MEKANIK IMAN.
334 subscribers
1.84K photos
531 videos
99 files
4.34K links
Bismillahirrahmanirrahim...

Jom perbaiki Iman dan Amal kita yang merupakan kunci dan bekalan kita di akhirat.

Jom join Group Soal Jawab Fiqh di sini
👉 https://t.me/+FdV3VML4jH4xOWY9

Semoga bermanfaat buat semua. Aamiin
Download Telegram
Sebar berita

وَإِذَا جَاۤءَهُمۡ أَمۡرࣱ مِّنَ ٱلۡأَمۡنِ أَوِ ٱلۡخَوۡفِ أَذَاعُوا۟ بِهِۦۖ وَلَوۡ رَدُّوهُ إِلَى ٱلرَّسُولِ وَإِلَىٰۤ أُو۟لِی ٱلۡأَمۡرِ مِنۡهُمۡ لَعَلِمَهُ ٱلَّذِینَ یَسۡتَنۢبِطُونَهُۥ مِنۡهُمۡۗ وَلَوۡلَا فَضۡلُ ٱللَّهِ عَلَیۡكُمۡ وَرَحۡمَتُهُۥ لَٱتَّبَعۡتُمُ ٱلشَّیۡطَـٰنَ إِلَّا قَلِیلࣰا

Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada - "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka; dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu)".
(an-Nisāʾ: 83)

Berkata Imam Ibnu Kathir rahimahullah:"
Ayat ini mengandungi bantahan terhadap mereka yang segera menyebar dan menularkan sesuatu perkara sebelum dipastikan kedudukan yang sebenarnya kerana boleh jadi perkara itu tidak betul".

Imam Muslim menyebut di dalam mukaddimah kitab sahihnya daripada Sayidina Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda:

كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا

"Cukuplah seseorang itu menjadi pendusta apabila dia bercakap tentang semua perkara yang didengarinya".

Imam Ibnu Hibban berkata:
Dalam hadith ini terdapat larangan bagi seseorang untuk menyebarkan semua berita yang dia dengar sehinggalah dia mengetahui secara yakin akan kesahihannya.
(Kitab al-Majruhin)

Baginda SAW juga bersabda:
"Sesiapa yang bercakap tentang suatu percakapan yang dia tahu perkara itu dusta, maka dia adalah salah seorang daripada pendusta".
(Hadith Riwayat al-Bukhari)

Di sini dibawakan kisah peristiwa yang berlaku pada Sayidina Umar bin al-Khattab r.a yang mana peristiwa ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim. Ketika Sayidina Umar mendengar berita bahawa Rasulullah SAW telah menceraikan isteri-isteri baginda, beliau terus datang ke rumah Rasulullah SAW. Tiba di masjid, beliau mendengar semua orang yang berada di dalam masjid memperkatakan tentang hal itu. Beliau tidak teragak-agak, lantas terus meminta izin untuk bertemu dengan Rasulullah SAW dan bertanya: "Adakah tuan telah menceraikan isteri-isteri tuan?". Baginda menjawab: "Tidak!". Lantas Sayidina Umar r.a bertakbir: "Allahuakbar!".

Di dalam riwayat yang lain dinyatakan bahawa apabila Rasulullah SAW menyatakan bahawa baginda tidak menceraikan isteri-isteri baginda, Sayidina Umar r.a terus bangkit, berdiri di pintu masjid lalu berkata dengan suara yang lantang: "Rasulullah saw tidak menceraikan isteri-isterinya!"
(Hadith Riwayat Muslim)
Dan turunlah ayat ini. (Mukhtasar Tafsir Ibnu Kathir)

Berhubung dengan ayat ini juga, as-Syahid Imam Sayyid Qutub mengingatkan kita dengan katanya:

"Sesungguhnya satu perkataan yang terluncur dari lidah, kadang-kadang mengheret bencana pada diri sendiri dan pada masyarakat seluruhnya, bencana yang tidak pernah terlintas di fikiran si penutur, dan tidak mungkin dapat ditarik kembali selepas ianya berlaku...".
(Fi Zilalil Quran)

Zaman kini, penyebaran info dan suatu berita kerap kalinya tiada sebarang tapisan dan keinsafan. Disebarkan sewenang-wenangnya samada benar atau palsu. Seandainya kita mengambil langkah berhati-hati dan berwaspada sebagaimana yang disarankan Allah di dalam Kitab suciNya pasti perkara yang tidak diingini dapat dielak atau dikurangkan. Pastikan benar sebelum sebar!
Muhasabah malam ini

Bilamana Allah menghendaki kita menjadi hambanya yang baik.

Allah pelihara kita dari keduniaan yang membawa diri kita ke arah kelalaian sehingga kita jauh dari akhirat.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Ibadah Haji.
Berbuat baik kepada kedua ibu bapa dapat menghapuskan dosa

بر الوالدين كفارة الكبائر

"Berbakti pada kedua orang tua menjadi penebus dosa-dosa".- Imam Ahmad ibn Hanbal
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Elakkan Perkataan Penyebab Ke Neraka

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ مَا يَتَبَيَّنُ مَا فِيهَا يَهْوِي بِهَا فِي النَّارِ أَبْعَدَ مَا بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ.

Daripada Abu Hurairah RA,  bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya seseorang hamba apabila mengucapkan sesuatu perkataan tanpa diteliti akan kebenarannya, akan membuatkannya terjerumus ke dalam neraka yang dalamnya sejauh antara jarak timur ke barat." (HR Bukhari No. 6477) Status Hadis Sahih

Pengajaran

1.  Lidah adalah anggota anugerah Allah yang boleh mengeluarkan sesuatu perkataan ataupun ungkapan daripada seseorang. Perkataan atau ucapan tersebut boleh menjadi satu kebenaran dan boleh juga menjadi satu pembohongan, umpatan mahupun fitnah.

2.  Rasulullah SAW mengingatkan agar setiap Muslim menjaga setiap perkara yang diucapkan oleh lidah. Ucapan yang benar lagi memberikan kesan yang baik akan mendatangkan ganjaran pahala yang besar di sisi Allah SWT dan menjadi sebab seseorang dimasukkan ke dalam syurga.

3. Adakalanya ucapan yang benar tetapi dengan sebab tidak diselidiki adakah perkataan itu akan memberikan kesan yang baik ataupun buruk maka ia mungkin menjadi punca yang memasukkannya ke dalam neraka. Apatah lagi jika sesuatu ucapan yang buruk seperti mengeji, memfitnah, mengaibkan orang lain, berbohong dan seumpamanya pasti akan menyebabkan kehancurannya dan ianya adalah haram lagi berdosa.

4.  Kita hendaklah menilai setiap perkataan yang akan diucapkan walaupun baik, adakah ianya perlu? Adakah ianya akan mendatangkan kebaikan? Atau  mendatangkan keburukan? Janganlah kerana keterlanjuran lidah, kita menjadi berdosa yang akan menatijahkan neraka sebagai tempat pembalasan.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

07hb Mei 2024
28hb Syawal 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Amanah

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ لَا تَخُونُوا۟ ٱللَّهَ وَٱلرَّسُولَ وَتَخُونُوۤا۟ أَمَـٰنَـٰتِكُمۡ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)".
(al-Anfal: 27)

Antara sifat yang mendapat kedudukan tinggi dalam akhlak Islam ialah sifat amanah. Islam amat menganjurkan umatnya menghiaskan diri dengan sifat amanah apatah lagi jika ia seorang pemimpin. Paling menarik, sifat ini dianggap titik penentu atau garis pemisah tahap keimanan dan keagamaan seseorang insan.

Hal ini disebutkan dalam sabdaan baginda SAW:

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: مَا خَطَبَنَا نَبِيُّ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَّا قَالَ: ” لَا إِيمَانَ لِمَنْ لَا أَمَانَةَ لَهُ، وَلَا دِينَ لِمَنْ لَا عَهْدَ لَهُ “

Daripada Sayidina Anas bin Malik r.a, dia berkata, Nabiyullah SAW tidak berkhutbah kepada kami, melainkan baginda SAW bersabda: "Tidak ada iman bagi orang yang tidak memiliki (sifat) amanah, dan tidak ada agama bagi orang yang tidak menepati janjinya".
(Hadith Riwayat Ahmad dan Ibnu Hibban)

Diriwayatkan daripada Sayidina Abi Humaid Abdul Rahman bin Saad as-Sa’eidi r.a menceritakan bahawa Rasulullah SAW telah melantik seorang lelaki daripada al-Azdi yang dikenali sebagai Ibn al-Lutaibah sebagai amil zakat.
Selepas menjalankan tugas yang diamanahkan kepadanya, dia kembali ke Madinah menyerahkan hasil yang dipungutnya kepada Rasulullah SAW. Dia berkata: "Inilah hasilnya (sambil menunjukkan harta yang diperolehinya) untuk anda (baitulmal). Dan ini (sambil menunjukkan kepada bahagian yang lain) bahagian yang dihadiahkan kepada saya".

Mendengar laporan yang sampaikan oleh amilnya itu, Rasulullah SAW terus bangkit menaiki mimbar dan menyampaikan ucapan. Baginda memuji Allah dan mengulangi pujiannya. Kemudian Baginda SAW bersabda: "Sesungguhnya aku telah melantik seseorang dari kalangan kamu untuk menjalankan satu tugas yang diamanahkan oleh Allah kepadaku. Kemudian dia kembali kepadaku dengan berkata: "Ini untuk kamu dan ini hadiah yang diberikan kepadaku". "Kenapa dia tidak duduk di rumah ayahnya atau di rumah ibunya menunggu datangnya hadiah kepadanya kalau dia benar berhak menerimanya?". Demi Allah! Tidak ada seorangpun dari kalangan kamu yang mengambil sesuatu yang bukan haknya kecuali dia akan menemui Allah pada hari qiamat dengan membawa bersamanya apa yang diambilnya itu. Sesungguhnya aku tidak akan mengenali seseorang daripada kamu yang membawa bersama dengannya unta yang menjerit, lembu yang mengeboo atau kambing yang mengembek!”

Kemudian baginda mengangkat kedua-dua tangannya sehingga ternampak dua ketiaknya yang putih melepak seraya bersabda: "Ya Allah, adakah aku telah sampaikan?" sebanyak tiga kali".
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ini memahamkan kita bahawa Islam sangat menekankan tentang kejujuran, ketulusan, ketelusan, amanah serta sikap bertanggungjawab. Tanggungjawab yang dipikulkan ke atas bahu seseorang merupakan amanah daripada Allah SWT yang wajib ditunaikan sebaik mungkin dan haram dikhianati.

Kejujuran dan ketulusan di dalam menjalankan amanah bukan dinilai setakat di dunia semata-mata, malah akan dihisab dan dibalas oleh Allah di akhirat kelak.

Menjadi seorang yang amanah bukan pilihan tetapi kewajipan. Sifat amanah tidak terpisah dari agama. Sebaliknya ia merupakan sebahagian daripada agama itu sendiri.
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Mohon Perlindungan Daripada Keburukan Amalan

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ :كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: اللَّهُمَّ أَصْلِحْ لِي دِينِي الَّذِي هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِي وَأَصْلِحْ لِي دُنْيَايَ الَّتِي فِيهَا مَعَاشِي وَأَصْلِحْ لِي آخِرَتِي الَّتِي فِيهَا مَعَادِي وَاجْعَلْ الْحَيَاةَ زِيَادَةً لِي فِي كُلِّ خَيْرٍ وَاجْعَلْ الْمَوْتَ رَاحَةً لِي مِنْ كُلِّ شَرٍّ.

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: "Adalah Rasulullah SAW sering berdoa: Ya Allah, perbaikilah bagiku agamaku yang menjadi benteng pelindung urusanku, perbaikilah bagiku duniaku yang menjadi tempat kehidupanku, perbaikilah bagiku akhiratku yang menjadi tempat kembaliku. Jadikanlah baki kehidupan ini sebagai tambahan (peluang) bagiku dalam segala kebaikan dan jadikanlah kematian sebagai kebebasanku daripada segala kejahatan". (HR Muslim No: 2720) Status: Hadis Sahih

Pengajaran

1.  Doa adalah senjata bagi orang mukmin. Menjadi kewajipan kita untuk berdoa memohon kebaikan dalam hidup sama ada di dunia juga di akhirat.

2.  Antara permohon dalam doa kita adalah agar diperbaiki amalan agama kerana agama adalah cara hidup yang menjadi panduan kita menuju jalan kebenaran. Hanya dengan berpegang teguh kepada ajaran Islam sahajalah manusia itu akan mendapat kebahagian di dunia mahupun di akhirat.

3.  Allah turunkan agama untuk menjadi benteng yang melindungi seseorang agar tidak tergelincir dan terjerumus dalam kesalahan dan maksiat. Ia menjaga manusia daripada kesesatan dan mengikut hawa nafsu dalam mengabdikan diri kepada Allah SWT.

4.  Sesungguhnya Allah SWT menjadikan kehidupan dunia sebagai tempat persinggahan untuk hamba-Nya memperbanyakkan amal soleh sebagai bekalan kehidupan di akhirat yang kekal abadi.

5.  Allah SWT telah menetapkan ajal dan maut setiap insan. Justeru, jika Allah SWT memberikan baki kehidupan ke atas hamba-Nya, ia adalah peluang untuknya menambah amal soleh. Namun jika dihabiskannya dalam kemaksiatan maka sesungguhnya kematian itu adalah pembebasan dan penamat baginya daripada segala kejahatan. Oleh itu, sentiasalah berdoa agar Allah memperbaiki urusan kita di dunia dan di akhirat.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

08hb Mei 2024
29hb Syawal 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
28 Syawal 1445H
07 Mei 2024M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Kehidupan di dunia hanya sementara dan hanya persinggahan. Kita tidak akan selamanya berada di atas dunia. Namun seiring dengan berputarnya waktu yang panjang terkadang membuat manusia lupa akan hakikat kehidupan yang sebenarnya.

Kehidupan manusia di dunia ini pun tak lama, hanya lingkungan umur 60-70 tahun sahaja, kemudian kita semua akan mati dan ruh kita akan berpindah ke alam barzakh dan seterusnya menuju Allah, hingga kita sampai pada hari akhirat nanti.

Seorang ulama’ mursyid bermadah:
“Masa itu adalah umur kita, kalau kita tidak mengisi masa dengan sebaik-baiknya bererti kita telah mensia-siakan umur kita”.

Apabila Allah anugerah kepada kita umur yang panjang ia merupakan satu kelebihan yang mesti dimanafaatkan.

Manafaatlah umur sebelum sakaratul maut menjemput.

Umur panjang dan diberkati...

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ أَبِي يَعْقُوبَ الْكِرْمَانِيُّ، حَدَّثَنَا حَسَّانُ، حَدَّثَنَا يُونُسُ، قَالَ مُحَمَّدٌ هُوَ الزُّهْرِيُّ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: ” مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ، أَوْ يُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ، فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ ”

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Abi Ya’qub Al-Kirmaniy: Telah menceritakan kepada kami Hassan: Telah menceritakan kepada kami Yunus: Telah berkata Muhammad ia adalah Az-Zuhriy dari Anas bin Malik RA, ia berkata, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang suka diluaskan rezekinya dan ditangguhkan kematiannya, hendaklah ia menyambung silaturahim”.
(Sahih Al-Bukhari)

Sehari umur bertambah sehari kematian menghampiri kita.

Umur panjang sampai saat sekarang tetapi tak kenal siapa yang memberi kita umur pun tak berkat juga.

Sikap panjang angan-angan akan membuat seseorang malas beramal.

Mereka yang berangan panjang mengira hidup dan umur mereka akan panjang sehingga menunda-nunda dalam beramal soleh.

Ketahuilah bahawa umur panjang itu akan menjadi saksi, maka berlindunglah kepada Allah agar umur kita yang panjang itu tidak menyebabkan kita tercela.

"Umur itu terlalu pendek untuk mempelajari segala hal yang baik untuk dipelajari.

Akan tetapi, pelajarilah ilmu yang paling penting, kemudian yang penting dan begitulah seterusnya secara berurutan."
(Ali bin Abi Talib RA)

وَلَتَجِدَنَّهُمْ اَحْرَصَ النَّاسِ عَلٰى حَيٰوةٍ ۛ وَ مِنَ الَّذِيْنَ اَشْرَكُوْا ۛ يَوَدُّ اَحَدُهُمْ لَوْ يُعَمَّرُ اَ لْفَ سَنَةٍ ۚ وَمَا هُوَ بِمُزَحْزِحِهٖ مِنَ الْعَذَابِ اَنْ يُّعَمَّرَ ؕ وَاللّٰهُ بَصِيْرٌۢ بِمَا يَعْمَلُوْنَ

"Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati mereka itu setamak-tamak manusia kepada hidup (yang lanjut masanya), dan (lobanya mereka kepada hidup itu) melebihi loba orang-orang kafir musyrik. Tiap-tiap seorang dari mereka suka kiranya ia boleh hidup seribu tahun, padahal umur panjang yang demikian, tidak akan dapat melepaskannya dari azab (yang disediakan oleh Allah). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang mereka lakukan."
(Al-Baqarah: 96)

عن أبي صفوان عبد الله بن بشر الأسلمي - رضي الله عنه - قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (خير الناس مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَحَسُنَ عَمَلُهُ)

Dari Abi Safwan Abdullah bin Baysar Al Aslami, radhiyallahu 'anhu berkata ia, Rasulullah SAW bersabda:
"Sebaik-baik manusia ialah seorang yang panjang umurnya dan elok amalannya".
(Hadith Riwayat At-Tirmidzi)

Justeru, hargai umur kita sehingga sedutan dan hembusan nafas yang terakhir...

~ Abu Imtiyaz ~
Saksi

یَوۡمَ تَشۡهَدُ عَلَیۡهِمۡ أَلۡسِنَتُهُمۡ وَأَیۡدِیهِمۡ وَأَرۡجُلُهُم بِمَا كَانُوا۟ یَعۡمَلُونَ * یَوۡمَىِٕذࣲ یُوَفِّیهِمُ ٱللَّهُ دِینَهُمُ ٱلۡحَقَّ وَیَعۡلَمُونَ أَنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلۡحَقُّ ٱلۡمُبِینُ

"Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan. Pada hari itu Allah akan menyempurnakan untuk mereka balasan (azab seksa) yang berhak mereka mendapatnya, dan mereka pula akan mengetahui bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Adil, lagi nyata keadilanNya".
(an-Nūr: 24-25)

Allah SWT mengurniakan kepada manusia pelbagai macam kelengkapan hidup, diantaranya ialah akal agar manusia dapat menimbang, memilih dan menilai antara yang baik lagi benar, yang salah dan keliru sehingga hidupnya terarah dan terbimbing. Modal otak sahaja tidaklah cukup tanpa iman. Dengan imanlah manusia boleh mengenal yang tidak dapat dijangkau oleh otak atau akal manusia.

Ingatlah bahawa hidup yang diyakini manusia di dunia ini kelak akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT, Hakim Maha Tinggi lagi Maha Adil, sebagaimana diketahui dalam ayat diatas.

Walaupun manusia mempersiapkan pengacara yang hebat untuk membela dakwaan atas tuduhan yang diperbuatnya didunia, sedikitpun tidak dapat dielakkan, saksi tidak dapat disogok kerana yang bertindak sebagai saksi bukan orang lain tapi anggota tubuh badan sebagaimana yang difirmankan Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW:

أَلَا كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ

"Ketahuilah setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan setiap daripada kamu akan diminta pertanggungjawaban terhadap apa yang dipimpin".
(Hadith Riwayat Muslim)

Allah SWT memberikan kepada kita udara untuk bernafas, anggota tubuh untuk bergerak,  akal untuk berfikir, ini semua kenikmatan yang harus disyukuri dengan cara menggunakannya untuk beribadah kepada Allah SWT semata dan melakukan aktiviti keduniaan yang bermanfaat dan juga bernilai ibadah. Jadikan hidup ini seluruhnya bernilai ibadah.

Disebabkan semuanya daripada Allah, kepadaNyalah nanti akan dikembalikan dan juga akan diminta pertanggungjawapan.

Nafas kita, lisan kita, mata, kaki, tangan, tingkah laku, semuanya akan diminta pertanggungjawapan. Allah SWT tidak membiarkannya begitu sahaja untuk kita. Apa yang ada pada diri kita selama ini adalah sesungguhnya amanah dariNya dan setiap amanah pasti akan diminta kembali sekaligus diminta pertanggungjawapan dan akan dibalas sesuai dengan apa yang kita lakukan.

أَیَحۡسَبُ ٱلۡإِنسَـٰنُ أَن یُتۡرَكَ سُدًى

"Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)?"
(al-Qiyamah: 36)

Hendaklah kita berhati-hati disepanjang kehidupan kita didunia ini kerana kita semua perlu menjawab di hadapan Allah tentang apa yang kita diamanahkan dan dipertanggungjawabkan.
Kesedihan, kerapuhan, kegelisahan, hingga ranting tajam yang membuat kulit terluka maka itulah penggugur dosanya orang beriman bila disikapi dengan sabar dan redha.

Dosa kita terlalu banyak hingga kita lupa berapa jumlahnya. Maka Allah ﷻ kirimkan kesedihan-kesedihan itu dalam rangkaian kehidupan ini, hingga kita berjumpa Allah ﷻ dalam keadaan tak membawa dosa sedikitpun.

Abdurrahmaan Zahier
29 Syawal 1445H
08 Mei 2024M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Agama Itu Nasihat

عَنْ أَبِي رُقَيَّةَ تَمِيْم الدَّارِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : الدِّيْنُ النَّصِيْحَةُ . قُلْنَا لِمَنْ قَالَ : لِلَّهِ وَلِكِتَابِهِ وَلِرَسُوْلِهِ وَلأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِيْنَ وَعَامَّتِهِمْ

Dari Abu Ruqayyah Tamim Ad-Daary RA, bahawasanya Nabi SAW bersabda: Agama itu nasihat. Kami pun bertanya: Untuk siapa (nasihat itu)?. Baginda menjawab: Nasihat itu adalah untuk Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya, Imam-imam kaum muslimin dan seluruh muslimin (rakyatnya)”.
(Hadith Riwayat Muslim)

Kerana lemahlah manusia perlukan jamaah.

Dengan berjamaah manusia dapat saling kuat memperkuat.

Supaya nasihat menasihati.

Saling menaungi.

Saling menutup aib.

Saling berkasih sayang.

وفي الصحيحين من حديث ابن عمر -رضي الله عنه- عنهما عن النبي -صلى الله عليه وسلم- أنه قال: (المسلم أخو المسلم لا يظلمه ولا يُسلمه، ومن كان في حاجة أخيه كان الله في حاجته، ومن فرَّج عن مسلم كربة فرَّج الله عنه بها كربة من كرب يوم القيامة، ومن ستر مسلماً ستره الله يوم القيامة )

Dari Ibnu Umar RA , Nabi SAW bersabda:
"Seorang muslim itu adalah saudara muslim lainnya, dia tidak boleh menzaliminya dan menghinakannya. Sesiapa yang membantu keperluan saudaranya maka Allah akan memenuhi keperluannya. Sesiapa yang melapangkan satu kesusahan seorang muslim maka Allah akan melapangkan satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan hari kiamat nanti. Dan sesiapa yang menutupi aib seorang muslim maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat".
(Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Namun bila berjamaah tapi saling jatuh menjatuhkan.

Saling mencerca dan menghina.

Saling membuka aib.

Sudah tidak ada kasih sayang melainkan benci dan permusuhan.

Maka apakah yang patut dilakukan?

Kembalilah ke pangkal jalan.

Jadilah pendamai...

عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّهُ سَيَكُونُ بَعْدِي اخْتِلَافٌ أَوْ أَمْرٌ فَإِنْ اسْتَطَعْتَ أَنْ تَكُونَ السِّلْمَ فَافْعَلْ

Dari Ali Bin Abu Thalib, dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya akan terjadi perpecahan atau perkara sepeninggalanku, jika kamu mampu untuk berlaku damai maka lakukanlah."
(Hadith Riwayat Ahmad)

Dan jangan jemu memberi dan menerima nasihat kerana ianya membantu memperelokkan agama dalam dirimu.

Kalaulah engkau mahu mentarbiyyah manusia, maka didik dan asuhlah mereka agar menjadi seorang yang beriman, beramal soleh, saling menasihati dengan al haq kebenaran dan saling menasihati dengan kesabaran.

Beriman dengan hati sehingga membuahkan amalan dan keperibadian pada zahir peri laku.

Beramal soleh dengan anggota zahir sehingga lahir keikhlasan mutlak dalam hatinya hanya kepada Allah SWT.

Saling menasihati, bererti memberi nasihat kepada orang lain dan menerima juga nasihat dari orang lain, dalam soal kebenaran kerana...

اَلْحَـقُّ مِنْ رَّبِّكَ فَلَا تَكُوْنَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِيْنَ

"Kebenaran (yang datangnya kepadamu dan disembunyikan oleh kaum Yahudi dan Nasrani) itu (wahai Muhammad), adalah datangnya dari Tuhanmu; oleh itu jangan sekali-kali engkau termasuk dalam golongan orang-orang yang ragu-ragu."
(Al-Baqarah: 147)

Inilah yang Allah SWT mahukan...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

وَالْعَصْرِ (١)
اِنَّ الْاِنْسَانَ لَفِيْ خُسْرٍ (٢)
اِلَّا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا وَ عَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ ۙ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ (٣)

"Demi Masa!" (1)
"Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -"(2)
"Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."(3)
(Al-'Asr: 1-3)

ذكر الطبراني عن عبيد الله بن حفص قَالَ: كَانَ الرَّجُلَانِ مِنْ أَصْحَابِ رَسُولِ اللَّهِ إذا التقيا لم يفترقا إِلَّا عَلَى أَنْ يَقْرَأَ أَحَدُهُمَا عَلَى الْآخَرِ سُورَةَ الْعَصْرِ إِلَى آخِرِهَا، ثُمَّ يُسَلِّمُ أَحَدُهُمَا عَلَى الْآخَرِ.
Imam Tabrani menyebutkan melalui jalur dari Ubaidillah ibnu Hafs yang menceritakan bahawa dahulu pernah ada dua orang sahabat Rasulullah SAW; apabila keduanya bertemu satu sama lainnya, maka keduanya tidak berpisah sebelum salah seorangnya membacakan surat Al-'Asr kepada yang lainnya sampai akhir surat, lalu baru yang seorang mengucapkan salam kepada yang lainnya, salam perpisahan.

وَقَالَ الشَّافِعِيُّ رَحِمَهُ اللَّهُ: لَوْ تَدَبَّرَ النَّاسُ هَذِهِ السُّورَةَ لَوَسِعَتْهُمْ.

Imam Syafii rahimahullah telah mengatakan bahwa seandainya manusia merenungkan makna surat ini, niscaya surat ini akan membuat mereka mendapat keluasan.
(Tafsir Ibnu Katsir)

Semoga agama menjadi penasihat dan peringatan kepada kita untuk saling nasihat menasihati, ingat mengingati agar menjadi Muslim yang menunaikan hak Allah, hak al-Quran, hak Rasul, hak pemimpin dan rakyat.

Saling menasihati dengan kesabaran bererti menasihati dan bersedia juga menerima nasihat supaya bersabar dalam berpegang kepada kebenaran.

Justeru, usah jemu beragama kerana ianya nasihat untuk diri sendiri...

~ Abu Imtiyaz ~
Muhasabah malam ini

Ketenangan itu akan datang, apabila diri kita dekat dengan Allah,

Dan keresahan itu akan hadir, jika diri kita jauh dengan Allah.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Doa Bermusafir

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا اسْتَوَى عَلَى بَعِيرِهِ خَارِجًا إِلَى سَفَرٍ كَبَّرَ ثَلَاثًا ثُمَّ قَالَ: سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ اللهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى وَمِنَ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى اللهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ اللهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ وَالْخَلِيفَةُ فِي الْأَهْلِ اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ وَسُوءِ الْمُنْقَلَبِ فِي الْمَالِ وَالْأَهْلِ

Daripada Abdullah bin Umar RA, sesungguhnya Rasulullah SAW apabila Baginda duduk di atas tunggangannya dengan tujuan untuk keluar bermusafir, Baginda akan bertakbir sebanyak tiga kali (Allah Maha Besar! Allah Maha Besar! Allah Maha Besar!) Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali. Ya Allah! Kami mohon kepada-Mu agar permusafiran kami ini di atas kebaikan dan ketaqwaan, dan ia dikira sebagai amalan yang Engkau redhai. Ya Allah! kami mohon agar permusafiran ini menjadi mudah ke atas kami, Engkau lipatkanlah jaraknya (supaya menjadi pendek). Ya Allah! Engkaulah Peneman ketika permusafiran dan Penjaga bagi ahli keluarga (yang ditinggalkan). Ya Allah! aku mohon berlindung daripada-Mu agar Engkau peliharalah kami daripada kesusahan ketika musafir, pemandangan yang mendukacitakan dan kepulangan yang buruk pada harta dan keluarga kami.” (HR Muslim No:1342) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Rasulullah mengajar adab ketika kita melakukan permusafiran dengan membaca doa dan zikir tertentu.

2.  Imam Nawawi berkata: berdasarkan hadis ini, sunat memulakan permusafiran dengan membaca doa ini di samping membanyakkan zikir dan doa agar dipermudahkan permusafiran. Antara doa bermusafir:

سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ اللهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى وَمِنَ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى اللهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ اللهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ وَالْخَلِيفَةُ فِي الْأَهْلِ اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ وَسُوءِ الْمُنْقَلَبِ فِي الْمَالِ وَالْأَهْلِ

3.  Imam al-Baidhawi menyatakan, hadis ini adalah doa bagi tujuan memohon perlindungan daripada segala pemandangan yang mengakibatkan kekecewaan dan daripada kepulangan yang buruk kerana berlaku kekurangan pada harta atau ahli keluarga (seperti kerosakan atau kematian).” [Lihat: Tuhfah al-Abrar, 95/2]

4.  Syeikh al-Sa’di menyatakan di dalam doa ini terkandung permohonan agar dilindungi daripada sebarang kesusahan dan kepayahan, juga dijauhkan daripada perkara yang menyedihkan. Selain itu juga, memohon agar Allah SWT menjaga baginya setiap yang telah ditinggalkan dan setiap yang terpisah disebabkan permusafiran ini daripada ahli keluarga serta harta. [Lihat: Bahjah al-Qulub, 197]

Setiap insan yang beriman memerlukan kepada doa agar setiap perkara yang dilakukan dipelihara oleh Allah SWT serta doa juga merupakan senjata dan kekuatan buat orang yang beriman. Bagi yang akan bermusafir seperti untuk menunaikan ibadat haji juga umrah, untuk pergi bertugas di luar daerah, jangan lupa untuk membaca doa ini.

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

09hb Mei 2024
30hb Syawal 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Tanggungjawab

أَیَحۡسَبُ ٱلۡإِنسَـٰنُ أَن یُتۡرَكَ سُدًى

"Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)?"
(al-Qiyamah: 36)

Setiap apa yang kita lakukan didunia, semuanya akan disoal dan diminta pertanggungjawapan di akhirat kelak. Apatah jika orang itu memiliki atau menanggung tanggungjawab yang banyak. Tidak ada seorang yang akan terlepas daripada soal jawab berkaitan perlakuannya sepanjang hidup didunia.

Maka, hendaklah kita berhati-hati dalam setiap tindak tanduk perbuatan kita, kerana semuanya pasti akan diminta pertanggungjawaban oleh Allah SWT di akhirat kelak.

وَلَا تَقۡفُ مَا لَیۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌۚ إِنَّ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡبَصَرَ وَٱلۡفُؤَادَ كُلُّ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ كَانَ عَنۡهُ مَسۡـُٔولࣰا

"Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya".
(al-Isrāʾ: 36)

Dikisahkan ketika Khalifah Harun ar-Rasyid menaiki bukit Safa sewaktu beliau menjadi khalifah Islam, seorang tokoh ilmuwan yang terkenal pada ketika itu iaitu Abdullah bin Abdul Aziz Al-Umari telah berkata kepadanya: "Lihatlah kamu ke arah Kaabah". Lalu Harun ar-Rasyid menjawab: "Ya, aku sedang melihat ke arah sana". Kata Abdullah lagi: "Berapakah jumlah manusia yang sedang engkau lihat?". Jawab Harun ar-Rasyid: "Tiada siapa yang mampu membilangnya (kerana terlalu ramai)". Lalu Abdullah berkata: "Ketahuilah engkau bahawa sesungguhnya setiap mereka itu hanya akan disoal pada hari kiamat nanti tentang diri mereka sahaja, tetapi engkau akan disoal tentang dirimu dan juga tentang diri mereka semua, maka berhati-hatilah engkau tentang nasibmu di akhirat nanti". Mendengar kata-kata Abdullah itu maka menangislah beliau kerana mengenangkan masa depan nasibnya di akhirat kelak.

Begitu juga diceritakan kisah Khalifah Umar bin Abdul Aziz, ketika beliau baru dilantik menjadi khalifah, semua pembesar negeri ternanti-nanti kemunculannya di khalayak ramai dan mereka bertanya kepada anaknya: "Kenapa ayahmu belum keluar untuk bertemu dengan kami?". Lalu jawab anaknya: "Sejak ayahku dilantik menjadi khalifah, beliau terus bersendirian bersolat dan menangis. Apabila ibuku masuk kepadanya, air matanya bercucuran hingga ke janggutnya, dan apabila ibuku bertanya kepadanya, dia berkata:" Wahai Fatimah, aku telah diamanahkan dengan urusan umat Muhammad ini yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Maka aku sedang memikirkan tentang nasib rakyatku yang fakir, mereka yang kelaparan, mereka yang sakit lagi menderita, orang-orang kampung yang susah, aku sedar bahawa Tuhanku akan bertanya kepada aku mengenai mereka semua pada hari kiamat kelak, tetapi aku bimbang alasanku tidak cukup kukuh untuk menjawab setiap soalan itu, lalu aku pun menangis kerana mengenangkan nasibku di akhirat nanti.

Ingatlah bahawa setiap kita samada orang biasa apatah lagi pemimpin, memikul satu bebanan atau tanggungjawab yang amat berat dan terpaksa berhadapan dengan soal jawab di hadapan Allah SWT di akhirat nanti.
30 Syawal 1445H
09 Mei 2024M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Bila lagi mahu rasa menyesal dan rasa kerugian.

Atau tidak pernah rasa ada penyesalan dan kerugian sedikit pun.

Bila tidak beramal soleh ketika di dunia.

Tidak solat fardu.

Solat fardu tapi tidak berjamaah.

Solat berjamaah, tapi tidak di masjid atau di surau.

Solat berjamaah tapi tidak berzikir dan berdoa.

Tidak solat sunat qabliyyah dan ba'diyyah.

Tidak baca Al Quran seharian.

Tidak berzikir pagi dan petang.

Tidak bangun malam walaupun sekali di sepanjang minggu.

Tidak ada infaq dan sedekah kepada jalan Allah.

حَتَّىٰ إِذَا جَاءَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ رَبِّ ارْجِعُونِ ﴿٩٩﴾لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحًا فِيمَا تَرَكْتُ ۚ كَلَّا ۚ إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَائِلُهَا ۖوَمِن وَرَائِهِم بَرْزَخٌ إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ ﴿١٠٠﴾

(Demikianlah keadaan orang-orang kafir itu), hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka, dia berkata: "Ya Tuhanku kembalikanlah aku (ke dunia),(99) agar aku berbuat amal yang saleh terhadap yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya saja. Dan di hadapan mereka ada dinding sampal hari mereka dibangkitkan.(100)
(Al Mukminun: 99-100)

وَأَنفِقُوا مِن مَّا رَزَقْنَاكُم مِّن قَبْلِ أَن يَأْتِيَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَىٰ أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُن مِّنَ الصَّالِحِينَ ﴿المنافقون: ١٠﴾

Dan belanjakanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata: "Ya Rabb-ku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang soleh?"
(Al Munafiqun: 10)

لِیَكۡفُرُوا۟ بِمَاۤ ءَاتَیۡنَـٰهُمۡۚ فَتَمَتَّعُوا۟ فَسَوۡفَ تَعۡلَمُونَ

"kerana mereka kufur, tidak bersyukur akan nikmat-nikmat yang kami berikan kepada mereka. Oleh itu, bersenang-senanglah kamu (dengan nikmat-nikmat itu bagi sementara di dunia), kemudian kamu akan mengetahui (balasan buruk yang akan menimpa kamu)."
(An-Nahl: 55)

Sesiapa yang inginkan kemenangan dunia dan akhirat, janganlah dibiarkan masa berlalu dengan penuh kerugian.
Jadikan setiap nafasmu sebagai nafas ibadah.

Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya.

Menyesal di dunia masih berpeluang, menyesal di akhirat hanya kerugian.

Nanti ketika nafasmu terhenti, jantungmu tidak lagi berdetik, nyawamu mulai terlepas dari jasad, pada waktu itu sesuatu yang paling kamu sesali adalah masa yang berlalu dan terbuang sia-sia selama hidupmu di dunia.

وَالْعَصْرِ ﴿١﴾ إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ ﴿٢﴾

Demi masa, Sesungguhya manusia benar-benar dalam kerugian....
(Al 'Asr: 1-2)

يَقُولُ يَا لَيْتَنِي قَدَّمْتُ لِحَيَاتِي

"Ia akan berkata: "Alangkah baiknya kalau aku dahulu sediakan amal-amal baik untuk hidupku (di sini)!"
(Al-Fajr: 24)

Justeru, apakah ada amalan soleh yang dibawa untuk perhitungan di padang mahsyar nanti...

~ Abu Imtiyaz ~
Muhasabah malam ini

Butakanlah diri kita ketika melihat aib dan keburukan orang lain,

Tetapi bukalah diri kita untuk melihat aib dan keburukan diri sendiri.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Pesanan Untuk Orang Yang Akan Bermusafir

عَنْ سَالِمٍ أَنَّ ابْنَ عُمَرَ كَانَ يَقُولُ لِلرَّجُلِ إِذَا أَرَادَ سَفَرًا ادْنُ مِنِّي أُوَدِّعْكَ كَمَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُوَدِّعُنَا فَيَقُولُ أَسْتَوْدِعُ اللَّهَ دِينَكَ وَأَمَانَتَكَ وَخَوَاتِيمَ عَمَلِكَ

Daripada Salim RA bahawa Ibn Umar RA berkata kepada seseorang apabila hendak melakukan musafir: “Datanglah  kepadaku, aku ingin menyampaikan ucapan perpisahan sebagaimana Rasulullah SAW mengucapkan kepada kami, kemudian beliau mengucapkan:

أَسْتَوْدِعُ اللَّهَ دِينَكَ وَأَمَانَتَكَ وَخَوَاتِيمَ عَمَلِكَ

“Aku menyerahkan kepada Allah urusan agama kamu, amanah kamu dan pengakhiran amalan kamu.” (HR Tirmizi, No. 3443) Status: Hadis Sahih
.
Pengajaran:

1.Musafir adalah perjalanan seseorang daripada satu tempat ke satu tempat yang lain. Contohnya mengerjakan ibadat fardhu haji ke Mekah. Ianya boleh menyebabkan kesulitan dan kemudharatan kerana menimbulkan kesukaran, keletihan dan menghalang keselesaan, kerehatan serta kesempurnaan dalam beribadah sepanjang perjalanan.
 
2.Justeru, Rasulullah SAW telah mengajar para sahabat mengenai sunnah yang sangat baik untuk diamalkan apabila seseorang hendak melakukan musafir ialah mengucapkan doa kepadanya.

أَسْتَوْدِعُ اللَّهَ دِينَكَ وَأَمَانَتَكَ وَخَوَاتِيمَ عَمَلِكَ

“Aku menyerahkan kepada Allah urusan agama kamu, amanah kamu dan pengakhiran amalan kamu.”

3. Terdapat juga dalam hadis Riwayat Anas RA, bahawa seorang lelaki telah datang kepada Nabi SAW memberitahu dia akan bermusafir, lalu Nabi SAW mendoakannya:

زَوَّدَكَ اللَّهُ التَّقْوَى وَغَفَرَ ذَنْبَكَ وَيَسَّرَ لَكَ الْخَيْرَ حَيْثُمَا كُنْتَ

“Semoga Allah SWT membekalkanmu dengan ketaqwaan, mengampunkan dosamu dan Allah memudahkan kebaikan untukmu di mana sahaja kamu berada.” (Sunan Tirmizi No: 3444) Status: Hadis Sahih

4. Kebiasaannya, bermusafir akan menyebabkan hilangnya kesenangan dan keselesaan dalam melakukan amalan harian mahupun beribadah. Oleh sebab itu, Islam telah memberikan rukhsah (keringanan) kepada seseorang yang bermusafir. 

5. Sebagai Muslim hendaklah kita mendoakan orang yang akan bermusafir dan berpesan kepada mereka untuk sentiasa bertaqwa dan menjaga amalan ibadah sepanjang perjalanan tersebut.

6. Sempena musim orang bertolak untuk bermusafir mengerjakan ibadat haji, doakanlah mereka semoga dikurniakan kesihatan yang baik serta kemudahan beribadat sepanjang berada di sana dan mendapat haji yang mabrur.

Mari kita doakan  kepada yang akan menjadi Duyufurrahman (tetamu Allah ke Mekah)  dengan lafaz:

زَوَّدَكَ اللَّهُ التَّقْوَى وَغَفَرَ ذَنْبَكَ وَيَسَّرَ لَكَ الْخَيْرَ حَيْثُمَا كُنْتَ

“Semoga Allah SWT membekalkanmu dengan ketaqwaan, mengampunkan dosamu dan Allah memudahkan kebaikan untukmu di mana sahaja kamu berada.”

اللَّهُمَّ اجْعَلْ حَجًّا مَبْرُوْرًا وَسَعْيًا مَشْكُوْرًا وَذَنْبًا مَغْفُوْرًا

“Semoga Allah menganugerahkan haji yang mabrur, usaha yang disyukuri dan dosa yang diampuni.”

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

10hb Mei 2024
01hb Zulkaedah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Hari pembalasan dan hisab

إِن كُلُّ مَن فِی ٱلسَّمَـٰوَ ٰ⁠تِ وَٱلۡأَرۡضِ إِلَّاۤ ءَاتِی ٱلرَّحۡمَـٰنِ عَبۡدࣰا * لَّقَدۡ أَحۡصَىٰهُمۡ وَعَدَّهُمۡ عَدࣰّا * وَكُلُّهُمۡ ءَاتِیهِ یَوۡمَ ٱلۡقِیَـٰمَةِ فَرۡدًا

"Tidak ada sesiapapun di langit dan di bumi melainkan ia akan datang kepada (Allah) Ar-Rahman, sebagai hamba. Demi sesungguhnya! Allah telah mengira mereka (dengan pengetahuanNya) serta menghitung mereka satu persatu. Dan mereka masing-masing akan datang mengadapNya pada hari kiamat dengan seorang diri".
(Maryam: 93-95)

Sesungguhnya setiap mukmin itu percaya adanya hari kiamat dan hari pembalasan serta percaya adanya buku catatan amal, maka ia akan dihisab pada hari kiamat dengan penuh keadilan dan ketelitian atas segala kelakuannya didunia.

Sesungguhnya setiap amal yang dilakukan di dunia ini walau sekecil zarah akan dihisab dan dibalas dengan ganjaran atau keseksaan.

Sebagai orang beriman, kita tidak boleh ambil mudah tentang iman kita, amal perbuatan kita, akhlak kita dan amanah yang dipikul. Kita perlu menjaga dan mengawal segala amalan-amalan kita, tindak tanduk kita serta kelakuan kita semasa di dunia ini, seperti mana ahli-ahli perniagaan membuat perhitungan dan muhasabah pada setiap hari atau bulan dan setiap tahun untuk mengetahui untung rugi perniagaan mereka.

Berkata seorang salaf:

إذا نطقت فاذكر من يسمع، وإذا نظرت فاذكر من يرى، وإذا عزمت فاذكر من يعلم

"Apabila engkau ingin berkata-kata maka ingatlah Yang Maha Mendengar, apabila engkau ingin melihat maka ingatlah Yang Maha Melihat dan apabila engkau ingin berniat (melakukan sesuatu perkara) ingatlah Yang Maha Mengetahui".
(Kitab al-Tabsirah)

Sayidina Ali ibnu Abi Thalib r.a pernah berkata:
"Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab dan timbanglah (diri kamu) sebelum kamu ditimbang".
(Ghurar Al-Hukm)

Oleh itu, maka kepada sesiapa yang hendakkan hidup bahagia di akhirat dan takut akan hisab pada hari kiamat yang amat terperinci serta azab seksa yang amat pedih, maka wajiblah dia mengawal dan menjaga dirinya dan tindak tanduknya semasa di dunia ini serta membuat hisab dan perhitungan amal-amalnya secara tepat dan terperinci sebelum dia dihisab pada hari kiamat nanti.

Sebagai manusia kita perlulah mengambil masa untuk merenung dan memikirkan pada tiap-tiap hari bagi menghisab amal-amal kita. Alangkah baiknya jika kita mengambil masa sedikit ketika lapang dan ketika hendak tidur, merenung dan memikirkan tentang apa yang sudah dilakukan sepanjang hari dan kehidupan kita sebelum kita pulang mengadap Allah SWT.
01 Zulkaedah 1445H
10 Mei 2024M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Saat ketika engkau mahu orang tahu kebaikan amalanmu.

Itulah tanda tiada keikhlasan sudah berputik di hatimu.

Sememangnya itulah kehalusan nafsu dan kelicikan syaitan menipumu.

Banyaknya solat sunatmu.

Kerapnya qiyammu.

Rajinnya puasa sunatmu.

Sedapnya bacaan Quranmu.

Istiqamahnya perjuanganmu.

Sehingga hancur binasa pahala mu di hadapan Tuhanmu, Rabbul Jalil di Hari Perhitungan nanti.

Nasihat pada hati supaya jangan lalai,
bimbang nafsu menjadi raja.

Nasihat pada akal supaya berfikir dan agar tidak menjadi hamba nafsu kerana kau akan sesat andai nafsu dijadikan kiblat.

Mereka yang mempertuhankan nafsu merasakan sentiasa ingin menang, dihormati, dimuliakan, dipuji, diagung-agungkan.

Hakikatnya, setiap kali bila wujudnya rasa ingin
lebih daripada orang lain, dirinya sedang dijatuhkan Allah.

Abu Bakar RA berkata,
”Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia di sebelah belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Sedangkan Allah di atasmu.

Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat dan anggota tubuh mengajakmu melakukan dosa.

Dan Tuhan mengajakmu masuk Syurga serta mendapat keampunan-Nya.

Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya.

Iblis adalah musuh manusia, sementara manusia adalah sasaran iblis.

Oleh itu, manusia hendaklah sentiasa berwaspada sebab iblis sentiasa melihat tepat pada sasarannya.

قال شداد بن أوس: رأيت النبي صلى الله عليه و سلم يبكي، فقلت: ما يبكيك يا رسول الله؟ قال: أخوف ما أخاف على أمتي الشرك والشهوة الخفية. قلت: يا رسول الله أتشرك أمتك من بعدك؟ قال: نعم أما إنهم لا يعبدون شمساً ولا قمراً ولا حجراً ولا وثناً ولكن يراؤون بأعمالهم
[أخرجه الإمام أحمد عن شداد بن أوس ]

Syidad bin Aus RA berkata: "Aku melihat Rasulullah SAW menangis, maka aku berkata: "Apa yang menyebabkan engkau menangis wahai Rasulullah". Rasulullah SAW bersabda: "Yang paling aku takut ke atas ummatku ialah syirik dan syahwat yang tersembunyi. Aku bertanya:" Wahai Rasulullah! apakah ummatmu akan berlaku syirik selepas kewafatanmu?". Nabi SAW bersabda: "Ya, mereka tidak menyembah matahari, bulan, batu dan berhala tetapi mereka berlaku riya' dengan amalan mereka".
(Hadith Riwayat Ahmad)

"Barangsiapa menyirami anggota badannya dengan hawa nafsu, Maka ia menanam pohon penyesalan dalam hatinya".
(Imam Al-Ghazali)

Justeru, siapa yang ingin memperbaiki dirinya, maka hendaklah dia berlatih memerangi nafsunya, sehingga dirinya bebas daripada cengkaman nafsu kerana seluruh nafsu itu mengajak kepada kejahatan...

~ Abu Imtiyaz ~