Mohamad Shafiq Rohaizad Buyong
336 subscribers
4.26K photos
385 videos
15 files
2.44K links
Suka cerita tentang emas, motivasi kehidupan, dan kewangan.

013 3235478
Download Telegram
𝗦𝗨𝗞𝗔 𝗗𝗨𝗞𝗔 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗘𝗠𝗔𝗦

Ada yang seronok simpan emas,
tak kurang yang kecewa dengan emas.

Untung tak untung dengan emas bergantung ILMU kita tentang emas.

Jujurnya, kita tak boleh bandingkan emas dengan alat kewangan lain. Ia ibarat membandingkan sebijik epal dengan sebijik oren. Tak kena sama sekali.

Emas salah satu alat kewangan dalam beribu alat kewangan yang ada dalam pasaran. Emas tak sempurna dan emas juga ada kelebihan dan kekurangannya.

Salah satu kekurangan emas ialah ia tak berikan pulangan dividen atau hibah tahunan. Keuntungan emas bergantung kepada pergerakan harga emas semasa.

Selain itu, cara penyimpan emas juga sedikit sukar. Tapi kalau dah jumpa cara yang selamat, kita boleh tidur lena, tiada masalah.

Kelebihan emas banyak.

Boleh dijadikan simpanan jangka panjang
Simpanan hari tua
Dana persaraan
Dana beli rumah
Simpanan kecemasan
Duit hantaran perkahwinan

Untung tak untung dengan emas ia bergantung kepada ILMU kita tentang emas. Sejauh mana kita kenal emas, sejauh itulah kita seronok menyimpan emas.

Apabila kita ada ilmu, kita tahu apa yang kita buat dan kita tahu di mana untungnya menyimpan emas.

Untuk pastikan kita happy menyimpan emas. Tipsnya, Baca #BukuWangEmas dan #MisiBebasHutang tulisan mentor saya En. Mohd Zulkifli Shafie

2 buah buku ini dah memandaikan beribu-ribu penyimpan emas di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

Tak lengkap simpan emas tanpa baca Buku Wang Emas. Boleh beli di mana-mana kedai buku #MPH, #POPULAR atau di #PGMall

Link beli buku http://g100.my/combo-buku/

Saya ada sedikit stok dalam tangan. Siapa nak beli terus dengan saya pun boleh. Helo-helo okay!

#IlmuEmas
𝗠𝗔𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗗𝗘𝗔𝗟𝗘𝗥 𝗪𝗢𝗥𝗞𝗦𝗛𝗢𝗣

Alhamdulillah malam tadi selesai Master Dealer Workshop untuk bulan Disember, iaitu yang terakhir bagi tahun 2022.

Dalam banyak-banyak traning dalam #G100, inilah traning paling mahal dan berimpak tinggi.

Dalam training ini kita mendapat sentuhan secara langsung daripada mentor En Mohd Zulkifli Shafie penulis Buku Wang Emas dan Buku Misi Bebas Hutang.

Malam tadi MD Workshop disampaikan oleh Pn. Marlia Ramli, Triple Star Master Dealer.

Lebih 70 rakan-rakan Master Dealer yang bersama training malam tadi dari awal hingga akhir. Banyak juga perkongsian daripada rakan-rakan MD yang lain.

Saya dah dapat jalan, cuma kena bekerja saja. Saya sedang mencari bakal-bakal Master Dealer dalam team saya.

Kalau anda calon-calonnya. Jom !

#AktivitiG100
𝗠𝗨𝗗𝗔𝗛𝗡𝗬𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗔𝗠𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗘𝗠𝗔𝗦 𝗗𝗜 𝗣𝗨𝗕𝗟𝗜𝗖 𝗚𝗢𝗟𝗗

Mudahnya menabung emas di Public Gold. RM100 pun dah boleh mula menabung emas. Ikut cara di bawah:

𝗟𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗛 𝟭
Layari laman web Public Gold www.publicgold.com.my dan klik 𝙇𝙤𝙜𝙞𝙣. Klik pada  𝙍𝙚𝙜𝙞𝙨𝙩𝙚𝙧 𝘼𝙘𝙘𝙤𝙪𝙣𝙩 untuk pendaftaran akaun Public Gold. Isi maklumat yang diperlukan dan klik 𝙎𝙪𝙗𝙢𝙞𝙩.

Jangan lupa masukan PG Kod saya  𝙋𝙂00059788 𝙈𝙊𝙃𝘼𝙈𝘼𝘿 𝙎𝙃𝘼𝙁𝙄𝙌 𝙍𝙊𝙃𝘼𝙄𝙕𝘼𝘿 𝘽𝙐𝙔𝙊𝙉𝙂 sebagai introducer.

Pendaftaran yang berjaya akan menerima IC tanpa (-) sebagai 𝙪𝙨𝙚𝙧𝙣𝙖𝙢𝙚 sementara.

Jika anda sudah pernah mendaftar, masukkan detail  𝙪𝙨𝙚𝙧𝙣𝙖𝙢𝙚 dan 𝙋𝙖𝙨𝙨𝙬𝙤𝙧𝙙 untuk 𝙇𝙤𝙜𝙞𝙣

𝗟𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗛 𝟮

Anda akan menerima sms dan email untuk pengesahan akaun. Klik link di sms atau klik butang 𝙑𝙚𝙧𝙞𝙛𝙮 𝙈𝙮 𝘼𝙘𝙘𝙤𝙪𝙣𝙩 di email. Anda akan dibawa ke page pembelian.

Sila semak email pengesahan akaun di Spam atau Inbox (Promotion) jika tiada dalam Inbox. Jika butang tidak berfungsi, salin (copy) link dan buka di Chrome/Safari.

𝗟𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗛 𝟯

Pilih salah satu kaedah belian untuk memulakan pembelian pertama anda.

Anda akan menerima PG Kod selepas pembelian anda berjaya. PG Kod akan digunakan sebagai  𝙪𝙨𝙚𝙧𝙣𝙖𝙢𝙚 untuk 𝙇𝙤𝙜𝙞𝙣 pada masa akan datang. Anda boleh semak PG Kod di email.
𝗠𝗘𝗡𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗘𝗠𝗔𝗦 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗞𝗔𝗗𝗔𝗥 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗨𝗠𝗣𝗨𝗟 𝗞𝗘𝗞𝗔𝗬𝗔𝗔𝗡

Menabung emas bukan sekadar mengumpul kekayaan tetapi menyedarkan kita tentang hari esok.

Hujan panas dalam kewangan kita tak tahu. Mungkin hari ni kita selesa, mungkin esok kita dalam kesusahan.

Emas boleh dijadikan dana kecemasan disaat kita memerlukan. Contohnya kereta rosak. Emas boleh dijadikan backup belanja hangus.

Sebaik-baiknya pajak emas yang kita ada utk dapatkan pinjaman segera.

Selesai masalah tebus semula. Tak mampu pajak atau rasa tak taking boleh tebus semula, JUAL. Itu adalah pilihan terbaik.

Emas membantu ketika kita dalam kesusahan.

Menabung emas bukan sekadar menyimpan duit dan kekayaan tetapi emas membuatkan kita beringat hari mendatang.

Ada peluang menabung emas teruskan menyimpan walaupun 1gram 1bulan.

Sampai satu ketika kita tidak berpeluang lagi menabung emas. Mungkin saat itu kita jual saja emas kita disebab utamakan keperluan.

Guna masa yang ada, peluang ditangan untuk menabung

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan saling menasihati supaya mentaati kebenaran dan saling menasihati supaya menetapi kesabaran.”
(Surah al-Asr 103:1-3).

#IlmuEmas
𝗘𝗠𝗔𝗦 𝗜𝗕𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗣𝗢𝗞𝗢𝗞 𝗕𝗔𝗟𝗔𝗞

Emas tak boleh dibandingkan dengan pelaburan lain seperti asb, tabung haji atau unit amanah. Setiap alat kewangan ada fungsinya tersendiri.

Setiap pelaburan ibarat sebatang pokok. Ada pokok kita mahukan buahnya saja, ada pokok kita mahukan batangnya saja.

Asb dan tabung haji ibarat pokok yang menghasilkan buah. Sekali kita tanam, kita boleh kutip buahnya.

Emas pula ibarat pokok balak. Pokoknya kuat tapi tak menghasilkan buah. Batangnya cukup berguna. Bila nak guna tebang saja pokoknya.

Maknanya, asb dan tabung haji ada pulangan dividen tetapi emas tak ada. Kalau nak guna duit jual saja emas tersebut.

Setiap alat kewangan, ada caranya bekerja. Pelbagaikan simpanan kita kerana setiap pelaburan saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.

#IlmuEmas
𝗖𝗔𝗕𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗗𝗨𝗜𝗧 𝗗𝗜𝗧𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡

Bila ada duit memang cabaran besar. Lebih-lebih lagi bila hujung tahun macam ni. Dapat pulak bonus. Memang menggoda jiwa.

Bila ada duit, nafsu berbelanja susah nak kawal. Dapat pulak sale sana sini. Ada saja yang tak cukup.

Waktu inilah kita rasa serba serbi kita mampu beli. Bila tak ada duit serba serbi kita rasa mahal.

Sebelum duit dihabis lesap entah ke mana. Selamatkan siap-siap dalam bentuk emas.

Bila duit tukar jadi emas, automatik otak kata simpan.

Kita rasakan emas ni barang berharga, sayang nak jual, kena simpan elok-elok.

Emas lebih selamat daripada terbelanja berbanding duit kertas.

PENTING SIMPANAN KITA BERTAMBAH DARI SEMASA KE SEMASA tetapi LEBIH PENTING jika simpanan tu tak bocor disebabkan terbelanja.

#IlmuEmas
𝗠𝗘𝗠𝗕𝗜𝗡𝗔 𝗕𝗜𝗦𝗡𝗘𝗦 𝗞𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗣𝗨𝗕𝗟𝗜𝗖 𝗚𝗢𝗟𝗗

Dulu saya ada cita-cita mempunyai bisnes sendiri. Antara bisnes yang pernah saya buat dulu jual tudung, kek lapis, ikan terubuk masin Sarawak dan dropship buku.

Benda saya tak boleh lupa masa buat bisnes jual kek lapis, org pm, panggil saya "Sis". Tak boleh terima betul! 😅

Saya hanya pasang angan-angan memmiliki bisnes sendiri, kemudian angan-angan tu hilang bila saya masuk universiti, sibuk aktiviti kampus dan mula bekerja.

Rupa-rupanya apa yang kita selalu cakap, itulah adalah satu doa. Cuma bila doa itu dimakbulkan hanya Tuhan saja yang tahu.

Saya mula terjun dalam dunia emas sejak 2013, itu pun saya beli dinar dan goldbar (bukan jenama Public Gold) sekadar suka-suka, nak jadikan mas kahwin mulanya.

Tak sangka itulah jodoh saya dengan emas. Bermula dengan membaca blog MohdZulkifli.Com. (www.mohdzulkifli.com) (mentor saya sekarang)

Mula bergiat aktif sebagai customer biasa hinggalah menjadi dealer Public Gold sekitar tahun 2017.

Dan sekarang saya dan isteri antara dealer aktif yang sentiasa membimbing rakan-rakan tak kira latar belakang, umur, lokasi yang mahu menyimpan kekayaan mereka dengan emas.

Inilah bisnes keluarga kecil kami. Saya dan isteri bersama-sama membina bisnes ini bukan sekadar membina pendapatan tetapi kami inginkan menjadikan bisnes ini sebagai platform kami menyebarkan kebaikan.

Antara kebaikan bisnes emas Public Gold, kita adalah pemilik bisnes dan insentif daripada bisnes PG boleh diwarisi.

Jika berlaku apa-apa pada saya, isteri saya tetap menerima insentif selagi ada pembelian dilakukan oleh customer.

Lagi satu, kita tak perlu bayar gaji pekerja mahu pun ada ofis sendiri. Apa-apa saja masalah, staf Public Gold sedia membantu customer saya.

Ofis saya ada 18 kat Malaysia ni (baca : cawangan Public Gold). Mana-mana saja saya boleh berurusan.

Dalam bisnes ini saya dan isteri tak keseorangan. Kami sentiasa dibimbing oleh mentor kami En Mohd Zulkifli Shafie dan team #G100Network

Beliau merupakan penulis buku Wang Emas Bertahan Ketika Gawat dan Misi Bebas Hutang. Boleh dapatkan buku beliau di toko-toko buku MPH, POPULAR & Kinokunia.

Kepada rakan-rakan yang ingin menabung emas, jom!

Insya-Allah kami akan guide berdasrkan pengalaman kami yang telah membimbing ramai rakan penyimpan emas yang lain.

Mohamad Shafiq Rohaizad Buyong
Master Dealer Public Gold

#TrevelogDealer
𝟮𝟬𝟮𝟯 𝗠𝗨𝗟𝗔 𝗞𝗨𝗠𝗣𝗨𝗟 𝗜𝗧𝗘𝗠 𝗕𝗘𝗦𝗔𝗥-𝗕𝗘𝗦𝗔𝗥

Siapa yang dah lama menabung emas pasti simpanan dah cukup untuk capai beberapa target simpanan seperti simpanan kecemasan atau dana pergi haji atau umrah.

Untuk target simpanan jangka pendek atau ada rancangan nak jual emas pada masa-masa tertentu. Item yang paling sesuai ialah 1 Dinar, 5gram atau 10gram.

Item kecil-kecil ini mudah dijual sikit-sikit kalau perlukan duit segera.

Tapi kalau menabung emas ada rancangan untuk simpanan jangka panjang atau ada rancangan nak beli aset yang lebih besar seperti hartanah atau tanah

Item yang paling lebih baik seperti 5 Dinar, 10 Dinar atau 50gram ke atas. Kelebihan item yang besar-besar ini, susut nilai lebih nipis dan kadar keuntungan kenaikan harga lebih berbaloi.

Kalau baru nak mencuba menabung emas, boleh mula bajet kecil serendah RM100 atau 1gram. Yang dah lama menabung emas boleh target item yang besar-besar pula.

#IlmuEmas
𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗕𝗔𝗥𝗨, 𝗠𝗘𝗡𝗔𝗠𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗘𝗠𝗔𝗦

Tahun 2023 baru bermula. Bina strategi simpan emas 1 gram 1 bulan.

Kalau tahun lepas duit banyak bocor dengan hiburan, barang bukan keperluan.

Tahun ni pasang niat duit bocor hanya menabung emas.

Menabung emas umpana menabung aset masa depan. Duit tak habis aset ada depan mata.

Menabung emas niatkan untuk menyimpan duit, membina simpanan jangka panjang, dana pendidikan, dana kecemasan atau nak ditukarkan dengan aset lebih besar seperti rumah atau tanah.

Ikut kemampuan jangan ikut poket orang. Lain orang lain poketnya.

Selamat menyimpan emas. Tahun 2023 detiknya sudah bermula.

#IlmuEmas
𝗧𝗜𝗣 𝗠𝗘𝗡𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗘𝗠𝗔𝗦 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗔𝗥𝗨

𝗧𝗜𝗣 𝟭 :
𝗠𝘂𝗹𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗷𝗲𝘁 𝗸𝗲𝗰𝗶𝗹 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗶𝗿𝗮 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮.

Tujuanya supaya kita mendapatkan pengalaman pertama menabung emas serta mendapat tanda aras harga sendiri.

𝗧𝗜𝗣 𝟮 :
𝗣𝗲𝗴𝗮𝗻𝗴 𝗲𝗺𝗮𝘀 𝘀𝗲𝗰𝗲𝗽𝗮𝘁 𝗺𝘂𝗻𝗴𝗸𝗶𝗻.

Supaya dapat feel sebenar menabung emas. Emas milik sendiri feelnya luar biasa dan lebih motivasi untuk menabung emas seterusnya.

Kalau menabung emas melalui Akaun Emas GAP, keluarkan sedikit dalam bentuk emas fizikal.

𝗧𝗜𝗣 𝟯:
𝗞𝗼𝗻𝘀𝗶𝘀𝘁𝗲𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗯𝘂𝗻𝗴 𝟭 𝗴𝗿𝗮𝗺 𝟭 𝗯𝘂𝗹𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗶𝗿𝗮 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝘀𝗲𝗺𝗮𝘀𝗮. 𝗙𝗼𝗸𝘂𝘀 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗴𝘂𝗺𝗽𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗥𝗠.

Tujuannya memupuk tabiat menyimpan secara konsisten tanpa culas.

𝗧𝗜𝗣 𝟰 :
𝗕𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗵𝗮𝗱𝗶𝗿 𝘀𝗲𝗺𝗶𝗻𝗮𝗿 𝗲𝗺𝗮𝘀, 𝗽𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗯𝗮𝗶𝗸 𝗵𝗮𝗱𝗶𝗿 𝘀𝗲𝗺𝗶𝗻𝗮𝗿 𝗲𝗺𝗮𝘀 𝗱𝗮𝗻 𝗧𝗮𝗹𝗸 𝗦𝗵𝗼𝘄 𝗮𝗻𝗷𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗚𝟭𝟬𝟬 𝗡𝗲𝘁𝘄𝗼𝗿𝗸 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝘂𝗯𝗹𝗶𝗰 𝗚𝗼𝗹𝗱. 𝗦𝗲𝗯𝗮𝗯 𝗶𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗰𝘂𝗺𝗮.

Menambah kefahaman tentang emas dan keuntungan menabung emas.

𝗧𝗜𝗣 𝟱 :
𝗕𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗮𝗰𝗮 𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗰𝗮𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗲𝗺𝗮𝘀.

Paling baik baca #BukuWangEmas dan #MisiBebasHutang tulisan mentor saya En Mohd Zulkifli Shafie

Link beli buku http://g100.my/combo-buku/

Tujuannya supaya ilmu yang dapat daripada seminar kita mantapkan dengan membaca.

𝗧𝗜𝗣 𝟲 : 𝗙𝗼𝗹𝗹𝗼𝘄 𝗿𝗮𝗽𝗮𝘁-𝗿𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗴𝘂𝗿𝘂-𝗴𝘂𝗿𝘂 𝗲𝗺𝗮𝘀 𝗱𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝘀𝗲𝗽𝗲𝗿𝘁𝗶 𝗘𝗻 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗭𝘂𝗹𝗸𝗶𝗳𝗹𝗶 𝗦𝗵𝗮𝗳𝗶𝗲, 𝗘𝗻 𝗦𝘆𝘂𝗸𝗼𝗿 𝗛𝗮𝘀𝗵𝗶𝗺

Tujuannya supaya kita dapat up date terbaru berita tentang emas, tip-tip, dan nasihat-nasihat simpanan emas yang betul dan selamat.

#IlmuEmas
𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗔𝗦𝗕 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗘𝗠𝗔𝗦

Beberapa hari lepas ASB dah pun mengumumkan pengagihan pendapatan dan bonus.

Ada yang suka ada juga yang santai-santai saja. Kalau banyak menabung tahun lepas pasti banyak hasilnya.

Inilah kelebihan menabung sambil melabur. Sambil kita menabung dalam pada masa yang sama kita gandakan tabungan kita. 📈

ASB tempat yang paling selamat dan kurang risiko untuk melabur. Sesuai untuk kebanyakkan yang tak nak fikir risiko kehilangan modal.

Pasti ramai yang gembira kalau duit simpanan berganda tetapi lazimnya duit ASB ini tak lama. Sekejap boleh habis kalau jenis "tangan panas". 💸

Kalau tak boleh pegang duit lama-mana atau jenis tangan panas. Alihkan keuntungan atau dividen tersebut dalam bentuk emas.

Biar kegembiraan dapat dividen tu bertahan sehingga hujung tahun atau tahun-tahun berikutnya.

#IlmuEmas
LIVE G100 ACHIEVERS NIGHT

🖥 Tonton di:

FB : https://fb.watch/hTQNaxNPe7/

YouTube : https://youtu.be/JioIvnnooA0


#AktivitiG100
𝗦𝗜𝗙𝗨 𝗦𝗔𝗬𝗔

Bila sebut seorang guru saya teringat filem Kun Fu lakonan Jackie Chan.

Beliau nak belajar kun fu tetapi gurunya tak terus ajar beliau berkunfu tetapi disuruhnya buat bermacam-macam kerja seperti angkat dari sungai, cuci lantai dan sebagainya.

Guru kita dia tahu kekuatan dan kelemahan kita lebih-lebih lagi beliau sendiri sudah pun melalui zamam kesusahan tersebut.

Kalau ditegur atau diperbetulkan, terima sebagai satu pelajaran.

Kalau tanya saya, siapa guru saya dalam dunia emas, kewangan dan bisnes. Beliau ialah Tuan Mohd Zulkifli Shafie

Bukan insan biasa tetapi seorang yang sudah mempunyai banyak kejayaan dalam Public Gold.

Saya banyak belajar dari beliau tentang kehidupan, kewangan dan juga bisnes. Mind set saya juga banyak berubah sejak saya berguru dengan beliau.

Saya masih berguru, belajar dan hadam segala ilmu yang dicurahkan kerana selagi guru tu ada, ambil ilmunya sebanyak-banyaknya dan tiba satu ketika ilmu itu diwarisikan dari satu generasi ke satu generasi.

#TravelogDealer