Nota Emas IdaManPG
139 subscribers
784 photos
58 videos
204 links
Perkongsian pengalaman, tips dan ilmu berkaitan simpanan emas & kewangan dengan cara yang mudah dan tepat. Semoga bermanfaat.

publicgoldofficial.com/IdaMan

www.emasidaman.com

Contact no - 60103138323
- 60126747879
Download Telegram
“Rugi dalam tangan, tapi untung belum tentu”

Itulah yang kena tahu kalau nak bercakap tentang pelaburan.

Jangan sesekali melabur dengan duit yang kita sendiri tak sanggup lebur 100%! Duit tu tak sesuai dilaburkan.

Mana-mana guru pelaburan (bukan “salesman pelaburan”) pun akan suruh adakan simpanan kecemasan sekurang-kurang berjumlah 6 bulan gaji dulu sebelum melabur.

Bila ada lebih, duit itulah yang sesuai dilaburkan.

Jadi jangan sibuk melabur kalau duit simpanan kecemasan 6 bulan gaji pun belum ada.

Selagi belum ada simpanan 6 bulan gaji, fokus dulu untuk tambahkan ilmu, perbaiki cashflow, cari jalan tambahkan pendapatan, dan urus hutang dengan baik.

Tak perlu gopoh nak melabur.

Orang kaya di dunia melabur sebab mereka ada duit lebih, bukan sebab nak cari duit lebih.

Kalau nak cari duit lebih, pelaburan bukan tempatnya.

Sebaliknya, tingkatkan kemahiran sedia ada, atau tambah kemahiran baru supaya majikan sanggup bayar kita lebih mahal.

Kalau majikan sedia ada tak hargai kemahiran kita, cari majikan lain yang sanggup bayar kita lebih mahal.

Atau gunakan kemahiran baru untuk cari pendapatan tambahan di luar waktu kerja.

Itulah cara lebih baik kalau “nak cari duit lebih”.

Sepanjang saya aktif sampaikan seminar tentang emas dan kewangan sejak 2016, majoriti peserta seminar setuju, “mereka sebenarnya lebih kaya kalau tak melabur”!

Sebab selama ini mereka melabur tanpa ilmu, tanpa ada simpanan kecemasan, dan tanpa persediaan yang cukup.

Akhirnya duit yang dilaburkan itu habis lebur!…

Kalau selama ini mereka betul-betul fokus menyimpan dan tambahkan ilmu, kan lebih kaya?

#BukuMisiBebasHutang

Kredit Tuan Mohd Zulkifli Shafie
Terbeli emas palsu dan risiko dipenjarakan...

Bukan mudah kita sebagai orang awam nak kenal emas palsu.

Tapi ini dua sample emas palsu yang ditunjukkan oleh National Metrology Institute of Malaysia (NMIM), SIRIM ketika kami dibawa melawat ke makmal mereka dalam lawatan bersama MGA (Malaysia Gold Association).

Bukan jenama emas yang palsu, tapi penipu mengeluarkan emas palsu ini mempergunakan jenama yang bereputasi antarabangsa untuk memperdaya orang ramai.

Alat yang digunakan untuk test ketulenan kaedah x-ray ini mampu menilai dengan tepat komposisi logam tanpa perlu potong seal emas tersebut.

Bila saya tanya mereka, katanya alat ini berharga lebih RM100,000. Alat ini terlalu mahal untuk peniaga dan institusi ar-rahnu gunakan, apatah lagi kita sebagai pembeli emas individu.

Jadi untuk elak terbeli emas palsu, saya selalu nasihatkan orang ramai supaya beli terus dari syarikat yang punyai reputasi yang baik seperti #PublicGold.

Bukan dari tangan penjual individu.

Selain risiko terbeli emas palsu, risiko lebih besar ialah terbuat transaksi dengan mereka yang terlibat dengan kesalahan di bawah AMLA (Akta Gubahan Wang Haram).

Ketika dalam penjara, saya pernah jumpa peniaga emas yang merengkok dalam penjara sebab terbeli emas daripada mereka yang pernah terlibat dalam rompakan!

Dia tetap merengkok dalam penjara walaupun itu di luar pengetahuannya!... Hati-hati...

#tipsimpananemas

Kredit Tuan Mohd Zulkifli Shafie
Analisis harga emas minggu ini.

Minggu ini harga emas melonjak naik. Daripada harga sekitar 1620 usd, ia ditutup dalam 1771 usd /Oz.

Apa faktor yang menyumbang kepada kenaikan harga emas minggu ini?

1. Kegawatan dalam dunia kripto dimana kripto exchange ketiga terbesar dunia iaitu FTX telah mengistiharkan bankrap dan kerugian pelabur dijangka mencecah lebih 9.4 billion USD

Sebelum ini kripto dianggap sebagai simpanan dan pelaburan yang lebih menarik berbanding pelaburan tradisional seperti emas dan perak.

Namun kini situasi sangat berubah. Pelabur kripto kini berhadapan dengan situasi kejatuhan yang sangat teruk.

Sebagai contoh, dalam tempoh setahun Bitcoin dan Ethereum jatuh 73% (main crypto). Ini kejatuhan yang sangat teruk.

Kejatuhan pasaran kripto menyebabkan pelabur beralih kepada emas.

Gold jatuh juga tahun nie (dalam usd), namun hanya 6%. Kecil sahaja. Itu pun disebabkan kenaikan kadar faedah oleh us Federal Reserve.

2. Minggu ini juga, data inflasi yang lemah menyebabkan momentum kepada harga emas.

Ini kerana us federal reserve memberikan bayangan bahawa kenaikan kadar faedah di masa hadapan mungkin akan diperlahankan.

Jadi, pasaran saham dan emas perak menaik disebabkan situasi ini.

Untuk pengetahuan anda, saya takde sebarang kerugian dalam matawang kripto. Sebab saya tak melabur duit kesana.

Sebab apa?

Sebab saya nie orang yang percaya kepada aset fizikal. Yakni boleh nampak, dipegang dan disimpan. Itulah pilihan peribadi saya..

Emas adalah aset fizikal.
Hartanah adalah aset fizikal.
Sebab itu ia menjadi pilihan saya.

Kalau beli emas untuk untung cepat dan banyak, tapi fizikalnya tak nampak maka itu bukan pilihan saya.

Kenapa? Sebab risiko.

#NotaEmasSyukorHashim
#TabungGaji

HABISKAN GAJI VS ASINGKAN GAJI

"Din, hidup nie mana cukup nak simpan simpan semua nie.
Gaji cukup cukup makan jer. Mana boleh simpan semua ini?"

Kata Din lembab dengan yakin.

"Kau sebut satu zaman yang kau rasa gaji kau akan cukup?.
"berapa besar gaji kita nak baru cukup?" Kata Ajib yang batu cincin penuh dijari.

Kawan kawan,

Ramai orang gaji kecil, jangan kata nak buat simpanan. Nak makan pun tak cukup.

Ada orang gaji besar, dia buat banyak hutang. nak menyimpan pun tak cukup.

Jadi nak buat apa sekarang?

Ubah cara kita belanja dan berfikir dulu.

Ushakan buat simpanan dulu barulah kita belanja baki yang ada.

Akan sampai masanya lepas 10-20 tahun kerja, simpanan kita yang gaji besar ini lebih kecil dari simpanan orang bahawan kita.

Menyesal pun dah tak guna.

Menjelang tahun baru, ubah dan buat simpanan untuk diri sendiri bukan untuk sesiapa. Lelaki seksi yang ada simpanan duit bukan hutang tepi.

Kredit Azizul Azli Ahmad