MEKANIK IMAN.
331 subscribers
1.84K photos
529 videos
99 files
4.21K links
Bismillahirrahmanirrahim...

Jom perbaiki Iman dan Amal kita yang merupakan kunci dan bekalan kita di akhirat.

Jom join Group Soal Jawab Fiqh di sini
👉 https://t.me/+FdV3VML4jH4xOWY9

Semoga bermanfaat buat semua. Aamiin
Download Telegram
Muhasabah malam ini

Dua jenis kejayaan di dunia dan akhirat adalah, kita bersabar melakukan sesuatu yang dicintai Allah sekalipun kita tidak menyukainya.

Dan membenci sesuatu yang dibenci oleh Allah sekalipun kita menyukainya.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Bersedekah Semampu Mungkin

عَنْ سَعِيدُ بْنُ أَبِي بُرْدَةَ عَنْ جَدِّهِ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ صَدَقَةٌ قَالُوا فَإِنْ لَمْ يَجِدْ قَالَ فَيَعْمَلُ بِيَدَيْهِ فَيَنْفَعُ نَفْسَهُ وَيَتَصَدَّقُ قَالُوا فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ أَوْ لَمْ يَفْعَلْ قَالَ فَيُعِينُ ذَا الْحَاجَةِ الْمَلْهُوفَ قَالُوا فَإِنْ لَمْ يَفْعَلْ قَالَ فَيَأْمُرُ بِالْخَيْرِ أَوْ قَالَ بِالْمَعْرُوفِ قَالَ فَإِنْ لَمْ يَفْعَلْ قَالَ فَيُمْسِكُ عَنْ الشَّرِّ فَإِنَّهُ لَهُ صَدَقَة

Daripada Said bin Abi Burdah, dari datuknya berkata, Nabi SAW bersabda: "Wajib bagi setiap muslim untuk bersedekah." Para sahabat bertanya; "Bagaimana jika ia tidak mempunyai apa-apa? ' Baginda bersabda: Hendaklah dia bekerja dengan kedua-dua tangannya, sehingga ia boleh memberi manfaat untuk dirinya dan bersedekah.' Mereka bertanya lagi; 'Bagaimana jika ia tidak boleh melakukannya? ' Baginda bersabda: Hendaklah dia menolong orang yang kesusahan atau sangat memerlukan bantuan.' Mereka bertanya lagi; 'Bagaimana jika ia tidak mampu melakukannya? ' Baginda bersabda: Suruhlah orang melakukan kebaikan atau; menyuruh melakukan yang makruf'. Mereka bertanya lagi; 'Bagaimana jika ia tidak dapat melakukannya? ' Baginda bersabda: Tahanlah dirimu diri dari kejahatan, kerana itu juga adalah sedekah baginya.' (HR Bukhari No: 5563) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Rasulullah SAW mengajar umatnya agar menjadi insan yang berguna, sentiasa memberi bukan mengharap pemberian.

2.  Pemberian tidak semestinya dalam bentuk kebendaan. Sumbangan boleh dalam bentuk tenaga, harta, ilmu, kemahiran, nasihat yang berguna, buah fikiran yang baik, kepakaran yang dimiliki dan sebagainya.

3.  Setiap Muslim perlu bekerja, agar ia memperoleh hasil yang dengannya ia mampu mengurus dirinya dan menyumbang untuk orang lain, serta menjauhkannya dari kehinaan meminta-minta.

4.  Bersedekah dan menyumbang menjadi bukti kebenaran iman seseorang. Sebagai muslim wajar bersedekah atau menyumbang sesuai dengan potensi dan kemampuan masing-masing, perlu bersegera jangan menunda, bimbang kematian menjemput kita.

5.  Jika ia tidak mampu membantu keperluan orang lain dalam bentuk harta, menjadi sedekah juga bagi kita apabila dapat  menyuruh kepada kebaikan. Berdakwah melalui pelbagai relong – berceramah, edar pamplet, forward 1 hari 1 hadis. Ini juga sedekah!

6.  Jika tidak ada apa-apa yang boleh diberikan untuk kebaikan orang lain, maka tahan diri dari melakukan sebarang kejahatan. Kejahatan amat luas pengetiannya. Ia merangkumi kezaliman dengan mencerobohi nyawa, maruah, harta orang lain sama ada dengan perbuatan, perkataan, memek muka, tulisan, gambar, atau menyimpan dendam serta buruk sangka terhadap sesama manusia. Jadi apabila Nabi SAW bersabda “tahan dirimu dari kejahatan” bererti mendidik diri agar menjauhi kejahatan lahir dan batin.

7.  Rasulullah SAW mengajar kepada kita adab dan akhlak mulia. Diajukan kepadanya soalan bertubi-tubi, namun setiap satunya dilayani dan dijawab dengan tenang tanpa mengherdik atau merendah-rendahkan si penanya.

Pekerja Kesuma Bangsa

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

05hb Mei 2024
26hb Syawal 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Ilmu Tarekat Tiada Zaman Nabi, Bid'ah Dan Sesat?

Jom kita ikuti kupasan di Podcast UWA.

https://youtu.be/sw7orLFRGkU?si=O8umsNN9-dUriu0n
Taqwa

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرࣲ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبࣰا وَقَبَاۤىِٕلَ لِتَعَارَفُوۤا۟ۚ إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِیمٌ خَبِیرࣱ

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)".
(al-Ḥujurāt: 13)

Imam at-Thobari rahimahullah berkata:
"Sesungguhnya yang paling mulia di antara kalian wahai manusia adalah yang paling tinggi takwanya pada Allah, iaitu dengan menunaikan berbagai kewajipan dan menjauhi maksiat. Bukanlah yang paling mulia dilihat dari rumahnya yang megah atau berasal dari keturunan yang mulia".
(Tafsir At-Thobari)

Berkata Imam Ibnu Kathir rahimahullah:
"Sesungguhnya kalian jadi mulia dengan takwa dan bukan dilihat dari keturunan kalian".
(Tafsir Al Quran Al-Azhim)

Sayidina Ibnu ‘Abbas r.huma berkata:

كرم الدنيا الغنى، وكرم الآخرة التقوى

"Mulianya seseorang di dunia adalah kerana kaya. Namun mulianya seseorang di akhirat kerana takwanya".
(Tafsir al-Baghawi)

Hayati kisah takwa dibawah ini untuk diteladani:

Peristiwa ini berlaku di zaman Amirul Mukminin Sayidina Umar al-Khattab r.a menjadi Khalifah. Pada suatu malam Amirul Mukminin Sayidina Umar r.a mendengar perbualan antara seorang ibu penjual susu dengan anak gadisnya. Si ibu mahu mencampur air ke dalam susu supaya memperolehi keuntungan lebih ketika menjual susu.

Perbuatan ibu itu ditegur oleh anak gadisnya supaya tidak berbuat demikian, lalu ibu itu berkata kepada anaknya: "Tidak mengapa kerana tidak ada orang nampak. Sayidina Umar pun tidak nampak perbuatan kita ini".

Si anak gadis yang bertakwa itu menjawab: Wahai ibu, walaupun Sayidina Umar tidak nampak, tetapi Tuhan Sayidina Umar nampak".

Inilah kehebatan sifat takwa ada wujud dalam diri gadis ini. Dia sentiasa merasai pengawasan Allah SWT dalam setiap perbuatan dan gerak geri mereka.

Berkata Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah:
"Apabila suatu ketika engkau berada seorang diri, jangan engkau ucapkan ‘Aku bersendirian’ tetapi ucaplah ‘Ada yang sentiasa mengawasiku iaitu Allah’. Jangan engkau mengira Allah itu lalai sesaat pun. BagiNya, tidak ada yang tersembunyi walaupun sesuatu yang tidak nampak.

Orang yang mempunyai sifat takwa itu akan memperolehi hidayah dan pertunjuk daripada Allah SWT dan akan melakukan perkara-perkara baik dan seterusnya mendapat pangkat yang tinggi di sisi Allah SWT.
26 Syawal 1445H
05 Mei 2024M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Kita dipandang baik bukanlah kerana kita benar-benar baik, tetapi Allah SWT menutup keaiban kita...

Mungkin kalau Allah SWT membuka keaiban dan kecelaan kita, nescaya tidak ada lagi kebaikan pada diri kita di mata manusia lain...

فَلَا تُزَكُّوا أَنفُسَكُمْ ۖ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ اتَّقَىٰ

maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa.
(An Najm: 32)

وفي الصحيحين من حديث ابن عمر -رضي الله عنه- عنهما عن النبي -صلى الله عليه وسلم- أنه قال: (المسلم أخو المسلم لا يظلمه ولا يُسلمه، ومن كان في حاجة أخيه كان الله في حاجته، ومن فرَّج عن مسلم كربة فرَّج الله عنه بها كربة من كرب يوم القيامة، ومن ستر مسلماً ستره الله يوم القيامة)

Dari Ibnu Umar, Nabi SAW bersabda:
"Seorang muslim itu adalah saudara muslim lainnya, dia tidak boleh menzaliminya dan menghinakannya. Sesiapa yang membantu keperluan saudaranya maka Allah akan memenuhi keperluannya. Sesiapa yang melapangkan satu kesusahan seorang muslim maka Allah akan melapangkan satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan hari kiamat nanti. Dan sesiapa yang menutupi aib seorang muslim maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat".
(Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Imam Ibnul Qayyim berkata:

إنك إن تبيت نائماً وتصبح نادماً؛ خير من أن تبيت قائماً وتصبح معجباً، فإن المعجب لا يصعد له عمل.

"Sungguh jika kamu tidur di malam hari dan berpagi hari dalam keadaan menyesal (kerana tidak qiyamullail), itu jauh lebih baik daripada kamu bermalam lalu bangun untuk melaksanakan qiyamullail namun berpagi hari dalam keadaan berbangga diri. Kerana sesungguhnya orang yang ujub amalnya tidak diangkat (tidak diterima) atasnya".
(Madarijus Salikin)

Al Imam Ibn al-Jauzi menyatakan:

اعلم أن الناس إذا أعجبوا بك فإنما يعجبون بستر الله عليك

“Ketahuilah bahawa sesungguhnya manusia itu berasa kagum dengan engkau (bukan kerana dirimu), tetapi mereka kagum kerana Allah telah menutup aibmu.”

Maka, usahlah merasa dirimu sudah sempurna baik.

فَلَا تُزَكُّوا أَنفُسَكُمْ ۖ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ اتَّقَىٰ

maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa.
(An Najm: 32)

Dari Ibnu Umar RA,Nabi SAW bersabda:

ومن ستر مسلماً ستره الله يوم القيامة

"Dan sesiapa yang menutupi aib seorang muslim maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat".
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Namun, manusia sebenarnya yang sering merasa diri baik dan sempurna. Tanpa sedar, manusia yang sering membuka dan mendedahkan keaiban dirinya sendiri.

كَلَّا إِنَّ الْإِنسَانَ لَيَطْغَىٰ ‎﴿٦﴾‏
أَن رَّآهُ اسْتَغْنَىٰ ‎﴿٧﴾‏

Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas,(6) karena dia melihat dirinya serba cukup.(7)
(Al ‘Alaq: 6-7)

كُلُّ أُمَّتِي مُعَافًى إِلَّا الْمُجَاهِرِينَ وَإِنَّ مِنْ الْمُجَاهَرَةِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ عَمَلًا ثُمَّ يُصْبِحَ وَقَدْ سَتَرَهُ اللَّهُ عَلَيْهِ فَيَقُولَ يَا فُلَانُ عَمِلْتُ الْبَارِحَةَ كَذَا وَكَذَا وَقَدْ بَاتَ يَسْتُرُهُ رَبُّهُ وَيُصْبِحُ يَكْشِفُ سِتْرَ اللَّهِ عَنْهُ

“Setiap umatku akan diampunkan dosa mereka melainkan golongan mujahirin (iaitu mereka yang mendedahkan dosa mereka sendiri). Di antara ‘mujaharah’ itu ialah seorang lelaki yang melakukan satu perbuatan (maksiat) pada waktu malam sedangkan di waktu pagi Allah telah menutup apa yang dilakukannya pada malam Tersebut. Lalu dia berkata: Wahai fulan, semalam aku telah melakukan perbuatan (dosa) ini dan perbuatan (dosa) itu. Sesungguhnya dia tidur dalam keadaan Allah menutup aib yang telah dia lakukan namun dia bangun pada waktu pagi lalu mendedahkan sendiri apa yang Allah telah sembunyikan aibnya.”
(Hadith Riwayat Bukhari)

Tiada kekuatan dan perlindungan melainkan dariMu Ya Rabb.
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِينِي، وَدُنْيَايَ، وَأَهْلِي، وَمَالِي، اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي، وَآمِنْ رَوْعَاتِي، اللَّهُمَّ احْفَظْنِي مِنْ بَيْنِ يَدَيَّ، وَمِنْ خَلْفِي، وَعَنْ يَمِينِي، وَعَنْ شِمَالِي، وَمِنْ فَوْقِي، وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِي

“Ya Allah, aku memohon keselamatan dunia dan akhirat padaMu. Aku memohon keampunan dan keselamatan agama, dunia, keluarga, dan hartaku. Tutupilah segala keaibanku, dan amankanlah ketakutanku, jagalah depan, belakang, kanan, kiri, dan atasku. Aku berlindung padaMu dari musibah yang tak terduga.”
(Hadith Riwayat Ibnu Hibban)

Justeru, perhalusilah pandangan mata hatimu untuk menyuluh perilaku dan aib dirimu sendiri...

~ Abu Imtiyaz ~
Muhasabah malam ini

Bilamana Allah menghendaki kita menjadi hambanya yang baik, Allah kurniakan kepada kita agar dapat melihat aib dan kesilapan diri agar kita dapat perbetulkan diri.

Kerana kita tidak sibuk mencari aib orang lain kerana kita terlalu sibuk dengan aib kita sendiri.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Ilmu Amal Dalam Solat.

https://vt.tiktok.com/ZSFEu6qLy/
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Muslim Yang Menyelamatkan

عَنْ أَبِي مُوسَى رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ الْإِسْلَامِ أَفْضَلُ قَالَ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ

Daripada Abu Musa RA berkata: 'Wahai Rasulullah, Islam manakah yang paling utama?" Rasulullah SAW menjawab: "Siapa yang kaum Muslimin selamat dari lisan dan tangannya". (Sahih Bukhari No: 10) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Islam mengajar umatnya agar sentiasa memiliki akhlak yang mulia.

2.  Menjaga lisan daripada menuturkan sesuatu yang buruk terhadap orang Islam lain seperti mengumpat, menghina, mencela, mengadu domba dan lain-lain adalah dituntut.

3.  Memelihara tangan dari melakukan perbuatan keji dan menyakiti Muslim lain bukan hanya memukul malah termasuk menulis, memforward sesuatu yang berbentuk fitnah, menghina, mengadu domba dan lain-lain adalah dilarang.

4.  Mudahnya orang pada hari ini melakukan dosa besar yang diterjemahkan dalam bentuk tulisan sesuatu yang mengaibkan peribadi seseorang, mengumpat, memfitnah, mengadu domba di media elektronik dan diviralkan seperti TikTok, FB, WhatsApp, telegram, tanpa sedikitpun terdetik dihati bahawa apa yang diperkatakan, yang ditulis akan diminta pertanggungjawab dihadapan Allah. Firman Allah:

إِنَّ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡبَصَرَ وَٱلۡفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَٰئِكَ كَانَ عَنۡهُ مَسۡ‍ُٔولٗا

“Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati nurani, semua anggota itu tetap akan diminta pertanggungjawabannya (ditanya di akhirat) tentang apa yang dilakukannya.” (Surah Al-Isra 17 ; Ayat 36)

5.  Imam al-Khaththabi rahimahullâh berkata, hadis ini bermaksud bahawa kaum muslimin yang paling utama adalah orang yang selain menunaikan hak-hak Allah  dengan baik, dia juga dituntut menunaikan hak-hak sesama kaum muslimin dengan baik pula.

6.  Muslim yang paling utama ialah yang lisan dan tangannya menyelamatkan dirinya dan Muslim yang lain.

Berusahalah menjadi insan yang baik dan soleh dengan menjaga lisan dan tangan kita.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

06hb Mei 2024
27hb Syawal 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Sebar berita

وَإِذَا جَاۤءَهُمۡ أَمۡرࣱ مِّنَ ٱلۡأَمۡنِ أَوِ ٱلۡخَوۡفِ أَذَاعُوا۟ بِهِۦۖ وَلَوۡ رَدُّوهُ إِلَى ٱلرَّسُولِ وَإِلَىٰۤ أُو۟لِی ٱلۡأَمۡرِ مِنۡهُمۡ لَعَلِمَهُ ٱلَّذِینَ یَسۡتَنۢبِطُونَهُۥ مِنۡهُمۡۗ وَلَوۡلَا فَضۡلُ ٱللَّهِ عَلَیۡكُمۡ وَرَحۡمَتُهُۥ لَٱتَّبَعۡتُمُ ٱلشَّیۡطَـٰنَ إِلَّا قَلِیلࣰا

Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada - "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka; dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu)".
(an-Nisāʾ: 83)

Berkata Imam Ibnu Kathir rahimahullah:"
Ayat ini mengandungi bantahan terhadap mereka yang segera menyebar dan menularkan sesuatu perkara sebelum dipastikan kedudukan yang sebenarnya kerana boleh jadi perkara itu tidak betul".

Imam Muslim menyebut di dalam mukaddimah kitab sahihnya daripada Sayidina Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda:

كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا

"Cukuplah seseorang itu menjadi pendusta apabila dia bercakap tentang semua perkara yang didengarinya".

Imam Ibnu Hibban berkata:
Dalam hadith ini terdapat larangan bagi seseorang untuk menyebarkan semua berita yang dia dengar sehinggalah dia mengetahui secara yakin akan kesahihannya.
(Kitab al-Majruhin)

Baginda SAW juga bersabda:
"Sesiapa yang bercakap tentang suatu percakapan yang dia tahu perkara itu dusta, maka dia adalah salah seorang daripada pendusta".
(Hadith Riwayat al-Bukhari)

Di sini dibawakan kisah peristiwa yang berlaku pada Sayidina Umar bin al-Khattab r.a yang mana peristiwa ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim. Ketika Sayidina Umar mendengar berita bahawa Rasulullah SAW telah menceraikan isteri-isteri baginda, beliau terus datang ke rumah Rasulullah SAW. Tiba di masjid, beliau mendengar semua orang yang berada di dalam masjid memperkatakan tentang hal itu. Beliau tidak teragak-agak, lantas terus meminta izin untuk bertemu dengan Rasulullah SAW dan bertanya: "Adakah tuan telah menceraikan isteri-isteri tuan?". Baginda menjawab: "Tidak!". Lantas Sayidina Umar r.a bertakbir: "Allahuakbar!".

Di dalam riwayat yang lain dinyatakan bahawa apabila Rasulullah SAW menyatakan bahawa baginda tidak menceraikan isteri-isteri baginda, Sayidina Umar r.a terus bangkit, berdiri di pintu masjid lalu berkata dengan suara yang lantang: "Rasulullah saw tidak menceraikan isteri-isterinya!"
(Hadith Riwayat Muslim)
Dan turunlah ayat ini. (Mukhtasar Tafsir Ibnu Kathir)

Berhubung dengan ayat ini juga, as-Syahid Imam Sayyid Qutub mengingatkan kita dengan katanya:

"Sesungguhnya satu perkataan yang terluncur dari lidah, kadang-kadang mengheret bencana pada diri sendiri dan pada masyarakat seluruhnya, bencana yang tidak pernah terlintas di fikiran si penutur, dan tidak mungkin dapat ditarik kembali selepas ianya berlaku...".
(Fi Zilalil Quran)

Zaman kini, penyebaran info dan suatu berita kerap kalinya tiada sebarang tapisan dan keinsafan. Disebarkan sewenang-wenangnya samada benar atau palsu. Seandainya kita mengambil langkah berhati-hati dan berwaspada sebagaimana yang disarankan Allah di dalam Kitab suciNya pasti perkara yang tidak diingini dapat dielak atau dikurangkan. Pastikan benar sebelum sebar!
Muhasabah malam ini

Bilamana Allah menghendaki kita menjadi hambanya yang baik.

Allah pelihara kita dari keduniaan yang membawa diri kita ke arah kelalaian sehingga kita jauh dari akhirat.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Ibadah Haji.
Berbuat baik kepada kedua ibu bapa dapat menghapuskan dosa

بر الوالدين كفارة الكبائر

"Berbakti pada kedua orang tua menjadi penebus dosa-dosa".- Imam Ahmad ibn Hanbal
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Elakkan Perkataan Penyebab Ke Neraka

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ مَا يَتَبَيَّنُ مَا فِيهَا يَهْوِي بِهَا فِي النَّارِ أَبْعَدَ مَا بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ.

Daripada Abu Hurairah RA,  bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya seseorang hamba apabila mengucapkan sesuatu perkataan tanpa diteliti akan kebenarannya, akan membuatkannya terjerumus ke dalam neraka yang dalamnya sejauh antara jarak timur ke barat." (HR Bukhari No. 6477) Status Hadis Sahih

Pengajaran

1.  Lidah adalah anggota anugerah Allah yang boleh mengeluarkan sesuatu perkataan ataupun ungkapan daripada seseorang. Perkataan atau ucapan tersebut boleh menjadi satu kebenaran dan boleh juga menjadi satu pembohongan, umpatan mahupun fitnah.

2.  Rasulullah SAW mengingatkan agar setiap Muslim menjaga setiap perkara yang diucapkan oleh lidah. Ucapan yang benar lagi memberikan kesan yang baik akan mendatangkan ganjaran pahala yang besar di sisi Allah SWT dan menjadi sebab seseorang dimasukkan ke dalam syurga.

3. Adakalanya ucapan yang benar tetapi dengan sebab tidak diselidiki adakah perkataan itu akan memberikan kesan yang baik ataupun buruk maka ia mungkin menjadi punca yang memasukkannya ke dalam neraka. Apatah lagi jika sesuatu ucapan yang buruk seperti mengeji, memfitnah, mengaibkan orang lain, berbohong dan seumpamanya pasti akan menyebabkan kehancurannya dan ianya adalah haram lagi berdosa.

4.  Kita hendaklah menilai setiap perkataan yang akan diucapkan walaupun baik, adakah ianya perlu? Adakah ianya akan mendatangkan kebaikan? Atau  mendatangkan keburukan? Janganlah kerana keterlanjuran lidah, kita menjadi berdosa yang akan menatijahkan neraka sebagai tempat pembalasan.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

07hb Mei 2024
28hb Syawal 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Amanah

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ لَا تَخُونُوا۟ ٱللَّهَ وَٱلرَّسُولَ وَتَخُونُوۤا۟ أَمَـٰنَـٰتِكُمۡ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)".
(al-Anfal: 27)

Antara sifat yang mendapat kedudukan tinggi dalam akhlak Islam ialah sifat amanah. Islam amat menganjurkan umatnya menghiaskan diri dengan sifat amanah apatah lagi jika ia seorang pemimpin. Paling menarik, sifat ini dianggap titik penentu atau garis pemisah tahap keimanan dan keagamaan seseorang insan.

Hal ini disebutkan dalam sabdaan baginda SAW:

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: مَا خَطَبَنَا نَبِيُّ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَّا قَالَ: ” لَا إِيمَانَ لِمَنْ لَا أَمَانَةَ لَهُ، وَلَا دِينَ لِمَنْ لَا عَهْدَ لَهُ “

Daripada Sayidina Anas bin Malik r.a, dia berkata, Nabiyullah SAW tidak berkhutbah kepada kami, melainkan baginda SAW bersabda: "Tidak ada iman bagi orang yang tidak memiliki (sifat) amanah, dan tidak ada agama bagi orang yang tidak menepati janjinya".
(Hadith Riwayat Ahmad dan Ibnu Hibban)

Diriwayatkan daripada Sayidina Abi Humaid Abdul Rahman bin Saad as-Sa’eidi r.a menceritakan bahawa Rasulullah SAW telah melantik seorang lelaki daripada al-Azdi yang dikenali sebagai Ibn al-Lutaibah sebagai amil zakat.
Selepas menjalankan tugas yang diamanahkan kepadanya, dia kembali ke Madinah menyerahkan hasil yang dipungutnya kepada Rasulullah SAW. Dia berkata: "Inilah hasilnya (sambil menunjukkan harta yang diperolehinya) untuk anda (baitulmal). Dan ini (sambil menunjukkan kepada bahagian yang lain) bahagian yang dihadiahkan kepada saya".

Mendengar laporan yang sampaikan oleh amilnya itu, Rasulullah SAW terus bangkit menaiki mimbar dan menyampaikan ucapan. Baginda memuji Allah dan mengulangi pujiannya. Kemudian Baginda SAW bersabda: "Sesungguhnya aku telah melantik seseorang dari kalangan kamu untuk menjalankan satu tugas yang diamanahkan oleh Allah kepadaku. Kemudian dia kembali kepadaku dengan berkata: "Ini untuk kamu dan ini hadiah yang diberikan kepadaku". "Kenapa dia tidak duduk di rumah ayahnya atau di rumah ibunya menunggu datangnya hadiah kepadanya kalau dia benar berhak menerimanya?". Demi Allah! Tidak ada seorangpun dari kalangan kamu yang mengambil sesuatu yang bukan haknya kecuali dia akan menemui Allah pada hari qiamat dengan membawa bersamanya apa yang diambilnya itu. Sesungguhnya aku tidak akan mengenali seseorang daripada kamu yang membawa bersama dengannya unta yang menjerit, lembu yang mengeboo atau kambing yang mengembek!”

Kemudian baginda mengangkat kedua-dua tangannya sehingga ternampak dua ketiaknya yang putih melepak seraya bersabda: "Ya Allah, adakah aku telah sampaikan?" sebanyak tiga kali".
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ini memahamkan kita bahawa Islam sangat menekankan tentang kejujuran, ketulusan, ketelusan, amanah serta sikap bertanggungjawab. Tanggungjawab yang dipikulkan ke atas bahu seseorang merupakan amanah daripada Allah SWT yang wajib ditunaikan sebaik mungkin dan haram dikhianati.

Kejujuran dan ketulusan di dalam menjalankan amanah bukan dinilai setakat di dunia semata-mata, malah akan dihisab dan dibalas oleh Allah di akhirat kelak.

Menjadi seorang yang amanah bukan pilihan tetapi kewajipan. Sifat amanah tidak terpisah dari agama. Sebaliknya ia merupakan sebahagian daripada agama itu sendiri.
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Mohon Perlindungan Daripada Keburukan Amalan

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ :كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: اللَّهُمَّ أَصْلِحْ لِي دِينِي الَّذِي هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِي وَأَصْلِحْ لِي دُنْيَايَ الَّتِي فِيهَا مَعَاشِي وَأَصْلِحْ لِي آخِرَتِي الَّتِي فِيهَا مَعَادِي وَاجْعَلْ الْحَيَاةَ زِيَادَةً لِي فِي كُلِّ خَيْرٍ وَاجْعَلْ الْمَوْتَ رَاحَةً لِي مِنْ كُلِّ شَرٍّ.

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: "Adalah Rasulullah SAW sering berdoa: Ya Allah, perbaikilah bagiku agamaku yang menjadi benteng pelindung urusanku, perbaikilah bagiku duniaku yang menjadi tempat kehidupanku, perbaikilah bagiku akhiratku yang menjadi tempat kembaliku. Jadikanlah baki kehidupan ini sebagai tambahan (peluang) bagiku dalam segala kebaikan dan jadikanlah kematian sebagai kebebasanku daripada segala kejahatan". (HR Muslim No: 2720) Status: Hadis Sahih

Pengajaran

1.  Doa adalah senjata bagi orang mukmin. Menjadi kewajipan kita untuk berdoa memohon kebaikan dalam hidup sama ada di dunia juga di akhirat.

2.  Antara permohon dalam doa kita adalah agar diperbaiki amalan agama kerana agama adalah cara hidup yang menjadi panduan kita menuju jalan kebenaran. Hanya dengan berpegang teguh kepada ajaran Islam sahajalah manusia itu akan mendapat kebahagian di dunia mahupun di akhirat.

3.  Allah turunkan agama untuk menjadi benteng yang melindungi seseorang agar tidak tergelincir dan terjerumus dalam kesalahan dan maksiat. Ia menjaga manusia daripada kesesatan dan mengikut hawa nafsu dalam mengabdikan diri kepada Allah SWT.

4.  Sesungguhnya Allah SWT menjadikan kehidupan dunia sebagai tempat persinggahan untuk hamba-Nya memperbanyakkan amal soleh sebagai bekalan kehidupan di akhirat yang kekal abadi.

5.  Allah SWT telah menetapkan ajal dan maut setiap insan. Justeru, jika Allah SWT memberikan baki kehidupan ke atas hamba-Nya, ia adalah peluang untuknya menambah amal soleh. Namun jika dihabiskannya dalam kemaksiatan maka sesungguhnya kematian itu adalah pembebasan dan penamat baginya daripada segala kejahatan. Oleh itu, sentiasalah berdoa agar Allah memperbaiki urusan kita di dunia dan di akhirat.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

08hb Mei 2024
29hb Syawal 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
28 Syawal 1445H
07 Mei 2024M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Kehidupan di dunia hanya sementara dan hanya persinggahan. Kita tidak akan selamanya berada di atas dunia. Namun seiring dengan berputarnya waktu yang panjang terkadang membuat manusia lupa akan hakikat kehidupan yang sebenarnya.

Kehidupan manusia di dunia ini pun tak lama, hanya lingkungan umur 60-70 tahun sahaja, kemudian kita semua akan mati dan ruh kita akan berpindah ke alam barzakh dan seterusnya menuju Allah, hingga kita sampai pada hari akhirat nanti.

Seorang ulama’ mursyid bermadah:
“Masa itu adalah umur kita, kalau kita tidak mengisi masa dengan sebaik-baiknya bererti kita telah mensia-siakan umur kita”.

Apabila Allah anugerah kepada kita umur yang panjang ia merupakan satu kelebihan yang mesti dimanafaatkan.

Manafaatlah umur sebelum sakaratul maut menjemput.

Umur panjang dan diberkati...

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ أَبِي يَعْقُوبَ الْكِرْمَانِيُّ، حَدَّثَنَا حَسَّانُ، حَدَّثَنَا يُونُسُ، قَالَ مُحَمَّدٌ هُوَ الزُّهْرِيُّ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: ” مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ، أَوْ يُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ، فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ ”

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Abi Ya’qub Al-Kirmaniy: Telah menceritakan kepada kami Hassan: Telah menceritakan kepada kami Yunus: Telah berkata Muhammad ia adalah Az-Zuhriy dari Anas bin Malik RA, ia berkata, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang suka diluaskan rezekinya dan ditangguhkan kematiannya, hendaklah ia menyambung silaturahim”.
(Sahih Al-Bukhari)

Sehari umur bertambah sehari kematian menghampiri kita.

Umur panjang sampai saat sekarang tetapi tak kenal siapa yang memberi kita umur pun tak berkat juga.

Sikap panjang angan-angan akan membuat seseorang malas beramal.

Mereka yang berangan panjang mengira hidup dan umur mereka akan panjang sehingga menunda-nunda dalam beramal soleh.

Ketahuilah bahawa umur panjang itu akan menjadi saksi, maka berlindunglah kepada Allah agar umur kita yang panjang itu tidak menyebabkan kita tercela.

"Umur itu terlalu pendek untuk mempelajari segala hal yang baik untuk dipelajari.

Akan tetapi, pelajarilah ilmu yang paling penting, kemudian yang penting dan begitulah seterusnya secara berurutan."
(Ali bin Abi Talib RA)

وَلَتَجِدَنَّهُمْ اَحْرَصَ النَّاسِ عَلٰى حَيٰوةٍ ۛ وَ مِنَ الَّذِيْنَ اَشْرَكُوْا ۛ يَوَدُّ اَحَدُهُمْ لَوْ يُعَمَّرُ اَ لْفَ سَنَةٍ ۚ وَمَا هُوَ بِمُزَحْزِحِهٖ مِنَ الْعَذَابِ اَنْ يُّعَمَّرَ ؕ وَاللّٰهُ بَصِيْرٌۢ بِمَا يَعْمَلُوْنَ

"Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati mereka itu setamak-tamak manusia kepada hidup (yang lanjut masanya), dan (lobanya mereka kepada hidup itu) melebihi loba orang-orang kafir musyrik. Tiap-tiap seorang dari mereka suka kiranya ia boleh hidup seribu tahun, padahal umur panjang yang demikian, tidak akan dapat melepaskannya dari azab (yang disediakan oleh Allah). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang mereka lakukan."
(Al-Baqarah: 96)

عن أبي صفوان عبد الله بن بشر الأسلمي - رضي الله عنه - قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (خير الناس مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَحَسُنَ عَمَلُهُ)

Dari Abi Safwan Abdullah bin Baysar Al Aslami, radhiyallahu 'anhu berkata ia, Rasulullah SAW bersabda:
"Sebaik-baik manusia ialah seorang yang panjang umurnya dan elok amalannya".
(Hadith Riwayat At-Tirmidzi)

Justeru, hargai umur kita sehingga sedutan dan hembusan nafas yang terakhir...

~ Abu Imtiyaz ~
Saksi

یَوۡمَ تَشۡهَدُ عَلَیۡهِمۡ أَلۡسِنَتُهُمۡ وَأَیۡدِیهِمۡ وَأَرۡجُلُهُم بِمَا كَانُوا۟ یَعۡمَلُونَ * یَوۡمَىِٕذࣲ یُوَفِّیهِمُ ٱللَّهُ دِینَهُمُ ٱلۡحَقَّ وَیَعۡلَمُونَ أَنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلۡحَقُّ ٱلۡمُبِینُ

"Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan. Pada hari itu Allah akan menyempurnakan untuk mereka balasan (azab seksa) yang berhak mereka mendapatnya, dan mereka pula akan mengetahui bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Adil, lagi nyata keadilanNya".
(an-Nūr: 24-25)

Allah SWT mengurniakan kepada manusia pelbagai macam kelengkapan hidup, diantaranya ialah akal agar manusia dapat menimbang, memilih dan menilai antara yang baik lagi benar, yang salah dan keliru sehingga hidupnya terarah dan terbimbing. Modal otak sahaja tidaklah cukup tanpa iman. Dengan imanlah manusia boleh mengenal yang tidak dapat dijangkau oleh otak atau akal manusia.

Ingatlah bahawa hidup yang diyakini manusia di dunia ini kelak akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT, Hakim Maha Tinggi lagi Maha Adil, sebagaimana diketahui dalam ayat diatas.

Walaupun manusia mempersiapkan pengacara yang hebat untuk membela dakwaan atas tuduhan yang diperbuatnya didunia, sedikitpun tidak dapat dielakkan, saksi tidak dapat disogok kerana yang bertindak sebagai saksi bukan orang lain tapi anggota tubuh badan sebagaimana yang difirmankan Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW:

أَلَا كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ

"Ketahuilah setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan setiap daripada kamu akan diminta pertanggungjawaban terhadap apa yang dipimpin".
(Hadith Riwayat Muslim)

Allah SWT memberikan kepada kita udara untuk bernafas, anggota tubuh untuk bergerak,  akal untuk berfikir, ini semua kenikmatan yang harus disyukuri dengan cara menggunakannya untuk beribadah kepada Allah SWT semata dan melakukan aktiviti keduniaan yang bermanfaat dan juga bernilai ibadah. Jadikan hidup ini seluruhnya bernilai ibadah.

Disebabkan semuanya daripada Allah, kepadaNyalah nanti akan dikembalikan dan juga akan diminta pertanggungjawapan.

Nafas kita, lisan kita, mata, kaki, tangan, tingkah laku, semuanya akan diminta pertanggungjawapan. Allah SWT tidak membiarkannya begitu sahaja untuk kita. Apa yang ada pada diri kita selama ini adalah sesungguhnya amanah dariNya dan setiap amanah pasti akan diminta kembali sekaligus diminta pertanggungjawapan dan akan dibalas sesuai dengan apa yang kita lakukan.

أَیَحۡسَبُ ٱلۡإِنسَـٰنُ أَن یُتۡرَكَ سُدًى

"Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)?"
(al-Qiyamah: 36)

Hendaklah kita berhati-hati disepanjang kehidupan kita didunia ini kerana kita semua perlu menjawab di hadapan Allah tentang apa yang kita diamanahkan dan dipertanggungjawabkan.
Kesedihan, kerapuhan, kegelisahan, hingga ranting tajam yang membuat kulit terluka maka itulah penggugur dosanya orang beriman bila disikapi dengan sabar dan redha.

Dosa kita terlalu banyak hingga kita lupa berapa jumlahnya. Maka Allah ﷻ kirimkan kesedihan-kesedihan itu dalam rangkaian kehidupan ini, hingga kita berjumpa Allah ﷻ dalam keadaan tak membawa dosa sedikitpun.

Abdurrahmaan Zahier
29 Syawal 1445H
08 Mei 2024M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Agama Itu Nasihat

عَنْ أَبِي رُقَيَّةَ تَمِيْم الدَّارِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : الدِّيْنُ النَّصِيْحَةُ . قُلْنَا لِمَنْ قَالَ : لِلَّهِ وَلِكِتَابِهِ وَلِرَسُوْلِهِ وَلأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِيْنَ وَعَامَّتِهِمْ

Dari Abu Ruqayyah Tamim Ad-Daary RA, bahawasanya Nabi SAW bersabda: Agama itu nasihat. Kami pun bertanya: Untuk siapa (nasihat itu)?. Baginda menjawab: Nasihat itu adalah untuk Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya, Imam-imam kaum muslimin dan seluruh muslimin (rakyatnya)”.
(Hadith Riwayat Muslim)

Kerana lemahlah manusia perlukan jamaah.

Dengan berjamaah manusia dapat saling kuat memperkuat.

Supaya nasihat menasihati.

Saling menaungi.

Saling menutup aib.

Saling berkasih sayang.

وفي الصحيحين من حديث ابن عمر -رضي الله عنه- عنهما عن النبي -صلى الله عليه وسلم- أنه قال: (المسلم أخو المسلم لا يظلمه ولا يُسلمه، ومن كان في حاجة أخيه كان الله في حاجته، ومن فرَّج عن مسلم كربة فرَّج الله عنه بها كربة من كرب يوم القيامة، ومن ستر مسلماً ستره الله يوم القيامة )

Dari Ibnu Umar RA , Nabi SAW bersabda:
"Seorang muslim itu adalah saudara muslim lainnya, dia tidak boleh menzaliminya dan menghinakannya. Sesiapa yang membantu keperluan saudaranya maka Allah akan memenuhi keperluannya. Sesiapa yang melapangkan satu kesusahan seorang muslim maka Allah akan melapangkan satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan hari kiamat nanti. Dan sesiapa yang menutupi aib seorang muslim maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat".
(Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Namun bila berjamaah tapi saling jatuh menjatuhkan.

Saling mencerca dan menghina.

Saling membuka aib.

Sudah tidak ada kasih sayang melainkan benci dan permusuhan.

Maka apakah yang patut dilakukan?

Kembalilah ke pangkal jalan.

Jadilah pendamai...

عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّهُ سَيَكُونُ بَعْدِي اخْتِلَافٌ أَوْ أَمْرٌ فَإِنْ اسْتَطَعْتَ أَنْ تَكُونَ السِّلْمَ فَافْعَلْ

Dari Ali Bin Abu Thalib, dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya akan terjadi perpecahan atau perkara sepeninggalanku, jika kamu mampu untuk berlaku damai maka lakukanlah."
(Hadith Riwayat Ahmad)

Dan jangan jemu memberi dan menerima nasihat kerana ianya membantu memperelokkan agama dalam dirimu.

Kalaulah engkau mahu mentarbiyyah manusia, maka didik dan asuhlah mereka agar menjadi seorang yang beriman, beramal soleh, saling menasihati dengan al haq kebenaran dan saling menasihati dengan kesabaran.

Beriman dengan hati sehingga membuahkan amalan dan keperibadian pada zahir peri laku.

Beramal soleh dengan anggota zahir sehingga lahir keikhlasan mutlak dalam hatinya hanya kepada Allah SWT.

Saling menasihati, bererti memberi nasihat kepada orang lain dan menerima juga nasihat dari orang lain, dalam soal kebenaran kerana...

اَلْحَـقُّ مِنْ رَّبِّكَ فَلَا تَكُوْنَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِيْنَ

"Kebenaran (yang datangnya kepadamu dan disembunyikan oleh kaum Yahudi dan Nasrani) itu (wahai Muhammad), adalah datangnya dari Tuhanmu; oleh itu jangan sekali-kali engkau termasuk dalam golongan orang-orang yang ragu-ragu."
(Al-Baqarah: 147)

Inilah yang Allah SWT mahukan...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

وَالْعَصْرِ (١)
اِنَّ الْاِنْسَانَ لَفِيْ خُسْرٍ (٢)
اِلَّا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا وَ عَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ ۙ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ (٣)

"Demi Masa!" (1)
"Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -"(2)
"Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."(3)
(Al-'Asr: 1-3)

ذكر الطبراني عن عبيد الله بن حفص قَالَ: كَانَ الرَّجُلَانِ مِنْ أَصْحَابِ رَسُولِ اللَّهِ إذا التقيا لم يفترقا إِلَّا عَلَى أَنْ يَقْرَأَ أَحَدُهُمَا عَلَى الْآخَرِ سُورَةَ الْعَصْرِ إِلَى آخِرِهَا، ثُمَّ يُسَلِّمُ أَحَدُهُمَا عَلَى الْآخَرِ.
Imam Tabrani menyebutkan melalui jalur dari Ubaidillah ibnu Hafs yang menceritakan bahawa dahulu pernah ada dua orang sahabat Rasulullah SAW; apabila keduanya bertemu satu sama lainnya, maka keduanya tidak berpisah sebelum salah seorangnya membacakan surat Al-'Asr kepada yang lainnya sampai akhir surat, lalu baru yang seorang mengucapkan salam kepada yang lainnya, salam perpisahan.

وَقَالَ الشَّافِعِيُّ رَحِمَهُ اللَّهُ: لَوْ تَدَبَّرَ النَّاسُ هَذِهِ السُّورَةَ لَوَسِعَتْهُمْ.

Imam Syafii rahimahullah telah mengatakan bahwa seandainya manusia merenungkan makna surat ini, niscaya surat ini akan membuat mereka mendapat keluasan.
(Tafsir Ibnu Katsir)

Semoga agama menjadi penasihat dan peringatan kepada kita untuk saling nasihat menasihati, ingat mengingati agar menjadi Muslim yang menunaikan hak Allah, hak al-Quran, hak Rasul, hak pemimpin dan rakyat.

Saling menasihati dengan kesabaran bererti menasihati dan bersedia juga menerima nasihat supaya bersabar dalam berpegang kepada kebenaran.

Justeru, usah jemu beragama kerana ianya nasihat untuk diri sendiri...

~ Abu Imtiyaz ~