Hiasan kaligrafi di masjid
Ada yang menyatakan bahwa salah satu ciri dari โmasjid sunahโ itu tidak ada hiasan kaligrafinya. Maka, mafhum mukhalafahnya (konsekwensi logisnya),masjid yang ada hiasan kaligrafinya tidak termasuk masjid sunah atau dengan ungkapan lain termasuk masjid bidโah.
Perlu diketahui, bahwa masjid Nabawi itu hampir di setiap sudut ruangannya ada kaligrafinya. Masjid Haram (Kaโbah) di kelambu penutupnya juga ada kaligrafinya. Lalu ketika ditanya, apakah dengan kaidah di atas berarti kedua masjid ini bukan termasuk masjid sunah ? Apakah kedua masjid ini termasuk masjid bidโah ? Hanya terdiam, tidak mampu menjawab sepatah katapun.
Mungkin dia bingung. Mau menjawab masjid bidโah, takut, karena faktanya tidak ada ulama yang membidโahkan kedua masjid tersebut. Mau menjawab tidak, malu, karena bertentangan dengan kaidah atau pernyataan yang dia buat sendiri. Jadi, untuk melayani hal-hal konyol dan bodoh seperti ini, terkadang cukup dengan uji konsistensi saja (pakai logika). Tidak perlu pemaparan ilmiyyah yang tinggi-tinggi.
Imam Abu Bakar bin Abi Syaibah rh dalam Al-Mushannaf (1/399) no (4587) dalam Bab : Menulis sebagian ayat Al-Qurโan dan selainnya di (dinding) masjid, telah meriwayatkan dari Athaโ bin Abi Rabah rh (beliau ini termasuk rujukan fatwa di zamannya di negeri Mekkah dan pernah berjumpa dengan dua ratus sahabat) :
ุฃูู ุณูุฆููู ุนู ุงูู ุณุฌุฏ ูููุชูุจู ูู ูุจูุชู ู ูู ุงููุฑุขูุ ููู ููุฑู ุจู ุจุฃุณูุง
โBeliau ditanya tentang masjid yang ditulis di (dinding) arah kiblatnya dari sebagian (ayat) Qurโan. Maka beliau memandang hal itu tidak mengapa (boleh).โ
Apakah kiranya imam Athaโ bin Abi Rabah juga akan divonis sebagai ahli bidโah karena membolehkan hiasan kaligrafi di dinding masjid ?
Saya pribadi punya pembahasan ilmiyyah dalam masalah ini sekitar tiga halaman folio yang masuk dalam buku yang sedang saya susun yang berjudul โHukum-Hukum Seputar Masjidโ. Sengaja tidak saya publish di medsos agar nantinya rekan-rekan bisa membaca sendiri dengan lebih detail di buku tersebut. Adapun nukilan di atas, serpihannya saja sekedar untuk keperluan uji konsistensi.
Sehingga saya tahu persis rincian masalahnya, perbedaan pendapat ulama mazhab di dalamnya, dalil-dalil dari masing-masing mazhab, terkhusus mazhab yang empat (Hanafi, Maliki, Syafiโi dan Hanbali), serta bagaimana mereka memperlakukan dalil-dalil dalam masalah ini.
Ini sekedar status singkat yang mencerminkan keprihatinan akan adanya oknum-oknum yang masih saja menjadikan masalah khilafiyyah sebagai tolok ukur akan keahlussunahan seseorang (baca manhaj). Dimana mereka bisa bebas sesuka hatinya untuk membidโahkan atau menyesatkan siapa saja yang tidak sependapat dengan mereka. Wallahul mustaโan.
Ustaz Abdullah Al-Jirani
"Vaksin daripada Unsur Haram"
Isu yang selalu menjadi kemusykilan orang ramai ialah dakwaan vaksin dihasilkan daripada unsur haram seperti babi. Sedangkan kita sedia maklum bahawa Islam melarang kita menggunakan benda yang haram.
1. Sebenarnya isu ini adalah 'settled issue' atau isu lama yang telah diselesaikan sejak begitu lama di kalangan ulama berkaitan unsur haram di dalam vaksin. Banyak fatwa tempatan dan antarabangsa yang telah dikeluarkan tentang vaksin yang boleh kita rujuk.
2. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (Muzakarah MKI) sejak tahun 1988 telah mengeluarkan pelbagai fatwa tentang vaksin. Fatwa yang dikeluarkan tentang imunisasi Hepatitis B, Campak, Tibi, Batuk Kokol, Difteria, Tetanus, Polio, Rubela, Meningococcal Meningitis, Vaksin BioThrax, Vaksin RotaTeq, Vaksin Human Papilloma Virus dan Vaksin Meningitis Menveo.
3. Kaedah asal ialah vaksin jika dihasilkan daripada benda suci dan tidak memudaratkan manusia maka ia tiada isu syariah. Ia harus digunakan sebagai langkah pencegahan daripada penyakit yang berjangkit atau wabak yang boleh membawa kepada risiko kematian.
4. Jika vaksin itu mempunyai unsur haram maka ia terbahagi kepada dua kategori. Pertama, jika ada vaksin lain yang suci maka tidak boleh digunakan vaksin yang ada unsur haram. Perkara ini menjadi asas dalam fatwa-fatwa Muzakarah MKI tentang vaksin.
5. Contoh Muzakarah MKI memutuskan hukum menggunakan pelalian Meningococcal Meningitis Mencevax yang diambil daripada sumber lembu adalah harus. Manakala Meningococcal Miningitis Momumune yang mengandungi unsur bovine (lembu), porsin (babi) dan avian (itik) adalah haram.
6. Kedua, jika tiada vaksin alternatif yang suci tetapi keadaan bersifat darurat bagi menyelamatkan nyawa maka vaksin yang ada unsur haram dibenarkan kerana menjaga nyawa atau 'hifz al-nafs' adalah di antara objektif syariah. Ini bermakna sesuatu vaksin itu tidak semudah itu untuk diharuskan tanpa justifikasi yang kuat.
7. Contoh Muzakarah MKI memutuskan vaksin BioThrax dan RotaTeg yang mempunyai unsur haram sebagai tidak dibenarkan kerana situasi semasa dianggap tidak darurat, terdapat bahan alternatif yang lain dan tiada data sokongan kuat membuktikan rakyat perlu kepada kedua vaksin ini.
8. Selain itu, konsep Istihalah dan Istihlak boleh diaplikasi dalam fatwa tentang vaksin. Istihalah ialah proses semulajadi yang memberikan kesan perubahan hukum kerana berubahnya zat. Iaitu bahan yang haram berubah struktur kimia dan ciri fizikalnya kepada unsur dan sifat lain. Maka hukumnya adalah halal dan suci. Ini pandangan mazhab Hanafi dan dipersetujui oleh Sheikh Yusuf Al-Qaradawi dan Sheikh Wahbah Al-Zuhaili.
9. Konsep Istihlak pula bahan haram yang sedikit bercampur dengan bahan yang suci berlipat kali ganda sehingga menghilangkan sifat dan ciri-ciri asal yang terkandung dalam bahan tersebut. Bahan tersebut telah rosak sifat dan ciri asalnya, walaupun ia masih kekal seperti mencampurkan setitis arak ke dalam air. Istihlak mempunyai kesan hukum sama seperti Istihalah.
10. Muzakarah MKI tidak menyebut dengan jelas tentang Istihalah dan Istihlak dalam fatwa yang dikeluarkan tentang vaksin. Kedua konsep ini boleh diperhatikan semasa pembuatan vaksin. Unsur haram berasal daripada babi dan sebagainya di dalam vaksin itu berubah daripada struktur kimia dan sifat kepada benda baru atau 'new thing'.
11. Di dalam pembuatan vaksin juga berlaku penyaringan, penyucian dan pemurnian berulang kali sehingga bahan asal itu tidak dapat dikesan pada peringkat akhir vaksin. Dengan kata lain, unsur asal haram tidak lagi menjadi kandungan bagi vaksin. Ini antara justifikasi Jawatankuasa Fatwa Singapura yang memutuskan Vaksin Rotavirus adalah halal dan suci.
12. Kerajaan Malaysia akan mengimport vaksin COVID-19 daripada Pfizer. Vaksin ini diperbuat daripada mRNA dan tidak terlibat dengan unsur haram. Terdapat syarikat tempatan akan mengimport vaksin COVID-19 daripada Annui Zhifie dari China dan akan melakukan proses mendapat pensijilan halal daripada JAKIM. Keadaan ini melegakan semua pihak. Maka tidak timbul dakwaan vaksin COVID-19 diperbuat daripada unsur haram.
13. Muzakarah MKI pasti akan mengeluarkan fatwa tentang vaksin COVID-19 sebagaimana berlaku pada vaksin-vaksin yang terdahulu. Berdasarkan fatwa-fatwa terdahulu, kita memahami bahawa Muzakarah MKI tidak semborono mengeluarkan fatwa. Mereka akan melakukan kajian mendalam dengan memastikan kesucian bahan, keperluan masyarakat dan tidak membahayakan orang ramai.
14. Dengan itu, kita sebagai rakyat negara ini tidak perlu bimbang dengan pelbagai dakwaan tentang terdapat unsur haram dalam vaksin. Muzakarah MKI telah mengeluarkan pelbagai fatwa tentang perkara ini daripada aspek hukum dengan jelas sekali.
15. Fatwa berkaitan vaksin yang dikeluarkan oleh Muzakarah MKI sebagai pihak yang berautoriti dalam fatwa di negara ini adalah yang terbaik untuk diikuti demi kemaslahatan kita bersama.
Dr. Abdรฉl Rahmanov
9 Dis 2020
"Pasangan Bercinta & Vaksin"
https://bit.ly/3lZ75ic
"Pandangan Dr. Haron Din tentang Vaksin"
https://bit.ly/3qCVEjZ

Facebook
Log in to Facebook
Log in to Facebook to start sharing and connecting with your friends, family and people you know.
โโBayan Linnas - Penjelasan Isu Semasa
Bersama Sahibus Samahah Dr. Luqman bin Hj. Abdullah (Mufti Wilayah Persekutuan)
Bermula 24 Disember 2020 | 9 Jamadilawal 1442H
Setiap Khamis dan Jumaat
Pada 7:25 malam
Hanya di TVAlhijrah
Bersama Sahibus Samahah Dr. Luqman bin Hj. Abdullah (Mufti Wilayah Persekutuan)
Bermula 24 Disember 2020 | 9 Jamadilawal 1442H
Setiap Khamis dan Jumaat
Pada 7:25 malam
Hanya di TVAlhijrah
Isu Nabi Khidir a.s,
samada Baginda masih hidup hingga kini atau sudah wafat...yang nak disentuh di sini ialah soal manhaj SAHAJA, yakni manhaj dalam membincangkan isu ini dan isu-isu seumpamanya.
1. Isu ini ialah isu khilafiyyah. Majoriti ulama mengatakan Nabi Khidir a.s masih hidup hingga kini.
Dari itu, isu ini perlu dilayan seperti masalah-masalah khilafiyyah yang lain.
Bila bercakap tentang masalah khilafiyyah, kita sebenarnya sedang bercakap soal 'rajih' dan 'marjuh'. Yakni mana pendapat yang rajih (kuat) dan mana pendapat yang marjuh (tidak kuat).
Dalam masalah khilafiyyah, kita tidak bercakap tentang hak dan batil, atau mitos dan fakta. Yang kita perkatakan ialah soal rajih dan marjuh saja.
Inilah manhaj yang sepatutnya diikuti ketika membincangkan isu-isu khilafiyah seperti isu hidup atau wafatnya Nabi Khidir a.s ini.
2. Masalah khilafiyyah hendaklah ditampilkan kepada masyarakat sebagai masalah khilafiyyah.
Tidak wajar masalah khilafiyyah dihidangkan kepada khalayak seolah-olah ia masalah yang disepakati para ulama.
Memahamkan masyarakat awam bahawa satu-satu masalah yang sebenarnya khilafiyyah, adalah masalah yang disepakati para ulama, kesannya sangat negatif.
Jadi, manhaj kedua dalam perbahasan isu-isu khilafiyyah ialah menampilkannya dalam sifatnya yang sebenar, iaitu ia adalah masalah khilafiyyah.
3. Berkenaan Nabi Khidir a.s masih hidup sehingga kini merupakan pendapat majoriti ulama, ia dinyatakan Imam Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim :
ุฌู ููุฑ ุงูุนูู ุงุก ุนูู ุฃูู ุญู ู ูุฌูุฏ ุจูู ุฃุธูุฑูุงุ ูุฐูู ู ุชูู ุนููู ุนูุฏ ุงูุตูููุฉ ูุฃูู ุงูุตูุงุญ ูุงูู ุนุฑูุฉ...ููุงู ุงูุดูุฎ ุงุจู ุนู ุฑ ุจู ุงูุตูุงุญ : ูู ุญู ุนูุฏ ุฌู ุงููุฑ ุงูุนูู ุงุก ูุงูุตุงูุญูู ูุงูุนุงู ุฉ ู ุนูู ูู ุฐูู. ูุงู : ูุฅูู ุง ุดุฐ ุจุฅููุงุฑู ุจุนุถ ุงูู ุญุฏุซูู.
"Majoriti ulama berpendapat Baginda masih hidup, masih wujud di kalangan kita. Hal ini disepakati di sisi golongan sufi, orang-orang soleh dan ahli makrifat...
Berkata Syaikh Abu Umar Ibn as-Solah (Ibnus Solah) : Baginda masih hidup di sisi majoriti ulama dan orang-orang soleh, dan orang-orang awam bersama mereka [majoriti ulama] dalam hal ini.
Beliau (Ibnus Solah) berkata : hanya sesetengah ahli hadis yang 'ganjil' [dalam soal ini] disebabkan mengingkarinya (hidupnya Nabi Khidir a.s)".
Ulama lain yang mengatakan Nabi Khidir a.s masih hidup merupakan pendapat majoriti ulama, ialah Imam Ibn Kathir dalam an-Nihayah Wal Bidayah, Imam al-Qastalani, Imam al-Alusi dan ramai lagi.
Ada juga segelintir ulama yang mengatakan Nabi Khidir telah wafat merupakan pendapat jumhur, iaitu Imam Abu Hayyan al-Andalusi dan Syaikh Wahbah Zuhayli.
Yang sahih ialah seperti yang dinyatakan Imam Nawawi, Imam Ibn Kathir, Imam Ibnus Solah dan lain-lain.
4. Melalui catatan di atas, nyata pendapat bahawa Nabi Khidir a.s masih hidup bukanlah satu mitos. Ia juga bukan kepercayaan Syiah yang menyerap masuk ke dalam pemikiran Ahli Sunnah.
Ia sebaliknya pendapat majoriti ulama. Antaranya Khalifah Umar Ibn Abdul Aziz seperti yang dinyatakan al-Hafiz Ibn Hajar dalam al-Isobah dan al-Qastalani dalam Irsyadul Sari.
5. Tulisan ini tidak mengulas dalil-dalil kedua-dua pihak (yang mengatakan Nabi Khidir masih hidup dan yang mengatakan sebaliknya). Ini kerana yang ditumpu dalam hantaran ini HANYAlah meluruskan manhaj perbahasan isu-isu khilafiyyah. Selain tiada manfaat (pada pandangan penulis) isu seperti ini dibincangkan.
Wallahu a'lam.
Ustaz Shamsul Muda
Facebook
Log in to Facebook
Log in to Facebook to start sharing and connecting with your friends, family and people you know.
Umat Islam di WP boleh memuat turun Majalah al-Bayan โPengambilan Vaksin COVID-19: Hukum dan Permasalahanโ melalui QR code yang disediakan di masjid dan surau Jumaat seluruh Wilayah Persekutuan bermula hari ini.
Anda juga boleh muat turun di https://mira.gov.my/wp-content/uploads/2021/01/AL-BAYAN_SIRI-7.pdf
Anda juga boleh muat turun di https://mira.gov.my/wp-content/uploads/2021/01/AL-BAYAN_SIRI-7.pdf
Jangan terlalu mengagungkan bangsa Yahudi, sehinggakan apa yg berlaku di dunia kini dianggap terhasil daripada perancangan Yahudi. Jika begitu, cerdik sungguh la puak2 ni sampai depa atuq dunia ikut telunjuk depa.
Bangsa Yahudi adalah bangsa yg dihinakan oleh Allah ุณุจุญุงูู ูุชุนุงูู di dalam al-Quran. Mereka tiada nilai apa2. Jika mereka cerdik, mereka mesti beriman kepada Nabi Muhammad ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู . Tetapi disebabkan mereka tak cerdik, mereka tidak beriman kpd Nabi akhir zaman. Di kala Allah menjanjikan pahala yg berganda kpd mereka apabila masuk Islam, mereka tidak masuk Islam juga. Sebahagian kecil sahaja masuk Islam.
Oleh itu, orang yg terpesona dgn teori konspirasi ni sebenarnya mereka terlaku mengagungkan Yahudi. Seakan-akan Yahudi lah perancang segala-galanya, berjaya menguasai dunia, sehinggakan mereka melupakan Allah, Tuhan semesta alam.
Kita sbg umat Islam, berpegang teguhlah kepada ajaran yg dibawa oleh Nabi Muhammad ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู dan diteruskan oleh para ulama. Umat Islam dahulu jatuh, disebabkan mereka menjauhkan ajaran Islam dan berpecah belah. Umat Islam tidak akan kembali kuat, jika mereka sendiri tidak merasai keizzahan bersama Islam. Umat Islam yg kuat adalah umat Islam yg bersatu, mempunyai kefahaman agama yg mendalam, menghayati aqidah, syariat dan akhlak dgn baik, serta banyak memohon pertolongan kepada Allah ุณุจุญุงูู ูุชุนุงูู. Insya-Allah, umat Islam akan sentiasa menang, jika mereka benar2 kembali kpd Islam dgn pemahaman yg benar yg dipandu oleh ulama, pewaris ilmu para Nabi.
Wallahu'alam.
Dr. Mohd Murshidi Mohd Nor
Majlis Akademi Islami

CABUT RUMPUT ATAS KUBUR
SOALAN :
Apakah hukumnya mencabut rumput di atas kubur?
JAWAPAN :
Sebelum masuk kepada perbahasan hendaklah diketahui bahawa maksud rumput di atas kubur yang dibahaskan oleh ulamak ialah segala yang tumbuh di atas tempat yang di tanam mayat di bawahnya yang dinamakan sebagai kubur.
Ada pun kawasan yang tidak ada ditanam dibawahnya mayat seperti jalan yang ada dikeliling kubur dan tanah lapang yang ada di dalam sempadan tanah perkuburan itu bukan termasuk kubur yang dibahaskan dalam masalah ini.
Hukum mencabut rumput dan pokok yang tumbuh di atas kubur ini berlaku khilaf dikalangan ulamak mazhab padanya.
PENDAPAT ULAMAK MAZHAB SYAFIE
Haram Cabut Tumbuhan Di Atas Kubur.
Tersebut pada kitab Fathul Muโin :
ููุญุฑู ุฃุฎุฐ ุดูุก ู ููู ุง ู ุง ูู ููุจุณุง ูู ุง ูู ุฃุฎุฐ ุงูุฃููู ู ู ุชูููุช ุญุธ ุงูู ูุช ุงูู ุฃุซูุฑ ุนูู ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู
Artinya : โDan haram mengambil (cabut) suatu dari keduanya (yaitu pelepah kurma atau pokok yang ditanam diatas kubur) selama ia belum kering (mati) kerana mengambil (umpama pelepah kurma yang ditanam d atas kubur) itu menghilangkan hak mayat yang datang kisahnya dari hadith Nabi saw.โ
Yang dimaksudkan haram di sini ialah jika yang mencabut rumput yang ada di atas kubur itu ialah bukan pemiliknya (waris atau penjaganya). Ada pun pemiliknya maka tidak haram mencabutnya.
HARUS PEMILIKNYA MENCABUT TUMBUHAN ATAS KUBUR
Tersebut pada "kitab Hasyiah Al-Qalyubi :
ููููุง ููุฌููุฒู ููุบูููุฑู ู ูุงูููููู ุฃูุฎูุฐููู ู ูุง ุฏูุงู ู ุฑูุทูุจูุง ููุชูุนูููููู ุญูููู ุงููู ููููุชู ุจูููุ ููุฅูุฐูุง ุฌูููู ุฌูุงุฒู ููููููู ุฃูุญูุฏู ุฃูุฎูุฐููู
Artinya : _โDan tidak harus mencabut tumbuhan di atas kubur oleh selain pemiliknya selama tumbuhan itu masih hidup kerana bergantung hak mayat dengannya. Dan apabila tumbuhan itu telah mati nescaya harus bagi sesiapa sahaja mencabutnya.โ_
Maka difahami dari perkataan Syeikh Qalyubi ini bahawa kalau pemilik kubur yang mencabutnya maka tidaklah haram.
Dan tersebut pada kitab An-Nihayah bagi Syeikh Ramli :
ููู ุชูุน ุนูู ุบูุฑ ู ุงููู ุฃุฎุฐู ู ู ุนูู ุงููุจุฑ ูุจู ูุจุณู
Artinya : _โDan tertegah atas selain pemiliknya mencabut tumbuhan di atas kubur sebelum tumbuhan itu mati.โ_
Dan tersebut pada kitab Hasyiah Syarwani ala At-Tuhfah :
ูู (ูููููููู ููููุญูุฑูู ู ุฃูุฎูุฐู ุฐููููู) ุฃููู ุนูููู ุบูููุฑู ู ูุงูููููู
Artinya : _โDan maksud perkataan Syeikh Ibnu Hajar haram mencabut tumbuhan atas kubur itu ialah atas yang bukan pemiliknya."_
Dan tersebut pada kitab Al-Iqnaโ bagi Syeikh Khatib As-Syarbini" :
ููููุง ููุฌููุฒู ููููุบูููุฑู ุฃูุฎูุฐููู ู ููู ุนูููู ุงููููุจูุฑู ููุจููู ููุจูุณูู
Artinya : โDan tidak harus bagi selain pemilik kubur mencabut tumbuhan atas kubur itu jika ia belum kering (mati).โ
PEMILIK DIHARAMKAN MENCABUT TUMBUHAN ATAS KUBUR
Dan maksud pemilik atau waris empunya kubur boleh mencabut tumbuhan atau rumput di atas kubur itu ialah selama masih ada tinggal sebahagiannya.
Ada pun mencabut semuanya hingga tidak ada satu pun yang tumbuh di atas kubur itu hukumnya tetap haram.
Berkata Syeikh Al-Bujairimi :
ููุญูุงุตููููู ุฃูููููู ุฅูู ููุงูู ุงูุดููููุกู ุงููุฃูุฎูุถูุฑู ูููููููุง ููุฎููุตูุฉู ุฃููู ุฎููุตูุชููููู ู ูุซูููุง ููุง ููุฌููุฒู ูููู ุฃูุฎูุฐููู ูููููู ุฃูุฎูุถูุฑู ููุฃูููููู ุตูุงุฑู ุญููููุง ููููู ููููุชู ููุญูุฑููู ู ุฃูุฎูุฐูููุ ุฃูู ููุง ุฅุฐูุง ููุงูู ููุซููุฑูุง ููุฅูููููู ููุฌููุฒู ุงููุฃูุฎูุฐู ู ููููู
Artinya : โDan kesimpulannya jika adalah sedikit yang tumbuh di atas kubur itu seperti beberapa helai sahaja nescaya tidak harus bagi pemiliknya mencabutnya ketika masih hidup kerana ia menjadi hak mayat maka haram mengambilnya. Ada pun jika banyak yang tumbuh hidup maka sungguhnya harus bagi pemiliknya mengambil sebahagian daripadanya.โ (Hasyiah Bujairimi)
Maksudnya jika banyak tumbuh rumput atau pokok di atas kubur itu maka pemiliknya hanya boleh mencabut sebahagian sahaja bukannya kesemuanya. Dan jika hanya sedikit yang tumbuh maka tidak boleh mengambilnya kerana akan hilang kesemua yang ada.
MAZHAB HANAFI MEMAKRUHKAN CABUT RUMPUT ATAS KUBUR
Berkata Syeikh Al-Khadimi Al-Hanafi :
: ูู ููุง ููุน ุงูุดูู ูุงูุญุดูุด ุงูุฑุทุจูู ุนูู ุงููุจุฑุ ูุฅูู ู ูุฑููุ ูุฅู ุงููุจุงุชุงุช ู ุง ุฏุงู ุช ุฑุทุจุฉ ุชุณุจุญ ุงูููุ ูุญููุฆุฐ ููุชูุน ุงูู ูุช ููุณุชุฃูุณ ุจุชุณุจูุญูุง
Artinya : โDan setengah dari yang dilarang itu ialah mencabut pokok dan rumput yang masih hidup keduanya yang tumbuh di atas kubur maka sungguhnya hukumnya adalah makruh. Dari kerana bahawsanya segala yang tumbuh itu selama ia hidup ia bertasbih akan Allah maka pada ketika itu akan memberi guna kepada mayat dan menumpang rahmat dari tasbihnya itu.โ (Kitab Bariqah Mahmudiyyah)
KESIMPULAN
Haram atas bukan pemilik atau waris penghuni kubur mencabut atau mengambil tumbuhan yang hidup di atas kubur orang lain daripada rumput atau pokok-pokok.
Harus ke atas pemiliknya mengambil atau mencabut rumput dan pokok yang tumbuh di atas kubur dengan syarat ditinggalkan hidup sebahagiannya. Jika dicabut semuanya sekali maka hukumnya adalah haram.
Harus memotong atau membuang pokok-pokok dan rumput yang bukan di atas kubur yang tumbuh di sekeling kubur kerana memudahkan orang lalu dan ziarah atau supaya tidak tinggal haiwan yang berbisa padanya.
wallahuaโlam
Ustaz Azhar Idrus

Log in or sign up to view
See posts, photos and more on Facebook.