MEKANIK IMAN.
334 subscribers
1.84K photos
531 videos
99 files
4.34K links
Bismillahirrahmanirrahim...

Jom perbaiki Iman dan Amal kita yang merupakan kunci dan bekalan kita di akhirat.

Jom join Group Soal Jawab Fiqh di sini
👉 https://t.me/+FdV3VML4jH4xOWY9

Semoga bermanfaat buat semua. Aamiin
Download Telegram
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Dua Titisan dan Kesan Yang Dicintai Allah SWT

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ شَيْءٌ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ قَطْرَتَيْنِ وَأَثَرَيْنِ قَطْرَةٌ مِنْ دُمُوعٍ فِي خَشْيَةِ اللَّهِ وَقَطْرَةُ دَمٍ تُهَرَاقُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَأَمَّا الْأَثَرَانِ فَأَثَرٌ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَأَثَرٌ فِي فَرِيضَةٍ مِنْ فَرَائِضِ اللَّهِ.

Daripada Abu Umamah RA, daripada Nabi SAW, baginda bersabda: "Tiada sesuatu perkara yang paling disukai oleh Allah melainkan dua titisan dan dua kesan. Titisan air mata yang menangis kerana takutkan kepada Allah SWT dan titisan darah yang tumpah pada jalan Allah. Adapun dua kesan yang Allah sukai adalah kesan pada jalan Allah dan kesan fardhu daripada kefardhuan Allah SWT." (HR Tirmizi No: 1669) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.  Allah SWT amat menyukai akan amalan hamba-Nya yang dilakukan secara ikhlas semata-mata kerana-Nya dan semakin banyak susah payah yang dihadapi, maka semakin bertambahlah ganjaran pahala.

2.  Antara amalan yang disukai oleh Allah SWT adalah dua titisan dan dua kesan. Antara dua titisan itu yang pertama adalah titisan air mata yang takut kepada Allah SWT terhadap dosa-dosa yang telah dilakukan. Rasulullah SAW menyebutkan tujuh golongan yang akan mendapat naungan di hari kiamat salah satu daripadanya adalah:

وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ

“dan lelaki yang mengalir air matanya ketika bersendirian kerana takut kepada Allah”

Titisan kedua yang disukai Allah adalah titisan darah yang ditumpahkan kerana berjuang di jalan Allah SWT.

3.  Dua kesan yang disukai Allah, pertama adalah kesan luka semasa berjuang untuk jalan Allah SWT dan kedua adalah kesan kerana melakukan ketaatan kepada Allah SWT. Semoga kita tergolong dalam golongan tersebut.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

22hb Jun 2024
15hb Zulhijjah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Ulama'

إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ ۗ

"Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah daripada kalangan hamba-hambaNya hanyalah para ulamak (orang yang berilmu)".
(Fatir: 28)

Orang alim atau ulama' yang tidak mempunyai perasaan takut kepada Allah SWT bukanlah orang alim yang sebenarnya. Lebih-lebih lagi, orang alim yang keinginannya untuk mendapatkan kemewahan dunia, kemegahan dan bersikap takbur dengan ilmunya.

Sebaik-baik orang alim ialah keilmuan yang dimilikinya menjelmakan perasaan takut kepada Allah SWT. Iaitu, takut yang disertai perasaan membesarkan Allah dan menumbuhkan amal.

Abu Muhammad r.a pernah ditanya:
"Wahai Abu Muhammad! Siapakah ulama'?" Jawabnya: "Orang-orang yang mengutamakan akhirat daripada dunia dan mengutamakan Allah daripada diri mereka sendiri".

Al-Wasiti r.a berkata:
"Manusia yang paling pengasih ialah ulama', kerana perasaan takut mereka kepada Allah dan kebimbangan mereka terhadap apa yang diajar oleh Allah SWT".

Para ulama' mempunyai banyak kelebihan di sisi Allah SWT tatkala dia beramal dengan ilmunya dan sentiasa mematuhi titah perintah Allah SWT. Begitu juga, menyampaikan ilmu dengan penuh jujur dan amanah. Syeikh Abdul Aziz al-Badri berkata:

"Tanpa ulama', manusia menjadi jahil. Mereka akan disambar oleh syaitan yang terdiri dari jin dan manusia dari segenap penjuru dan diselubungi oleh kesesatan dan hawa nafsu dari segala jurusan. Oleh kerana itu, ulama adalah rahmat kurnia Allah SWT kepada penghuni bumi ini. Penjadi pelita yang bersinar di dalam gelap gelita bertindak sebagai penyuluh dan petunjuk. Merekalah jurubicara Allah di muka bumi".
(Islam Di Antara Ulama' dan Pemerintah)

Rasulullah SAW bersabda:

صِنْفَانِ مِنَ النَّاسِ إِذَا صَلَحَا صَلَحَ النَّاسُ، وَإِذَا فَسَدَا فَسَد النَّاسُ : الْعُلَمَاءُ وَالأُمَرَاءُ

"Dua golongan dari manusia apabila kedua-duanya itu baik maka baiklah manusia dan apabila kedua-duanya rosak, rosaklah manusia iaitu ulama' dan pemerintah".
(Riwayat Abu Na‘im - Hilyah al-Awliya’)

Jadilah ulama' yang bertaqwa dan sentiasa menyampaikan kebenaran dengan penuh kejujuran.
Muhasabah malam ini

Apabila Allah menjauhkan kita dari keinginan kita,

Maka sebenarnya Allah mendekatkan kita dengan kehendakNya.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Amalan Yang Istiqamah Lebih Dikasihi Walaupun Sedikit

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَحْتَجِرُ حَصِيرًا بِاللَّيْلِ فَيُصَلِّي عَلَيْهِ وَيَبْسُطُهُ بِالنَّهَارِ فَيَجْلِسُ عَلَيْهِ فَجَعَلَ النَّاسُ يَثُوبُونَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَيُصَلُّونَ بِصَلَاتِهِ حَتَّى كَثُرُوا فَأَقْبَلَ فَقَالَ يَا أَيُّهَا النَّاسُ خُذُوا مِنْ الْأَعْمَالِ مَا تُطِيقُونَ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يَمَلُّ حَتَّى تَمَلُّوا وَإِنَّ أَحَبَّ الْأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ مَا دَامَ وَإِنْ قَلَّ

Daripada Aisyah RA bahawa pada suatu malam Nabi SAW mengambil tikar yang diperbuat daripada pelepah dan daun tamar untuk dijadikan dinding tempat baginda bersolat di waktu malam dan di waktu siang baginda menghamparkan tikar daun tamar itu dan duduk di atasnya, orangpun datang berkumpul kepada Rasulullah lalu solat sepertinya sehingga ramai yang mengikutinya, Rasulullah datang dan menemui mereka lalu bersabda: "Wahai sekalian manusia, beramallah sekadar kemampuan kamu, bahawasanya, Allah tidak akan berasa jemu sehingga kalian merasa jemu. Dan sesungguhnya amalan yang paling dicintai Allah adalah amalan yang dikerjakan secara berkekalan walaupun sedikit." (HR Bukhari No: 5413) Status: Hadis Sahih.

Pengajaran:

1.  Rasulullah SAW adalah contoh terbaik dalam kehidupan seharian dan dalam beribadat. Sebagai manusia maksum yang dosa-dosanya diampunkan Allah, walaupun di siang harinya sibuk dengan urusan bermasyarakat dan Negara namun baginda masih kuat untuk beribadat di malam hari dan memohon keampunan daripada Allah.

2.  Rasulullah SAW amat bersederhana dalam kehidupan. Baginda tidak menyediakan tempat yang khusus dan indah untuk beribadat. Menggunakan tikar yang diperbuat daripada pelepah tamar yang juga digunakan diwaktu siang sebagai tempat alas duduk dan di waktu malam dijadikan dinding untuk baginda jadikan penghadang untuk solat malam.

3.  Apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW bertujuan untuk mengajar kita secara praktikal supaya hidup dengan cara yang mudah, reda dengan apa yang ada serta beribadat dengan cara yang tidak memberatkan.

4.  Perbuatan Rasulullah SAW melaksanakan solat sunat di malam hari itu telah menyebabkan ramai sahabat berhimpun untuk mengikutinya. Bagi mengelakkan ianya dianggap “wajib” oleh para sahabat, lalu Rasulullah memberikan arahan dan panduan beribadat iaitu buatlah  sekadar yang termampu dan tidak diberatkan agar ia tidak berasa jemu.

5.  Amalan yang paling baik dan dikasihi Allah ialah amalan yang berterusan (istiqamah) walaupun sedikit.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

23hb Jun 2024
16hb Zulhijjah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Syurga

وَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُولَـٰئِكَ أَصْحَابُ الْجَنَّةِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

"Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya".
(al-Baqarah: 82)
 
Syeikh al-Maraghi di dalam tafsirnya menyatakan bahawa ayat ini menunjukkan orang-orang yang membenarkan Allah dan rasulNya, beriman dengan hari akhirat, melakukan amal soleh, menunaikan kewajipan, meninggalkan segala maksiat adalah orang-orang yang layak untuk memasuki syurga sebagai ganjaran di atas ketaatannya, pergantungannya serta keikhlasannya kepada Allah di waktu sembunyi dan terang-terangan. Ini juga merupakan dalil bahawa iman yang sahih bersama amal soleh merupakan syarat untuk masuk ke dalam syurga.
(Tafsir al-Maraghi)

Sebagai umat Islam kita sememangnya dituntut untuk berusaha mendapatkan syurga Allah SWT di akhirat kelak. Bahkan terdapat beberapa nas dari al-Quran dan juga hadith Nabi SAW yang menganjurkan hal tersebut. Firman Allah SWT:

وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

"Bersegeralah kamu ke arah (mendapatkan) pengampunan dari Tuhan kamu dan (bersegeralah) mendapatkan syurga yang luasnya melebihi langit-langit dan juga bumi yang disediakan buat golongan yang bertaqwa".
(Ali Imran: 133)

Tanda-tanda yang menunjukkan manusia itu dalam kalangan mereka yang bertakwa dan bakal menghuni syurga ialah mereka rajin bertaubat kepada Allah SWT. Walau apa juga kesilapan dan dosa dilakukan, janganlah berputus asa dan jemu memohon keampunan daripadaNya.

Sikap malas bertaubat membuktikan manusia malas untuk masuk syurga kerana sesungguhnya agama menggalakkan manusia meraih ganjaran dengan apa cara sekalipun. Antara usaha itu ialah bertaubat kerana manusia tidak lepas daripada melakukan kesilapan dan juga sentiasa menggandakan amal soleh.

Melazimkan diri bertamu ke rumah Allah SWT dan menghidupkan majlis ilmu adalah tanda manusia bakal meraih ganjaran syurga. Mereka yang sentiasa berada di majlis ilmu adalah dalam kalangan orang yang akan dipermudahkan jalan menuju ke syurga.

Begitu juga, orang yang sentiasa membantu orang lain juga dijanjikan syurga, terutama apabila bantuan diberikan tidak mengharapkan pujian dan balasan, maka Allah SWT akan membantu mempermudahkan segala urusannya ke syurga.

Ingatlah, kesilapan mereka yang bersungguh menyintai dunia dan mengikut hawa nafsu hanya akan memusnahkan impian mereka untuk beroleh ganjaran syurga di akhirat kelak.

Burulah syurga dengan iman yang lurus dan amal soleh yang ikhlas.
Ganjaran Mengajak Kepada Kebaikan.
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Amalan Ke Syurga Dengan Selamat

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ سَلَامٍ قَالَ: لَمَّا قَدِمَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِيْنَةَ  اِنْجَفَلَ النَّاسُ إِلَيْهِ  وَقِيْلَ : قَدِمَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  فَجِئْتُ فِي النَّاسِ لِأَنْظُرَ إِلَيْهِ  فَلَمَّا اسْتَبَنْتُ وَجْهَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَرَفْتُ أَنَّ وَجْهَهُ لَيْسَ بِوَجْهٍ كَذَّابٍ  فَكَانَ أَوَّلَ شَيْءٍ تَكَلَّمَ بِهِ أَنْ قَالَ: ( يَا أَيُّهَا النَّاسُ  أَفْشُوْا السَّلَامَ  وَأَطْعِمُوْا الطَّعَامَ  وَصِلُوْا الْأَرْحَامَ  وَصَلُّوْا بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ  تَدْخُلُوْا الْجَنَّةَ بِسَلَامٍ).

Daripada ‘Abdullah bin Salâm, ia berkata: “Ketika Rasûlullâh SAW datang ke Madinah, orang-orang segera pergi menuju kepada baginda (kerana ingin melihatnya). Ada yang mengatakan: Rasûlullâh SAW telah datang, lalu aku mendatanginya ditengah kerumunan orang ramai untuk melihatnya. Ketika aku melihat wajah Rasûlullâh SAW, aku mengetahui bahawa wajahnya bukanlah wajah pembohong. Perkara pertama yang baginda ucapkan adalah: ‘Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berilah makan, sambungkan silaturrahim, dan solatlah di waktu malam ketika orang lain sedang tidur, nescaya kalian akan masuk syurga dengan selamat.” (Sunan Tirmidzi no: 2485) Status: Hadis Hasan Sahih

Pengajaran:

1.Islam itu cantik dan indah. Abdullah bin Salam tertarik dan masuk Islam kerana melihat keindahan Islam yang ada pada diri Rasulullah SAW dan apa yang baginda tuturkan.

2.Jadikanlah diri kita sebagai qudwah atau contoh ikutan melalui dakwah bil hal dengan keindahan dan kecantikan Islam pada diri kita.

3.Antara amalan yang menempatkan seseorang kedalam syurga adalah:

a.  Menyebarkan salam iaitu selalu mengucapkan salam setiap kali bertemu sesama Muslim. Seorang Muslim yang tidak mahu mengucapkan salam setiap kali bertemu dianggap bakhil. Nabi SAW bersabda :

أَعْجَزُ النَّاسِ مَنْ عَجِزَ فِيْ الدُّعَاءِ وَأَبْخَلُ النَّاسِ مَنْ بَخِلَ بِالسَّلاَمِ.

Selemah-lemah manusia adalah orang yang lemah (malas) berdoa kepada Allâh, dan sebakhil-bakhil manusia adalah orang yang bakhil mengucapkan salam (HR Thabarani dalam Mu’jamul Ausath (no. 5587) dan lainnya. Lihat Silsilah al-Ahâdîts ash-Shahîhah (no. 601). Status: Hadis Hasan

b.  Memberi makan kepada orang yang memerlukan seperti tetamu, jiran tetangga atau orang yang memerlukan. Orang yang memberi atau bersedekah, nescaya Allah akan menambahkan rezeki kepadanya. Hadis Nabi SAW menyebutkan:

مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ …

Sedekah tidak mengurangi harta…  (Sahîh Muslim No. 2588).

أَنْفِقْ أُنْفِقْ عَلَيْكَ

Berinfaqlah! Niscaya Aku akan berinfaq kepadamu.  (Sahîh Bukhâri No: 4684)

c.  Menyambung silaturahim dengan semua kerabat sama ada melalui perkataan, perbuatan, dan tingkahlaku.

Al-Arhâm adalah jamak dari rahim. Maksudnya kerabat yang memiliki hubungan kekeluargaan dari ibu atau bapa, seperti datok, nenek, bapa saudara, ibu saudara, sepupu dan lain-lain. Allâh SWT berfirman :

وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ

Bertakwalah kepada Allâh yang dengan nama-Nya kamu saling meminta, dan (peliharalah) hubungan kekeluargaan [an-Nisâ’/4:1]

Silaturrahim merupakan sebab masuk syurga. Memutuskan silaturrahim menyebabkan laknat dan jauh dari rahmat Allâh Azza wa Jalla .

d.  Solat di waktu malam, ketika manusia sedang tidur. Ia mencakupi solat wajib, seperti ‘Isya dan Subuh, juga mencakupi solat sunat malam, kerana malam adalah waktu orang tidur.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

24hb Jun 2024
17hb Zulhijjah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Hisab

وَقِفُوهُمۡۖ إِنَّهُم مَّسۡـُٔولُونَ

"Dan hentikanlah mereka (menunggu), kerana sesungguhnya mereka akan disoal".
(aṣ-Ṣaffat: 24)

Allah SWT memerintah malaikat, tahanlah mereka di tempat pemberhentian, sesungguhnya mereka akan ditanya tentang kebohongan dan dosa yang telah mereka lakukan di dunia.

Setiap kelakuan dan perbuatan manusia semasa didunia akan dihisab, disoal dan ditanya tentang apa yang dilakukan didunia. Setiap dosa dan kesalahan akan dihitung dan dibalas dengan azab dan kesakitan yang luar biasa sengsaranya.

Setiap dosa manusia di dunia tidak akan terlepas daripada perhitungan yang adil di akhirat kelak. Tidak akan ada manusia yang mampu untuk memanipulasi rekod amalannya kerana setiap perhitungan yang dilakukan Allah SWT adalah sangatlah terperinci.

وَنَضَعُ ٱلۡمَوَ ٰ⁠زِینَ ٱلۡقِسۡطَ لِیَوۡمِ ٱلۡقِیَـٰمَةِ فَلَا تُظۡلَمُ نَفۡسࣱ شَیۡـࣰٔاۖ وَإِن كَانَ مِثۡقَالَ حَبَّةࣲ مِّنۡ خَرۡدَلٍ أَتَیۡنَا بِهَاۗ وَكَفَىٰ بِنَا حَـٰسِبِینَ

"Dan (ingatlah) Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil untuk (menimbang amal makhluk-makhluk pada) hari kiamat; maka tidak ada diri sesiapa akan teraniaya sedikitpun; dan jika (amalnya) itu seberat biji sawi (sekalipun), nescaya Kami akan mendatangkannya (untuk ditimbang dan dihitung); dan cukuplah Kami sebagai Penghitung".
(Al-Anbiyaʾ: 47)

Ingatlah setiap amalan manusia sama ada amalan yang kecil atau besar semuanya akan ditahan lalu di hisab dan di tanya oleh Allah SWT di hari akhirat nanti. Termasuk setiap anggota manusia sama ada mata, telinga, hidung, kaki, tangan, mulut, kepala, rambut dan kulit manusia akan di tanya satu persatu dan akan menjadi saksi .

Anggota manusia tidak akan berbohong dan mereka akan berkata benar. Satu persatu mereka akan menjawab dan menjadi saksi di atas perbuatan manusia.

Jika manusia melakukan amal soleh, taat kepada semua perintah Allah dan menjauhi laranganNya maka akan berbahagialah dia setelah melalui mizan dan mahkamah Allah SWT. Tetapi sebaliknya jika manusia hidup di dunia penuh maksiat dan dosa, hari-hari membuat fitnah, mengumpat, menzalimi orang lain, tinggalkan solat, merampas hak orang lain, menipu dalam mengejar kekuasaan dan harta dunia, awas mereka akan hidup menderita berpanjangan.

Lakukanlah amal terbaik disepanjang hidup. Pastikan kita berjaya melepaskan diri daripada tahanan mahsyar dan mampu menjawab setiap permasalahan dan berjaya ke syurga.
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Penyebab Ramai Dihumban Ke Neraka

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ أَكْثَرَ مَا يُدْخِلُ النَّاسَ النَّارَ الْأَجْوَفَانِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا الْأَجْوَفَانِ قَالَ الْفَرْجُ وَالْفَمُ قَالَ أَتَدْرُونَ أَكْثَرَ مَا يُدْخِلُ الْجَنَّةَ تَقْوَى اللَّهِ وَحُسْنُ الْخُلُقِ

Daripada Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Sesungguhnya kebanyakkan penyebab manusia masuk neraka adalah disebabkan dua lubang.  Para sahabat bertanya; "Wahai Rasulullah, apakah dua lubang itu?" maka baginda bersabda: "Kemaluan dan mulut. Baginda bersabda: Tahukah kalian apa penyebab kebanyakan orang masuk syurga? Jawab baginda:  taqwa kepada Allah dan akhlak yang baik." (HR Ahmad No: 9319) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.  Seseorang akan ditempatkan kedalam neraka ataupun syurga bergantung pada amalan semasa di dunia.

2.  Kebanyakan penghuni neraka adalah berpunca daripada dosa mulut dan kemaluan:

a.  Dosa kemaluan seperti berzina, liwat, homoseks, lesbian, gay tidak menjaga auratnya selain mahram dan sebagainya.

b.  Dosa mulut atau lidah seperti makan dan minum dari sumber yang haram, mengucapkan ucapan kufur, laknat, qazaf, mengumpat, memfitnah, menghina, merendah-rendahkan orang lain, mengadu domba dan lain-lain termasuk yang diterjemahkan dalam bentuk tulisan di media sosial.

3.  Mudahnya orang pada hari ini melakukan dosa mulut yang diterjemahkan dalam bentuk tulisan. Memperkatakan serta forward sesuatu yang mengaibkan peribadi seseorang, mengumpat, memfitnah, mengadu domba di media elektronik dan diviralkan seperti FB, WhatsApp, telegram, tanpa terdetik dihatinya bahawa apa yang diperkatakan, yang ditulis dan diviral akan diminta pertanggungjawaban dihadapan Allah.

4.  Syeikh al-Mubarakfuri menyatakan makna mulut di dalam hadis ini ialah menjaga lidahnya kerana menjaga lidah boleh menyelamatkan keseluruhan urusan agamanya dan memakan yang halal kerana itu adalah penghulu kepada ciri ketaqwaan. [Lihat: Tuhfah al-Ahwazi, 6/120]

5.  Seseorang akan ditempatkan kedalam syurga disebabkan rahmat Allah atas amalan soleh yang dilakukan.

6.  Kebanyakan penyebab seseorang masuk syurga nanti adalah berpunca dari sifat taqwanya serta akhlak terpuji yang dimiliki.

Peliharalah kemaluan dan mulut dari sesuatu yang berdosa yang menjadi penyebab dihumbankan ke neraka. Marilah kita suburkan sifat taqwa dan akhlak mulia dalam diri masing-masing agar dengan rahmat Allah ia menjadi penyebab kita memasuki syurga.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

25hb Jun 2024
18hb Zulhijjah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Masjid

فِي بُيُوتٍ أَذِنَ اللَّـهُ أَن تُرْفَعَ وَيُذْكَرَ فِيهَا اسْمُهُ يُسَبِّحُ لَهُ فِيهَا بِالْغُدُوِّ وَالْآصَالِ

"(Nur hidayah petunjuk Allah itu bersinar dengan nyatanya terutama sekali) di rumah-rumah ibadat yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan ibadat mensuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang".
(an-Nur: 36)

Imam Ibnu Kathir menyebutkan bahawa Allah SWT memerintahkan untuk memuliakan masjid dengan menyucikannya daripada segala kotoran, perkara yang sia-sia, perkataan atau perbuatan yang tidak berkait dengannya. Ini juga adalah pendapat Ibn Abbas, ‘Ikrimah, al-Dhahhak, dan ramai lagi dalam kalangan ulamak tafsir.

Selain berfungsi sebagai tempat ibadah, kemuliaan masjid juga terletak pada fungsinya sebagai pusat perkembangan ilmu. Masjid perlu menjadi pusat pengajian dan perkembangan ilmu berkaitan duniawi dan ukhrawi.

Sejak zaman Rasulullah SAW dan seterusnya dizaman para sahabat dan para tabi’in masjid telah menjadi pusat pengembangan ilmu-ilmu Islam kepada seluruh ummat. Bermula dari Madinah sehinggalah ke Andalusia, masjid-masjid di kota tersebut telah berkembang sebagai pusat-pusat pengajian sehingga menjadi universiti-universiti yang terbilang diwaktu itu dan sepatutnya dicontohi dizaman kini.

Sabda Rasulullah SAW tentang kelebihan berada dalam majlis ilmu di Masjid Nabawi. Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ جَاءَ مَسْجِدِي هَذَا، لَمْ يَأْتِهِ إِلَّا لِخَيْرٍ يَتَعَلَّمُهُ أَوْ يُعَلِّمُهُ، فَهُوَ بِمَنْزِلَةِ الْمُجَاهِدِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ، وَمَنْ جَاءَ لِغَيْرِ ذَلِكَ فَهُوَ بِمَنْزِلَةِ الرَّجُلِ يَنْظُرُ إِلَى مَتَاعِ غَيْرِهِ

"Barangsiapa yang mendatangi masjidku ini, tidaklah dia datang melainkan kerana sesuatu kebaikan yang dia pelajari atau mengajarkannya, maka dia seperti orang yang berjihad di jalan Allah. Dan barangsiapa yang mendatanginya disebabkan selain daripada itu, maka dia seperti seseorang yang melihat barang milik orang lain".
(Hadith Riwayat Ibnu Majah)

Bilamana Nabi SAW sebut ‘barangsiapa yang mendatangi masjidku ini’ maksudnya Masjid Nabawi semata-mata sebab pada masa itu hanya masjid an-Nabawi tempat belajar ilmu.

Syeikh Muhammad bin Abdul Hadi as-Sindi umpamakan masjid seperti pasar ilmu. Siapa yang pergi masjid seumpama membeli ilmu dengan belajar dan mengajar.
(Hasyiah al-Sindi ‘ala Sunan Ibn Majah)

Maka, muliakanlah masjid dengan amal ibadah, zikrullah, majlis ilmu dan juga perkara-perkara yang mengingati akhirat. Janganlah mencemari kemuliaan masjid dengan berbual-bual kosong perihal dunia dan perkara-perkara lagha di dalam masjid.

Hukum berbual di dalam masjid adalah harus selagimana tidak mengganggu orang lain yang sedang beribadah di dalam masjid tersebut. Diingatkan juga bahawa perbualan tersebut hendaklah dalam ruang lingkup perkara-perkara yang diharuskan dan tidak berlebih-lebihan serta bukan dalam perkara-perkara yang diharamkan seperti mengumpat, mencarut, mengadu domba dan sebagainya. Sabda Rasulullah SAW:

يَأْتِي عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ يَتَحَلَّقُونَ فِي مَسَاجِدِهِمْ وَلَيْسَ هِمَّتُهُمْ إِلاَّ الدُّنْيَا لَيْسَ لِلَّهِ فِيهِمْ حَاجَةٌ فَلاَ تُجَالِسُوهُمْ

"Akan datang satu masa di mana manusia akan berkumpul di dalam masjid, sedangkan tiadalah keinginan mereka (pada waktu itu) kecuali hanya dunia semata-mata. Allah tidak memerlukan kepada apa yang mereka lakukan dan janganlah kamu duduk bersama mereka".
(Hadith Riwayat al-Hakim)

Muliakanlah masjid dengan amal ibadah dan jadikanlah masjid sebagai pusat perkembangan ilmu. Meriahkan masjid dengan pelbagai aktiviti yang dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Muhasabah malam ini

Beruntunglah mereka yang mendapat limpahan kasih sayang Allah semasa hayatnya di dunia kerana balasan yang menanti di akhirat pastinya syurga.

Tetapi amat besarlah kerugiannya bagi mereka yang tersisih daripada kasih sayang Allah kerana neraka jahanam tidak sabar menunggu untuk menyambut mereka.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Kewajipan Menjaga Lidah dan Kemaluan

عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ يَضْمَنْ لِي مَا بَيْنَ لَحْيَيْهِ وَمَا بَيْنَ رِجْلَيْهِ أَضْمَنْ لَهُ الْجَنَّةَ

Daripada Sahl bin Sa'd RA, daripada Rasulullah SAW, Baginda bersabda: "Sesiapa yang menjamin bagiku apa yang ada di antara tulang dagunya (mulut dan lidah) dan apa yang ada di antara dua kakinya (kemaluan), maka aku menjamin baginya syurga.”(HR Bukhari No: 6474) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Allah SWT telah mencipta syurga dan neraka di akhirat sebagai destinasi abadi seseorang hamba. Orang yang melakukan amal kebaikan, balasan syurga akan menanti dan sebaliknya jika melakukan amal kejahatan maka nerakalah tempatnya.

2.  Jaminan syurga kepada seseorang Muslim yang dapat menjaga mulut, lidah dan kemaluannya. Menjaga mulut ialah menjauhi makanan dan minum dari sumber yang haram. Menjaga lidah pula dengan menjauhi dosa lidah melalui umpatan, fitnah, cacian disamping memperbanyakkan berzikir, memohon keampunan dan bertaubat daripada dosa-dosa yang telah dilakukan. Seterusnya menjaga kemaluan daripada hubungan yang tidak halal dan yang diharamkan.

3.  Awasi lidah daripada tergelincir serta menjerumuskan diri kepada ruang fitnah pasangan yang bukan mahram yang akhirnya dengan kelembutan lidah yang tidak bertulang menjerumuskan kepada dosa-dosa kemaluan dan sebagainya. Dengan lidah menjadi punca dosa dan dimasukkan seseorang ke dalam neraka.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

26hb Jun 2024
19hb Zulhijjah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Suami isteri

هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّ

"Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka".
(al-Baqarah: 187)

Ayat ini menceritakan mengenai hal ehwal perkahwinan iaitu tentang hubungan intim suami dan isteri.

Syeikh Dr. Mustafa al-Khin di dalam kitab beliau telah menyatakan beberapa hikmah perkahwinan, antaranya:

1) Memenuhi keperluan fitrah manusia
2) Mengembangkan masyarakat Islam dengan keturunan
3) Mewujudkan ketenangan jiwa dan ketenteraman rohani
4) Memelihara akhlak daripada kerosakan dan keruntuhannya.
5) Memelihara generasi manusia yang sejahtera
6) Mengembangkan kekeluargaan dan mengeratkan semangat kerjasama.
(al-Fiqh al-Manhaji)

Apabila berlaku akad nikah antara suami dan isteri, antara peranan kedua-duanya adalah untuk menjadi pakaian antara satu sama lain.

Sayidina Ibn Abbas r.huma menyatakan bahawa maksud yang dikehendaki dari ayat di atas adalah 'mereka adalah ketenangan bagi kalian dan kalian pun adalah ketenangan bagi mereka'. Manakala dalam Tafsir at-Tabari menyatakan bahawa maksud ayat ini adalah berkumpulnya dua jasad menjadi satu, iaitu 'bersetubuh'.
(Jami’ al-Bayan ‘an Ta’wil Ay al-Quran)

Ketahuilah bahawa setiap pasangan memiliki kehendak dalam melayani naluri intim pasangan masing-masing dan perlu dilaksanakan oleh kedua-dua belah pihak. Tetapi bagi wanita, hendaklah melayan kehendak suaminya bilamana diajak. Hal ini berdasarkan hadith Nabi SAW:

إِذَا دَعَا الرَّجُلُ امْرَأَتَهُ إِلَى فِرَاشِهِ فَأَبَتْ فَبَاتَ غَضْبَانَ عَلَيْهَا لَعَنَتْهَا المَلاَئِكَةُ حَتَّى تُصْبِحَ

"Apabila seorang suami mengajak isterinya ke katil (dengan tujuan untuk bersama), lalu isteri itu menolaknya, dan suami itu pun tidur dalam keadaan marah terhadap isterinya, maka para malaikat akan melaknatnya (isteri) sehinggalah dia bangun (daripada tidurnya) pada waktu pagi".
(Hadith Riwayat al-Bukhari)

Imam an-Nawawi rahimahullah menyatakan bahawa hadith ini menjadi dalil bahawa haramnya seorang isteri itu menolak ajakan suaminya tanpa keuzuran yang syarak dan haid juga bukanlah satu keuzuran yang boleh menghalang ajakan suami kerana suami mempunyai hak untuk istimta’ (berseronok) dengan apa yang terdapat di atas kain (selain daripada faraj). Hadis ini juga bermaksud laknat daripada malaikat akan berterusan sehingga hilangnya maksiat dengan terbitnya fajar dan dengan suami itu merasa memadai atau dengan taubat si isteri apabila menerima ajakan suami tersebut untuk bersama.
(Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim)

Penuhilah kehendak seksual pasangan dan layanlah pasangan dengan sebaiknya serta lindungilah pasangan. Suami isteri merupakan pasangan yang saling melindungi di antara satu sama lain dan saling perlu memerlukan.

Hayatilah hadith ini:

إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خَمْسَهَا، وَصَامَتْ شَهْرَهَا، وَحَصَّنَتْ فَرْجَهَا، وَأَطَاعَتْ زَوْجَهَا، قِيْلَ لَهَا أُدْخُلِي الْجَنَّةَ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شِئْتِ

"Jika wanita mengerjakan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, memelihara kemaluannya, mentaati suaminya, maka dikatakan kepadanya (pada hari Kiamat): ‘Masuklah ke dalam Syurga dari pintu mana pun yang kamu mahu".
(Hadith Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan al-Bazzar)

Wahai suami isteri, hiduplah bersama pasangan anda dengan penuh kasih sayang dan penuh kemesraan. Tunaikan peranan anda dengan menjadi pakaian antara satu sama lain.
Muhasabah malam ini

Bila bercerita buruk tentang orang,

Itu tidak akan membuatkan kita menang disisi Allah.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Berhati-hati Dalam Berbicara

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ  قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ الرَّجُلَ لَيَتَكَلَّمُ بِالكَلِمَةِ لَا يَرَى بِهَا بَأْسًا يَهْوِي بِهَا سَبْعِينَ خَرِيفًا فِي النَّارِ

Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda:  Sesungguhnya seseorang terkadang berbicara dengan kata-kata yang dia sangkakan tidak mengapa, lalu (tanpa diduga) dia terjerumus dengan sebabnya ke dalam neraka (yang kedalamannya) sejauh perjalanan tujuh puluh tahun. (HR Tirmizi No: 2314) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Dalam menyampaikan berita, seseorang mesti bertanggungjawab dalam segala ucapan dan penyampaiannya sama ada secara lisan mahupun tulisan. 

2.  Al-Mubarakfuri menjelaskan bahawa sebahagian manusia memandang remeh perkataan yang diucapkannya sehingga dia tidak menyangka perkataan tersebut menjadi penyebab kepada dia dihumban ke neraka. (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 12/79).

3.  Setiap berita yang disampaikan mestilah benar serta tidak akan mengundang kepada keaiban dan pembohongan. Jangan sampai mengundang kemurkaan  Allah SWT dan berlaku kekacauan di dalam masyarakat. Firman Allah SWT:

إِنَّ الَّذِينَ جَاءُوا بِالْإِفْكِ عُصْبَةٌ مِّنكُمْ  لَا تَحْسَبُوهُ شَرًّا لَّكُم  بَلْ هُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ  لِكُلِّ امْرِئٍ مِّنْهُم مَّا اكْتَسَبَ مِنَ الْإِثْمِ  وَالَّذِي تَوَلَّىٰ كِبْرَهُ مِنْهُمْ لَهُ عَذَابٌ عَظِيمٌ

Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat). (Surah An-Nur, 11).

Al-Maraghi berkata: Allah SWT menerangkan hukuman yang menimpa ke atas orang yang ikut serta menyebarkan berita dusta; mereka semua akan mendapat hukuman yang setimpal dengan peranan yang dimainkan. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 9/4730).

Moga kita sentiasa berhati-hati dalam menyebarkan sebarang maklumat termasuk di media sosial.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

27hb Jun 2024
20hb Zulhijjah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Suami isteri

هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّ

"Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka".
(al-Baqarah: 187)

Peranan suami isteri ialah menjadi pakaian pada pasangan masing-masing. Sentiasa melayani kehendak pasangan masing-masing terutama berkaitan seksual.

Pun begitu, ada masanya Syarak tidak membenarkan suami bersama dengan isterinya yang dikenali sebagai uzur syar’ie. Waktunya larangan tersebut antaranya:

1) Disebabkan haid. Firrman Allah SWT:

وَلَا تَقْرَبُوهُنَّ حَتَّىٰ يَطْهُرْنَ

“Dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci".
(al-Baqarah: 222)

Menurut Ibn al-‘Arabi, larangan mendekati membawa maksud tidak dibenarkan untuk mencampuri isteri.
(Ahkam al-Quran)

Berkata Syeikh al-Maraghi berkata:
“Apabila perempuan telah mandi (suci daripada haid), maka datangilah mereka pada tempat yang dikehendaki yang telah diberitahu oleh Sunnatullah untuk memeliharanya, iaitu tempat keturunan (peranakan)".
(Tafsir al-Maraghi)

2) Qiyas kepada haid juga, iaitu nifas.

Darah nifas ialah darah yang keluar selepas bersalin. Tempoh minimum nifas ialah sekelip mata (لحظة). Kadang-kadang ia berterusan hingga beberapa hari dan biasanya hingga 40 hari. Manakala tempoh maksimumnya pula ialah 60 hari. Berdasarkan kajian Imam al-Syafie, darah yang keluar melebihi tempoh tersebut adalah darah penyakit.
(al-Fiqh al-Manhaji)
 
3) Disebabkan sakit, sehingga tidak mampu dari segi kudrat badan fizikalnya untuk melayan suaminya.
 
4) Boleh membawa mudarat. Hal ini dengan maksud, jika sabit bahawa dengan sebab persetubuhan boleh membawa kemudaratan dan kesakitan bagi perempuan, maka harus baginya untuk tidak menyahut ajakan suaminya.
 
5) Si isteri sedang melaksanakan kewajiban Syarak, seperti sedang solat fardhu, atau puasa fardhu, maka berhak baginya untuk tidak melayan suaminya. Tetapi, berilah alasan dengan penuh kasih sayang dan penghormatan pada suaminya.

Semoga rumah tangga yang dibina setiap pasangan layak mendapat Baiti Jannati (rumahku syurgaku).
Muhasabah malam ini

Kalau hati kita kotor, dosa yang jauh pun kita cari tapi kalau hati kita bersih, dosa depan mata pun kita tidak pandang.

Maka, cucilah hati kita dengan zikir sampai hati kita benci buat dosa. Bila hati kita bersih, kita tidak minat dengan dosa.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Bergurau Yang Dibenarkan

عَنِ الْحَسَنِ قَالَ: أَتَتْ عَجُوزٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَتْ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، ادْعُ اللَّهَ أَنْ يُدْخِلَنِي الْجَنَّةَ فَقَالَ: يَا أُمَّ فُلاَنٍ، إِنَّ الْجَنَّةَ لاَ تَدْخُلُهَا عَجُوزٌ. قَالَ: فَوَلَّتْ تَبْكِي فَقَالَ: أَخْبِرُوهَا أَنَّهَا لاَ تَدْخُلُهَا وَهِيَ عَجُوزٌ إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يَقُولُ : إِنَّا أَنْشَأْنَاهُنَّ إِنْشَاءً فَجَعَلْنَاهُنَّ أَبْكَارًا عُرُبًا أَتْرَابًا (الواقعة آية رقم : 35 - 37)

Daripada Al-Hasan RA, dia berkata, “Seorang nenek tua mendatangi Nabi SAW. Nenek itu pun berkata, ‘Ya Rasulullah! Berdoalah kepada Allah agar Dia memasukkanku ke dalam syurga!’ Baginda pun mengatakan, ‘Wahai Ibu si Polan! Sesungguhnya syurga tidak dimasuki oleh nenek tua. Nenek tua itu pun pergi sambil menangis. Baginda pun mengatakan, ‘Khabarkanlah kepadanya bahwasanya wanita tersebut tidak akan masuk syurga dalam keadaan seperti nenek tua. Sesungguhnya Allah berfirman: Sesungguhnya kami menciptakan mereka (Bidadari-bidadari) dengan langsung (35). Dan kami jadikan mereka gadis-gadis perawan (36). Penuh cinta lagi sebaya umurnya (37).” (Al-Waqi’ah) (HR At-Tirmizi No: 238) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.  Rasulullah bergurau dengan sahabat untuk mengembirakan, namun dalam batas yang tidak berlebihan hingga membawa sifat berbohong.

2.  Rasulullah bergurau dengan perempuan tua, walaupun pada awalnya menyedihkan namun diakhirnya mengembirakan dan menyebabkan perempuan itu tersenyum dan tertawa gembira.

3.  Orang yang terlalu serius dalam urusan kehidupannya akan cepat penat dan kecewa.

4.  Kita boleh bergurau dengan kadar yang tidak berlebihan serta berusaha mengawal lidahnya ketika bergurau agar bertutur dalam perkara yang bermanfaat dan menjauhi dusta.

5.  Wasiat Hassan Al-Banna: Jangan terlalu banyak bergurau kerana orang Islam yang sedang berjuang tidak mengerti erti bergurau melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

28hb Jun 2024
21hb Zulhijjah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Hibah dan sedekah

فَإِن طِبْنَ لَكُمْ عَن شَيْءٍ مِّنْهُ نَفْسًا فَكُلُوهُ هَنِيئًا مَّرِيئًا

"Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya".
(an-Nisa': 4)

Syeikh Muhammad Zuhaili menyatakan:
"Sekiranya seseorang isteri itu memberi (hibah) kepada suaminya sebahagian daripada maharnya maka harus bagi suaminya itu mengambilnya. Dan ia merupakan pemberian yang baik selagi mana ia meredhainya".

Amalan memberi hibah, hadiah ataupun sedekah merupakan satu amalan yang digalakkan dalam Islam. Firman Allah SWT:

لَّيْسَ الْبِرَّ أَن تُوَلُّواْ وُجُوهَكُمْ قِبَلَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ وَلَكِنَّ الْبِرَّ مَنْ آمَنَ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَالْمَلآئِكَةِ وَالْكِتَابِ وَالنَّبِيِّينَ وَآتَى الْمَالَ عَلَى حُبِّهِ ذَوِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَالسَّآئِلِينَ وَفِي الرِّقَابِ

"Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, – kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi".
(al-Baqarah: 177)

Sedekah sebenarnya mempunyai maksud yang cukup luas dalam Islam. Secara mudahnya, ia boleh didefinisikan sebagai pemberian oleh seseorang kepada orang lain yang memerlukan dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT sama ada pemberian itu ditujukan kepada fakir miskin, sanak-saudara, mahupun untuk kepentingan fi sabilillah.

Yakinilah bahawa harta orang yang suka bersedekah tidak akan berkurang. Hadith daripada  Sayidina Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ما نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِن مالٍ، وما زادَ اللَّهُ عَبْدًا بعَفْوٍ، إلَّا عِزًّا

"Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya".
(Hadith Riwayat Muslim)

Namun, perlu diingatkan bahawa janganlah diambil semula sesuatu yang telah dihadiahkan atau disedekahkan. Ulamak bersepakat bahawa tidak boleh mengambil kembali barang yang disedekahnya jika telah diterima oleh orang lain atau kaum keluarga.

Ini berdasarkan nas Sayidina Umar bin al-Khattab r.a yang berkata:

مَنْ وَهَبَ هِبَةً لِصِلَةِ رَحِمٍ، أَوْ عَلَى وَجْهِ صَدَقَةٍ، فَإِنَّهُ لاَ يَرْجِعُ فِيهَا

"Siapa yang membuat hibahan kerana silaturrahim atau sebagai sedekah maka janganlah dia ambil kembali".
(Riwayat Imam Malik dan al-Baihaqi)

Umat Islam tidak kira kaya atau miskin digalakkan bersedekah mengikut kemampuannya. Bagaimanapun, orang miskin yang bermurah hati hendak bersedekah, bersedekahlah ala kadar, asalkan tidak menyusahkan diri sendiri dan orang yang menjadi tanggungannya.
Muhasabah malam ini

Malapetaka paling besar bagi hati seseorang itu adalah bilamana hatinya tidak mahu mendengar dan mengambil pengajaran terhadap peringatan serta nasihat.

Maka, ia adalah azab daripada Allah kepada dosa-dosa yang dilakukan.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN