PDPR BM T3
933 subscribers
266 photos
30 files
78 links
Perkongsian pdpr bm tingkatan 3, sila ubah atau tambah mengikut kesesuaian aras murid
Download Telegram
Forwarded from Erph 2021
Sila baca format karangan jenis pidato.
Forwarded from Erph 2021
muka surat 235-236
🗒Nota untuk murid


🌷Format Karangan Jenis Pidato

1. Pembuka Kata
- kata alu-aluan keoada hadirin mengikut kedudukan

2. Takrifan tajuk
- penjelasan maksud frasa yang menjadi tajuk pidato.

3. Kata penghadapan di awal setiap isi atau perenggan sebelum memulakan pidato.
- Hadirin yang dihormati
- Hadirin sekalian

4. Isi pidato
- idea utama
- huraian
- contoh

5. Penutup
- ayat penegasan
- ayat cadangan
- ayat harapan


Kosa kata menarik/ Peribahasa

1. Melentur buluh biarlah dari rebungnya
- mendidik anak biarlah sejak kecil

2. Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung
- mematuhi peraturan dan adat di tempat yang diduduki.

3. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.
- Sebaik-baik negara orang, baik lagi di negara sendiri.

4. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.
- Kata sepakat yang dicapai dalam kehidupan bermasyarakat


🌷Tajuk : Kerangka Langkah-langkah menyemarakkan Semangat Patriotik.

Pendahuluan
- Pembuka kata- ucapan alu-aluan
- tajuk pidato
- takrifan tajuk pidato


Isi 1
Murid perlu disedarkan tentang perjuangan tokoh-tokoh terdahulu dalam memerdekakan tanah air agar dapat menyematkan semangat patfiotik dalam diri mereka.

Isi 2
- Televisyen menyiarkan lagu-lagu patriotik, filem bertemakan perjuangan serta rancangan televisyen yang dapat memupuk semangat patriotik.

Isi 3
Badan-badan bukan kerajaan perlu mengadakan program atau aktiviti yang melibatkan pelbagai kaum.

Penutup
Semangat patriotik dapat melahirkan warganegara yang cinta akan negara sendiri.
Forwarded from PDPR BM T3
KELAS :
TARIKH :
MASA :
KEMAHIRAN : Membaca dan Tatabahasa

TAJUK : Menjunjung Visi Negara (buku teks m.s 70-71)

OBJEKTIF : Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat membaca menggunakan teknik imbasan untuk mengenal pasti 6 istilah menarik dan 6 kata kerja serta membina ayat daripada istilah dan kata kerja tersebut.

B.teks m.s 70-71

AKTIVITI :

1. Murid dikehendaki membaca bahan menggunakan teknik imbasan.

2. Senaraikan 6 istilah atau rangkai kata menarik dan sila bina ayat daripada perkataan tersebut.

3.Senaraikan 6 kata kerja berdasarkan bahan dan membina ayat daripada kata kerja tersebut.
Forwarded from PDPR BM T3
Forwarded from PDPR BM T3
Forwarded from PDPR BM T3
TEKNIK SCANNING (IMBASAN)

Teknik Scanning atau Imbasan adalah kemahiran membaca yang digunakan oleh seseorang yang ingin mendapatkan maklumat yang lebih mendalam.

TUJUAN MENGGUNAKAN TEKNIK SCANNING (IMBASAN)

Untuk mendapatkan gambaran keseluruhan mengenai sesuatu tajuk

Untuk mendapatkan maklumat tertentu sebagai jawapan kepada sesuatu persoalan

Untuk mengenalpasti isi keseluruhan sesuatu tajuk

CARA-CARA MEMBUAT TEKNIK SCANNING (IMBASAN)

Membaca pendahuluan dan rumusan teks secara mendalam

Membaca kandungan bab dengan pantas sambil mencatat kata kunci dan konsep yang dinyatakan

Memberikan perhatian kepada rajah dan grafik yang ada
Forwarded from PDPR BM T3
Forwarded from PDPR BM T3
Soalan tambahan pemahaman

Sumber: Panduan guru Mesra Digital BM Ting 3
Forwarded from PDPR BM T3
Skema Istilah dan maksud

1. bermoral tinggi
- berakhlak tinggi

2. beretika
- berakhlak/bermoral

3. Integriti
- bersikap jujur

4. manifestesi
- melahirkan, memperlihatkan
menjadikan nyata

5. konsisten
-keselarasan, selaras

6. komposisi
- bahagian, komponen

7. Jerayawara
- persembahan, pameran,ceramah yang diadakan oleh seseirang atau sekumpulan orang

8. merentas
- menempuh, merangkumi

9. berimpak tinggi
- kesan yang ketara

10. signifikan
-bermakna, penting

11. mantan
- bekas

12. penggubalan
- pembinaan

13. mengisytiharkan
-memberitahu

14. sejagat
-seluruh

15. organisasi
- pertubuhan

16. mendukung
-menyokong, menegakkan

17. memantau
- Pemeriksa

18. penularan
- tersebar

19 penyelewengan
-penyimpangan, tidak menurut jalan yang betul

20. sektor
- bidang, bahagian

21. institusi
- badan, organisasi

22. mengendalikan
- menguruskan

23. instrumen
-dokumen
Forwarded from Erph 2021
Skema membina ayat menggunakan istilah daripada petikan.

1. beretika
Sesebuah organisasi haruslah memastikan para pekerjanya beretika dan menepati waktu ketika menjalankan pekerjaannya agar sesebuah organisasi tersebut terus maju

2. Integriti
Integriti haruslah diamalkan dan menjadi budaya rakyat Malaysia agar negara terus maju dan harmoni.

3. konsisten
Kita haruslah konsisten melakukan sesuatu pekerjaan agar hasilnya lebih baik dan berkualiti.

4 merentas
Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan , orang ramai ttidak dibenarkan merentas daerah dan negeri agar virus covid-19 dapat dikawal dan dikurangkan.

5. bermoral tinggi
Para pekerja yang bermoral tinggi mampu memberi impak yang baik bagi sesuatu organisasi.

6. manifestasi
Manifestasi pihak sekolah dalam memastikan sop covid-19 dipatuhi oleh para pelajar akan menjadi angan-angan kosong sekiranya para pelajar bersikap tidak ambil peduli.
Forwarded from Erph 2021
Contoh binaan ayat menggunakan kata kerja hasil murid.
Forwarded from PDPR BM T3
KELAS :
TARIKH :
HARI :
MASA :
KEMAHIRAN : Penulisan

TAJUK : Kami Benci akan Rasuah ( Menulis pendahuluan )
( buku teks m.s 72-73)

OBJEKTIF : Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat menulis perenggan pendahuluan.
B.teks m.s 72-73

AKTIVITI :

1. Murid dikehendaki membaca teks di muka surat 72-73 atau sila rujuk bahan yang diberi.

2. Murid dikehendaki membaca beberapa jenis pendahuluan.

3 Penerangan teknik menulis pendahuluan.

4. Murid menulis perenggan pendahuluan.
Forwarded from Erph 2021
Teliti bahan yang disediakan untuk mendapatkan maklumat.

Tulis perenggan pendahuluan dengan menggunakan bahasa yang menarik dan gramatis berdasarkan soalan karangan di bawah.

Soalan Karangan

Rasuah ialah penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah untuk mendorong seseorang individu melakukan sesuatu perbuatan atau tidak melakukan sesuatu oerbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah. bonus, undi,, perkhidmatan, jawatan, upah, diskaun dan lain-lain.

Berdasarkan pernyataan ini, nyatakan langkah-langkah menangani amalan rasuah.
Forwarded from Erph 2021
Bacaan tambahan tentang rasuah contoh pendahuluan
Forwarded from Erph 2021
Forwarded from Erph 2021
Forwarded from Erph 2021
Forwarded from Erph 2021
Forwarded from Erph 2021