#NOTAEMASFARID
685 subscribers
475 photos
32 videos
5 files
186 links
Kerja bertahun tetapi nak adakan simpanan RM1000 pun susah? Maka segera beralih kepada simpanan Emas. Click link untuk dapatkan E-Book Emas bernilai RM199 secara PERCUMA :👇

http://linktr.ee/faridmajid
Download Telegram
Gais.

Selain daripada emas, silver juga pelaburan yang saya rasa sangat bagus.

Saya sangat recommend untuk anda memasukkan silver ke dalam portfolio pelaburan anda.

Minima letakkan 20% dalam silver dalam portfolio (jika baru nak start)

Jika anda lihat prestasi silver sejak setahun lepas, peratus kenaikan harganya lebih bagus untuk emas.

Jadi jika silver pun boleh untung, masukkan silver kedalam portfolio anda.

Kelebihan silver adalah harganya jauh lebih murah berbanding emas dan potensi kenaikan harganya lebih tinggi dari emas.

Kelemahan silver adalah, jika trend harganya adalah menurun maka peratus penurunannya juga lebih banyak dari emas.

Ia juga sukar digadaikan di Arrahnu. Biasanya mereka tak terima. Tapi kalau jenama Public Gold, anda boleh gadaikan silver bar tersebut kat mana-mana opis Public Gold (under koperasi dagang emas).

Untuk melabur di dalam silver, saya cadangkan anda pegang sekurang-kurangnya 3 tahun. Itu yang terbaik.

Terdapat 2 cara melabur silver di Public Gold.

Paling mudah, murah dan patuh syariah adalah membuka akaun simpanan silver SAP (Silver accumulation program)

Cara kedua, anda boleh terus beli jongkong silver 250g, 500g dan 1kg.

Public Gold menyediakan kemudahan pos jongkong silver kerumah anda dengan berlindungan insurans (maksima 1kg dalam 1 parcel).

Jika emas boleh untung, silver boleh untung. Maka masukkan aje kedua-duanya dalam portfolio pelaburan anda 😄

#NotaGuruEmas
#NotaEmasSyukorHashim
Negara Venezuela sekarang sedang mengalami hyperinflasi.

Duit mereka tak ada nilai.

Kerajaan mereka cetak duit terlalu banyak sampaikan kadar tukaran USD dengan duit Bolivar mereka tak masuk akal.

Orang boleh buang dalam tong sampah sahaja. Nak keluarkan duit dari ATM pun tak boleh, sebab takde nilai.

Tengok video ini.

Untuk video lain, tengok komen pertama.

Semoga membuka minda kita semua.

#NotaEmasSyukorHashim
Berita baik!

Gold bar Muharram sudah boleh withdraw dari akaun Public Gold GAP ye (start 12/10/21 jam 10 pagi)

Ramai customer dan dealer-dealer Public Gold dah try pagi ini. Lancar ajer.

Gold premium RM20 sekeping.

Kos pos RM10 sahaja (untuk 5 keping).

Silakan withdraw dengan senyuman 😁

#NotaEmasSyukorHashim
Antara kesilapan terbesar pelabur emas yang pernah saya jumpa adalah:
Melabur macam berjudi.

Apa tu?

Maksudnya orang tu beli emas sekali, lepas tu dia berdoa agar harga emas terus naik dan naik dan naik..

Jika harga emas naik tinggi... maka dia sangat gembira.

Kemudian dia akan jual semua emas tersebut dan dapat banyak untung.

Malangnya lepas tu dia dah tak berani beli emas semula, sebab dia terbayangkan harga yang rendah masa dia mula-mula beli dahulu. Dia rasakan harga emas dah mahal.

Jadi akhirnya dia cuma beli sekali, lepas tu jual. Untung besar. Lepas tu takut nak beli balik.

Satu round ajer dia beli.

Namun kalau harga emas menurun.. maka dia akan mencarut.

Dia langsung tak buat belian tambahan bagi mengurangkan kos per gram.
Kalau dia terpaksa jual pada harga rendah... maka dia rasa emas nie pelaburan merugikan.

Gais, ini adalah strategi melabur macam berjudi.

Ia sangat tak bagus sebab:

Kalau harga emas naik, dia jual dan dapat untung. Tapi dia takut nak beli balik sebab teringat-ingat harga emas murah dulu. Jadi dia beli sekali jual sekali. lepas tu sekian terima kasih.

Kalau harga emas turun, dia tengok ajer.. tak buat apa-apa. Kalau dia terpaksa jual maka dia akan rasa rugi dan menyalahkan emas.

Beli sekali dan jual sekali ajer.

Jadi bagaimana menyelesaikan masalah ini?

1. Kalau harga emas naik. Jual nilai untung ajer. Tak perlu jual semua. Contoh, kalau beli emas RM20,000 dan dah untung RM4000, maka cari jalan untuk jual emas RM4,000 ajer. Tak perlu jual RM24,000 (semua sekali). Sebab tu kena pandai pilih produk juga contohnya beli dinar atau gold bar kecil seperti 10g ke, 20g ke..

2. Kalau harga emas jatuh, anda beli secara berkala untuk dapat kos pemurataan yang lebih rendah. (strategi pemurataan harga)

Kedua-dua strategi ini akan membolehkan anda 'stay in the game of gold investment'

Elakkan strategi melabur macam berjudi.

p/s: Ini adalah kisah benar ye. Saya dah jumpa ramai orang invest emas seperti ini.

A big NO NO for me.

Credit to: #NotaEmasSyukorHashim
Gais.

Ada berita baik nak bagitau customer/dealer Public Gold.

Public Gold sekarang sudah melancarkan fungsi Direct Debit untuk simpanan emas GAP.

Direct Debit membolehkan anda menyimpan duit secara konsisten tiap-tiap bulan di dalam akaun GAP anda.

Anda boleh pilih amount simpanan setiap bulan dan tarikh mula nak start simpan dan tarikh akhir.

Jadi anda boleh terus set sekali dan lupakan sahaja. Setiap bulan automatik gram emas akan masuk ke dalam akaun anda mengikut harga semasa.

Bagi anda yang nak buat forgotten saving, ini adalah cara terbaik.

Hanya pakai apps GAP dan ikut panduan seperti dalam video ini.

Itu sahaja!

Selamat menyimpan emas dengan senyuman

Credit to:
#NotaEmasSyukorHashim
Gais.

Apa beza diantara penyimpan emas dan pelabur emas?

Penyimpan emas adalah orang yang bila dia ada duit ajer, dia akan beli emas.

Dia tak tengok harga emas tinggi ke rendah. Dia tengok duit dalam tangan.

Kenapa dia tak tengok harga emas?

Sebabnya mudah aja.

Dia takut pegang duit sebab katanya takut terguna duit tanpa sedar.

Nak pegang duit sehari dua pun dia tak nak. Dia cemas bila duit banyak dalam tangan.

Sebab itu, kalau anda tanya saya “Ada ke orang yang beli emas ketika harga tinggi?”

Jawabnya YA memang ada.

Semalam, 1/11/2023 saya bantu seorang penyimpan emas untuk beli 200gram gold bar dengan nilai RM65,728.00

Dia seorang wanita.

Semasa nak order, dia langsung tak sebut pasal harga tinggi. Dia cuma cakap “akak nak beli 200g. En. Syukor tolong bantu jap”

Itu ajer. Lepas tu harinie 2/11/23, dia dah bayar kat kaunter bank.

Lepas tu saya bantu untuk akak nie buat appointment ambil gold dia kat Sunway.

Nampak sangat dia happy 😄

Gais.

Selama 16 tahun saya dalam bidang emas. Memang ramai orang yang personalitinya penyimpan emas. Asal ada duit, ia mesti jadi emas.

Cuma pastikan anda beli emas fizikal, atau simpan dalam akaun simpanan emas yang boleh keluar emas fizikal seperti akaun GAP Public Gold.

Simple.

#NotaEmasSyukorHashim
Gais.

Ada berita baik nak bagitau 😄

Jika anda nak pegang jongkong emas 999.9 yang bersaiz besar, iaitu 12.4 kilogram, yang dipanggil lBMA Good Delivery, jemput datang ke menara Public Gold dan saksikan sendiri jongkong emas ini.

Public Gold dah order 3 ketul jongkong ini dan dah selamat sampai ke menara Public Gold.

Baik saya nak cerita sikit tentang spesifikasi gold bar ini.

First, spesifikasi LBMA Good Delivery adalah standard utama yang digunapakai untuk perdagangan emas peringkat antarabangsa.

Berat emas ini adalah 400 troy Oz (bersamaan 12.4 kilogram). Julat berat emas yang diterima adalah diantara 350 troy Oz sehingga 400 troy Oz.

Berat ini akan dicetak pada emas tersebut, biasanya sehingga 2 titik perpuluhan.

Dari segi ketulenan pula, emas ini mempunyai ketulenan minima 99.5% atau 995.

Dari segi rupabentuk, biasanya jongkong emas ini berbentuk seperti bata agar senang untuk dibawa dan disimpan.

Dari segi cap kempa (hallmark), setiap gold bar ini akan distampkan maklumat pada emas tersebut yang menyatakan ketulenan, nombor siri dan cop kempa pembuat emas tersebut dan tahun pembuatan.

Untuk emas yang dibeli oleh Public Gold, anda boleh nampak pembuat emas tersebut adalah Metalor dan tahun 2023 😄👍

Metalor adalah ahli penuh dalam LBMA (London Bullion Market Association)

Dari segi integriti, gold bar ini tertakluk kepada ujian berat dan ketulenan yang sangat ketat.

Gais.

Dengan penerimaan 3 ketul gold bar LBMA Good Delivery kat menara Public Gold, maka anda boleh saksikan sendiri gold bar ini dengan mata kepala anda.

Ini adalah pengalaman yang tak boleh dilepaskan. Jemput datang ke Menara Public Gold.

Untuk pengetahuan anda, Public Gold hanya percaya kepada urusniaga jual beli emas fizikal. Ini bisnes model dari hari pertama Public Gold ditubuhkan.

Anda beli emas, anda dapat pegang emas.

Kalau anda beli emas dalam akaun simpanan emas, anda boleh keluarkan emas fizikal bila-bila masa serendah 1 gram. Emas fizikalnya ada.

Ingat gais.

Beli emas nie simple sahaja formulanya.

Ada wang ada barang.

Terima kasih Dato’ Wira Louis Ng!

#NotaEmasSyukorHashim
Gais.

Saya nak share sikit tentang sejarah 2 syarikat emas yang telah scam rakyat Malaysia.

First sekali, Zenith Gold (sekitar tahun 2017) dan notorious Tok Belagak - Darul Emas Perak Berhad (2012-2015).

Walaupun banyak syarikat emas yg scam kat Malaysia, namun untuk posting ini, saya ambil contoh 2 syarikat ini.

Kedua-dua syarikat ini, walaupun scam orang, namun mereka turut mempunyai emas fizikal.

Ya tuan puan. Syarikat penipu pun ada keluarkan emas fizikal mereka sendiri.

Tengok gambar-gambar emas mereka.

Apa yang saya nak bagitau adalah, sewaktu mereka masih beroperasi, mereka berselindung disebalik kata-kata:

“kami hanya jual beli emas, bukan buat skim”

Namun, antara modus operandi yang digunakan oleh tok belagak adalah menjual emas pada harga yang lebih murah dari harga pasaran, namun pembeli akan dapat emas tersebut dalam tempoh 7 hari, 14 hari hatta 30 hari kemudian.

Makin lama customer tunggu, makin murah harga emas tu. Ini yang mereka panggil “emas delay”

Lepas tu istilah tu ditukar kepada emas ETA (estimated time of arrival).

Jadi, walaupun urusniaga tersebut nampak macam jual beli emas. Namun ada unsur keuntungan ditawarkan jika pembeli sanggup delay tunggu ketibaan emas.

Sama juga jika customer jual emas.

Syarikat offer harga belian yang lebih tinggi jika customer sanggup delay payment. Ada customer yang sanggup tunggu sampai 30 hari sebab syarikat offer harga buyback yang tinggi.

Jadi, inilah contoh pulangan lumayan yang “bersembunyi di dalam urusniaga emas”

Jadi gais, jangan ler mudah percaya jika ada orang especially dealer/konsultan yang bagitau anda “ini jual beli emas tanpa janji pulangan”

Kadang-kadang kita kena tengok”between the lines”.

Inilah skill detektif conan yang anda kena kuasai.

Sebab itu anda kena dapatkan pandangan daripada orang-orang yang berpengalaman melawan scammer seperti Alwi Adam dan Khairul Ezuwan

Sebab mereka boleh melihat operasi syarikat tersebut secara menyeluruh dan tengok “between the lines”. Kemudian mereka berkongsi ilmu dengan kita semua.

Kenapa saya tak kena tipu dengan emas sejak 2010?

Sebab saya mahir melihat “between the lines”.

Jadi, kalau ada syarikat emas yang offer jual beli emas, tapi produk mereka boleh untung luar biasa banyak.

Please read “between the lines” 😃

#NotaEmasSyukorHashim
Mentaliti pembeli emas Public Gold simple sahaja.

i. Beli emas.
ii. Dapat emas.
iii. simpan sendiri.

Tak perlu takut hilang, sebab emas fizikal nie kecil aja. Boleh sembunyikan kat rumah. Kalau rindu, boleh check bila-bila masa.

Kalau company tolong simpankan, ada risiko mereka simpan di alam bunian.

Macammana nak tahu? Senang ajer kalau nak tahu.

Emas tu anda takkan nampak fizikalnya sampai kesudah. Settlement beli dan jualan adalah dalam tunai. Berat emas adalah dalam bentuk digit dalam akaun.

Boleh tengok gram dalam akaun sahaja. Namun tidak boleh difizikalkan.

Penting untuk simpan emas sendiri. Sebab takde risiko pihak ketiga.

Apa contoh risiko pihak ketiga? Risiko pihak ketiga adalah risiko daripada pihak lain yang menjual dan membeli emas anda dan diluar kawalan anda.

Kengkadang anda tak tahu risiko pihak ketiga, sehinggalah tetiba berlaku masalah. Kemudian barulah anda sedar kewujudan pihak ketiga.

Contoh mudah, ada pembeli emas Public Gold target nak beli 1.5kilo emas.

Bila harga turun sikit, dia beli 500g x 2 pc. Lepas tu ambil fizikal. Kat sini dia dapat emas fizikal dan percuma gold bar 1gram x 2 pc, hadiah dari Public Gold.

Bila harga cantik lagi, dia beli lagi 1kg. Ambil fizikal. Kemudian dia simpan sendiri.

Bila harga emas naik, dia jual emas fizikal, dia dapat duit.

Ini adalah kaedah back to basic.
InShaAllah boleh tidur lena.

Kredit gambar kepada Sadiqin Sulong sebab order 250g x 2 nie adalah customer dia. Saya pinjam.

#NotaEmasSyukorHashim