MEKANIK IMAN.
331 subscribers
1.84K photos
531 videos
99 files
4.25K links
Bismillahirrahmanirrahim...

Jom perbaiki Iman dan Amal kita yang merupakan kunci dan bekalan kita di akhirat.

Jom join Group Soal Jawab Fiqh di sini
👉 https://t.me/+FdV3VML4jH4xOWY9

Semoga bermanfaat buat semua. Aamiin
Download Telegram
Zalim

وَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّن ذُكِّرَ بِـَٔایَـٰتِ رَبِّهِۦ فَأَعۡرَضَ عَنۡهَا وَنَسِیَ مَا قَدَّمَتۡ یَدَاهُۚ إِنَّا جَعَلۡنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمۡ أَكِنَّةً أَن یَفۡقَهُوهُ وَفِیۤ ءَاذَانِهِمۡ وَقۡرࣰاۖ وَإِن تَدۡعُهُمۡ إِلَى ٱلۡهُدَىٰ فَلَن یَهۡتَدُوۤا۟ إِذًا أَبَدࣰا

"Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, lalu ia berpaling daripadanya dan lupa akan apa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya; sesungguhnya (disebabkan bawaan mereka yang buruk itu) Kami jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, menghalang mereka daripada memahaminya, dan (Kami jadikan) pada telinga mereka penyumbat (yang menyebabkan mereka pekak). Dan jika engkau menyeru mereka kepada petunjuk, maka dengan keadaan yang demikian, mereka tidak sekali-kali akan beroleh hidayah petunjuk selama-lamanya".
(al-Kahfi: 57)

Allah SWT menyatakan dalam ayat ini bahawa dua golongan manusia yang paling zalim, paling jahat dan paling derhaka pada Allah SWT iaitu mereka yang disampaikan dakwah, peringatan melalui ayat-ayat Allah lalu berpaling yakni tidak peduli akan ayat-ayat serta melanggarinya. Satu lagi ialah golongan yang memandang remeh akan dosa dan kesalahan yang dilakukan.

Mereka langsung tidak peduli peringatan Allah berupa suruhan dan larangan Allah SWT di dalam al-Quran bahkan tanpa rasa bersalah menolak peringatan tersebut.

Dosa yang mereka lakukan itu tidak dinsafi, sengaja dilakukan malah semakin bertambah dan sengaja dilupakan.

Disebabkan perbuatan jahat mereka itu menyebabkan Allah SWT menutup pintu hati mereka daripada menerima kebenaran dan hidayah petunjukNya. Allah menutup pintu hati mereka dengan tutupan yang berlapus-lapis hingga menjadikan hati mereka keras dan mati.

Mereka semakin lazat dalam melakukan maksiat, dosa dan kemungkaran. Mereka membenci kebaikan dan memusuhi perintah Allah SWT. Mereka berusaha bermatian membela kejahatan dan memerangi kebaikan. Mereka memperjuang kesesatan dan berusaha memadamkan kebenaran. Hati mereka keras seumpama batu dan telinga mereka pekak untuk mendengar kebaikan.

Nabi SAW bersabda:

وَلَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَظْهَرَ الْفُحْشُ وَالتَّفَاحُشُ، وَقَطِيعَةُ الرَّحِمِ، وَسُوءُ الْمُجَاوَرَةِ، وَحَتَّى يُؤْتَمَنَ الْخَائِنُ وَيُخَوَّنَ الْأَمِينُ

"Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga muncul perkataan keji, kebiasaan berkata keji, memutus hubungan kerabat, keburukan bertetangga, dan sehingga orang yang khianat diberi amanah (kepercayaan) sedangkan orang yang amanah dianggap berkhianat".
(Hadith Riwayat Ahmad)

Ingatlah bahawa hanya dengan menjadikan kalam Allah sebagai panduan hidup akan menjadikan seseorang itu hamba Allah yang bertaqwa serta sentiasa beroleh petunjuknya. Sesiapa memusuhi ayat-ayat Allah SWT, maka mereka itulah sezalim-zalim dan sejahat-jahat manusia.
Taat

فَٱعۡلَمۡ أَنَّهُۥ لَاۤ إِلَـٰهَ إِلَّا ٱللَّهُ وَٱسۡتَغۡفِرۡ لِذَنۢبِكَ 

"Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan...
(Muḥammad: 19)

Dalam ayat ini Allah SWT memerintahkan kita semua untuk berilmu pengetahuan dengan mempelajari bahawa tidak ada sesuatu pun yang layak disembah melainkan Allah SWT semata.

وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا

“Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan sesuatu apapun dengan-Nya".
(an-Nisa': 36)

Kita wajib meyakini bahawa Allahlah yang menciptakan kita dan yang memberi rezeki kepada kita. Allah tidak membiarkan kita begitu sahaja dalam kebingungan, tetapi mengutus kepada kita seorang rasul. Maka barangsiapa mentaati rasul tersebut pasti akan masuk syurga dan barangsiapa menyalahinya pasti akan masuk neraka.

إِنَّاۤ أَرۡسَلۡنَاۤ إِلَیۡكُمۡ رَسُولࣰا شَـٰهِدًا عَلَیۡكُمۡ كَمَاۤ أَرۡسَلۡنَاۤ إِلَىٰ فِرۡعَوۡنَ رَسُولࣰا * فَعَصَىٰ فِرۡعَوۡنُ ٱلرَّسُولَ فَأَخَذۡنَـٰهُ أَخۡذࣰا وَبِیلࣰا

"Sesungguhnya Kami telah mengutus kepada kamu (wahai umat Muhammad), seorang Rasul yang menjadi saksi terhadap kamu (tentang orang yang mematuhi atau menolak seruannya), sebagaimana Kami telah mengutus kepada Firaun seorang Rasul. Maka Firaun menderhaka kepada Rasul itu, lalu Kami menyeksakannya dengan azab seksa yang seberat-beratnya".
(al-Muzzammil: 15-16)

Kita juga wajib ketahui, bahawa Allah SWT tidak rela jika dalam ibadah yang ditujukan kepadaNya, Dia dipersekutukan dengan sesuatu apapun, baik dengan seorang malaikat yang terdekat atau dengan seorang nabi yang diutus menjadi rasul.

وَأَنَّ ٱلۡمَسَـٰجِدَ لِلَّهِ فَلَا تَدۡعُوا۟ مَعَ ٱللَّهِ أَحَدࣰا

"Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (ibadat kepada) Allah semata-mata; maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapapun bersama-sama Allah".
(al-Jinn: 18)

Semoga Allah membimbing kita semua untuk taat kepadaNya dan menjaga kita agar menjauhi perkara kesyirikan dan kesesatan.
11 Safar 1445H
28 Ogos 2023M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Hati-hati jika engkau tidak mahu belajar menuntut ilmu agama atau sering malas cuai dari ilmu.

قال ابن الجوزي رحمه الله تعالى :
اعلم أن أول تلبيس إبليس عَلَى الناس صدُّهم عَنِ العلم لأنَّ العلم نور؛ فإذا أطفا مصابيحهم خبطهم فِي الظُلَم كيف شاء
(تلبيس إبليس)

Al-Imam Ibnul Jauzi rahimahullah berkata,
“Ketahuilah bahawa, perangkap iblis yang paling awal atas manusia ialah menghalangi mereka menuntut ilmu agama, kerana ilmu itu adalah cahaya, apabila telah padam lampu-lampu (cahaya) mereka maka dengan mudah iblis menjerumuskan mereka ke dalam kegelapan.”
(Talbis Iblis)

Keutamaan orang berilmu...

عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ فَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ وَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ لَتَضَعُ أَجْنِحَتَهَا رِضًا لِطَالِبِ الْعِلْمِ وَإِنَّ طَالِبَ الْعِلْمِ يَسْتَغْفِرُ لَهُ مَنْ فِي السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ حَتَّى الْحِيتَانِ فِي الْمَاءِ وَإِنَّ فَضْلَ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِ الْقَمَرِ عَلَى سَائِرِ الْكَوَاكِبِ إِنَّ الْعُلَمَاءَ هُمْ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ إِنَّ الْأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا وَلَا دِرْهَمًا إِنَّمَا وَرَّثُوا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ

Dari Abu Darda "Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa melalui satu jalan untuk mencari ilmu, Allah akan permudahkan baginya jalan menuju syurga. Para Malaikat akan membentangkan sayapnya kerana redha kepada penuntut ilmu. Penghuni langit dan bumi hingga ikan yang ada di dalam air mendoakan keampunan kepada penuntut ilmu. Sesungguhnya, keutamaan seorang alim dibanding dengan seorang ahli ibadah adalah ibarat bulan purnama atas semua bintang. Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para Nabi, dan para Nabi tidak mewariskan dinar mahupun dirham, akan tetapi mereka mewariskan ilmu. Barangsiapa mengambilnya, maka ia telah mengambil bahagian yang sangat besar."
(Hadith Riwayat Ibnu Majah)

Orang yang berusaha mencari ilmu sama ada ilmu fardhu ain mahupun fardhu kifayah, Allah akan mempermudahkan baginya jalan menuju ke syurga.

وكل من بغير علم يعمل، أعماله مردودة لا تقبل
[كتاب متن الزبد]

“Setiap orang yang beramal tanpa ilmu, segala amalannya tertolak dan tidak diterima”.

Penuntut ilmu didampingi malaikat...

عَنْ صَفْوَانَ بْنَ عَسَّالٍ الْمُرَادِيَّ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا مِنْ خَارِجٍ خَرَجَ مِنْ بَيْتِهِ فِي طَلَبِ الْعِلْمِ إِلَّا وَضَعَتْ لَهُ الْمَلَائِكَةُ أَجْنِحَتَهَا رِضًا بِمَا يَصْنَعُ

Dari Shafwan bin Assal Al Muradi, ia berkata, Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:"Tidaklah seseorang yang keluar dari rumahnya untuk menuntut ilmu kecuali para malaikat akan mengembangkan sayap-sayapnya untuk orang tersebut kerana redha dengan apa yang ia kerjakan."
(Hadith Riwayat Ibnu Majah)

يَرْفَعِ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ

“Supaya Allah SWT meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan (daripada kalangan kamu) dengan beberapa darjat”.
(Al-Mujadalah: 11)

Rasulullah mengajar kita berdoa agar mendapat ilmu bermanfaat...

عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ إِذَا صَلَّى الصُّبْحَ حِينَ يُسَلِّمُ :
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا طَيِّبًا وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا

Dari Ummu Salamah berkata, "Selepas salam dalam solat subuh Nabi SAW mengucapkan: Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amal yang diterima.
(Hadith Riwayat Ibnu Majah)

Marilah kita berusaha sentiasa terus belajar bagi mendalami ilmu. Jadikanlah diri kita orang yang bermaklumat bukan hanya pak turut.

Semoga dengan cahaya ilmu, akan menjadi penyuluh hidup dan mempermudahkan kita jalan ke syurga.

Justeru, tanyalah di manakah dirimu ketika majlis-majlis ilmu sedang berlangsung...

~ Abu Imtiyaz ~
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Saling Mencela Itu Adalah Syaitan

عَنْ عِيَاضِ بْنِ حِمَارٍ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ رَجُلٌ مِنْ قَوْمِي يَشْتُمُنِي وَهُوَ دُونِي عَلَيَّ بَأْسٌ أَنْ أَنْتَصِرَ مِنْهُ قَالَ الْمُسْتَبَّانِ شَيْطَانَانِ يَتَهَاتَرَانِ وَيَتَكَاذَبَانِ

Daripada Iyadl bin Himar ia bertanya, "Saya berkata, "Wahai Rasulullah, seorang laki-laki dari kaumku mencaciku sementara ia sendiri tidak lebih mulia dariku, maka apakah saya berdosa jika membalas cacian darinya?" baginda bersabda: "Dua orang yang saling mencaci adalah dua syaitan yang saling merendahkan dan saling berkata-kata dusta." (HR Ahmad No: 16836) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Jangan merasa diri kita lebih baik daripada orang lain sehingga mendorong kita mencela, mengejek dan menghina orang lain.

2. Orang yang dicela perlu sentiasa bersabar di atas perbuatan cacian orang lain ke atasnya.

3.  Rasulullah SAW menyebutkan dua orang yang berbalah sambil mencela dan mencaci itu adalah syaitan.

4.  Orang yang saling mencaci akan berlumba membuat dosa dengan memperlekeh, menghina, merendahkan lawannya serta berbohong.

Semoga kita tidak tergolong dari golongan syaitan. Berusahalah menjauhi perbuatan  suka mencela dan menghina orang lain.

Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan 2023. Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan.

"Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama"

#TeguhBersama
#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

29hb Ogos 2023
12hb Safar 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Bersama Dengan Orang Yang Dicintai

عَنْ أَبِي وَائِلٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ الْمَرْءُ مَعَ مَنْ أَحَبَّ

Daripada Abu Wa`il dari Abdullah dari Nabi SAW bahawa baginda bersabda: "Seseorang akan bersama dengan orang yang dicintainya." (HR Bukhari No: 5702) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Orang yang "mencintai" seseorang akan sentiasa bersama dengan orang yang "dicintai".

2.  Ibnu Hajar menjelaskan: sesungguhnya kita akan bersama dengan orang yang kita cinta, sentiasa akan didekatkan dengan orang yang dicintai malah kita akan  termasuk dalam golongan yang dicintai.

3.  Cintailah orang yang soleh kerana seseorang akan dibangkitkan di hari kiamat bersama dengan orang yang dicintai.

4.  Ibnu Battal dalam Syarah Sahih Al-Bukhari, hlm. 9/333, menyatakan: Ketika seorang mencintai orang yang soleh, di mana dia mencintai mereka kerana ketaatan mereka pada Allah sedang cinta itu merupakan perbuatan hati dan keyakinan hati maka Allah memberi pahala padanya sebagaimana pahala orang soleh yang dicintainya. Kerana niat itu adalah yang asal sedang amal itu mengikuti niat.

قِيلَ لِلنَّبِىِّ صلى الله عليه وسلم الرَّجُلُ يُحِبُّ الْقَوْمَ وَلَمَّا يَلْحَقْ بِهِمْ قَالَ الْمَرْءُ مَعَ مَنْ أَحَبَّ

Ada yang berkata pada Nabi SAW, ‘Ada seseorang yang mencintai suatu kaum, namun ia tidak pernah berjumpa dengan mereka.’ Nabi SAW  lantas bersabda, ‘Setiap orang akan dikumpulkan bersama orang yang ia cintai.’” (HR Muslim  no:  2640) Status: Hadis Sahih.

5.  Orang yang cinta kepada Rasulullah SAW, ia akan tetap dapat bersama Rasulullah SAW memasuki Syurga walaupun tingkatan syurganya berbeza (Fathul Bari, 10: 555).

6.  Cinta kepada Rasulullah SAW adalah dengan sentiasa mencontohi, mengikuti dan mentaati perintah dan larangan. Perbuatan tersebut akan menatijahkan kecintaan Rasulullah SAW kepada kita walaupun kita tidak pernah menemui baginda.

Dalam kita membina kehidupan di negara tercinta ini, kita mengharapkan kebahagiaan hidup ini bukan hanya di dunia malah juga di akhirat nanti. Justeru jadikanlah Rasul serta orang-orang soleh sebagai qudwah untuk kita contohi dan cintai. Moga kita akan bersama mereka di Syurga nanti.

Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan 2023. Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan.

"Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama"

#TeguhBersama
#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

30hb Ogos 2023
13hb Safar 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Akal

وَقَالُوا۟ لَوۡ كُنَّا نَسۡمَعُ أَوۡ نَعۡقِلُ مَا كُنَّا فِیۤ أَصۡحَـٰبِ ٱلسَّعِیرِ

"Dan mereka berkata: "Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka".
(al-Mulk: 10)

Perhatikan sedalamnya penyesalan dahsyat yang berlaku kepada penghuni neraka. Apa yang dikesali oleh mereka ialah sewaktu didunia mereka diperingatkan dengan perintah dan larangan Allah SWT namun mereka tidak mahu mendengar dan tidak menggunakan akal untuk berfikir.

Manusia dikurniakan akal untuk berfikir baik buruk sesuatu yang hendak dilakukan. Dengan penggunaan akal, manusia mampu memilih antara intan dan kaca. Namun begitu, akal semata tidak akan sempurna. Akal perlu dipandu dengan ilmu. Dengan ilmu barulah lengkap penggunaan akal kerana dipandu dengan ilmu.

Jika akal tidak berfungsi, bagaimana manusia dapat membuat pilihan? Maka manusia mulalah mengikut hawa nafsu dan hasutan syaitan.

Ketahuilah bahawa akal dapat berfungsi jika ia dibekalkan dengan ilmu. Ilmu tentang apa yang baik dan apa yang buruk. Apa yang bermanfaat dan apa yang mudarat. Apa yang menguntungkan dan apa yang merugikan.

Jalan untuk mendapat ilmu adalah dengan membaca dan belajar. Justeru ayat pertama diturunkan adalah Iqra'  “BACALAH”!

Maka dengan berilmu dan berfikir tentang segala perintah dan larangan Allah nescaya seseorang itu tidak menyesal di akhirat kelak.

Penyesalan di mahsyar atau ketika sudah di dalam neraka, merupakan malapetaka besar bagi sesiapa yang sombong didunia dahulu kerana tidak mahu belajar dan berfikir.
Sombong

قَالَ ٱلَّذِینَ ٱسۡتَكۡبَرُوۤا۟ إِنَّا بِٱلَّذِیۤ ءَامَنتُم بِهِۦ كَـٰفِرُونَ

"Orang-orang yang sombong takbur itu berkata: "Sesungguhnya kami tetappp ingkar akan orang yang kamu beriman kepadanya".
(al-Aʿraf: 76)

Para pembesar yang sombong  tetap engkar dengan dakwah tauhid yang dibawa dan disampaikan oleh Nabi Soleh Alaihissalam. Walaupun setelah diberikan dengan pelbagai dalil daripada Nabi Soleh Alaihissalam dan bukti-bukti kenabian baginda, mereka tetap juga engkar, menolak dan menentang Nabi  Soleh.

وَفِیۤ أَنفُسِكُمۡۚ أَفَلَا تُبۡصِرُونَ

"Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?"
(az-Zhariyat: 21)

Apabila digunakan lafaz بِالَّذي dalam ayat ini, itu bermakna mereka tahu apakah yang dibawa oleh Nabi Saleh Alaihissalam. Mereka juga tahu tentang kebenaran yang disampaikan oleh Nabi Soleh. Maka ini membuktikan yang mereka bukanlah jahil, tetapi mereka engkar sahaja. Degil, sombong dan keras kepala.

Firman Allah SWT:

أَلَمۡ تَرَ إِلَى ٱلَّذِینَ یَزۡعُمُونَ أَنَّهُمۡ ءَامَنُوا۟ بِمَاۤ أُنزِلَ إِلَیۡكَ وَمَاۤ أُنزِلَ مِن قَبۡلِكَ یُرِیدُونَ أَن یَتَحَاكَمُوۤا۟ إِلَى ٱلطَّـٰغُوتِ وَقَدۡ أُمِرُوۤا۟ أَن یَكۡفُرُوا۟ بِهِۦۖ وَیُرِیدُ ٱلشَّیۡطَـٰنُ أَن یُضِلَّهُمۡ ضَلَـٰلَۢا بَعِیدࣰا

“Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakimkan kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh”.
(an-Nisa': 60)

Sepertimana yang disebutkan, secara umumnya, perjuangan golongan yang engkar ini adalah perjuangan untuk menentang kebenaran malah mereka berusaha menegakkan kezaliman, kebatilan dan kejahatan.

Golongan sombong dan engkar ini menentang apa sahaja asalkan bercanggah dengan Islam. Matlamat mereka adalah menentang Islam dan hati mereka tersangat kufur terhadap agama Allah SWT.

Umat hari ini perangainya hampir sama dengan umat Nabi Soleh Alaihissalam. Mereka tahu akan perintah Allah SWT namun tetap engkar, degil dan menentang kebenaran. Inilah sikap orang yang sombong dan mereka sangat dibenci Allah SWT.
Muhasabah malam ini

Pantaskah kita merasa benar, sedang kita masih melakukan kesalahan dan kita merasa suci, sedang diri masih dalam kekotoran.

Lantas mengapa merasa baik, sedang Allah yang menutup aib dan kekurangan kita.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Prihatin Saling Menyayangi

عن أبي موسى الأشعري أنه سمع النبي - صلى الله عليه وسلم - يقول : " لَنْ تُؤْمِنُوا حَتَّى تَرْحَمُوا " . قَالُوا : يَا رَسُولُ الله  كُلُّنَا رَحِيم . قال : " إِنَّهُ لَيسَ بِرَحْمَةِ أَحَدِكُمْ صَاحِبَهُ  وَلَكِنَّهَا رَحْمَةَ النَّاسِ رَحْمَةَ الْعَامَّةِ

Daripada Abi Musa al-Asyari, sesungguhnya aku mendengar Nabi SAW bersabda: Kamu tidak dianggap beriman sehingga kamu saling menyayangi. Para sahabat berkata: Wahai Rasulullah, kami semua adalah penyayang. Rasulullah SAW bersabda: Kasih sayang yang dimaksudkan bukanlah kasih sayang di antara kalian sahaja bahkan kasih sayang kepada seluruh manusia dan seluruh makhluk. (HR Tobrani No 13671) Status: Hadis Sahih

Pengajaran

1.  Sikap Prihatin, saling sayang menyayangi antara sesama makhluk berkait rapat dengan Imannya kepada Allah.

2.  Tuntutan menyayangi bukan hanya kepada sesama Muslim malah kepada orang bukan Islam juga seluruh makhluk yang lain dengan memberi hak mereka sewajarnya.

3.  Sifat berkasih sayang adalah fitrah yang dianugerahkan oleh Allah kepada semua makhluk yang bernyawa. Bukan hanya kepada manusia tetapi juga kepada binatang. Naluri kasih sayang selalu ada pada manusia seperti kasih sayang kepada orang tua, orang muda, kanak-kanak, serta sesama manusia.

4.  Menurut Ibnu Qayyim: Kasih sayang adalah sifat memberi manfaat dan kebaikan kepada orang lain dan bersedia bersusah payah mendatangkan kebaikan dan menjauhkan keburukan kepada orang lain.

5.  Allah menyayangi orang yang menyayangi sesama makhluk. Rasulullah SAW bersabda:

إنما ير حم الله من عباده الرحماء

Allah hanya akan menyayangi hamba yang menyayangi (makhluk-Nya) HR Bukhari dan Muslim

Ayuh sempena menyambut perayaan kemerdekaan Malaysia 31hb Ogos  mari kita tunaikan tuntutan iman untuk bersifat Prihatin, dengan  menyayangi orang lain bukan saling memusuhi.

Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan 2023. Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan.

"Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama"

#TeguhBersama
#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

31hb Ogos 2023
14hb Safar 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
ASSALAMUALAIKUM WBT

Tuan² dan puan² yg dermawan.

Persatuan Institut Tahfiz Al Quran Negeri Sembilan (PINTA) akan menganjurkan Kem Kepimpinan Huffaz buat julung kalinya seperti ketetapan berikut :-

Tarikh : 4-6 September 2023
Tempat : Usima Forest Resort Ayer Keroh
Penyertaan : 250 Huffaz Seluruh Negeri Sembilan.

Sehubungna dengan itu, pihak kami mohon jasa baik tuan² dan puan² untuk memberi sedikit sumbangan bagi menjayakan program Kem Kepimpinan Huffaz yang akan berlangsung nanti.

Besar harapan kami agar tuan² dan puan² dapat memberi sedikit sumbangan.

Kami memerlukan 100 orang untuk menyumbang. Seorang RM 10sahaja. bersamaan 100 orang untuk mencukupi RM1,000

Tuan² dan puan² boleh niatkn untuk sedekah pahala kepada ibu ayah kita atau pun keluarga kita yg telah tiada.

Semoga Allah berkati rezeki tuan² dan puan² dan juga mendapat rezeki seperti air zam zam yang mengalir._

Amiin Ya Rabbal Alamin.🤲🏻

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi
Ustaz Wan : 0106629142
Ustaz Nurrahman : 01111432150

Kami sertakan sekali No Akaun untuk tujuan sumbangan bagi menjayakan Kem Kepimpinan Huffaz peringkat Negeri Sembilan

BANK RAKYAT | 1102170962
PERTUBUHAN SYABABUL HUFFAZ NEGERI SEMBILAN
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Memutuskan Ukhuwah Menjauhkan Rahmat

عَنْ هِشَامَ بْنَ عَامِرٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ مُسْلِمًا فَوْقَ ثَلَاثِ لَيَالٍ فَإِنْ كَانَ تَصَارَمَا فَوْقَ ثَلَاثٍ فَإِنَّهُمَا نَاكِبَانِ عَنْ الْحَقِّ مَا دَامَا عَلَى صُرَامِهِمَا وَأَوَّلُهُمَا فَيْئًا فَسَبْقُهُ بِالْفَيْءِ كَفَّارَتُهُ فَإِنْ سَلَّمَ عَلَيْهِ فَلَمْ يَرُدَّ عَلَيْهِ وَرَدَّ عَلَيْهِ سَلَامَهُ رَدَّتْ عَلَيْهِ الْمَلَائِكَةُ وَرَدَّ عَلَى الْآخَرِ الشَّيْطَانُ فَإِنْ مَاتَا عَلَى صُرَامِهِمَا لَمْ يَجْتَمِعَا فِي الْجَنَّةِ أَبَدًا

Daripada Hisyam bin 'Amir berkata; saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Tidak halal bagi seorang muslim untuk memutuskan hubungan dengan saudara Muslim lebih dari tiga malam, jika mereka berdua saling mendiamkan lebih dari tiga malam tersebut, keduanya jauh dari kebenaran selama mereka berdua masih memutuskan hubungan. Jika salah seorang di antaranya kembali sedar dari rasa marah (menyambung kembali hubungan ukhuwah), maka ia menjadi penebus dosanya. Jika (si 'A') memberi salam terhadap temannya (si 'B') namun tidak diterima, padahal (si 'A') masih mahu menjawab salamnya, maka (si 'A') akan dijawab oleh Malaikat, dan (si 'B') yang mendiamkan akan dijawab oleh syaitan. Jika mereka berdua meninggal dalam keadaan saling mendiamkan, maka mereka berdua tidak akan berkumpul di syurga selama-lamanya." (HR Ahmad No: 15668) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Seorang muslim tidak boleh memutuskan hubungan dengan saudara Muslimnya lebih dari tiga malam

2.  Jika kedua-dua Muslim yang berselisih, saling mendiamkan diri dengan tidak bertegur sapa lebih dari tiga malam, keduanya akan jauh dari kebenaran (Rahmat) selama mereka berdua masih memutuskan hubungan.

3.  Jika salah seorang di antaranya kembali sedar dan segera menyambung kembali hubungan ukhuwah, maka ia akan menjadi penebus dosanya kerana memutuskan.

4.  Jika ia memberi salam kepada temannya namun tidak dijawab oleh temannya, maka ucapan salamnya akan dijawab oleh Malaikat, dan teman yang berdiam akan dijawab oleh syaitan.

5.  Jika mereka berdua meninggal dunia dalam keadaan saling mendiamkan diri (tidak mahu menghubungkan kembali ukhuwah), maka mereka berdua tidak akan berkumpul di syurga selama-lamanya.

Bersamalah kita saling menghubung ukhuwah dan menyemai sifat berkasih sayang sesama kita. Saling bertolong bantu dalam perkara yang disepakati dan saling bermaafan dalam perkara yang berbeza.

Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Sambutan Hari Malaysia 2023. Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan.

"Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama"

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#BersamaMembinaNegara
#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

01hb September 2023
15hb Safar 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
15 Safar 1445H
01 September 2023M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Esok mungkin hari kematianku.

Mungkin juga hari kematianmu.

‎ألآ كلّ ما هو آتٍ قريب

Ingatlah setiap sesuatu yang datang sangatlah hampir.
(Qasidah Darul Ghurur)

Hampirnya kematian dengan kehidupan.

Dihadapanmu ada kematian. Maka persiapkanlah dirimu dengan amal soleh.

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۖ ثُمَّ إِلَيْنَا تُرْجَعُونَ

"Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan)."
(Al-Ankabut: 57)

Ingatan yang rapat dengan kematian akan membina sikap dan pegangan hidup.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَحْيُوا مِنْ اللَّهِ حَقَّ الْحَيَاءِ قَالَ قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا نَسْتَحْيِي وَالْحَمْدُ لِلَّهِ قَالَ لَيْسَ ذَاكَ وَلَكِنَّ الِاسْتِحْيَاءَ مِنْ اللَّهِ حَقَّ الْحَيَاءِ أَنْ تَحْفَظَ الرَّأْسَ وَمَا وَعَى وَالْبَطْنَ وَمَا حَوَى وَلْتَذْكُرْ الْمَوْتَ وَالْبِلَى وَمَنْ أَرَادَ الْآخِرَةَ تَرَكَ زِينَةَ الدُّنْيَا فَمَنْ فَعَلَ ذَلِكَ فَقَدْ اسْتَحْيَا مِنْ اللَّهِ حَقَّ الْحَيَاءِ

Dari Abdullah bin Masud RA berkata, bersabda Rasulullah SAW: Hendaklah kalian malu kepada Allah dengan sebenar-benar malu. Berkata Ibnu Masud: Wahai Rasulullah, kami malu, alhamdulillah. Baginda bersabda: "Bukan itu, tapi malu kepada Allah yang sebenarnya adalah engkau menjaga kepala dan apa yang ada padanya, hendaklah ia menjaga perut dan apa yang dikandungnya, dan hendaklah ia selalu mengingati kematian dan busuknya jasad. Barangsiapa yang menginginkan kehidupan akhirat hendaklah ia meninggalkan perhiasan dunia. Dan barangsiapa yang mengerjakan yang demikian, maka sungguh ia telah malu kepada Allah dengan sebenar-benar malu.”
(Hadith Riwayat At-Tirmidzi)

أتاني جبريل، فقال : يا محمد ! عش ما شئت فإنك ميت، وأحبب من شئت فإنك مفارقه، واعمل ما شئت فإنك مجزي به..

Jibril mendatangi ku lalu berkata: Hai Muhammad, hiduplah seperti mana yang engkau mahu namun engkau tetap akan mati. Berbuatlah apa yang engkau mahu namun engkau pasti akan dibalas kelak. Cintalah sesiapa yang engkau kehendaki namun engkau pasti akan berpisah dengannya.

أَحْبِبْ حَبِيبَكَ هَوْنًا مَا عَسَى أَنْ يَكُونَ بَغِيضَكَ يَوْمًا مَا وَأَبْغِضْ بَغِيضَكَ هَوْنًا مَا عَسَى أَنْ يَكُونَ حَبِيبَكَ يَوْمًا مَا

“Cintailah orang yang kamu cintai sekadarnya. Barangkali orang yang sekarang kamu cintai suatu hari nanti harus kamu benci. Dan bencilah orang yang kamu benci sekadarnya, biarangkali di satu hari nanti dia menjadi orang yang harus kamu cintai.”
(Hadith Riwayat At-Tirmidzi)

Al-Hasan Al-Bashri ra berkata, “Hendaknya kalian mencintai jangan berlebihan dan membenci tidak berlebihan. Telah ada orang-orang yang berlebihan dalam mencintai satu kaum akhirnya binasa. Ada pula yang berlebihan dalam membenci satu kaum dan mereka pun binasa.”
(Ni’matul Ukhuwah)

Beramal soleh sebelum kematian...

عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِعَبْدٍ خَيْرًا اسْتَعْمَلَهُ قَالُوا وَكَيْفَ يَسْتَعْمِلُهُ قَالَ يُوَفِّقُهُ لِعَمَلٍ صَالِحٍ قَبْلَ مَوْتِهِ

Dari Anas RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Apabila Allah menghendaki kebaikan kepada seseorang, maka Allah akan membuatnya beramal." Para sahabat bertanya; "Bagaimana membuatnya beramal?" baginda menjawab: "Allah akan memberikan taufik padanya untuk melaksanakan amal soleh sebelum dia meninggal."
(Hadith Riwayat Ahmad)

Mahmud ibn Labid menuturkan bahawa Nabi SAW bersabda : "Ada dua hal yang dibenci oleh anak cucu Adam : kematian - padahal kematian adalah lebih baik baginya daripada fitnah - dan sedikitnya harta - padahal sedikit harta akan lebih ringan hisabnya (pada Hari Kiamat kelak)."
(Hadith Riwayat Ahmad)

Ketahuilah bahawa kematian itu tidak dapat dihidu kedatangannya walaupun berakhirnya kepekatan waktu malam.

Ingatlah mati, pemutus kelazatan dan bersiaplah. Tiada kamu berdaya. Bila bila masa sahaja dia pasti tiba.
عَنْ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ قَالَ كُنْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجَاءَهُ رَجُلٌ مِنْ الْأَنْصَارِ فَسَلَّمَ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ الْمُؤْمِنِينَ أَفْضَلُ قَالَ أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا قَالَ فَأَيُّ الْمُؤْمِنِينَ أَكْيَسُ قَالَ أَكْثَرُهُمْ لِلْمَوْتِ ذِكْرًا وَأَحْسَنُهُمْ لِمَا بَعْدَهُ اسْتِعْدَادًا أُولَئِكَ الْأَكْيَاسُ

Dari Ibnu Umar bahwa dia berkata; Saya bersama dengan Rasulullah SAW, tiba-tiba datang seorang laki-laki Ansar kepada baginda, lalu dia mengucapkan salam kepada Nabi SAW dan bertanya; "Ya Rasulullah, bagaimanakah orang mukmin yang utama?" baginda menjawab: "Orang yang paling baik akhlaknya." Dia bertanya lagi; "Orang mukmin yang bagaimanakah yang paling bijak?" baginda menjawab: "Orang yang paling banyak mengingat kematian, dan yang paling baik persiapannya setelah kematian, merekalah orang-orang yang bijak."
(Hadith Riwayat Ibnu Majah)

Mukmin yang paling bijak ialah paling banyak mengingati mati dan membuat persediaan menghadapi hari akhirat.

Marilah kita memperbanyakkan doa kepada Allah SWT supaya kita tergolong di kalangan mereka yang disayangi dan dicintaiNya, disamping menjaga amalan-amalan kita dan jangan sesekali melakukan sesuatu yang menyebabkan kebencian Allah.

Semoga kita beroleh kematian yang baik dan dirahmati.

Justeru, kematian adalah guru terbaik dalam kehidupan ini. Jika kita lalai dari mengingati kematian, maka kita akan kehilangan guru terbaik dalam kehidupan...

~ Abu Imtiyaz ~
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Jujur ke Syurga Berdusta ke Neraka

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الصِّدْقَ يَهْدِي إِلَى الْبِرِّ وَإِنَّ الْبِرَّ يَهْدِي إِلَى الْجَنَّةِ وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَصْدُقُ حَتَّى يَكُونَ صِدِّيقًا وَإِنَّ الْكَذِبَ يَهْدِي إِلَى الْفُجُورِ وَإِنَّ الْفُجُورَ يَهْدِي إِلَى النَّارِ وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَكْذِبُ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللَّهِ كَذَّابًا

Daripada Abdullah RA dari Nabi SAW baginda bersabda: "Sesungguhnya kejujuran akan membimbing pada kebaikan, dan kebaikan itu akan membimbing ke syurga, sesungguhnya jika seseorang yang sentiasa berlaku jujur hingga ia akan dicatat sebagai orang yang jujur. Dan sesungguhnya kedustaan itu akan menghantar kepada kejahatan, dan sesungguhnya kejahatan itu akan mengiringi ke neraka. Dan sesungguhnya jika seseorang yang selalu berdusta sehingga akan dicatat baginya sebagai seorang pendusta." (HR Bukhari No: 5629) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Setiap Muslim dituntut memiliki sifat kejujuran dalam setiap amal dan perbuatan.

2. Orang yang jujur akan sentiasa melakukan kebaikan dan amal soleh.

3. Sifat jujur yang dimiliki secara berterusan akan menjadi tabiat kebiasaan yang akhirnya membentuk akhlak kepada seseorang

4. Sifat jujur akan menjadi pemandu dan pembimbing seseorang Muslim di dunia menjadi orang yang soleh dan menuju ke syurga.

5. Sifat dusta dan berbohong yang dimiliki akan mendorong seseorang kepada kejahatan.

6. Sifat dusta dan bohong yang menjadi kebiasaan secara berterusan kepada seseorang, akhirnya akan membentuk tabiat dan akhlak yang buruk.

7. Sifat dusta akan menjadi pemandu dan pembimbing seseorang ke neraka. Firman Allah:

إِنَّ اللَّهَ لا يَهْدِي مَنْ هُوَ مُسْرِفٌ كَذَّابٌ

Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepda orang-orang yang melampaui batas lagi pendusta (Mukmin: 28).

Berusahalah memiliki sifat jujur dan jauhilah dusta dan bohong.

Tekad Perpaduan Penuhi Harapan.

'Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama'

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#BersamaMembinaNegara
#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

02hb September 2023
16hb Safar 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Perkahwinan

وَأَنكِحُوا۟ ٱلۡأَیَـٰمَىٰ مِنكُمۡ وَٱلصَّـٰلِحِینَ مِنۡ عِبَادِكُمۡ وَإِمَاۤىِٕكُمۡۚ

"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan...".
(an-Nur: 32)

Islam menggalakkan perkahwinan. Salah satu cara untuk mengelak berlakunya penzinaan maka Islam menganjurkan perkahwinan. Apabila seseorang itu ada pasangan, maka keperluan nafsu dapat dipenuhi dengan cara halal maka tidaklah lagi ada pencarian kepada cara yang haram.

Dalam ayat ini, Allah SWT mengajar kita supaya jangan biarkan wanita dan lelaki hidup bersendirian terlalu lama. Jika ada anak dara yang sudah cukup umur, carikan lelaki yang sesuai untuk mereka. Dan jika ada anak teruna, suruh mereka berkahwin dengan segera. Jika mereka menjadi janda atau duda, usahakan supaya mereka juga berpasangan kembali.

Namun perlu diingat, perintah kahwin ini bukanlah paksaan. Kita tidak boleh memaksa sesiapa berkahwin tanpa keinginan mereka. Cuma kita boleh galakkan mereka berkahwin dan mudahkan perkahwinan itu. Kita perlu menasihati anak-anak muda tentang pentingnya sebuah perkahwinan dan hidup berpasangan. Ini kerana ianya dapat menjaga mata, menjaga hati dan menjaga kemaluan dari melakukan perkara terlarang.

Sabda Nabi SAW:

يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ، مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ، فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ، وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ، وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ

“Wahai para pemuda! Sesiapa di antara kamu telah mampu (pembiayaan) berkahwin, maka bernikahlah. Kerana nikah itu dapat menundukkan mata dan memelihara faraj (kelamin). Dan sesiapa yang belum mampu, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu dapat menjadi perisai baginya (dalam membendung syahwat)".
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Bagi mereka yang sudah mempunyai kemampuan sama ada secara fizikal atau ekonomi, maka hendaklah segera bernikah. Ini kerana terdapat padanya banyak faedah dan kebaikan. Disebut dalam kitab Syarh Bulugh al-Maram: Ramai dari kalangan ulamak yang menyebut bahawa seseorang yang sudah mampu (secara fizikal dan ekonomi) untuk berkahwin, maka wajib baginya untuk berkahwin. Ini kerana pada dasarnya, perintah tersebut (فَلْيَتَزَوَّجْ) menunjukkan kewajiban, dan di dalam pernikahan itu terdapat maslahat yang agung.
(Syarh Bulugh al-Maram)

Sekarang musim cuti sekolah, musim banyak berlangsungnya majlis perkahwinan, maka Kita dianjurkan untuk mengucapkan tahniah dan doakan kebaikan untuk para pengantin. Berkata Sayidina Abu Hurairah r.a, adalah Rasulullah SAW  mengucapkan selamat kepada orang yang berkahwin,  dengan kata-kata (doa):

بَارَكَ اللَّهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا عَلَى خَيْرٍ

"Semoga Allah memberkatimu dan juga memberkati isterimu serta mengumpulkan kalian berdua atas kebaikan”.
(Hadith Riwayat Ahmad)

Berkahwinlah kerana ia adalah perintah Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW. Semoga terdapat kebaikan yang banyak kepada mereka yang berkahwin. Aamiiin.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاته

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Bila hati gusar dan fikiran dalam kebingungan, apakah yang perlu dilakukan?

Tambah lagi, dalam kehidupan yang sering bertemu dengan persimpangan yang sukar untuk diambil pilihan.

Sudah pastilah ketenangan yang dicari. Panduan dan bimbinganNya yang didambakan.

Ketenangan pada hakikatnya adalah kurniaan Allah ta’ala yang hanya diberikan kepada orang-orang yang beriman.

Tentang ketenangan ini Allah ta’ala berfirman:

هُوَ الَّذِي أَنزَلَ السَّكِينَةَ فِي قُلُوبِ الْمُؤْمِنِينَ لِيَزْدَادُوا إِيمَانًا مَّعَ إِيمَانِهِمْ ۗ وَلِلَّـهِ جُنُودُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ وَكَانَ اللَّـهُ عَلِيمًا حَكِيمًا

“Dia-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan Allah-lah tentara langit dan bumi dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”
(Al Fath: 4)

As Syeikh Abdurrahman As-Sa’dy rahimahullah berkata,

يخبر تعالى عن منته على المؤمنين بإنزال السكينة في قلوبهم، وهي السكون والطمأنينة، والثبات عند نزول المحن المقلقة، والأمور الصعبة، التي تشوش القلوب، وتزعج الألباب، وتضعف النفوس، فمن نعمة الله على عبده في هذه الحال أن يثبته ويربط على قلبه، وينزل عليه السكينة، ليتلقى هذه المشقات بقلب ثابت ونفس مطمئنة، فيستعد بذلك لإقامة أمر الله في هذه الحال، فيزداد بذلك إيمانه، ويتم إيقانه

“Allah mengkhabarkan tentang kurniaanNya ke atas orang-orang yang beriman dengan diturunkan kepada hati mereka sakinah iaitu ketenangan. Ia adalah ketenangan dan keteguhan dalam keadaan terhimpit dengan ujian dan kesulitan yang menggugah hati, mengganggu fikiran dan melemahkan jiwa. Maka di antara nikmat Allah atas orang-orang yang beriman dalam keadaan ini adalah, Allah meneguhkan dan menguatkan hati mereka, agar mereka sentiasa dapat menghadapi keadaan ini dengan jiwa yang tenang dan hati yang teguh, sehingga mereka tetap mampu menunaikan perintah Allah dalam keadaan sukar seperti ini sekali pun. Maka bertambahlah keimanan mereka, semakin sempurnalah keteguhan keyakinan mereka.”
(Kitab Tafsir Taisir al Karim)

Arahan-arahan yang terdapat dalam al-Quran dan sunnah untuk meraih ketenangan tersebut:

1. Berkumpul dalam rangka mencari ilmu.

مَا اجتمعَ قَوم في بيت من بُيُوتِ الله تباركَ وتعالى يَتْلُونَ كتابَ الله عزَّ وجلَّ ، ويَتَدَارَسُونَهُ بينهم ، إِلا نزلت عليهم السكينةُ ، وَغَشِيَتْهم الرحمةُ ، وحَفَّتْهم الملائكة ، وذكرهم الله فيمن عنده

“Tidaklah suatu kaum berkumpul dalam sebuah rumah Allah tabaraka wa ta’ala, mereka membaca Kitabullah azza wa jalla, mempelajarinya sesama mereka, melainkan akan turun kepada mereka sakinah ketenangan , rahmat akan meliputi mereka, para malaikat akan mengelilingi mereka dan Allah sentiasa menyebut-nyebut mereka di hadapan malaikat yang berada di sisi-Nya.”
(Hadith Riwayat Muslim)

Ketenangan hadir berserta dengan ilmu dan panduan bimbingan Allah.

2. Berdoa.

Rasulullah SAW dan para sahabatnya pernah mengulang-ulang kalimat doa berikut dalam perang ahzab:

‎فَأَنْزِلَنَّ سَكِيْنَةً عَلَيْنَا وَثَبِّتِ الأَقْدَامِ إِنْ لَاقِينَا

“Maka turunkanlah ketenangan kepada kami ,serta teguhkan lah kaki-kaki kami saat kami bertemu (musuh)”.
(Hadith Riwayat Al-Bukhari)

Maka Allah memberikan mereka kemenangan dan meneguhkan jiwa mereka.

3. Membaca al Quran.

« تِلْكَ السَّكِينَةُ تَنَزَّلَتْ بِالْقُرْآنِ »

“Ia adalah ketenangan yang turun karena al Qur`an.”
(Hadith Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

4. Memperbanyak zikrullah.

الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

“(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.”
(Al Ra’du : 28)

5. Bersikap wara’ (hati-hati) dari perkara syubhat.

الْبِرُّ مَا سَكَنَتْ إِلَيْهِ النَّفْسُ وَاطْمَأَنَّ إِلَيْهِ الْقَلْبُ وَالإِثْمُ مَا لَمْ تَسْكُنْ إِلَيْهِ النَّفْسُ وَلَمْ يَطْمَئِنَّ إِلَيْهِ الْقَلْبُ وَإِنْ أَفْتَاكَ الْمُفْتُونَ
“Kebaikan itu adalah yang jiwa merasa tenang dan hati merasa tentram kepadanya. Sementara dosa adalah yang jiwa meresa tidak tenang dan hati merasa tidak tenteram kepadanya, walaupun orang-orang mememberimu fatwa (mejadikan untukmu keringanan).”
(Hadith Riwayat Ahmad)

6. Jujur dalam berkata dan berbuat.

فَإِنَّ الصِّدْقَ طُمَأْنِينَةٌ وَإِنَّ الْكَذِبَ رِيبَةٌ

“Sesungguhnya jujur itu ketenangan dan dusta itu keragu-raguan.”
(Hadith Riwayat At-Tirmidzi)

Begitu lah, semua ketaatan kepada Allah dan sikap sentiasa bersegera kepada amal soleh adalah di antara sebab yang akan membawa ketenangan kepada hati seorang mukmin. Bersedia mendengar dan berusaha untuk mentaati Allah dan rasulNya, akan menjadikan hati semakin tenang dan teguh.

وَلَوْ أَنَّهُمْ فَعَلُوا مَا يُوعَظُونَ بِهِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُمْ وَأَشَدَّ تَثْبِيتًا ﴿٦٦﴾ وَإِذًا لَّآتَيْنَاهُم مِّن لَّدُنَّا أَجْرًا عَظِيمًا ﴿٦٧﴾ وَلَهَدَيْنَاهُمْ صِرَاطًا مُّسْتَقِيمًا ﴿٦٨﴾

“…Dan sesungguhnya kalau mereka melaksanakan pelajaran yang diberikan kepada mereka, tentulah hal yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih menguatkan (iman mereka), dan kalau demikian, pasti Kami berikan kepada mereka pahala yang besar dari sisi Kami, dan pasti Kami tunjuki mereka kepada jalan yang lurus.”
(An Nisa: 66-68)

يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ﴿٢٧﴾ ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً ﴿٢٨﴾ فَادْخُلِي فِي عِبَادِي ﴿٢٩﴾ وَادْخُلِي جَنَّتِي ﴿٣٠﴾

Hai jiwa yang tenang
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya.
Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku,
masuklah ke dalam syurga-Ku.
(Al Fajr: 27-30)

Justeru, yakinlah dalam ilmu ada panduan dan petunjukNya. Dan dalam panduan dan petunjukNya itulah ada ketenangan. Hanya dengan mengembalikan hati kepadaNya, ketenangan dan ketenteraman yang mutlak akan dapat dicapai...

~ Abu Imtiyaz ~