MEKANIK IMAN.
331 subscribers
1.84K photos
531 videos
99 files
4.25K links
Bismillahirrahmanirrahim...

Jom perbaiki Iman dan Amal kita yang merupakan kunci dan bekalan kita di akhirat.

Jom join Group Soal Jawab Fiqh di sini
👉 https://t.me/+FdV3VML4jH4xOWY9

Semoga bermanfaat buat semua. Aamiin
Download Telegram
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Mendamaikan Perselisihan Lebih Utama

عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِأَفْضَلَ مِنْ دَرَجَةِ الصِّيَامِ وَالصَّلَاةِ وَالصَّدَقَةِ قَالُوا بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ إِصْلَاحُ ذَاتِ الْبَيْنِ وَفَسَادُ ذَاتِ الْبَيْنِ الْحَالِقَةُ

Daripada Abu Darda RA ia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Mahukah jika aku khabarkan kepada kalian suatu yang lebih utama dari darjat puasa, solat dan sedekah?" para sahabat berkata, "Tentu ya Rasulullah." Baginda bersabda: "Mendamaikan orang yang sedang berselisih. Dan rosaknya orang yang berselisih adalah pencukur (mencukur amal kebaikan yang telah dikerjakan)." (Sunan Abu Daud No: 4273)  Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Ibadah Puasa, Solat dan Sedekah adalah antara amal ibadah yang utama dalam kehidupan Muslim yang biasa dilaksanakan.

2.  Mendamaikan dua orang yang berselisih atau dua kelompok yang bergaduh adalah lebih utama berbanding ibadat peribadi seperti puasa, solat dan sedekah

3.  Perselisihan atau pergaduhan antara dua orang atau dua kelompok boleh menjadi pengikis pahala yang mungkin dicetuskan dari penyakit hasad dengki dengan saling mengumpat, menghina dan merendah-rendahkan pihak yang satu lagi

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِيَّاكُمْ وَالْحَسَدَ فَإِنَّ الْحَسَدَ يَأْكُلُ الْحَسَنَاتِ كَمَا تَأْكُلُ النَّارُ الْحَطَبَ أَوْ قَالَ الْعُشْبَ

Sesungguhnya Nabi SAW bersabda: "Jauhilah hasad (dengki), kerana hasad dapat memakan kebaikan seperti api memakan kayu bakar." (Sunan Abu Daud No:4257)

Hidup bermasyarakat dan bernegara memerlukan warganya saling bertolak ansur dan mengelakkan perselisihan yang membawa kepada pergaduhan. Bersikap ramah dan rahmah dengan berusaha mendamaikan dua saudara atau kelompok yang berselisih kerana ia adalah amal soleh yang utama.

Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan 2023.

"Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama"

#TeguhBersama
#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

25hb Ogos 2023
08hb Safar 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Ujian

وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَٱرۡغَب

"Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)".
(ash-Sharḥ: 8)

Bagi sesiapa yang ditimpa musibah dan ujian hidup maka Allah lah tempat mengadu dan meminta. Pohonlah kekuatan dan ketabahan jiwa kepadaNya. Merayu dan merintihlah kepadaNya.

Sesungguhnya ada sesuatu yang tidak kita ketahui di sebalik musibah tersebut. Maka bersabarlah dan berusahalah redha dengan takdir Ilahi disamping menjalinkan hubungan rapat dengan Allah SWT dengan sentiasa mengadu, merayu dan berharap padaNya.

Sesungguhnya, dahulu para Nabi dan orang soleh juga telah mendapatkan musibah sebagaimana yang kita perolehi. Lalu kenapa kita harus bersedih, mengeluh dan marah?. Bahkan orang soleh dahulunya (sesuai dengan tingkatan keimanan mereka), mereka malah memperoleh ujian yang jauh lebih berat.

Cubalah kita hayati dan selami perkataan ulamak berikut. Imam al-Munawi mengatakan:

“Barangsiapa yang menyangka bahawa apabila seorang hamba ditimpa ujian yang berat, itu adalah suatu kehinaan, maka sungguh akalnya telah hilang dan hatinya telah buta (tertutup). Betapa banyak orang soleh (ulamak besar) yang mendapatkan berbagai ujian yang menyulitkan. Tidakkah kita melihat mengenai kisah disembelihnya Nabi Allah Yahya bin Zakariya, terbunuhnya tiga Khulafa' ar-Rasyidin, terbunuhnya Sayidina Husain, Sayidina Ibnu Zubair dan Sayidina Ibnu Jabir. Begitu juga tidakkah kita perhatikan kisah Imam Abu Hanifah yang dipenjara sehingga mati di dalam penjara, Imam Malik yang ditelanjang kemudian dicambuk dengan rotan dan tangannya ditarik sehingga tercabut bahunya. Begitu juga kisah Imam Ahmad yang diseksa hingga pengsan dan kulitnya disiyat dalam keadaan hidup (disekat). Dan masih banyak kisah lainnya”.
(Faidhul Qadhir Syarh Al-Jami’ Ash Shagir)

Tugas kita, banyakkan berdoa. Ketika musibah terjadi, cepat berdoa kepada Allah, minta kepada Allah, jangan minta kepada selain Allah SWT seperti pada lautan, gunung, matahari dan sebagainya. Berdoa kepada Allah, cukuplah terjadi musibah di tempat kita bukan di tempat-tempat yang lain. 

Rasulullah SAW juga berdoa:

اللّٰهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ زَوَالِ نِعْمَتِكَ، وَتَحَوُّلِ عَافِيَتِكَ وَفُجَاءَةِ نِقْمَتِكَ، وَجَمِيْعِ سَخَطِكَ

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari hilangnya nikmatMu, dari berubahnya 'afiat (kesejahteraan) dariMu, dari hukumanMu yang datang dengan tiba-tiba, dan dari seluruh kemarahanMu".
(Hadith Riwayat Muslim dan Abu Daud)

Berkata seorang penyair Arab:

"Sabar itu seperti namanya, pahit rasanya...
Namun akhirnya lebih manis daripada madu".

Banyakkan berdoa mengadu padaNya tatkala musibah melanda dan menimpa. Semoga kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang diberikan sifat sabar dalam melakukan menghadapi musibah, dalam menjauhi maksiat dan melakukan ketaatan. Aamiiin...
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Amalan Yang Memasukkan Kita Ke syurga

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّهُ أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَأَنْبِئْنِي بِعَمَلٍ إِنْ عَمِلْتُ بِهِ دَخَلْتُ الْجَنَّةَ قَالَ أَفْشِ السَّلَامَ وَأَطِبْ الْكَلَامَ وَصِلْ الْأَرْحَامَ وَقُمْ بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ تَدْخُلْ الْجَنَّةَ بِسَلَامٍ

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya ia mendatangi Nabi SAW seraya berkata; Ya Rasulullah, Beritakanlah kepadaku tentang amalan yang jika aku kerjakan maka aku akan masuk syurga?" maka baginda bersabda: "Sebarkanlah salam, ucapkanlah perkataan yang baik, sambunglah hubungan silaturahim dan solatlah di waktu malam ketika manusia sedang nyenyak tidur, maka engkau akan masuk syurga dengan selamat." (Musnad Ahmad No: 10027) Dar Ihya Turath Arabiy. Status: Isnad Tsiqah

Pengajaran:

1.  Satu daripada kaedah mempelajari Islam ialah bertanya kepada mereka yang arif dan mahir seperti mana sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW.

2.  Antara amalan yang jika di kerjakan boleh menjadi asbab seseorang masuk syurga ialah menyebarkan ucapan salam kepada orang Islam yang kita kenal mahupun yang tidak dikenali.

3.  Menuturkan sesuatu perkataan yang baik  merupakan amalan yang dijanjikan syurga.

4.  Memelihara hubungan silaturahim juga adalah amalan yang wajib kepada orang mukmin dan menjadi antara prasyarat jaminan syurga.

5.  Solat sunat di waktu malam ketika orang lain sedang nyenyak tidur adalah antara amalan yang akan memasukkan seorang Muslim ke syurga dengan selamat.

Dalam kita membina masyarakat dan negara yang teguh dan kukuh, suburkanlah amalan yang mengeratkan ukhuwah dan silaturahim kita sesama kita serta kaum kerabat antaranya dengan menyebarkan salam, ucapkanlah perkataan yang baik-baik sesama kita dan  sambunglah hubungan silaturahim sesama kerabat.

Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan 2023. Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan.

"Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama"

#TeguhBersama
#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

26hb Ogos 2023
09hb Safar 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
09 Safar 1445H
26 Ogos 2023M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Usahlah engkau merasa aman dan senang hati kalaulah pandangan dan pegangan mu bersumberkan yang lain daripada ilmu...

وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ ۚ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَٰئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا

Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan (ilmu) mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.
(Al Isra': 36)

Jangan hanyut dengan banyaknya nikmat yang engkau dapati dalam hidupmu tapi bimbangilah kalau ianya hanya menjauhkan engkau dari JalanNya...

عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: "إِذَا رَأَيْتَ اللَّهَ تَعَالى يُعْطِي الْعَبْدَ مِنَ الدُّنْيَا مَا يُحِبُّ وَهُوَ مُقِيمٌ عَلَى مَعَاصِيهِ فَإِنَّمَا ذَلِكَ مِنْهُ اسْتِدْرَاجٌ"، ثُمَّ تَلَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: {فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّى إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُمْ بَغْتَةً فَإِذَا هُمْ مُبْلِسُونَ}.( الأنعام : ٤٤ )

Daripada 'Uqbah bin 'Amir radhiyalLahu 'anhu daripada Rasulullah SAW bersabda:
”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu (tetap) membuat maksiat (durhaka), maka bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.” Kemudian Baginda Rasulullah SAW membaca ayat (maksudnya),
"Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan)".
(Al An'aam: 44)
[Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi]

Kehidupan dunia hanyalah di antara tarikh lahir sehingga tarikh mati seseorang itu...

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّـهَ وَلْتَنظُرْ نَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ لِغَدٍ ۖ وَاتَّقُوا اللَّـهَ ۚ إِنَّ اللَّـهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
(Al Hasyr: 18)

Kita harus berada antara takut dan berharap, tidak boleh terlalu dikuasai harapan sehingga mereka berasa aman daripada azab Allah SWT, dan tidak pula terlalu dikuasai rasa takut, sehingga berputus asa terhadap rahmat Allah SWT.

Jika seseorang berasa dosanya terlalu banyak, buku amalannya dipenuhi dengan kesalahan-kesalahan, perlu baginya berasa lebih takut daripada berharap. Wajar mengingati dosa-dosa dan menghisab diri sebelum dihisab, menimbang amal sebelum ditimbang dan bertanya kepada diri sendiri sebelum ditanya.

Tidak ada perkara yang memberi banyak kebaikan bagi orang mukmin melainkan liang lahad (kematian). Kerana di situ dia berasa bebas daripada kesibukan dunia serta dia berasa aman daripada azab Allah SWT.
(Kitab Hilyatul Awliya')

Justeru, perhatikanlah apa yang dipersiapkan untuk hari esok di akhirat...

~ Abu Imtiyaz ~
Silaturrahim

وَالَّذِينَ يَصِلُونَ مَا أَمَرَ اللَّـهُ بِهِ أَن يُوصَلَ وَيَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ وَيَخَافُونَ سُوءَ الْحِسَابِ

“Dan orang-orang yang menghubungkan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah supaya dihubungkan, dan yang menaruh bimbang akan kemurkaan Tuhan mereka, serta takut kepada kesukaran yang akan dihadapi semasa soaljawab dan hitungan amal (pada hari kiamat)".
(ar-Ra’d: 21)

Berkata Syeikh al-Maraghi rahimahullah:
"Mereka mengikat tali perhubungan silaturrahim sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah SWT. Lalu mereka bergaul dengan kaum kerabat dengan perasaan penuh kecintaan dan kebaikan. Seterusnya mereka berbuat kebaikan kepada golongan miskin dan golongan yang memerlukan pertolongan antara mereka dengan memberikan kebaikan kepada mereka dan menjauhkan bahaya daripada mereka mengikut kemampuan yang mereka ada".

Daripada Sayidina Abu Ayyub al-Ansari r.a, Rasulullah SAW pernah ditanya berkenaan amalan yang dapat memasukkan ke dalam syurga, lalu Baginda SAW menjawab:

تَعْبُدُ اللَّهَ لاَ تُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا، وَتُقِيمُ الصَّلاَةَ، وَتُؤْتِى الزَّكَاةَ، وَتَصِلُ الرَّحِمَ

“Sembahlah Allah dan jangan melakukan syirik padaNya, dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan jalinlah tali silaturrahim".
(Hadith Riwayat al-Bukhari)

Berkata Imam an-Nawawi rahimahullah:
“Adapun maksud silaturrahim, ia adalah berbuat baik kepada kaum kerabat sesuai dengan keadaan orang yang hendak menghubungkan dan keadaan orang yang hendak dihubungkan. Terkadang dalam bentuk kebaikan dengan harta, terkadang dengan memberi bantuan tenaga, terkadang dengan mengunjunginya, dengan memberi salam, dan sebagainya".

Berkata Sayidina Abdullah bin Umar r.a:

مَنِ اتَّقَى رَبَّهُ، وَوَصَلَ رَحِمَهُ، أُنْسِئَ لَهُ فِيْ عُمْرِهِ، وَثُرِّيَ مَالُهُ، وَأَحَبَّهُ أَهْلُهُ

“Barangsiapa bertaqwa kepada Tuhannya dan menyambung silaturrahim, nescaya dipanjangkan umurnya, dibanyakkan rezekinya dan dicintai oleh keluarganya".
(Hadith Riwayat al-Bukhari)

Demikian juga, pernah Sayidatina Asma’ binti Abu Bakar r.a yang bertanyakan Rasulullah SAW untuk bersilaturrahim dengan ibunya yang musyrik.

قُلْتُ : إِنَّْ أُمِّيْ قَدِمَتْ وَهِيَ رَاغِبَةٌ، أَفَأَصِلُ أُمِّيْ؟ قَالَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : نَعَمْ، صِلِيْ أُمًّكِ

Aku bertanya: "Sesungguhnya ibuku datang dan ia sangat berharap (agar aku berbuat baik padanya), apakah aku harus menyambung (silaturrahim) dengan ibuku?. Baginda SAW menjawab: "Ya, sambunglah (silaturrahim) dengan ibumu".
(Hadith Riwayat al-Bukhari)

Berdasarkan nas diatas, dapat difahami bahawa antara maksud silaturrahim adalah menyambung hubungan antara kaum kerabat sama ada melalui garis keturunan atau melalui perkahwinan dengan pelbagai cara seperti mengunjungi mereka, memberi bantuan kepada mereka ketika memerlukan, mengambil peduli akan hal keadaan mereka dan seumpamanya.

Sambunglah silaturrahim dan jagalah hubungan itu sebaiknya. Jangan sesekali memutuskannya kerana Allah akan murka dan menghinanya.
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Golongan Penghuni Syurga

عن عياض بن حمار المجاشعي رضي الله عنه عن النبي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قال : وَأَهْلُ الْجَنَّةِ ثَلَاثَةٌ ذُو سُلْطَانٍ مُقْسِطٌ مُتَصَدِّقٌ مُوَفَّقٌ وَرَجُلٌ رَحِيمٌ رَقِيقُ الْقَلْبِ لِكُلِّ ذِي قُرْبَى وَمُسْلِمٍ وَعَفِيفٌ مُتَعَفِّفٌ ذُو عِيَالٍ

Daripada Iyadh bin Himar al-Mujasyai RA, dari Nabi SAW baginda bersabda: "Penghuni syurga itu terdiri daripada tiga golongan; iaitu penguasa yang berlaku adil, gemar bersedekah dan diberi kurnia taufik (Allah), seorang yang penuh kasih sayang dan lemah lembut kepada setiap kerabat dan sesama muslim, dan seorang yang suci dan miskin namun menjaga dirinya dari meminta-minta”  (Sahih Muslim No: 5109) Status : Hadis Sahih

Pengajaran

Antara golongan yang akan menjadi penghuni Syurga ialah:

1.  Penguasa atau pemimpin yang adil, sentiasa pemurah dengan bersedekah dan diberi kurnia taufik oleh Allah dalam menjalankan tanggungjawab.

2.  Orang yang memiliki sifat kasih sayang dan lemah lembut kepada setiap kerabat dan sesama muslim yang lain.

3.  Orang yang suci hatinya walaupun miskin namun menjaga dirinya dari menjadi peminta sedekah.

Sebagai warganegara, sama ada kita seorang pemimpin mahupun pengikut, berusahalah memiliki sifat adil, berkasih sayang dan lemah lembut kepada orang lain serta menjadi pemberi bukan peminta.

Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan 2023. Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan.

"Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama"

#TeguhBersama
#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

27hb Ogos 2023
10hb Safar 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
10 Safar 1445H
27 Ogos 2023M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Ada kalanya, kebencianmu terhadap sesuatu itu ada kebaikan bagi kita dan kadangkala sukanya kita terhadap sesuatu itu ada kejahatan bagi kita, dan Allah Taala saja yang mengetahuinya, sedang kita sendiri tidak tahu.

Bertawakallah kepada Allah. Boleh jadi apa yang kita suka tetapi ia buruk bagi kita...

وَعَسَىٰۤ أَن تُحِبُّوا۟ شَیۡـࣰٔا وَهُوَ شَرࣱّ لَّكُمۡۚ وَٱللَّهُ یَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ

"dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."
(Al-Baqarah: 216)

Ini kerana pilihan Allah Taala untuk hamba-Nya itu adalah lebih baik daripada pilihan hamba itu sendiri...

اِنَّهٗ يَعْلَمُ الْجَهْرَ وَمَا يَخْفٰى

"Sesungguhnya Ia mengetahui (segala keadaan yang patut berlaku), dan yang tersembunyi."
(Al-A'la: 7)

Keyakinan adalah kekuatan utama untuk berjaya. Kita tidak harus yakin pada usaha kita semata-mata. Namun, kita juga harus yakin dengan doa kita pada Allah SWT.

Kita terlalu yakin dengan usaha gigih bahawa kita akan beroleh kejayaan tetapi kita lupa untuk yakin akan doa kita kepada Allah SWT.

وَيَسْتَجِيْبُ الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ وَيَزِيْدُهُمْ مِّنْ فَضْلِهٖ

"Dan Ia memperkenankan doa permohonan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, dan Ia menambahi mereka dari limpah kurniaNya (selain dari yang mereka pohonkan)."
(Asy-Syura: 26)

Walaupun seseorang hamba itu berdoa, namun terkabulnya doa tersebut kadangkala diberi dengan sesuatu yang diminta, dan kadangkala diberi ganti yang lebih baik daripadanya seperti tertolaknya bala dengan memperoleh nikmat. Kadangkala ditunda di akhirat nanti.

وَلَا تُفْسِدُوْا فِى الْاَرْضِ بَعْدَ اِصْلَاحِهَا وَادْعُوْهُ خَوْفًا وَّطَمَعًا ؕ اِنَّ رَحْمَتَ اللّٰهِ قَرِيْبٌ مِّنَ الْمُحْسِنِيْنَ

"Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya."
(Al-A'raf: 56)

Sentiasalah mohon kepada Allah kebaikan dunia dan kebaikan akhirat...

وَمِنۡهُم مَّن یَقُولُ رَبَّنَاۤ ءَاتِنَا فِی ٱلدُّنۡیَا حَسَنَةࣰ وَفِی ٱلۡـَٔاخِرَةِ حَسَنَةࣰ وَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ

"Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka".
(Al-Baqarah: 201)

Disebut dalam hadith yang diriwayatkan oleh Muslim, mafhumnya:
"Tidak ada seorang hamba pun yang berdoa kepada Allah Taala yang doanya tidak dimakbulkan kecuali Allah Taala kurniakan kepadanya dengan salah satu daripada tiga perkara, iaitu: ada kalanya doanya disegerakan, ada kalanya disimpan untuknya di akhirat, dan ada kalanya balanya tertolak menurut kadarnya".

Allah balas setiap kebaikan yang kita lakukan...

وَمَا تَفۡعَلُوا۟ مِنۡ خَیۡرࣲ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِیمࣱ

"Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya)."
(Al-Baqarah: 215)

Justeru, mintalah, rayulah, mohonlah pada Allah agar dimakbulkan permintaan kita dan sabar jika ianya datang segera atau lambat kerana ada kebaikan didalamnya...

~ Abu Imtiyaz ~
𝐃𝐢𝐛𝐚𝐰𝐚 𝐎𝐥𝐞𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧...

Asy-Syaikh Ibnu 'Utsaimin rahimahullāh berkata,

لا تأخذك العاطفة، فالعاطفة إن لم تكن مبنية على العقل والشرع صارت عاصفة تعصف بك وتُطيح بك في الهاوية

"Janganlah engkau terbawa oleh perasaan. Sebab, perasaan itu jika tidak dibangunkan di atas akal dan syariat, ia akan menjadi badai yang menerbangkanmu dan menghempaskan dirimu ke dalam neraka."

📚 Majmu Fatawa Ibnu Utsaimin, 24/532.

Asy-Syaikh Rabi’ bin Hady al-Madkhaly berkata:

نحن لا نمشي مع العواطف، نمشي مع الحجة والبرهان.

"Kita tidak boleh berjalan mengikuti perasaan, tetapi kita berjalan mengikuti hujjah dan bukti."

📚 Majmu'ur Rosail, jilid 15 hlm. 181.
"Perkataan yang lembut akan melembutkan hati yang lebih keras dari batu karang, dan perkataan yang kasar akan mengeraskan hati yang lebih lembut dari sutera.."

(Imam Abu Hamid Al-Ghazali Qaddasallahu Sirrahu)
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Kasihi Yang Muda Hormati Yang Tua

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يَرْحَمْ صَغِيرَنَا وَيُوَقِّرْ كَبِيرَنَا وَيَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَ عَنْ الْمُنْكَرِ

Daripada Ibnu Abbas RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Bukanlah termasuk golongan kami, mereka yang tidak mengasihi anak-anak kecil kami dan tidak pula menghormati orang tua kami, serta tidak menyuruh yang makruf dan melarang yang mungkar." (HR Tirmidzi No: 1844) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.  Orang yang tidak mengasihi anak-anak kecil dan menghormati orang tua – mereka tidak mengikuti sunah Rasulullah SAW dan Adab seorang Muslim.

2.  Menghormati orang yang lebih tua daripada kita termasuk sunnah Nabi. Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ جِبْرِيلَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَنِي أَنْ أُكَبِّرَ

"Jibril telah menyuruhku untuk mendahulukan orang-orang yang lebih tua" (HR. Ahmad  No:1555)

3.  Keutamaan menghormati orang yang lebih tua termasuk dalam mengagungkan Allah. Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ مِنْ إِجْلَالِ اللَّهِ إِكْرَامَ ذِي الشَّيْبَةِ الْمُسْلِمِ

"Sesungguhnya termasuk mengagungkan Allah adalah menghormati orang muslim yang sudah tua" (HR Abu Daud No: 4203)

4.  Dahulukan orang yang lebih tua dari kita. Malik bin Mighwal rahimahullah berkata:

كُنْتُ أَمْشِيْ مَعَ طَلْحَةَ بْنِ مُصَرِّفٍ  فَصِرْنَا إِلَى مَضْيَقٍ فَتَقَدَّمَنِيْ ثُمَّ قَالَ لِيْ : لَوْ كُنْتُ أَعْلَمُ أَنَّكَ أَكْبَرُ مِنِّيِ بِيَوْمٍ مَا تَقَدَّمْتُكَ

"Dahulu aku berjalan bersama Talhah bin Musharrif, sampailah kami ke sebuah jalan sempit, maka beliaupun mendahuluiku, seraya berkata kepadaku: Seandainya aku mengetahui bahawa engkau lebih tua satu hari daripada aku nescaya aku tidak akan mendahuluimu" (Diriwayatkan oleh Al-Khathiib Al Baghdaady dalam Al Jaami' li Akhlaaqi Ar Raawii wa Aadaabi As Saami', no: 249)

5. Menjadi tanggung jawab Muslim untuk mengajak orang lain kepada kebaikan dan melarang kemungkaran berlaku.

Dalam kita hidup bermasyarakat dan mewujudkan negara Malaysia yang harmoni dan utuh, setiap kita bertanggungjawab untuk bersifat rahmah dengan  sentiasa beradab dan menyantuni orang yang lebih tua dari kita apatah lagi jika dia pemimpin kita dan sayangilah orang yang lebih muda dari kita.

Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan 2023. Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan.

"Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama"

#TeguhBersama
#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

28hb Ogos 2023
11hb Safar 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Zalim

وَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّن ذُكِّرَ بِـَٔایَـٰتِ رَبِّهِۦ فَأَعۡرَضَ عَنۡهَا وَنَسِیَ مَا قَدَّمَتۡ یَدَاهُۚ إِنَّا جَعَلۡنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمۡ أَكِنَّةً أَن یَفۡقَهُوهُ وَفِیۤ ءَاذَانِهِمۡ وَقۡرࣰاۖ وَإِن تَدۡعُهُمۡ إِلَى ٱلۡهُدَىٰ فَلَن یَهۡتَدُوۤا۟ إِذًا أَبَدࣰا

"Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, lalu ia berpaling daripadanya dan lupa akan apa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya; sesungguhnya (disebabkan bawaan mereka yang buruk itu) Kami jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, menghalang mereka daripada memahaminya, dan (Kami jadikan) pada telinga mereka penyumbat (yang menyebabkan mereka pekak). Dan jika engkau menyeru mereka kepada petunjuk, maka dengan keadaan yang demikian, mereka tidak sekali-kali akan beroleh hidayah petunjuk selama-lamanya".
(al-Kahfi: 57)

Allah SWT menyatakan dalam ayat ini bahawa dua golongan manusia yang paling zalim, paling jahat dan paling derhaka pada Allah SWT iaitu mereka yang disampaikan dakwah, peringatan melalui ayat-ayat Allah lalu berpaling yakni tidak peduli akan ayat-ayat serta melanggarinya. Satu lagi ialah golongan yang memandang remeh akan dosa dan kesalahan yang dilakukan.

Mereka langsung tidak peduli peringatan Allah berupa suruhan dan larangan Allah SWT di dalam al-Quran bahkan tanpa rasa bersalah menolak peringatan tersebut.

Dosa yang mereka lakukan itu tidak dinsafi, sengaja dilakukan malah semakin bertambah dan sengaja dilupakan.

Disebabkan perbuatan jahat mereka itu menyebabkan Allah SWT menutup pintu hati mereka daripada menerima kebenaran dan hidayah petunjukNya. Allah menutup pintu hati mereka dengan tutupan yang berlapus-lapis hingga menjadikan hati mereka keras dan mati.

Mereka semakin lazat dalam melakukan maksiat, dosa dan kemungkaran. Mereka membenci kebaikan dan memusuhi perintah Allah SWT. Mereka berusaha bermatian membela kejahatan dan memerangi kebaikan. Mereka memperjuang kesesatan dan berusaha memadamkan kebenaran. Hati mereka keras seumpama batu dan telinga mereka pekak untuk mendengar kebaikan.

Nabi SAW bersabda:

وَلَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَظْهَرَ الْفُحْشُ وَالتَّفَاحُشُ، وَقَطِيعَةُ الرَّحِمِ، وَسُوءُ الْمُجَاوَرَةِ، وَحَتَّى يُؤْتَمَنَ الْخَائِنُ وَيُخَوَّنَ الْأَمِينُ

"Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga muncul perkataan keji, kebiasaan berkata keji, memutus hubungan kerabat, keburukan bertetangga, dan sehingga orang yang khianat diberi amanah (kepercayaan) sedangkan orang yang amanah dianggap berkhianat".
(Hadith Riwayat Ahmad)

Ingatlah bahawa hanya dengan menjadikan kalam Allah sebagai panduan hidup akan menjadikan seseorang itu hamba Allah yang bertaqwa serta sentiasa beroleh petunjuknya. Sesiapa memusuhi ayat-ayat Allah SWT, maka mereka itulah sezalim-zalim dan sejahat-jahat manusia.
Taat

فَٱعۡلَمۡ أَنَّهُۥ لَاۤ إِلَـٰهَ إِلَّا ٱللَّهُ وَٱسۡتَغۡفِرۡ لِذَنۢبِكَ 

"Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan...
(Muḥammad: 19)

Dalam ayat ini Allah SWT memerintahkan kita semua untuk berilmu pengetahuan dengan mempelajari bahawa tidak ada sesuatu pun yang layak disembah melainkan Allah SWT semata.

وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا

“Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan sesuatu apapun dengan-Nya".
(an-Nisa': 36)

Kita wajib meyakini bahawa Allahlah yang menciptakan kita dan yang memberi rezeki kepada kita. Allah tidak membiarkan kita begitu sahaja dalam kebingungan, tetapi mengutus kepada kita seorang rasul. Maka barangsiapa mentaati rasul tersebut pasti akan masuk syurga dan barangsiapa menyalahinya pasti akan masuk neraka.

إِنَّاۤ أَرۡسَلۡنَاۤ إِلَیۡكُمۡ رَسُولࣰا شَـٰهِدًا عَلَیۡكُمۡ كَمَاۤ أَرۡسَلۡنَاۤ إِلَىٰ فِرۡعَوۡنَ رَسُولࣰا * فَعَصَىٰ فِرۡعَوۡنُ ٱلرَّسُولَ فَأَخَذۡنَـٰهُ أَخۡذࣰا وَبِیلࣰا

"Sesungguhnya Kami telah mengutus kepada kamu (wahai umat Muhammad), seorang Rasul yang menjadi saksi terhadap kamu (tentang orang yang mematuhi atau menolak seruannya), sebagaimana Kami telah mengutus kepada Firaun seorang Rasul. Maka Firaun menderhaka kepada Rasul itu, lalu Kami menyeksakannya dengan azab seksa yang seberat-beratnya".
(al-Muzzammil: 15-16)

Kita juga wajib ketahui, bahawa Allah SWT tidak rela jika dalam ibadah yang ditujukan kepadaNya, Dia dipersekutukan dengan sesuatu apapun, baik dengan seorang malaikat yang terdekat atau dengan seorang nabi yang diutus menjadi rasul.

وَأَنَّ ٱلۡمَسَـٰجِدَ لِلَّهِ فَلَا تَدۡعُوا۟ مَعَ ٱللَّهِ أَحَدࣰا

"Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (ibadat kepada) Allah semata-mata; maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapapun bersama-sama Allah".
(al-Jinn: 18)

Semoga Allah membimbing kita semua untuk taat kepadaNya dan menjaga kita agar menjauhi perkara kesyirikan dan kesesatan.
11 Safar 1445H
28 Ogos 2023M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Hati-hati jika engkau tidak mahu belajar menuntut ilmu agama atau sering malas cuai dari ilmu.

قال ابن الجوزي رحمه الله تعالى :
اعلم أن أول تلبيس إبليس عَلَى الناس صدُّهم عَنِ العلم لأنَّ العلم نور؛ فإذا أطفا مصابيحهم خبطهم فِي الظُلَم كيف شاء
(تلبيس إبليس)

Al-Imam Ibnul Jauzi rahimahullah berkata,
“Ketahuilah bahawa, perangkap iblis yang paling awal atas manusia ialah menghalangi mereka menuntut ilmu agama, kerana ilmu itu adalah cahaya, apabila telah padam lampu-lampu (cahaya) mereka maka dengan mudah iblis menjerumuskan mereka ke dalam kegelapan.”
(Talbis Iblis)

Keutamaan orang berilmu...

عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ فَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ وَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ لَتَضَعُ أَجْنِحَتَهَا رِضًا لِطَالِبِ الْعِلْمِ وَإِنَّ طَالِبَ الْعِلْمِ يَسْتَغْفِرُ لَهُ مَنْ فِي السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ حَتَّى الْحِيتَانِ فِي الْمَاءِ وَإِنَّ فَضْلَ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِ الْقَمَرِ عَلَى سَائِرِ الْكَوَاكِبِ إِنَّ الْعُلَمَاءَ هُمْ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ إِنَّ الْأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا وَلَا دِرْهَمًا إِنَّمَا وَرَّثُوا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ

Dari Abu Darda "Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa melalui satu jalan untuk mencari ilmu, Allah akan permudahkan baginya jalan menuju syurga. Para Malaikat akan membentangkan sayapnya kerana redha kepada penuntut ilmu. Penghuni langit dan bumi hingga ikan yang ada di dalam air mendoakan keampunan kepada penuntut ilmu. Sesungguhnya, keutamaan seorang alim dibanding dengan seorang ahli ibadah adalah ibarat bulan purnama atas semua bintang. Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para Nabi, dan para Nabi tidak mewariskan dinar mahupun dirham, akan tetapi mereka mewariskan ilmu. Barangsiapa mengambilnya, maka ia telah mengambil bahagian yang sangat besar."
(Hadith Riwayat Ibnu Majah)

Orang yang berusaha mencari ilmu sama ada ilmu fardhu ain mahupun fardhu kifayah, Allah akan mempermudahkan baginya jalan menuju ke syurga.

وكل من بغير علم يعمل، أعماله مردودة لا تقبل
[كتاب متن الزبد]

“Setiap orang yang beramal tanpa ilmu, segala amalannya tertolak dan tidak diterima”.

Penuntut ilmu didampingi malaikat...

عَنْ صَفْوَانَ بْنَ عَسَّالٍ الْمُرَادِيَّ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا مِنْ خَارِجٍ خَرَجَ مِنْ بَيْتِهِ فِي طَلَبِ الْعِلْمِ إِلَّا وَضَعَتْ لَهُ الْمَلَائِكَةُ أَجْنِحَتَهَا رِضًا بِمَا يَصْنَعُ

Dari Shafwan bin Assal Al Muradi, ia berkata, Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:"Tidaklah seseorang yang keluar dari rumahnya untuk menuntut ilmu kecuali para malaikat akan mengembangkan sayap-sayapnya untuk orang tersebut kerana redha dengan apa yang ia kerjakan."
(Hadith Riwayat Ibnu Majah)

يَرْفَعِ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ

“Supaya Allah SWT meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan (daripada kalangan kamu) dengan beberapa darjat”.
(Al-Mujadalah: 11)

Rasulullah mengajar kita berdoa agar mendapat ilmu bermanfaat...

عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ إِذَا صَلَّى الصُّبْحَ حِينَ يُسَلِّمُ :
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا طَيِّبًا وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا

Dari Ummu Salamah berkata, "Selepas salam dalam solat subuh Nabi SAW mengucapkan: Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amal yang diterima.
(Hadith Riwayat Ibnu Majah)

Marilah kita berusaha sentiasa terus belajar bagi mendalami ilmu. Jadikanlah diri kita orang yang bermaklumat bukan hanya pak turut.

Semoga dengan cahaya ilmu, akan menjadi penyuluh hidup dan mempermudahkan kita jalan ke syurga.

Justeru, tanyalah di manakah dirimu ketika majlis-majlis ilmu sedang berlangsung...

~ Abu Imtiyaz ~
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Saling Mencela Itu Adalah Syaitan

عَنْ عِيَاضِ بْنِ حِمَارٍ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ رَجُلٌ مِنْ قَوْمِي يَشْتُمُنِي وَهُوَ دُونِي عَلَيَّ بَأْسٌ أَنْ أَنْتَصِرَ مِنْهُ قَالَ الْمُسْتَبَّانِ شَيْطَانَانِ يَتَهَاتَرَانِ وَيَتَكَاذَبَانِ

Daripada Iyadl bin Himar ia bertanya, "Saya berkata, "Wahai Rasulullah, seorang laki-laki dari kaumku mencaciku sementara ia sendiri tidak lebih mulia dariku, maka apakah saya berdosa jika membalas cacian darinya?" baginda bersabda: "Dua orang yang saling mencaci adalah dua syaitan yang saling merendahkan dan saling berkata-kata dusta." (HR Ahmad No: 16836) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Jangan merasa diri kita lebih baik daripada orang lain sehingga mendorong kita mencela, mengejek dan menghina orang lain.

2. Orang yang dicela perlu sentiasa bersabar di atas perbuatan cacian orang lain ke atasnya.

3.  Rasulullah SAW menyebutkan dua orang yang berbalah sambil mencela dan mencaci itu adalah syaitan.

4.  Orang yang saling mencaci akan berlumba membuat dosa dengan memperlekeh, menghina, merendahkan lawannya serta berbohong.

Semoga kita tidak tergolong dari golongan syaitan. Berusahalah menjauhi perbuatan  suka mencela dan menghina orang lain.

Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan 2023. Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan.

"Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama"

#TeguhBersama
#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

29hb Ogos 2023
12hb Safar 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Bersama Dengan Orang Yang Dicintai

عَنْ أَبِي وَائِلٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ الْمَرْءُ مَعَ مَنْ أَحَبَّ

Daripada Abu Wa`il dari Abdullah dari Nabi SAW bahawa baginda bersabda: "Seseorang akan bersama dengan orang yang dicintainya." (HR Bukhari No: 5702) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Orang yang "mencintai" seseorang akan sentiasa bersama dengan orang yang "dicintai".

2.  Ibnu Hajar menjelaskan: sesungguhnya kita akan bersama dengan orang yang kita cinta, sentiasa akan didekatkan dengan orang yang dicintai malah kita akan  termasuk dalam golongan yang dicintai.

3.  Cintailah orang yang soleh kerana seseorang akan dibangkitkan di hari kiamat bersama dengan orang yang dicintai.

4.  Ibnu Battal dalam Syarah Sahih Al-Bukhari, hlm. 9/333, menyatakan: Ketika seorang mencintai orang yang soleh, di mana dia mencintai mereka kerana ketaatan mereka pada Allah sedang cinta itu merupakan perbuatan hati dan keyakinan hati maka Allah memberi pahala padanya sebagaimana pahala orang soleh yang dicintainya. Kerana niat itu adalah yang asal sedang amal itu mengikuti niat.

قِيلَ لِلنَّبِىِّ صلى الله عليه وسلم الرَّجُلُ يُحِبُّ الْقَوْمَ وَلَمَّا يَلْحَقْ بِهِمْ قَالَ الْمَرْءُ مَعَ مَنْ أَحَبَّ

Ada yang berkata pada Nabi SAW, ‘Ada seseorang yang mencintai suatu kaum, namun ia tidak pernah berjumpa dengan mereka.’ Nabi SAW  lantas bersabda, ‘Setiap orang akan dikumpulkan bersama orang yang ia cintai.’” (HR Muslim  no:  2640) Status: Hadis Sahih.

5.  Orang yang cinta kepada Rasulullah SAW, ia akan tetap dapat bersama Rasulullah SAW memasuki Syurga walaupun tingkatan syurganya berbeza (Fathul Bari, 10: 555).

6.  Cinta kepada Rasulullah SAW adalah dengan sentiasa mencontohi, mengikuti dan mentaati perintah dan larangan. Perbuatan tersebut akan menatijahkan kecintaan Rasulullah SAW kepada kita walaupun kita tidak pernah menemui baginda.

Dalam kita membina kehidupan di negara tercinta ini, kita mengharapkan kebahagiaan hidup ini bukan hanya di dunia malah juga di akhirat nanti. Justeru jadikanlah Rasul serta orang-orang soleh sebagai qudwah untuk kita contohi dan cintai. Moga kita akan bersama mereka di Syurga nanti.

Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan 2023. Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan.

"Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama"

#TeguhBersama
#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

30hb Ogos 2023
13hb Safar 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Akal

وَقَالُوا۟ لَوۡ كُنَّا نَسۡمَعُ أَوۡ نَعۡقِلُ مَا كُنَّا فِیۤ أَصۡحَـٰبِ ٱلسَّعِیرِ

"Dan mereka berkata: "Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka".
(al-Mulk: 10)

Perhatikan sedalamnya penyesalan dahsyat yang berlaku kepada penghuni neraka. Apa yang dikesali oleh mereka ialah sewaktu didunia mereka diperingatkan dengan perintah dan larangan Allah SWT namun mereka tidak mahu mendengar dan tidak menggunakan akal untuk berfikir.

Manusia dikurniakan akal untuk berfikir baik buruk sesuatu yang hendak dilakukan. Dengan penggunaan akal, manusia mampu memilih antara intan dan kaca. Namun begitu, akal semata tidak akan sempurna. Akal perlu dipandu dengan ilmu. Dengan ilmu barulah lengkap penggunaan akal kerana dipandu dengan ilmu.

Jika akal tidak berfungsi, bagaimana manusia dapat membuat pilihan? Maka manusia mulalah mengikut hawa nafsu dan hasutan syaitan.

Ketahuilah bahawa akal dapat berfungsi jika ia dibekalkan dengan ilmu. Ilmu tentang apa yang baik dan apa yang buruk. Apa yang bermanfaat dan apa yang mudarat. Apa yang menguntungkan dan apa yang merugikan.

Jalan untuk mendapat ilmu adalah dengan membaca dan belajar. Justeru ayat pertama diturunkan adalah Iqra'  “BACALAH”!

Maka dengan berilmu dan berfikir tentang segala perintah dan larangan Allah nescaya seseorang itu tidak menyesal di akhirat kelak.

Penyesalan di mahsyar atau ketika sudah di dalam neraka, merupakan malapetaka besar bagi sesiapa yang sombong didunia dahulu kerana tidak mahu belajar dan berfikir.
Sombong

قَالَ ٱلَّذِینَ ٱسۡتَكۡبَرُوۤا۟ إِنَّا بِٱلَّذِیۤ ءَامَنتُم بِهِۦ كَـٰفِرُونَ

"Orang-orang yang sombong takbur itu berkata: "Sesungguhnya kami tetappp ingkar akan orang yang kamu beriman kepadanya".
(al-Aʿraf: 76)

Para pembesar yang sombong  tetap engkar dengan dakwah tauhid yang dibawa dan disampaikan oleh Nabi Soleh Alaihissalam. Walaupun setelah diberikan dengan pelbagai dalil daripada Nabi Soleh Alaihissalam dan bukti-bukti kenabian baginda, mereka tetap juga engkar, menolak dan menentang Nabi  Soleh.

وَفِیۤ أَنفُسِكُمۡۚ أَفَلَا تُبۡصِرُونَ

"Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?"
(az-Zhariyat: 21)

Apabila digunakan lafaz بِالَّذي dalam ayat ini, itu bermakna mereka tahu apakah yang dibawa oleh Nabi Saleh Alaihissalam. Mereka juga tahu tentang kebenaran yang disampaikan oleh Nabi Soleh. Maka ini membuktikan yang mereka bukanlah jahil, tetapi mereka engkar sahaja. Degil, sombong dan keras kepala.

Firman Allah SWT:

أَلَمۡ تَرَ إِلَى ٱلَّذِینَ یَزۡعُمُونَ أَنَّهُمۡ ءَامَنُوا۟ بِمَاۤ أُنزِلَ إِلَیۡكَ وَمَاۤ أُنزِلَ مِن قَبۡلِكَ یُرِیدُونَ أَن یَتَحَاكَمُوۤا۟ إِلَى ٱلطَّـٰغُوتِ وَقَدۡ أُمِرُوۤا۟ أَن یَكۡفُرُوا۟ بِهِۦۖ وَیُرِیدُ ٱلشَّیۡطَـٰنُ أَن یُضِلَّهُمۡ ضَلَـٰلَۢا بَعِیدࣰا

“Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakimkan kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh”.
(an-Nisa': 60)

Sepertimana yang disebutkan, secara umumnya, perjuangan golongan yang engkar ini adalah perjuangan untuk menentang kebenaran malah mereka berusaha menegakkan kezaliman, kebatilan dan kejahatan.

Golongan sombong dan engkar ini menentang apa sahaja asalkan bercanggah dengan Islam. Matlamat mereka adalah menentang Islam dan hati mereka tersangat kufur terhadap agama Allah SWT.

Umat hari ini perangainya hampir sama dengan umat Nabi Soleh Alaihissalam. Mereka tahu akan perintah Allah SWT namun tetap engkar, degil dan menentang kebenaran. Inilah sikap orang yang sombong dan mereka sangat dibenci Allah SWT.
Muhasabah malam ini

Pantaskah kita merasa benar, sedang kita masih melakukan kesalahan dan kita merasa suci, sedang diri masih dalam kekotoran.

Lantas mengapa merasa baik, sedang Allah yang menutup aib dan kekurangan kita.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN