NotaKamaliaKamal
46.5K subscribers
1.11K photos
239 videos
26 files
1.33K links
Ilmu kenali pasangan & bff dengan KKDI
Download Telegram
Dia kata, isteri dia selalu cakap, "Awak ni budak-budak. Pemikiran tak matang. Semua benda tak reti." Ayat yang sama, over and over again.

Sampai satu masa, depan orang ramai, isteri dia pernah cakap, "Nasiblah aku kahwin dengan orang macam kau. Tak matang. Itulah susah kahwin dengan orang muda ni."

Kak Kay tanya, "Tuan rasa apa?" Dia jawab, "Saya dah 12 tahun kahwin, Kak Kay. Saya dah mati rasa. Saya dah tak ada apa nak rasa."

Yang buat Kak Kay sedih, dia bukan datang sebab nak cerai.

Dia cuma kata, "Saya tak nak apa-apa pun. Saya cuma nak bercakap. Saya rasa tak ada apa dah yang boleh dibuat dengan isteri saya."

Dia kerja dengan company US, waktu malam. Gaji banyak habis untuk rumah;bil, sewa, makan. Dia cuma simpan RM100, RM200 untuk diri sendiri.

Bila Kak Kay tanya, "Kalau Tuan boleh bagi nasihat dekat orang lain, apa Tuan nak cakap?"

Dia jawab, "Jangan kahwin dengan orang yang lebih tua." Kak Kay tanya kenapa. Dia kata, "Mungkin saya ni dapat perempuan macam ni.

Kadang-kadang dia pijak-pijak saya pun ada. Tapi saya diam. Saya tak nak gaduh."

Lepas tu dia tanya, "Saya ni macam budak-budak ke, Kak Kay?"

Waktu tu Kak Kay rasa sangat sedih. Sebab Kak Kay terfikir, lelaki ni boleh jadi anak lelaki Kak Kay.

Dan Kak Kay rasa, jadi lelaki zaman sekarang ni sangat-sangat susah. Perempuan sekarang semakin bijak. Dan bijak tu bukan masalah.

Tapi kadang-kadang kita ada trauma yang kita tak pernah settlekan.

Bila masuk relationship, pasangan pula yang kena hadap. Kita marah, merajuk, terasa, nak dipujuk...

Sampailah suami dah tak ada tenaga nak melawan. Dia cuma cakap, "Ikutlah kau." "Ikutlah." Kita ingat dia okay sebab dia tak bersuara. Padahal mungkin dia dah mati rasa.

Dan kita pula tak sedar yang kita rasa kita je betul. Kita je mudah terasa. Suami yang kena faham kita. Geng-geng wife dekat luar sana, kalau ada benda yang you tak puas hati dengan husband, jangan terus spill out semuanya.

Sebab mungkin masa tu bukan you yang sedang bercakap. Mungkin anxiety you yang bercakap. You kata, "Aku tak ada anxiety." Tapi bila husband tak balik, "Mana? Kat mana? Kenapa tak balik? Pergi mana?" Itu pun boleh jadi anxiety.

Kalau pasangan you jenis lembut dan tak melawan, jangan ingat dia okay. Sebab bukan perempuan je boleh mati hati. Lelaki pun boleh mati hati. Ramai sebenarnya suami yang baik.

Yang tolong jaga anak, bagi isteri me time, ikut isteri pergi pasar, cuba jaga hati isteri. Hanya kerana husband you tak complain pasal you, doesn't mean you are perfect. Hanya kerana dia tak attack you, doesn't mean you boleh attack dia over and over again. You kena belajar conflict management. You kena belajar the art of responding.

Dan paling penting, you kena tanya diri sendiri... "Aku ni defensive ke?" Sebab mungkin selama ni kita sibuk tengok salah pasangan, sampai kita tak pernah tengok apa yang kita buat dalam relationship tu.
6😢6🤯2
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Penat jadi mak, susahnyaa nak handle anak 😭
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Nak tahu ayat Vitamin Cinta bagi lelaki angau kat kita..
2
Kalau you tak belajar, dia akan bagi guilty dekat you… dengan suara paling perlahan.

Dia bukan jenis gaduh. Dia guna ayat harmoni je. Tapi banyak benda tersangkut kat kerongkong dia.
Dia nak cakap… tapi dia tak cakap direct. So dia akan cakap, “ikutlah…” “saya sedar saya siapa…” “maaflah banyak menyusahkan…” Nampak lembut kan?

Tapi you yang dengar… rasa bersalah. Kadang dia jadi defensif, tapi still lembut. “kenapa pula macam tu?” Dia macam sekolahkan you balik… tanpa marah.

Dengan Honey Bee, you kena reply dalam bahasa dia. Kalau you guna bahasa kasar, direct, push… dia tak boleh receive. You nampak dia slow. Tapi dia bukan slow. Dia memilih untuk tak buat. Dan paling bahaya, dia pun tak sedar dia tengah bagi guilty dekat you.

Sebab tu orang yang kena dengan Honey Bee ni, paling susah nak move on. Dia tak cakap you salah, tapi you rasa macam you salah. Honey Bee ni nampak very soft spoken. Marah pun tak nampak marah.

Tapi impact dia… dalam. Dan Honey Bee ni, dia takkan keluarkan true colour dia kalau dia rasa tak selamat. Dia akan simpan. Dia akan adjust. Ini coping mechanism.

You tak pilih pun jadi macam ni. Tapi you kena faham. Supaya you tahu… you tengah bercakap dengan siapa.

Kalau partner you Honey Bee, jangan terperangkap dengan guilty tu. You kena belajar dengar apa sebenarnya dia nak cakap. Kalau tak, you akan duduk situ… dan rasa diri you paling salah.
7👍2
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
So kalau rindu, cari. Kalau nak connection, create it. Kalau seseorang buat hidup kita rasa lebih ringan, keep reaching out. 🤍
7🥰2👍1
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Balik rumah terus buat dekat isteri, kalau Bini tengah merajuk!

Nanti report dekat kak kay balik semula!
4🎉1
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kalau awak nak tahu macam mana setiap karakter tu ada Potensi tersendiri untuk buat DUIT, Cuba awak komen awak karakter apa? Kak kay bagi cara terus utk awak buat DUIT!
6😁2👍1
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Korang dapat sesuatu? 🎗️
👏5
Konsep dia adalah... Dia analyse, analyse, analyse apa yang kurang pada diri dia. Okay.

Dia punya konsep ni, dia analyse kat mana yang aku kurang. Aku nak tambah baik supaya suami aku tak cari orang lain lagi..
5
Tapi suami dia dah curang 5 kali dengan perempuan yang berbeza-beza. Okay.

Kat Kak Kay cakap dengan dia macam ni, "Kenapa you rasa isu ni semua berpunca daripada you? Kenapa you rasa suami you tak ada salah langsung?

Apa yang berlaku pada you dulu?"

Dia tanya, "Apa yang berlaku pada saya?"

Kak Kay cakap, "Aku pelik. You have gone through hell, membuatkan apa yang kau lalui sekarang ni, kau boleh hadap.

Sebab apa yang kau lalui ni tak normal. Tapi kau ada satu numbness, kekuatan yang sangat luar biasa. Datang daripada mana ni?

Apa perkara besar yang kau lalui dulu?

I mean, the worst event in the past that happened, yang create trauma response macam ni.

Bukan normal apa yang kau lalui dulu, buatkan kau boleh stay dalam satu relationship yang tak normal macam ni."

Lepas tu dia terus nangis. Dia cerita lah masa kecil dia... Macam ni, macam ni, macam ni. Then we started to realize.

Kat situ Kak Kay realize kat mana titik dia. Kenapa dia jadi macam tu. Dan kita beritahu dia... Dia memang kena lalui proses healing.

Nak beritahu girls kat luar sana... Kalau you stuck dalam toxic relationship, then you duduk dalam toxic relationship tu lama, and you don't know what's going on with you...

You boleh stay dengan orang yang sama over and over again.

Walaupun dia dah buat curang, ataupun kesalahan besar yang tak boleh diterima akal. Over and over again.

Maknanya you sedang dalam satu fasa trauma repetition tau. Trauma repetition ni... You kena sedar. There's something inside you.

Benda yang berlaku pada kau dulu, dia dah jadi satu trauma yang kau kena heal dulu. Kalau tak, kau akan stuck dalam relationship macam ni. Sebab benda ni tak normal, babe. Duduk dalam toxic relationship tu lama...

Relationship tu tak normal. Kita manusia. Manusia tak boleh buat macam tu. Tak boleh duduk dalam situasi macam tu.

Tapi kau punya kekuatan tu extra pelik. So it's time for you... To check on yourself.

Kenapa aku rasa macam ni? Kenapa aku boleh tahan pada situasi yang tak normal macam ni? It's time for you to check.
4👍3
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Macam mana nak guna play victim dgn sebaiknya?
🤩2😁1
Tapi dia datang sebab dia nak buat keputusan.

Dia tanya, “Kak Kay, keputusan yang saya nak buat ni betul ke tak?”
Okay, so Kak Kay pun mula tanya dia satu-satu. Dia datang seorang je. Husband tak datang.

Kak Kay tanya, “You dengan husband, dalam seminggu berapa kali bersama?” Dia macam pelik. “Seminggu berapa kali?” Kak Kay kata, “Ya. Kak Kay nak tahu dulu keadaan you. Kesihatan you, termasuklah kehidupan you dalam bilik tidur.”

Dia jawab, “Ohh… kami bersama sebulan dua kali.” Kak Kay tanya lagi, “Dari tahun pertama kahwin sampai sekarang memang macam tu?” “Ya. Sebulan dua kali. Kadang-kadang tiga kali.”

Kak Kay tanya,“Pernah tak sebulan langsung takde bersama?” Dia kata, “Ada.” Kak Kay terus macam… “Eh, asal kau nak buat IVF ni?” 😂

Bukan Kak Kay nak kata kena berapa kali seminggu ke apa. Tapi kalau benda basic dalam hubungan suami isteri pun kita belum betulkan, kenapa terus pergi fikir langkah yang jauh?

So Kak Kay cakap, “Kau betulkan dulu benda yang basic ni. Jangan buat IVF dulu.”

Kak Kay suruh dia baca, apply yg ada dlm e-book Seni Bercinta Di Ranjang Halal tu. Dan yang buat Kak Kay terkejut…

Tak sampai tiga bulan, dia mengandung. Lepas tu dia datang balik ambil session dgn kak kay.

Kak Kay tanya, “Kenapa datang balik?” Dia jawab, “Saya dah mengandung.” Ya Allah… Kak Kay geram tau. 😂 Kak Kay rasa macam nak titik-titik je.

Dia cakap, “Rupanya banyak benda saya tak tahu, Kak Kay.” Kak Kay kata, “Bukan you je tak tahu. Lelaki you pun sama. Dua kali lima.” 2 Sebab kadang-kadang kita ni sibuk sangat nak cari solution yang jauh.

Nak buat IVF, nak buat macam-macam… Tapi benda yang paling basic dalam rumah tangga tu kita tak pernah duduk betulkan.

Umur pun bukan muda sangat dah. Seorang 35, seorang 36. Tapi ilmu tentang kehidupan dalam bilik tidur pun tak habis explore lagi.

So jangan terus fikir benda yang jauh-jauh weh. Betulkan dulu benda yang basic. Kadang-kadang jawapan yang kita cari tu sebenarnya dekat depan mata.

Dah lama Kak Kay tak sharing kisah-kisah client macam ni kan? Ok ke kak Kay share kisah camni?

Btw ada yg nak dptkan ebook seni bercinta tu Ade kat ttshop kak kay.

Website kak kay pun ada. Selamat kembali bercinta dgn pasangan korg! 🥰
👍7