MEKANIK IMAN.
328 subscribers
1.84K photos
531 videos
99 files
4.24K links
Bismillahirrahmanirrahim...

Jom perbaiki Iman dan Amal kita yang merupakan kunci dan bekalan kita di akhirat.

Jom join Group Soal Jawab Fiqh di sini
👉 https://t.me/+FdV3VML4jH4xOWY9

Semoga bermanfaat buat semua. Aamiin
Download Telegram
عَنْ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ قَالَ كُنْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجَاءَهُ رَجُلٌ مِنْ الْأَنْصَارِ فَسَلَّمَ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ الْمُؤْمِنِينَ أَفْضَلُ قَالَ أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا قَالَ فَأَيُّ الْمُؤْمِنِينَ أَكْيَسُ قَالَ أَكْثَرُهُمْ لِلْمَوْتِ ذِكْرًا وَأَحْسَنُهُمْ لِمَا بَعْدَهُ اسْتِعْدَادًا أُولَئِكَ الْأَكْيَاسُ

Dari Ibnu Umar bahwa dia berkata; Saya bersama dengan Rasulullah SAW, tiba-tiba datang seorang laki-laki Ansar kepada baginda, lalu dia mengucapkan salam kepada Nabi SAW dan bertanya; "Ya Rasulullah, bagaimanakah orang mukmin yang utama?" baginda menjawab: "Orang yang paling baik akhlaknya." Dia bertanya lagi; "Orang mukmin yang bagaimanakah yang paling bijak?" baginda menjawab: "Orang yang paling banyak mengingat kematian, dan yang paling baik persiapannya setelah kematian, merekalah orang-orang yang bijak."
(Hadith Riwayat Ibnu Majah)

Mukmin yang paling bijak ialah paling banyak mengingati mati dan membuat persediaan menghadapi hari akhirat.

Marilah kita memperbanyakkan doa kepada Allah SWT supaya kita tergolong di kalangan mereka yang disayangi dan dicintaiNya, disamping menjaga amalan-amalan kita dan jangan sesekali melakukan sesuatu yang menyebabkan kebencian Allah.

Semoga kita beroleh kematian yang baik dan dirahmati.

Justeru, kematian adalah guru terbaik dalam kehidupan ini. Jika kita lalai dari mengingati kematian, maka kita akan kehilangan guru terbaik dalam kehidupan...

~ Abu Imtiyaz ~
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Jujur ke Syurga Berdusta ke Neraka

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الصِّدْقَ يَهْدِي إِلَى الْبِرِّ وَإِنَّ الْبِرَّ يَهْدِي إِلَى الْجَنَّةِ وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَصْدُقُ حَتَّى يَكُونَ صِدِّيقًا وَإِنَّ الْكَذِبَ يَهْدِي إِلَى الْفُجُورِ وَإِنَّ الْفُجُورَ يَهْدِي إِلَى النَّارِ وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَكْذِبُ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللَّهِ كَذَّابًا

Daripada Abdullah RA dari Nabi SAW baginda bersabda: "Sesungguhnya kejujuran akan membimbing pada kebaikan, dan kebaikan itu akan membimbing ke syurga, sesungguhnya jika seseorang yang sentiasa berlaku jujur hingga ia akan dicatat sebagai orang yang jujur. Dan sesungguhnya kedustaan itu akan menghantar kepada kejahatan, dan sesungguhnya kejahatan itu akan mengiringi ke neraka. Dan sesungguhnya jika seseorang yang selalu berdusta sehingga akan dicatat baginya sebagai seorang pendusta." (HR Bukhari No: 5629) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Setiap Muslim dituntut memiliki sifat kejujuran dalam setiap amal dan perbuatan.

2. Orang yang jujur akan sentiasa melakukan kebaikan dan amal soleh.

3. Sifat jujur yang dimiliki secara berterusan akan menjadi tabiat kebiasaan yang akhirnya membentuk akhlak kepada seseorang

4. Sifat jujur akan menjadi pemandu dan pembimbing seseorang Muslim di dunia menjadi orang yang soleh dan menuju ke syurga.

5. Sifat dusta dan berbohong yang dimiliki akan mendorong seseorang kepada kejahatan.

6. Sifat dusta dan bohong yang menjadi kebiasaan secara berterusan kepada seseorang, akhirnya akan membentuk tabiat dan akhlak yang buruk.

7. Sifat dusta akan menjadi pemandu dan pembimbing seseorang ke neraka. Firman Allah:

إِنَّ اللَّهَ لا يَهْدِي مَنْ هُوَ مُسْرِفٌ كَذَّابٌ

Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepda orang-orang yang melampaui batas lagi pendusta (Mukmin: 28).

Berusahalah memiliki sifat jujur dan jauhilah dusta dan bohong.

Tekad Perpaduan Penuhi Harapan.

'Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama'

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#BersamaMembinaNegara
#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

02hb September 2023
16hb Safar 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Perkahwinan

وَأَنكِحُوا۟ ٱلۡأَیَـٰمَىٰ مِنكُمۡ وَٱلصَّـٰلِحِینَ مِنۡ عِبَادِكُمۡ وَإِمَاۤىِٕكُمۡۚ

"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan...".
(an-Nur: 32)

Islam menggalakkan perkahwinan. Salah satu cara untuk mengelak berlakunya penzinaan maka Islam menganjurkan perkahwinan. Apabila seseorang itu ada pasangan, maka keperluan nafsu dapat dipenuhi dengan cara halal maka tidaklah lagi ada pencarian kepada cara yang haram.

Dalam ayat ini, Allah SWT mengajar kita supaya jangan biarkan wanita dan lelaki hidup bersendirian terlalu lama. Jika ada anak dara yang sudah cukup umur, carikan lelaki yang sesuai untuk mereka. Dan jika ada anak teruna, suruh mereka berkahwin dengan segera. Jika mereka menjadi janda atau duda, usahakan supaya mereka juga berpasangan kembali.

Namun perlu diingat, perintah kahwin ini bukanlah paksaan. Kita tidak boleh memaksa sesiapa berkahwin tanpa keinginan mereka. Cuma kita boleh galakkan mereka berkahwin dan mudahkan perkahwinan itu. Kita perlu menasihati anak-anak muda tentang pentingnya sebuah perkahwinan dan hidup berpasangan. Ini kerana ianya dapat menjaga mata, menjaga hati dan menjaga kemaluan dari melakukan perkara terlarang.

Sabda Nabi SAW:

يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ، مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ، فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ، وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ، وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ

“Wahai para pemuda! Sesiapa di antara kamu telah mampu (pembiayaan) berkahwin, maka bernikahlah. Kerana nikah itu dapat menundukkan mata dan memelihara faraj (kelamin). Dan sesiapa yang belum mampu, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu dapat menjadi perisai baginya (dalam membendung syahwat)".
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Bagi mereka yang sudah mempunyai kemampuan sama ada secara fizikal atau ekonomi, maka hendaklah segera bernikah. Ini kerana terdapat padanya banyak faedah dan kebaikan. Disebut dalam kitab Syarh Bulugh al-Maram: Ramai dari kalangan ulamak yang menyebut bahawa seseorang yang sudah mampu (secara fizikal dan ekonomi) untuk berkahwin, maka wajib baginya untuk berkahwin. Ini kerana pada dasarnya, perintah tersebut (فَلْيَتَزَوَّجْ) menunjukkan kewajiban, dan di dalam pernikahan itu terdapat maslahat yang agung.
(Syarh Bulugh al-Maram)

Sekarang musim cuti sekolah, musim banyak berlangsungnya majlis perkahwinan, maka Kita dianjurkan untuk mengucapkan tahniah dan doakan kebaikan untuk para pengantin. Berkata Sayidina Abu Hurairah r.a, adalah Rasulullah SAW  mengucapkan selamat kepada orang yang berkahwin,  dengan kata-kata (doa):

بَارَكَ اللَّهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا عَلَى خَيْرٍ

"Semoga Allah memberkatimu dan juga memberkati isterimu serta mengumpulkan kalian berdua atas kebaikan”.
(Hadith Riwayat Ahmad)

Berkahwinlah kerana ia adalah perintah Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW. Semoga terdapat kebaikan yang banyak kepada mereka yang berkahwin. Aamiiin.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاته

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Bila hati gusar dan fikiran dalam kebingungan, apakah yang perlu dilakukan?

Tambah lagi, dalam kehidupan yang sering bertemu dengan persimpangan yang sukar untuk diambil pilihan.

Sudah pastilah ketenangan yang dicari. Panduan dan bimbinganNya yang didambakan.

Ketenangan pada hakikatnya adalah kurniaan Allah ta’ala yang hanya diberikan kepada orang-orang yang beriman.

Tentang ketenangan ini Allah ta’ala berfirman:

هُوَ الَّذِي أَنزَلَ السَّكِينَةَ فِي قُلُوبِ الْمُؤْمِنِينَ لِيَزْدَادُوا إِيمَانًا مَّعَ إِيمَانِهِمْ ۗ وَلِلَّـهِ جُنُودُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ وَكَانَ اللَّـهُ عَلِيمًا حَكِيمًا

“Dia-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan Allah-lah tentara langit dan bumi dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”
(Al Fath: 4)

As Syeikh Abdurrahman As-Sa’dy rahimahullah berkata,

يخبر تعالى عن منته على المؤمنين بإنزال السكينة في قلوبهم، وهي السكون والطمأنينة، والثبات عند نزول المحن المقلقة، والأمور الصعبة، التي تشوش القلوب، وتزعج الألباب، وتضعف النفوس، فمن نعمة الله على عبده في هذه الحال أن يثبته ويربط على قلبه، وينزل عليه السكينة، ليتلقى هذه المشقات بقلب ثابت ونفس مطمئنة، فيستعد بذلك لإقامة أمر الله في هذه الحال، فيزداد بذلك إيمانه، ويتم إيقانه

“Allah mengkhabarkan tentang kurniaanNya ke atas orang-orang yang beriman dengan diturunkan kepada hati mereka sakinah iaitu ketenangan. Ia adalah ketenangan dan keteguhan dalam keadaan terhimpit dengan ujian dan kesulitan yang menggugah hati, mengganggu fikiran dan melemahkan jiwa. Maka di antara nikmat Allah atas orang-orang yang beriman dalam keadaan ini adalah, Allah meneguhkan dan menguatkan hati mereka, agar mereka sentiasa dapat menghadapi keadaan ini dengan jiwa yang tenang dan hati yang teguh, sehingga mereka tetap mampu menunaikan perintah Allah dalam keadaan sukar seperti ini sekali pun. Maka bertambahlah keimanan mereka, semakin sempurnalah keteguhan keyakinan mereka.”
(Kitab Tafsir Taisir al Karim)

Arahan-arahan yang terdapat dalam al-Quran dan sunnah untuk meraih ketenangan tersebut:

1. Berkumpul dalam rangka mencari ilmu.

مَا اجتمعَ قَوم في بيت من بُيُوتِ الله تباركَ وتعالى يَتْلُونَ كتابَ الله عزَّ وجلَّ ، ويَتَدَارَسُونَهُ بينهم ، إِلا نزلت عليهم السكينةُ ، وَغَشِيَتْهم الرحمةُ ، وحَفَّتْهم الملائكة ، وذكرهم الله فيمن عنده

“Tidaklah suatu kaum berkumpul dalam sebuah rumah Allah tabaraka wa ta’ala, mereka membaca Kitabullah azza wa jalla, mempelajarinya sesama mereka, melainkan akan turun kepada mereka sakinah ketenangan , rahmat akan meliputi mereka, para malaikat akan mengelilingi mereka dan Allah sentiasa menyebut-nyebut mereka di hadapan malaikat yang berada di sisi-Nya.”
(Hadith Riwayat Muslim)

Ketenangan hadir berserta dengan ilmu dan panduan bimbingan Allah.

2. Berdoa.

Rasulullah SAW dan para sahabatnya pernah mengulang-ulang kalimat doa berikut dalam perang ahzab:

‎فَأَنْزِلَنَّ سَكِيْنَةً عَلَيْنَا وَثَبِّتِ الأَقْدَامِ إِنْ لَاقِينَا

“Maka turunkanlah ketenangan kepada kami ,serta teguhkan lah kaki-kaki kami saat kami bertemu (musuh)”.
(Hadith Riwayat Al-Bukhari)

Maka Allah memberikan mereka kemenangan dan meneguhkan jiwa mereka.

3. Membaca al Quran.

« تِلْكَ السَّكِينَةُ تَنَزَّلَتْ بِالْقُرْآنِ »

“Ia adalah ketenangan yang turun karena al Qur`an.”
(Hadith Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

4. Memperbanyak zikrullah.

الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

“(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.”
(Al Ra’du : 28)

5. Bersikap wara’ (hati-hati) dari perkara syubhat.

الْبِرُّ مَا سَكَنَتْ إِلَيْهِ النَّفْسُ وَاطْمَأَنَّ إِلَيْهِ الْقَلْبُ وَالإِثْمُ مَا لَمْ تَسْكُنْ إِلَيْهِ النَّفْسُ وَلَمْ يَطْمَئِنَّ إِلَيْهِ الْقَلْبُ وَإِنْ أَفْتَاكَ الْمُفْتُونَ
“Kebaikan itu adalah yang jiwa merasa tenang dan hati merasa tentram kepadanya. Sementara dosa adalah yang jiwa meresa tidak tenang dan hati merasa tidak tenteram kepadanya, walaupun orang-orang mememberimu fatwa (mejadikan untukmu keringanan).”
(Hadith Riwayat Ahmad)

6. Jujur dalam berkata dan berbuat.

فَإِنَّ الصِّدْقَ طُمَأْنِينَةٌ وَإِنَّ الْكَذِبَ رِيبَةٌ

“Sesungguhnya jujur itu ketenangan dan dusta itu keragu-raguan.”
(Hadith Riwayat At-Tirmidzi)

Begitu lah, semua ketaatan kepada Allah dan sikap sentiasa bersegera kepada amal soleh adalah di antara sebab yang akan membawa ketenangan kepada hati seorang mukmin. Bersedia mendengar dan berusaha untuk mentaati Allah dan rasulNya, akan menjadikan hati semakin tenang dan teguh.

وَلَوْ أَنَّهُمْ فَعَلُوا مَا يُوعَظُونَ بِهِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُمْ وَأَشَدَّ تَثْبِيتًا ﴿٦٦﴾ وَإِذًا لَّآتَيْنَاهُم مِّن لَّدُنَّا أَجْرًا عَظِيمًا ﴿٦٧﴾ وَلَهَدَيْنَاهُمْ صِرَاطًا مُّسْتَقِيمًا ﴿٦٨﴾

“…Dan sesungguhnya kalau mereka melaksanakan pelajaran yang diberikan kepada mereka, tentulah hal yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih menguatkan (iman mereka), dan kalau demikian, pasti Kami berikan kepada mereka pahala yang besar dari sisi Kami, dan pasti Kami tunjuki mereka kepada jalan yang lurus.”
(An Nisa: 66-68)

يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ﴿٢٧﴾ ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً ﴿٢٨﴾ فَادْخُلِي فِي عِبَادِي ﴿٢٩﴾ وَادْخُلِي جَنَّتِي ﴿٣٠﴾

Hai jiwa yang tenang
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya.
Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku,
masuklah ke dalam syurga-Ku.
(Al Fajr: 27-30)

Justeru, yakinlah dalam ilmu ada panduan dan petunjukNya. Dan dalam panduan dan petunjukNya itulah ada ketenangan. Hanya dengan mengembalikan hati kepadaNya, ketenangan dan ketenteraman yang mutlak akan dapat dicapai...

~ Abu Imtiyaz ~
Muhasabah malam ini

Sebenarnya kelazatan akhirat itu nanti sangat besar dan abadi.

Tetapi banyak orang melupakannya kerana ia tersembunyi dan tidak dapat dilihat.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Bertakwa Walau Dimana Berada

عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اتَّقِ اللَّهِ حَيْثُمَا كُنْتَ وَأَتْبِعْ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ

Daripada Abu Zar RA beliau berkata; Rasulullah SAW pernah bersabda kepadaku: "Bertaqwalah kamu kepada Allah di mana saja kamu berada dan ikutilah setiap (amalan) kejahatan dengan (amalan) kebaikan yang dapat menghapuskannya serta berakhlaklah kepada manusia dengan akhlak yang baik." (HR Tirmizi, No: 1987) Status: Hadis Hasan Sahih

Pengajaran:

1. Taqwa kepada Allah SWT merupakan kewajipan setiap Muslim dan menjadi benteng daripada melakukan kejahatan dan maksiat.

2. Taqwa menurut Imam At-Tabari adalah beriman dan melakukan ketaatan kepada Allah, meninggalkan perkara yang dilarang Allah dan melaksanakan perintah serta sangat waspada terhadap siksaan Allah jika meninggalkan petunjuk yang telah diketahui

3. Bersegeralah melakukan kebaikan setelah menyedari atau melakukan kejahatan atau maksiat. Antaranya beristighfar, bersedekah dan sebagainya.

4. Para ulama’ bersepakat bahawa kebaikan hanya dapat menghapuskan dosa-dosa kecil sahaja. Adapun dosa besar seperti derhaka kepada ibu bapa, membunuh, memakan riba, meminum arak dan selainnya tidak akan terhapus kecuali dengan taubat nasuhah.

5. Setiap Muslim hendaklah bersungguh-sungguh menjauhi amalan kejahatan dan memperbanyakkan amalan kebaikan serta menghias diri dengan akhlak terpuji.

Bertakwalah walau dimana kita berada.

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#BersamaMembinaNegara
#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

03hb September 2023
17hb Safar 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Perkahwinan

وَأَنكِحُوا۟ ٱلۡأَیَـٰمَىٰ مِنكُمۡ وَٱلصَّـٰلِحِینَ مِنۡ عِبَادِكُمۡ وَإِمَاۤىِٕكُمۡۚ

"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan...".
(an-Nur: 32)

Sambung bicara tentang Islam galakkan berkahwin terutama kepada yang tiada pasangan hidup.

Perkahwinan atau pernikahan adalah suatu ibadah yang sangat dituntut di dalam Islam. Sudah menjadi fitrah manusia untuk saling berkasih sayang dan hidup berteman.
 
وَمِن كُلِّ شَىْءٍ خَلَقْنَا زَوْجَيْنِ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami) akan kebesaran Allah".
(az-Zariyaat: 49)

Setiap manusia yang sudah dewasa dan sihat dari sudut fizikal dan rohaninya sudah semestinya merasakan keinginan untuk berkahwin yang sangat tinggi disebabkan fitrah untuk saling memerlukan.

Allah SWT menjadikan perkahwinan untuk menghalalkan perhubungan dan mengelakkan penzinaan kerana manusia itu fitrahnya ingin berpasangan. Oleh sebab itu, adalah dituntut kepada manusia yang sudah berkemampuan untuk segera melaksanakan sunnah yang dituntut ini.

Sekiranya seseorang itu khuatir tidak mampu untuk menahan dirinya daripada melakukan kemaksiatan maka hendaklah dia menyegerakan perkahwinan bagi mengelakkan kemudharatan yang lebih besar. Bahkan jika berlaku pertembungan antara menunaikan ibadah haji dengan berkahwin maka dahulukan berkahwin.

Berkata Syeikh Ibn Uthaiman rahimullah:
“Tidak dapat diragukan lagi bahawa pernikahan adalah diutamakan daipada haji sekiranya seseorang itu telah memiliki dorongan syahwat yang sangat kuat, maka perkahwinan ketika itu padanya adalah merupakan keharusan kepada kehidupannya, dan sekiranya dia mempunyai keinginan untuk berkahwin yang tinggi maka hendaklah dia mendahulukan pernikahan daripada haji. Hal ini disebabkan Allah SWT telah mensyariatkan kewajipan menunaikan haji bagi orang yang berkemampuan".

Jumhur ulama' telah bersepakat bahawa hukum asal pernikahan adalah sunnah bukannya wajib. Namun jika sekiranya seseorang itu memiliki nafsu yang kuat sehingga boleh menjerumuskannya kepada kemaksiatan sedangkan dia merupakan seorang yang berkemampuan maka wajib dia menyegerakan perkahwinannya.
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Berbuat Ihsan Kepada Makhluk

عَنْ شَدَّادِ بْنِ أَوْسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الْإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذِّبْحَةَ وَلْيُحِدَّ أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ وَلْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ

Daripada Syadad bin Aus, sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda: "Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat baik kepada segala sesuatu, jika kalian membunuh maka bunuhlah secara baik, dan jika kalian menyembelih maka sembelihlah dengan cara yang paling baik, dan hendaklah salah seorang dari kalian menajamkan pisaunya serta tidak menyiksa kepada sembelihannya." (HR Muslim No: 1955)

Pengajaran:

1.  Syariat Islam menuntut perbuatan ihsan (menyempurnakan sesuatu dengan baik) kepada setiap makhluk termasuk haiwan.

2.  Tidak boleh menyiksa atau merusakkan tubuh badan sebagai sasaran dan tujuan, tidak juga boleh merobek-robek orang yang dihukum qishash.

3.  Jangan kerana kita berbeza pandangan atau kumpulan, hilang sifat ihsan kita terhadap orang lain.

4.  Termasuk ihsan juga berbuat baik terhadap haiwan ternak dan belas kasih terhadapnya. Tidak boleh membebaninya diluar kemampuannya serta tidak menyiksa ketika menyembelihnya.

5.  Kewajiban berbuat baik dalam membunuh dengan cara mengambil jalan yang paing ringan dalam menghilangkan nyawa.

6.  Marilah kita berbuat ihsan dengan melakukan sesuatu urusan dengan menyempurnakan sebaik mungkin, bukan sekadar melepaskan batuk ditangga atau menzaliminya.

Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Sambutan Hari Malaysia 2023.

"Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama"

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#BersamaMembinaNegara
#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

04hb September 2023
18hb Safar 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Dia tidak putus-putus mengalirkan nikmatNya kepadamu. Yang engkau pohon padaNya sedikit sekali, namun Dia beri banyak sekali tapi sedikit sungguh yang engkau berterima kasih padaNya dan banyak pula yang engkau kufuri Nya...

وَاتكُم مِّن كُلِّ مَاسَاَلتُمُوهُ،وَاِن تَعُدُّوا نِعمَتَ اللهِ لاَتُحصُوهَا، اِنَّ الِانسَانَ لَظَلُومٌ كَفَّارٌ

“Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadaNya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungkannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah)”.
(Ibrahim: 34)

Mensyukuri nikmat dari Allah dan juga cara bersyukur kepada Allah adalah merupakan sebahagian dari tanda keimanan kita kepada Allah SWT. Hakikat pengertian syukur adalah menampakkan nikmat dengan menggunakannya pada tempat dan sesuai dengan kehendak pemberinya. Sedangkan kufur adalah menyembunyikan dan melupakan nikmat.

فَاذْكُرُوْنِيْٓ اَذْكُرْكُمْ وَاشْکُرُوْا لِيْ وَلَا تَكْفُرُوْنِ

"Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu)."
(Al-Baqarah: 152)

Setiap muslim nescaya meyakini bahwasanya kurniaan dari Allah Azza wa Jalla yang terbesar di dunia ini adalah agama Islam. Seorang muslim akan senantiasa bersyukur kepada Allah SWT yang telah memberinya petunjuk ke dalam Islam dan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW.

وَّاَنَّا مِنَّا الْمُسْلِمُوْنَ وَمِنَّا الْقٰسِطُوْنَ ؕ فَمَنْ اَسْلَمَ فَاُولٰٓئِكَ تَحَرَّوْا رَشَدًا

"`Dan bahawa sesungguhnya (dengan datangnya Al-Quran, nyatalah) ada di antara kita golongan yang berugama Islam, dan ada pula golongan yang (kufur derhaka dengan) menyeleweng dari jalan yang benar; maka sesiapa yang menurut Islam (dengan beriman dan taat), maka merekalah golongan yang bersungguh-sungguh mencari dan menurut jalan yang benar,"
(Al-Jinn: 14)

Allah akan menambah nikmat kepada hamba-hambaNya selagi mereka mensyukuri nikmat Allah.
Perkara ini disebutkan dalam Al-Quran,

وَاِزتَاَذَّنَ رَبُّكُم لَءِن شَكَر تُم لَاَزِيدَنَّكُم وَلءِن كَفَرتُم اِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”.
(Ibrahim: 7)

Hakikat bersyukur sesungguhnya adalah bersyukur atas diri sendiri kerana Allah adalah Maha Kaya Lagi Maha Terpuji.
Allah SWT berfirman:

وَمَنْ يَّشْكُرْ فَاِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهٖ ۚ وَمَنْ كَفَرَ فَاِنَّ اللّٰهَ غَنِيٌّ حَمِيْدٌ

"Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)". Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji."
(Luqman: 12)

Marilah kita untuk sentiasa meningkatkan rasa syukur kita kepada Allah SWT dalam bentuk apapun yang boleh kita lakukan.

“Allahumma a’innii ’ala zikrika wa syukrika, wahusni ’ibaadatika”
Ya Allah tolonglah kami untuk selalu ingat kepada Mu, untuk selalu bersyukur kepada Mu, dan untuk selalu memperbaiki ibadat kepada Mu.

Semoga Allah SWT selalu melimpahkan taufiq dan hidayah-Nya kepada kita semua, agar kita pandai untuk bersyukur.

Justeru, perbanyakkanlah bersyukur kepada Allah SWT agar kita semua menjadi hamba yang pandai dan selalu bersyukur atas nikmat yang Allah SWT berikan kepada kita...

~ Abu Imtiyaz ~
18 Safar 1445H
04 September 2023M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Hati yang terbaik adalah hati yang dipenuhi dengan ilmu. Hati yang dipenuhi oleh pemahaman terhadap Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Mereka yang memahami Al-Quran dan Sunnah RasulNya adalah orang-orang yang dikehendaki oleh Allah SWT untuk memperoleh kebaikan sebagaimana sabda Nabi SAW:

من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين

“Barangsiapa yang dikehendaki kebaikan oleh Allah, maka Allah akan memahamkannya dalam urusan agama”.
(Hadith Riwayat Al-Bukhari)

عن ابن عمرو بن العاص رضي الله عنه قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
خياركم من ذكركم بالله رؤيته وزاد في علمكم منطقه ورغبكم في الآخرة عملهم
أخرجه الحكيم

Daripada Amru bin Al 'Aas RA; Rasulullah SAW telah bersabda:
"Sebaik-baik kamu ialah seorang yang bila melihatnya mengingatkan kamu pada Allah, kata-katanya menambah ilmu kamu dan amalannya menambah cenderung mu pada akhirat".

Sesungguhnya seorang yang terus mahu belajar adalah orang yang sentiasa mahukan kebaikan pada dirinya dan meniti jalan menuju syurga sebagaimana sabda Nabi SAW:

من سلك طريقا يلتمس فيه علما سهل الله له به طريقا إلى الجنة

“Barangsiapa yang menempuh jalan untuk mendapatkan ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga”.
(Hadith Riwayat Muslim)

Imam Shafei rahimahullah dalam syairnya:

مَنْ لَمْ يَذُقْ مُرَّ التَّعَلُّمِ سَاعَةً
تَجَرَّعَ ذُلُّ الْجَهْلِ طُوْلَ حَيَاتِهِ
وَ مَنْ فَاتَهُ التَّعْلِيْمُ وَقْتَ شَبَابِهِ
فَكَبِّرْ عَلَيْهِ أَرْبَعًا لِوَفَاتِهِ

Barangsiapa yang tidak pernah merasai pahitnya belajar.
Maka dia akan meneguk hinanya kebodohan di sepanjang hidupnya.
Barangsiapa yang tidak menuntut ilmu di masa muda.
Maka bertakbirlah empat kali, kerana sungguh dirinya telah mati.
(Diwan al Imam asy Syafi’i, Dar al Kutub al ’Ilmiyah)

Kata Al Imam Ahmad rahimahullah:

الناس محتاجون إلى العلم قبل الخيز و الماء لأن العلم محتاجون إليه الإنسان في كل ساعة و الخبز و الماء في اليوم مرة أو مرتين

“Manusia sangat memerlukan ilmu melebihi keperluan terhadap roti dan air, kerana ilmu diperlukan manusia di setiap saat. Sedangkan roti dan air hanya diperlukan manusia sekali atau dua kali”.
(Al Adab asy Syar’iyyah)

Berbincang dan bertukar pandangan adalah jalan yang terbaik untuk kita berfikir. Kerana orang yang berfikir mereka telah memanfaatkan akalnya. Berkata lmam lbnu Jauzi:

وقبيح بمن اعطي شمعة يستضئ بها ان يطفئها ويمشي في الظلمة

Dan hinalah orang yang diberikan lilin yang telah dinyalakan lalu dia memadamkanya dan berjalan didalam gelap.

Islah besar-besaran yang perlu dilakukan keatas ummat ini ialah menyemaikan sikap rajin membaca, kerana sikap malas membaca adalah penyakit yang menghilangkan manfaat akal, hati dan pendengaran yang dikurniakan oleh Allah.

ولا تقف ما ليس لك به علم ان السمع والبصر والفؤاد كل اولئك كان عنه مسئولا

Ilmu tidak akan kelihatan indah sekiranya ia tidak diamalkan dan tidak disampaikan di atas tatangan akhlak dan hikmah.

أَكْمَل المؤمنين إيمانا أحسنهم خلقا

Mukmin yang paling sempurna imannya mereka yang paling baik akhlaknya.

Gelap gelita malam tanpa cahaya adalah umpama diri yang jahil tanpa ilmu.

Kejahilan adalah malapetaka yang pasti akan merosak diri dan umat.

Maka kerana itu jangan binasakan diri dengan hidup selesa di dalam kejahilan.

Pesan Nabi SAW, "ubat kejahilan adalah bertanya". Bermaksud, kejahilan hanya akan mampu diubati dengan ilmu.

فَسۡـَٔلُوٓاْ أَهۡلَ ٱلذِّكۡرِ إِن كُنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ

Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui.
(an-Nahl: 43)

Kejahilan itu suatu penyakit dan penawarnya adalah ilmu. Mencantas tanpa merawat tidak akan menghilangkan penyakit apatah lagi yang merawat juga sakit.

Penuntut ilmu yang tidak menggerakkan akalnya dengan mengkaji dan membaca ibarat air yang tidak bergerak lebih senang dicemari berbanding air yang mengalir.

Diantara punca perbalahan ialah kurangnya pembacaan dan kajian. Apabila luasnya pembacaan dan kajian maka akan kuranglah cercaan dan cacian.
Ilmu yang diambil manfaat dengannya adalah teman dan bekalan di kehidupan alam barzakh...

Oleh kerana itu...
Bila bercakap, bercakaplah dengan ilmu.
Bila mendidik, didiklah dengan ilmu.
Bila berucap, berucaplah dengan ilmu.
Bila menasihat, nasihat biarlah dengan ilmu.
Bila menegur, tegurlah dengan ilmu.

Supaya orang lain mengambil manfaat dengan ilmu mu pada cakap, didikan dan ajaran, ucapan, nasihat, teguran mu...

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, bermaksud:
“Apabila seorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, (iaitu): Sedekah jariah, ilmu yang diambil manfaat dengannya atau anak yang saleh yang berdoa untuknya”.
(Hadith Riwayat Muslim)

Tuntutlah ilmu untuk engkau menghilangkan kejahilan diri...

فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ ٱلۡجَـٰهِلِینَ

‎"oleh itu janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang jahil."
(Al-An'am: 35)

Justeru, tuntutlah ilmu dan berilmulah, nescaya kamu akan selamat...

~ Abu Imtiyaz ~
Muhasabah malam ini

Jangan kita hanya sibuk menghiaskan rumah dan mengindahkan pakaian,

Tetapi tidak sibuk menghiasi dan mengindahkan hati kita.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Berhati-hati Dalam Berbicara

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ  قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ الرَّجُلَ لَيَتَكَلَّمُ بِالكَلِمَةِ لَا يَرَى بِهَا بَأْسًا يَهْوِي بِهَا سَبْعِينَ خَرِيفًا فِي النَّارِ

Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda:  Sesungguhnya seseorang terkadang berbicara dengan kata-kata yang dia sangkakan tidak mengapa, lalu (tanpa diduga) dia terjerumus dengan sebabnya ke dalam neraka (yang kedalamannya) sejauh perjalanan tujuh puluh tahun. (HR Tirmizi No: 2314) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Dalam menyampaikan berita, seseorang mesti bertanggungjawab dalam segala ucapan dan penyampaiannya sama ada secara lisan mahupun tulisan. 

2.  Al-Mubarakfuri menjelaskan bahawa sebahagian manusia memandang remeh perkataan yang diucapkannya sehingga dia tidak menyangka perkataan tersebut menjadi penyebab kepada dia dihumban ke neraka. (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 12/79).

3.  Setiap berita yang disampaikan mestilah benar serta tidak akan mengundang kepada keaiban dan pembohongan. Jangan sampai mengundang kemurkaan  Allah SWT dan berlaku kekacauan di dalam masyarakat. Firman Allah SWT:

إِنَّ الَّذِينَ جَاءُوا بِالْإِفْكِ عُصْبَةٌ مِّنكُمْ  لَا تَحْسَبُوهُ شَرًّا لَّكُم  بَلْ هُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ  لِكُلِّ امْرِئٍ مِّنْهُم مَّا اكْتَسَبَ مِنَ الْإِثْمِ  وَالَّذِي تَوَلَّىٰ كِبْرَهُ مِنْهُمْ لَهُ عَذَابٌ عَظِيمٌ

Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat).(Surah An-Nur, 11).

Al-Maraghi berkata: Allah SWT menerangkan hukuman yang menimpa ke atas orang yang ikut serta menyebarkan berita dusta; mereka semua akan mendapat hukuman yang setimpal dengan peranan yang dimainkan. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 9/4730).

Moga kita sentiasa berhati-hati dalam menyebarkan sebarang maklumat termasuk di media sosial.

Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Sambutan Hari Malaysia 2023.

"Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama"

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#BersamaMembinaNegara
#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

05hb September 2023
19hb Safar 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
19 Safar 1445H
05 September 2023M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Hari ini manusia berlumba-lumba membuat dakwah, khuatir juga. Dakwah yang dibawa itu ingin mengajak manusia mendekat Allah atau dekat kepada pendakwah.

Jadi, biar diri kita sentiasa ingin ada rasa ditarbiah dan dalam mentarbiah turut mentarbiah diri kita sendiri.

Tundukkan rasa tawadhu' dan takut pada Allah.

Jika dicemuh berdiam, jika dipuji berdiam dan kembalikan segala pujian pada yang Maha Esa.

Jika dakwah disambut baik akan datang rasa ujub, jika tidak diterima akan sentiasa futur. Berdakwahlah dengan ingin mendapatkan keredhaan Allah.

Dakwah dengan sentuhan bimbingan Ilahi.

Tatkala Allah ta’ala memerintahkan Nabi Musa pergi bertemu Firaun untuk mendakwahnya, Nabi Musa ‘alaihissalam bermohon diberikan bekalan dan sokongan.

Pertama, lidah yang fasih dan menjadikan Harun, saudaranya sebagai pembantunya kerana Allah ta’ala memberikan satu tawjiha (arahan) yang sukar untuk dilakukannya, iaitu berdakwah dengan kalimah perkataan yang lembut agar berkesan pada jiwa Firaun.

اذْهَبْ إِلَىٰ فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَىٰ ﴿٢٤﴾ قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي ﴿٢٥﴾ وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي ﴿٢٦﴾ وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسَانِي ﴿٢٧﴾ يَفْقَهُوا قَوْلِي ﴿٢٨﴾ وَاجْعَل لِّي وَزِيرًا مِّنْ أَهْلِي ﴿٢٩﴾ هَارُونَ أَخِي ﴿٣٠﴾ اشْدُدْ بِهِ أَزْرِي ﴿٣١﴾ وَأَشْرِكْهُ فِي أَمْرِي ﴿٣٢﴾

Pergilah kepada Fir'aun; sesungguhnya ia telah melampaui batas".(24) Berkata Musa: "Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku (25) dan mudahkanlah untukku urusanku (26) dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku (27) supaya mereka mengerti perkataanku (28) dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku,(29) (yaitu) Harun, saudaraku (30) teguhkanlah dengan dia kekuatanku,(31) dan jadikankanlah dia sekutu dalam urusanku,(32))
(Taha: 24-32)

Dan yang kedua, agar Ia dan Harun dimudahkan untuk sentiasa bertasbih dan berzikir agar kukuh jiwanya dan pergantungan yang kuat kepada Allah ‘azza wa jalla.

كَيْ نُسَبِّحَكَ كَثِيرًا ﴿٣٣﴾ وَنَذْكُرَكَ كَثِيرًا ﴿٣٤﴾ إِنَّكَ كُنتَ بِنَا بَصِيرًا ﴿٣٥﴾

supaya kami banyak bertasbih kepada Engkau,(33) dan banyak mengingat Engkau (34) Sesungguhnya Engkau adalah Maha Melihat (keadaan) kami".(35)
(Taha: 33-35)

Namun, inilah hebatnya sentuhan dakwah dengan bimbingan dari Allah, Ar Rahman Ar Rahim.

اذْهَبْ إِلَىٰ فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَىٰ ﴿١٧﴾ فَقُلْ هَل لَّكَ إِلَىٰ أَن تَزَكَّىٰ ﴿١٨﴾ وَأَهْدِيَكَ إِلَىٰ رَبِّكَ فَتَخْشَىٰ ﴿١٩﴾

"Pergilah kamu kepada Fir'aun, sesungguhnya dia telah melampaui batas,(17) dan katakanlah (kepada Fir'aun): "Adakah keinginan bagimu untuk membersihkan diri (dari kesesatan)".(18) Dan kamu akan kupimpin ke jalan Tuhanmu agar supaya kamu takut kepada-Nya?"(19)
(An Naazi’at: 17-19)

وَلَا تَسْتَوِي الْحَسَنَةُ وَلَا السَّيِّئَةُ ۚ،ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ ﴿٣٤﴾ وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا الَّذِينَ صَبَرُوا وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا ذُو حَظٍّ عَظِيمٍ ﴿٣٥﴾

Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia.
(Fussilat: 24-25)

Justeru, bilakah lagi para pendakwah akan menjadikan uslub ini dominan dalam pendekatan mereka berdepan dengan cabaran para mad’un yang pelbagai dan rencam keadaan mereka...

~ Abu Imtiyaz ~
Fitnah

زُیِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ ٱلشَّهَوَ ٰ⁠تِ مِنَ ٱلنِّسَاۤءِ وَٱلۡبَنِینَ وَٱلۡقَنَـٰطِیرِ ٱلۡمُقَنطَرَةِ مِنَ ٱلذَّهَبِ وَٱلۡفِضَّةِ وَٱلۡخَیۡلِ ٱلۡمُسَوَّمَةِ وَٱلۡأَنۡعَـٰمِ وَٱلۡحَرۡثِۗ ذَ ٰ⁠لِكَ مَتَـٰعُ ٱلۡحَیَوٰةِ ٱلدُّنۡیَاۖ وَٱللَّهُ عِندَهُۥ حُسۡنُ ٱلۡمَـَٔابِ

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)".
(Ali-ʿImran: 14)

Dalam ayat ini, Allah SWT memulakan cinta syahwat itu bermula dari wanita, sebelum menyebutkan emas, perak, kenderaan dan pertanian. Kenapa wanita? Kerana manusia selalu mencintai dan menganggap indah segala sesuatu yang berkaitan dengan syahwat, fikirannya selalu mengarah kepada syahwat. Allah menyatakan kecintaan manusia terhadap wanita yang pertama menunjukkan fitnah yang sangat luar biasa daripada wanita.

Daripada Sayidina Usamah bin Zaid r.a, bahawa Nabi SAW bersabda:
“Aku tidak meninggalkan satu fitnah pun yang lebih membahayakan para lelaki selain fitnah wanita".
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ada banyak fitnah di atas muka bumi ini, antaranya fitnah kemiskinan, kemewahan, kejayaan, harta, anak, peperangan, banjir,  gempa bumi, wanita, kebakaran, kematian, kehilangan, kesakitan, kesempitan dan berbagai macam fitnah lainnya.

Di antara semua fitnah yang ada, ternyata fitnah yang paling dahsyat bagi kaum lelaki ialah wanita. Para wanita harus faham bahawa dirinya adalah fitnah besar bagi para lelaki. Dia adalah perhiasan terindah, yang dunia tanpa wujudnya dirasakan gelap.

Allah SWT menjadikan wanita apabila dilihat akan menimbulkan keinginan (syahwat) dan kaum lelaki mudah tergoda dengan mereka. Untuk itu, fitnah wanita adalah fitnah yang dahsyat kerana pada dirinya semua fitnah seperti suaranya, rupa parasnya, pergerakannya dan sebagainya.

Oleh itu, Rasulullah SAW berpesan kepada kaum lelaki supaya mereka berhati-hati atau menjauhkan diri daripada melihat wanita yang bukan mahramnya, berdua-duaan dengannya, bercampur baur dengan mereka dan seumpamanya.

Daripada Sayidina Abu Sa’id al-Khudri r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Berhati-hatilah dengan dunia dan berhati-hatilah dengan fitnah wanita. Sesungguhnya fitnah terawal yang berlaku pada golongan Bani Israil adalah pada wanita".
(Hadith Riwayat Muslim)

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوۤا۟ إِنَّ مِنۡ أَزۡوَ ٰ⁠جِكُمۡ وَأَوۡلَـٰدِكُمۡ عَدُوࣰّا لَّكُمۡ فَٱحۡذَرُوهُمۡۚ وَإِن تَعۡفُوا۟ وَتَصۡفَحُوا۟ وَتَغۡفِرُوا۟ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَفُورࣱ رَّحِیمٌ

"Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. Dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".
(at-Taghabun: 14)

Betapa dahsyatnya fitnah wanita. Maka semua orang perlu berhati-hati akan godaan wanita kerana mampu menjerumuskan seseorang ke lembah kebinasaan. Namun, wanita yang baik dan solehah mampu membahagiakan seseorang di dunia dan di akhirat.
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Ghibah, Gosip Perbuatan Tercela

عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَتَدْرُونَ مَا الْغِيبَةُ قَالُوا اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قَالَ ذِكْرُكَ أَخَاكَ بِمَا يَكْرَهُ قِيلَ أَفَرَأَيْتَ إِنْ كَانَ فِي أَخِي مَا أَقُولُ قَالَ إِنْ كَانَ فِيهِ مَا تَقُولُ فَقَدْ اغْتَبْتَهُ وَإِنْ لَمْ يَكُنْ فِيهِ فَقَدْ بَهَتَّهُ

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah  SAW pernah bertanya: "Tahukah kamu, apakah ghibah (mengumpat) itu?" Para sahabat menjawab; Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Engkau menyebut sesuatu mengenai saudara kamu dengan perkara yang tidak disukainya." Baginda ditanya lagi, "Bagaimana pendapatmu jika apa yang ada pada saudaraku sesuai dengan yang aku katakan?" Baginda menjawab: "Jika apa yang engkau katakan itu memang benar-benar ada padanya maka engkau telah berbuat ghibah (mengumpat), namun jika tidak benar, maka engkau telah memfitnahnya." (HR Muslim No: 4690)  Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Perbuatan ghibah atau mengumpat atau gossip  adalah berdosa.

2.  Ghibah atau mengumpat adalah menceritakan sesuatu yang buruk yang ada pada diri orang lain. Sesuatu yang diceritakan mengenai orang lain itu mungkin berkaitan  tubuh badan seseorang, agamanya, dunia, diri, akhlak, harta, anak, orang tua, isteri, pembantu, pakaian, cara jalan, gerak-gerik, wajah atau segala hal yang berkaitan dengannya.

3.  Imam al-Ghazali mengatakan ghibah itu bermaksud: ‘…engkau menyebut sesuatu mengenai saudaramu dengan perkara yang tidak disukainya, sekiranya sampai perkara itu kepadanya, sama ada kekurangan pada tubuh badannya, keturunan, akhlak, perbuatan, perkataan, agama, atau dunianya hatta pakaian, rumah atau haiwannya..’. (Al-Ghazali, Ihya’ ‘Ulum al-Din, 3/143, Beirut : Dar al-Ma’rifah)

4.  Ghibah atau Mengumpat atau Gossip boleh berlaku melalui lisan, tulisan, gambar atau melalui bahasa isyarat.

5.  Walaupun yang diperkatakan itu betul pada orang tersebut, ia adalah ghibah atau mengumpat yang diharamkan. Jika yang dibicarakan itu tidak benar, maka ia adalah fitnah.

6.  Dunia sosial hari ini mudah terdedah dengan mengumpat dan fitnah melalui media sosial sama ada melalui FB, Twitter, Whatsapp, Telegram dan sebagainya. Bila di post atau ditularkan, akhirnya ia mengundang komen dan umpatan netizen walaupun ia betul  atau boleh menjadi fitnah jika tidak benar.

Berhati-hatilah dalam pertuturan, penulisan dan perbuatan daripada perkara yang tidak benar, palsu, mencela, mengumpat, atau memfitnah.

Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Sambutan Hari Malaysia 2023.

"Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama"

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#BersamaMembinaNegara
#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

06hb September 2023
20hb Safar 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Forwarded from marbuqi
Kelebihan Agung Ilmu Tafsir

Antaranya diselamatkan dari menjadi penghuni Api Neraka Jahannam

وَقَالُوا لَوْ كُنَّا نَسْمَعُ أَوْ نَعْقِلُ مَا كُنَّا فِي أَصْحَابِ السَّعِيرِ

“Dan mereka berkata: “Sekiranya kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan al-Quran dan al-Hadith itu) nescaya tidaklah kami termasuk dalam kalangan penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala “.(QS al-Mulk:67: ayat 10)

dan diangkat darajatnya di dunia dan di Akhirat (di dalam syurga).

🌷 Ia adalah tadabbur kepada kitabullah, membuang tutupan dan kunci yang menutup matahati. Surah Muhammad ayat 24.

🌷 Ilmu tafsir syarat cinta kepada Allah dan Rasul saw. Orang yang paling dicintai Allah ialah yg paling faham akan kitabnya, paling hafiz dan paling cinta akan kitabNya.

🌷 Alim tafsir paling berhak menjadi imam solat dan pemimpin masyarakat dan pemimpin umat.

🌷 Hafiz dan mufassir adalah alim sebenar. Tanda alim, faqih ialah hafaz 10 juz ke atas dengan tafsirnya.

🌷 Asas tauhid dan amal. Tanda ahlus sunnah, dan jalan ke syurga.

t.me/muzakarahtafsir