MEKANIK IMAN.
334 subscribers
1.84K photos
531 videos
99 files
4.3K links
Bismillahirrahmanirrahim...

Jom perbaiki Iman dan Amal kita yang merupakan kunci dan bekalan kita di akhirat.

Jom join Group Soal Jawab Fiqh di sini
👉 https://t.me/+FdV3VML4jH4xOWY9

Semoga bermanfaat buat semua. Aamiin
Download Telegram
Hijrah

فَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَأُخْرِجُوا مِن دِيَارِهِمْ وَأُوذُوا فِي سَبِيلِي وَقَاتَلُوا وَقُتِلُوا لَأُكَفِّرَنَّ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَلَأُدْخِلَنَّهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ثَوَابًا مِّنْ عِندِ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ عِندَهُ حُسْنُ الثَّوَابِ

"Maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan ugamanya), dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan ugamaKu, dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) - sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)".
(Ali Imran: 195)

Terdapat banyak sebab dan faktor yang menuntut umat Islam Mekah pada zaman Rasulullah SAW untuk melakukan hijrah ke Madinah:

1) Untuk membolehkan mereka menegakkan syiar agama dan mengelakkan diri daripada penindasan.

2) Untuk membolehkan mereka mempelajari agama dan memahami hukum-hakamnya.

3) Untuk membuat persediaan bagi menegakkan sebuah negara Islam, menyebarkan dakwah Islam ke seluruh pelusuk bumi, mempertahankannya dan melahirkan para pendakwah.
(al-Tafsir al-Munir)

Namun, setelah berlaku pembukaan kota Mekah, hukum berhijrah ke Madinah dari Mekah sudah tidak menjadi wajib lagi. Daripada Sayidina Ibn Abbas r.huma bahawa Nabi SAW bersabda:

لاَ هِجْرَةَ، وَلَكِنْ جِهَادٌ وَنِيَّةٌ، وَإِذَا اسْتُنْفِرْتُمْ، فَانْفِرُوا

"Tiada hijrah (selepas pembukaan Makkah). Akan tetapi jihad dan niat. Apabila kamu diseru (untuk berjihad), maka hendaklah kamu keluar".
(Hadith Riwayat al-Bukhari)

Pun begitu, jika terdapat sebab atau faktor yang menuntut hijrah berlaku seperti terdapatnya sebab-sebab yang dinyatakan di atas, maka hijrah wajib dilaksanakan pada mana-mana masa sekalipun.

Imam Ibnu al-‘Arabi menjelaskan bahawa hijrah terbahagi kepada enam bahagian:

1) Keluar dari negara harbi ke negara Islam.
2) Keluar dari negeri bidaah.
3) Keluar dari negeri yang banyak mengandungi perkara haram.
4) Melarikan diri kerana takut disakiti secara fizikal di sesuatu tempat.
5) Keluar kerana menjaga kesihatan.
6) Melarikan diri kerana bimbang diganggu hartanya, atau ahli keluarganya, bahkan ia adalah lebih utama.
(Ahkam al-Quran)

Hayatilah firman Allah SWT ini:

إِنَّ ٱلَّذِینَ تَوَفَّىٰهُمُ ٱلۡمَلَـٰۤىِٕكَةُ ظَالِمِیۤ أَنفُسِهِمۡ قَالُوا۟ فِیمَ كُنتُمۡۖ قَالُوا۟ كُنَّا مُسۡتَضۡعَفِینَ فِی ٱلۡأَرۡضِۚ قَالُوۤا۟ أَلَمۡ تَكُنۡ أَرۡضُ ٱللَّهِ وَ ٰ⁠سِعَةࣰ فَتُهَاجِرُوا۟ فِیهَاۚ فَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ مَأۡوَىٰهُمۡ جَهَنَّمُۖ وَسَاۤءَتۡ مَصِیرًا * إِلَّا ٱلۡمُسۡتَضۡعَفِینَ مِنَ ٱلرِّجَالِ وَٱلنِّسَاۤءِ وَٱلۡوِلۡدَ ٰ⁠نِ لَا یَسۡتَطِیعُونَ حِیلَةࣰ وَلَا یَهۡتَدُونَ سَبِیلࣰا

"Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: ‘Apakah yang kamu telah lakukan mengenai agama kamu?’ Mereka menjawab: ‘Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi.’ Malaikat bertanya lagi: ‘Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?’ Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. Kecuali orang-orang yang lemah (lagi uzur) dari kaum lelaki dan perempuan serta kanak-kanak, yang tidak berdaya upaya mencari helah (untuk melepaskan diri) dan tidak pula mengetahui sesuatu jalan (untuk berhijrah)".
(an-Nisa’: 97-98)

Berhijrahlah dengan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah dan RasulNya serta diamilah suatu tempat yang dipenuhi rahmat dan keberkatan Allah SWT.
05 Muharram 1446H
11 Julai 2024M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Sebenarnya, ilmu yang wajib dipelajari lebih banyak dari usia dan masa yang ada pada kita...

Rasulullah SAW telah bersabda:

أَعْمَارُ أُمَّتِـي مَا بَيْنَ السِّتِّيْنَ إِلَى السَّبْعِيْنَ وَأَقَلُّهُمْ مَنْ يَجُوزُ ذَلِكَ

“Umur-umur umatku antara 60 hingga 70 tahun, dan sedikit orang yang boleh melampui umur tersebut”
(Hadith Riwayat Ibnu Majah)

قُل لَّوْ كَانَ الْبَحْرُ مِدَادًا لِّكَلِمَاتِ رَبِّي لَنَفِدَ الْبَحْرُ قَبْلَ أَن تَنفَدَ كَلِمَاتُ رَبِّي وَلَوْ جِئْنَا بِمِثْلِهِ مَدَدًا ﴿الكهف: ١٠٩﴾

“Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)".
(Al Kahfi: 109)

Kejahilan yang ada pada kita lebih gelap dari malam yang kita lalui setiap hari. Walaupun kita banyak mengetahui tentang hal-hal duniawi, namun hingga tidak nampak jalan pertemuan dengan Allah di akhirat.

يَعْلَمُونَ ظَاهِرًا مِنَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ عَنِ الْآَخِرَةِ هُمْ غَافِلُونَ ﴿٧﴾ أَوَلَمْ يَتَفَكَّرُوا فِي أَنفُسِهِم ۗ مَّا خَلَقَ اللَّـهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا إِلَّا بِالْحَقِّ وَأَجَلٍ مُّسَمًّى ۗ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ بِلِقَاءِ رَبِّهِمْ لَكَافِرُونَ ﴿٨﴾﴿الروم: ٧-٨﴾

“Mereka hanya mengetahui yang lahir (saja) dari kehidupan dunia, sedangkan mereka lalai tentang (kehidupan) akhirat(7) Dan mengapa mereka tidak memikirkan tentang (kejadian) diri mereka? Allah tidak menjadikan langit dan bumi dan apa yang ada diantara keduanya melainkan dengan (tujuan) yang benar dan waktu yang ditentukan. Dan sesungguhnya kebanyakan di antara manusia benar-benar ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya.(8)
(Ar-Ruum : 7-8)

Dosa yang kita pikul terlalu berat dibanding dengan amalan pahala yang kita buat setiap hari. Namun usahlah kecewa dan putus asa dari memohon keampunan dariNya, kerana RahmatNya Maha Luas...

لَوْلَا أَنَّكُمْ تُذْنِبُونَ لَخَلَقَ اللهُ خَلْقًا يُذْنِبُونَ يَغْفِرُ لَهُمْ

“Seandainya kamu sekalian tidak mempunyai dosa sedikit pun, niscaya Allah akan menciptakan suatu kaum yang melakukan dosa untuk diberikan ampunan kepada mereka.”
(Hadith Riwayat Muslim)

Amal dan kerja yang harus dilakukan terlalu banyak berbanding dengan kesempatan masa yang kita ada...

Telitilah wasiat ini,

الوصايا العشر للإمام الشهيد حسن البنا
اقرأ. وتدبر. وأعمل.

10 wasiat Imam Hassan Al-Banna. Baca, Hayati, Amalkan

قم إلى الصلاة متى سمعت النداء مهما كانت الظروف

1) Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

اتل القرآن أو طالع أو استمع أو اذكر الله ولا تصرف جزءاً من وقتك في غير فائدة

2) Bacalah Al Quran atau bacalah buku-buku atau dengarlah ilmu atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah menghabiskan masamu walau sedikit pun dalam perkara yang tidak berfaedah.

اجتهد أن تتكلم العربية الفصحى فإن ذلك من شعائر الإسلام

3) Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang formal (fusha) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

لا تكثر الجدل في أي شأن من الشئون أيا كانت فإن المراء لا يأتي بخير

4) Janganlah banyak bertengkar (berdebat ) dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

لا تكثر الضحك فإن القلب الموصول بالله ساكن وقور

5) Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang dan serius.

لا تمزح فإن الأمة المجاهدة لا تعرف إلا الجد

6) Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh (dalam semua perkara).

لا ترفع صوتك أكثر مما يحتاج إليه السامع فإنه رعونة وإيذاء

7) Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana yang demikian itu merupakan suatu perbuatan yang sia-sia dan menyakitkan hati orang.

تجنب غيبة الأشخاص وتجريح الهيئات ولا تتكلم إلا بخير

8) Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap kecuali yang boleh mendatangkan kebaikan.
تعرف إلى من تلقاه من أخوانك وان لم يطلب إليك ذلك. فأن أساس دعوتنا الحب والتعارف

9) Berkenal-kenalanlah (bertaaruf) dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta berbuat demikian kerana asas gerakan da'wah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

الواجبات أكثر من الأوقات فعاون غيرك على الانتفاع بوقته وإن كان لك مهمة فأوجز في قضائها

10) Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada.

Justeru, bantulah saudaramu untuk memanfaatkan waktu sebaiknya. Dan jika saudara mempunyai suatu urusan, maka ringkaskanlah masa perlaksanaannya...

~ Abu Imtiyaz ~
Muhasabah malam ini

Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini,

Kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Puasa Asyura

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ مَا رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَحَرَّى صِيَامَ يَوْمٍ فَضَّلَهُ عَلَى غَيْرِهِ إِلَّا هَذَا الْيَوْمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَهَذَا الشَّهْرَ يَعْنِي شَهْرَ رَمَضَانَ

Daripada Ibnu Abbas RA, beliau mengatakan: “Saya tidak pernah melihat Nabi SAW memilih satu hari untuk puasa yang lebih baginda utamakan dari pada yang lainnya kecuali puasa hari Asyura, dan puasa bulan Ramadan.” (HR Bukhari No: 1867) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Antara ibadat puasa yang menjadi keutamaan kepada Rasulullah SAW untuk kita contohi selain puasa dibulan Ramadan ialah puasa pada hari Asyura (10hb Muharam)

2.  Puasa Asyura ganjarannya dapat menghapuskan segala dosa setahun yang lalu (Imam Nawawi kata diampunkan segala dosa kecil). Dari Abu Qatadah Al-Anshari RA, beliau mengatakan:

سئل عن صوم يوم عاشوراء فقال كفارة سنة

Nabi SAW ditanya tentang puasa Asyura, Baginda menjawab: “Puasa Asyura menjadi penebus dosa setahun yang telah lalu.” (HR. Muslim No: 1976). Status: Hadis Sahih

Rebutlah peluang melakukan puasa sunat sempena Asyura. Semoga amalan berpuasa sunat Asyura akan menjadi penebus dosa-dosa kita setahun yang lalu. Jadilah Muslim yang memiliki jati diri yang kukuh, bersih dari dosa dan maksiat. Kita perlu melahirkan warganegara yang merdeka daripada dosa, dan dalam masa yang sama memiliki peribadi yang utuh untuk membangunkan Negara Malaysia yang Sejahtera. Al-Falah Pemacu Malaysia Madani.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

12hb Julai 2024
06hb Muharram 1446H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Puasa Tasu’a (puasa 9hb Muharram)

عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يَقُولُا حِينَ صَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهُ يَوْمٌ تُعَظِّمُهُ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِذَا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ قَالَ فَلَمْ يَأْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ حَتَّى تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Abdullah bin Abbas RA, beliau menceritakan: Ketika Nabi SAW melaksanakan puasa Asyura dan memerintahkan para sahabat untuk puasa. Kemudian ada sahabat yang berkata: Ya Rasulullah, sesungguhnya hari Asyura adalah hari yang diagungkan orang Yahudi dan Nasrani. Kemudian Nabi SAW bersabda: “Tahun depan, Insha Allah kita akan berpuasa pada hari ke sembilan.” Namun, belum sampai tahun depan, Nabi SAW diwafatkan. (HR. Muslim No: 1916) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Antara hari yang digalakan berpuasa pada bulan Muharam ialah puasa sunat hari Tasu'a (9hb Muharam) iaitu sehari sebelum hari Asyura (10hb Muharam)

2.  Puasa dua hari iaitu puasa sunat Tasu'a (9hb Muharam)  dan puasa sunat Asyura (10hb Muharam) adalah untuk membezakan amalan berpuasa seorang Muslim dengan puasa orang Yahudi dan Keristian.

3.  Ibnul Qayim dalam Zadul Ma’ad, 2/72 menjelaskan puasa yang berkait hari Asyura ada tiga Kategori:

a)  Kategori paling sempurna, puasa tiga hari. Sehari sebelum Asyura, hari Asyura, dan sehari selepas Asyura  (9hb, 10hb dan 11hb Muharam).

b)  Kategori kedua, puasa pada 9hb dan 10hb Muharam berdasarkan banyak hadis.

c)  Kategori ketiga, puasa pada10hb Muharam saja.

Marilah kita tunaikan puasa Sunat Tasu'a (9hb Muharam) yang jatuh pada 15hb Julai hari Isnin dan puasa Sunat Asyura (10hb Muharam) pada 16hb Julai hari Selasa. Moga Allah akan mengampukan dosa-dosa kita setahun yang lalu.

Mungkinkah Muharam ini tidak akan kita temui pada tahun hadapan?

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

13hb Julai 2024
07hb Muharram 1446H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Zikrullah

ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَتَطۡمَىِٕنُّ قُلُوبُهُم بِذِكۡرِ ٱللَّهِۗ أَلَا بِذِكۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَىِٕنُّ ٱلۡقُلُوبُ

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia".
(Ar-Raʿd: 28)

Zikrullah melahirkan rasa tenang dan tenteram di dalam diri seseorang. Ini yang difirmankan oleh Allah SWT dalam kalamNya.

Dan saat ini betapa kita memerlukan kepada ketenangan dan ketenteraman dalam kehidupan kita, khususnya pada zaman ini, dengan kesibukan hidup di negara moden, sering kali kita mendengarkan keluhan sebahagian individu tentang tuntutan dan tekanan urusan dunia.

Zikrullah ialah kita berada di dalam keadaan sentiasa mengingati Allah. Hakikat Zikrullah secara luas dan sempurna hanya dapat kita capai dengan kita berusaha mentaati Allah pada setiap masa kerana seseorang itu apabila ia taat kepada Allah itu bermakna ia ingat kepada Allah.

Dalam satu riwayat Nabi SAW bersabda:

أَلَا أُنَبِّئُكُمْ بِخَيْرِ أَعْمَالِكُمْ وَأَزْكَاهَا عِنْدَ مَلِيكِكُمْ وَأَرْفَعِهَا فِي دَرَجَاتِكُمْ وَخَيْرٍ لَكُمْ مِنْ إِعْطَاءِ الذَّهَبِ وَالْوَرِقِ وَخَيْرٍ لَكُمْ مِنْ أَنْ تَلْقَوْا عَدُوَّكُمْ فَتَضْرِبُوا أَعْنَاقَهُمْ وَيَضْرِبُوا أَعْنَاقَكُمْ قَالُوا وَذَلِكَ مَا هُوَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ ذِكْرُ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ

"Mahukah kamu untuk aku khabarkan kepada kamu tentang amalan kamu yang paling baik, paling bersih di sisi Tuhan kamu, paling mengangkat darjat kamu, lebih baik untuk kamu daripada membelanjakan emas dan perak, lebih baik untuk kamu daripada kamu berdepan dengan musuh kamu lalu kamu memenggal leher mereka dan mereka pula memenggal leher kamu? Mereka (para sahabat) menjawab: "Apa dia wahai Rasulullah". Baginda bersabda "Zikrullah".
(Musnad Ahmad)

Zikir merupakan asas utama dalam perjalanan mendekatkan diri kepada Allah dan mencapai keredhaanNya. Kedekatan diri dengan Allah SWT tercapai menerusi penyucian hati dan penyuci bagi hati itu ialah zikrullah.

Konsep zikrullah menjangkau makna yang lebih besar daripada sekadar membasahi lidah dengan lafaz zikir dan doa. Ia merupakan sebuah konsep menyeluruh yang mencorak kehidupan dan peribadi seorang Muslim.

Maksud zikrullah yang lebih luas, sebagaimana yang disebutkan oleh Syeikh 'Abdur Razzaq bin 'Abdul Muhsin al-Badr ialah:

"Termasuk perkara yang mesti difahami oleh seorang muslim, bahawa Zikrullah Taala tidak dikhususkan hanya kepada majlis-majlis yang disebut di dalamnya nama Allah dengan bertasbih, bertakbir, bertahmid dan seumpamanya. Bahkan ia merangkumi apa-apa majlis yang disebut di dalamnya perintah dan tegahan Allah, halal dan haram, apa yang disukai dan diredhai oleh Allah. Bahkan barangkali zikir seperti ini adalah lebih bermanfaat dari zikir yang hanya semata-mata menyebut nama Allah. Ini kerana mengetahui halal dan haram adalah kewajipan dalam beberapa berkara ke atas setiap muslim. Adapun zikrullah dengan lisan, kebanyakannya adalah sunat, kadang-kala ia menjadi wajib seperti zikir di dalam solat fardhu. Adapun mengetahui perintah Allah, apa-apa yang disukai, diredhaiNya dan apa-apa yang tidak disukaiNya adalah menjadi kewajipan ke atas setiap orang yang perlu mengetahuinya.

Kerana itu, Sayidina Ibn Mas'ud r.a, apabila beliau menyebut hadis Nabi SAW: "Taman-taman syurga itu adalah halaqah-halaqah zikir". Beliau berkata: "Adapun aku tidak memaksudkan al-Qussas (penceramah-penceramah yang menyebut kisah pengajaran), akan tetapi (aku maksudkan) halaqah-halaqah fiqh".

Apa sahaja amal soleh yang mengingatkan kita pada Allah, itulah zikrullah. Dengan zikrullah hati menjadi tenang, damai, bahagia dan tenteram.
07 Muharram 1446H
13 Julai 2024M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Tuntutlah ilmu buat selamanya,

اُطْلُبِ الْعِلْمَ دآئِمَا

Menuntut ilmu agama termasuk amalan yang paling mulia dalam kehidupan, dan ia merupakan tanda dari kebaikan pada diri seseorang.

مَنْ يُرِدْ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ

“Orang yang dikehendaki oleh Allah untuk mendapatkan kebaikan, akan dimudahkan untuk memahami ilmu agama”.
(Hadith Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Oleh itu, dengan menuntut ilmu agama seseorang akan mendapatkan pengetahuan yang bermanfaat baginya untuk melakukan amal soleh serta membentuk keperibadian yang baik dalam dirinya.

Allah Ta’ala pernah memerintahkan NabiNya SAW untuk meminta tambahan ilmu,

وَقُل رَّبِّ زِدْنِي عِلْمًا

“Katakanlah (Wahai Muhammad), Ya Rabb, tambahkanlah ilmuku”.
(Thaha: 114)

Al Hafiz Ibnu Hajar berkata: “Ayat ini adalah dalil yang tegas tentang keutamaan ilmu. Kerana Allah Ta’ala tidak pernah memerintahkan NabiNya SAW untuk meminta tambahan terhadap sesuatu, kecuali ilmu”.
(Fathul Baari)

Dari sisi keilmuan dan pengamalan terhadap ilmu, manusia terbagi menjadi 3 jenis:

Jenis yang pertama iaitu orang yang berilmu dan mengamalkan ilmunya. Mereka ini adalah orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah untuk menempuh sirath al mustaqim, iaitu jalan yang lurus yang telah ditempuh oleh para nabi, orang-orang siddiq, para syuhada, dan orang-orang soleh.

Jenis yang kedua iaitu orang yang berilmu namun tidak mengamalkannya. Mereka ini adalah orang-orang yang dimurkai oleh Allah, semisal orang-orang Yahudi dan pengikut mereka.

Jenis yang ketiga iaitu orang yang beramal tanpa ilmu. Mereka ini adalah orang-orang yang sesat, semisal orang-orang Nashrani dan para pengikut mereka.

Ketiga jenis manusia ini terangkum dalam surat Al Fatihah yang sentiasa kita baca setiap rakat dalam solat kita,

اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ﴿٦﴾ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ﴿٧﴾

”Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Yaitu jalan yang telah ditempuh oleh orang-orang yang Engkau beri nikmat, bukan jalannya orang yang Engkau murkai dan bukan jalannya orang-orang yang sesat”.
(Al Fatihah: 6-7)

Hikmah diwajibkan membaca surat Al Fatihah dalam tiap rakaat solat kita, baik solat wajib maupun solat sunat, adalah dengan harapan agar Allah Ta’ala memberikan kita petunjuk kepada jalan orang-orang yang berilmu dan mengamalkan ilmunya, yang merupakan jalan keselamatan di dunia dan di akhirat. Juga harapan agar Allah Ta’ala menjaga kita dari jalan orang-orang yang binasa, iaitu orang-orang yang melampau (ghuluw) dalam amal soleh saja atau melampau dalam ilmu saja.

Kemudian, ketahuilah wahai saudaraku, ilmu yang bermanfaat itu di ambil dari Al-Quran dan hadis, dengan bantuan para pengajar mu'allim, juga dengan bantuan kitab-kitab tafsir Al-Quran dan kitab syarah (penjelasan) hadis, kitab feqah, tauhid, akhlaq juga kitab nahwu, dan kitab bahasa arab yang merupakan bahasa Al Qur’an. Semua kitab ini adalah gerbang pintu untuk memahami Al Qur’an dan Sunnah. Agar amalmu termasuk amal soleh, wajib bagimu untuk mempelajari hal-hal pokok yang menegakkan agamamu. Seperti mempelajari tentang solat, puasa, haji, zakat, juga mempelajari perkara muamalah yang engkau perlukan. Agar engkau dapat mengambil yang diharuskan dan tidak terjerumus pada hal yang diharamkan oleh Allah Ta’ala. Agar pendapatanmu halal, makananmu halal sehingga doamu dapat dimakbulkan oleh Allah Ta’ala. Semua ini adalah perkara-perkara yang mempelajarinya adalah satu keperluan bagimu. Semua ini akan mudah dijalani, dengan izin Allah, bila tekadmu benar dan bersih niatmu untuk belajar.

Maka bersemangatlah membaca kitab-kitab yang bermanfaat, dan bermuzakarahlah dengan para ulama.
Tanyakanlah kepada mereka persoalan-persoalan hal-hal yang musykil dalam pemikiranmu, dan carilahkan jawapan tentang hukum-hukum agamamu. Hal ini dapat dilakukan dengan menghadiri pengajian-pengajian yang diadakan di masjid atau di tempat lain, atau mendengarkan program-program Islamik dari media masa, atau membaca buku, majalah atau buletin yang membahas permasalahan agama, jika engkau bersemangat terhadap semua media-media yang bermanfaat ini, tentu bersinarlah cahaya ilmu bagimu dan teranglah penglihatan batinmu.

Dan jangan lupa saudaraku, ilmu itu akan disucikan dengan amal. Jika engkau mengamalkan apa yang telah engkau tahu, maka Allah SWT akan menambahkan ilmu bagimu. Sebagaimana ungkapan para salafussoleh,

مَنْ عَمِلَ بِما عَلِمَ أَوْرَثَهُ الله عِلْمُ ما لَمْ يَعْلَمْ

“Orang yang mengamalkan apa yang telah ia ilmui, maka Allah akan mewarisinya ilmu yang belum ia ketahui”.

Sudah pastilah tambahan petunjuk datang dengan tambahan ilmu dan amalan seseorang hamba itu.

مَن يَهْدِ اللَّـهُ فَهُوَ الْمُهْتَدِي وَمَن يُضْلِلْ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ

Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan barangsiapa yang disesatkan Allah, maka merekalah orang-orang yang merugi.
(Al A'raf: 178)

Ilmu adalah kesibukan yang paling layak untuk mengisi waktu. Ia juga merupakan hadiah yang paling layak untuk dijadikankan perlumbaan bagi orang-orang yang berakal. Ilmu akan menghidupkan hati dan menyucikan amal.

Allah Ta’ala telah memuji para ilmuwan yang mengamalkan ilmunya, dan mengangkat darjat mereka dalam Al-Quran.

قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ ۗ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الْأَلْبَابِ

“Apakah sama antara orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya hanya orang yang berakal saja yang dapat menerima pelajaran”
(Az Zumar: 9)

يَرْفَعِ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ ۚ وَاللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

“Allah telah meninggikan derajat orang-orang yang beriman dan berilmu dari kalian beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”.
(Al Mujaadalah: 11)

Justeru, belajarlah dan tuntutlah ilmu buat selamanya...

~ Abu Imtiyaz ~
Muhasabah malam ini

Jika kita lihat orang sakit, doakanlah kesembuhannya. Jika lihat orang faqir, doakanlah rezeki untuknya. Jika lihat orang berdukacita, doakanlah kemudahan baginya.

Dan adapun untuk kita, cukuplah doa malaikat kepada kita, "bagimu seperti itu juga".

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Puasa Menjauhkan Dari Api Neraka

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: مَنْ صَامَ يَوْمًا فِى سَبِيلِ اللَّهِ بَعَّدَ اللَّهُ وَجْهَهُ عَنِ النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا

Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, aku mendengar Sabda Rasulullah SAW: Barangsiapa melakukan puasa satu hari di jalan Allah (dalam melakukan ketaatan pada Allah / jihad ), maka Allah akan menjauhkannya dari neraka sejauh perjalanan 70 tahun. (HR Bukhari No: 2840) Status Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Puasa adalah antara ibadat yang menjadikan seseorang hamba dekat dengan syurga dan jauh daripada neraka.

2.  Puasa adalah perisai kepada seorang mukmin. Rasulullah SAW bersabda:

الصِّيَامُ جُنَّةٌ يَسْتَجِنُّ بِهَا الْعَبْدْ مِنَ النَّارِ

Puasa adalah perisai, seorang hamba berperisai dengannya dari api neraka” (HR Ahmad 3/241) Status: Hadis Sahih

3.  Sehari ibadat puasa oleh seorang Mukmin yang dilakukan dengan ikhlas akan menjauhkan seseorang dari neraka sejauh 70 tahun perjalanan.

4.  Rasulullah SAW menganjurkan kita untuk melakukan puasa sunat khususnya pada bulan Muharam. Antara hari yang digalakkan berpuasa selain daripada Isnin dan Khamis, puasa Tasu’a (9 Muharam) dan puasa Asyura (10 Muharam) juga puasa sunat pada pertengahan bulan hijrah atau dipanggil puasa hari puteh (13, 14 dan 15 haribulan Hijrah)

عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نَصُومَ مِنْ الشَّهْرِ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ الْبِيضَ ثَلَاثَ عَشْرَةَ وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ وَخَمْسَ عَشْرَةَ

Dari Abu Dzarr RA dia berkata; "Rasulullah  SAW  memerintahkan kami agar berpuasa tiga hari Bidh  (Putih) dalam sebulan iaitu tiga belas, empat belas dan lima belas." (HR Nasai No: 2380) Status: Hadis Hasan

Marilah kita melakukan puasa sunat pada sepanjang bulan Muharam ini selain daripada puasa pada hari ke 9 (Tasu’a), hari ke 10 (Asyura). Disamping  puasa sunat hari Isnin dan Khamis juga puasa hari-hari puteh pada 13hb, 14hb dan 15hb Muharam.

Moga ibadat puasa akan menghindarkan kita dari api neraka.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

14hb Julai 2024
08hb Muharram 1446H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Adil

 إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالْإِحْسَان

"Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan".
(an-Nahl: 90)

Syeikh as-Sa’di menyatakan bahawa berlaku adil itulah adalah wajib, sedangkan berbuat baik (Ihsan) adalah merupakan nilai tambah yang disunatkan seperti manusia memberi manfaat dengan hartanya atau jasadnya atau ilmunya atau lain-lain perkara yang bermanfaat.
(Tafsir al-Sa’di)

Terdapat satu kisah Sultan Muhammad al-Fateh dengan arkitek daripada Rom. Sultan Muhammad al-Fateh telah memerintahkan untuk membina masjid di Bandar Istanbul dan beliau melantik seorang arkitek bernama Esplanati al-Rumi, seorang arkitek mahir untuk mengendalikan pembinaan masjid tersebut. Sultan telah memerintahkan supaya membina masjid ini daripada marmar dan tiang masjid ini dibina tinggi supaya ianya kelihatan mewah dan ketinggian itu ditentukan oleh arkitek tersebut. Tetapi Arkitek al-Rumi ini telah memberi arahan supaya dipendekkan tiang menjadikan ianya rendah tanpa memberitahu Sultan atau meminta pandangan daripada sultan. Dan ketika Sultan al-Fateh mendengar berita tersebut, beliau menjadi marah kerana apa yang dibuat oleh arkitek itu tidak ada faedah dan manfaat pada pandangannya dan disebabkan oleh kemarahan beliau, beliau memerintahkan supaya tangan arkitek tersebut dipotong. Walaupun arkitek tersebut telah menyesal namun sesalannya itu sudah terlambat.

Arkitek al-Rumi ini tidak berdiam diri tentang ketidakadilan yang menimpanya. Dia berjumpa dan mengadu kepada Qadhi Istanbul, yang reputasi keadilannya telah tersebar di seluruh kerajaan. Qadhi tidak teragak-agak untuk menerima aduan tersebut ini, dan mengirim utusan kepada Sultan memanggilnya untuk hadir di hadapannya di mahkamah.

Sultan Muhammad al-Fateh pun berdiri di sebelah lawannya, iaitu arkitek al-Rumi, yang menjelaskan aduannya kepada hakim. Dan ketika giliran Sultan untuk berbicara, dia menyokong apa yang dikatakan oleh al-Rumi. Setelah selesai, dia berdiri menunggu keputusan Qadhi, yang berfikir sebentar dan kemudian berpaling kepadanya dan berkata: "Menurut perintah undang-undang, tangan kamu harus dipotong, wahai Sultan, sebagai hukuman Qisas!"

Arkitek al-Rumi tercengang, dan merasa gementar dengan keputusan yang diucapkan oleh Qadhi dan yang tidak ada dalam fikirannya agar dipotong tangan pembuka kota Konstantinopel. Apa yang ada dalam fikirannya hanyalah pampasan wang sahaja. Dengan suara terpana dan gementar, al-Rumi mengatakan kepada Qadhi, bahawa dia menarik balik tuntutannya, dan bahawa apa yang dia harapkan daripadanya adalah pampasan harta sahaja, kerana memotong tangan Sultan tidak akan menguntungkan apa-apa baginya. Jadi, Qadhi memerintahkannya untuk membayar sepuluh keping wang untuk al-Rumi tersebut setiap hari sepanjang hidupnya, sebagai ganti rugi atas kerugian besar yang ditanggungnya. Tetapi Sultan Muhammad al-Fateh memutuskan untuk memberikannya dua kali ganda iaitu dua puluh keping wang setiap hari, sebagai ungkapan kegembiraannya atas pembebasannya daripada hukuman qisas tersebut, dan juga sebagai tanda penyesalannya.
(Rawaie’ min al-Tarikh al-Uthmani)

Keadilan Islam tidak kira siapa kamu dan apapun kedudukan kamu. Maka, berlaku adillah pada semua manusia tanpa khianat dengan amanah yang diberikan.
08 Muharram 1446H
14 Julai 2024M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Belajarlah bahasa arab, bahasa Al Quran ....

وَإِنَّهُ لَتَنزِيلُ رَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿١٩٢﴾ نَزَلَ بِهِ الرُّوحُ الْأَمِينُ ﴿١٩٣﴾ عَلَىٰ قَلْبِكَ لِتَكُونَ مِنَ الْمُنذِرِينَ ﴿١٩٤﴾ بِلِسَانٍ عَرَبِيٍّ مُّبِينٍ ﴿١٩٥﴾

Dan sesungguhnya Al Quran ini benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam,(192) dia dibawa turun oleh Ar-Ruh Al-Amin (Jibril),(193) ke dalam hatimu (Muhammad) agar kamu menjadi salah seorang di antara orang-orang yang memberi peringatan,(194) dengan bahasa Arab yang jelas (195)
(As Syu’ara: 192-195)

وَكَذَٰلِكَ أَنزَلْنَاهُ قُرْآنًا عَرَبِيًّا وَصَرَّفْنَا فِيهِ مِنَ الْوَعِيدِ لَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ أَوْ يُحْدِثُ لَهُمْ ذِكْرًا ﴿طه: ١١٣﴾

Dan demikianlah Kami menurunkan Al Quran dalam bahasa Arab, dan Kami telah menerangkan dengan berulang kali, di dalamnya sebahagian dari ancaman, agar mereka bertakwa atau (agar) Al Quran itu menimbulkan pengajaran bagi mereka.
(Taha: 113)

إِنَّا أَنزلْنَاهُ قُرْآنًا عَرَبِيًّا لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ

“Sesungguhnya Kami
menurunkannya berupa Al Quran dengan berbahasa Arab, agar kamu memahaminya.”
(Yusuf: 2)

Ibnu Katsir dalam menjelaskan Surah Yusuf ayat kedua menyatakan,

لأن لغة العرب أفصح اللغات وأبينها وأوسعها، وأكثرها تأدية للمعاني التي تقوم بالنفوس

“Kerana bahasa Arab adalah bahasa yang paling fasih, paling jelas, paling luas (kosa katanya), dan paling banyak mengandung makna yang mententramkan jiwa.”

Ibnu Katsir rahimahullah juga menyatakan,

فلهذا أنزلَ أشرف الكتب بأشرف اللغات، على أشرف الرسل، بسفارة أشرف الملائكة، وكان ذلك في أشرف بقاع الأرض، وابتدئ إنزاله في أشرف شهور السنة وهو رمضان، فكمل من كل الوجوه

“Kerana Al-Quran adalah kitab yang paling mulia, diturunkan dengan bahasa yang paling mulia, diajarkan pada Rasul yang paling mulia, disampaikan oleh malaikat yang paling mulia, diturunkan di tempat yang paling mulia di muka bumi, diturunkan pula di bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan. Dari berbagai sisi itu, kita boleh menilai bagaimanakah mulianya kitab suci Al-Quran.”

Para ulamak Salafush Saleh rahimahumullah memandang pentingnya bahasa Arab sebagai alat untuk memahami apa yang difirmankan Allah Subhanahu wa Ta’ala dan sabda Rasulullah SAW.

‘Umar bin Al-Khaththab radhiyallahu ‘anhu pernah mengatakan,

‎تعلَّموا العربيةَ؛ فإنَّها من دينِكم

“Pelajarilah bahasa Arab, kerana sesungguhnya bahasa Arab itu termasuk bagian dari agama kamu”

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah menjelaskan,

فإنَّ نفسَ اللغة العربية من الدِّين، ومعرفتها فرضٌ واجب؛ فإن فهم الكتاب والسنة فرض، ولا يفهم إلا بفهمِ اللغة العربية، وما لا يتمُّ الواجب إلا به فهو واجب، ثم منها ما هو واجبٌ على الأعيان، ومنها ما هو واجبٌ على الكفاية

“Bahasa Arab itu termasuk bahagian agama (Islam), dan mengetahuinya hukumnya wajib, kerana sesungguhnya memahami Al-Kitab dan As-Sunnah itu adalah perkara yang wajib, dan tidaklah dapat difahami kecuali dengan memahami bahasa Arab, dan suatu kewajiban tidak boleh terlaksana kecuali dengan sesuatu, maka hukumnya juga jadi wajib.”

Di antara (hukum mempelajari) bahasa Arab itu ada yang fardhu ain, dan ada pula yang fardhu kifayah”.
(Iqtidha` Ash-Shirath Al-Mustaqim)

As-Suyuthi rahimahullah menegaskan,

ولا شكَّ أنَّ علم اللغة من الدين؛ لأنه من الفروضِ الكفايات، وبه تُعرفُ معاني ألفاظ القرآن والسنة

“Tiada keraguan sedikit pun bahwa ilmu bahasa Arab termasuk bagian dari agama Islam, kerana mempelajarinya termasuk fardhu kifayah, dan dengannya dapat diketahui makna lafaz-lafaz Al-Quran dan As-Sunnah”.
(Al-Muzhir)

Justeru, jom belajar bahasa arab...

~ Abu Imtiyaz ~
Muhasabah malam ini

Kita lupa merenung, bagaimana jikalau kita tidur malam ini dan esok tidak akan bangun lagi.

Dan sampai mana dan berapa banyak bekalan dan persiapan kita untuk menghadap Allah.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
10 Muharram Adalah Hari Yang Mulia Dalam Islam.

▪️Puasa Tasu'a (9 Muharam)

Sabda Nabi ﷺ:

لَئِنْ عِشْتُ  إِلَیٰ قَابِلٍ لَأَصُوْمَنَّ يَوْمَ التَّاسِعِ (رواه مسلم)

Artinya: "Jika seandainya aku hidup sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada hari kesembilan (9 Muharram) (HR Muslim)

▪️Puasa Asyura (10 Muharam)

Sabda Nabi ﷺ:

صِيَامُ يَوْمِ عَاشُوْرَاءَ إِنِّيْ أَحْتَسِبُ عَلَی اللِّٰهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِيْ قَبْلَهُ . (رواه مسلم)

Artinya: Puasa pada hari Asyura (10 Muharram), sesungguhnya aku berharap kepada Allah agar dijadikan sebagai penghapus dosa setahun sebelumnya. (HR Muslim)

▪️Puasa kesebelas (11 Muharram)

Sabda Nabi ﷺ

صُوْمُوْا يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ ، وَخَا لِفُوْا الْيَهُوْدَ ، وَصُوْمُوْا يَوْماً قَبْلَهُ وَيَوْماً بَعْدَهُ (رواه أحمد)

Artinya: "Berpuasalah kalian pada hari Asyura (10 Muharram), dan tentanglah adat orang yahudi, dan berpuasalah sehari sebelumnya (9 Muharram) dan sehari setelahnya (11 Muharram) (HR Ahmad)

▪️ Tingakatan Puasa pada hari Asyura ( 10 Muharram )

1. Tingkatan paling RENDAH: Hanya berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram)

2. Tingkatan PERTENGAHAN: Puasa 2 hari. ( Tasu'a 9 Muharram dan Asyura 10 Muharram)

3. Tingkatan paling TINGGI: Puasa 3 hari. (9, 10 dan 11 dibulan Muharram)

Kitab: Amalan Salafus Sholeh pada waktu-waktu yang mulia dalam masa setahun.

Karya: Sayyid Muhammad Amin bin Idrus bin Abdullah bin Umar bin Syekh Abu Bakar bin Salim Ba'Alawi Al-Husaini

14 Julai 2024M
8 Muharram 1446H
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Berpuasa Hari Asyura Tanda Kecintaan Kepada Rasul

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ وَالْيَهُودُ تَصُومُ عَاشُورَاءَ فَقَالُوا هَذَا يَوْمٌ ظَهَرَ فِيهِ مُوسَى عَلَى فِرْعَوْنَ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِأَصْحَابِهِ أَنْتُمْ أَحَقُّ بِمُوسَى مِنْهُمْ فَصُومُوا

Daripada  Ibnu 'Abbas RA dia berkata; "Ketika Rasulullah SAW  tiba di Madinah, baginda melihat kaum Yahudi berpuasa pada hari Asyura` (10 muharam), mereka berkata; "Lebih tepatnya pada hari Musa mengalahkan Firaun. Maka Rasulullah SAW bersabda kepada para sahabatnya: "Kalian lebih berhak terhadap Musa daripada mereka, maka berpuasalah." (HR Bukhari No: 4312) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Ibadat Puasa adalah antara syariat yang diwajibkan keatas umat terdahulu. Puasa Hari Asyura (10 muharam) adalah antara syariat Nabi Musa sebagai tanda bersyukur diselamatkan dari Firaun dan tenteranya.

2.  Rasulullah SAW berpuasa pada hari Asyura sejak sebelum kewajipan berpuasa Ramadan dan mengajak para sahabat juga berpuasa.

3.  Kita sebagai umat Islam lebih wajar menunjukkan tanda kecintaan kepada para Rasul termasuk kepada Nabi Allah Musa AS. Antara tanda kecintaan itu dengan berpuasa pada hari Nabi Allah Musa AS mengalahkan Firaun dan tenteranya yang ditenggelamkan di laut Merah.

Moga Allah sentiasa menjadikan kita orang yang cinta dan kasih kepada para RasulNya. SELAMAT BERPUASA sunat di bulan Muharam.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

15hb Julai 2024
09hb Muharram 1446H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Amal soleh

فَإِذَا فَرَغۡتَ فَٱنصَبۡ

"Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain)".
(Ash-Sharḥ: 7)

Apabila seseorang itu selesai melakukan amal soleh maka teruskan dengan melakukan amal soleh yang seterusnya.

Contohilah baginda Rasulullah SAW. Selepas Nabi SAW selesai menjalankan kerja dakwah di siang hari, malamnya baginda SAW akan mengadap Allah di malam hari. Hal ini sudah termasuk dalam tugasan rutin baginda SAW.

Kalimah فَرَغ bermaksud lega atau selesai dari sesuatu tugas, apabila telah selesai menjalankan tugas maka lakukan tugasan yang lain pula.

Manakala kalimah نصَب bermaksud mempasak diri, memenatkan diri. Dan beginilah yang dilakukan oleh baginda SAW dalam solat malam baginda, sehinggakan disebut dalam riwayat bagaimana kaki baginda SAW bengkak kerana melakukan ibadah malam.

Maksud ayat ini, apabila seseorang itu telah selesai menjalankan kerja dakwah, maka beribadahlah kepada Allah. Dalam hal kita, apabila kita telah selesai kerja-kerja keduniaan kita, maka bersiaplah untuk beribadat kepada Allah SWT.

Namun, janganlah sibuk sangat dengan kerja-kerja dunia sehingga tidak ada masa langsung untuk beribadah. Ramai yang tidak kisah menghabiskan masa dengan kerja, dengan ahli keluarga, dengan sukan, dengan kawan-kawan dan dengan gajet, namun tidak diluangkan masa untuk bermunajat kepada Allah SWT. Ini pasti merugikan dan menjadi sebab penyesalan.

Ayat ini mengajar kita untuk seimbangkan kehidupan kita dalam menghayati agama Islam dan pastikan perjalanan hidup kita sentiasa dihiasi dengan amal soleh. Setiap kali selesai solat pastikan disusuli dengan zikir dan doa. Dan begitulah seterusnya.

Sempena 10 Muharram, umat Islam digalakkan untuk berpuasa sunat sempena hari Asyura. Kita juga digalakkan untuk berbelanja atau menggembirakan ahli keluarga pada Hari Asyura.

Berkata al-Imam al-Hattab al-Maliki:
“Seharusnya bagi seseorang itu melapangkan (memudahkan urusan atau menggembirakan) ahli keluarganya pada malam atau siang Hari Asyura.
(Mawahib al-Jalil)

Manakala al-Imam al-Bhuti menukilkan pandangan al-Imam Ahmad dan Sufyan Ibn ‘Uyainah yang menyebutkan:

“Kami telah melakukannya (berbelanja dan menggembirakan ahli keluarga) selama 50 tahun atau 60 tahun, kami tidak melihatnya melainkan kebaikan".
(Kasyyaf al-Qina’ ‘An Matn al-Iqna’)

Manfaatkan hari Asyura ini dengan berpuasa, bersedekah, membaca al-Quran, berzikir, berdoa, berselawat, beristighfar, mengajak orang lain kepada kebaikan dan menggembirakan mereka yang berada disekeliling kita. Pastikan setiap saat yang berlalu dipenuhi dengan amal soleh!
09 Muharram 1446H
15 Julai 2024M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Seorang yang suka memfitnah, mengadu domba, mengumpat dan mencerca manusia, walaupun terhadap saudaranya sendiri. Tidak akan merasa berdosa dengan perilakunya kerana ia merasa bangga dengan dirinya.

Seorang yang sering difitnah, diadu domba, diumpat dan dicerca manusia, walaupun oleh saudaranya sendiri. Dia tidak berdosa bahkan mendapat pahala dan kedudukan yang tinggi di sisi Allah 'azza wa jalla bilamana ia sabar, tabah, tetap pendirian dan meyakini bahawa itu semua hanyalah ujian daripadaNya.

Ghibah atau gosip perbuatan tercela...

عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَتَدْرُونَ مَا الْغِيبَةُ قَالُوا اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قَالَ ذِكْرُكَ أَخَاكَ بِمَا يَكْرَهُ قِيلَ أَفَرَأَيْتَ إِنْ كَانَ فِي أَخِي مَا أَقُولُ قَالَ إِنْ كَانَ فِيهِ مَا تَقُولُ فَقَدْ اغْتَبْتَهُ وَإِنْ لَمْ يَكُنْ فِيهِ فَقَدْ بَهَتَّهُ

Daripada Abu Hurairah RA bahwa Rasulullah SAW pernah bertanya: "Tahukah kamu, apakah ghibah (mengumpat) itu?" Para sahabat menjawab; Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Engkau menyebut sesuatu mengenai saudara kamu dengan perkara yang tidak disukainya." Baginda ditanya lagi, "Bagaimana pendapatmu jika apa yang ada pada saudaraku sesuai dengan yang aku katakan?" Baginda menjawab: "Jika apa yang engkau katakan itu memang benar-benar ada padanya maka engkau telah berbuat ghibah (mengumpat), namun jika tidak benar, maka engkau telah memfitnahnya."
(Hadith Riwayat Muslim)

Jangan kita dari kalangan yang suka mencaci dan menyebarkan fitnah...

هَمَّازٍ مَشَّاءٍ بِنَمِيمٍ

"Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai)".
(Al-Qalam: 11)

عن أبي هريرة رضي الله عنه ، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
لا تحاسدوا ، ولا تناجشوا ، ولا تباغضوا ، ولا تدابروا ، ولا يبع بعضكم على بيع بعض ، وكونوا عباد الله إخوانا ، المسلم أخو المسلم ، لا يظلمه ، ولا يخذله ، ولا يكذبه ، ولا يحقره ، التقوى هاهنا - ويشير إلى صدره ثلاث مرات - بحسب امرئ من الشر أن يحقر أخاه المسلم ، كل المسلم على المسلم حرام : دمه وماله وعرضه

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda:
"Jangan dengki-mendengki, jangan tawar-menawar untuk mengelirukan orang lain, jangan benci-membenci, jangan pulau-memulau dan jangan kamu membeli barang yang telah dibeli oleh orang lain. Jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Orang Islam adalah bersaudara dengan orang Islam yang lain. Tidak boleh menzalimi, merendah-rendah dan menghinanya. Taqwa adalah di sini, nabi mengisyarat tiga kali. Cukup seseorang itu dianggap jahat sekiranya dia menghina saudaranya sesama Islam. Setiap orang Islam ke atas orang Islam diharamkan darahnya, hartanya dan maruahnya (hak kemuliaannya)".
(Hadith Riwayat Muslim)

إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَنْ تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۚ

"Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat"
(An-Nur: 19)

إِنَّ شَرَّ النَّاسِ مَنْزِلَةً عِنْدَ اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَنْ وَدَعَهُ أَوْ تَرَكَهُ النَّاسُ اتِّقَاءَ فُحْشِهِ

Sesungguhnya orang yang kedudukannya paling buruk di sisi Allah pada hari kiamat kelak ialah orang yang dijauhi atau ditinggalkan orang lain karena mereka takut akan kejahatannya.
(Hadith Riwayat Muslim)

Muslim yang sempurna adalah seorang yang sentiasa sejahtera kepada orang Islam lain (sentiasa selamat dari gangguan lisan dan tangannya seperti umpatan, fitnah, adu domba dan lain-lain).

Justeru, jadilah mukmin yang bersaudara dan berjamaah...

~ Abu Imtiyaz ~
Muhasabah malam ini

Kematian adalah perkara yang paling jauh dalam fikiran kita,

Tetapi sebenarnya ia yang lebih dekat dari segala hal yang dekat dengan kita.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
*PUASA SUNNAH BULAN MUHARRAM 1446H / 2024M*

*9 Muharram 1446 H (Puasa Tasu'a): Isnin, 15 Julai 2024*

*10 Muharram 1446 H (Puasa Asyura): Selasa, 16 Julai 2024*

*11 Muharram 1446 H (Puasa Selepas Asyura): Rabu, 17 Julai 2024*

*12 Muharram 1446 H (Puasa hari Khamis): Khamis 18 Julai 2024*

*13 Muharram 1446 H (Puasa Ayyamul Bidh): Jumat, 19 Julai 2024*

*14 Muharram 1446 H (Puasa Ayyamul Bidh): Sabtu, 20 Julai 2024*

*15 Muharram 1446 H (Puasa Ayyamul Bidh): Ahad, 21 Julai 2024*

*16 Muharram 1446 H (Puasa Hari Isnin): Isnin 22 Julai 2024*

*19 Muharram 1446 H (Puasa Hari Khamis) 25 Julai 2024*

*23 Muharram1446 H (Puasa Hari Isnin) 29 Julai 2024*

*26 Muharram 1446 H (Puasa Hari Khamis) 1 Ogos 2024*