POSITIVE CIRCLE
849 subscribers
696 photos
13 videos
15 files
327 links
Komuniti sokongan moral untuk semua. Himpunan bahan bersifat positif bagi memberi manfaat dan kebaikan kepada kehidupan. Jom sebarkan POSITIF
Download Telegram
Penggunaan teknologi digital yang berlebihan dapat mengurangkan interaksi sosial tatap muka, yang sangat penting untuk mengembangkan kemahiran sosial-emosi terutamnya kepada kanak-kanak.

Interaksi digital mungkin tidak mempunyai isyarat bukan lisan yang penting seperti bahasa badan, hubungan mata, dan sentuhan fizikal, yang penting untuk belajar memahami dan menyatakan emosi dalam suasana dunia nyata

(Rozita, 2024)

...

Realiti hari ini yang perlu difikirkan dan diubah segera.

#kongsipositif
#positivecircle21
Siri Positif: 9 Konsep SELF & Hijrah

Kadang-kadang kita sangka hijrah itu sekadar berpindah tempat.
Hakikatnya, hijrah paling besar berlaku dalam diri.

Poster ini mengingatkan kita bahawa perubahan bukan satu langkah ajaib, tetapi satu perjalanan psikologi yang dibina daripada 9 konsep SELF.

Hijrah bermula bila kita kenal diri.
Sedarkan emosi, faham reaksi, dan jujur dengan kekuatan serta kelemahan sendiri.

Bila kita mula jaga harga diri, kita tidak lagi merendahkan diri demi diterima, dan tidak meninggikan diri hingga melukakan orang lain.

Dalam proses berubah, akan ada hari jatuh dan lelah.
Di sinilah belas kasihan pada diri menjadi ubat.

Bercakap baik dengan diri sendiri bukan kelemahan, tapi tanda kematangan.

Hijrah juga perlukan keberkesanan diri.
Percaya bahawa “aku mampu belajar”, walaupun belum sempurna.

Disiplin dan regulasi emosi pula ibarat stereng. Tanpa kawalan, niat baik pun boleh tersasar.

Motivasi menjaga langkah, imej diri menjaga arah. Kita berubah bukan untuk kelihatan hebat, tetapi untuk menjadi lebih bererti.

Dan akhirnya, hijrah sebenar berlaku bila kita melangkah ke sesuatu yang lebih besar daripada diri sendiri.

Apabila hidup tidak lagi berputar pada “aku”, tetapi pada nilai, makna dan manfaat.

Hijrah bukan tentang siapa kita semalam. Hijrah tentang siapa yang kita pilih untuk jadi hari ini.

Pelan-pelan.
Asal bergerak.

#kongsipositif
#positivecircle21
Cadangan 5 Fokus Utama Tahun 2026.

1. Kesihatan fizikal dan mental jadi aset utama. Badan mula beri isyarat. Fokus pada tidur berkualiti, pemakanan seimbang dan pengurusan stres. Kesihatan bukan untuk gaya hidup, tapi untuk kelangsungan ibadah, kerja dan hubungan.

2. Emosi stabil, ego dikurangkan
Kurangkan reaksi, tingkatkan refleksi. Tak semua perkara perlu dibalas, tak semua pendapat perlu dimenangkan. Kematangan emosi lahir bila ego tidak lagi memimpin tindakan.

3. Kualiti hubungan, bukan kuantiti
Lingkaran sosial mungkin makin kecil, tapi lebih jujur dan menyokong. Utamakan keluarga, sahabat yang ikhlas dan persekitaran yang sihat dari segi emosi dan nilai.

4. Kerjaya dan sumbangan: dari cari nama ke tinggal makna
Fokus bukan lagi sekadar jawatan atau pengiktirafan. Lebihkan perkongsian ilmu, membimbing orang lain dan meninggalkan kesan baik yang berpanjangan.

5. Spiritual lebih dalam, bukan sekadar rutin. Ibadah bukan checklist, tetapi hubungan. Perbanyak muhasabah, syukur dan redha. Ketenangan datang bila hati rapat dengan Allah walau hidup tidak sempurna.

Moga kita semua diberi kekuatan untuk menempuh 2026 dengan penuh iltizam.

#kongsipositif
Musim cuti sekolah ni, rumah jadi macam mini tadika.
Mainan bersepah, suara ketawa berselang dengan ayat klasik:

“Tu aku punya.”
“Dia rampas.”
“Tak adil.”

Kenapa kanak-kanak suka berebut dan nampak macam tidak faham perasaan orang lain?

Jawapannya bukan semata-mata sebab mereka degil atau nak menang. Ia sangat berkait dengan perkembangan minda kanak-kanak.

Menurut Jean Piaget, kanak-kanak sekitar umur 2 hingga 7 tahun berada dalam fasa praoperasi. Dalam fasa ini, cara berfikir mereka masih bersifat egosentrik. Egosentrik di sini bukan bermaksud ego yang negatif, tetapi keterbatasan perkembangan kognitif.

Maksudnya mudah: Dunia dilihat dari sudut pandang diri sendiri.
Apa yang dirasa sendiri lebih jelas berbanding perasaan orang lain.
Sukar untuk membayangkan perspektif orang lain secara serentak.

Sebab itu apabila dia kata: “Aku sedih,”
perasaan itu benar dan kuat bagi dirinya.

Namun apabila orang lain sedih, otaknya belum cukup matang untuk memproses bahawa perasaan orang lain juga sama penting dan perlu dipertimbangkan.

Berebut mainan sebenarnya adalah sebahagian daripada proses pembelajaran emosi, bukan kegagalan disiplin.

Dalam fasa ini, kanak-kanak sedang belajar: Mengurus keinginan sendiri
Menunggu giliran
Memahami konsep adil
Mengenal emosi diri sebelum mampu memahami emosi orang lain

Peranan orang dewasa pula bukan sekadar melarang atau memarahi dengan arahan ringkas seperti, “Bagi, jangan kedekut.”

Sebaliknya, bantu mereka menamakan emosi: “Adik marah sebab nak main mainan tu, ya?”
“Kawan adik sedih bila mainannya dirampas.”

Apabila emosi diberi bahasa, empati mula berkembang.

Cuti sekolah ini, jika anak-anak berebut, tarik nafas.
Itu bukan tanda mereka bermasalah.
Itu tanda mereka sedang belajar menjadi manusia.

#kongsipositif
#notaDP
Anak susah nak lepas bila masuk sekolah?

Kenapa?

Jom baca sini....

https://www.facebook.com/share/p/1BqSowRH58/

#kongsipositif
#positivecircle21
Kenapa anak susah tidur malam bila dah sekolah?

Jom baca sini;

https://www.facebook.com/share/p/1Rvznfe48x/

#kongsipositif
#positivecircle21
#notaDP
Kita luncur.

Bismillah!

Panduan Ringkas Fasilitator.

Pembacaan ringkas dan cepat bagi yang nak refresh balik fungsi , ciri-ciri dan kemahiran sebagai seorang fasilitator.

Boleh dapatkan di sini ya:

https://s.shopee.com.my/LhPBxH8ck

#kongsipositif
Buku Panduan Ringkas Fasilitator

Salah Faham Tentang Fasilitator

Ramai sangka fasilitator ni;

📌 kena banyak bercakap,
📌 kena paling pandai,
📌 kena bagi jawapan,
📌 atau sekadar “pengacara aktiviti”.

Hakikatnya, itu semua bukan peranan utama fasilitator.

Fasilitator bukan orang yang mendominasi, tetapi orang yang membuka ruang.

Bukan untuk tunjuk siapa paling bijak,
tetapi membantu orang lain berfikir dengan lebih jelas.

Bukan untuk beri jawapan siap,
tetapi memandu soalan supaya peserta jumpa jawapan sendiri.

Kadang fasilitator banyak bercakap,
kadang lebih banyak diam.
Sebab diam pun satu kemahiran. Beri ruang untuk orang lain bersuara, berfikir dan berkembang.

Ringkasnya, fasilitator bukan hero di depan, tetapi pemudah cara di tengah.

Bila sesi jadi hidup, peserta aktif,
dan hasil datang daripada mereka sendiri. Makq di situlah kerja fasilitator sebenarnya berjaya.

#kongsipositif

#kongsipositif
#positivecircle21
Gosok Baju, Gosok Stres Sekali

Esok dah Isnin. Minggu kerja bermula semula. Biasanya malam Ahad kita mula kemaskan persiapan seperti basuh baju, lipat pakaian, dan gosok baju untuk esok.

Nampak macam rutin biasa. Tapi sebenarnya ada sesuatu yang menarik. Aktiviti seperti menggosok baju boleh membantu tubuh rasa lebih relaks.

Pergerakan iron yang perlahan dan berulang memberi kesan menenangkan kepada sistem saraf kita.

Dalam sains saraf, gerakan yang konsisten seperti ini membantu mengaktifkan sistem saraf parasimpati (parasympathetic nervous system), iaitu sistem yang membantu tubuh bertenang selepas tekanan.

Sebab itu kadang-kadang ketika kita gosok baju, fikiran yang berserabut mula perlahan-lahan reda.

Selain itu, ada satu lagi perkara kecil yang memberi kesan kepada emosi kita. Apabila melihat baju yang berkedut bertukar menjadi licin dan kemas, otak mendapat rasa pencapaian kecil. Perasaan ini boleh membantu menaikkan mood dan memberi rasa teratur sebelum memulakan minggu kerja.

Jadi malam ini, kalau sedang gosok baju untuk esok, cuba buat dengan tenang. Tak perlu terlalu fikir tentang kerja esok atau tekanan minggu depan. Fokus sahaja pada satu perkara di hadapan kita.

Kadang-kadang cara paling mudah untuk mengurangkan stres esok adalah dengan memberi sedikit ruang kepada diri untuk bertenang hari ini.

Semoga minggu baharu bermula dengan hati yang lebih ringan. InsyaAllah.

Hasbullah Mustafa
Pegawai Psikologi
PKMD Tangkak

#kongsipositif
Taqabbalallahu minna wa minkum

تَقَبَّلَ اللّٰهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ

“Semoga Allah menerima (amal) daripada kami dan daripada kamu.”

Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin.

#kongsipositif
#positivecircle21
MAKNA HARI RAYA

Hari Raya bukan sekadar baju baru…
bukan sekadar juadah di meja…

Tetapi tentang hati yang kembali hidup.

Tentang kita yang belajar memaafkan,
walaupun luka itu pernah dalam.

Tentang kita yang berani menghulur tangan, walaupun ego pernah mengikat.

Hari Raya mengajar kita…
bahawa kemenangan sebenar bukan pada zahir, tetapi pada jiwa yang berjaya kembali kepada fitrah.

Kadang-kadang…
yang paling berat bukan nak balik kampung, tetapi nak balik kepada hati yang tenang.

Dan di situlah makna sebenar raya bila kita mampu berkata:

“Aku maafkan… dan aku juga mohon dimaafkan.”

Kerana akhirnya…
hidup ini bukan tentang siapa paling betul, tetapi siapa yang paling ikhlas memulakan kebaikan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026
Maaf Zahir & Batin

#kongsipositif
#positivecircle21