MEKANIK IMAN.
331 subscribers
1.84K photos
529 videos
99 files
4.21K links
Bismillahirrahmanirrahim...

Jom perbaiki Iman dan Amal kita yang merupakan kunci dan bekalan kita di akhirat.

Jom join Group Soal Jawab Fiqh di sini
👉 https://t.me/+FdV3VML4jH4xOWY9

Semoga bermanfaat buat semua. Aamiin
Download Telegram
Waktu Doa Mustajab Hari Arafah.
Sebaik - baik Doa di Hari Arafah.
Doa Arafah 1443H-1.pdf
3.2 MB
Himpunan Doa Hari Arafah.
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Sembelihan Korban Selepas Solat Sunat Hari Raya

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ ذَبَحَ قَبْلَ الصَّلَاةِ فَإِنَّمَا ذَبَحَ لِنَفْسِهِ وَمَنْ ذَبَحَ بَعْدَ الصَّلَاةِ فَقَدْ تَمَّ نُسُكُهُ وَأَصَابَ سُنَّةَ الْمُسْلِمِينَ

Daripada Anas bin Malik RA, dia berkata; Nabi SAW bersabda: Barang siapa menyembelih (binatang korban) sebelum solat (Eid), maka ia menyembelih untuk dirinya sendiri, dan barang siapa menyembelih setelah solat (Eid), maka ibadah korbannya telah sempurna dan bertindak sesuai dengan sunnah kaum Muslimin." (HR Bukhari No: 5120) Status : Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Penyembelihan korban adalah amal yang lebih disukai Allah pada Hari Raya Eidul Adha dan hari-hari tasyrik (11, 12 & 13 Zulhijjah) daripada setiap Muslim yang berkemampuan.

2.Mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban hendaklah melakukan sembelihan selepas solat sunat Eidul Adha.

3.Sembelihan Korban yang dilaksanakan sebelum solat sunat hari raya tidak menjadi ibadat korban, malah hanya akan menjadi sembelihan untuk makan biasa. 

4.Justeru itu, laksanakanlah ibadah korban dengan memastikan waktu sembelihan selepas solat sunat Eidul Adha pada 10hb Zulhijjah sehingga hari tasyrik terakhir 13hb sebelum waktu maghrib.

5.Laksanakan korban dengan binatang yang terbaik berdasarkan kemampuan kewangan di samping cara penyembelihan dan pengagihan daging yang sempurna.

Berusahalah melakukan sembelihan korban pada waktu yang ditetapkan di samping dilaksanakan dengan sempurna dengan mengambil kira SOP yang ditetapkan di satu-satu kawasan. Moga Allah menerima amal ibadah korban kita.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

16hb Jun 2024
09hb Zulhijjah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Haji

وَلِلَّـهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا

"Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya".
(Ali Imran: 97)

Habib Hasan bin Ahmad al-Kaff menyatakan, para ulama' telah bersepakat bahawa hukum mengerjakan ibadah haji adalah fardhu ain. Dalam erti kata lain, jika ia adalah hajjah al-Islam (haji kali pertama) dan memenuhi syarat-syarat wajib untuk mengerjakan haji, maka ia adalah fardhu ain ke atasnya. Syarat-syarat tersebut ialah Islam, mumayyiz, baligh, merdeka dan istita‘ah (berkemampuan.
(al-Taqrirat al-Sadidah)

Saat ini kita berada di musim haji. Jutaan umat Islam telah berkumpul untuk menunaikan ibadah haji di bumi Mekah al-Mukarramah.

Tanggal 9 Zulhijjah, merupakan hari Arafah. Apa itu hari Arafah dan apa kelebihannya?

1) Hari Arafah adalah hari raya buat umat Islam. Daripada Sayidina Uqbah bin Amir r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
 
يَوْمُ عَرَفَةَ، وَيَوْمُ النَّحْرِ، وَأَيَّامُ التَّشْرِيقِ عِيدُنَا أَهْلَ الْإِسْلَامِ، وَهِيَ أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ

"Hari Arafah, hari Korban serta hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah) adalah hari raya kita orang Islam dan ia adalah hari makan dan minum".
(Hadith Riwayat Abu Daud, at-Tirmidzi dan al-Nasa’ie)

2) Hari Arafah adalah rukun daripada haji. Daripada Sayidina Abdulrahman bin Ya’mur r.a, bahawa Nabi SAW bersabda:
 
الحَجُّ عَرَفَةُ

"Haji adalah Arafah".
(Hadith Riwayat at-Tirmidzi)

3) Hari kebesaran untuk berdoa. Daripada Sayidina Abdullah bin ‘Amr r.a bahawa Nabi SAW bersabda:

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ

"Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah".
(Hadith Riwayat at-Tirmidzi)

Bersempena hari Arafah, umat Islam digalakkan berpuasa sunat pada hari tersebut dan dijanjikan ganjaran penghapusan dosa setahun sebelum dan setahun selepas.
 
Daripada Sayidina Abi Qatadah r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda, apabila ditanya tentang puasa pada hari Arafah. Sabda Nabi SAW:
 
يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ

"Puasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang".
(Hadith Riwayat Muslim)

Imam an-Nawawi berkata:
"Puasa pada hari ‘Arafah, aku berharap kepada Allah agar menghapuskan (dengannya) dosa-dosa pada tahun lalu dan tahun yang akan datang, bermaksud menghapuskan dosa-dosa bagi orang yang berpuasa pada hari itu selama dua tahun. Mereka (para ulamak) berkata: Maksudnya adalah menghapus dosa-dosa kecil".
(Syarh an-Nawawi ‘ala Sahih Muslim)

Hari Arafah adalah satu hari yang istimewa dalam bulan Zulhijjah yang memiliki pelbagai kelebihan. Oleh itu, kita sebagai umat Islam haruslah merebut peluang dan kesempatan ini untuk beramal soleh agar kita tidak termasuk dalam kalangan orang-orang yang rugi.
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
Selamat Hari Raya Eidul Adha 1445H

Jika kita belum mampu menyembelih binatang Qurban, maka sembelihlah sifat sombong dalam diri kita

Jika kita belum mampu melempar di Jamrah Aqabah, maka lemparlah sifat kebencian dan egoisme dalam hati kita

Jika kita belum mampu mengelilingi kabah, maka kelilingilah sanak saudara, jiran tetangga, dan sahabat handai untuk menjalin ukhuwah dan silaturrahim.

Sebahagian salaf menyebut:

ليس العيد لمن لبس الجديد ، إنما العيد لمن طاعاته تزيد

ليس العيد لمن تجمل باللباس و الركوب ، إنما العيد لمن غفرت له الذنوب

Bukanlah hari raya itu pada orang yang memakai pakaian baru, tetapi sebenarnya hari raya itu adalah bagi orang yang ketaatannya bertambah.

Bukanlah hari raya itu bagi orang yang kelihatan cantik pada pakaian dan kenderaan, tetapi hari raya itu sebenarnya adalah bagi orang yang telah diampunkan baginya segala dosa.

Imam Hasan Al-Basri rahimahullah  berkata;

كل يوم لا يُعصى الله فيه فهو عيد

Setiap hari yang padanya tidak dilakukan derhaka kepada Allah maka ia adalah hari raya.

Selamat Menyambut Hari Raya Eiduladha buat seluruh Muslimin dan Muslimat. Semoga segala pengorbanan yang kita lakukan diterima Allah SWT dan menjadikan kita lebih dekat kepada-Nya.

تَقَبَلَ اللّٰهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
كُلُّ عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ

Ikhlas dari Dr Ajmain Safar
Selamat Hari Raya Aidiladha 1445 Hijriah buat semua..

Semoga segala pengorbanan kita di terima di sisi Allah SWT..

Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal Alamiin...

#MekanikIman
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Tempoh Makan Daging Korban

عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَابِسٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ قُلْتُ لِعَائِشَةَ أَنَهَى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ تُؤْكَلَ لُحُومُ الْأَضَاحِيِّ فَوْقَ ثَلَاثٍ قَالَتْ مَا فَعَلَهُ إِلَّا فِي عَامٍ جَاعَ النَّاسُ فِيهِ فَأَرَادَ أَنْ يُطْعِمَ الْغَنِيُّ الْفَقِيرَ وَإِنْ كُنَّا لَنَرْفَعُ الْكُرَاعَ فَنَأْكُلُهُ بَعْدَ خَمْسَ عَشْرَةَ قِيلَ مَا اضْطَرَّكُمْ إِلَيْهِ فَضَحِكَتْ قَالَتْ مَا شَبِعَ آلُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ خُبْزِ بُرٍّ مَأْدُومٍ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ حَتَّى لَحِقَ بِاللَّه

Daripada 'Abdurrahman bin Abis dari Bapanya ia berkata; "Aku bertanya kepada Aisyah; 'Apakah Nabi SAW melarang untuk makan daging sembelihan hari raya Adha lebih dari tiga hari? ' Aisyah menjawab; "Baginda tidak melakukan itu kecuali pada tahun kesulitan (manusia kelaparan), sehingga baginda berharap orang kaya memberi makan kepada yang miskin. Dan sungguh, kami boleh makan daging kambing setelah lima belas hari." Lalu dikatakan; 'Apa yang mendorong kalian melakukan itu? ' Aisyah tertawa, lalu ia berkata; 'Keluarga Muhammad SAW tidak pernah merasa kenyang kerana makan roti atau gandum lebih dari tiga hari hingga baginda bertemu dengan Allah.' (HR Bukhari No: 5003) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Daging korban sebahagian untuk disedekahkan dan 1/3 boleh diambil untuk dimasak dan dimakan serta boleh juga disimpan

2.Daging korban boleh disimpan lebih dari 3 hari tasyriq (tiada batas maksimum). Ia merupakan pendapat majoriti ulama dari kalangan sahabat, tabi’in serta empat imam mazhab.

3.Rasulullah SAW tidak berlebihan dalam bab makan, hingga boleh berjimat memakan daging korban secara berdikit dalam tempoh yang agak lama.

4.Orang mukmin makannya apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Elakkan berlebihan dalam makan dan minum. Seperti dalam hadis lain:

بِحَسْبِ ابْنِ آدَمَ أُكُلَاتٌ يُقِمْنَ صُلْبَهُ، فَإِنْ كَانَ لَا مَحَالَةَ فَثُلُثٌ لِطَعَامِهِ وَثُلُثٌ لِشَرَابِهِ وَثُلُثٌ لِنَفَسِه

“Cukuplah bagi anak keturunan Adam agar makan sekadar untuk menegakkan tulang sulbinya (tulang punggung). Melainkan jika ia tidak dapat mengelak, maka isilah 1/3 untuk makanannya, 1/3 untuk minumannya, dan 1/3 untuk nafasnya.” (HR Tirmidzi No: 2380)

Semoga kita bersifat RAHMAH dengan mengagihkan bahagian korban sebaiknya dan tidak berlebihan dalam makan dan minum.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

17hb Jun 2024
10hb Zulhijjah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Mengingati Neraka

عن النعمان بن بشير  رضي الله عنهما  قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم  يقول
أَنْذَرْتُكُمُ النَّارَ أَنْذَرْتُكُمُ النَّارَ" فَمَا زَالَ يَقُولُهَا حَتَّى لَوْ كَانَ فِي مَقَامِي هَذَا سَمِعَهُ أَهْلُ السُّوقِ وَحَتَّى سَقَطَتْ خَمِيصَةٌ كَانَتْ عَلَيْهِ عِنْدَ رِجْلَيْهِ

Daripada Nu’man bin Basyir RA katanya: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW berkhutbah dengan berkata: “Aku berikan peringatan kepada kamu semua akan neraka, Aku berikan peringatan kepada kamu semua akan neraka.” Sentiasalah baginda mengulanginya sehingga seandainya baginda berada di kedudukan aku ini, orang-orang yang berada di (hujung) pasar akan mendengarnya. (baginda mengulangi ungkapan tersebut) sehingga kain baginda yang berada di atas bahu terjatuh ke kaki baginda tanpa disedari.” (HR Tirmizi No: 5687) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Neraka adalah suatu tempat yang menggerunkan. Kawasannya bersangatan dalam. Azab yang disediakan di dalamnya berbentuk kepanasan yang melampau dan membakar. Cemeti-cemetinya diperbuat daripada besi.

2.  Nabi SAW sering memberikan peringatan tentang neraka. Bersungguhnya baginda dalam memberi peringatan itu sehingga baginda meninggikan suara dan mengulang beberapa kali.

3. Kita diperintahkan untuk sentiasa mengingati hari pembalasan. Seperti pesan saidina Umar:

أَكْثِرُوا ذِكْرَ النَّارِ فَإِنَّ حَرَّهَا شَدِيدٌ وَإِنَّ قَعْرَهَا بَعِيدٌ وَإِنَّ مَقَامِعَهَا حَدِيدٌ

“Perbanyakkanlah mengingati neraka. Sesungguhnya kepanasannya bersangatan, lantainya amat dalam dan cemeti-cemetinya adalah besi.”

4.  Dalam berdakwah, hendaklah digabungkan unsur-unsur memberi khabar gembira tentang syurga dan khabar ancaman dengan neraka. Agar ada dorongan melakukan kebaikan kerana mengharapkan syurga dan berusaha menjauhi dosa kerana gerunkan azab neraka.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

18hb Jun 2024
11hb Zulhijjah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Korban

وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ ابْنَيْ آدَمَ بِالْحَقِّ إِذْ قَرَّبَا قُرْبَانًا فَتُقُبِّلَ مِنْ أَحَدِهِمَا وَلَمْ يُتَقَبَّلْ مِنَ الْآخَرِ قَالَ لَأَقْتُلَنَّكَ ۖ قَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللَّهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ

"Dan bacakanlah ke atas mereka itu berkenaan berita dua anak Nabi Adam dengan kebenaran, ketika mana keduanya melaksanakan ibadah korban, lalu diterima korban salah seorangnya dan tidak diterima korban yang satu lagi. (Qabil) berkata: Nescaya aku akan membunuh kamu. Sesungguhnya Allah hanya menerima dari kalangan orang yang bertakwa".
(al-Maidah: 27)

Berdasarkan ayat di atas, jelas menunjukkan bahawa perbuatan korban ada dinyatakan di dalam al-Quran. Sekiranya kita melihat kepada tafsiran para ulama' terhadap ayat ini, ia sebagaimana yang disebutkan oleh Imam al-Hafiz Ibn Kathir rahimahullah daripada Abdullah bin ‘Amru bin Al-‘Ash r.a beliau berkata: "Sesungguhnya dua anak Adam yang melaksanakan korban lalu diterima korban salah seorang dari mereka dan tidak diterima korban dari yang satu lagi. Salah seorangnya (Qabil) adalah merupakan pemilik kebun dan yang satu lagi merupakan pemilik kambing. Keduanya diperintahkan untuk melakukan korban. Pemilik kambing mempersembahkan kambing paling bernilai, paling gemuk, dan yang terbaik yang dimilikinya. Manakala pemilik kebun mempersembahkan hasil tanamannya yang paling buruk dan tidak elok. Lalu Allah SWT menerima korban pemilik kambing dan tidak menerima korban pemilik kebun tersebut.
(Tafsir al-Quran al-Azhim)

Hari raya hari bahagia, riang gembira. Hari Raya Qurban merupakan hari kemenangan dan kegembiraan. Allah limpahkan perasaan itu di dalam hati hamba-hambaNya yang beriman, yang sabar, tabah dan berterusan dalam perjuangan.

Hari Raya Korban adalah hari di mana kita belajar makna penebusan dan pengorbanan. Maka alangkah bahagianya mereka yang menghulur dan memberi, yang berbelanja dan berkorban, yang mengharap ganjaran dan keredhaan Tuhan. Mereka itulah orang yang paling layak untuk bergembira. Mereka itulah yang paling besar ganjarannya.

Allah SWT takdirkan sebahagian kita bergembira pada hari raya dengan bertemu orang-orang tersayang dari kalangan ahli dunia, iaitu kaum kerabat serta sahabat-sahabat. Sebahagian yang lain terutama di bumi Palestin, Allah anugerahkan mereka kegembiraan terpilih sebagai syuhada' yang mulia dan terpilih. Itulah nilai pengorbanan demi mendapat sesuatu yang membahagiakan.

Setiap umat Islam diseru untuk berusaha sedaya upaya mengambil kesempatan melaksanakan ibadah qurban ini yang hanya berlaku sekali dalam setahun dan mengambil iktibar untuk menjadi muslim yang soleh.

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنۡحَرۡ

"Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur)".
(al-Kawthar: 2)

Semoga amalan korban kita diterima disisi Allah SWT, aamiiin...
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Permudahkan Jangan Menyukarkan

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلِّمُوا وَيَسِّرُوا وَلَا تُعَسِّرُوا وَإِذَا غَضِبْتَ فَاسْكُتْ وَإِذَا غَضِبْتَ فَاسْكُتْ وَإِذَا غَضِبْتَ فَاسْكُتْ

Daripada Ibnu Abbas, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "hendaklah kalian mengajar, mempermudah dan jangan mempersulit. Bila engkau marah maka diamlah. Bila engkau marah maka diamlah. Bila engkau marah maka diamlah." (HR Ahmad No: 2556) Status Isnad Sahih

Pengajaran:

1.  Berusahalah setiap kita menjadi guru, pendakwah, pendidik bagi menyampaikan ilmu untuk membimbing orang lain menjadi insan solleh.

2.  Dalam membimbing, kita perlu mempermudahkan orang yang dibimbing dan dinasihati agar mereka dapat memahami dan beramal dengannya.

3.  Sebagai guru dan penasihat, kita akan berhadapan dengan pelbagai karenah dan perangai anak murid atau orang yang kita sampaikan dan nasihati. Kesabaran adalah perlu ketika berhadapan dengan pelbagai ujian dan perangai murid.

4.  Rasulullah SAW mengulang tiga kali agar kita "DIAM" jika kita marah. Sebarang tindak balas akibat dari marah akan memudaratkan kita dan orang lain.

Ayuh menjadi orang yang memudahkan orang lain, sentiasa bersabar menghadapi orang lain.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

19hb Jun 2024
12hb Zulhijjah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Korban

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ

"Maka dirikanlah sembahyang kerana Tuhanmu dan berkorbanlah (sebagai bersyukur)".
(al-Kawthar: 2)

Maksud ‘berkorbanlah’ di dalam ayat di atas mengikut pendapat yang paling sahih ialah mengorbankan atau menyembelih binatang-binatang korban. Hal ini sepertimana yang disebut di dalam tafsir Imam Ibn Kathir:" "Yang benar bahawa yang dimaksudkan dengan al-Nahr adalah menyembelih korban, iaitu menyembelih unta dan sejenisnya".
(Tafsir al-Quran al-‘Azim)

Bagi peserta korban, adalah disunatkan untuk memakan sebahagian daripada daging korban sunat yang dilakukan.

فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ

"Dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin".
(al-Hajj: 28)

Terdapat juga hadith yang diriwayatkan oleh Sayidina Jabir r.a, bahawa Baginda SAW telah melakukan korban dan memakan daging korban.

فَنَحَرَ ثَلَاثًا وَسِتَّينَ بَدَنَةً بِيَدِهِ ثُمَّ أَعْطَى عَلِيًّا فَنَحَرَ مَا غَبَرَ وَأَشْرَكَهُ فِي هَدْيِهِ ثُمَّ أَمَرَ مِنْ كُلِّ بَدَنة بِبَضْعَةٍ فَجَعَلَتْ فِي قِدرٍ فَطَبَخَتْ فَأَكَلَا مِن لَحْمِهَا وَشُرْبَا مِن مَرْقِهَا

“Baginda SAW menyembelih 63 ekor unta dengan tangannya, kemudian Baginda SAW memberikan kepada Ali untuk menyembelih haiwan yang berbaki. Lalu Baginda SAW menyuruh supaya bagi setiap satu unta itu dibahagikan kepada beberapa orang. Kemudian dimasukkan ke dalam periuk lalu dimasak. Setelah itu mereka berdua makan dagingnya dan minum kuahnya".
(Hadith Riwayat Muslim)

Al-Sheikh Muhammad Bin Ahmad al-Syathiri di dalam kitab Syarh al-Yaqut al-Nafis, mengatakan bahawa:

وَالأَفْضَلُ فِي الضَحِيَّةِ المَسْنُونَةِ : أَن يَتَصَدَّقَ بِأَكْثَرِهَا وَيَبْقَى لَهُ قَلِيلًا للبَرَكَةِ

"Adapun yang afdhal bagi pembahagian sembelihan korban yang sunat ialah dengan memberi sedekah sebahagian besar daripadanya dan meninggalkan sedikit untuk dimakan sebagai mengambil berkat daripadanya".

Namun, bagaimana pula dengan sisa tulang yang telah selesai dimakan. Adakah perlu di buang atau ditanam?

Sisa tulang dari daging korban yang telah dimasak tidak mempunyai keistimewaan khusus. Ia sebenarnya hanya seperti tulang-tulang dan sisa-sisa lain. Oleh itu, tidak menjadi kewajipan untuk menanam atau melakukan apa-apa tindakan khusus terhadap tulang tersebut selain daripada apa yang biasanya dilakukan terhadap sisa-sisa lain. Namun, adalah lebih baik jika sisa tulang tersebut ditanam sekiranya tidak dimanfaatkan, bagi menjaga kebersihan disamping ada yang berpandangan bahawa tulang adalah makanan bagi makhluk jin.

Sisa tulang daging korban boleh juga dibuang ke dalam tong sampah, serta boleh juga diberi kepada haiwan dan binatang yang berkeliaran. Namun menanamnya ke dalam tanah adalah lebih utama jika boleh.

Tulang-tulang korban jika diberi kepada haiwan dan binatang yang berkeliaran termasuk di dalam keumuman sabda Nabi SAW:

في كل كبد رطبة أجر

"Pada setiap haiwan yang bernyawa itu (berbuat baik kepadanya) ada pahala".
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Selamat menunaikan ibadah korban, semoga segala amal korban kita diterima disisi Allah sebagai suatu amal ketaatan yang diredhaiNya, aamiiin...
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Mensyukuri Nikmat

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم انْظُرُوا إِلَى مَنْ هُوَ أَسْفَلَ مِنْكُمْ وَلَا تَنْظُرُوا إِلَى مَنْ هُوَ فَوْقَكُمْ فَهُوَ أَجْدَرُ أَنْ لَا تَزْدَرُوا نِعْمَةَ اَللَّهِ عَلَيْكُمْ

Daripada Abu Hurairah RA ia berkata, Rasulullah SAW  bersabda: “Lihatlah orang yang berada di bawahmu dan jangan melihat orang yang berada di atasmu, kerana yang demikian itu lebih patut, agar kamu tidak memandang remeh nikmat yang telah Allah berikan kepada kamu.” (HR Muslim No: 2963) Status: Hadis Sahih.

Pengajaran:

1.Setiap kita wajib bersyukur di atas segala nikmat yang Allah kurniakan.

2.Satu cara untuk kita sentiasa mensyukuri setiap nikmat yang Allah kurniakan adalah dengan sentiasa melihat orang yang lebih rendah daripada kita dalam perkara yang berkaitan dengan nikmat dunia seperti tubuh badan yang menarik dan sihat, pemilikan harta, pangkat dan kedudukan.

3.Bersyukurlah diatas segala nikmat yang dikurniakan kepada kita. Semoga dengan memiliki sifat bersyukur akan menjauhkan kita dari penyakit tamak,  hasad, dengki dan panjang angan-angan.

4.Manusia jika melihat kepada orang yang lebih tinggi levelnya dari sisi dunia, maka jiwanya akan menuntut yang serupa dan mulai mengerdilkan kenikmatan yang Allah berikan kepadanya, kemudian bertekad untuk menambah hartanya agar dia dapat mengejar kekayaan orang tersebut atau minima menyamainya. Namun jika dia melihat kepada orang yang lebih rendah darajatnya dalam hal dunia dan harta, akan terpampang di hadapannya kenikmatan Allah yang besar kepadanya, maka dia akan bersyukur atas kenikmatan itu, bersikap rendah hati, serta akan melakukan amalan-amalan kebaikan.

5.Dalam hal kehidupan dunia, berusahalah sebaik mungkin untuknya namun jangan sering  memandang orang yang berada di atas kita. Bersyukurlah dengan apa yang telah kita miliki kini. Tidak perlu irihati dengan apa yang dimiliki oleh orang lain. Lihatlah orang yang berada di bawah kita. Masih ramai orang yang tidak seberuntung kita. Kerana hal ini akan menjauhkan kita dari bersyukur. Allah SWT telah berfirman

لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ  وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”. (Surah Ibrahim ayat : 7)

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

20hb Jun 2024
13hb Zulhijjah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Ulama'

إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ ۗ

"Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah daripada kalangan hamba-hambaNya hanyalah para ulama' (orang yang berilmu)".
(Fatir: 28)

Ulama' ialah orang yang pakar dalam pengetahuan agama.

Imam Abu Hayyan dalam kitab tafsirnya al-Bahr al-Muhit menjelaskan bahawa ulama' ialah mereka yang mengetahui tentang sifat-sifat Allah SWT dan mengesakanNya serta beriman dengan segala yang harus, wajib dan mustahil bagiNya, lalu mereka memuliakan dan mengagungkanNya sebagaimana yang selayaknya. Sesiapa yang bertambah ilmunya, maka akan bertambahlah takutnya kepada Allah SWT".

Menurut Ibn Jinni, ulama' ialah seseorang yang menceburi dan berkecimpung dengan ilmu dalam tempoh yang lama sehingga ia menjadi seperti darah dagingnya dan istilah ini tidak diberikan kepada orang yang baru ingin belajar kerana mereka ini hanya digelar dengan penuntut ilmu dan bukannya ulama'.

Memuliakan para ulama' itu sangatlah dituntut kerana mereka adalah pewaris para Nabi. Daripada Sayidina Abi Darda’ r.a, bahawa Nabi SAW bersabda:
 
وَإِنَّ الْعُلَمَاءَ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ

"Dan ulama' itu adalah pewaris para nabi".
(Hadith Riwayat Abu Daud)

Jangan sesekali menghina, mencela dan memburukkan para ulama'. Menghina para ulama' termasuk dalam dosa besar.

Imam Ibn Hajar al-Haitami menyenaraikan dosa menghina ulama' sebagai salah satu daripada 70 dosa besar:

وَقَدْ جَزَمَ الرَّافِعِيُّ بِأَنَّ الْوَقِيعَةَ فِي أَهْلِ الْعِلْمِ وَحَمَلَةِ الْقُرْآنِ مِنْ الْكَبَائِرِ

“Imam ar-Rafi'i menegaskan bahawa menghina orang yang berilmu dan orang yang menghafaz al-Quran merupakan dosa besar".

Berkata Imam Ahmad Bin Hanbal rahimahullah:

الوقيعة في أهل العلم ولا سيما أكابرهم من كبائر الذنوب

“Menghina orang yang berilmu terutama ulama' besar adalah termasuk dalam dosa besar"

Berkata Imam at-Tahawi rahimahullah:

وَعُلَمَاءُ السَّلَفِ مِنَ السَّابِقِينَ وَمَنْ بَعْدَهُمْ مِنَ التَّابِعِينَ أَهْلِ الْخَيْرِ وَالْأَثَرِ وَأَهْلِ الْفِقْهِ وَالنَّظَرِ لَا يُذْكَرُونَ إِلَّا بِالْجَمِيلِ، وَمَنْ ذَكَرَهُمْ بِسُوءٍ فهو على غير السبيل

“Para ulama' salaf terdahulu (para sahabat) dan yang sesudah mereka daripada kalangan tabi’in yang mereka selalu menjunjung kebaikan, ahli hadis, ahli fiqh dan aqidah, mereka tidak disebutkan melainkan dengan kebaikan dan sesiapa yang menyebut mereka dengan keburukan, maka dia bukan berada pada jalan orang yang beriman".

Berkata Imam Ibnu Asakir rahimahullah:
"Sesiapa yang menghina para ulama', Allah SWT akan mengujinya sebelum mati dengan dimatikan hatinya".

Muliakanlah para alim ulama' kerana Allah dan RasulNya memuliakan mereka. Jangan sesekali menghina dan mencela mereka kerana mereka langsung tidak wajar dan tidak layak dihina.
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
Hidup Suatu Pengorbanan

Hidup memerlukan pengorbanan. Ada orang yang melalui kehidupan dengan pelbagai pengorbanan hasil daripada ujian yang dilalui.

Kadangkala pengorbanan yang dilakukan bukan kepalang dan amat pedih untuk diharungi. Namun walau seberat manapun ujian daripada Allah, sebagai hamba yang taat, kita perlu ingat setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Setinggi manapun pengorbanan yang perlu kita lakukan, sudah pasti tidak sehebat pengorbanan yang pernah dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS.

Nabi Ibrahim tidak ada anak sehingga berusia sekitar 90 tahun, kemudian baru Allah kurniakan anak hasil perkahwinan dengan Siti Hajar bernama Ismail. Selepas mendapat anak, tiba-tiba diarahkan untuk meninggalkan isterinya Siti Hajar dan anaknya Ismail di tengah padang pasir Mekah yang kering kontang.

Setelah Ismail AS meningkat remaja, Allah menguji sekali lagi Nabi Ibrahim dengan memerintahkan pula untuk menyembelih anak kesayangannya itu. Biarpun sangat kasihkan Ismail namun dia tetap taat melaksanakan perintah Allah. Namun, Allah akhirnya menggantikannya dengan seekor kibash. Firman Allah SWT:

فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ ٱلسَّعْىَ قَالَ يَٰبُنَىَّ إِنِّىٓ أَرَىٰ فِى ٱلْمَنَامِ أَنِّىٓ أَذْبَحُكَ فَٱنظُرْ مَاذَا تَرَىٰ ۚ قَالَ يَٰأَبَتِ ٱفْعَلْ مَا تُؤْمَرُ ۖ سَتَجِدُنِىٓ إِن شَآءَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلصَّبِرِينَ

Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!" Ia menjawab: "Wahai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; In Sya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar" (As-Saffat: 102)

Adakah kita mewarisi sifat Ibrahim AS yang sanggup mengorbankan sesuatu yang amat disayangi semata-mata melaksanakan perintah Allah?

Adakah kita mewarisi sifat Siti Hajar sebagai seorang isteri yang kuat dan tabah ketika mendengar dia dan anaknya Ismail akan ditinggalkan di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang berdua beranak? Lantas dia bertanya kepada Nabi Ibrahim: Adakah ini memang perintah daripada Allah?” Nabi Ibrahim menjawab, “Ya.” Lantas Siti Hajar berkata  “Sesungguhnya Allah tidak akan mensia-siakan kami”.

Adakah kita mewarisi sifat Nabi Ismail yang taat dan sabar sebagai seorang anak? Apabila ayahnya Nabi Ibrahim AS memberitahu untuk menyembelihnya atas perintah Allah, lantas dia menjawab:

Wahai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; In Sya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar" (As-Saffat: 102).

Sanggupkah kita mengorbankan keselesaan, harta, tenaga, masa demi melaksanakan ketaatan kepada perintah Allah?

Mungkin ada di antara kita perlu mengorban masa dan wang ringgit untuk memastikan ibu dan bapa yang kurang sihat mendapat rawatan yang terbaik. Jangan mengeluh kerana itu semua adalah ujian daripada Allah. Allah mahu melihat sejauh mana ketaatan kita kepada Allah SWT.

Anggaplah semua pengorbanan kita itu satu ibadah. Dengan adanya perasaan sebegini maka kita akan mampu mengawal diri agar tidak mudah merasa kecewa dan marah. Ambil iktibar, hidup ini penuh dengan ujian yang menuntut pengorbanan.

Orang yang baik dan soleh, Allah SWT akan sentiasa menguji dengan pelbagai ujian. Namun, tidak perlu gusar kerana ujian-ujian tersebut hanya sementara sifatnya, dan selepas itu Allah SWT akan memberikan kesenangan pula kepadanya sepertimana Firman Allah SWT

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا  إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan (al-Insyirah: 6)

Hidup ini ialah suatu pengorbanan. Beruntunglah bagi mereka yang tidak mengeluh apabila berhadapan dengan ujian ini dan redha dengan apa yang Allah SWT anugerahkan sama ada baik mahupun buruk.

https://t.me/kapsul_tazkirah
Muhasabah malam ini

Kita tidaklah menjadi hamba kepada Allah,

Selagi hati kita lebih cenderung kepada sesuatu selain Allah.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Jangan Berbuat Zalim Dan Bakhil

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِيَّاكُمْ وَالظُّلْمَ فَإِنَّ الظُّلْمَ ظُلُمَاتٌ عِنْدَ اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَإِيَّاكُمْ وَالْفُحْشَ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْفُحْشَ وَالتَّفَحُّشَ وَإِيَّاكُمْ وَالشُّحَّ فَإِنَّهُ دَعَا مَنْ قَبْلَكُمْ فَاسْتَحَلُّوا مَحَارِمَهُمْ وَسَفَكُوا دِمَاءَهُمْ وَقَطَّعُوا أَرْحَامَهُمْ

Daripada Abu Hurairah RA berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah kalian berbuat zalim, kerana kezaliman akan menjadi kegelapan pada hari kiamat di sisi Allah, janganlah berbuat keji kerana Allah tidak suka kekejian dan perbutan keji, janganlah berbuat kikir, kerana itu yang menyebabkan kerosakan orang-orang sebelum kalian, sehingga mereka menghalalkan kehormatan, menumpahkan darah dan memutus hubungan silaturahim mereka."  (HR Ahmad No: 9202) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Muslim dilarang melakukan kezaliman kepada dirinya dan orang lain.

2.Perbuatan zalim ialah tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Contohnya mencuri, meninggalkan solat, mencela orang lain. Perbuatan ini adalah maksiat dan dosa. Kezaliman yang paling besar adalah perbuatan syirik yang tidak diampunkan oleh Allah.

3.Allah tidak suka kepada orang yang melakukan perbuatan keji atau buruk

4.Muslim juga dilarang bersifat kikir atau bakhil. Bakhil adalah buah dan akibat dari kecintaan kepada dunia.

5.Orang yang bakhil akan berusaha memiliki harta dengan apa juga cara asalkan mereka dapat dan memiliki tanpa mengira dengan cara yang halal atau haram, sanggup menumpahkan darah dan memutus hubungan silaturahim.

Jauhilah sifat zalim, keji dan bakhil.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

21hb Jun 2024
14hb Zulhijjah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Ulama'

إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ ۗ

"Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah daripada kalangan hamba-hambaNya hanyalah para ulamak (orang yang berilmu)".
(Fatir: 28)

Ulama' adalah pewaris tugas dan peranan sekalian nabi dan rasul dalam menyampaikan amanah Islam kepada seluruh umat manusia. Di tangan ulamaklah penentu kepada maju mundurnya sesebuah negara, terang gelapnya sesebuah bangsa, baik buruknya sesuatu umat di bumi ini.

Jika ulama' berperanan sebagaimana berperanannya nabi dan rasul, akan baiklah umat berkenaan. Sebaliknya, jika ulamak itu tidak berfungsi dan berperanan jelik, nescaya akan buruk dan binasalah umat berkenaan.

Oleh itu, setiap kita orang awam hendaklah merujuk terlebih dahulu kepada para ulama' dalam sebarang persoalan hidup sama ada persoalan duniawi mahupun ukhrawi.

Hal ini kerana orang awam, orang kebanyakan tidak berkeahlian untuk berijtihad atau mengeluarkan hukum hakam agama. Mereka perlu mengikut apa yang dibawa oleh para ulama' dan imam-imam mazhab. Orang awam tidak mempunyai kelayakan untuk memahami nas apatah lagi mengeluarkan hukum.

Ini jelas memahamkan kita bahawa perlunya masyarakat awam mengikut hukum dan pandangan para ulama' atau ikutan mazhab setempat dalam amal ibadah mahupun perkara yang lain. Bahkan wajib orang awam merujuk kepada golongan yang lebih arif tentang hal ehwal agama. Firman Allah SWT:

فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

"Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui".
(an-Nahl: 43)

Imam Ahmad bin Hanbal pernah ditanya oleh seorang lelaki berkenaan syarat untuk menjadi mujtahid (orang yang memiliki keahlian dalam mengeluarkan hukum). Dalam fiqh Muhammad bin ‘Abdullah bin al-Munadi menyebut:

سَمِعْت رَجُلًا يَسْأَلُ أَحْمَدَ: إذَا حَفِظَ الرَّجُلُ مِائَةَ أَلْفِ حَدِيثٍ ‌يَكُونُ ‌فَقِيهًا؟ قَالَ: لَا، قَالَ: فَمِائَتَيْ أَلْفٍ؟ قَالَ: لَا، قَالَ: فَثَلَاثَ مِائَةِ أَلْفٍ؟ قَالَ: لَا، قَالَ: فَأَرْبَعَ مِائَةِ أَلْفٍ، قَالَ بِيَدِهِ هَكَذَا، وَحَرَّكَ يَدَهُ

"Aku mendengar seorang lelaki bertanya kepada Imam Ahmad bin Hanbal: Jika seorang lelaki itu menghafaz 100 ribu hadis adakah dia dikira faqih?. Imam Ahmad menjawab: Tidak. Dia bertanya lagi: Kalau 200 ribu hadis? Jawabnya lagi: Tidak. Dia bertanya lagi: Kalau 300 ribu hadis? Imam Ahmad menjawab: Tidak. Lelaki itu pun bertanya lagi: Kalau 400 ratus ribu hadith? Imam Ahmad pun menjawab: Dengan menggerakkan tangannya (tanda bersetuju bahawa orang tersebut layak berijtihad dan berfatwa)".

Antara perkara yang menyedihkan kebelakangan ini, wujudnya masyarakat awam yang mencela dan merendahkan sosok tubuh para ulama', juga imam-imam mazhab dan golongan ilmuan sedangkan keilmuan dan sumbangan mereka begitu besar dalam warisan keilmuan Islam.

Syariat Islam bersifat menyeluruh sehingga meliputi perihal adab dan akhlak dalam kehidupan manusia. Antara perkara yang ditekankan adalah sifat menghormati antara satu sama lain merupakan salah satu sifat bagi orang beriman, lebih-lebih lagi, menghormati dan memelihara adab apabila berinteraksi dengan golongan yang mempunyai kedudukan yang lebih tinggi dari sudut keilmuan serta keagamaan.

Ikutilah para alim ulama'. Ambillah khazanah ilmu daripada mereka sebanyak-banyaknya dan beradablah dengan mereka sekalipun terdapat perbezaan pendapat serta pandangan.
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Dua Titisan dan Kesan Yang Dicintai Allah SWT

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ شَيْءٌ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ قَطْرَتَيْنِ وَأَثَرَيْنِ قَطْرَةٌ مِنْ دُمُوعٍ فِي خَشْيَةِ اللَّهِ وَقَطْرَةُ دَمٍ تُهَرَاقُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَأَمَّا الْأَثَرَانِ فَأَثَرٌ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَأَثَرٌ فِي فَرِيضَةٍ مِنْ فَرَائِضِ اللَّهِ.

Daripada Abu Umamah RA, daripada Nabi SAW, baginda bersabda: "Tiada sesuatu perkara yang paling disukai oleh Allah melainkan dua titisan dan dua kesan. Titisan air mata yang menangis kerana takutkan kepada Allah SWT dan titisan darah yang tumpah pada jalan Allah. Adapun dua kesan yang Allah sukai adalah kesan pada jalan Allah dan kesan fardhu daripada kefardhuan Allah SWT." (HR Tirmizi No: 1669) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.  Allah SWT amat menyukai akan amalan hamba-Nya yang dilakukan secara ikhlas semata-mata kerana-Nya dan semakin banyak susah payah yang dihadapi, maka semakin bertambahlah ganjaran pahala.

2.  Antara amalan yang disukai oleh Allah SWT adalah dua titisan dan dua kesan. Antara dua titisan itu yang pertama adalah titisan air mata yang takut kepada Allah SWT terhadap dosa-dosa yang telah dilakukan. Rasulullah SAW menyebutkan tujuh golongan yang akan mendapat naungan di hari kiamat salah satu daripadanya adalah:

وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ

“dan lelaki yang mengalir air matanya ketika bersendirian kerana takut kepada Allah”

Titisan kedua yang disukai Allah adalah titisan darah yang ditumpahkan kerana berjuang di jalan Allah SWT.

3.  Dua kesan yang disukai Allah, pertama adalah kesan luka semasa berjuang untuk jalan Allah SWT dan kedua adalah kesan kerana melakukan ketaatan kepada Allah SWT. Semoga kita tergolong dalam golongan tersebut.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

22hb Jun 2024
15hb Zulhijjah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram