฃู…ุฑ....

Ertinya: Apabila tersebar penyakit berjangkit di kalangan penduduk sesuatu negeri, maka cara mencegahnya ialah memisahkan bandar keseluruhannya iaitu dengan dicegah penduduknya keluar dan penduduk negeri lain memasukinya sehingga penyakit tersebut hilang. Ini kerana dibimbangi tersebarnya penyakit itu kalau diizinkan penduduknya keluar dan juga dibimbangi terkenanya penyakit itu bagi orang luar yang masuk..... Ini bermakna WAJIB ke atas seseorang muslim mematuhi perkara itu atas inisiatif sendiri. Kalau gagal dilakukan, maka pemerintah hendaklah masuk campur (mengenakan peraturan itu).

PANDANGAN KEDUA:

Larangan merentas negeri itu hanya dikenakan bagi penyakit taun sahaja. Ini bermakna larangan untuk penyakit berjangkit lain (seperti covid19 hari ini) tidak terpakai.

Pandangan ini difahami dari kenyataan Imam Ibnu Hajar al Haithami di dalam kitab Fatawanya:

ูˆุฎุฑุฌ ุจุงู„ูุฑุงุฑ ู…ู† ู…ุญู„ ุงู„ุทุงุนูˆู† ุงู„ูุฑุงุฑ ู…ู† ุฃุฑุถ ุงู„ูˆุจุงุกุŒ ูุฅู†ู‡ ุฌุงุฆุฒ ุจุงู„ุฅุฌู…ุงุน ูƒู…ุง ู‚ุงู„ู‡ ุงู„ุฌู„ุงู„ ุงู„ุณูŠูˆุทูŠ

Ertinya: Tidak termasuk larangan melarikan diri dari tempat taun melarikan diri tempat wabak (yang lain), ia harus dengan ijmak seperti kata Imam Suyuti.

KESIMPULAN

Kalau terdapat pandangan yang mengatakan haram merentas negeri di musim covid19 ini, ia adalah berasaskan pandangan pertama yang disebutkan di atas. Pandangan itu perlu dihormati kerana ia:

1. Bertepatan dengan kaedah maqasid syariah yang menekankan penjagaan nyawa.

2. Ia juga bertepatan dengan kaedah qiyas yang terdapat dalam ilmu usul fiqh.

Berdasarkan pandangan ini juga, pihak pemerintah berhak melarang dilakukan merentas negeri apabila ada sebarang penyakit berjangkit. Keputusan larangan dari pihak pemerintah adalah sah dari segi hukum syarak dan wajib dipatuhi sebab ia berasaskan kaedah Taqyid al Mubah (menghadkan kebebasan umum). Kaedah ini ada diterangkan dalam kitab Usul al Tasyri' karangan Syeikh Fathi Duraini.

Inilah penjelasan ringkas saya tanpa menyebut hukum hakamnya secara terperinci.

Ia adalah pandangan peribadi tanpa melibatkan mana-mana pihak.

DR. ZULKIFLY MUDA
Mantan Mufti Terengganu
ุงู„ุญู…ุฏู„ู„ู‡ ุงู„ุฐูŠ ุจู†ุนู…ุชู‡ ุชุชู… ุงู„ุตุงู„ุญุงุช
Ustaz Zainul Asri juga telah menarik balik pendapat lamanya berkenaan vaksin dan menyeru agar orang ramai menyokong usaha kerajaan berkenaan vaksin.
Ini disebut sendiri beliau dalam sesi siaran langsung di FB pagi ini:

https://fb.watch/5TWvQ2VoPo/
Pada 5 Jun lalu (2021) Dr Suhazeli berforum dengan prof Dr. Ayman Al Akiti, pensyarah UIA dan Fello IKIM, menerangkan isu berkaitan dengan kewujudan ataupun tidak babi dalam vaksin AstraZeneca. Dr Ayman menjelaskan hasil dari webinar beliau dengan para ulama Indonesia yang menguasai kebanyakan pondok di sana. Vaksin AstraZeneca sudah pun bersih. Doktor pakar telah panjang lebar menerangkan bahawa bahan akhir sudah pun tidak mengandungi unsur yang terlarang itu. Lihat video penjelasan beliau

Baharulah mereka menerimanya dan semua anak-anak pesantren diberi vaksin tanpa banyak penolakan.

Suhazeli Abdullah
6.6.2021
Kuala Berang

https://fb.watch/5-9gMmGIqx/
โ€‹โ€‹KEMULIAAN 10 AWAL ZULHIJJAH

Allah SWT berfirman dlm ayat 1-2 Surah Al Fajr

1. Demi Waktu Fajar
2. Dan Demi 10 malam yang dimuliakan dgn kelebihan ( 10 awal zulhijjah )


Ulamak memperincikan - Kelebihan 10malam akhir Ramadhan kerana adanya kelebihan 1 malam ALQADR manakala kelebihan 10 pagi awal Zulhijjah kerana ada 1 hari ARAFAH..

SUNAT PUASA 1 HINGGA 9 ZULHIJJAH DAN BESAR PAHALANYA

Isteri Nabi saw meriwayatkan:

ูƒูŽุงู†ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ูŠูŽุตููˆู…ู ุชูุณู’ุนูŽ ุฐููŠ ุงู„ู’ุญูุฌู‘ูŽุฉู

Baginda Nabi saw berpuasa pada 1 -9 zulhijjah .
(Hr Abu Daud sahih.)

Pahalanya lebih dari pahala jihad:

ู…ูŽุง ู…ูู†ู’ ุฃูŽูŠู‘ูŽุงู…ู ุงู„ู’ุนูŽู…ูŽู„ู ุงู„ุตู‘ูŽุงู„ูุญู ูููŠู‡ูŽุง ุฃูŽุญูŽุจู‘ู ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ู…ูู†ู’ ู‡ูŽุฐูู‡ู ุงู„ู’ุฃูŽูŠู‘ูŽุงู…ู ูŠูŽุนู’ู†ููŠ ุฃูŽูŠู‘ูŽุงู…ูŽ ุงู„ู’ุนูŽุดู’ุฑู ) ุŒ ู‚ุงู„ูˆุง ูŠุง ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ : ูˆู„ุง ุงู„ุฌู‡ุงุฏ ููŠ ุณุจูŠู„ ุงู„ู„ู‡ ุŸ ู‚ุงู„ : ( ูˆูŽู„ูŽุง ุงู„ู’ุฌูู‡ูŽุงุฏู ูููŠ ุณูŽุจููŠู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุŒ ุฅูู„ู‘ูŽุง ุฑูŽุฌูู„ูŒ ุฎูŽุฑูŽุฌูŽ ุจูู†ูŽูู’ุณูู‡ู ูˆูŽู…ูŽุงู„ูู‡ู ููŽู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุฑู’ุฌูุนู’ ู…ูู†ู’ ุฐูŽู„ููƒูŽ ุจูุดูŽูŠู’ุกู

"Tiada hari-hari yang amalan soleh yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini-baginda memasukkan: 10 hari terawal Zulhijjah-."Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?"Baginda bersabda,"Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali." (Sahih BUKHARI 969)

Dalam hadis doif disebut pahala puasa sgt besar:

ูŠูŽุนู’ุฏูู„ู ุตููŠูŽุงู…ู ูƒูู„ูู‘ ูŠูŽูˆู’ู…ู ู…ูู†ู’ู‡ูŽุง ุจูุตููŠูŽุงู…ู ุณูŽู†ูŽุฉู ูˆูŽู‚ููŠูŽุงู…ู ูƒูู„ูู‘ ู„ูŽูŠู’ู„ูŽุฉู ู…ูู†ู’ู‡ูŽุง ุจูู‚ููŠูŽุงู…ู ู„ูŽูŠู’ู„ูŽุฉู ุงู„ู’ู‚ูŽุฏู’ุฑู

Puasa setiap harinya (1-9 zulhijjah) menyamai puasa setahun, dan qiamullail setiap malamnya menyamai qiamullail pada malam Al-Qadr."

[Riwayat al-Tirmizi (758), Ibnu Majah (1728)]

Dalam hadis juga menyebut amalan ketika 1-10 zulhijjah dilipat ganda 700:

ูˆูŽุงู„ู’ุนูŽู…ูŽู„ูŽ ูููŠู‡ูู†ู‘ูŽ ูŠูุถูŽุงุนูŽูู ุณูŽุจู’ุนู…ูุงุฆูŽุฉู ุถูุนู’ูู

Beramal pada 1-10 zulhijjah dilipat ganda 700.

(Hadis riwayat Baihaqi) - doif

Hadis2 doif boleh diguna utk kelebihan amalan setelah amalan ini ditetapkan dengan hadis sahih (Nabi puasa 1-9 zulhijjah) di atas.

BAGAIMANA DENGAN ADA HADIS KATA NABI SAW TIDAK BERPUASA HARI TERSEBUT

Imam Nawawi berkata:

, ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ุงู„ู’ุนูู„ูŽู…ูŽุงุกู : ูˆูŽู‡ููˆูŽ ู…ูุชูŽุฃูŽูˆู‘ูู„ูŒ ุนูŽู„ูŽู‰ ุฃูŽู†ู‘ูŽู‡ูŽุง ู„ูŽู…ู’ ุชูŽุฑูŽู‡ู ุŒ ูˆูŽู„ูŽู…ู’ ูŠูŽู„ู’ุฒูŽู…ู’ ู…ูู†ู’ู‡ู ุชูŽุฑู’ูƒูู‡ู ูููŠ ู†ูŽูู’ุณู ุงู„ู’ุฃูŽู…ู’ุฑู ; ู„ูุฃูŽู†ู‘ูŽู‡ู ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ูƒูŽุงู†ูŽ ูŠูŽูƒููˆู†ู ุนูู†ู’ุฏูŽู‡ูŽุง ูููŠ ูŠูŽูˆู’ู…ู ู…ูู†ู’ ุชูุณู’ุนูŽุฉู ุฃูŽูŠู‘ูŽุงู…ู

Ulama berkata: ditakwilkan bahawa Aisyah tidak melihatnya tidak semestinya Nabi tidak berpuasa kerana baginda hanya sehari sahaja dirumah aisyah dari 9 hari (Nabi saw menggilir 9 isterinya). (Syarah sahih Muslim)

Ustaz Shahrizan Daud At-Turubi
MAKNA GELARAN โ€œUSTAZโ€

Secara general, Ustaz bermaksud seorang guru, pengajar, atau orang yang berilmu. Jamaโ€™nya (kata ganda) adalah โ€˜Asatizahโ€™. Masyarakat kita biasanya menggunakan panggilan ustaz ini sebagai gelaran hormat.

Kalimah ini bukan berasal daripada bahasa Arab. Sebahagian berpendapat ianya daripada bahasa Parsi, sebahagian berpandangan daripada bahasa Turki.

Menurut al-Imam al-Munฤwฤซ r.a dalam kamus peristilahan beliau โ€œat-Tauqฤซf โ€˜alฤ Muhimmฤt at-Taโ€™ฤrฤซfโ€ :

‎ุงู„ู€ู€ุฃุณุชุงุฐ: ุงู„ู…ุงู‡ุฑ ุจุงู„ุดูŠุกุŒ ูˆู‡ูŠ ุนุฌู…ูŠุฉ ู…ุนุฑุจุฉ ู„ุฃู† ุงู„ุณูŠู† ูˆุงู„ุฐุงู„ ุงู„ุจุชุฉ ู„ุง ูŠุฌุชู…ุนุงู† ููŠ ูƒู„ู…ุฉ ุนุฑุจูŠุฉ.

โ€œTakrif al-Ustaz adalah gelaran bagi seorang yang mahir dalam sesuatu perkara. Dan ianya kalimah asing, bukan berasal dari kalimah arab, kerana huruf sin dan zhal tidak akan bertembung dalam satu perkataan arab.โ€

Menurut al-Imam Ibnu Dihyah dalam โ€œal-Muthribโ€:

‎ุงู„ุงุณุชุงุฐ ูƒู„ู…ุฉ ู„ูŠุณุช ุจุนุฑุจูŠุฉ ูˆู„ุง ุชูˆุฌุฏ ููŠ ุงู„ุดุนุฑ ุงู„ุฌุงู‡ู„ูŠุŒ ูˆุงุตุทู„ุญุช ุงู„ุนุงู…ุฉ ุฅุฐุง ุนุธู…ูˆุง ุงู„ู…ุญุจูˆุจ ุฃู† ูŠุฎุงุทุจูˆู‡ ุจุงู„ุฃุณุชุงุฐ ูˆุฅู†ู…ุง ุฃุฎุฐูˆุง ุฐู„ูƒ ู…ู† ุงู„ู…ุงู‡ุฑ ุจุตู†ุนุชู‡ ู„ุฃู†ู‡ ุฑุจู…ุง ูƒุงู† ุชุญุช ูŠุฏู‡ ุบู„ู…ุงู† ูŠุคุฏุจู‡ู… ููƒุฃู†ู‡ ุฃุณุชุงุฐ ููŠ ุญุณู† ุงู„ุงุฏุจ

โ€œal-Ustaz adalah kalimah yang bukan dari bahasa Arab dan tiada dalam Syair Jahili. Orang awam memberi istilah tersebut untuk mengagungkan (memberi penghormatan) kepada orang yang dikasihi, mereka memanggil dengan gelaran Ustaz. Perkataan ini diambil daripada makna โ€˜Mahir dalam suatu perkaraโ€™ kerana kadangkala seorang itu tugasnya mendidik kanak-kanak, seolah-olah seorang yang mahir (ustaz) dalam mendidik (adab yang mulia).โ€

Ringkasnya menurut ulama leksikologis Bahasa Arab, gelaran โ€œal-Ustazโ€ memberi lima maksud dan penggunaan:

1. Guru / pengajar dalam apa saja bidang ilmu secara umum

2. Gelaran akademik bagi pensyarah Universiti - Professor.

Ustaz Musyฤrik: Professor Madya
Ustaz Musฤโ€™id: Penolong Professor
al-Ustaz ad-Duktur: Professor Doktor

3. Gelaran penghormatan yang biasanya diberikan kepada golongan professional seperti seniman, sasterawan, peguam dan lain-lain.

4. Seorang yang mahir dalam sesuatu bidang dan mengajarkannya kepada orang lain.

5. Ahli muzik (musician)

(Sumber: Muโ€™jam al-Lughah al-Arabiyah al-Muโ€™ฤsirah, Ahmad Mukhtar Umar, kalimah no. 2881)

Ini menunjukkan bahawa makna disebalik gelaran ustaz itu luas dan ada tingkatannya. Seperti tingkatan Ulamaโ€™, Mufti, Tok Guru, Syeikh, Pak Kiyai dan sebagainya.

Tingkatan panggilan ustaz ini juga adalah mengikut adat dan budaya panggilan masyarakat kita. Makna Ustaz tidak sempit kepada hanya yang benar-benar menguasai ilmu agama dan bahasa arab sahaja.

Kebiasannya panggilan ustaz ini adalah panggilan hormat kepada mereka yang mengajar al-Quran dan ilmu agama.

Dalam adat panggilan masyarakat melayu, ada yang dipanggil ustaz dari sudut boleh mengajar iqra, membaca al quran. Ada yang dipanggil ustaz kerana boleh jadi imam, bilal, tukang mandi mayat, mutawwif. Ada yang dipanggil ustaz dari sudut pekerjaan sebagai guru kafa, guru jawi, guru khat, taranum.

Ada yang sebab banyak hafal ayat quran, hadis, pernah hafiz quran. Ada yang sebab banyak berdakwah, pakar motivasi, penulis buku nasihat tentang agama. Ada yang sebab selalu tulis, kongsi nasihat agama.

Dan ada yang dipanggil ustaz memang kerana kepakarannya menyeluruh tentang agama. Ada pula yang lebih kepada bidang masing-masing seperti al-Quran, fiqh, hadis, tasauf, kewangan islam, faraid, dan sebagainya lagi dan dalam masa yang sama bab lain hanya perkara asas sahaja diketahui.

Dan pelbagai lagilah senarai yang tidak dimasukkan diatas.

Semuanya perlu kita tahu agar dapat dibezakan maratib/tingkatan panggilan ustaz mengikut konteks penggunaan, agar tidak disalah fahami dan bersangka buruk apabila terjadi sesuatu isu, dan kita dapat fahami apabila disebut panggilan 'USTAZ' itu, ia merangkumi maksud yang pelbagai seperti diterangkan diatas. Juga ustazah.
โ€‹โ€‹Dan penting untuk masyarakat faham bila mana seseorang itu dipanggil ustaz. Bukanlah bermaksud dia dapat mengetahui seluruh hal Agama, memahaminya dengan baik serta tiada halangan untuk mengamalkannya. Bahkan menganggap seolah-olah maksum.

Sedangkan mereka juga sama seperti kita semua di bidang yang lain. Yakni mahir dalam sesuatu perkara. Cuma yang terbaik dan dituntut kepada diri kita sendiri dan kepada semua orang adalah menjadi golongan yang sentiasa mempelajari ilmu agama serta mengamalkan dan menyampaikannya. InsyaAllah.

Dalam satu kaedah Usul Fiqh ada menyatakan:

ุงู„ุญู…ู„ ู…ู† ุตูุฉ ุงู„ุณุงู…ุนุŒ
ูˆุงู„ุงุณุชุนู…ุงู„ ู…ู† ุตูุฉ ุงู„ู…ุชูƒู„ู…ุŒ
ูˆุงู„ูˆุถุน ู‚ุจู„ู‡ู…ุง.

โ€œMenanggap itu adalah dari sifat pendengar. Penggunaan makna bagi suatu lafaz adalah dari sifat pembicara, dan wadhaโ€™ (penetapan asal makna) bahasa adalah sebelum kedua-duanya.โ€

Wallahu Taโ€™ala Aโ€™la wa Aโ€™lam.

Al-Fadhil Ustaz Azam Azhary
โ€‹โ€‹Mengapa bulan Muharram dikaitkan dengan peristiwa hijrah sedangkan hijrah berlaku pada bulan Rabi'ul Awwal?

Al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani menukilkan daripada sebahagian ulama bahawa ketika para sahabat ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ berbincang (pada zaman Khalifah Umar ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡), bagamaimanakah kita hendak memulakan tarikh? Peristiwa apakah yang kita hendak jadikan sebagai titik permulaan bagi tarikh atau kalender kita?, maka terdapat beberapa cadangan:

1. Peristiwa kelahiran Nabi ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุขู„ู‡ ูˆุณู„ู….
2. Peristiwa Nabi ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุขู„ู‡ ูˆุณู„ู… dilantik menjadi Nabi.
3. Peristiwa hijrah Nabi ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุขู„ู‡ ูˆุณู„ู….
4. Peristiwa kewafatan Nabi ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุขู„ู‡ ูˆุณู„ู….

Akhirnya mereka memilih cadangan ketiga. Cadangan pertama dan kedua sukar kerana terdapat percanggahan pendapat dalam menentukan tahun kejadiannya. Cadangan keempat juga tidak sesuai kerana mereka tak sampai hati hendak menjadikan kewafatan Nabi ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุขู„ู‡ ูˆุณู„ู… sebagai permulaan tarikh Islam Maka akhirnya mereka memilih untuk menjadikan tahun berlakunya peristiwa hijrah sebagai tahun pertama dalam kalender Islam.

Tapi mengapa mereka memilih bulan Muharram dan bukannya bulan Rabi'ul Awwal sebagai bulan pertama? Bukankah hijrah berlaku pada bulan Rabi'ul Awwal?

Jawapannya ialah kerana keazaman Rasulullah ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุขู„ู‡ ูˆุณู„ู… untuk berhijrah itu sudah bermula sejak bulan Muharram. Hal ini kerana pada bulan Zulhijjah telah berlaku baiat. Maka selepas itu Rasulullah ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุขู„ู‡ ูˆุณู„ู… telah berazam untuk berhijrah dan bulan pertama selepas peristiwa baiat tersebut ialah Muharram. Maka sesuailah bulan Muharram dijadikan sebagai permulaan. Menurut al-Hafiz Ibn Hajar rahimahullah, inilah hujah yang paling kuat yang beliau temui dalam menjelaskan faktor kemunasabahan bulan Muharram dipilih sebagai bulan permulaan. Ibarat Ibn Hajar:

ูˆูŽุฅูู†ู‘ูŽู…ูŽุง ุฃูŽุฎู‘ูŽุฑููˆู‡ู ู…ูู†ู’ ุฑูŽุจููŠุนู ุงู„ู’ุฃูŽูˆู‘ูŽู„ู ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ู’ู…ูุญูŽุฑู‘ูŽู…ู ู„ูุฃูŽู†ู‘ูŽ ุงุจู’ุชูุฏูŽุงุกูŽ ุงู„ู’ุนูŽุฒู’ู…ู ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู’ู‡ูุฌู’ุฑูŽุฉู ูƒูŽุงู†ูŽ ูููŠ ุงู„ู’ู…ูุญูŽุฑู‘ูŽู…ูุ› ุฅูุฐู ุงู„ู’ุจูŽูŠู’ุนูŽุฉู ูˆูŽู‚ูŽุนูŽุชู’ ูููŠ ุฃูŽุซู’ู†ูŽุงุกู ุฐููŠ ุงู„ู’ุญูุฌู‘ูŽุฉู ูˆูŽู‡ููŠูŽ ู…ูู‚ูŽุฏู‘ูู…ูŽุฉู ุงู„ู’ู‡ูุฌู’ุฑูŽุฉูุŒ ููŽูƒูŽุงู†ูŽ ุฃูŽูˆู‘ูŽู„ู ู‡ูู„ูŽุงู„ู ุงุณู’ุชูŽู‡ูŽู„ู‘ูŽ ุจูŽุนู’ุฏูŽ ุงู„ู’ุจูŽูŠู’ุนูŽุฉู ูˆูŽุงู„ู’ุนูŽุฒู’ู…ู ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู’ู‡ูุฌู’ุฑูŽุฉู ู‡ูู„ูŽุงู„ู ุงู„ู’ู…ูุญูŽุฑู‘ูŽู…ูุŒ ููŽู†ูŽุงุณูŽุจูŽ ุฃูŽู†ู’ ูŠูุฌู’ุนูŽู„ูŽ ู…ูุจู’ุชูŽุฏูŽุฃู‹. ูˆูŽู‡ูŽุฐูŽุง ุฃูŽู‚ู’ูˆูŽู‰ ู…ูŽุง ูˆูŽู‚ูŽูู’ุชู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ู…ูู†ู’ ู…ูู†ูŽุงุณูŽุจูŽุฉู ุงู„ูุงุจู’ุชูุฏูŽุงุกู ุจูุงู„ู’ู…ูุญูŽุฑู‘ูŽู…ู.

[Fath al-Bari, jilid 7, halaman 315, cetakan al-Maktabah al-Salafiyyah].

Jadi tak perlulah kita mempertikaikan dengan mengatakan: "Orang Melayu ni sibuk sambut Maal Hijrah dalam bulan Muharram. Hijrah bukan berlaku dalam Muharram pun!"

Semoga permulaan tahun baru hijri ini menjadi titik permulaan untuk kita berhijrah kepada kebaikan dengan taufiq dari Allah s.w.t.

Wallahu a'lam.
Abu Raihanah Abdul Rahman
YAQAZAH TIDAK SESAT

Menurut kajian Dr Sayyed Abdul Hamid al-Mahdaly, sebilangan ulama telah dikenalpasti sebagai pernah diriwayatkan bahawa mereka telah melihat Rasulullah (s.a.w.) secara yaqazah.

Di antaranya mereka ialah :
(a) Imam Sheikh โ€˜Abdul Qadir al-Jailani (561H).
(b) Al-Imam Ibn al-โ€˜Araby al-Faqih al-Maliki (543H).
(c) Imam โ€˜Izzuddin bin โ€˜Abd al-Salam (660H).
(d) Imam Ibn al-Mulaqqan al-Syafiโ€˜i (804H).
(e) Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqallani (852H).
(f) Imam Jalaluddin al-Suyuthi (911H).
(g) Imam โ€˜Abd al-Wahhab al-Syaโ€˜rany (973H).
(h) Sheikh Yusuf al-Nabhani (1350H).

Terdahulu, telah disebutkan hadith sahih yang telah diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari:
ู‚ู€ู€ุงู„ ุฃุจูˆ ู‡ุฑูŠุฑุฉ : ุณู…ุนุช ุงู„ู†ุจู‰ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ูŠู‚ู€ูˆู„ : )) ู…ู† ุฑุขู†ู€ู‰ ูู€ู‰ ุงู„ู…ู†ู€ู€ู€ุงู… ูุณูŠุฑุงู†ู€ูŠ ููŠ ุงู„ูŠู‚ุธู€ู€ุฉุŒ ูˆู„ุง ูŠุชู…ุซู„ ุงู„ุดูŠุทู€ู€ุงู† ุจู€ูŠ ((
Maksudnya:
Abu Hurairah (r.a.) berkata: Aku telah mendengar Nabi (s.a.w.) bersabda: Barangsiapa yang telah melihatku dalam mimpi, nescaya dia akan melihatku dalam keadaan jaga, dan syaitan itu tidak dapat menyamar menyerupaiku (dalam bentuk dan rupa parasku).
Imam al-Bukhari (r.h.) berkata: Imam Ibn Sirin (r.h.) pernah berkata : Ianya boleh berlaku bilamana dia melihat dalam bentuk rupa paras Nabi (s.a.w.) yang sebenarnya. Pendapat ini telah diperkuatkan oleh Imam al-Suyuthi (r.a.) berdasarkan kepada bukti-bukti yang cukup mantap. Tetapi dalam hal yang lain, beliau tidak lupa menukilkan kata-kata Imam โ€˜Izzuddin Abdul Salam (r.a.) yang menukilkannya daripada Imam Ibn al-Hajj (r.a.) dalam kitabnya al-Madkhal:
ุฑุคูŠุฉ ุงู„ู†ุจู‰ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุขู„ู‡ ูˆุณู„ู… ูู‰ ุงู„ูŠู‚ุธุฉ ุจุงุจ ุถูŠู‚ุŒ ูˆู‚ู„ ู…ู† ูŠู‚ุน ู„ู‡ ุฐู„ู€ู€ูƒ ุฅู„ุง ู…ู† ูƒุงู† ุนู„ู‰ ุตูุฉ ุนุฒูŠุฒ ูˆุฌูˆุฏู‡ุง ูู‰ ู‡ุฐุง ุงู„ุฒู…ุงู†ุŒ ุจู„ ุนุฏู…ุช ุบุงู„ุจุงุŒ ู…ุน ุฃู†ุง ู„ุง ู†ู†ูƒุฑ ู…ู† ูŠู‚ุน ู„ู€ู‡ ู‡ุฐุง ู…ู† ุงู„ุฃูƒุงุจุฑ ุงู„ุฐูŠู† ุญูุธู‡ู… ุงู„ู„ู‡ ูู‰ ุธูˆุงู‡ุฑู‡ู… ูˆุจูˆุงุทู†ู‡ู€ู€ู….
Maksudnya:
Melihat Nabi (s.a.w.) dalam keadaan jaga adalah satu bab terpencil (yang boleh berlaku) dan ia tidak terjadi kecuali kepada orang-orang yang mempunyai sifat-sifat yang sangat sukar didapati pada zaman ini, malah sifat-sifat tersebut hampir tiada (pada zaman ini). Namun kami tidak mengingkari peristiwa ini yang dialami oleh tokoh-tokoh besar (para wali besar) yang mana Allah (s.w.t.) sentiasa menjaga tindak-tanduk mereka, baik yang zahir mahupun yang batin.

Pendapat ini telah dikemaskinikan oleh al-Habib al-Sayyid al-Gharbany dalam bukunya yang berjudul : ู†ูู€ุณ ุงู„ุฑุญู…ู€ู† ููŠู…ู€ุง ู„ุฃุญุจู€ุงุจ ุงู„ู„ู‡ ู…ู€ู† ุนู„ู€ูˆ ุงู„ุดู€ู€ุฃู† .
Di sudut yang lain, kita dapat melihat Imam al-Suyuthi (r.h.) dalam pembahasannya mengenai hal ini menekankan bahawa penglihatan ini bukanlah melalui mata kepala yang biasa berlaku di antara kita satu sama lain, tetapi ia melalui pancaran sinar hati yang cukup murni dan jernih yang luar biasa, di mana hakikat ini tidak akan dicapai dan dirasakan kecuali oleh orang yang mengalaminya. Tentunya hal ini bukanlah sebagaimana yang telah digambarkan oleh orang-orang yang pandai bersandiwara untuk menarik perhatian orang ramai bagi menjayakan kepentingan peribadi mereka.

TAJUK BUKU: YAQAZAH DALAM PEMIKIRAN ULAMA SUFI
PENYUSUN:
Dr. Hj. Sulaiman Bin Ibrahim El-Baruhiy
PENERBIT: Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan
TAHUN TERBIT: 2015
HARGA: RM12.00
BIL. HALAMAN: 124 muka surat

SINOPSIS:

Mimpi Melihat Nabi (SAW)

Persoalan melihat Nabi (SAW) dalam mimpi atau melihat Nabi secara sedar (yaqazah) adalah suatu perkara yang telah banyak diperkatakan oleh sebilangan ulama sejak lama dahulu hingga kini dan ia sering mengundang polemik yang hampir tiada noktahnya hingga hari ini. Ia selalu dikaitkan dengan ahli bidang tasauwuf. Hal ini mungkin kerana golongan yang paling ramai berbicara tentang perkara ini adalah ulama daripada golongan tersebut. Namun, hakikatnya ia bukan tasauwuf secara tulus 100%, kerana ia juga menyangkut persoalan akidah dan tauhid. Sebenarnya ada 2 perkara berbeza di sini iaitu:
โ€ข Melihat Nabi (SAW) di dalam tidur, iaitu secara mimpi.
โ€ข Melihat Nabi (SAW) sesudah Baginda wafat secara sedar (yaqazah), iaitu bukan secara mimpi.
โ€‹โ€‹sila baca keseluruhannya di dalam buku ini terbitan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan

Makluman:
Ini merupakan salah satu cara Unit Sumber Maklumat, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan bagi mendekati masyarakat di Malaysia dalam urusan jual beli buku-buku terbitan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan (JMKNNS).

Sehubungan dengan itu bagi pembeli yang berminat untuk mendapatkan buku-buku terbitan JMKNNS, sila hadir ke Pustaka Hikmah (Kedai Buku JMKNNS) di aras 3, Menara MAINS untuk melihat seterusnya membeli buku-buku terbitan JMKNNS. Pembeli-pembeli sekitar Seremban digalakkan membeli di Pustaka Hikmah bagi mengurangkan kos pembelian (kos pos).

Bagi pembeli di luar Negeri Sembilan, sila isi borang pembelian secara atas talian di: https://forms.gle/urnQZRma396DjHjJ7

Senarai buku-buku terbitan @JMKNNS boleh dirujuk di laman web JMKNNS: https://www.muftins.gov.my/v1/buku-terbitan-2-2/

Sinopsis berkaitan buku-buku terbitan Jabatan, sila rujuk di:
http://www.muftins.gov.my/v1/falak-dan-sumber-maklumat/

Terima kasih.

#yaqazah
#kitajagakitaAllahjagakita
#Mufti #negerisembilan #pkp #DBP
Kekeliruan Tentang Bertemu Nabi SAW Secara Jaga - Yaqazah

Oleh : Dr Mohd Khafidz bin Soroni

ู†ุญู…ุฏ ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุนุธูŠู…ุŒ ูˆู†ุตู„ู‘ูŠ ูˆู†ุณู„ู‘ู… ุนู„ู‰ ุฑุณูˆู„ู‡ ุงู„ูƒุฑูŠู…ุ›

Perkara khilaf seumpama ini, jika tidak disertai dengan nada โ€˜kerasโ€™, tidak perlu untuk diperpanjang-panjangkan lagi. Namun, jika sudah menggunakan nada โ€˜kerasโ€™ seperti; โ€œmembuka pintu kefasadan yang besarโ€, โ€œmembawa kecelaruan dalam amalan agamaโ€, โ€œmemusnahkan rujukan penting umat Islamโ€, โ€œperlu dibendung kerana membawa kemusnahan kepada masyarakat Islamโ€ dan โ€œmenjauhkan mereka dari ajaran Nabi s.a.w.โ€, maka menurut hemat saya kekeliruan-kekeliruan seumpama ini wajar diperjelaskan. _Saya tidak mahu menyebut siapa dan dari mana sumber kekeliruan ini kerana pada saya ia tidak perlu_

1. Kekeliruan:
Seseorang tidak boleh bertemu secara sedar (yaqazah) dengan Rasulullah s.a.w. kerana seseorang yang mati tidak lagi boleh bertemu dengan orang yang hidup secara sedar.

Jawapan:
Benar, dalam hal keadaan biasa seseorang tidak boleh bertemu secara sedar atau jaga (yaqazah) dengan Rasulullah s.a.w. Tetapi, sebagai suatu karamah seseorang yang soleh boleh bertemu secara sedar atau jaga (yaqazah) dengan Rasulullah s.a.w. Hukumnya adalah harus dan mungkin, tidak mustahil. Malah secara praktis ia memang berlaku kepada sebahagian wali-wali Allah Taala dan orang-orang yang soleh. Maka tidak harus bagi kita menuduh mereka berbohong atau berdusta dalam dakwaan berkenaan. Melainkan jika kita mempunyai bukti kukuh tentang pembohongan atau pendustaan tersebut.

Antara mereka ialah; Syeikh โ€˜Abdul Qadir al-Jailani, Syeikh Abu al-Hasan al-Syazili, Imam Abu al-โ€˜Abbas al-Qurtubi, Syeikhul-Akbar Muhyiddin Ibn al-โ€˜Arabi, Syeikh Khalifah bin Musa, Syeikh Abu al-โ€˜Abbas al Mursi (w. 686H), Syeikh Abu โ€˜Abdillah al-Qurasyi, Syeikh Kamaluddin al-Adfawi, Syeikh โ€˜Ali al-Wafaโ€™i, Syeikh โ€˜Abd al-Rahim al-Qinawi, Syeikh Abu Madyan al-Maghribi, al-Hafiz Jalaluddin al-Suyuti, Syeikh โ€˜Ali al-Khawwas, Syeikh Ibrahim al-Matbuli, Imam Abu al-โ€˜Abbas al-Qastallani, Syeikh Abu al-Suโ€˜ud ibn Abi al-โ€˜Asyaโ€™ir, Syeikh Ibrahim al-Dusuqi, Sayyid Nuruddin al-Iji, Syeikh Ahmad al-Zawawi, Syeikh Mahmud al-Kurdi, Syeikh Ahmad bin Thabit al-Maghribi, Imam al-Syaโ€˜rani, Syeikh Abu al-Mawahib al-Syazili, Syeikh Nuruddin al-Syuni, al-Habib โ€˜Umar bin โ€˜Abdul Rahman al-โ€˜Attas (penyusun Ratibul โ€˜Attas), Sayyidi โ€˜Abd al-โ€˜Aziz al-Dabbagh, Syeikh Muhammad bin Abi al-Hasan al-Bakri, Sayyidi Ahmad bin Idris, Syeikh Ahmad al-Tijani dan lain-lain.

Antara dalilnya adalah zahir hadis berikut yang menunjukkan seseorang yang soleh boleh bertemu secara sedar atau jaga (yaqazah) dengan Rasulullah s.a.w., tetapi dengan syarat mestilah pernah bertemu dahulu secara mimpi (ruโ€™ya) dengan baginda s.a.w. Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
ยซ ู…ู† ุฑุขู†ูŠ ููŠ ุงู„ู…ู†ุงู… ูุณูŠุฑุงู†ูŠ ููŠ ุงู„ูŠู‚ุธุฉุŒ ูˆู„ุง ูŠุชู…ุซู„ ุงู„ุดูŠุทุงู† ุจูŠยป
โ€œSesiapa yang melihatku di dalam mimpi, maka dia akan melihatku secara yaqazah (di dalam keadaan jaga), kerana syaitan tidak boleh menyerupaikuโ€. [Hadis riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan Ahmad. Lafaznya dari al-Bukhari]

Antara ulama yang mengatakan atau mengiktiraf kemungkinan boleh bertemu secara sedar atau jaga (yaqazah) dengan Rasulullah s.a.w. ialah:

Sila baca selanjutnya di blog ๐Ÿ‘‰ Dr. Khafidz Soroni

Bacaan Tambahan - jawapan Untuk Dr Firanda berkaitan yaqazah :
๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡
sawanih.blogspot.my/2014/07/jawapan-ringkas-terhadap-tulisan.html?m=1
ADAKAH BOLEH MEMBUAT SESUATU AMALAN YANG NABI ๏ทบ TAK BUAT?

Setiap kali malam Nisfu Sya'aban menjelang tiba, ada saja suara-suara yang menghalang orang Islam untuk menghidupkan malam ini dengan ibadah seperti membaca Yasin 3 kali, bermunajat, dan lain-lain dengan tuduhan bid'ah yang sesat dan sebagainya.

Ya benar, tidak ada hadith yang menyatakan Nabi Muhammad ๏ทบ membaca Yasin 3 kali pada malam Nisfi Sya'ban. Namun adakah seseorang itu tidak boleh melakukannya hanya kerana Nabi ๏ทบ tidak melakukannya?

Persoalan diatas adalah sesuatu yang dibincangkan dalam bidang Usul Fiqh dan bukan dalam bidang yang lain. Perkara-perkara yang tidak dilakukan Nabi dipanggil oleh fuqaha dengan istilah al-Tarku (ูุงู„ุชู‘ูŽุฑู’ูƒ).

Kaedah dalam Usul Fiqh menyebutkan bahwa:
ุงู„ุชุฑูƒ ู„ุง ูŠู†ุชุฌ ุญููƒู…ุงู‹
"al-Tarku tidak menatijahkan hukum (makruh atau haram)".

Dalam kaedah lain menyebutkan:
ุงู„ุชุฑูƒ ู„ุง ูŠู‚ุชุถูŠ ุชุญุฑูŠู…ู‡
"al-Tarku tidak menunjukkan keharamannya".

Dari dua kaedah ini, fuqaha' menyimpulkan bahawa sesebuah amalan yang tidak pernah dilakukan oleh Nabi sepanjang hidupnya, tidak boleh dijatuhkan hukum haram, makruh atau bid'ah dolalah keatasnya.

Jika TIDAK terdapat nas dari al-Qur'an dan hadis yang menyatakan keharamannya atau halalnya sesuatu perkara, maka hukumnya kekal harus yakni boleh dilakukan.

Maka sesiapa yang melarang sesuatu perbuatan dengan alasan Nabi ๏ทบ tidak melakukannya dan berpendapat itulah hukum yang benar dan tepat. Maka dia telah keliru dengan ketetapan para fuqaha'.

Fuqaha' mendapat kefahaman fiqh ini berdalilkan ayat al-Quran yg berikut:

"Dan apa sahaja perintah yang dibawa oleh Rasulullah ๏ทบ kepada kamu, maka terimalah serta amallah, dan apa jua yang DILARANGNYA untuk kamu lakukan, maka jauhilah ia".
(Surah al-Hasyr:7)

Ayat ini tidak menyebut "apa yang ditinggalkan" tapi "apa yang dilarang". Maka kefahaman fiqh diambil oleh fuqaha' untuk menyimpulkan bahawa apa yg tidak dilakukan Nabi, ianya adalah tidak haram.

Dalil dari hadis pula, Nabi ๏ทบ bersabda:
"Apabila aku menyuruh kamu melakukan sesuatu, maka lakukanlah apa yang kamu mampu dan apabila aku MELARANG kamu daripada melakukan sesuatu, maka jauhilah ia". (al-Bukhari)

Dalam hadis ini Nabi ๏ทบ tidak mengatakan "apabila aku tidak melakukan sesuatu, maka jauhilah ia". Ini menunjukkan tidak semestinya seseorang tidak boleh melakukan sesuatu yang tidak dilakukan Rasulullah ๏ทบ.

Oleh kerana perkara kebaikan (ibadah sunat) adalah terlalu banyak aneka ragamnya, maka Rasulullah ๏ทบ tidak melakukan semuanya. Hanyasanya Baginda menggariskan prinsip dalam melakukan kebaikan yang boleh mendatangkan pahala.

Iaitu selagi mana ia tidak bertentangan dengan syariat maka hukumnya boleh dilakukan, kerana apa sahaja bentuk kebaikan adalah termasuk dalam keumuman ayat al-Quran ini:
"Dan hendaklah kamu berbuat kebajikan, agar kamu beroleh kemenangan". (Surah al-Hajj:77)

Kesimpulannya ialah perkara-perkara yang tidak dilakukan Nabi ๏ทบ bukanlah merupakan sumber hukum, iaitu apa yang Nabi tidak lakukan, ia bukan kaedah penentuan hukum dan bukan hujah dalam syariat.

Oleh itu, tidak wajar jika ada orang yang mempersoalkan dengan pertanyaan-pertanyaan yang berbentuk persepsi seperti :

1) "kenapa nak buat, sedangkan Nabi tak buat?"
2) "kalau takde hadisnya, kenapa kita nak buat?"
3) "kalau benda tu bagus, dah tentu Nabi dan Sahabat dah buat".
4) "hadis sahih masih banyak lg, kenapa nk amal benda yang tak sahih".
5) "bukankah ajaran Nabi dah sempurna, kenapa nak ada tokok tambah"
6) "seolah-olah apa yang diajar Nabi tak mencukupi dan kurang sehingga nak mereka-reka amalan baru".

Persoalan-persoalan seperti ini tidak perlu timbul kerana kefahaman dalam praktik agama (al-Din) adalah diformulasi oleh para fuqaha, neraca penentuan hukum bukan sekadar dengan persepsi semata-mata atau terletak kepada wujud ataupun tidak hadisnya di dalam Kutub Sittah dan sama ada sudah beramal atau belum dengan hadis sahih secara keseluruhannya.
Sebagai contoh, jika seseorang menganjurkan program yang bernama "Majlis Sambutan Nuzul Qur'an" atau sebuah acara bernama "Karnival Ekspo Sunnah" selama 3 hari 3 malam, dengan niat untuk menghidupkan sunnah dengan cara menarik orang ramai hadir kedalamnya untuk turut serta dalam acara yang disusun dengan pelbagai pengisian ceramah, forum, pameran, nasyid, riadah, acara kesenian dan jualan gerai.

Maka, walaupun majlis atau Karnival seperti itu tidak dijumpai didalam mana-mana hadis akan fadilat pahala melakukan yang seumpama itu, namun mengikut kepada usul fiqh yang dibincangkan diatas, penganjur akan tetap mendapat pahala ibadah diatas usahanya itu apabila ia dilakukan tidak bertentangan dengan syara'.

Oleh itu, tidak wajar sama sekali seseorang menggelar penganjuran majlis atau Karnival yang seperti itu sebagai haram, sesat atau bid'ah dolalah hanya kerana Nabi ๏ทบ tidak pernah melakukan yang seumpama itu.

Bahkan penganjuran majlis atau Karnival yang sedemikian disisi fuqaha' adalah termasuk dalam pengertian Sunnah iaitu "melakukannya dapat pahala dan meninggalkannya tidak mendapat apa-apa". Dan jika usaha itu diteruskan oleh orang-orang setelahnya, semua pahala akan didapati oleh penganjur yang mula-mula melakukannya. Sesuai dengan hadith sahih yang berikut ini:
"Barangsiapa yang menciptakan suatu sunnah kebaikan yang baru dalam Islam dan turut diamalkan setelahnya, maka akan ditulis kepadanya seumpama pahala orang yang mengamalkan dan tidak sedikit pun akan kurang pahala mereka itu".
(Riwayat Muslim)

Sebagai penutup, tidak sewajarnya menghalang seseorang untuk melakukan kebaikan hanya beralasan Nabi ๏ทบ tidak pernah buat kerana jalan kebaikan itu terbentang luas selagi ia tidak bertentangan dengan syariat Islam. Amalan membaca Yasin pada malam Nisfu Sya'ban dengan harapan agar Allah memenuhi hajat dan apa yang diniatkan adalah termasuk dalam perintah Allah untuk bersangka baik kepada-Nya sesuai dengan Hadith Qudsi, Allah Tabaraka wa Ta'ala berfirman:

"Aku adalah di atas persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku"
(Sahih Muslim)

Oleh itu, seseorang yang menyangka bahawa Allah tidak menunaikan hajatnya dengan bacaan Yasin pada malam Nisfu Sya'ban, hendaklah dia tidak menghalang orang lain untuk merebut peluang dan bersangka baik kepada Allah menerusi amalan tersebut.

Disediakan oleh: Ustaz Iqbal Zain al-jauhari
โ€‹โ€‹JANGAN SAMBUNG SOLAT!

Di kebanyakan masjid di negeri Perlis, oleh kerana tidak dibenarkan berselawat antara solat maka berlaku keadaan sambung 2 solat tanpa berkata2 atau bergerak keluar.

Ini jelas bercanggah dengan larangan Nabi ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim ;

ุนู† ุฃู…ูŠุฑ ุงู„ู…ุคู…ู†ูŠู† ู…ุนุงูˆูŠุฉ ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡: ุฃู† ุงู„ู†ุจูŠ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ู†ู‡ู‰ ุนู† ุฃู† ุชูˆุตู„ ุตู„ุงุฉูŒ ุจุตู„ุงุฉ ุญุชู‰ ูŠุชูƒู„ู… ุฃูˆ ูŠุฎุฑุฌ

Dari Mu'awiyah r.a ; Sesungguhnya Nabi saw melarang menyambung satu solat dengan satu solat sehingga lah seseorang itu bercakap atau keluar (bergerak pindah).

Sebahagian ulamak menyatakan sebab larangan ini adalah untuk membezakan solat fardhu dan sunat dan untuk membanyakkan tempat sujud. Maka yang tidak boleh bersambung itu antara solat fardhu dan solat sunat. Namun Imam ibnu Taimiyyah mengatakan ada sebahagian ulamak mengatakan larangan itu mencakupi juga antara solat sunat dan solat sunat. Kata beliau;

ูˆู…ู† ุงู„ุนู„ู…ุงุก ู…ู† ุฐู‡ุจ ุฅู„ู‰ ุฃู† ู‡ุฐุง ุงู„ุญูƒู… ุนุงู… ููŠุดู…ู„ ุงู„ู†ุงูู„ุฉ ูˆุงู„ู†ุงูู„ุฉ ููŠูุตู„ ุจูŠู†ู‡ู…ุง ุจูƒู„ุงู…ู ุฃูˆ ุฎุฑูˆุฌ.

'Hukum ini umum meliputi juga antara solat sunat (nafilah) dengan solat sunat dan mesti dipisahkan kedua2 nya dengan bercakap atau keluar bergerak."

Jika masjid yang mengamalkan selawat antara terawih , maka mereka sudah beramal dgn hadis tersebut kerana berselawat itu seperti kalam (berkata2) antara bilal dan ahli jemaah dan itu sudah memadai.

Namun masjid yang tidak berselawat di kebanyakan negeri Perlis sudah pasti amalan sambung solat berlaku. Saya cadangkan utk masjid di Perlis yg tidak benarkan Selawat terawih, boleh sekurangnya imam atau bilal sebut ayat Al-Quran anjuran selawat;
ุฅู† ุงู„ู„ู‡ ูˆ ู…ู„ุงุฆูƒุฉ ูŠุตู„ูˆู† ุนู„ู‰ ุงู„ู†ุจูŠ ....

Kemudian jemaah menyahut dgn berselawat masing2.. (seperti ketika khutbah), kemudian baru bangkit solat seterusnya. Maka ia jadi seperti nasihat bilal kpd jemaah utk berselawat,dan ia sudah memadai bercakap.

Sekurangnya boleh ikut larangan Nabi saw dalam hadis tersebut dan itulah yang sepatutnya iaitu kita cuba beramal dengan semua hadis bukannya hadis tertentu sahaja.

Jika nak amalkan selawat yang biasa dibuat oleh Masjid2 negeri lain pun ok. WAllahu'alam.

Al-Fadhil Ustaz Mazrisyam bin Sharif