MEKANIK IMAN.
334 subscribers
1.84K photos
531 videos
99 files
4.34K links
Bismillahirrahmanirrahim...

Jom perbaiki Iman dan Amal kita yang merupakan kunci dan bekalan kita di akhirat.

Jom join Group Soal Jawab Fiqh di sini
👉 https://t.me/+FdV3VML4jH4xOWY9

Semoga bermanfaat buat semua. Aamiin
Download Telegram
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Permudahkan dan Jangan Menyukarkan

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَسِّرُوا وَلَا تُعَسِّرُوا وَبَشِّرُوا وَلَا تُنَفِّرُوا

Daripada Anas bin Malik dari Nabi SAW, baginda bersabda: permudahkanlah dan jangan menyusahkan, berilah berita gembira dan jangan membuat orang lari (menjauh). (HR Bukhari No: 67) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Manusia cenderung kepada perkara yang mudah jika dilakukan serta mengembirakan ketika melaksanakan.

2.  Dalam kita mendidik, gunakanlah hikmah dan kebijaksanaan yang boleh menyebabkan orang lain gembira dan suka melakukannya.

3.  Lemah lembut dalam melaksanakan amar makruf nahi munkar (mengajak kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran), agar dapat diterima dengan baik oleh orang lain.

4.  Gunakanlah metod yang pelbagai dan menarik serta bertahap dalam mengajarkan ilmu, kerana segala sesuatu yang dimulakan dengan yang mudah, ia akan dapat memikat hati dan menambah rasa cinta terhadap ilmu yang akan dipelajari.

5.  Janganlah kita menjadi penyebab orang lain jauh dari kebaikan yang ingin diajar. Islam itu mudah dan tidak menyukarkan penganutnya untuk beramal. Ada rukhsah (keringanan) yang diberi dalam beribadat seperti untuk orang bermusafir dibolehkan berbuka puasa, solat secara jamak dan qasar dan lain-lain.

Marilah kita permudahkan menyampaikan ilmu mengikut garis panduan syarak. Elakkan sesuatu yang menyukarkan sehingga menjadi penyebab orang menjauhkan diri untuk beramal.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

03hb Jun 2024
25hb Zulkaedah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Sombong

وَلَا تَمۡشِ فِی ٱلۡأَرۡضِ مَرَحًاۖ إِنَّكَ لَن تَخۡرِقَ ٱلۡأَرۡضَ وَلَن تَبۡلُغَ ٱلۡجِبَالَ طُولࣰا

"Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang".
(al-Israʾ: 37)

Kesombongan adalah penyakit hati dan membina jurang kehidupan dengan manusia lain. Kesombongan timbul disebabkan kelebihan nikmat yang dikurniakan Allah seperti memiliki jawatan pangkat yang besar, kekuasaan yang banyak, harta yang melimpah, keilmuan yang melaut, kecantikan paras rupa dan pakaian yang indah.

Berkata salafussoleh:

عن سفيان رحمه الله قال: كانوا يكرهون الشهرتين: الثياب الجياد التي يَشتهر فيها ويرفع الناس فيها أبصارهم، والثياب الرديئة التي يُحتقرُ فيها ويُستذلُ دينه

"Imam Sufian at-Thauri apabila menceritakan perihal salaf dalam berpakaian menyatakan: Mereka ini tidak menyukai dua jenis pakaian: pakaian yang terlalu mewah sehingga menarik mata manusia serta membina kesombongan dalam diri dan pakaian yang terlalu buruk yang menyebabkan manusia memandang rendah padanya sehingga membawa fitnah kehinaan terhadap agama".
(Mausu'ah ibnu Abi Dunya)

Setiap apa yang kita lakukan bukan sekadar menggambarkan siapa kita, tetapi ianya juga adalah lambang kepada agama kita. Maka berhati-hatilah supaya tindakan kita tidak menjadi fitnah kepada agama yang mulia ini disebabkan kesombongan yang wujud dalam diri kita atas nikmat yang dikurniakan.

وَإِذَاۤ أَنۡعَمۡنَا عَلَى ٱلۡإِنسَـٰنِ أَعۡرَضَ وَنَـَٔا بِجَانِبِهِۦ وَإِذَا مَسَّهُ ٱلشَّرُّ كَانَ یَـُٔوسࣰا

"Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah ia serta menjauhkan diri (dari bersyukur) dengan penuh kesombongan; dan apabila ia merasai kesusahan, jadilah ia berputus asa".
(al-Israʾ: 83)

Allah SWT mengatakan bahawa jika diberikan kenikmatan kepada manusia seperti kesihatan, kemewahan atau kekayaan, niscaya mereka berpaling tidak bersyukur kepada Allah dan menjauhkan diri dari mengingati Allah dengan sombong. Jika mereka ditimpa kesusahan, seperti sakit atau kemiskinan niscaya mereka berputus asa kehilangan harapan dari rahmat Allah.

Jadilah hamba Allah yang bertaqwa, warak dan bersyukur. Jangan sesekali angkuh dan sombong dengan nikmat yang dikurniakan.
25 Zulkaedah 1445H
03 Jun 2024M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Bila nafsu sangat rakus terhadap dunia...

عَنْ كَعْبِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا ذِئْبَانِ جَائِعَانِ أُرْسِلَا فِيْ غَنَمٍ بِأَفْسَدَ لَهَا مِنْ حِرْصِ الْمَرْءِ عَلَى الْمَالِ وَالشَّرَفِ لِدِيْنِهِ

Dari Ka’ab bin Malik Radhiyallahu anhu ia berkata, “Rasulullah SAW bersabda,
“Dua serigala yang lapar yang dilepas di tengah kumpulan kambing, tidak lebih merosakkan dibanding dengan sifat rakus manusia terhadap harta dan kedudukan yang sangat merosak agamanya.”
(Hadith Riwayat at-Tirmidzi)

Kerakusan nafsu manusia terhadap dunia sering kali akan merosakkan pegangan dan amalan agamanya. Sebaga contoh kerakusan dan ketamakan manusia kepada harta dan kedudukan samaada sedar atau tidak, akan membawa kepada kezaliman, kebohongan dan perbuatan keji. Bahkan menghalalkan segala cara untuk mencapai tujuannya.

Manusia sangat mencintai harta dan akan terus sentiasa mencarinya, tidak merasa puas dengan yang sedikit, sangat tamak kepada harta dan panjang angan-angan.

وَتُحِبُّونَ الْمَالَ حُبًّا جَمًّا

Dan kamu mencintai harta dengan kecintaan yang berlebihan.
(Al-Fajr: 20)

وَإِنَّهُ لِحُبِّ الْخَيْرِ لَشَدِيدٌ

Dan sesungguhnya cintanya kepada harta benar-benar berlebihan.
(Al-‘Adiyat: 8)

Hati orang tua menjadi muda kerana dua hal, iaitu cinta dunia dan panjang angan-angan.

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu bahawa Nabi SAW bersabda:

قَلْبُ الشَّيْخِ شَابٌّ عَلَىٰ حُبِّ اثْنَتَيْنِ : طُوْلُ الْـحَيَاةِ وَحُبُّ الْمَالِ

Hati orang yang tua sentiasa muda dalam mencintai dua perkara: hidup yang panjang dan cinta terhadap harta.
(Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

يَكْبَرُ ابْنُ آدَمَ وَيَكْبَرُ مَعَهُ اثْنَانِ: حُبُّ الْمَالِ وَطُولُ الْعُمُرِ

Anak Adam (manusia) semakin tua dan menjadi besar juga bersamanya dua hal: cinta harta dan panjang umur.
(Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Hikmah dari penyebutan dua hal tersebut iaitu bahwa yang paling dicintai oleh manusia adalah dirinya sendiri, ia ingin hidup kekal, maka kerana itulah ia mencintai panjang umur.

اِقْتَرَبَتِ السَّاعَةُ وَلَا يَزْدَادُ النَّاسُ عَلَى الدُّنْيَا إِلَّا حِرْصًا، وَلَا يَزْدَادُوْنَ مِنَ اللهِ إِلَّا بُعْدًا

Hari Kiamat semakin dekat, dan tidak bertambah (kemauan) manusia kepada dunia melainkan semakin rakus, dan tidak bertambah (kedekatan) mereka kepada Allah melainkan semakin jauh.
(Hadith Riwayat Al-Hakim)

Allâh Azza wa Jalla berfirman tentang manusia:

لَا يَسْأَمُ الْإِنْسَانُ مِنْ دُعَاءِ الْخَيْرِ وَإِنْ مَسَّهُ الشَّرُّ فَيَئُوسٌ قَنُوطٌ

Manusia tidak jemu memohon kebaikan, dan jika ditimpa malapetaka, mereka berputus asa dan hilang harapannya.”
(Fusshilat: 49)

Al-Baghawi rahimahullah berkata tentang ayat ini, “Manusia sentiasa meminta kebaikan kepada Rabb-nya, iaitu harta, kekayaan, dan kesehatan.”
(Tafsir al-Baghawi)

لَوْ أَنَّ لِابْنِ آدَمَ وَادِيًا مِنْ ذَهَبٍ أَحَبَّ أَنْ يَكُونَ لَهُ وَادِيَانِ، وَلَنْ يَمْلَأَ فَاهُ إِلَّا التُّرَابُ، وَيَتُوبُ اللهُ عَلَى مَنْ تَابَ

Sungguh, seandainya anak Adam memiliki satu lembah dari emas, niscaya ia sangat ingin mempunyai dua lembah (emas). Dan tidak akan ada yang memenuhi mulutnya kecuali tanah.’ Kemudian Allâh mengampuni orang yang bertaubat.
(Muttafaq ‘alaih: Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dari ‘Abbas bin Sahl bin Sa’ad, ia berkata, “Saya pernah mendengar Ibnu Zubair dalam khutbahnya di atas mimbar di Mekah berkata:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ، إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُوْلُ: لَوْ أَنَّ ابْنَ آدَمَ أُعْطِيَ وَادِيًا مَلْأً مِنْ ذَهَبٍ، أَحَبَّ إِلَيْهِ ثَانِيًا، وَلَوْ أُعْطِيَ ثَانِيًا أَحَبَّ إِلَيْهِ ثَالِثًا، وَلَا يَسُدُّ جَوْفَ ابْنِ آدَمَ إِلَّا التُّرَابُ، وَيَتُوْبُ اللهُ عَلَى مَنْ تَابَ.
“Wahai manusia! Sesungguhnya Nabi SAW bersabda, ‘Sungguh, seandainya anak Adam diberikan satu lembah yang penuh dengan emas, pasti dia akan ingin memiliki lembah yang kedua, dan jika seandainya dia sudah diberikan yang kedua, pasti dia ingin mempunyai yang ketiga. Tidak ada yang dapat menutup perut anak Adam kecuali tanah, dan Allah SWT menerima taubat bagi siapa saja yang bertaubat.”
(Hadith Riwayat Al-Bukhari)

Tidak ada yang dapat mencegah keserakahan dan kerakusan nafsu manusia, dan angan-angannya kecuali kematian.

أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ ﴿١﴾ حَتَّىٰ زُرْتُمُ الْمَقَابِرَ ﴿٢﴾ كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ ﴿٣﴾ ثُمَّ كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ ﴿٤﴾ كَلَّا لَوْ تَعْلَمُونَ عِلْمَ الْيَقِينِ ﴿٥﴾ لَتَرَوُنَّ الْجَحِيمَ ﴿٦﴾ ثُمَّ لَتَرَوُنَّهَا عَيْنَ الْيَقِينِ﴿٧﴾ ثُمَّ لَتُسْأَلُنَّ يَوْمَئِذٍ عَنِ النَّعِيمِ

Bermegah-megahan telah melalaikan kamu, sampai kamu masuk ke dalam kubur. Sekali-kali tidak! Kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu), kemudian sekali-kali tidak! Kelak kamu akan mengetahui. Sekali-kali tidak! Sekiranya kamu mengetahui dengan pasti, niscaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahim, kemudian kamu benar-benar akan melihatnya dengan mata kepala sendiri, kemudian kamu benar-benar akan ditanya pada hari itu tentang kenikmatan (yang megah di dunia itu).”
(At-Takatsur: 1-8)

يَقُوْلُ الْعَبْدُ : مَالِـيْ ، مَالِـيْ ، إِنَّمَا لَـهُ مِنْ مَالِهِ ثَلَاثٌ : مَا أَكَلَ فَأَفْنَى ، أَوْ لَبِسَ فَأَبْلَـى ، أَوْ أَعْطَى فَاقْتَنَى ، وَمَا سِوَى ذٰلِكَ فَهُوَ ذَاهِبٌ وَتَارِكُهُ لِلنَّاسِ.

“Seorang hamba berkata, ‘Hartaku! Hartaku! Sesungguhnya ia hanya memiliki tiga hal dari hartanya: apa yang telah ia makan lalu habis, atau apa yang ia pakai lalu usang, atau apa yang ia berikan lalu ia simpan untuk akhiratnya. Adapun selain itu, maka ia akan pergi dan ditinggalkannya untuk orang lain.”
(Hadith Riwayat Muslim)

إِنَّ لِكُلِّ أُمَّةٍ فِتْنَةً وَفِتْنَةُ أُمَّتِيْ الْـمَـالُ

Setiap ummat memiliki fitnah (ujian), dan fitnah ummatku adalah harta.
(Hadith Riwayat Tirmidzi)

إِنَّمَا أَهْلَكَ مَـنْ كَـانَ قَبْلَكُمُ الدِّيْنَارُ وَالدِّرْهَمُ، وَهُمَا مُهْلِكَاكُمْ

Sesungguhnya dinar dan dirham telah membinasakan orang-orang sebelum kalian dan keduanya juga membinasakan kalian.
(Hadith Riwayat Al-Bazzar)

Imam Ibnul Qayyim rahimahullah berkata:

مُـحِبُّ الدُّنْيَا لَا يَنْفَكُّ مِنْ ثَلَاثٍ: هَمٌّ لَازِمٌ، وَتَعَبٌ دَائِمٌ، وَحَسْرَةٌ لَا تَنْقَضِى

Pecinta dunia tidak akan terlepas dari tiga hal: (1) Kesedihan (kegelisahan) yang terus-menerus, (2) Kepenatan keletihan yang berlanjutan, dan (3) Penyesalan yang tidak pernah berhenti.
(Ighatsatul Lahafan)

Justeru, berhati-hatilah dengan nafsu mu sendiri...

~ Abu Imtiyaz ~
Muhasabah malam ini

Tidak semuanya syaitan menyeru kita akan kejahatan, adakalanya ia menyeru kearah kebaikkan.

Tetapi kebaikkan yang ia seru itu dihiasi dengan sifat riya', ujub serta takabbur.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Taat Perintah Allah SWT  Ikut Sunnah Nabi SAW

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ سَرْجِسَ قَالَ :رَأَيْتُ الْأَصْلَعَ يَعْنِي عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ يُقَبِّلُ الْحَجَرَ وَيَقُولُ: وَاللَّهِ إِنِّي لَأُقَبِّلُكَ وَإِنِّي أَعْلَمُ أَنَّكَ حَجَرٌ وَأَنَّكَ لَا تَضُرُّ وَلَا تَنْفَعُ وَلَوْلَا أَنِّي رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَبَّلَكَ مَا قَبَّلْتُكَ

Daripada ‘Abdullah bin Sarjis RA berkata; Aku pernah melihat al-Ashla' iaitu ‘Umar bin Al-Khattab RA mencium Hajar Aswad dan berkata: "Demi Allah, sesungguhnya aku pasti akan menciummu, meskipun aku tahu kamu hanyalah sebiji batu yang tidak dapat memberi mudharat dan tidak pula dapat memberi manfaat. Sekiranya aku tidak melihat Rasulullah SAW menciummu, nescaya aku tidak akan menciummu." (HR Bukhari, No: 1597) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Allah SWT yang mencipta seluruh makhluk dan Allah berkuasa atas segala sesuatu. Setiap ciptaan-Nya tidak dapat mendatangkan sesuatu kebaikan mahupun keburukan kecuali dengan keizinan dan kehendak-Nya.

2.Setiap Muslim hendaklah mentaati segala perintah Allah SWT selari dengan petunjuk Sunnah Nabi SAW.

3.Perlu difahami bahawa perintah Allah SWT ada yang dihukumkan sebagai wajib, sunat, makruh, haram dan harus berdasarkan kaedah-kaedah hukum yang telah disepakati oleh ulama. Perbuatan mencium hajar aswad contohnya, para sahabat Nabi SAW seperti Saidina Omar RA mengikuti amalan tersebut sebagai ittiba’ (ikutan sunnah) tanpa banyak persoalan kerana mereka melihat amalan tersebut dilakukan oleh Nabi SAW.

4.Dalam mazhab Syafie hukum mencium hajar aswad adalah sunat. Namun perlu diingat, ketika melakukan perbuatan mencium hajarul aswad itu, pastikan tidak menzalimi dengan menarik atau menyakiti orang lain. Dibimbangi perkara sunat itu menjadi haram. Moga menjadi peringatan buat mereka yang sekarang ini menjadi tetamu duyufurahman di Makah.

5.Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui hikmah dan kepentingan disebalik sesuatu pensyariatan. Justeru, sebagai seorang hamba-Nya yang Muslim, maka wajiblah setiap perintah-Nya dilaksanakan manakala setiap larangan-Nya hendaklah dijauhi mengikut kemampuan tanpa perlu dipersoalkan kenapa ianya disyariatkan.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

04hb Jun 2024
26hb Zulkaedah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
𝗛𝗶𝗸𝗺𝗮𝗵 𝗣𝗮𝗴𝗶

يَا لِسَانُ قُلْ خَيْراً تَغْنَمْ أَوْ أَنْصِتْ تَسْلَمْ مِنْ قَبْلِ أَنْ تَنْدَمَ (الصمت لابن أبي الدنيا 53)

Wahai lisan berkatalah yang baik niscaya engkau akan beruntung atau diamlah niscaya engkau akan selamat, sebelum engkau menyesal

[Ibnu Mas’ud radhiyallahu'anhu]
Dengki

وَلَا تَتَمَنَّوۡا۟ مَا فَضَّلَ ٱللَّهُ بِهِۦ بَعۡضَكُمۡ عَلَىٰ بَعۡضࣲۚ لِّلرِّجَالِ نَصِیبࣱ مِّمَّا ٱكۡتَسَبُوا۟ۖ وَلِلنِّسَاۤءِ نَصِیبࣱ مِّمَّا ٱكۡتَسَبۡنَۚ وَسۡـَٔلُوا۟ ٱللَّهَ مِن فَضۡلِهِۦۤۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِكُلِّ شَیۡءٍ عَلِیمࣰا

"Dan janganlah kamu irihati, terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".
(an-Nisāʾ: 32)

Pada dasarnya dengki merupakan bentuk penentangan kepada Allah SWT, kerana orang dengki membenci nikmat yang telah diberikan Allah kepada hambanya.

Kerana dengki, iblis menjadi musuh Allah yang paling besar disebabkan dosanya bersumber dari rasa sombong dan dengki.

Irihati dan dengki yang tidak diperbolehkan adalah mengharapkan hilangnya nikmat dari orang lain dan berpindah kepadanya.

Dengki adalah satu daripada sifat tercela. Pendengki tidak pernah berasa puas dengan apa yang ada padanya. Apabila dia melihat kelebihan yang ada pada insan lain sama ada rupa paras yang cantik jelita, kekayaan yang melimpah ruah, pangkat yang tinggi, kedudukan yang terpuji, dan lain-lain hatinya akan sakit, jiwanya tidak tenteram, perasaannya berkecamuk, dadanya sesak.

Punca utamanya adalah tidak bersyukur dan tidak redha dengan nikmat pemberian Allah. Sesungguh Allah Maha Bijaksana dalam memberi dan membahagi-bahagikan nikmat kepada hambaNya. Pemberian nikmat yang tidak sama kepada setiap makhlukNya adalah untuk menunjukkan kekuasaanNya dan menguji keimanan mereka.

Nabi SAW mengajar kita doa supaya kita menjadi hamba yang bersyukur dan merawat perasaan dengki terhadap orang lain.

Baginda SAW bersabda:
“Sesiapa yang berkata (berdoa) pada waktu pagi:

اللهُمَّ مَا أَصْبَحَ بِي مِنْ نِعْمَةٍ أَوْ بِأَحَدٍ مِنْ خَلْقِكَ، فَمِنْكَ وَحْدَكَ لَا شَرِيكَ لَكَ، فَلَكَ الْحَمْدُ وَلَكَ الشُّكْرُ

"Ya Allah apa sahaja ni’mat yang ada padaku pagi ini atau yang ada pada seseorang dari kalangan makhlukMu, maka semuanya itu daripadaMu Yang Maha Esa semata-mata. Maka untukMu sahajalah segala pujian dan kepadaMu sahajalah segala kesyukuran"

Maka sesungguhnya dia telah melaksanakan syukur pada hari tersebut".
(Hadith Riwayat an-Nasaei)

Jauhilah sifat dengki dan irihati. Jadilah manusia yang bersyukur dan sentiasa redha dengan apa sahaja nikmat yang dikurniakan.
26 Zulkaedah 1445H
04 Jun 2024M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Hakikat perjalanan hidup dan mati....

وَمَا جَعَلْنَا لِبَشَرٍ مِنْ قَبْلِكَ الْخُلْدَ أَفَإِنْ مِتَّ فَهُمُ الْخَالِدُونَ (34) كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ (35)

Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusia pun sebelum kamu (Muhammad), maka jikalau kamu mati, apakah mereka akan kekal. Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kalian dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kalian dikembalikan.
(Al Anbiya': 34-35)

Ketika sampai waktu ajalmu, pasti engkau akan menemui mati...

وَمَا كَانَ لِنَفۡسٍ أَن تَمُوتَ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِ كِتَـٰبࣰا مُّؤَجَّلࣰاۗ

"Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, iaitu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah)."
(Ali-Imran: 145)

وَمَا جَعَلْنَا لِبَشَرٍ مِنْ قَبْلِكَ الْخُلْدَ

Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusia pun sebelum kamu (Muhammad).
(Al Anbiya: 34)

iaitu di dunia ini, bahkan:

كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ وَيَبْقَى وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلالِ وَالإكْرَامِ

Semua yang ada di bumi itu akan binasa, dan tetap kekal Zat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.
(Ar Rahman: 26-27)

Adapun firman Allah SWT:

أَفَإِنْ مِتَّ فَهُمُ الْخَالِدُونَ

maka jikalau kamu mati, apakah mereka akan kekal?
(Al Anbiya: 34)

Yakni mereka berharap dapat hidup sesudah kamu. Tidak akan terjadi hal seperti ini, melainkan semuanya pasti mati. Karena itulah dalam firman selanjutnya disebutkan:

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati.
(Al Anbiya: 35)

Telah diriwayatkan dari Imam Syafii, bahwa beliau mengemukakan dua bait syair berikut yang semakna dengan ayat ini, iaitu:

تَمَنَّى رِجَالٌ أَنْ أَمُوتَ وَإِنْ أَمُتْ فَتلْكَ سَبيل لَسْت فيهَا بأوْحد
فقُلْ للَّذي يَبْغي خِلَافَ الَّذِي مَضَى: تَهَيَّأ لأخْرى مثْلها فكَأن قَدِ

Banyak kalangan lelaki yang mengharapkan aku mati cepat, dan memang mati itu merupakan suatu akhir yang saya tidak menyendiri di dalamnya.

Maka katakanlah kepada orang yang menginginkan hal yang berbeza dengan pendahulunya, bersiap-siaplah untuk menghadapi masa hidupnya yang baru, kematian akan tetap menjadi suatu kepastian baginya.

وَنَبْلُوكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً

Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya).
(Al Anbiya: 35)

Ertinya, Kami benar-benar akan menguji kamu - adakalanya dengan musibah dan adakalanya dengan nikmat - agar Kami dapat melihat siapakah yang bersyukur dan siapakah yang ingkar, siapakah yang bersabar serta siapakah yang berputus asa (di antara kamu).

Seperti yang telah diriwayatkan oleh Ali ibnu Abu Talhah, dari Ibnu Abbas sehubungan dengan makna firman-Nya:

Kami akan menguji kamu.
(Al-Anbiya: 35)

Yakni memberikan cubaan kepada kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai
ujian (yang sebenar-benarnya)...

"iaitu dengan kesengsaraan dan kemakmuran, dengan sehat dan sakit, dengan kaya dan miskin, dengan halal dan haram, dengan taat dan durhaka, serta dengan petunjuk dan kesesatan."

وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ

Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.
(Al Anbiya: 35)

Maka Kami akan memberikan balasan kepada kamu sesuai dengan amal perbuatan kamu.

Jangan kamu mati melainkan dalam keadaan Islam...

يَا بَنِيَّ إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَىٰ لَكُمُ الدِّينَ فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ

"Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ugama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam".
(Al-Baqarah: 132)

Justeru, laluilah kehidupan dan kematian dengan penuh persiapan dan bekalan...

~ Abu Imtiyaz ~
Muhasabah malam ini

Kita jangan merasa rendah diri kerana menempuh jalan yang benar, walaupun sedikit orang yang menempuhnya.

Dan kita jangan tertipu dengan yang bathil walaupun banyak orang yang mengamalkannya.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Keutamaan Sifat Tenang Ketika Beribadah

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّهُ دَفَعَ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عَرَفَةَ فَسَمِعَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرَاءَهُ زَجْرًا شَدِيدًا وَضَرْبًا وَصَوْتًا لِلْإِبِلِ فَأَشَارَ بِسَوْطِهِ إِلَيْهِمْ وَقَالَ أَيُّهَا النَّاسُ عَلَيْكُمْ بِالسَّكِينَةِ فَإِنَّ الْبِرَّ لَيْسَ بِالْإِيضَاعِ

Daripada Ibnu 'Abbas RA, bahawasanya beliau telah bertolak bersama-sama Nabi SAW pada hari 'Arafah. Kemudian Nabi SAW mendengar dari arah belakang Baginda SAW suara yang keras dan bentakan serta pukulan terhadap unta. Maka Baginda SAW memberi isyarat kepada mereka dengan cemeti agar bertenang. Baginda SAW bersabda: "Wahai manusia, hendaklah kamu bertenang, kerana sesungguhnya kebaikan bukan (diperoleh) dengan tergesa-gesa." (HR Bukhari No: 1671) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Islam adalah agama yang membawa rahmat, bukan sahaja kepada sesama manusia bahkan kepada semua makhluk termasuk binatang.

2.Bersifat rahmah dengan berlemah lembut dengan binatang tunggangan adalah suatu yang dituntut.

3.Antara rahmat yang diberikan Allah SWT kepada hamba-Nya adalah dapat melakukan ibadah dengan taufik dan hidayah-Nya. Setiap ibadah yang dilakukan seperti solat, haji dan sebagainya hendaklah dilakukan dengan penuh ketenangan. Hanya ibadah yang dilaksanakan dengan penuh ketenangan akan melahirkan kebesaran dan ketaqwaan kepada Allah SWT dalam hatinya.

Setiap Muslim hendaklah sentiasa bersifat tenang kerana sifat tergesa-gesa akan menyebabkan seseorang itu melakukan kesilapan dan ketidaksempurnaan dalam melakukan amal ibadah yang akhirnya menyebabkan amalan tersebut ditolak oleh Allah SWT.

Buat para Jemaah Haji yang diberi peluang mengerjakan ibadah haji dan menjadi tetamu duyufurrahman pada tahun ini, semoga sentiasa tenang beribadat di sana serta didoakan kebaikan dan mendapat haji yang mabrur.

زَوَّدَكَ اللَّهُ التَّقْوَى وَغَفَرَ ذَنْبَكَ وَيَسَّرَ لَكَ الْخَيْرَ حَيْثُمَا كُنْتَ

“Semoga Allah SWT membekalkanmu dengan ketaqwaan, mengampunkan dosamu dan Allah memudahkan kebaikan untukmu di mana sahaja kamu berada.”

اللَّهُمَّ اجْعَلْ حَجًّا مَبْرُوْرًا وَسَعْيًا مَشْكُوْرًا وَذَنْبًا مَغْفُوْرًا

“Semoga Allah menganugerahkan haji yang mabrur, usaha yang disyukuri dan dosa yang diampuni.”

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

05hb Jun 2024
27hb Zulkaedah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Rezeki

أَمَّنۡ هَـٰذَا ٱلَّذِی یَرۡزُقُكُمۡ إِنۡ أَمۡسَكَ رِزۡقَهُۥۚ بَل لَّجُّوا۟ فِی عُتُوࣲّ وَنُفُورٍ

"Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? (Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran)".
(al-Mulk: 21)

Yakinlah bahawa setiap orang telah tertulis rezeki untuknya. Lambat atau cepat pasti akan diperolehi apa yang telah ditulis untuknya.

Berkata Imam Abdullah Al-Haddad rahimahullah:
"Yang Allah SWT telah tentukan untuk orang lain tidak akan sampai kepada kamu. Yang sudah ditentukan oleh Allah SWT untuk kamu pasti akan sampai kepada kamu".

Banyaknya rezeki bukan tanda mulia, sedikit rezeki bukan tanda hina. Kedua-duanya adalah ujian semata-mata.

ثُمَّ لَتُسۡـَٔلُنَّ یَوۡمَىِٕذٍ عَنِ ٱلنَّعِیمِ

"Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!"
(at-Takāthur: 8)

Allah SWT memberi rezeki ada hikmahnya. Dia yang menahan rezeki, juga ada hikmahnya. Usah resah tibanya rezeki sehingga terdorong melakukan perkara yang haram untuk mempercepatkannya.

Pilihlah jalan yang halal serta tawakkal dengan tenang dan penuh yakin, janji Allah pasti terlaksana. Ingat selalu pesanan Rasulullah SAW ini:

“Jangan tergesa-gesa di dalam mencari rezeki. Kerana sesungguhnya tidak akan mati seseorang hamba (manusia) sehingga sampai kepadanya bahagian terakhir daripada rezeki yang diperuntukkan baginya. Maka perelokkanlah di dalam mencarinya. Ambillah yang halal dan tinggalkanlah yang haram!”
(Silsilah Sahihah)

Allah SWT mengatakan siapakah orang yang dapat memberi rezeki selain daripada Allah. Dengan kata lain, tiada seorang pun yang dapat memberi, mencegah, menciptakan, memberi rezeki, dan yang menolong selain dari Allah SWT semata, tiada sekutu bagiyNya. Kebanyakan manusia mengetahui hal ini, tetapi mereka memilih untuk menyembah selainNya.
27 Zulkaedah 1445H
05 Jun 2024M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Di antara sifat Allah yang maha agung, yang Ia jadikan di antara makhlukNya, ialah Rahmah. Bahkan di dalam Al-Quran nama Ar Rahman dan Ar Rahim kerap digunakan untuk memperkenalkan diriNya kepada manusia.

وَإِلَـٰهُكُمْ إِلَـٰهٌ وَاحِدٌ لَّا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ الرَّحْمَـٰنُ الرَّحِيمُ

Dan Tuhanmu adalah Tuhan Yang Maha Esa; tidak ada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
(Al Baqarah: 163)

خَلَقَ اللهُ مِائَةَ رَحْمَةٍ، فَوَضَعَ وَاحِدَةً بَيْنَ خَلْقِهِ وَخَبَأَ عِنْدَهُ مِائَةً إِلَّا وَاحِدَةً

“Allah menciptakan 100 bahagian rahmat, lalu Allah meletakkan satu bahagian rahmat di antara makhluqNya dan Allah menyimpan 99 bahagian rahmat di sisiNya”.
(Hadith Riwayat Muslim)

Nabi kita Muhammad SAW adalah makhluk Allah yang paling penyayang, dan di antara nama-nama Baginda adalah نَبِيُّ الرَّحْمَةِ (Nabi kasih sayang).

Allah 'azza wa jalla, mengutus Baginda sebagai rahmat untuk seluruh makhluk

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ

Dan Tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.
(Al Anbiyaa’: 107)

Nabi SAW bersabda:

الرَّاحِمُوْنَ يَرْحَمُهُمُ الرَّحْمَانُ، اِرْحَمُوا مَنْ فِي الأَرْضِ يَرْحَمْكُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ

“Orang-orang yang mengasihi dirahmati oleh Ar-Rahman (Yang Maha Pengasih), kasihilah yang ada di bumi nicaya yang di langit akan mengasihi kalian”.
(Hadith Riwayat Abu Daud)

Di antara orang-orang yang masuk syurga adalah kaum yang hatinya penuh dengan rahmat dan kelembutan disertai keimanan. Nabi SAW bersabda:

وَأهل الْجنَّة ثلاثةٌ: ذُو سُلْطَان مقسط متصدق موفق. وَرجل رحيمٌ رَقِيق الْقلب لكل ذِي قربى وَمُسلم.
وعفيفٌ متعفف ذُو عِيَال

“Dan penghuni syurga tiga golongan, (1) pemilik kekuasaan yang adil, dermawan, lagi mendapat petunjuk, (2) lelaki yang pengasih, berhati lembut kepada setiap kerabat dan setiap muslim, (3) dan seorang yang menjaga harga dirinya (dari perkara yang haram) dan berusaha menjaga dirinya (untuk tidak minta-minta) sementara ia memiliki anak-anak (yang dibawah tanggungannya)”.
(Hadith Riwayat Muslim)

Hati yang keras adalah akibat kosongnya dari kasih sayang, Allah ta'ala telah mencela sebagian kaum, sebagaimana firmanNya:

ثُمَّ قَسَتْ قُلُوبُكُمْ مِنْ بَعْدِ ذَلِكَ

Kemudian setelah itu hati kalian menjadi keras
(Al Baqarah: 74)

Al-Baghawi berkata:

يَبِسَتْ وَجَفَّتْ، جَفَافُ الْقَلْبِ: خُرُوْجُ الرَّحْمَةِ وَاللِّيْنِ عَنْهُ

“Iaitu hati kalian kering, dan keringnya hati dengan keluarnya rahmat dan kelembutan darinya”.

Hal ini merupakan tanda kesengsaraan, Nabi SAW bersabda:

لاَ تُنْزَعُ الرَّحْمَةُ إِلاَّ مِنْ شَقِيٍّ

“Tidaklah dicabut rahmat kecuali dari orang yang sengsara”.
(Hadith Riwayat Abu Daud)

Barangsiapa yang tidak mengasihi makhluk maka Allah tidak mengasihinya. Nabi SAW bersabda:

لاَ يَرْحَمُ اللهَ مَنْ لاَ يَرْحَمُ النَّاسَ

“Allah tidak mengasihi orang yang tidak mengasihi manusia”.
(Hadith Riwayat Al-Bukhari)

Saling mengasihi di antara orang-orang yang beriman menjadikan mereka seperti tubuh yang satu. Rasulullah SAW bersabda:

تَرَى الْمُؤْمِنِيْنَ فِي تَرَاحُمِهِمْ وَتَوَادِّهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ كَمَثَلِ الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى عُضْوًا تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ جَسَدِهِ بِالسَّهْرِ وَالْحُمَّى

“Engkau melihat kaum mukminin dalam saling mengasihi di antara mereka, saling mencintai di antara mereka, saling lembut diantara mereka seperti satu tubuh, jika salah satu anggota tubuh sakit, maka seluruh anggota tubuh yang lain ikut sakit demam dan tidak tidur malam”.
(Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Justeru, kasihilah dan kasihanilah para mad'unmu (orang-orang yang didakwah), walaupun siapa mereka dan bagaimana keadaan mereka. Mungkin mereka jahil, pelaku maksiat, bahkan mungkin belum mendapat hidayah untuk menerima Islam. Mereka perlukan ilmu, dakwah, islah dan kasih sayang dalam melepaskan kejahilan, kemungkaran dan kekufuran mereka...

~ Abu Imtiyaz ~
Muhasabah malam ini

Pakaian yang kita pakai, makanan yang kita makan, rumah yang kita tinggal itu bukanlah dunia,

Tetapi dunia itu adalah pandangan kita tertumpu pada dunia hingga kita membelakangkan Allah.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
قال سفيان الثوري رحمه اللّٰه:
ليس للشيطان سلاح للإنسان مثل خوف الفقر، فإذا وقع في قلب الإنسان، منع الحق وتكلم بالهوى وظن بربه ظن السوء

Sufyan Ats-Tsauri rahimahullah berkata:
"Syaitan tidak mempunyai senjata tajam melainkan membisik rasa takut miskin yang dibisikan kepada manusia. Jika bisikan itu masuk kedalam hati manusia, maka hal itu akan menghalangi kebenaran, hati akan keluarkan kata-kata tidak elok dan buruk sangka kepada Allah."
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Peserta Korban Dilarang Memotong Kuku dan Rambut

عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا رَأَيْتُمْ هِلاَلَ ذِي الْحِجَّةِ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلْيُمْسِكْ عَنْ شَعْرِهِ وَأَظْفَارِهِ

Daripada Ummu Salamah RA, sesungguhnya Nabi SAW bersabda: Jika telah masuk sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah dan salah seorang antara kamu semua ingin menyembelih korban, janganlah memotong rambut dan kukunya (sehingga selesai korban)."  (Sahih Muslim No: 3655) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Bagi mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban, dilarang (makruh)  menggunting rambut, mencukur, mencabut sebarang bulu di badan dan memotong kukunya bermula dari tarikh 1hb Zulhijjah sehingga dia melaksanakan ibadah korban tersebut.

2.Menurut Imam al-Nawawi larangan di dalam hadis ini bermaksud makruh memotongnya. Larangan menghilangkan kuku dengan memotong, mencabut atau dengan cara lain (secara sengaja). Termasuk juga larangan menghilangkan rambut sama ada mencukur, memendek, mencabut, membakar, menggunakan sesuatu untuk menghilangkan rambut dan apa jua cara sama ada pada bulu ketiak, misai, bulu ari-ari, rambut atau bulu-bulu lain di bahagian anggota badan yang lain." (Syarah Muslim  Imam al-Nawawi, jil. 13, ms. 138-139)

3.Bagi mereka yang sengaja mahupun tidak sengaja memotong kuku ataupun rambut sebelum melaksanakan ibadah korban, memadai dia memohon keampunan kepada Allah. Dia tidak dikenakan fidyah (tebusan atau denda).

Ibn Qudamah r.h berkata: "Jika perkara itu berlaku, dia hendaklah segera beristighfar (memohon ampun) kepada Allah. Menurut ijmak tidak ada fidyah sama sekali, baik dilakukan dengan sengaja atau tidak sengaja." (Kitab al-Mughni karya Ibn Qudamah, jil. ms. 96)

4.Majoriti ulama dari mazhab Maliki, Syafie dan sebahagian mazhab Hanbali menyatakan makruh hukumnya memotong kuku atau rambut yang ada pada badan bermula 1hb Zulhijjah hingga ibadah korban dilaksanakan.

5. Antara hikmah yang disebut oleh Imam Nawawi Rahimahullah dalam Syarah-nya ialah larangan memotong kuku dan menggunting rambut bagi orang yang ingin melaksanakan korban ialah supaya anggota yang terdapat pada badannya itu semuanya akan dibebaskan daripada api neraka.

Jom amalkan sunnah dengan tidak memotong kuku dan rambut bermula 1hb Zulhijjah (dijangka pada 8hb Jun) bagi peserta korban  sehingga ibadat korban dilaksanakan.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

06hb Jun 2024
28hb Zulkaedah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Rezeki

أَمَّنۡ هَـٰذَا ٱلَّذِی یَرۡزُقُكُمۡ إِنۡ أَمۡسَكَ رِزۡقَهُۥۚ بَل لَّجُّوا۟ فِی عُتُوࣲّ وَنُفُورٍ

"Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? (Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran)".
(al-Mulk: 21)

Ramai yang mengeluh risau tentang rezeki. Lebih-lebih lagi disaat ini, ekonomi tidak stabil, kos hidup semakin tinggi, harga barang semakin mahal dan banyak saingan dalam dunia perniagaan. 
 
Sebagai manusia, kita memang disuruh berusaha mencari rezeki dan redha dengan pemberian Ilahi.

هُوَ ٱلَّذِی جَعَلَ لَكُمُ ٱلۡأَرۡضَ ذَلُولࣰا فَٱمۡشُوا۟ فِی مَنَاكِبِهَا وَكُلُوا۟ مِن رِّزۡقِهِۦۖ وَإِلَیۡهِ ٱلنُّشُورُ

"Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya)".
(al-Mulk: 15)

Yang paling utama, kita wajib memahami tentang konsep rezeki terlebih dahulu:

1. Hanya Allah jua yang menentukan lapang atau sempitnya rezeki setiap makhlukNya.
 
2. Hanya Allah jua yang mengetahui hikmah di sebalik apa yang Dia tentukan lapang atau sempitnya rezeki seseorang.
 
3. Setiap orang yang mendapat rezeki wajib melaksanakan tanggungjawab sosial dengan menginfaqkan rezeki yang diperolehinya membantu golongan yang memerlukan.

Berkata Imam ar-Razi:
"Allah melapangkan dan menyempitkan rezeki. Justeru, tidak wajar bagi seseorang itu berhenti dari melakukan kebaikan (membantu orang lain). Rezeki yang Allah kurniakan tidak akan kurang dengan infaq dan tidak akan bertambaah dengan imsak (menyimpan untuk diri sendiri)".
(Mafatih al-Ghaib)
 
4. Kejayaan seseorang dinilai bukan pada banyak rezeki yang diperolehi tetapi pada infaq yang diberikan. Namun, pemberian dengan tujuan mendapat ganjaran yang lebih besar dari manusia tidak ada nilai di sisi Allah SWT.
 
6. Hanya pemberian yang ikhlas mengharap keredhaan Allah semata-mata yang akan mendapat pahala yang berganda-ganda. Imam Ibn Kathir menyebut sepotong hadith: "Tiada seorangpun yang mengeluarkan sedekah sebiji tamar dari hasil usaha yang halal melainkan ia diterima oleh Al-Rahman dengan 'Tangan KananNya' lalu disuburkannya sebagaimana kamu menanam satu biji benih kemudian biji benih itu tumbuh membesar sehingga sebiji tamar yang dikeluarkan tadi menjadi sebesar bukit uhud".
(Tafsir Ibnu Kathir)
 
7. Setiap makhluk yang Allah ciptakan, Allah tentukan rezeki untuknya. Imam Ibnu Kathir berkata: "Allah Maha Pencipta dan Allah Maha Memberi Rezeki. Manusia dilahirkan dari perut ibunya dalam keadaan telanjang bulat. Tiada ilmu, tiada pendengaran, penglihatan dan keupayaan. Kemudian Allah kurniakan semua itu kepadanya; pakaian, perhiasan, kelengkapan, harta kekayaan serta tenaga untuk berusaha".
(Tafsir Ibn Kathir)
 
8. Siapapun kita, sedikit atau banyak rezeki yang diperuntukkan untuk kita, kita tetap akan mati dan dibangkitkan kembali untuk dihisab segala amalan di dunia ini termasuk rezeki yang kita perolehi; bagaimana kita memperolehinya dan bagaimana kita membelanjakannya.

Berdoalah mohon keberkatan atas setiap rezeki yang kita perolehi.