MEKANIK IMAN.
333 subscribers
1.84K photos
531 videos
99 files
4.35K links
Bismillahirrahmanirrahim...

Jom perbaiki Iman dan Amal kita yang merupakan kunci dan bekalan kita di akhirat.

Jom join Group Soal Jawab Fiqh di sini
👉 https://t.me/+FdV3VML4jH4xOWY9

Semoga bermanfaat buat semua. Aamiin
Download Telegram
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Ikhlas Beramal

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ لَا يَنْظُرُ إِلَى صُوَرِكُمْ وَأَمْوَالِكُمْ وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوبِكُمْ وَأَعْمَالِكُمْ.

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan harta kamu, tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu." (HR Muslim No: 2564) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Ganjaran pahala di atas setiap amalan adalah bergantung kepada hati yang benar-benar ikhlas dan niat yang benar.

2.Kepentingan menjaga niat agar hati sentiasa benar dan bersih daripada sifat-sifat mazmumah serta membuahkan sifat taqwa kepada Allah SWT.

3.Kepentingan menjaga amalan hati terlebih mendahului daripada amalan yang dilakukan oleh anggota badan kerana hanya amalan yang dilakukan dengan ikhlas akan diterima dalam setiap amalan yang disyariatkan.

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

24hb Jun 2022
24hb Zulkaedah 1443H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
*JANGAN MALAS GAESS*

۩ عَنْ الْمِقْدَامِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا أَكَلَ أَحَدٌ طَعَامًا قَطُّ خَيْرًا مِنْ أَنْ يَأْكُلَ مِنْ عَمَلِ يَدِهِ وَإِنَّ نَبِيَّ اللَّهِ دَاوُدَ عَلَيْهِ السَّلَام كَانَ يَأْكُلُ مِنْ عَمَلِ يَدِهِ ۩

                      🌐 ترجمهن 🌐
 
Daripada Al Miqdam رضى الله عنه  dari Rasulullah ﷺ baginda bersabda: "Tidak ada seseorang yang memakan satu makanan pun yang lebih baik dari makanan hasil usaha tangannya [bekerja]¡sendiri. Dan sesungguhnya Nabi Allah Daud عليه السلام. memakan makanan dari hasil usahanya sendiri."  HR Bukhari

 ــہ واللـــــــــہ اعـــــلم بالصـــوابــــــ
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah syukur kita masih lagi dapat bernafas di pagi jumaat yang mubarak ini.. 😊

Selamat pagi dan selamat bertugas kepada yang bekerja.. Selamat bercuti kepada yang cuti pada hari ini..

Semoga segala urusan & aktiviti kita pada hari ini di permudahkan, di rahmati dan diberkati oleh Allah SWT.

Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal Alaamiin..

Jom perbanyakkan selawat pada hari ini..

"Allahumma solli ala sayyidina Muhammad wa'ala alihi sayyidina Muhammad"

@MekanikIman
Sesungguhnya alam percintaan dan alam rumah tangga berbeza maka kuncinya SABAR bak kata Ustazah.

Alam khayalan vs alam nyata.

Semoga bermanfaat.

https://vt.tiktok.com/ZSdTJAuxd/?k=1
24 Zulkaedah 1443H
24 Jun 2022M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Menyuluh keikhlasan diri...

عن ابن جابر عن أبيه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:

إن من الغيرة ما يحب الله عز وجل ومنها ما يبغض الله عز وجل، ومن الخيلاء ما يحب الله عز وجل ومنها ما يبغض الله عز وجل؛ فأما الغيرة التي يحب الله عز وجل فالغيرة في الريبة، وأما الغيرة التي يبغض الله عز وجل فالغيرة في غير ريبة، والاختيال الذي يحب الله عز وجل اختيال الرجل بنفسه عند القتال وعند الصدقة، والاختيال الذي يبغض الله عز وجل الخيلاء في الباطل

Daripada Jabir RA dari bapanya telah berkata: Rasululah SAW bersabda:
Sesungguhnya di antara cemburu itu ada yang disukai Allah dan ada yang dibenci Allah dan diantara sikap sombong itu ada yang disukai Allah dan ada yang dibenci Allah. Cemburu yang disukai Allah adalah cemburu dalam keraguan dan yang dibenci Allah adalah cemburu diluar keraguan, sedangkan sikap sombong yang disukai Allah adalah sombongnya seseorang dengan dirinya di saat perang dan sombong di saat sedekah. Sedangkan sombong yang dibenci Allah adalah sombong dalam kebathilan.
(Hadith Riwayat An-Nasaie)

Khuyala’ ( الخيلاء ) yang dimaksudkan adalah takjubnya seseorang terhadap diri sendiri dengan menampakkannya kepada orang lain, samaada berupa harta, kuasa, mahu pun ilmu yang dimiliki. Kalaulah pangkalnya hanya di dalam hati ia dikategorikan sebagai ( إعجاب النفس ) iaitu bangga terhadap diri sendiri. Jika sudah sampai menampakkannya kepada orang lain dengan sombong, inilah yang disebut dengan khuyala’.

عن أبي هريرة رضي الله عنه: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ :
إن أول الناس يقضى يوم القيامة عليه رجل استشهد فأتى به فعرفه نعمه فعرفها, قال: فما عملت فيها؟ قال: قاتلت فيك حتى استشهدت, قال: كذبت, ولكنك قاتلت لأن يقال جريء, فقد قيل, ثم أمر به فسحب على وجهه حتى ألقي في النار, ورجل تعلم العلم, وعلمه, وقرأ القرآن فأتي به فعرفه نعمه فعرفها, قال: فما عملت فيها؟ قال: تعلمت العلم وعلمته, وقرأت فيك القرآن, قال: كذبت ولكنك تعلمت العلم ليقال عالم, وقرأت القرآن ليقال هو قارئ, فقد قيل, ثم أمر به فسحب على وجهه حتى ألقي في النار, ورجل وسع الله عليه, وأعطاه من أصناف المال كله فأتى به فعرفه نعمه فعرفها, قال: فما عملت فيها؟ قال: ما تركت من سبيل تحب أن ينفق فيها إلا أنفقت فيها لك, قال: كذبت ولكنك فعلت ليقال هو جواد فقد قيل ثم أمر به فسحب على وجهه ثم ألقي في النار

Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya orang yang pertama kali diberi keputusan pada hari kiamat adalah seseorang yang mati syahid. Lalu ia didatangkan di hadapan Allah. Kemudian Allah memperlihatkan kepadanya kenikmatan-kenikmatanNya yang diberikan kepadanya. Lalu orang tersebut mengakuinya. Allah pun berfirman, ‘Apa yang kamu kerjakan padanya?’ Ia berkata, ‘Aku berperang karena diriMu, hingga aku mati syahid.’ Allah berfirman: ‘Engkau telah berdusta. Sesungguhnya engkau berperang agar dikatakan sebagai pemberani dan hal itu telah dikatakan.’ Kemudian diperintahkan agar orang tersebut dibawa lalu diseret mukanya hingga ia dilemparkan ke neraka.

Lalu seseorang yang belajar suatu ilmu kemudian mengajarkannya, dan membaca Al-Qur’an lalu didatangkan di hadapan Allah. Kemudian Allah memperlihatkan kepadanya kenikmatan-kenikmatanNya yang diberikan kepadanya. Lalu orang tersebut mengakuinya. Allah pun berfirman : ‘Apa yang kamu kerjakan padanya?’ Ia menjawab: ‘Aku mempelajari suatu ilmu dan mengajarkannya serta membaca al-Qur’an keranaMu.’ Allah berfirman: ‘Engkau berdusta. Sebenarnya, engkau mempelajari suatu ilmu, mengajarkannya dan membaca al-Qur’an agar dikatakan bahwa engkau adalah orang yang ahli qari. Dan hal itu telah dikatakan.’ Kemudian diperintahkan agar orang tersebut dibawa lalu diseret mukanya hingga ia dilemparkan ke api neraka.

Lalu ada seorang yang telah Allah berikan kepadanya kelapangan dan berbagai macam harta. Kemudian Allah memperlihatkan kepadanya kenikmatan-kenikmatanNya yang diberikan kepadanya. Lalu orang tersebut mengakuinya. Allah pun berfirman, ‘Apa yang kamu kerjakan padanya?’
Ia menjawab, ‘Tidak ada suatu jalan yang Engkau senang untuk diberi infak kecuali aku telah mengeluarkan infak padanya demi Engkau.’
Allah berfirman, ‘Engkau telah berdusta. Tapi engkau melakukannya agar dikatakan sebagai orang yang dermawan dan hal itu telah dikatakan.’ Kemudian diperintahkan agar orang tersebut dibawa, lalu diseret mukanya, kemudian dilemparkan ke dalam neraka.”
(Hadith Riwayat Muslim)

Bagi seorang penuntut ilmu, hal ini perlu disuluh dengan penuh berhati-hati. Kerana kerap kali ianya dilupakan dan tidak disedari, ianya menyelinap dalam hati masing-masing.

Syeikh Bakr Abu Zaid berkata:
“Hendaklah (seorang thalib ‘ilm) berhias diri dengan adab sopan santun; saling memaafkan, berkasih-sayang, teliti, sabar, dan berendah diri kepada suatu yang haq. Ibarat seekor burung yang melayang diudara; tenang dan seimbang kedua sayapnya. Merendah diri dalam menuntut ilmu saat merasakan mulianya ilmu. Berhati-hatilah dari sifat riya' ilmu. Kerana ia merupakan penolak ilmu dan pahala amalan. Menjadi sebab datangnya dosa dan malapetaka. Justeru, para salaf sangat memelihara diri mereka dari sifat ini”.
(Hilyat Thalib Ilmi)

Juga kepada para pejuang jama'ah dan dermawan fi sabilillah, tidak terlepas dari tapisan keikhlasan dari Allah SWT.

Justeru, berhati-hatilah. Semoga terpelihara kita semua dari gejala perosak niat dan keikhlasan itu...

~ Abu Imtiyaz ~
Assalamualaikum wbrt

Salam Petang Jumaat🌹
Sedekah Jumaat

Mak Ayah, Kakak Abang Adik, Sahabat dan semua yg disayangi...

Semoga Allah SWT sentiasa memberikan kesihatan yang baik dipermudahkan segala urusan dan dilapangkan rezeki, amin.

Perkongsian Tabungan Akhirat Kita bersama Madrasah Tahfiz Ulumul Quran

- Keperluan pengurusan kewangan madrasah bagi Bulan Jun ini sebagaimana dibawah:

1. Alaun kakitangan/Guru 4 orang bulan Jun : RM 9,000
- Belum selesai

2. Utiliti / Sewa Rumah Kakitangan/Guru : RM3,000
- Belum selesai.

4. Baik Pulih / Naik taraf Bangunan ni (atap bocor, kerosakan tandas, kerosakan kelas, baik pulih piping seluruh bangunan, baiki penambahan pejabat guru & bilik mesyuarat): RM300k
- masih mencari.

Segala sumbangan mak ayah, kakak abang dan sahabat semua boleh disalurkan kepada :

CIMB BANK : MADRASAH TAHFIZ ULUMUL QURAN
8010235683

Segala kebaikan dan amalan Soleh yg mak ayah, abang akak dan semua sahabat kongsikan dengan Tahfiz Ulumul Quran, kami ucapkan Jazakumullah khairan jaza.
Jutaan terima kasih.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa kita, diredhai kehidupan kita dan dipakaikan diri kita dengan sifat taqwa, amin.

Khadim Tahfiz Ulumul Quran : Redzuan Bin Mohd Said
010 6629142
20 Jun 2022
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Taat Perintah Allah SWT Ikut Sunnah Nabi SAW

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ سَرْجِسَ قَالَ :رَأَيْتُ الْأَصْلَعَ يَعْنِي عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ يُقَبِّلُ الْحَجَرَ وَيَقُولُ: وَاللَّهِ إِنِّي لَأُقَبِّلُكَ وَإِنِّي أَعْلَمُ أَنَّكَ حَجَرٌ وَأَنَّكَ لَا تَضُرُّ وَلَا تَنْفَعُ وَلَوْلَا أَنِّي رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَبَّلَكَ مَا قَبَّلْتُكَ

Daripada ‘Abdullah bin Sarjis RA berkata; Aku pernah melihat al-Ashla' iaitu ‘Umar bin Al-Khattab RA mencium Hajar Aswad dan berkata: "Demi Allah, sesungguhnya aku pasti akan menciummu, meskipun aku tahu kamu hanyalah sebiji batu yang tidak dapat memberi mudharat dan tidak pula dapat memberi manfaat. Sekiranya aku tidak melihat Rasulullah SAW menciummu, nescaya aku tidak akan menciummu." (HR Bukhari, No: 1597) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Allah SWT yang mencipta seluruh makhluk dan Allah berkuasa atas segala sesuatu. Setiap ciptaan-Nya tidak dapat mendatangkan sesuatu kebaikan mahupun keburukan kecuali dengan keizinan dan kehendak-Nya.

2.Setiap Muslim hendaklah mentaati segala perintah Allah SWT selari dengan petunjuk Sunnah Nabi SAW.

3.Perlu difahami bahawa perintah Allah SWT ada yang dihukumkan sebagai wajib, sunat, makruh, haram dan harus berdasarkan kaedah-kaedah hukum yang telah disepakati oleh ulama. Contohnya perbuatan mencium hajar aswad. Para sahabat Nabi SAW mengikuti amalan tersebut sebagai ittiba’ (ikutan sunnah) tanpa banyak persoalan kerana mereka melihat amalan tersebut dilakukan oleh Nabi SAW.

4.Dalam mazhab Syafie hukum mencium hajar aswad adalah sunat. Namun perlu diingat, ketika melakukan perbuatan mencium hajarul aswad itu tidak menzalimi orang lain dengan menarik atau menyakiti orang lain. Dibimbangi perkara sunat itu menjadi haram. Moga menjadi peringatan buat mereka yang sekarang ini menjadi tetamu duyufurahman di Makah.

5.Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui hikmah dan kepentingan disebalik sesuatu pensyariatan. Justeru, sebagai seorang hamba-Nya yang Muslim, maka wajiblah setiap perintah-Nya dilaksanakan manakala setiap larangan-Nya hendaklah dijauhi mengikut kemampuan tanpa perlu dipersoalkan kenapa ianya disyariatkan.

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

25hb Jun 2022
25hb Zulkaedah 1443H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

*Hadith 1717 (..setiap minuman yg memabuk kan adalah haram...)* _sila rujuk helaian kitab yg dilampirkan utk hadith penuh_.
Ku ingin berjalan menuju Mu Ya Tuhan..
Walau kadang jasadku kepenatan..
Tak ingin ku hirau peliknya dunia memandang...
Asal saja bisa ku raih cinta Mu yang ku idam..
Kerna cinta Mu itu menghidupkan...
Cinta Mu jua yang mematikan..
Telah mati kehendak insan...
Bilamana bertembung kehendak Tuhan..
Itulah cara cinta Mu berkalam..
Jika benar berkehendak jangan lagi di ragukan...
Sedetik kau hilang kekuatan..
Merayulah Dia pohon kekuatan...
Pasti di beri lebih dari jangkaan...
Itulah Pemurahnya Ar Rahman...
*•┈••⊰˚📜﷽📜˚⊱••┈•*


اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ(ﷺ)
*📜Kalam Habaib*

*◼️Dawuh Maulana Abah Habib Luthfi bin Ali bin Hasyim bin Umar bin Yahya*
.

"Kebanyakan orang yang merasa stress dalam hidup adalah karena kurangnya rasa ta'alluq (bergantung) kepada Allah SWT.

Efeknya, muncul rasa takut miskin dll, apabila kerja tidak maksimal atau tidak bisa menerima ketentuan takdir yang berupa keadaan sosial ekonomi kita saat ini.

Bahkan tak jarang, karena rasa stress itu, kita sampai melupakan nikmat-nikmat Allah SWT yang agung yang kita peroleh.

Di antaranya adalah nikmat iman dan islam, kemampuan mengerjakan amal shaleh serta menjauhi larangan Allah SWT.

Kenikmatan lain dari Allah SWT yang melekat di diri kita tapi sering terlupakan adalah nikmat sehat jasmani dan rohani.

Kedua nikmat tersebut akan terasa besar jika kita mau merenung.
Misalnya membandingkan dengan orang lain yang di anugerahi harta berlimpah, hatinya tertutup dari iman, sehingga hidupnya bergelimang maksiat atau dengan orang yang mengidap berbagai penyakit, baik fisik maupun psikis yang membuat harta yang bergelimang seakan tak berharga.

Andai saja kita mau memandang ke bawah, kepada mereka yang jauh lebih susah dari kita, insya Allah akan lahir rasa syukur di hati kita.

Jika sudah muncul rasa syukur, maka beban hidup sudah terasa ringan, stress serta penyakit fisik turunannya, seperti migrain akan menjauh.".`

*اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه اجمعين🍃*

*⚘ Petik hikmahnya*
. *•┈••⊰📜📜⊱••┈•*
.﷽.
اللهم حببني الى حبيبك سيدنا محمد صلى الله عليه وسلم

‎Jika kita punyai banyak masalah dalam hidup, cubalah hindarkan ia dengan memperbanyakkan selawat ke atas Nabi صلى الله عليه وسلم

‎Ubai bin Ka’b R.A berkata : Aku akan menjadikan seluruh selawatku buatmu. Lalu Rasulullah menjawab :

‎إِذًا تُكْفَى هَمَّكَ وَيُغْفَرُ لَكَ ذَنْبُكَ

‎Maksudnya : Oleh itu, segala masalahmu akan dihindarkan dan dosa-dosamu akan diampunkan.

‎Riwayat Al-Tirmizi (2457)
25 Zulkaedah 1443H
25 Jun 2022M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Kalau tidak jadi seorang yang tawadhu' pun, janganlah jadi seorang yang angkuh sombong takabbur...

وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحًا ۖ إِنَّكَ لَن تَخْرِقَ الْأَرْضَ وَلَن تَبْلُغَ الْجِبَالَ طُولًا﴿٣٧﴾ كُلُّ ذَٰلِكَ كَانَ سَيِّئُهُ عِندَ رَبِّكَ مَكْرُوهًا ﴿٣٨﴾

Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, karena sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.(37) Semua itu kejahatannya amat dibenci di sisi Tuhanmu.(38)
(Al Isra': 37-38)

إِنَّ اللَّـهَ لَا يُحِبُّ مَن كَانَ مُخْتَالًا فَخُورًا

Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri,
(An Nisa': 36)

Memang Allah SWT menyuruh berbuat baik. Dan kita mestilah menjadi orang baik, yang banyak buat kebaikan...

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ارْكَعُوا وَاسْجُدُوا وَاعْبُدُوا رَبَّكُمْ وَافْعَلُوا الْخَيْرَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Hai orang-orang yang beriman, ruku'lah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu dan perbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan.
(Al Hajj: 77)

وَأَنفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّـهِ وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ ۛ وَأَحْسِنُوا ۛ إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.
(Al Baqarah: 195)

Namun jangan merasa diri baik...

فَلَا تُزَكُّوا أَنْفُسَكُمْ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ اتَّقَى

“Maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Diaah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa"
(An Najm: 32)

أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ يُزَكُّونَ أَنْفُسَهُمْ بَلِ اللَّهُ يُزَكِّي مَنْ يَشَاءُ وَلَا يُظْلَمُونَ فَتِيلًا

“Apakah kami tidak memperhatikan orang yang menganggap dirinya bersih. Sebenarnya Allah mensucikan siapa yang dikehendaki-Nya dan mereka tidak dianiaya sedikit pun”.
(An Nisa: 49)

Rasulullah salallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda:

لاَ تُزَكُّوا أَنْفُسَكُمُ اللَّهُ أَعْلَمُ بِأَهْلِ الْبِرِّ مِنْكُمْ

“Janganlah kamu merasa diri kamu suci, Allah lebih tahu akan orang-orang yang berbuat baik di antara kamu”.
(Hadith Riwayat Muslim)

Oleh itu, perhalusilah benar-benar hatimu.

Hakikat kehidupan seorang hamba.

Diuji Allah sepanjang kehidupannya, agar ia kembali kepadaNya...

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗوَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً ۖ وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.
(Al Anbiya': 35)

وَقَطَّعْنَاهُمْ فِي الْأَرْضِ أُمَمًا ۖ مِّنْهُمُ الصَّالِحُونَ وَمِنْهُمْ دُونَ ذَٰلِكَ ۖ وَبَلَوْنَاهُم بِالْحَسَنَاتِ وَالسَّيِّئَاتِ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

Dan Kami bagi-bagi mereka di dunia ini menjadi beberapa golongan; di antaranya ada orang-orang yang soleh dan di antaranya ada yang tidak demikian. Dan Kami cuba mereka dengan (nikmat) yang baik-baik dan (bencana) yang buruk-buruk, agar mereka kembali (kepada kebenaran).
(Al A'raaf: 168)

Justeru, kenalilah Dia dengan hati dan perasaanmu agar tenang melalui segala yang datang dariNya...

~ Abu Imtiyaz ~
*جاڠن* توڠݢو ݢلڤ بارو هندق چاري چهاي.
هرڬاءيله چهاي والاو دالم ترڠ.

*جاڠن* توڠݢو د اوجي بارو هندق ايڠت الله.
ايڠتله ڤد الله وقتو سوسه دان سنڠ.


*@*


*Jangan* tunggu gelap baru hendak cari cahaya.
Hargailah cahaya walau dalam terang.

*Jangan* tunggu di uji baru hendak ingat Allah.
Ingatlah pada Allah waktu susah dan senang.
Kata kata Mat Kilau.
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Keutamaan Sifat Tenang Ketika Beribadah

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّهُ دَفَعَ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عَرَفَةَ فَسَمِعَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرَاءَهُ زَجْرًا شَدِيدًا وَضَرْبًا وَصَوْتًا لِلْإِبِلِ فَأَشَارَ بِسَوْطِهِ إِلَيْهِمْ وَقَالَ أَيُّهَا النَّاسُ عَلَيْكُمْ بِالسَّكِينَةِ فَإِنَّ الْبِرَّ لَيْسَ بِالْإِيضَاعِ

Daripada Ibnu 'Abbas RA, bahawasanya beliau telah bertolak bersama-sama Nabi SAW pada hari 'Arafah. Kemudian Nabi SAW mendengar dari arah belakang Baginda SAW suara yang keras dan bentakan serta pukulan terhadap unta. Maka Baginda SAW memberi isyarat kepada mereka dengan cemeti agar bertenang. Baginda SAW bersabda: "Wahai manusia, hendaklah kamu bertenang, kerana sesungguhnya kebaikan bukan (diperoleh) dengan tergesa-gesa." (HR Bukhari No: 1671) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Islam adalah agama yang membawa rahmat, bukan sahaja kepada sesama manusia bahkan kepada semua makhluk termasuk binatang.

2.Bersifat rahmah dengan berlemah lembut dengan binatang tunggangan adalah suatu yang dituntut.

3.Antara rahmat yang diberikan Allah SWT kepada hamba-Nya adalah dapat melakukan ibadah dengan taufik dan hidayah-Nya. Setiap ibadah yang dilakukan seperti solat, haji dan sebagainya hendaklah dilakukan dengan penuh ketenangan. Hanya ibadah yang dilaksanakan dengan penuh ketenangan akan melahirkan kebesaran dan ketaqwaan kepada Allah SWT dalam hatinya.

Setiap Muslim hendaklah sentiasa bersifat tenang kerana sifat tergesa-gesa akan menyebabkan seseorang itu melakukan kesilapan dan ketidaksempurnaan dalam melakukan amal ibadah yang akhirnya menyebabkan amalan tersebut ditolak oleh Allah SWT.

Buat para Jemaah Haji yang diberi peluang mengerjakan ibadah haji dan menjadi tetamu duyufurrahman pada tahun ini, didoakan kebaikan dan mendapat haji yang mabrur.

زَوَّدَكَ اللَّهُ التَّقْوَى وَغَفَرَ ذَنْبَكَ وَيَسَّرَ لَكَ الْخَيْرَ حَيْثُمَا كُنْتَ

“Semoga Allah SWT membekalkanmu dengan ketaqwaan, mengampunkan dosamu dan Allah memudahkan kebaikan untukmu di mana sahaja kamu berada.”

اللَّهُمَّ اجْعَلْ حَجًّا مَبْرُوْرًا وَسَعْيًا مَشْكُوْرًا وَذَنْبًا مَغْفُوْرًا

“Semoga Allah menganugerahkan haji yang mabrur, usaha yang disyukuri dan dosa yang diampuni.”

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

26hb Jun 2022
26hb Zulkaedah 1443H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram