Magnet Minda Rezeki
14 subscribers
57 photos
8 videos
3 files
25 links
Download Telegram
Forwarded from OSEMGENG (Zul MK)
Forwarded from OSEMGENG (Zul MK)
Sering juga mereka yang berputus asa ini adalah disebabkan oleh salah dalam meletakkan sasaran atau matlamat. Matlamat yang diletakkan tak sepadan dengan kemampuan diri mereka sendiri.

Sebab itu matlamat mesti jelas, mesti spesifik, mesti ada jangka waktu, mesti juga relevan dan logik untuk dicapai. Mana mungkin sebiji gelas mampu memuatkan air selautan.

Takpe matlamat kita tak sebesar orang lain, yang penting kita usaha untuk mencapainya dan dapat capai, dapat hasilnya. Itu lebih baik dati berimpian atau bermatlamat besar namun apa pon takdak.

Baca kisah-kisah inspirasi permulaan dan kejayaan yang diperoleh oleh insan-insan yang berjaya.
Forwarded from OSEMGENG (Zul MK)
Cikgu, content sendu lah bila Ramadhan

Itu normal, bila masuk ramadhan, content ramadhan tak boleh sama seperti di bulan lain. Kalau tengok statistik yang diberikan oleh Google pun trend carian dan tontonan semua berubah ketika Ramadhan
Rujuk di sini :
thinkwithgoogle.com/intl/en-145/consumer-insights/consumer-trends/your-6-ramadan-audiences-and-what-content-they-want-watch

Jadi nak buat macam mana ?
Tipsnya, olah content kepada 3 perkara ini :

1. Makanan
Apa sahaja content berkaitan makanan, sama ada memasak atau makan, pasti content kita akan mendapat organic reach yang baik. Bukan makanan yang sedap sahaja tetapi makanan yang sihat juga mendapat sambutan yang baik

2. Islamic / Spiritual
Content berkaitan kebaikkan, terutama yang melibatkan bulan ramadhan, ibadah puasa juga berkaitan kekeluargaan. Jika perasan salah satu content viral di awal ramadhan ini adalah panduan solat terawih.

3. Shopping/Fesyen
Content sebegini ada target marketnya yang tersendiri pada bulan puasa ini. Tips memilih warna pakaian, tips pemilihan perabot dll. Content untuk ini akan mendapat engagement yang lebih baik, sebab selain beribadah ramadhan juga bulan berbelanja bagi masyarakat kita.

Jadi nak tanya dah ubah content kita ? atau masih ikut cara lama ?

Ingat bina content kita harus faham apa yang orang mahu tanpa terkeluar dari identiti asal kita.

Selamat mencuba

Cikgu Syibli
'FCK KFC’: KEMPEN TERBAIK DALAM SEJARAH RESTORAN AYAM GORENG

Tahu tak, KFC pernah ada masalah kekurangan stok ayam?

Bayangkan rangkaian restoran ayam goreng tak cukup ayam. Mengamuk rakyat jelata.

Ini yang berlaku kepada rangkaian restoran ayam goreng Kentucky Fried Chicken (KFC) di pasaran UK pada 2018.

Kisah ni boleh jadi malapetaka paling hitam dalam sejarah KFC yang menyebabkan lebih 750 outlet ditutup dan lebih 15,000 orang kehilangan pekerjaan.

Gila kan?

Punca kepada masalah stok ayam ni bukan pada kekurangan di ladang ayam pun. Di UK, masalah ayam mentah bukan jadi masalah.

Ada beribu ladang ayam di kat situ.

Tapi apa yang berlaku adalah sebab masalah logistik.

.
.

Tahun 2017, kontrak servis dengan Bidvest Logistic yang merupakan antara syarikat logistik terbaik di UK ni tamat. KFC lantik syarikat kurier logistik terkenal dunia, DHL.

Matlamat utama DHL pula, nak 'reform' semula rangkaian logistik di serata UK. Jadi kerjasama dengan KFC UK boleh jadi idea paling hebat.

Tapi masa ni lah malapetaka bermula.

Dalam masa beberapa minggu, KFC mengalami masalah kekurangan stok yang kritikal di setiap rangkaian restoran.

Penghantaran stok tak mengikut jadual yang ditetapkan.

Kesannya, orang marah sebab tak dapat makan ayam goreng.

Di sosial media, KFC kena hentam teruk.

#chickencrisis dan #KFCcrisis jadi 'trending'.

Staf pula hari-hari kena tahan maki.

Bukan setakat ayam je, sos habis pun teruk pelanggan maki.

Orang dah benci KFC, pilih restoran lain kalau nak makan ayam goreng.

Sales jatuh teruk bukan setakat sebab takde pelanggan, tapi takde ayam nak dijual!

.
.

Apa yang KFC buat nak untuk betulkan keadaan?

Mereka kena ubah semula persepsi buruk orang ramai.

Objektif mereka masa tu ada dua;

1. Minta maaf secara terbuka kepada pelanggan.

2. Nak buat pengakuan bertulis untuk bagitahu mereka tak salah.

Tapi atas nasihat peguam, mereka tak boleh keluarkan kenyataan menyalahkan syarikat logistik untuk elakkan tindakan saman-menyaman.

Jadi tim marketing ni buat satu kempen yang dinamakan 'FCK KFC'.

FCK tu kira mencarut la, buang satu huruf vokal nampak sopan sikit.

KFC carut KFC sendiri.

Mereka marah diri sendiri dan minta maaf kepada semua yang terlibat.

Tanpa menggunakan TV dan sosial media, mereka cuma gunakan suratkhabar.

Print besar-besar gambar bucket KFC dengan 3 huruf 'FCK', dan disertakan dengan kenyataan maaf dan laman web untuk orang boleh tengok rangkaian restoran KFC di kawasan mereka.

Kira orang boleh check, restoran mana yang dah beroperasi semula.

Kempen ni menjadi perhatian seluruh dunia.

Masa ni orang dah mula rasa kesian kat KFC.

Orang mula datang ke KFC semula.

DHL sedar dia masih belum mampu nak bagi servis terbaik untuk KFC.

Jadi mereka lantik semula Bidvest Logistic untuk uruskan logistik untuk bahagian utara UK terutamanya di Scotland dan utara England.

Paling power, kempen 'FCK' KFC dapat anugerah kempen pemasaran terbaik tahun 2018 di UK.

Sekarang, KFC dah takde lagi masalah kekurangan stok.

Orang boleh makan ayam goreng dengan senang hati.

.
.

Apa yang kita boleh belajar dari sini?

1. Ada masalah, kena cepat-cepat betulkan sebelum jadi makin parah.

2. Sebagai sebuah bisnes, kita kena minta maaf kepada kalau berlaku masalah yang menyusahkan pelanggan. Buang ego.
Forwarded from OSEMGENG (Zul MK)
Assalamualaikum Selamat Pagi🌸

Barangsiapa yang pagi hari sudah memiliki niat yang baik, maka Tuhan akan memuluskan langkahnya untuk mencapai kebaikan itu.

Apa yang kita Fikir
Apa yang kita Rasa
Apa yg kita Cakap
Apa yg kita Buat
ADALAH DOA
Pastikan sentiasa positif semoga yang datang baik baik sahaja
Forwarded from OSEMGENG (Zul MK)
Forwarded from OSEMGENG (Zul MK)
Salam sejahtera semua.

Mungkin ada yang tertanya - tanya siapa DragonForce. DragonForce adalah salah satu Group Tempur Siber Malaysia. DragonForce diasaskan pada 2011 bersama-sama rakan kami iaitu RileksCrew.

Untuk kali ini, kami istiqomah untuk membantu Palestin dengan cara kami.

Perjuangan kami belum selesai. Dah lama kami berdiam diri sebelum ini.

Resistance is futile.
You has been hacked by DragonForce.

Israeli, you can zucc our appearance, but you can't stop us. More sophiscated attacks coming soon.

Official Page : https://facebook.com/dragonforce.my
Our Group : https://www.facebook.com/groups/mydragonforce.gov.my/
Telegram : https://t.me/dragonforcemy


#MyDragonForce #RileksCrew #krewtenang #RC2021 #DF #OpsBedil

DragonForce x-x Hak Milik Rakyat Malaysia
Forwarded from OSEMGENG (Zul MK)
📍 Chalet Bersah, Pos Kuala Mu, Perak.

Info terbaru, Pos Kuala Mu dah terima pengunjung pelancong dari luar, jalan raya yg berlubang sudah ditampal boleh dilalui oleh semua kenderaan.

Join info lagi t.me/infoutara

Pos Kuala Mu pernah menerima pencalonan Anugerah Desa Perdana peringkat Negeri

jarak dari Pekan Sungai Siput ke Pos Kuala Mu 70 km atau 1 jam lebih perjalanan. Tapi pastikan kenderaan anda diselenggara dengan baik. Laluan berbukit bukau. Ada yg bukit mendaki 7km 10/15,° pastikan brake anda cukup mengcengkam dan mampu untuk menaiki bukit.

Pastikan minyak kenderaan anda di isi penuh utk sebarang kemungkinan sebelum masuk.

Di Pos Kuala Mu, ada tiga tempat yang boleh pilih untuk berehat.

Pastikan anda telefon untuk boking. Utk info semasa.

Kedai makan tiada disini anda kena masak sendiri atau pun upahkan orang asli utk masak. Hanya ada Kedai runcit kecil ada disini.

Biasanya sebelum kami masuk akan berhenti beli bekalan makanan di pasraya TF sg siput.

Terdapat 3 chalet yg beroperasi di kuala mu

1. Chalet Kampung Bersah.

2. Chalet Dusun Kg Kuala Mu.

3. Tapak Perkhemahan Kg. Gapeh.

En. Ayong: 017- 5402382
(Chalet Kg Bersah).

Eton : 011-19883949
(Chalet Dusun Kg Kuala Mu).

Johari b Pandak, 011 15117527
(Tapak Perkhemahan Kg. Gapeh).

Chalet Bersah, Pos Kuala Mu, Perak.
https://maps.app.goo.gl/JYtGnHXMwtiHPtu17

Kredit: Ary Arios