MEKANIK IMAN.
334 subscribers
1.84K photos
531 videos
99 files
4.3K links
Bismillahirrahmanirrahim...

Jom perbaiki Iman dan Amal kita yang merupakan kunci dan bekalan kita di akhirat.

Jom join Group Soal Jawab Fiqh di sini
👉 https://t.me/+FdV3VML4jH4xOWY9

Semoga bermanfaat buat semua. Aamiin
Download Telegram
16 Zulkaedah 1445H
25 Mei 2024M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Bila ujian Allah datang, hati manakah yang tunduk khusyu' mengingatiNya...

Datangnya ujian itu di waktu malam dan siang...

إِنَّمَا مَثَلُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا كَمَاءٍ أَنزَلْنَاهُ مِنَ السَّمَاءِ فَاخْتَلَطَ بِهِ نَبَاتُ الْأَرْضِ مِمَّا يَأْكُلُ النَّاسُ وَالْأَنْعَامُ حَتَّىٰ إِذَا أَخَذَتِ الْأَرْضُ زُخْرُفَهَا وَازَّيَّنَتْ وَظَنَّ أَهْلُهَا أَنَّهُمْ قَادِرُونَ عَلَيْهَا أَتَاهَا أَمْرُنَا لَيْلًا أَوْ نَهَارًا فَجَعَلْنَاهَا حَصِيدًا كَأَن لَّمْ تَغْنَ بِالْأَمْسِ ۚ كَذَٰلِكَ نُفَصِّلُ الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu, adalah seperti air (hujan) yang Kami turunkan dan langit, lalu tumbuhlah dengan suburnya karena air itu tanam-tanaman bumi, di antaranya ada yang dimakan manusia dan binatang ternak. Hingga apabila bumi itu telah sempurna keindahannya, dan memakai (pula) perhiasannya, dan pemilik-pemliknya mengira bahawa mereka pasti menguasasinya, tiba-tiba datanglah kepadanya azab Kami di waktu malam atau siang, lalu Kami jadikan (tanam-tanamannya) laksana tanam-tanaman yang sudah disabit, seakan-akan belum pernah tumbuh kemarin. Demikianlah Kami menjelaskan tanda-tanda kekuasaan (Kami) kepada orang-orang berfikir.
(Yunus: 24)

Di waktu malam ketika nyenyak tidur...

أَفَأَمِنَ أَهْلُ الْقُرَىٰ أَن يَأْتِيَهُم بَأْسُنَا بَيَاتًا وَهُمْ نَائِمُونَ

Maka apakah penduduk negeri-negeri itu merasa aman dari kedatangan siksaan Kami kepada mereka di malam hari di waktu mereka sedang tidur?

Di waktu dhuha ketika sedang leka bermain...

أَوَأَمِنَ أَهْلُ الْقُرَىٰ أَن يَأْتِيَهُم بَأْسُنَا ضُحًى وَهُمْ يَلْعَبُونَ ﴿٩٨﴾

Atau apakah penduduk negeri-negeri itu merasa aman dari kedatangan siksaan Kami kepada mereka di waktu matahari sepenggalahan naik ketika mereka sedang bermain?(98)
(Al A'raaf: 97-98)

Ketika diri kita diuji oleh Allah SWT, tanyakanlah kepada diri kita, apakah yang telah kita pelajari dengan ujian Allah ini? Pelajari dan fahamilah pengajaran disebalik ujian tersebut. Pasti kita akan menemui hikmah kebijaksanaan Allah disebalik ujian-ujian yang melanda ke atas kita itu. Maka hati kita akan mulai redha dan menjadi tenang.

أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آمَنُوا أَن تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ اللَّـهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ وَلَا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِن قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ ۖ وَكَثِيرٌ مِّنْهُمْ فَاسِقُونَ

Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.
(Al Hadid: 16)

Allah menguji manusia adalah untuk mengetahui siapakah yang benar-bebar beriman kepadaNya...

وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ ۖ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ

"Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta".
(Al-Ankabut: 3)

الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَالصَّابِرِينَ عَلَىٰ مَا أَصَابَهُمْ وَالْمُقِيمِي الصَّلَاةِ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ

"Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka, dan orang-orang yang sabar (cekal hati) terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang-orang yang mendirikan sembahyang, serta orang-orang yang mendermakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya."
(Al-Hajj: 35)

Justeru, inilah masanya untuk melihat diri sendiri. Melihat dengan mata hati yang murni...

~ Abu Imtiyaz ~
Muhasabah malam ini

Dakwah itu dalam pengertian, mengajak orang menuju kebaikan dan jalan ke syurga.

Bukan untuk berbangga dan ketawa dengan mengatakan ini sesat, itu ahli neraka.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Al-Quran Syafaat dan Barakah

عَنْ زَيْدٍ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا سَلَّامٍ يَقُولُ حَدَّثَنِي أَبُو أُمَامَةَ الْبَاهِلِيُّ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ اقْرَءُوا الزَّهْرَاوَيْنِ الْبَقَرَةَ وَسُورَةَ آلِ عِمْرَانَ فَإِنَّهُمَا تَأْتِيَانِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ كَأَنَّهُمَا غَمَامَتَانِ أَوْ كَأَنَّهُمَا غَيَايَتَانِ أَوْ كَأَنَّهُمَا فِرْقَانِ مِنْ طَيْرٍ صَوَافَّ تُحَاجَّانِ عَنْ أَصْحَابِهِمَا اقْرَءُوا سُورَةَ الْبَقَرَةِ فَإِنَّ أَخْذَهَا بَرَكَةٌ وَتَرْكَهَا حَسْرَةٌ وَلَا تَسْتَطِيعُهَا الْبَطَلَةُ

Daripada Zaid bahawa ia mendengar Abu Sallam berkata, telah menceritakan kepadaku Abu Umamah Al Bahili ia berkata; Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Bacalah Al-Quran, kerana ia akan datang memberi syafaat kepada para pembacanya pada hari kiamat nanti. Bacalah Zahrawain, iaini surah Al-Baqarah dan Ali Imran, kerana keduanya akan datang pada hari kiamat nanti, seperti dua tumpuk awan menaungi pembacanya, atau seperti dua kelompok burung yang sedang terbang dalam formasi hendak membela pembacanya. Bacalah Al-Baqarah, kerana dengan membacanya akan memperoleh barakah, dan dengan tidak membacanya akan menyebabkan penyesalan, dan pembacanya tidak dapat dikalahkan oleh tukang-tukang sihir." (HR Muslim No: 1910) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Al-Quran akan menjadi penolong (pemberi syafaat) kepada pembacanya pada hari akhirat nanti.

2.  Al-Munawi menjelaskan  bahawa apa yang dimaksudkan oleh Nabi bukanlah Al-Quran itu datang dalam bentuk lelaki, burung, awan dan sebagainya, akan tetapi yang dimaksudkan adalah pahala yang layak diberikan kepada mereka yang membaca dan beramal dengannya. Pahala-pahala itu nantinya akan datang dalam bentuk lelaki yang menjadi hujah di hadapan Allah. Ia juga menjadi seperti awan yang menaungi para pembacanya dari kepanasan di hari akhirat.

3.  Sesiapa yang mengamalkan membaca surah Al-Baqarah dan Ali Imran, pada hari kiamat nanti akan mendapat naungan kedua surah ini dengan izin Allah.

4.  Orang yang melazimi membaca surah al-Baqarah, ia akan memperoleh barakah

5.  Orang yang tidak membaca al-Quran, ia akan menyesal

6.  Orang yang melazimi membaca surah al-Baqarah, tidak akan dapat dikalahkan oleh tukang-tukang sihir (terhindar dari sihir).

Al-Quran Dihayati, Negara Diberkati

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

26hb Mei 2024
17hb Zulkaedah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Neraka

إِنَّ ٱلۡمُجۡرِمِینَ فِی ضَلَـٰلࣲ وَسُعُرࣲ

"Sesungguhnya orang-orang yang berdosa berada dalam keadaan sesat (di dunia), dan (di akhirat pula mereka berada dalam) api Neraka".
(al-Qamar: 47)

Allah SWT menegaskan dan memberi makluman keras dengan mengatakan bahawa orang-orang yang berdosa, golongan yang engkar derhaka, pengamal syirik khurafat, orang kafir, benar-benar akan dicampakkan ke dalam neraka. Hal ini kerana sepanjang hidup didunia, mereka berada dalam kesesatan.

Kehidupan mereka bercanggah dengan petunjuk. Mereka memilih kesesatan daripada kebenaran. Maka, kerugian dan penyesalan menjadi igauan ngeri untuk mereka.

Mereka akan dikenakan azab seksaan dengan kedahsyatan yang luar biasa. Seksaan yang sangat ngeri dan tersangat menggerunkan.

یَوۡمَ یُسۡحَبُونَ فِی ٱلنَّارِ عَلَىٰ وُجُوهِهِمۡ ذُوقُوا۟ مَسَّ سَقَرَ

"Semasa mereka diseret di dalam Neraka (dengan tertiarap) atas muka mereka, (serta dikatakan kepada mereka): Rasalah kamu bakaran api Neraka".
(al-Qamar: 48)

Allah SWT mengatakan mereka akan diseksa dengan diseret di dalam neraka yang panas membara dengan wajah yang terlangkup dan tertiarap.

Berkata Imam Ibnu Ashur:

وَالسَّحْبُ: الْجَرُّ ، وَهُوَ فِي النَّارِ أَشَدُّ مِنْ مُلَازَمَةِ الْمَكَانِ لِأَنَّ بِهِ يَتَجَدَّدُ مُمَاسَّةُ نَارٍ أُخْرَى فَهُوَ أَشَدُّ تَعْذِيبًا

"Lafaz السَّحْبُ bermaksud diseret. Ia lebih teruk berbanding seseorang tetap sahaja di situ tanpa bergerak, kerana (apabila diseret) ia membuatkan seseorang itu sentiasa terkena bahagian api lain, azab itu nyatanya lebih pedih".

Mereka sentiasa diseret tanpa henti dan sentiasa merasai kesakitan yang baru dan berulang-ulang seksaan dan kesakitannya.

Kenapa diseret wajah mereka? Ini sebagai satu penghinaan dahsyat buat mereka. Ini kerana wajah adalah anggota badan yang paling dijaga, disayangi, dimuliakan dan diambil berat oleh manusia. Kerana itulah, Allah menyeksa wajah manusia.

Akhirnya mereka diherdik dan dihina dengan dikatakan rasalah kedahsyatan azab yang telah disediakan Allah untuk mereka sebagai satu hukuman atas dosa yang telah mereka lakukan.

Para ulama' mengatakan, dalam banyak-banyak ayat al-Quran yang memperkatakan tentang neraka, ini antara ayat yang ngeri dan menggerunkan. Moga menginsafkan kita semua!
Muhasabah malam ini

Tidak semestinya ada orang hidup dalam kebaikan tetapi mati dalam kejahatan.

Dan tidak semuanya ada orang hidup dalam kejahatan tetapi matinya dalam kebaikan.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Kekayaan Orang Bertakwa

حَدَّثَنَا مُعَاذُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ خُبَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَمِّهِ قَالَ كُنَّا فِي مَجْلِسٍ فَطَلَعَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَى رَأْسِهِ أَثَرُ مَاءٍ فَقُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ نَرَاكَ طَيِّبَ النَّفْسِ قَالَ أَجَلْ قَالَ ثُمَّ خَاضَ الْقَوْمُ فِي ذِكْرِ الْغِنَى فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا بَأْسَ بِالْغِنَى لِمَنْ اتَّقَى وَالصِّحَّةُ لِمَنْ اتَّقَى خَيْرٌ مِنْ الْغِنَى وَطِيبُ النَّفْسِ مِنْ النَّعِيمِ

Mu'adz bin 'Abdullah bin Khubaib dari ayahnya dari pamannya meriwayatkan kepada kami bahawa; Ketika kami berada disuatu majlis kemudian Rasulullah SAW datang, dirambut baginda ada sisa-sisa air. Kami berkata; Wahai Rasulullah! Kami melihat Rasulullah seorang yang memiliki jiwa bahagia. Rasulullah SAW  menjawab: "Ya Benar." Kemudian di majlis itu orang-orang berbual mengenai kekayaan. Rasulullah SAW bersabda: "Tidak mengapa kaya kalau disertai dengan ketakwaan. Namun kesihatan dengan ketakwaan kepada Allah itu lebih baik (dari kekayaan). Manakala kebahagian jiwa pula adalah sebahagian dari nikmat (Allah) (Musnad Ahmad No:  22144)  Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Kekayaan yang dimiliki oleh seseorang tidak tercela asalkan ia diurus dengan cara yang bertakwa.

2.  Pemilik yang bertakwa akan memastikan sumber hartanya bersih lagi halal disamping menunaikan hak terhadap harta yang dimiliki seperti zakat dan sedekah.

3.  Orang kaya yang dicela apabila ia tidak menunaikan hak harta dan tidak pernah merasa cukup dengan apa yang dimiliki.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ قَدْ أَفْلَحَ مَنْ أَسْلَمَ وَرُزِقَ كَفَافًا وَقَنَّعَهُ اللَّهُ بِمَا آتَاهُ

Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash, Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya sangat beruntung orang yang masuk Islam, diberikan rezeki yang cukup oleh Allah serta dia pula merasa puas (qanaah) dengan apa yang Allah berikan kepadanya.” (HR Muslim no: 1746)

4.  Kesihatan yang dimiliki oleh orang yang bertakwa kepada Allah itu lebih baik dari harta kekayaan. Kesihatan yang dimiliki tidak boleh ditukar dengan wang ringgit dan harta.

5.  Kebahagiaan jiwa (ketenangan, ketenteraman dan kelapangan) merupakan sebahagian dari kekayaan  dan nikmat hidup.

6.  Memiliki wang ringgit dan kekayaan harta benda belum tentu menjamin ketenangan jiwa.

Biar berharta, asalkan memiliki sifat qanaah (merasa cukup) dan sentiasa bersyukur dengan menunaikan hak-hak harta berkenaan, di samping jiwa pemilik harta sentiasa merasa tenang dan bahagia.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

27hb Mei 2024
18hb Zulkaedah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Dakwah dan Islam

لَاۤ إِكۡرَاهَ فِی ٱلدِّینِۖ قَد تَّبَیَّنَ ٱلرُّشۡدُ مِنَ ٱلۡغَیِّۚ فَمَن یَكۡفُرۡ بِٱلطَّـٰغُوتِ وَیُؤۡمِنۢ بِٱللَّهِ فَقَدِ ٱسۡتَمۡسَكَ بِٱلۡعُرۡوَةِ ٱلۡوُثۡقَىٰ لَا ٱنفِصَامَ لَهَاۗ وَٱللَّهُ سَمِیعٌ عَلِیمٌ

"Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui".
(al-Baqarah: 256)

Berkata Imam at-Thabari rahimahullah:
"Ahli tafsir berbeza pendapat tentang makna 'tiada paksaan dalam agama'. Sebahagian mereka berkata ayat ini turun untuk menjawab kemusykilan kaum Ansar atau seorang lelaki dari kalangan mereka yang mempunyai beberapa orang anak yang telah mereka jadikan penganut agama yahudi atau nasrani. Apabila Allah menurunkan Islam, mereka mahu memaksa anak-anak mereka itu agar memeluk Islam. Maka Allah melarang mereka berbuat demikian. Sebaliknya mereka hendaklah membiarkan anak-anak mereka itu sendiri yang memilih untuk memeluk Islam.

Antara riwayat yang menyebut demikian ialah apa yang diambil daripada Imam Said bin Jubair rahimahullah daripada Ibn Abbas r.a:
"Seorang wanita dikatakan miqlat, iaitu selalu kematian anak. Lalu dia bernazar sekiranya ada anaknya yang hidup dia akan menjadikan anak itu yahudi. Ketika Bani Nadhir diusir dari Madinah, terdapat bersama dengan mereka anak-anak orang Ansar (termasuk anak wanita itu). Mereka bertekad tidak akan membiarkan anak-anak mereka bersama yahudi. Lalu Allah turunkan ayat ini".

Riwayat yang lain, daripada maula Sayidina Zaid bin Thabit r.a daripada Ikrimah atau Said bin Jubair daripada Sayidina Ibn Abbas r.a: "Ayat ini turun mengenai seorang lelaki Ansar daripada Bani Salim bin Auf bernama Husain. Dia mempunyai dua orang anak yang menganut agama Nasrani sedangkan dia seorang muslim. Dia berkata kepada Nabi SAW:" Tidakkah aku harus memaksa kedua-duanya? Sesungguhnya kedua-duanya tidak mahu terima kecuali Nasrani!". Maka Allah menurunkan ayat ini bagi menjawab persoalan itu.

Jika kita renungi ayat di atas serta sebab turunnya secara mendalam, akan memahamkan kita bahawa Allah SWT memberikan kebebasan kepada hambaNya untuk memilih agama mereka.

Justeru, tanggungjawab kita sebagai muslim adalah memberi penerangan dengan jelas dan berhikmah supaya nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Apabila telah nyata, maka terserah kepada mereka membuat pilihan sama ada menerima kebenaran agama Islam atau masih belum mahu menerima Islam. Tiada sebarang paksaan.

Jika mereka masih belum menerima, teruskan usaha dakwah tanpa putus asa. Tidak perlu rasa bersalah jika mereka terus enggan menerima Islam kerana hidayah adalah milik Allah SWT.

Membawa manusia yang berada di dalam kegelapan untuk menerima cahaya kebenaran adalah satu pekerjaan yang amat berat. Namun begitu, pekerjaan yang mulia inilah merupakan pekerjaan para Nabi dan Rasul iaitu membawa manusia ke jalan hidayah. Teruskan berdakwah dengan hikmah dan jangan sesekali memaksa mereka menerima Islam.
Tahniah dan syabas buat semua pelajar - pelajar yang menerima keputusan SPM pada hari ini..

#MekanikIman
18 Zulkaedah 1445H
27 Mei 2024M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Hanya seorang yang kuat dan berani sanggup menentang keinginan nafsunya untuk ke syurga...

حُفَّتِ الْجَنَّةُ بِالْمَكَارِهِ وَحُفَّتِ النَّارُ بِالشَّهَوَاتِ

“Syurga itu diliputi perkara-perkara yang dibenci (oleh jiwa) dan neraka itu diliputi perkara-perkara yang disukai syahwat”.
(Hadith Riwayat Muslim)

Huffat( حفت ) Berasal dari kata al-hafaf (الحَفَاف) yang berarti sesuatu yang meliputi sesuatu yang lain yang berarti syurga dan neraka itu diliputi sesuatu. Seseorang tidak akan memasuki syurga dan neraka kecuali setelah melewati hijab terebut. Dalam riwayat Bukhari kata huffat diganti dengan kata hujibat (حُجِبَت ) yang berarti tabir, hijab ataupun pembatas dan keduanya memiliki makna sama. Hal ini ditegaskan Ibnul Arabi sebagaimana dinukil Ibnu Hajar dalam Fathul Baari.

Al Jannah ( الجنة ):
Kampung kenikmatan.
Al-Makarih ( المكاره ):
Perkara-perkara yang dibenci (oleh nafsu) berupa ketaatan dan ketundukan terhadap peraturan Allah SWT.
An-Nar ( النار ):
Kampung siksaan dan azab
As Syahawat ( الشهوات ):
Nafsu yang condong kepada keburukan.

Para ulama mengatakan:
Hadith ini mengandung kalimat-kalimat yang indah dengan cakupan makna yang luas serta kefasihan bahasa yang ada pada diri Rasulullah SAW. Sehingga baginda membuat perumpamaan yang sangat baik dan tepat.

"Hadith ini menjelaskan kepada kita bahwa seseorang itu tidak akan masuk syurga sehingga mengamalkan perkara-perkara yang dibenci nafsu, begitu pula sebaliknya seseorang itu tidak akan masuk neraka sehingga ia mengamalkan perkara-perkara yang disenangi oleh syahwat. Demikian itu disebabkan ada tabir yang menghiasi syurga dan neraka berupa perkara-perkara yang dibenci ataupun yang disukai nafsu. Barangsiapa yang berhasil membuka tabir maka ia akan sampai kedalamnya. Tabir syurga itu dibuka dengan amalan-amalan yang dibenci nafsu dan tabir neraka itu dibuka dengan amalan-amalan yang disenangi syahwat.

Di antara amalan-amalan yang dibenci nafsu seperti halnya bersungguh-sungguh dalam beribadah kepada Allah SWT serta menekuninya, bersabar ketika berat menjalankannya, menahan perasaan marah, memaafkan orang lain, berlaku lemah lembut, bersedekah, berbuat baik kepada orang yang pernah berbuat salah, bersabar untuk tidak menurut hawa nafsu dan yang lainnya. Sementara perkara yang menghiasi neraka adalah perkara-perkara yang disukai syahwat yang jelas keharamannya seperti minum arak, berzina, memandang wanita yang bukan mahramnya (tanpa hajat), mengumpat, leka dengan nyanyian dan permainan dan seumpamanya.

Adapun syahwat yang harus maka tidak termasuk dalam hal ini. Namun makruh hukumnya bila berlebih-lebihan karena dibimbangi akan menjerumuskan pada perkara-perkara haram, setidaknya hatinya menjadi kering atau melalaikan hati untuk melakukan ketaatan bahkan mampu jadi hatinya menjadi condong kepada keseronokan dunia".
(Syarhun Nawawi ‘ala Muslim, Asy-Syamilah).

Ibnu Hajar rahimahullah dalam Fathul Baari berkata,
“Yang dimaksud dengan al-makarih (perkara-perkara yang dibenci jiwa) adalah perkara-perkara yang dibebankan kepada seorang hamba baik berupa perintah ataupun larangan dimana ia dituntut bersungguh-sungguh mengerjakan perintah dan meninggalkan larangan tersebut.

Seperti bersungguh sungguh mengerjakan ibadah serta berusaha menjaganya dan menjauhi perbuatan dan perkataan yang dilarang Allah SWT. Penggunaan kata al-makarih disini disebabkan kerana kesulitan dan kesukaran yang ditemui seorang hamba dalam menjalankan perintah dan meninggalkan larangan.

Adapun yang dimaksud syahwat disini adalah perkara-perkara yang dilakukan untuk menikmati kesedapan dunia sementara syariat melarangnya. Baik kerana perbuatan tersebut haram dikerjakan maupun perbuatan yang membuat pelakunya meninggalkan hal yang dianjurkan. Seakan akan Nabi SAW mengatakan seseorang tidaklah sampai ke syurga kecuali setelah melakukan amalan yang dirasa begitu sulit dan berat.
Dan sebaliknya seseorang tidak akan sampai ke neraka kecuali setelah menuruti keinginan nafsunya. Syurga dan neraka dihijab oleh dua perkara tersebut, barangsiapa membukanya maka ia sampai kedalamnya. Meskipun dalam hadith tersebut menggunakan kalimat khabar (berita) akan tetapi maksudnya adalah larangan”.
(Fathul Baari, Asy-Syamilah)

Justeru, jadilah seorang yang kuat jiwa kerana yang kuat sahaja mampu mengharungi mujahadah ini...

~ Abu Imtiyaz ~
Muhasabah malam ini

Jangankah kita menganggap diri kita lebih baik dari orang lain.

Tetapi, kitalah yang seharusnya menganggap mereka memiliki kelebihan lebih dari diri kita.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Miskin Yang Benar 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ الْمِسْكِينُ الَّذِي يَطُوفُ عَلَى النَّاسِ تَرُدُّهُ اللُّقْمَةُ وَاللُّقْمَتَانِ وَالتَّمْرَةُ وَالتَّمْرَتَانِ وَلَكِنْ الْمِسْكِينُ الَّذِي لَا يَجِدُ غِنًى يُغْنِيهِ وَلَا يُفْطَنُ بِهِ فَيُتَصَدَّقُ عَلَيْهِ وَلَا يَقُومُ فَيَسْأَلُ النَّاسَ

Daripada Abu Hurairah RA  bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Bukanlah orang yang dikatakan miskin itu orang yang berkeliling meminta-minta kepada manusia satu dua suap makanan atau sebiji dua kurma. Akan tetapi yang dikatakan miskin adalah orang yang tidak mendapatkan sesuatu yang boleh memenuhi hajatnya dan tidak diketahui halnya lalu ia diberi  sedekah, ia tidak mahu meminta–minta  sedekah kepada orang. (HR Bukhari No: 1385) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Kemiskinan bukan suatu penghinaan, kerana rezeki itu kurniaan Allah yang diberi dengan kadar yang tidak sama antara makhluk. Ada yang mendapat banyak dan ada yang sedikit. Kesemuanya mengandungi hikmah di sisi Allah sebagai ujian kepada manusia. Namun bukan bermakna kita tidak perlu bekerja dan berusaha.

2.  Orang yang berjalan menemui orang ramai kerana meminta sedekah dengan mengharapkan sesuap dua makanan namun tidak mahu berusaha dengan tenaga yang ada bagi mendapatkan pekerjaan dan rezeki untuk keperluan hidup, belum dianggap miskin. Mereka ini pemalas dan bukan Muslim yang mulia.

3.  Meminta sesuap dua makanan atau sebiji dua korma bermaksud mencari keperluan rezeki dengan cara meminta sedekah atau mengemis dengan tidak mahu berusaha dan bekerja (jalan mudah dengan mengemis sebagai profesion), mereka ini bukan sebenar-benar miskin.

4.  Orang yang tidak mendapat sesuatu yang boleh memenuhi hajatnya (benar-benar miskin), tetapi ia tidak mahu melahirkan kemiskinannya  dengan meminta-minta hingga orang menganggap ia tidak memerlukan sebarang pertolongan. Ia memiliki sifat mulia diri dan tidak mahu menghina diri dengan mengemis atau meminta-minta, dia berusaha bekerja mendapatkannya. Inilah orang yang benar-benar miskin. Firman Allah:

لِلۡفُقَرَآءِ ٱلَّذِينَ أُحۡصِرُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ لَا يَسۡتَطِيعُونَ ضَرۡبٗا فِي ٱلۡأَرۡضِ يَحۡسَبُهُمُ ٱلۡجَاهِلُ أَغۡنِيَآءَ مِنَ ٱلتَّعَفُّفِ تَعۡرِفُهُم بِسِيمَٰهُمۡ لَا يَسۡ‍َٔلُونَ ٱلنَّاسَ إِلۡحَافٗاۗ

(Berinfaklah) kepada orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) di jalan Allah (membela Islam) yang tidak berupaya (untuk berniaga, berusaha dan sebagainya) di muka bumi; orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya kerana mereka memelihara diri dari minta-minta. Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak (al-Baqarah: 273)

5.  Semulia-mulia orang yang miskin ialah mereka yang tidak mahu meminta-minta malah berusaha bekerja sedaya upaya dan apa jua pekerjaan yang halal walaupun pendapatan tidak mencukupi. Namun untuk meminta-minta, jauh sekali. Mereka inilah yang paling layak diberi zakat dan dibantu.

Kemiskinan bukan alasan untuk meminta-minta, kerana meminta dan mengemis itu adalah pekerjaan yang hina. Berusaha dan bekerjalah kerana ia adalah pekerjaan mulia.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

28hb Mei 2024
19hb Zulkaedah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
19 Zulkaedah 1445H
28 Mei 2024M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Syurga Firdaus (الْفِرْدَوْسِ), ialah syurga yang tertinggi sekali darjatnya di antara banyak syurga. Dari syurga inilah mengalirnya sungai-sungai syurga.

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ كَانَتْ لَهُمْ جَنَّاتُ الْفِرْدَوْسِ نُزُلًا

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah)."
(Al-Kahfi: 107)

خٰلِدِيْنَ فِيْهَا لَا يَـبْغُوْنَ عَنْهَا حِوَلًا

mereka kekal di dalamnya, mereka tidak ingin pindah dari sana.
(Al-Kahfi: 108)

وعن كعب: أنه ليس في الجنة أعلى من جنة الفردوس، وفيها الآمرون بالمعروف والناهون عن المنكر، أي: أهل الوعظ والتذكير من العارفين.

Diriwayatkan dari Ka'ab:
Bahawa sesungguhnya tidak ada syurga yang lebih tinggi dari syurga Firdaus, yang mana yang menjadi penghuni didalamnya ialah: para penyeru kebajikan (Al-ma'ruf) dan para pencegah dari kemungkaran, atau para pemberi nasihat dan peringatan dari golongan 'Arifiin (ahli ma'rifat).

وعن رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه قال:"
في الجَنَّةِ مِائَةُ دَرَجَةٍ، ما بَيْنَ كُل دَرَجتين كما بَيْنَ السَّمَاءِ والأرْض، فانه اوسطها وأَعلاها الفِرْدَوس، ومِنْها تَفَجَّرُ أنْهَارُ الجنَّةِ، فَوْقَها عَرْشُ الرحمن، فإذَا سَأَلْتُمُوا اللهُ فَسَلُوهُ الفِرْدَوْسَ

Dan dari Rasulullah SAW, bahawa sesungguhnya beliau telah bersabda:
"Di dalam Syurga ada 100 darjat, yang mana dari setiap dua darjat, jaraknya laksana langit dan bumi, yang tertinggi di antara syurga-syurga itu ialah Syurga Firdaus, kerana ia merupakan Syurga yang pertengahan dan yang tertinggi, dan darinya terpancar sungai-sungai syurga, tepat diatasnya (Firdaus) 'Arsy Ar-Rohman: Singgahsana Allah Ar-Rahman, Jika kalian memohon syurga kepada Allah, maka mintalah kepada-Nya syurga Firdaus".
(Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

وقال أيضًا صلى الله عليه وسلم:
جنان الفردوس أربع: جنتان من فِضَّةٍ، أبنيتهما وآنيتُهُما، وجنَّتان من ذهب، أبنيتهما وما فيهما، وما بين القوم وبين أن ينظُرُوا إلى ربهمْ إلا رِدَاءُ الكبْرياءِ على وَجْهِه

Beliau SAW juga bersabda:
"Syurga Firdaus itu ada empat macam":
Dua Syurga yang terbuat dari Perak, yang mana telah Aku bangun keduanya dan telah Aku sendirikannya,
Dua Syurga yang terbuat dari Emas, yang telah Aku bangun dan segala apa yang ada di dalamnya, di mana jarak diantara mereka (penghuninya) jika mereka hendak melihat Robb-mereka, laksana tinggal menyingkapkan saja selendang kesombongan pada wajah-Nya.

وقال قتادة: الفردوس: ربوة الجنة. وقال أبو أمامة: هي سرة الجنة. وقال مجاهد: الفردوس: البستان بالرومية. وقال الضحاك: هي الجنة الملتفة الأشجار.

Qatadah mengatakan: bahawa Firdaus adalah puncak syurga, (letaknya paling tengah dan paling utama), Abu Umamah mengatakan: bahwa Firdaus adalah bahagian tengahnya syurga.
Mujahid berkata: Al-Firdaus bererti kebun menurut bahasa Romawi. Sedangkan Ka'ab, A-suddi dan adh-Dhahak mengatakan: Iaitu kebun yang di dalamnya terdapat bermacam-macam pohon Anggur.

كانت لهم {نُزُلاً} أي: مقدمة لهم عند ورودهم عليه، على حذف مضاف، أي: كانت لهم ثمار جنة الفردوس نُزلاً، أو جعلنا نفس الجنة نُزلاً، مبالغةً في الإكرام، وفيه إيذان بأن ما أعدَّ الله لهم على ما نطق به الوحي على لسان النبوة بقوله: "

Bagi mereka {menjadi tempat tinggal} yakni : sebagai tempat perjamuannya dan peristirahatannya, atau : didahulukan bagi mereka tatkala diturunkan kedalamnya (Al-firdaus) / "hadf mudhof" (dalam istilah tata bahasanya) maksudnya: telah tersediakan bagi mereka segala buah-buahan dari syurga firdaus, tatkala mereka bertempat tinggal di dalam syurga firdaus tersebut, atau telah Kami jadikan syurga firdaus itu sendiri sebagai tempat tinggal mereka, sebagai mubalaghoh di dalam penghormatannya, dan di maksudkan disini sebagai seruan dari segala apa yang telah Allah janjikan bagi mereka, yang telah di firmankan dalam Al-Quran:

أعددت لعبادي الصالحين ما لا عين رأت، ولا أذن سمعت، ولا خَطَرَ على قلب بشر
"Telah Aku sediakan bagi hamba-hamba-Ku yang Soleh, segala apa yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga, dan tidak pernah terlintas sama sekali pada hati seseorang".

. هو بمنزلة النُزُل بالنسبة إلى الضيافة وما بعدها، وإن جُعِلَ النُزل بمعنى المنزل؛ فظاهر. {خالدين فيها لا يبْغُون عنها حِوَلاً} أي: لا يطلبون تحولاً عنها؛ إذ لا يتصور أن يكون شيء أعز عندهم، وأرفع منها، حتى تنزع إليه أنفسهم، أو تطمح نحوه أبصارهم. ونعيمهم مجدد بتجدد أنفاسهم، لا نفادَ له ولا نهاية؛ لأنه مكون بكلمة "كن"، وهي لا تتناهى.

Hal tersebut ibarat dijadikan tempat tinggal, diibaratkan sebagai tetamu didalamnya dan setelahnya, dan apabila ibarat dijadikan tempat tinggal tersebut sebagai rumah, maka sudah jelaslah: {mereka kekal didalamnya dan mereka tidak mau berpindah dari sana sedikitpun}, iaitu mereka tidak memilih tempat selain darinya, dan tidak suka kepada tempat lainnya.

Apabila mereka itu telah berjaya disisi Allah SWT, maka ganjaran Allah kepada mereka adalah balasan Syurga.

أُولَٰئِكَ هُمُ الْوَارِثُونَ. الَّذِينَ يَرِثُونَ الْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ.
وَالَّذِينَ هُمْ عَلَىٰ صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ

Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya. Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi. Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.
(Al-Mu'minun: 9-11)

Sebagaimana tidak pernah terlukis oleh mereka sesuatupun yang lebih agung darinya dan lebih tinggi darinya (Al-Firdaus) sehingga tunduklah diri mereka serta terpesonalah mata mereka terhadapnya.

Bahkan kenikmatannya senantiasa bertambah seperti baru, laksana jiwanya yang senantiasa diperbaharui, tiada terputus dan tiada akhir baginya, dikeranakan ia berlaku atas firman Allah "Kun" = Jadi! maka ia tiada berakhir selamanya.

Justeru, berusahalah ke arah itu. Berhijrahlah dari kejahilan kepada kebaikan dan yang lebih baik...

~ Abu Imtiyaz ~
Jahil

وَإِذۡ قَالَ مُوسَىٰ لِقَوۡمِهِۦۤ إِنَّ ٱللَّهَ یَأۡمُرُكُمۡ أَن تَذۡبَحُوا۟ بَقَرَةࣰۖ قَالُوۤا۟ أَتَتَّخِذُنَا هُزُوࣰاۖ قَالَ أَعُوذُ بِٱللَّهِ أَنۡ أَكُونَ مِنَ ٱلۡجَـٰهِلِینَ

Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: "Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina". Mereka berkata: "Adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan?" Nabi Musa menjawab: "Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut)".
(al-Baqarah: 67)

Membaca kisah Nabi Musa Alaihissalam bersama kaumnya Bani Israel, kita rasa amat kagum dan terpegun dengan ketabahan dan kesabaran baginda Nabi Musa tatkala berhadapan dengan kaum yang amat degil, jahil dan biadab.

Perhatikan kisah ketika baginda Nabi Musa menyampaikan perintah Allah SWT supaya menyembelih seekor lembu yang Allah bentangkan kepada kita daripada Surah al-Baqarah ayat 67 hingga 73.

Mereka mengajukan soalan demi soalan dengan nada dan bahasa yang amat tidak wajar kepada seseorang yang dipilih sebagai utusan Allah kepada mereka.

Bermula dengan soalan 'adakah engkau main-main?' kemudian tanya pula, apa sifat lembu itu, apa warnanya, apa kegunaannya dan berbagai-bagai soalan yang akhirnya menyusahkan mereka sendiri.

Rujuk Surah al-Baqarah ayat 68-71:

Mereka berkata pula: "Berdoalah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami bagaimana (sifat-sifat) lembu itu?" Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu yang tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda, pertengahan (umurnya) di antara itu; maka kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu melakukannya".
(Ayat 68)

Mereka berkata lagi: "Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami apa warnanya?" Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu kuning, kuning tua warnanya, lagi menyukakan orang-orang yang melihatnya".
(Ayat 69)

Mereka berkata lagi: "Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami lembu betina yang mana satu? Kerana sesungguhnya lembu yang dikehendaki itu kesamaran kepada kami (susah kami memilihnya), dan kami insya Allah akan mendapat petunjuk (untuk mencari dan menyembelih lembu itu)".
(Ayat 70)

Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya Allah berfirman: Sebenarnya (lembu yang dikehendaki itu) ialah lembu betina yang tidak pernah digunakan untuk membajak tanah (sawah bendang), dan tidak pula (digunakan mengangkut air) untuk menyiram tanaman; ia juga tidak cacat dan tidak ada belang pada warnanya". Mereka berkata: "Sekarang baharulah engkau dapat menerangkan sifat-sifatnya yang sebenar". Maka mereka pun menyembelih lembu yang tersebut, dan hampir-hampir mereka tidak dapat menunaikan (perintah Allah) itu".
(Ayat 71)

Namun begitu, Nabi Allah Musa Alaihissalam tetap tenang, mengangkat soalan-soalan bodoh itu kepada Yang Maha Mengetahui dan menyampaikan jawapan yang diterimanya kepada mereka. Tiada sepatah pun terkeluar dari bibirnya kata-kata kesat, tengking atau marah. Hanya ketika mereka bertanya 'adakah engkau main-main?' Baginda menjawab: "Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil".

Ini secara tidak langsung mahu mengingatkan mereka bahawa 'main-main' atau 'mempermain-mainkan' itu bukanlah sifat yang patut ada ada pada seseorang yang berakal dan berilmu. Namun mereka sedikitpun tidak menghiraukan peringatan itu. Sebaliknya terus mengajukan soalan-soalan yang menggambarkan kejahilan dan kebiadapan mereka.

Semoga kita semua terutamanya para pendakwah, para pendidik, guru-guru, ibu bapa dan para pemimpin dapat mencontohi kesabaran Nabi Musa Alaihissalam dan menjauhi sikap jahil dan degil kaumnya.
Muhasabah malam ini

Jangan bergembira dengan musibah yang tertimpa ke atas orang yang kita tidak sukai,

Sebaliknya ketahuilah kebencian di dalam diri kita itu sendiri mungkin adalah musibah yang lebih besar sebenarnya.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
𝐓𝐚𝐤 𝐀𝐝𝐚 𝐍𝐢𝐥𝐚𝐢𝐧𝐲𝐚

أتعرف ماهو المخيف ؟
أن يمدحك الناس شرقًا وغربًا
وأنت عند الله لاشيء..

Apakah engkau tahu sesuatu yang menakutkan?

Ketika semua orang dari hujung timur ke barat memujimu, sedangkan engkau di sisi Allah bukanlah siapa-siapa.
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Kemampuan Akal Terhad

عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَفَاتِحُ الْغَيْبِ خَمْسٌ لَا يَعْلَمُهَا إِلَّا اللَّهُ لَا يَعْلَمُ مَا فِي غَدٍ إِلَّا اللَّهُ وَلَا يَعْلَمُ مَا تَغِيضُ الْأَرْحَامُ إِلَّا اللَّهُ وَلَا يَعْلَمُ مَتَى يَأْتِي الْمَطَرُ أَحَدٌ إِلَّا اللَّهُ وَلَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ وَلَا يَعْلَمُ مَتَى تَقُومُ السَّاعَةُ إِلَّا اللَّهُ

Daripada Ibnu 'Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Kunci perkara ghaib itu ada lima, tidak ada seorang pun yang mengetahuinya kecuali Allah, iaitu: Tidak ada seorang pun yang mengetahui apa yang akan berlaku pada hari esok kecuali Allah. Tidak ada seorang pun yang mengetahui apa yang dikandung oleh Rahim wanita kecuali Allah. Tidak ada seorang pun yang mengetahui bila turunnya hujan kecuali Allah. Tidak ada seorangpun yang mengetahui dimana dia akan meninggal dunia kecuali Allah. Dan tidak ada seorang pun yang mengetahui bila terjadi hari kiamat kecuali Allah." (HR Bukhari No: 4328) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Allah mengurniakan kepada manusia akal sebagai suatu kelebihan dengan makhluk lain, namun kemampuan akal terhad khususnya dalam perkara ghaib. Terdapat lima perkara yang tidak dapat dijangkau oleh akal manusia secara pasti:

a.  Tidak ada seorang pun yang mengetahui apa yang akan berlaku pada hari esok kecuali Allah. Kita disuruh berusaha dan merancang masa depan yang lebih baik, namun kita sendiri tidak boleh pastikan secara mutlak tentang masa depan kita.

b.  Tidak ada seorang pun yang mengetahui apa yang dikandung oleh Rahim wanita kecuali Allah. Kita tidak dapat mengetahui secara tepat bila persenyawaan benih berlaku serta memastikan jantina terhadap janin dalam kandungan. Namun berusaha dan berikhtiar untuk mendapatkannya tidak dilarang.

c.  Tidak ada seorang pun yang mengetahui bila turunnya hujan kecuali Allah. Ketentuan turunnya hujan adalah dibawah ketentuan Allah namun tidak salah untuk berusaha dengan peralatan moden membuat pembenihan awan bagi menghasilkan hujan.

d.  Tidak ada seorangpun yang mengetahui dimana dia akan meninggal dunia kecuali Allah. Kematian itu adalah ketentuan Allah. Apa yang penting persediaan kita untuk menghadapinya.

e.  Tidak ada seorang pun yang mengetahui bila terjadi hari kiamat kecuali Allah.

2.  Kita dituntut untuk berusaha dan berikhtiar serta bertawakal kepada Allah dan menyedari keterbatasan yang ada pada makhluk. Namun kewajipan kita meyakini dan beriman terhadap perkara ghaib tersebut yang berada dibawah pengawasan Allah.

إِنَّ ٱللَّهَ عِندَهُۥ عِلۡمُ ٱلسَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ ٱلۡغَيۡثَ وَيَعۡلَمُ مَا فِي ٱلۡأَرۡحَامِۖ وَمَا تَدۡرِي نَفۡسٞ مَّاذَا تَكۡسِبُ غَدٗاۖ وَمَا تَدۡرِي نَفۡسُۢ بِأَيِّ أَرۡضٖ تَمُوتُۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرُۢ ٣٤

Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat dan Dialah jua yang menurunkan hujan dan Yang Mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung) dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya. (Luqman:34).

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

29hb Mei 2024
20hb Zulkaedah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Mungkar

لُعِنَ ٱلَّذِینَ كَفَرُوا۟ مِنۢ بَنِیۤ إِسۡرَ ٰ⁠ۤءِیلَ عَلَىٰ لِسَانِ دَاوُۥدَ وَعِیسَى ٱبۡنِ مَرۡیَمَۚ ذَ ٰ⁠لِكَ بِمَا عَصَوا۟ وَّكَانُوا۟ یَعۡتَدُونَ * كَانُوا۟ لَا یَتَنَاهَوۡنَ عَن مُّنكَرࣲ فَعَلُوهُۚ لَبِئۡسَ مَا كَانُوا۟ یَفۡعَلُونَ

"Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan".
(al-Ma'idah: 78-79)

Mencegah mungkar merupakan satu kewajipan yang tidak dipertikaikan oleh sesiapapun.

Mereka yang tidak melaksanakan tanggungjawab mencegah kemungkaran termasuk di dalam golongan orang-orang yang dilaknat oleh Allah Azza wa Jalla sebagaimana yang disebutkan dalam ayat diatas.

Ini jelas bahawa menyuruh yang makruf dan mencegah mungkar merupakan kewajipan yang amat berat yang wajib dilaksanakan dengan sungguh-sungguh. Pun begitu, ia tidak bermakna boleh dilakukan dengan sembarangan. Ia sama seperti kewajipan-kewajipan yang lain, ada syarat-syarat serta adab-adabnya yang mesti dipatuhi.

Syeikh Salman al-‘Audah berkata:
"Sesungguhnya menyuruh yang ma’ruf dan mencegah yang mungkar adalah satu ibadah. Wajib ada padanya apa yang wajib ada pada ibadah-ibadah yang lain, iaitu amalan dilakukan dengan penuh ikhlas kerana Allah semata-mata dan mengikuti Rasulullah SAW.

Sebahagian ulama' menyimpulkan syarat amar ma’ruf dan nahi mungkar kepada tiga:

1) Mempunyai ilmu tentang apa yang disuruh dan dilarang
2) Lembut, santun dan adil ketika melaksanakan suruhan dan larangan
3) Sabar selepas melaksanakannya.

Ketika ini, timbul satu kecenderungan yang menjadi ikut-ikutan di kalangan ramai orang, iaitu menularkan sesuatu yang dianggap sebagai perkara mungkar. Tanpa rasa bersalah menyebar gambar-gambar atau video-video mereka yang ditangkap ketika berkhalwat atau berdua-duaan ketika serbuan yang sebahagiannya tidak menutup aurat dengan sempurna.

Niatnya mungkin baik, iaitu memberi peringatan supaya menjauhi perkara tersebut. Namun ia dilakukan dengan cara yang salah, iaitu tanpa usul periksa sama ada betul atau salah maklumat yang ditularkan itu serta dalam keadaan tidak menutup aurat dan mengaibkan.

Maka niat yang asalnya baik, mencegah mungkar bertukar menjadi sebaliknya, iaitu melakukan satu kemungkaran yang lebih besar. Apa lagi sekiranya maklumat itu salah. Ia boleh mengundang padah, disaman oleh pihak yang berkenaan pula.

Teruskan menyuruh kepada yang baik dan mencegah segala kemungkaran. Lakukan dengan ilmu dan adab agar beroleh pahala, bukannya beroleh dosa.
20 Zulkaedah 1445H
29 Mei 2024M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Tafsir Terbaik...

قَالَ حَسَنٌ اَلْبَنَّا رَحِمَهُ اللهُ
“وَبَعْدُ، فَقَدْ سَأَلَنِيْ أَحَدُ الْإِخْوَانِ عَنْ أَفْضَلِ التَّفَاسِيْرِ وَأَقْرَبِ طُرُقِ الْفَهْمِ لِكِتَابِ اللهِ تَبَارَكَ وَتَعَالَى، فَكَانَ جَوَابِيْ عَلَى سُؤَالِهِ هَذَا هَذِهِ الْكَلِمَةَ:
“قَلْبُكَ”، فَقَلْبُ الْمُؤْمِنِ – وَلَا شَكَّ – هُوَ أَفْضَلُ التَّفَاسِيْرِ لِكِتَابِ اللهِ تَبَارَكَ وَتَعَالَى.
وَأَقْرَبُ طَرَائِقِ الْفَهْمِ؛ أَنْ يَقْرَأَ الْقَارِئُ بِتَدَبُّرٍ وَخُشُوْعٍ، وَأَنْ يَسْتَلْهِمَ اللهَ الرُّشْدَ وَالسَّدَادَ، وَيَجْمَعَ شَوَارِدَ فِكْرِهِ حِيْنَ التِّلَاوَةِ، وَأَنْ يُلِمَّ مَعَ ذَلِكَ بِالسِّيْرَةِ النَّبَوِيَّةِ اَلْمُطَهَّرَةِ، وَيُعْنَى بِنَوْعٍ خَاصٍّ بِأَسْبَابِ النُّزُوْلِ وَارْتِبَاطِهَا بِمَوَاضِعِهَا مِنْ هَذِهِ السِّيْرَةِ، فَسَيَجِدُ فِيْ ذَلِكَ أَكْبَرَ الْعَوْنِ عَلَى الْفَهْمِ الصَّحِيْحِ السَّلِيْمِ.
وَإِذَا قَرَأَ فِيْ كُتُبِ التَّفْسِيْرِ بَعْدَ ذَلِكَ فَلِِلْوُقُوْفِ عَلَى مَعْنَى لَفْظٍ دَقَّ عَلَيْهِ، أَوْ تَرْكِيْبٍ خَفِيَ أَمَامَهُ مَعْنَاهُ، أَوْ اِسْتِزَادَةٍ مِنْ ثَقَافَةٍ تُعِيْنُهُ عَلالْفَهْمِ الصَّحِيْحِ لِكِتَابِ اللهِ، فَهِيَ مُسَاعِدَاتٌ عَلَى الْفَهْمِ، وَالْفَهْمُ بَعْدَ ذَلِكَ إِشْرَاقٌ يَنْقَدِحُ ضَوْؤُهُ فِيْ صَمِيْمِ الْقَلْب

Hasan al-Banna rahimahullah berkata:

“Salah seorang ikhwan bertanya kepadaku tentang tafsir terbaik, dan tentang metode terpendek untuk memahami kitab Allah. Maka jawapanku atas pertanyaannya adalah kalimat berikut:

Hatimu, sebab hati seorang mukmin, tanpa diragukan lagi, adalah tafsir terbaik terhadap kitab Allah SWT.

Sedangkan jalan terdekat untuk memahami kitabullah adalah:

1) Hendaklah seorang pembaca Al-Quran membacanya dengan tadabbur dan khusyu’.

2) Hendaklah si pembaca Al-Quran berupaya berniat untuk mendapatkan ilham jalan lurus dan kebenaran dari Allah SWT.

3) Hendaklah si pembaca Al-Qur’an menghimpun dan memfokuskan fikirannya ketika membaca Al-Quran.

4) Disamping itu, hendaklah si pembaca Al-Quran mempunyai perhatian khusus terhadap sirah (perjalanan) hidup Nabi Muhammad SAW.

5) Hendaklah si pembaca Al-Quran memberi perhatian secara khusus terhadap asbabun-nuzul dan kaitan kedudukannyanya dengan sirah Nabi tersebut.

Dengan demikian, si pembaca Al-Quran akan menemui penolong terbesar untuk mendapatkan pemahaman yang benar dan selamat.

Dan jika ia membaca atau merujuk kepada kitab-kitab tafsir setelah itu, hal itu ia lakukan dalam tujuan:

1) Mendapatkan dan mendalami satu makna yang masih belum jelas baginya, atau

2) Dalam rangkan mendalami satu bentuk susunan kalimat yang maknanya masih tersamar baginya, atau

3) Menambah wawasan dan pengetahun yang dapat menolongnya untuk mendapatkan pemahaman yang benar terhadap kitabullah.

Sebab semua ini adalah alat bantu-alat bantu untuk sebuah pemahaman. Sedangkan pemahaman itu sendiri, pada hakikatnya, merupakan Isyraq, (iaitu munculnya semacam cahaya ke dalam diri seseorang, yang dengannya ia mendapatkan suatu pengetahuan) yang terpancar di dasar hati.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يُقَالُ لِصَاحِبِ الْقُرْآنِ اقْرَأْ وَارْتَقِ وَرَتِّلْ كَمَا كُنْتَ تُرَتِّلُ فِي الدُّنْيَا فَإِنَّ مَنْزِلَتَكَ عِنْدَ آخِرِ آيَةٍ تَقْرَأُ بِهَا

Dari Abdullah bin 'Amru dari Nabi SAW baginda bersabda: "Pada hari pengadilan kelak akan diseru kepada (sohibul Quran) ahli Al-Quran; Teruskanlah bacaan al-Quran mu dan teruskanlah menaiki tingkat demi tingkat syurga dan bacalah dengan tartil sebagaimana kamu membacanya ketika di dunia, sesungguhnya tempat terakhirmu ada pada ayat terakhir yang kamu baca."
(Hadith Riwayat Tirmidzi)

عَنْ عُثْمَانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ

Dari Uthman RA, dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Orang yang paling baik di antara kalian adalah seorang yang belajar Al Qur`an dan mengajarkannya."
(Hadith Riwayat Al-Bukhari)

Justeru, dekatilah Al Quran dengan hatimu...

~ Abu Imtiyaz ~
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Tanggungjawab Orang Beriman
 
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِمُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ حِينَ بَعَثَهُ إِلَى الْيَمَنِ إِنَّكَ سَتَأْتِي قَوْمًا أَهْلَ كِتَابٍ فَإِذَا جِئْتَهُمْ فَادْعُهُمْ إِلَى أَنْ يَشْهَدُوا أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوا لَكَ بِذَلِكَ فَأَخْبِرْهُمْ أَنَّ اللَّهَ قَدْ فَرَضَ عَلَيْهِمْ خَمْسَ صَلَوَاتٍ فِي كُلِّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوا لَكَ بِذَلِكَ فَأَخْبِرْهُمْ أَنَّ اللَّهَ قَدْ فَرَضَ عَلَيْهِمْ صَدَقَةً تُؤْخَذُ مِنْ أَغْنِيَائِهِمْ فَتُرَدُّ عَلَى فُقَرَائِهِمْ فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوا لَكَ بِذَلِكَ فَإِيَّاكَ وَكَرَائِمَ أَمْوَالِهِمْ وَاتَّقِ دَعْوَةَ الْمَظْلُومِ فَإِنَّهُ لَيْسَ بَيْنَهُ وَبَيْنَ اللَّهِ حِجَابٌ

Daripada Ibnu Abbas RA berkata; Rasulullah SAW bersabda kepada Mu'adz bin Jabal RA ketika baginda mengutusnya ke Yaman: "Sesungguhnya kamu akan mendatangi kaum Ahlul Kitab (Yahudi dan Nasrani), jika kamu sudah mendatangi mereka maka ajaklah mereka itu untuk mengucap syahadah bersaksi bahawa tidak ada Illah yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa Muhammad adalah utusan Allah. Jika mereka mengikuti seruan kamu, maka hendaklah kamu beritahu kepada mereka bahawa Allah telah mewajibkan bagi mereka solat lima waktu sehari semalam. Jika mereka mengikuti seruan kamu, maka beritahu kepada mereka bahawa Allah mewajibkan bagi mereka zakat yang diambil dari kalangan orang mampu dari mereka untuk diagihkan kepada orang yang fakir dari kalangan mereka. Jika mereka mentaati kamu dalam hal itu maka janganlah kamu mengambil harta-harta terhormat mereka dan takutlah terhadap doa orang yang dizalimi kerana antara dia dan Allah tidak ada hijab (sekatan yang menghalangi)". (HR Bukhari No: 1401) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Menjadi tanggungjawab dalam berdakwah untuk menyeru orang ramai supaya beriman kepada Allah dan Rasul dengan cara mengakui Allah yang menjadikan sekalian alam dan mentadbir sekalian makhluk di samping mentaati seruan dan perintah yang dibawa oleh Rasulullah.

2.  Menjadi tanggungjawab orang yang telah beriman untuk melaksanakan perintah solat yang wajib lima kali sehari semalam sebagai tanda ketundukan dan kepatuhan kepada Pencipta.

وَٱسۡتَعِينُواْ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِۚ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى ٱلۡخَٰشِعِينَ ٤٥

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk (Al-Baqarah: 45)

3.  Menjadi tanggungjawab orang yang telah beriman, yang memiliki harta untuk mengeluarkan sebahagian daripada harta mereka sebagai zakat kepada golongan fakir miskin yang memerlukan bagi melahirkan kehidupan yang rahmah dan harmoni.

4.  Sebagai pemimpin dan pentadbir, diingatkan agar berlaku adil kepada orang bawahan serta rakyat yang akur dan patuh kepada apa yang ditetapkan. Jangan sekali-kali berlaku zalim dengan menyalah gunakan kuasa untuk sebarang kepentingan diri dengan mengambil sesuatu yang bukan hak seperti rasuah, komisen, memerah rakyat bawahan, menyakiti mereka serta menzalimi mereka.

5.  Rasulullah SAW mengingatkan bahawa doa orang yang dizalimi itu amat mudah dimakbulkan Allah kerana tidak ada hijab antara dia dengan Allah.

Jadilah kita pendakwah yang mengajak kepada mentaati segala perintah Allah dan Rasul. Jangan sekali-kali kita berbuat zalim kepada orang lain, atau bersama serta menyokong orang yang berbuat zalim.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

30hb Mei 2024
21hb Zulkaedah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram