Pendidik2u
147K subscribers
3.73K photos
62 videos
1.15K files
7.3K links
Info Dunia Pendidikan dan Maklumat Semasa https://www.pendidik2u.my
Download Telegram
Mulai 1 Januari 2022, pengautomasian sepenuhnya sistem pengurusan pertukaran dan penempatan guru (e-GTukar) dengan beberapa penambahbaikan fungsi baharu telah mula dilaksanakan.

Guru-guru sudah boleh mengakses aplikasi tersebut pada tarikh yang sama. Susulan perubahan kepada aplikasi tersebut, KPM telah menerima pelbagai pandangan dan maklum balas daripada guru yang membuat permohonan melalui e-GTukar.

KPM sedang meneliti pandangan yang diberikan. KPM komited untuk mengoptimumkan lagi aplikasi baharu ini berdasarkan penelitian terhadap pandangan yang diterima.

Terima kasih guru-guru atas pandangan anda semua mengenai sistem baharu yang dilancarkan ini.

#DRJ
#eGTukar
#KPMPrihatin
Ramai guru bertanya bila tarikh pengumuman eGTukar bagi Penggal Ketiga ini akan diumumkan.

Keputusan permohonan #EGTukar bagi Penggal Ketiga akan diumumkan jam 5.00 petang ini. Guru yang memohon boleh menyemak keputusan permohonan di pautan ini: https://epgo.moe.gov.my/

#DRJ
#KPMPrihatin