MEKANIK IMAN.
331 subscribers
1.84K photos
531 videos
99 files
4.25K links
Bismillahirrahmanirrahim...

Jom perbaiki Iman dan Amal kita yang merupakan kunci dan bekalan kita di akhirat.

Jom join Group Soal Jawab Fiqh di sini
👉 https://t.me/+FdV3VML4jH4xOWY9

Semoga bermanfaat buat semua. Aamiin
Download Telegram
Muhasabah malam ini

Ramai manusia mencari kemuliaan itu melalui pintu kuasa dan jawatan,

Sedangkan hakikatnya kemuliaan itu tidak ada, melainkan hanya pintu ketaatan kepada Allah.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Ujian  Kehidupan dan Amal Penghapus Dosa

عَنْ حُذَيْفَةَ قَالَ كُنَّا عِنْدَ عُمَرَ فَقَالَ أَيُّكُمْ يَحْفَظُ حَدِيثَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْفِتْنَةِ كَمَا قَالَ قَالَ فَقُلْتُ أَنَا قَالَ إِنَّكَ لَجَرِيءٌ وَكَيْفَ قَالَ قَالَ قُلْتُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ فِتْنَةُ الرَّجُلِ فِي أَهْلِهِ وَمَالِهِ وَنَفْسِهِ وَوَلَدِهِ وَجَارِهِ يُكَفِّرُهَا الصِّيَامُ وَالصَّلَاةُ وَالصَّدَقَةُ وَالْأَمْرُ بِالْمَعْرُوفِ وَالنَّهْيُ عَنْ الْمُنْكَرِ

Daripada Hudzaifah RA berkata: Kami berada di kediaman Umar lalu ia bertanya: Siapa diantara kalian yang hafal hadis Rasulullah SAW tentang fitnah (ujian) seperti yang baginda sabdakan? Hudzaifah bin Al Yaman menjawab: Aku. Umar berkata: Sesungguhnya engkau berani, apa yang baginda sampaikan? Aku (Hudzaifah bin Al Yaman) berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Fitnah atau ujian seseorang terhadap keluarganya, hartanya, dirinya, anak dan jiran tetangganya. Ianya akan terhapus (dosanya) apabila ia melakukan solat, bersedekah, mengajak kepada kebaikan (maaruf)  dan mencegah kemungkaran." (HR Muslim No: 5150) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Setiap mukmin akan menghadapi ujian dalam hidup dan perlu sentiasa berwaspada.

2.  Ujian bukan hanya dalam perkara yang buruk sahaja malah termasuk yang berupa nikmat antaranya ujian terhadap kaum keluarga seperti seorang suami atau bapa terhadap isteri dan anak-anak hingga melalaikan. Atau tidak melaksanakan tanggungjawab yang sepatutnya terhadap mereka.

3.  Kita akan diuji dengan harta sama ada sumbernya mahupun penggunaannya. Ada mereka yang dilalaikan dengan harta dari beribadat, ada yang tidak berzakat serta bakhil.

4.  Kita akan diuji dengan anak-anak. Ada yang keterlaluan memberi kasih sayang  kepada anak-anak hingga bercanggah dengan syariat seperti membiarkan anak tidak menutup aurat atau sebaliknya membiarkan anak-anak tanpa pendidikan agama yang sempurna. Atau kesedihan yang keterlaluan apabila anak-anak ditimpa sakit, kemalangan dan sebagainya.

5.  Kita juga mungkin akan diuji dengan jiran tetangga. Kadang-kadang dengan sebab kecil boleh bergaduh serta berhasad dengki. Mungkin juga dengan kita tidak mengambil tahu keadaan serta kesusahan jiran.

6.  Semua dosa dan kesalahan tersebut (dosa kecil) boleh terhapus dengan menunaikan solat, bersedekah, mengajak kepada kebaikan (maaruf)  dan mencegah kemungkaran. Dalam hadis lain baginda Rasulullah SAW bersabda:

قَالَ عُثْمَانُ  قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَتَطَهَّرُ فَيُتِمُّ الطُّهُورَ الَّذِي كَتَبَ اللَّهُ عَلَيْهِ فَيُصَلِّي هَذِهِ الصَّلَوَاتِ الْخَمْسَ إِلَّا كَانَتْ كَفَّارَاتٍ لِمَا بَيْنَهَا

Usman berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah seorang muslim berwuduk lalu menyempurnakan wuduknya sebagaimana Allah telah mewajibkan kepadanya, lalu melakukan solat lima waktu melainkan itu menjadi penebus dosa antara keduanya." (HR Muslim No: 338) Status: Hadis Sahih

Moga kita sentiasa berhati-hati dengan pelbagai ujian yang ada dan sentiasa melakukan ibadat dan kebajikan agar ia menjadi penghapus dosa-dosa yang kita lakukan.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

31hb Mei 2024
22hb Zulkaedah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Iblis

قَالَ فَبِمَاۤ أَغۡوَیۡتَنِی لَأَقۡعُدَنَّ لَهُمۡ صِرَ ٰ⁠طَكَ ٱلۡمُسۡتَقِیمَ * ثُمَّ لَـَٔاتِیَنَّهُم مِّنۢ بَیۡنِ أَیۡدِیهِمۡ وَمِنۡ خَلۡفِهِمۡ وَعَنۡ أَیۡمَـٰنِهِمۡ وَعَن شَمَاۤىِٕلِهِمۡۖ وَلَا تَجِدُ أَكۡثَرَهُمۡ شَـٰكِرِینَ

Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus. "Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur".
(Al-Aʿraf: 16-17)

Iblis dan Syaitan merupakan musuh terbesar umat manusia. Iblis dan Syaitan masuk melakukan upaya untuk membawa hasutan, keburukan, kesesatan dan kejahatan ke dalam diri dan kehidupan manusia.

Al-Hasan menceritakan bahawa pada zaman dahulu terdapat sepohon pokok yang disembah oleh manusia selain daripada Allah. Seorang lelaki datang dengan penuh keazaman untuk menebang pokok tersebut demi mempertahankan kemurnian tauhid dan menyelamatkan manusia dari menyembah sesuatu yang lain daripada Allah. 

Di dalam perjalanannya, dia bertemu dengan Iblis yang muncul di hadapannya dalam rupa manusia. Iblis bertanya: “Apa yang engkau mahu?” Dia menjawab: “Aku mahu menebang pokok ini yang manusia sembah selain daripada Allah”.

Iblis cuba memalingkan tujuannya dengan berkata: “Engkau tidak menyembahnya. Maka apakah yang memudaratkanmu kalau orang lain yang menyembahnya?”. Dia tidak menghiraukan persoalan itu. Malah tetap bertegas mahu menebangnya. Iblis memujuknya dengan menukar taktik yang lain pula. Katanya: “Mahukah engkau kalau aku tawarkan sesuatu yang lebih baik untukmu?. Engkau tidak usah menebangnya. Dan engkau akan memperoleh dua dinar di sisi bantalmu setiap hari apabila engkau bangun di waktu pagi”.

“Dari manakah datangnya dinar itu untukku?” Tanya lelaki itu dalam keadaaan ragu. “Aku yang akan berikan untukmu!” Jawab Iblis dengan nada yakin. Lelaki itu pun pulang.

Keesokan harinya, apabila bangun dari tidur dia mendapati dua dinar terletak di sisi bantalnya. Hari berikutnya, dia tidak mendapati dua dinar di sisi bantalnya seperti hari sebelumnya. Dia bangun dalam keadaan marah, lantas bergegas menuju ke pokok yang disembah manusia untuk menebangnya. Iblis muncul lagi di hadapannya dan bertanya: “Apa yang engkau mahu?”
Dia menjawab: “Aku mahu menebang pokok ini yang disembah manusia selain daripada Allah!” Iblis berkata: “Engkau bohong. Engkau tidak akan dapat menebangnya!” Lelaki itu tidak menghiraukan kata-kata Iblis. Dia terus meluru ke arah pokok untuk menebangnya. Iblis memukulnya sehingga dia tersembam ke bumi dan mencekiknya sehingga hampir-hampir terputus nyawanya. 

Iblis berkata: “Tidakkah engkau tahu, siapa aku? Aku adalah syaitan. Engkau datang kali pertama didorong oleh perasaan marah kerana Allah. Maka aku tidak dapat menewaskanmu. Lalu aku perdayakanmu dengan dua dinar, lantas engkau tinggalkan hasratmu. Hari ini engkau datang di dorong oleh perasaan marah kerana tidak dapat dua dinar. Maka aku dapat menewaskanmu”.
(Talbis Iblis, Ibnu Jauzi)

Perhatikan, betapa liciknya tipu daya Iblis. Ia akan menggunakan pelbagai cara untuk menghalang kita daripada melakukan kebaikan. Dan senjata paling berbisa yang dapat menewaskan manusia adalah tawaran harta dan kekayaan. Berhati-hatilah, hanya dengan niat yang ikhlas serta pertolonganNya sahaja dapat menyelamatkan kita daripada tipu daya Iblis durjana.
Sakaratul Maut.
22 Zulkaedah 1445H
31 Mei 2024M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Golongan orang-orang yang beruntung...

Orang-orang yang beriman

قَدْ اَفْلَحَ الْمُؤْمِنُوْنَ

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,"
(Al-Mu'minun: 1)

Orang-orang yang khusyuk dalam solat

الَّذِيْنَ هُمْ فِيْ صَلَاتِهِمْ خَاشِعُوْن
َ
"Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;"
(Al-Mu'minun: 2)

Orang-orang yang menjauhkan diri dari perkara lagha

وَالَّذِيْنَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُوْنَ

"Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;"
(Al-Mu'minun: 3)

Orang-orang yang membayar zakat

وَالَّذِيْنَ هُمْ لِلزَّكٰوةِ فَاعِلُوْنَ

"Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);"
(Al-Mu'minun: 4)

Orang-orang yang tidak berzina dan meliwat

وَالَّذِيْنَ هُمْ لِفُرُوْجِهِمْ حٰفِظُوْنَ

"Dan mereka yang menjaga kehormatannya,"
(Al-Mu'minun: 5)

Orang-orang yang amanah dan menunaikan janji

وَالَّذِيْنَ هُمْ لِاَمٰنٰتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُوْنَ

"Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;"
(Al-Mu'minun: 8)

Orang-orang yang memelihara solat

وَالَّذِيْنَ هُمْ عَلٰى صَلَوٰتِهِمْ يُحَافِظُوْنَ

"Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;"
(Al-Mu'minun: 9)

Orang-orang yang mengikut petunjuk Allah, tidak akan sesat dan tidak juga akan sengsara

فَاِمَّا يَأْتِيَنَّكُمْ مِّنِّيْ هُدًى ۙ فَمَنِ اتَّبَعَ هُدَايَ فَلَا يَضِلُّ وَلَا يَشْقٰى

"kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa yang mengikut petunjukKu itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara."
(Taha: 123)

Orang-orang yang mengingati Allah, hati mereka akan menjadi tenang

اَلَّذِيْنَ اٰمَنُوْا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوْبُهُمْ بِذِكْرِ اللّٰهِ ؕ اَ لَا بِذِكْرِ اللّٰهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوْبُ

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia."
(Ar-Ra'd:28)

Oleh kerana itu, berlumbalah dalam mendapat keampunan Allah

سَابِقُوْۤا اِلٰى مَغْفِرَةٍ مِّنْ رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا كَعَرْضِ السَّمَآءِ وَ الْاَرْضِ

"Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi,"
(Al-Hadid: 21)

Allah pembela orang-orang yang beriman

اِنَّ اللّٰهَ يُدٰفِعُ عَنِ الَّذِيْنَ اٰمَنُوْٓا

"Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang beriman;"
(Al-Hajj: 38)

Siapakah mereka orang munafiq itu?

أُولَٰئِكَ الَّذِينَ اشْتَرَوُا الضَّلَالَةَ بِالْهُدَىٰ فَمَا رَبِحَتْ تِجَارَتُهُمْ وَمَا كَانُوا مُهْتَدِينَ

"Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah."
(Al-Baqarah: 16)

Kita tidak akan pernah berjaya dan beruntung kecuali dengan membaca, merenung dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran.

Ketahuilah, orang-orang yang beruntung adalah orang yang sentiasa berusaha menjadi lebih baik daripada semalam!

Semoga kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Justeru, jadilah orang-orang yang beruntung disisiNya...

~ Abu Imtiyaz ~
Muhasabah malam ini

Kita tak mampu mengembalikan masa lalu dan juga tidak mengetahui apa yang bakal terjadi pada masa depan.

Perjuangan yang paling sukar untuk menjadi seorang yang baik ialah membuang rasa diri lebih baik daripada orang lain.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Amal Yang Disukai Allah Pada Eidul Adha

عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ إِنَّهَا لَتَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنْ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنْ الْأَرْضِ فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا

Daripada Aishah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada amal keturunan Adam yang lebih disukai Allah pada Hari Eidul Adha selain menyembelih korban. Sesungguhnya binatang itu akan datang pada hari kiamat dengan tanduk, kuku, dan bulunya. Dan sesungguhnya darah korban lebih dahulu menitik di satu tempat di sisi Allah sebelum ia menitik ke bumi. Oleh itu elokkan dirimu dengan melakukannya” (Sunan Tirmizi No:1413) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.  Hari Raya Korban (Eidul Adha) semakin hampir. Tahukah kita bahawa amal yang paling Allah sukai pada Hari Raya Eidul Adha daripada setiap Muslim ialah melaksanakan ibadah korban

2.  Mereka yang melaksanakan ibadah korban ini di hari akhirat nanti akan datang binatang yang dikorbankan berserta tanduk, kuku dan bulunya sebagai saksi ibadat yang telah mereka laksanakan semasa di dunia

3.  Ibadah Korban yang ikhlas dilaksanakan oleh Muslim, akan diterima Allah dan diredaiNya sebelum darahnya menitik ke bumi.

4.  Justeru itu, laksanakanlah ibadah korban dengan memastikan binatang yang terbaik berdasarkan kemampuan kewangan, cara penyembelihan dan pengagihan daging yang sempurna.

Bagi mereka yang ingin melaksanakan Ibadat Korban masih berpeluang melaksanakan dikariah masing-masing juga diluar negara antaranya melalui MyCARE dengan serendah RM220 satu bahagian. Penyertaan korban masih dibuka.

Pilih jenis qurban/akikah, pilih pakej haiwan di negara tertentu, kemudian layari:

http://mycare.qrd.by/myqurbanijhr
http://mycare.qrd.by/myqurbanijhr
http://mycare.qrd.by/myqurbanijhr

Atau anda juga boleh membuat pembayaran melalui bank online / CDM / cek.

Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB Islamic
8602 13 5592

Sila hantarkan maklumat di bawah ke email myqurbani@mycare.org.my atau Whatsapp ke http://wasap.my/60189677215/60164127004/0197458517

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

01hb Jun 2024
23hb Zulkaedah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Malik bin Dinar berpesan,

إذا طلب العبدُ العلمَ ليعمَلَ به كسَرَهُ عِلمُه، وإذا طلبه لغير العمل به زادَه كِبرًا.

"Sekiranya seseorang itu menuntut ilmu dengan tujuan untuk beramal dengannya, ilmunya akan menjadikannya rendah diri.

Sekiranya dia menuntut ilmu dengan selain tujuan beramal, ilmu itu menambah kesombongannya."

Shuʿab al-Īmān
Rupa paras

هُوَ ٱلَّذِی یُصَوِّرُكُمۡ فِی ٱلۡأَرۡحَامِ كَیۡفَ یَشَاۤءُۚ لَاۤ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡعَزِیزُ ٱلۡحَكِیمُ

"Dialah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendakiNya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
(Āli-ʿImran: 6)

Ayat ini mengingatkan kita dan seluruh umat manusia bahawa mereka tidak memiliki sebarang kuasa dan tidak mempunyai pilihan dalam menentukan rupa paras diri mereka sendiri samada berkulit putih atau hitam, berbadan besar atau kecil, tinggi atau rendah, cantik atau hodoh, sempurna atau cacat. Semuanya telah dirancang dan ditentukan oleh Allah, Tuhan Yang Maha Pencipta dengan Kuasa dan KebijaksanaanNya sejak kita berada di dalam rahim ibu kita.

Malah, ibu yang mengandung dan melahirkan pun tidak mengetahui dan tidak pernah diminta pendapat tentang rupa paras anak yang terjadi dan berkembang di dalam badannya.

Ini mendidik kita bahawa usah berbangga dengan rupa yang cantik, jelita, segak, lawa, menawan, comei dan yang seerti dengannya. Lebih-lebih lagi jika dipuji keelokan rupa paras kita, usahlah berasa bangga kerana sebenarnya yang dipuji bukan diri kita, tetapi Pencipta kita Yang Maha Kuasa. Pujilah dan bersyukurlah kepadaNya.

Usahlah bersedih dengan rupa yang tidak cantik, tidak segak dan tidak lawa kerana ia bukan pilihan kita dan kesedihan tidak dapat mengubah apa yang telah tercipta dari mula. Lebih-lebih lagi bila dikeji ketidak sempurnaan rupa paras kita, usahlah berasa hina dan rendah diri kerana sebenarnya yang dikeji bukan diri kita, tetapi Pencipta kita Yang Maha Bijaksana. Redha dan bersabarlah atas ketentuanNya.

Selain itu, usah terpegun, terpesona, memuji seseorang kerana kecantikannya. Bukan dia yang berhak dipuji, tetapi Penciptanya. Pujilah Allah dan bertasbihlah kepadaNya.

Paling penting, usah memandang hina dan mengejek seseorang kerana kekurangan rupa parasnya. Dia tidak memilih rupa yang buruk itu. Awas! Jika kita mengejeknya bererti kita mengejek dan mempertikaikan Kehendak Penciptanya Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.

Insafi diri, sedar diri dan bersyukurlah dengan kehendak dan ketentuan Ilahi. Moga Allah merahmati kita semua, aamiiin...
23 Zulkaedah 1445H
01 Jun 2024M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Sikap munafik boleh ada dalam diri kita. Walaupun kita menuding jari pada orang lain...

إِنَّ الْمُنَافِقِينَ يُخَادِعُونَ اللَّـهَ وَهُوَ خَادِعُهُمْ وَإِذَا قَامُوا إِلَى الصَّلَاةِ قَامُوا كُسَالَىٰ يُرَاءُونَ النَّاسَ وَلَا يَذْكُرُونَ اللَّـهَ إِلَّا قَلِيلًا

Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk solat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya (dengan solat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali.
(An-Nisa': 142)

وَلَا يَأْتُونَ الصَّلَاةَ إِلَّا وَهُمْ كُسَالَىٰ وَلَا يُنفِقُونَ إِلَّا وَهُمْ كَارِهُونَ

dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan.
(At-Taubah: 54)

Malas bangun untuk solat bila azan dikumandangkan di masjid dan surau, malas pergi solat berjamaah, malas bangun solat subuh, malas berwirid, berzikir dan berdoa selepas solat, malas membaca Al Quran, malas pergi usrah, malas hadir mesyuarat jamaah dan berbagai lagi amal ibadah yang membentuk keperibadian muslim tapi berdepan dengan sikap munafiq iaitu malas dalam diri manusia...

Antara punca penyakit ini muncul ialah apabila tiada disiplin tarbiyyah dalam diri sendiri, hawa nafsu menguasai diri. Kecenderungan kepada keseronokan dan kesenangan sehingga ghaflah kelalaian menghijab hati dan jiwa...

يَعْقِدُ الشَّيْطَانُ عَلَى قَافِيَةِ رَأْسِ أَحَدِكُمْ إِذَا هُوَ نَامَ ثَلاَثَ عُقَدٍ ، يَضْرِبُ كُلَّ عُقْدَةٍ عَلَيْكَ لَيْلٌ طَوِيلٌ فَارْقُدْ. فَإِنْ اسْتَيْقَظَ فَذَكَرَ اللَّهَ انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ. فَإِنْ تَوَضَّأَ انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ. فَإِنْ صَلَّى انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ. فَأَصْبَحَ نَشِيطًا طَيِّبَ النَّفْسِ وَإِلاَّ أَصْبَحَ خَبِيثَ النَّفْسِ كَسْلاَنَ.

"Syaitan akan mengikat tengkuk salah seorang di antara kamu apabila kamu tidur dengan tiga ikatan. Ia menepukkan pada setiap ikatan; bagimu malam yang panjang maka tidurlah. Apabila kamu bangun dan berzikir kepada Allah maka terbukalah satu ikatan. Apabila kamu berwuduk maka terbuka pula satu ikatan. Apabila kamu bersolat terbukalah satu ikatan. Maka di pagi hari kamu akan bersemangat dan merasa segar. Jika tidak nescaya di pagi hari perasaannya buruk dan malas".
(Hadith Riwayat Al-Bukhari)

Bermuka-muka amalan paling buruk...

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ يَبْلُغُ بِهِ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَجِدُونَ مِنْ شَرِّ النَّاسِ ذَا الْوَجْهَيْنِ الَّذِي يَأْتِي هَؤُلَاءِ بِوَجْهٍ وَهَؤُلَاءِ بِوَجْهٍ

Dari Abu Hurairah dan sanadnya sampai kepada Nabi SAW, baginda bersabda: "Kalian mendapati bahawa orang yang paling buruk di antara manusia adalah orang yang bermuka dua, datang kepada satu golongan dengan satu muka dan pada golongan yang lain dengan muka yang lain."
(Hadith Riwayat Ahmad)

Ukur baju di badan sendiri...

Berkata Imam Ibnu Hibban:

الواجب على العاقل لزوم السلامة بترك التجسس عن عيوب الناس، مع الاشتغال بإصلاح عيوب نفسه؛ فإن من اشتغل بعيوبه عن عيوب غيره أراح بدنه ولم يُتعب قلبه، فكلما اطلع على عيب لنفسه هان عليه ما يرى مثله من أخيه، وإن من اشتغل بعيوب الناس عن عيوب نفسه عمي قلبه وتعب بدنه
وتعذر عليه ترك عيوب نفسه

"Wajib bagi orang yang berakal untuk mencari keselamatan dirinya dengan meninggalkan perbuatan tajassus (mencari-cari aib orang lain), dan hendaklah ia senantiasa sibuk memikirkan aibnya sendiri. Sesungguhnya orang yang sibuk memikirkan aibnya sendiri dan melupakan aib orang lain, maka hatinya akan tenteram dan tidak akan merasa lelah. Setiap kali dia melihat aib yang ada pada dirinya, maka dia akan merasa hina tatkala melihat aib yang serupa ada pada saudaranya. Sementara orang yang senantiasa sibuk mencari aib orang lain dan melupakan aibnya sendiri, maka hatinya akan buta, badannya akan merasa letih dan akan sulit baginya meninggalkan kejelekan dirinya”.
(Raudhatul ‘Uqala)

Munafik tulen...
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَرْبَعٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ كَانَ مُنَافِقًا خَالِصًا وَمَنْ كَانَتْ فِيهِ خَلَّةٌ مِنْهُنَّ كَانَتْ فِيهِ خَلَّةٌ مِنْ نِفَاقٍ حَتَّى يَدَعَهَا إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ وَإِذَا عَاهَدَ غَدَرَ وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ وَإِذَا خَاصَمَ فَجَرَ

Dari Abdullah bin Amru dia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Ada empat perkara, barangsiapa yang empat perkara tersebut ada pada dirinya maka dia menjadi orang munafik sejati, dan apabila salah satu sifat dari empat perkara tersebut ada pada dirinya, maka pada dirinya terdapat satu sifat dari kemunafikan hingga dia meninggalkannya: jika berbicara selalu bohong, jika diamanahkan dia khianat, jika berjanji selalu ingkar, dan jika berbantah dan bertengkar dia melampaui.
(Hadith Riwayat Muslim)

Justeru, tarbiyyah bukanlah semata-mata program dan majlis tetapi tarbiyyah adalah kehidupan. Aturlah kehidupan tarbawi dalam hidup mu...

~ Abu Imtiyaz ~
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Ikhlas Beramal

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ لَا يَنْظُرُ إِلَى صُوَرِكُمْ وَأَمْوَالِكُمْ وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوبِكُمْ وَأَعْمَالِكُمْ.

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan harta kamu, tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu." (HR Muslim No: 2564) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Ganjaran pahala  di atas setiap amalan adalah bergantung kepada hati yang benar-benar ikhlas dan niat yang benar.

2.Kepentingan menjaga niat agar hati sentiasa benar dan bersih daripada sifat-sifat mazmumah (tercela) serta membuahkan sifat taqwa kepada Allah SWT.

3.Kepentingan menjaga amalan hati mendahului daripada amalan yang dilakukan oleh anggota badan kerana hanya amalan yang  dilakukan dengan hati yang ikhlas akan diterima dalam setiap amalan yang disyariatkan.

4. Setiap amalan hendaklah dilakukan dengan ikhlas serta dilaksanakan dengan betul mengikut syarak.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

02hb Jun 2024
24hb Zulkaedah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Sombong

وَلَا تَمۡشِ فِی ٱلۡأَرۡضِ مَرَحًاۖ إِنَّكَ لَن تَخۡرِقَ ٱلۡأَرۡضَ وَلَن تَبۡلُغَ ٱلۡجِبَالَ طُولࣰا

"Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang".
(al-Isrāʾ: 37)

Ayat ini berkaitan dengan larangan Allah SWT supaya tidak bersikap sombong dan angkuh dalam apa perkara sekalipun.

Di dalam ayat ini juga terdapat celaan bagi orang-orang musyrik yang suka bermegah-megah dan menyombongkan diri. Moga penyakit ini tidak menjangkiti orang beriman.

Jauh lebih bahaya tatkala ahli ibadah dan orang soleh memiliki sifat sombong. Sombong dengan ibadah yang dilakukan. Sombong kerana kerajinannya beramal. Sombong kerana merasakan dia lebih baik dan alim daripada orang lain.

Sepatutnya orang yang alim, soleh, berilmu, kaya, berkedudukan, lebih tawadhuk, merendah diri dan lebih takutkan Allah SWT.

Berkata Syeikh Ibnu ‘Ata’illah al-Sakandari rahimahullah:

مَعْصِيَةٌ أَوْرَثَتْ ذُلًّا وَافْتِقَارًا خَيْرٌ مِنْ طَاعَةٍ أَوْرَثَتْ عِزًّا وَاسْتِكْبَارًا

“Sesuatu maksiat yang menyebabkan rasa hina rendah diri (kepada Allah SWT) dan keberhajatan (kepada rahmatNya) adalah lebih baik daripada sesuatu amalan taat yang menyebabkan rasa mulia, sombong, ujub dan besar diri”.
(Ahasin al-Kalim Syarh al-Hikam)

Salah satu cara agar terhindar dari sifat sombong adalah berusaha melihat orang lain lebih baik daripada kita.

Imam Abdullah al-Muzani rahimahullah berkata:

إن عرض لك إبليس بأن لك فضلاً على أحد من أهل الإسلام فانظر، فإن كان أكبر منك فقل قد سبقني هذا بالإيمان والعمل الصالح فهو خير مني، وإن كان أصغر منك فقل قد سبقت هذا بالمعاصي والذنوب واستوجبت العقوبة فهو خير مني، فإنك لا ترى أحداً من أهل الإسلام إلا أكبر منك أو أصغر منك

“Jika iblis memberikan was-was kepadamu bahawa engkau lebih mulia dari muslim lainnya, maka perhatikanlah. Jika ada orang lain yang lebih tua darimu, maka seharusnya engkau katakan: "Orang tersebut telah lebih dahulu beriman dan beramal shalih dariku, maka ia lebih baik dariku". Jika ada orang lainnya yang lebih muda darimu, maka seharusnya engkau katakan: "Aku telah lebih dulu bermaksiat dan berlumuran dosa serta lebih cepat mendapatkan seksa dibanding dirinya, maka dia sebenarnya lebih baik dariku". Demikianlah sikap yang seharusnya engkau perhatikan ketika engkau melihat yang lebih tua atau yang lebih muda darimu".
(Hilyatul Awliya’)

Jauhilah sifat sombong dan berasa hebat daripada orang lain serta istiqamahlah membenci maksiat dan dosa.
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Permudahkan dan Jangan Menyukarkan

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَسِّرُوا وَلَا تُعَسِّرُوا وَبَشِّرُوا وَلَا تُنَفِّرُوا

Daripada Anas bin Malik dari Nabi SAW, baginda bersabda: permudahkanlah dan jangan menyusahkan, berilah berita gembira dan jangan membuat orang lari (menjauh). (HR Bukhari No: 67) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Manusia cenderung kepada perkara yang mudah jika dilakukan serta mengembirakan ketika melaksanakan.

2.  Dalam kita mendidik, gunakanlah hikmah dan kebijaksanaan yang boleh menyebabkan orang lain gembira dan suka melakukannya.

3.  Lemah lembut dalam melaksanakan amar makruf nahi munkar (mengajak kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran), agar dapat diterima dengan baik oleh orang lain.

4.  Gunakanlah metod yang pelbagai dan menarik serta bertahap dalam mengajarkan ilmu, kerana segala sesuatu yang dimulakan dengan yang mudah, ia akan dapat memikat hati dan menambah rasa cinta terhadap ilmu yang akan dipelajari.

5.  Janganlah kita menjadi penyebab orang lain jauh dari kebaikan yang ingin diajar. Islam itu mudah dan tidak menyukarkan penganutnya untuk beramal. Ada rukhsah (keringanan) yang diberi dalam beribadat seperti untuk orang bermusafir dibolehkan berbuka puasa, solat secara jamak dan qasar dan lain-lain.

Marilah kita permudahkan menyampaikan ilmu mengikut garis panduan syarak. Elakkan sesuatu yang menyukarkan sehingga menjadi penyebab orang menjauhkan diri untuk beramal.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

03hb Jun 2024
25hb Zulkaedah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Sombong

وَلَا تَمۡشِ فِی ٱلۡأَرۡضِ مَرَحًاۖ إِنَّكَ لَن تَخۡرِقَ ٱلۡأَرۡضَ وَلَن تَبۡلُغَ ٱلۡجِبَالَ طُولࣰا

"Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang".
(al-Israʾ: 37)

Kesombongan adalah penyakit hati dan membina jurang kehidupan dengan manusia lain. Kesombongan timbul disebabkan kelebihan nikmat yang dikurniakan Allah seperti memiliki jawatan pangkat yang besar, kekuasaan yang banyak, harta yang melimpah, keilmuan yang melaut, kecantikan paras rupa dan pakaian yang indah.

Berkata salafussoleh:

عن سفيان رحمه الله قال: كانوا يكرهون الشهرتين: الثياب الجياد التي يَشتهر فيها ويرفع الناس فيها أبصارهم، والثياب الرديئة التي يُحتقرُ فيها ويُستذلُ دينه

"Imam Sufian at-Thauri apabila menceritakan perihal salaf dalam berpakaian menyatakan: Mereka ini tidak menyukai dua jenis pakaian: pakaian yang terlalu mewah sehingga menarik mata manusia serta membina kesombongan dalam diri dan pakaian yang terlalu buruk yang menyebabkan manusia memandang rendah padanya sehingga membawa fitnah kehinaan terhadap agama".
(Mausu'ah ibnu Abi Dunya)

Setiap apa yang kita lakukan bukan sekadar menggambarkan siapa kita, tetapi ianya juga adalah lambang kepada agama kita. Maka berhati-hatilah supaya tindakan kita tidak menjadi fitnah kepada agama yang mulia ini disebabkan kesombongan yang wujud dalam diri kita atas nikmat yang dikurniakan.

وَإِذَاۤ أَنۡعَمۡنَا عَلَى ٱلۡإِنسَـٰنِ أَعۡرَضَ وَنَـَٔا بِجَانِبِهِۦ وَإِذَا مَسَّهُ ٱلشَّرُّ كَانَ یَـُٔوسࣰا

"Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah ia serta menjauhkan diri (dari bersyukur) dengan penuh kesombongan; dan apabila ia merasai kesusahan, jadilah ia berputus asa".
(al-Israʾ: 83)

Allah SWT mengatakan bahawa jika diberikan kenikmatan kepada manusia seperti kesihatan, kemewahan atau kekayaan, niscaya mereka berpaling tidak bersyukur kepada Allah dan menjauhkan diri dari mengingati Allah dengan sombong. Jika mereka ditimpa kesusahan, seperti sakit atau kemiskinan niscaya mereka berputus asa kehilangan harapan dari rahmat Allah.

Jadilah hamba Allah yang bertaqwa, warak dan bersyukur. Jangan sesekali angkuh dan sombong dengan nikmat yang dikurniakan.
25 Zulkaedah 1445H
03 Jun 2024M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Bila nafsu sangat rakus terhadap dunia...

عَنْ كَعْبِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا ذِئْبَانِ جَائِعَانِ أُرْسِلَا فِيْ غَنَمٍ بِأَفْسَدَ لَهَا مِنْ حِرْصِ الْمَرْءِ عَلَى الْمَالِ وَالشَّرَفِ لِدِيْنِهِ

Dari Ka’ab bin Malik Radhiyallahu anhu ia berkata, “Rasulullah SAW bersabda,
“Dua serigala yang lapar yang dilepas di tengah kumpulan kambing, tidak lebih merosakkan dibanding dengan sifat rakus manusia terhadap harta dan kedudukan yang sangat merosak agamanya.”
(Hadith Riwayat at-Tirmidzi)

Kerakusan nafsu manusia terhadap dunia sering kali akan merosakkan pegangan dan amalan agamanya. Sebaga contoh kerakusan dan ketamakan manusia kepada harta dan kedudukan samaada sedar atau tidak, akan membawa kepada kezaliman, kebohongan dan perbuatan keji. Bahkan menghalalkan segala cara untuk mencapai tujuannya.

Manusia sangat mencintai harta dan akan terus sentiasa mencarinya, tidak merasa puas dengan yang sedikit, sangat tamak kepada harta dan panjang angan-angan.

وَتُحِبُّونَ الْمَالَ حُبًّا جَمًّا

Dan kamu mencintai harta dengan kecintaan yang berlebihan.
(Al-Fajr: 20)

وَإِنَّهُ لِحُبِّ الْخَيْرِ لَشَدِيدٌ

Dan sesungguhnya cintanya kepada harta benar-benar berlebihan.
(Al-‘Adiyat: 8)

Hati orang tua menjadi muda kerana dua hal, iaitu cinta dunia dan panjang angan-angan.

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu bahawa Nabi SAW bersabda:

قَلْبُ الشَّيْخِ شَابٌّ عَلَىٰ حُبِّ اثْنَتَيْنِ : طُوْلُ الْـحَيَاةِ وَحُبُّ الْمَالِ

Hati orang yang tua sentiasa muda dalam mencintai dua perkara: hidup yang panjang dan cinta terhadap harta.
(Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

يَكْبَرُ ابْنُ آدَمَ وَيَكْبَرُ مَعَهُ اثْنَانِ: حُبُّ الْمَالِ وَطُولُ الْعُمُرِ

Anak Adam (manusia) semakin tua dan menjadi besar juga bersamanya dua hal: cinta harta dan panjang umur.
(Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Hikmah dari penyebutan dua hal tersebut iaitu bahwa yang paling dicintai oleh manusia adalah dirinya sendiri, ia ingin hidup kekal, maka kerana itulah ia mencintai panjang umur.

اِقْتَرَبَتِ السَّاعَةُ وَلَا يَزْدَادُ النَّاسُ عَلَى الدُّنْيَا إِلَّا حِرْصًا، وَلَا يَزْدَادُوْنَ مِنَ اللهِ إِلَّا بُعْدًا

Hari Kiamat semakin dekat, dan tidak bertambah (kemauan) manusia kepada dunia melainkan semakin rakus, dan tidak bertambah (kedekatan) mereka kepada Allah melainkan semakin jauh.
(Hadith Riwayat Al-Hakim)

Allâh Azza wa Jalla berfirman tentang manusia:

لَا يَسْأَمُ الْإِنْسَانُ مِنْ دُعَاءِ الْخَيْرِ وَإِنْ مَسَّهُ الشَّرُّ فَيَئُوسٌ قَنُوطٌ

Manusia tidak jemu memohon kebaikan, dan jika ditimpa malapetaka, mereka berputus asa dan hilang harapannya.”
(Fusshilat: 49)

Al-Baghawi rahimahullah berkata tentang ayat ini, “Manusia sentiasa meminta kebaikan kepada Rabb-nya, iaitu harta, kekayaan, dan kesehatan.”
(Tafsir al-Baghawi)

لَوْ أَنَّ لِابْنِ آدَمَ وَادِيًا مِنْ ذَهَبٍ أَحَبَّ أَنْ يَكُونَ لَهُ وَادِيَانِ، وَلَنْ يَمْلَأَ فَاهُ إِلَّا التُّرَابُ، وَيَتُوبُ اللهُ عَلَى مَنْ تَابَ

Sungguh, seandainya anak Adam memiliki satu lembah dari emas, niscaya ia sangat ingin mempunyai dua lembah (emas). Dan tidak akan ada yang memenuhi mulutnya kecuali tanah.’ Kemudian Allâh mengampuni orang yang bertaubat.
(Muttafaq ‘alaih: Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dari ‘Abbas bin Sahl bin Sa’ad, ia berkata, “Saya pernah mendengar Ibnu Zubair dalam khutbahnya di atas mimbar di Mekah berkata:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ، إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُوْلُ: لَوْ أَنَّ ابْنَ آدَمَ أُعْطِيَ وَادِيًا مَلْأً مِنْ ذَهَبٍ، أَحَبَّ إِلَيْهِ ثَانِيًا، وَلَوْ أُعْطِيَ ثَانِيًا أَحَبَّ إِلَيْهِ ثَالِثًا، وَلَا يَسُدُّ جَوْفَ ابْنِ آدَمَ إِلَّا التُّرَابُ، وَيَتُوْبُ اللهُ عَلَى مَنْ تَابَ.
“Wahai manusia! Sesungguhnya Nabi SAW bersabda, ‘Sungguh, seandainya anak Adam diberikan satu lembah yang penuh dengan emas, pasti dia akan ingin memiliki lembah yang kedua, dan jika seandainya dia sudah diberikan yang kedua, pasti dia ingin mempunyai yang ketiga. Tidak ada yang dapat menutup perut anak Adam kecuali tanah, dan Allah SWT menerima taubat bagi siapa saja yang bertaubat.”
(Hadith Riwayat Al-Bukhari)

Tidak ada yang dapat mencegah keserakahan dan kerakusan nafsu manusia, dan angan-angannya kecuali kematian.

أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ ﴿١﴾ حَتَّىٰ زُرْتُمُ الْمَقَابِرَ ﴿٢﴾ كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ ﴿٣﴾ ثُمَّ كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ ﴿٤﴾ كَلَّا لَوْ تَعْلَمُونَ عِلْمَ الْيَقِينِ ﴿٥﴾ لَتَرَوُنَّ الْجَحِيمَ ﴿٦﴾ ثُمَّ لَتَرَوُنَّهَا عَيْنَ الْيَقِينِ﴿٧﴾ ثُمَّ لَتُسْأَلُنَّ يَوْمَئِذٍ عَنِ النَّعِيمِ

Bermegah-megahan telah melalaikan kamu, sampai kamu masuk ke dalam kubur. Sekali-kali tidak! Kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu), kemudian sekali-kali tidak! Kelak kamu akan mengetahui. Sekali-kali tidak! Sekiranya kamu mengetahui dengan pasti, niscaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahim, kemudian kamu benar-benar akan melihatnya dengan mata kepala sendiri, kemudian kamu benar-benar akan ditanya pada hari itu tentang kenikmatan (yang megah di dunia itu).”
(At-Takatsur: 1-8)

يَقُوْلُ الْعَبْدُ : مَالِـيْ ، مَالِـيْ ، إِنَّمَا لَـهُ مِنْ مَالِهِ ثَلَاثٌ : مَا أَكَلَ فَأَفْنَى ، أَوْ لَبِسَ فَأَبْلَـى ، أَوْ أَعْطَى فَاقْتَنَى ، وَمَا سِوَى ذٰلِكَ فَهُوَ ذَاهِبٌ وَتَارِكُهُ لِلنَّاسِ.

“Seorang hamba berkata, ‘Hartaku! Hartaku! Sesungguhnya ia hanya memiliki tiga hal dari hartanya: apa yang telah ia makan lalu habis, atau apa yang ia pakai lalu usang, atau apa yang ia berikan lalu ia simpan untuk akhiratnya. Adapun selain itu, maka ia akan pergi dan ditinggalkannya untuk orang lain.”
(Hadith Riwayat Muslim)

إِنَّ لِكُلِّ أُمَّةٍ فِتْنَةً وَفِتْنَةُ أُمَّتِيْ الْـمَـالُ

Setiap ummat memiliki fitnah (ujian), dan fitnah ummatku adalah harta.
(Hadith Riwayat Tirmidzi)

إِنَّمَا أَهْلَكَ مَـنْ كَـانَ قَبْلَكُمُ الدِّيْنَارُ وَالدِّرْهَمُ، وَهُمَا مُهْلِكَاكُمْ

Sesungguhnya dinar dan dirham telah membinasakan orang-orang sebelum kalian dan keduanya juga membinasakan kalian.
(Hadith Riwayat Al-Bazzar)

Imam Ibnul Qayyim rahimahullah berkata:

مُـحِبُّ الدُّنْيَا لَا يَنْفَكُّ مِنْ ثَلَاثٍ: هَمٌّ لَازِمٌ، وَتَعَبٌ دَائِمٌ، وَحَسْرَةٌ لَا تَنْقَضِى

Pecinta dunia tidak akan terlepas dari tiga hal: (1) Kesedihan (kegelisahan) yang terus-menerus, (2) Kepenatan keletihan yang berlanjutan, dan (3) Penyesalan yang tidak pernah berhenti.
(Ighatsatul Lahafan)

Justeru, berhati-hatilah dengan nafsu mu sendiri...

~ Abu Imtiyaz ~
Muhasabah malam ini

Tidak semuanya syaitan menyeru kita akan kejahatan, adakalanya ia menyeru kearah kebaikkan.

Tetapi kebaikkan yang ia seru itu dihiasi dengan sifat riya', ujub serta takabbur.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN