Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 di Kuala Lumpur, Malaysia 🇲🇾
Bermula 23 hingga 27 Mei ini, Kuala Lumpur akan menjadi pentas utama Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46, di mana pemimpin serantau berhimpun untuk mencorakkan hala tuju masa depan politik, ekonomi dan sosio-budaya Asia Tenggara.
Pemimpin Asia Tenggara berhimpun di ibu negara hari ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan siri mesyuarat peringkat tinggi berkaitan untuk membincangkan pelbagai isu utama serantau.
Sebagai salah satu negara pengasas ASEAN, Malaysia kembali memegang amanah besar – kali ini sebagai Pengerusi ASEAN 2025.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 diadakan dengan tema Pengerusi ASEAN 2025 oleh Malaysia, iaitu 'Keterangkuman dan Kemampanan.'
Tahun ini adalah kali kelima Malaysia memegang jawatan Pengerusi ASEAN selepas 1977, 1997, 2005 dan 2015.
Bersempena Sidang Kemuncak ASEAN, dua pertemuan penting peringkat tinggi turut diadakan, iaitu Sidang Kemuncak ASEAN-GCC kedua dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China pertama, yang menjadi platform strategik untuk memperkasa kerjasama serantau dan antara serantau.
Dalam dunia yang semakin kompleks, ASEAN bukan lagi sekadar blok serantau. Ia adalah kuasa pertengahan global yang memainkan peranan penting dalam kestabilan, integrasi ekonomi dan diplomasi global.
Sumber : BERNAMA

Facebook
Ang How Koo
Ang How Koo is on Facebook. Join Facebook to connect with Ang How Koo and others you may know. Facebook gives people the power to share and makes the world more open and connected.
Tragedi Tanah Runtuh di China 🇨🇳 19 Orang Terperangkap
Sekurang-kurangnya 19 orang terperangkap dah sekurang-kurangnya 2 orang maut akibat dua kejadian tanah runtuh yang berlaku di daerah Dafang, wilayah Guizhou, barat daya China, pada Khamis.
Menurut laporan media tempatan, kejadian pertama berlaku kira-kira pukul 3.00 pagi dan satu lagi pada pukul 9.00 pagi waktu tempatan.
Rakaman udara oleh penyiar negeri, CCTV memaparkan sebuah kampung yang ditenggelami tanah, menutupi ladang pertanian dan memenuhi kawasan kaki gunung.
Kementerian Pengurusan Kecemasan China mengarahkan pasukan penyelamat agar melakukan segala usaha bagi mencari dan menyelamatkan mangsa yang hilang.
Pihak berkuasa giat menangani situasi bencana itu, di tengah-tengah cabaran topografi yang sukar di kawasan tersebut.
Sumber : Berita RTM