Mohamad Shafiq Rohaizad Buyong
343 subscribers
4.53K photos
429 videos
15 files
2.55K links
Suka cerita tentang emas, motivasi kehidupan, dan kewangan.

013 3235478
Download Telegram
𝗚𝗢𝗟𝗗 𝗕𝗔𝗥 𝗦𝗔𝗡𝗚 𝗦𝗔𝗞𝗔 𝗕𝗜𝗥𝗨

Terharu, bangga, teruja apabila Public Gold dengan kerjasama PDRM Football Club telah mengeluarkan gold bar 1gram limited edition PDRM Football Club.

Goldbar ini boleh dikeluarkan daripada Akaun Emas GAP Public Gold. Bagi yang sudah ada Akaun Emas GAP, boleh keluarkan emas ini segera sebelum kehabisan stok.

Bagi yang belum ada Akaun Emas GAP. Boleh mulakan hari ini sama ada RM100 atau 1gram.

#AktivitiPublicGold
𝗗𝗔𝗣𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗔𝗨𝗥𝗔 𝗦𝗜𝗠𝗣𝗔𝗡 𝗘𝗠𝗔𝗦

Kita tidak akan konsisten menyimpan selagi tak dapat rasa aura emas.

Aura emas itu boleh kita dapat bila kita pengang emas fizikal sama ada gold bar atau pun dinar.

Sangat berbeza simpan emas dalam akaun berbanding simpan emas fizikal.

Berdasarkan pengalaman saya dan ramai penyimpan emas yang lain. Kalau kita simpan emas fizikal kita boleh pegang emas tu bila-bila masa.

Petua daripada guru saya En Syukor Hashim, simpan emas berbentuk kad dalam dompet.

Bila-bila masa boleh tengok emas itu berkali-kali sehingga kita rasakan kalau tak simpan emas rasa bersalah pula pada diri sendiri.

Awal saya simpan emas, saya amalkan petua ini. Alhamdulillah, apabila selalu tengok emas, automatik kita akan rasa nak simpan emas lagi.

Tak simpan 1gram rasa tak sedap badan. Dah simpan baru senang hati. 😅

Bagi yang baru berjinak-jinak dengan simpanan emas. Selain formula #1gram1bulan cuba juga petua simpan emas dalam dompet.

Bagi mereka yang menyimpan emas dalam #AkaunEmasGAP keluarkan sedikit dalam bentuk emas fizikal dan selebihnya boleh simpan dalam akaun.

Yang belum ada akaun GAP boleh mula serendah RM100. Kumpul banyak-banyak, keluarkan emas fizikal yang cantik-cantik dan besar-besar.

Lagi besar dan berat lagi wow auranya. 😱

#IlmuEmas
𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗜𝗠𝗣𝗔𝗡 𝗘𝗠𝗔𝗦 𝗞𝗘-𝟲𝟬𝟬

Tahniah!
Tahniah!
Tahniah!

Tahniah diucapkan kepada pemegang PG Kod PG0090034 kerana telah menjadi rakan penyimpan emas saya yang ke-600.

Tahniah dan terima kasih kepada beliau kerana sentiasa percaya dengan dealership saya.

Bagi meraikan beliau sebagai rakan penyimpan emas saya yang ke-600. Saya hadiahkan satu hadiah MISTER kepada beliau. 😊

Malah, terima kasih tak terhingga kepada 599 lagi rakan penyimpan emas saya yang sentiasa konsisten untuk belajar dan menabung emas walaupun #1gram1bulan

Terima kasih kerana sentiasa percaya dengan dealership saya dan isteri Puan Nuraini Nabilah Kamal dan #G100Network

Jalan terus
Jom menabung emas

Mohamad Shafiq Rohaizad Buyong
Master Dealer Public Gold

#TrevelogDealer
𝗘𝗠𝗔𝗦 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗔𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗜𝗧𝗔 𝗞𝗘𝗧𝗔𝗚𝗜𝗛 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗜𝗠𝗣𝗔𝗡

Simpan duit dengan simpan sangat berbeza auranya. Kalau kita simpan duit, semakin bertambah duit kita dalam akaun simpanan semakin besar desakkan untuk berbelanja.

Berbeza pula dengan emas, semakin bertambah emas yang kita simpan semakin KETAGIH pula untuk kita tambah lagi simpanan emas kita.

Ketagih menyimpan emas ini sangat bagus berbanding ketagih berbelanja. Kata mentor saya En Mohd Zulkifli Shafie

Beli emas walaupun setiap bulan bukan habiskan duit tetapi kita cuma tukarkan saja duit kertas jadi emas.

Penyimpan emas bertambah kaya bukan kerana harga itu yang sentiasa naik tetapi mereka bertambah kaya kerana simpanan mereka bertambah malah bertahan daripada bocor.

Harga emas hanya persoalanan masa saja. Confirm akan naik dalam jangka panjang. Yang penting setiap setiap bulan gram kita bertambah dan sentiasa bertambah walaupun #1gram1bulan

#IlmuEmas
AMPANG! 📢
AMPANG! 📢
AMPANG! 📢

Jom semua, belajar ilmu emas dengan mereka yang pakar dan telah membimbing ramai penyimpan emas di Malaysia.

Set masa dan tarikh anda pada :

20 Disember 2022 (Selasa)
8.30 malam
Public Gold Ampang

Jom belajar pengalaman speaker-speaker yang hebat bagaimana mereka bermula dengan emas dan bagaimana emas menjadikan kita bertambah kaya.

Ada fire sale dan cabutan bertuah. 🔥

#AktivitiG100
𝗣𝗥𝗔 𝗧𝗜𝗠𝗘 𝗙𝗥𝗘𝗘𝗗𝗢𝗠

Pesan guru saya En Mohd Zulkifli Shafie kalau mahu sesuatu impian itu hidup dan menjadi realiti.

Buat dream chart dan sentiasa bercakap-cakap dengan impian itu sehingga ia masuk dalam minda separa sedar kita.

Lebih baik lagi, lihat impian itu secara realiti.

Salah satu impian saya ialah mempunyai "financial freedom" dan "time freedom" dengan orang yang kita sayang.

Ada masa dengan orang kita sayang dan kita boleh buat apa yang kita suka.

Saya suka bisnes, jadi saya jadikan bisnes Public Gold sebagai kerjaya saya masa akan datang. Insya-Allah

Impian kedua saya ialah setiap hari boleh bersiar-siar dan berjoging ditempat kami suka.

Antara tempat yang kami suka ialah Putrajaya. Sini bukan saja banyak kemudahan tetapi sangat sesuai untuk jalani kehidupan yang sihat.

Sebelum "financial freedom" dan "time freedom" kita traning dulu.

Dan "financial freedom" dengan "time freedom" nanti taklah kekok sangat. 😅

#TravelogDealer
𝗚𝗘𝗡𝗔𝗣𝗟𝗔𝗛 𝟭𝟮 𝗚𝗥𝗔𝗠

Bulan ini bulan terakhir bagi tahun 2022. Sesiapa yang dah menyimpan emas sejak bulan Januari, walaupun 1gram setiap bulan, maka genaplah hari ini 12gram dalam simpanan.

Bagi yang berjaya menyimpan 12gram tahun ini tahniah untuk diri sendiri. Bermaksud sudah berjaya mempunyai simpanan tanpa bocor sepanjang tahun 2022.🎊🎊

12gram nampak kecil tetapi nilai dalam RM RM2700±. Kalau kita nak kumpul RM2700 setahun dengan cara biasa-biasa barangkali tak capai kerana asyik terguna saja.

Walaupun atas kertas kita berjaya simpan 12gram. Ramai penyimpan emas sebenarnya dapat simpan lebih daripada itu. Ada saja berjaya simpan 20gram, 50gram hingga 100gram setahun.

Sebab emas ini seronoknya apabila dikumpulkan. Lagi banyak kita kumpul, lagi seronok rasanya.

Dah ada 10gram, nak pula simpan 20gram. Dah ada 20gram nak lagi simpan 50gram dan seterusnya.

Kalau dah berjaya simpan 12gram tahun ini, tahun 2023 tingkatkan simpanan menjadi 24gram pula. Sekali ganda daripada simpanan sekarang.

Yang belum lagi menyimpan emas walaupun 1gram tahun ini. Wajar mulakan sekarang. Azam tahun depan nak ada simpanan yang kukul.

Perjalanan 100gram bermula 1gram pertama.
Jom kita mulakan! 💪

Begitulah

Your Ultimate Financial Freedom Begins Here

#IlmuEmas
𝗥𝗔𝗞𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗟𝗜𝗩𝗘 𝗧𝗔𝗟𝗞 𝗦𝗛𝗢𝗪

Link FB Live : https://fb.watch/hyL00q7u4X/

Link Youtube : https://youtu.be/h4wB_47RNcw

#AktivitiG100
𝗪𝗔𝗞𝗧𝗨 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗔𝗜𝗞 𝗝𝗨𝗔𝗟 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗟𝗔 𝗘𝗠𝗔𝗦

Bila waktu terbaik menjual emas. Jawapanya bergantung kepada posisi kita.

Saya letakan diri saya sebagai penyimpan emas. Saya tak tengok sangat harga emas berapa. Yang penting bagi saya ada duit tukar jadi emas.

Jika masa tu harga emas diparas rendah, itu satu bonus untuk beli barang bernilai tinggi dengan harga yang murah.

Saya tak tetapkan masa saya nak jual emas. Saya akan jual emas dalam beberapa keadaan.

(𝟭) 𝘄𝗮𝗸𝘁𝘂 𝗸𝗲𝗰𝗲𝗺𝗮𝘀𝗮𝗻
Jika duit simpanan kecemaaan saya dah habis, baru saya jual emas saya untuk dapatkan duit tunai.

(𝟮) 𝗣𝗲𝗹𝘂𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗿𝗯𝗮𝗶𝗸
Peluang terbaik ni seperti beli rumah, buat umrah, atau beli tanah. Emas yang saya simpan boleh dijadikan modal atau dana.

(𝟯) 𝗔𝗱𝗮 𝗽𝗲𝗹𝘂𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗶𝘀𝗻𝗲𝘀 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗺𝗲𝗻𝗴𝘂𝗻𝘁𝘂𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻.

Emas yang kita simpan boleh dijadikan modal bisnes.

Jangan risau harga emas turun atau naik. Itu normal. Kerja kita beli dan beli untuk membina kekayaan.

#IlmuEmas
𝗦𝗨𝗞𝗔 𝗗𝗨𝗞𝗔 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗘𝗠𝗔𝗦

Ada yang seronok simpan emas,
tak kurang yang kecewa dengan emas.

Untung tak untung dengan emas bergantung ILMU kita tentang emas.

Jujurnya, kita tak boleh bandingkan emas dengan alat kewangan lain. Ia ibarat membandingkan sebijik epal dengan sebijik oren. Tak kena sama sekali.

Emas salah satu alat kewangan dalam beribu alat kewangan yang ada dalam pasaran. Emas tak sempurna dan emas juga ada kelebihan dan kekurangannya.

Salah satu kekurangan emas ialah ia tak berikan pulangan dividen atau hibah tahunan. Keuntungan emas bergantung kepada pergerakan harga emas semasa.

Selain itu, cara penyimpan emas juga sedikit sukar. Tapi kalau dah jumpa cara yang selamat, kita boleh tidur lena, tiada masalah.

Kelebihan emas banyak.

Boleh dijadikan simpanan jangka panjang
Simpanan hari tua
Dana persaraan
Dana beli rumah
Simpanan kecemasan
Duit hantaran perkahwinan

Untung tak untung dengan emas ia bergantung kepada ILMU kita tentang emas. Sejauh mana kita kenal emas, sejauh itulah kita seronok menyimpan emas.

Apabila kita ada ilmu, kita tahu apa yang kita buat dan kita tahu di mana untungnya menyimpan emas.

Untuk pastikan kita happy menyimpan emas. Tipsnya, Baca #BukuWangEmas dan #MisiBebasHutang tulisan mentor saya En. Mohd Zulkifli Shafie

2 buah buku ini dah memandaikan beribu-ribu penyimpan emas di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

Tak lengkap simpan emas tanpa baca Buku Wang Emas. Boleh beli di mana-mana kedai buku #MPH, #POPULAR atau di #PGMall

Link beli buku http://g100.my/combo-buku/

Saya ada sedikit stok dalam tangan. Siapa nak beli terus dengan saya pun boleh. Helo-helo okay!

#IlmuEmas
𝗠𝗔𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗗𝗘𝗔𝗟𝗘𝗥 𝗪𝗢𝗥𝗞𝗦𝗛𝗢𝗣

Alhamdulillah malam tadi selesai Master Dealer Workshop untuk bulan Disember, iaitu yang terakhir bagi tahun 2022.

Dalam banyak-banyak traning dalam #G100, inilah traning paling mahal dan berimpak tinggi.

Dalam training ini kita mendapat sentuhan secara langsung daripada mentor En Mohd Zulkifli Shafie penulis Buku Wang Emas dan Buku Misi Bebas Hutang.

Malam tadi MD Workshop disampaikan oleh Pn. Marlia Ramli, Triple Star Master Dealer.

Lebih 70 rakan-rakan Master Dealer yang bersama training malam tadi dari awal hingga akhir. Banyak juga perkongsian daripada rakan-rakan MD yang lain.

Saya dah dapat jalan, cuma kena bekerja saja. Saya sedang mencari bakal-bakal Master Dealer dalam team saya.

Kalau anda calon-calonnya. Jom !

#AktivitiG100
𝗠𝗨𝗗𝗔𝗛𝗡𝗬𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗔𝗠𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗘𝗠𝗔𝗦 𝗗𝗜 𝗣𝗨𝗕𝗟𝗜𝗖 𝗚𝗢𝗟𝗗

Mudahnya menabung emas di Public Gold. RM100 pun dah boleh mula menabung emas. Ikut cara di bawah:

𝗟𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗛 𝟭
Layari laman web Public Gold www.publicgold.com.my dan klik 𝙇𝙤𝙜𝙞𝙣. Klik pada  𝙍𝙚𝙜𝙞𝙨𝙩𝙚𝙧 𝘼𝙘𝙘𝙤𝙪𝙣𝙩 untuk pendaftaran akaun Public Gold. Isi maklumat yang diperlukan dan klik 𝙎𝙪𝙗𝙢𝙞𝙩.

Jangan lupa masukan PG Kod saya  𝙋𝙂00059788 𝙈𝙊𝙃𝘼𝙈𝘼𝘿 𝙎𝙃𝘼𝙁𝙄𝙌 𝙍𝙊𝙃𝘼𝙄𝙕𝘼𝘿 𝘽𝙐𝙔𝙊𝙉𝙂 sebagai introducer.

Pendaftaran yang berjaya akan menerima IC tanpa (-) sebagai 𝙪𝙨𝙚𝙧𝙣𝙖𝙢𝙚 sementara.

Jika anda sudah pernah mendaftar, masukkan detail  𝙪𝙨𝙚𝙧𝙣𝙖𝙢𝙚 dan 𝙋𝙖𝙨𝙨𝙬𝙤𝙧𝙙 untuk 𝙇𝙤𝙜𝙞𝙣

𝗟𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗛 𝟮

Anda akan menerima sms dan email untuk pengesahan akaun. Klik link di sms atau klik butang 𝙑𝙚𝙧𝙞𝙛𝙮 𝙈𝙮 𝘼𝙘𝙘𝙤𝙪𝙣𝙩 di email. Anda akan dibawa ke page pembelian.

Sila semak email pengesahan akaun di Spam atau Inbox (Promotion) jika tiada dalam Inbox. Jika butang tidak berfungsi, salin (copy) link dan buka di Chrome/Safari.

𝗟𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗛 𝟯

Pilih salah satu kaedah belian untuk memulakan pembelian pertama anda.

Anda akan menerima PG Kod selepas pembelian anda berjaya. PG Kod akan digunakan sebagai  𝙪𝙨𝙚𝙧𝙣𝙖𝙢𝙚 untuk 𝙇𝙤𝙜𝙞𝙣 pada masa akan datang. Anda boleh semak PG Kod di email.