Masjid Yusof Ishak
1.76K subscribers
1.47K photos
68 videos
24 files
531 links
Download Telegram
Bismillahirrahmanirrahim
°
Mungkin ini adegan yang agak biasa terjadi di rumah anda, terutama sekali dengan anak-anak kita. Semoga mereka dapat menjalani ibadah puasa dengan tenang dan gembira.
°
Semakin kita harungi cabaran pandemik Covid-19 ini, semakin kita dapat melihat hikmah disebaliknya. Jika dahulu anak-anak ke sekolah sambil berpuasa, kini mereka di rumah. Agak santai sedikit.
°
Jika kita terus positif, kita terus ingin menguatkan iman kita, insyaAllah Allah akan bantu.
°
"Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni." [Bukhari]

#masjidyusofishak
#masjidSg
#kitacuba
#rindumasjid
#ramadansg
#ramadan
#kitaboleh
#stayhomeplease
#fightcovid19
#flattenthecurve
#hikmah
O my Lord, forgive us, and accept our repentance. Verily, You are the Oft-Returning, the Most Forgiving.
°
𝑹𝒂𝒃𝒃𝒊𝒈𝒉𝒇𝒊𝒓𝒍𝒂𝒏ā 𝒘𝒂𝒕𝒖𝒃 `𝒂𝒍𝒂𝒚𝒏ā 𝒊𝒏𝒏𝒂𝒌𝒂 𝒂𝒏𝒕𝒂𝒕-𝑻𝒂𝒘𝒘ā𝒃𝒖𝒍-𝑮𝒉𝒂𝒇ū𝒓
°
InsyaAllah we are going into Day 12 of Ramadan. May Allah swt allow us to continue to perform deeds that please HIM. Ameen.

#masjidyusofishak
#masjidSg
#ramadansg
#ramadan
#stayhomeforsg
#fightcovid19
Awan yang mendung, membuat kita menunggu turunnya hujan, kerana tidak sabar mahu berdoa kepada Allah swt, (𝘬𝘦𝘳𝘢𝘯𝘢 𝘪𝘢 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘴𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘴𝘢𝘵𝘶 𝘸𝘢𝘬𝘵𝘶 𝘥𝘪𝘮𝘢𝘯𝘢 𝘥𝘰𝘢 𝘵𝘦𝘳𝘮𝘢𝘬𝘣𝘶𝘭, 𝘪𝘯𝘴𝘺𝘢𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩).

Apa saja yang kita lakukan, membaca Quran, mendengar/mempelajari tafsir kepada surah-surah, menghafal doa, bekerja mencari rezeki untuk keluarga.. apa sahaja dengan niat mendapat keberkatan dari Yang Maha Esa, semoga kita diberi ketetapan hati. InsyaAllah Ameen.

𝗬𝗮𝗮 𝗠𝘂𝗾𝗮𝗹𝗹𝗶𝗯𝗮𝗹 𝗤𝘂𝗹𝘂𝘂𝗯 𝗧𝘀𝗮𝗯𝗯𝗶𝘁 𝗤𝘂𝗹𝘂𝗯𝗮𝗻𝗮 '𝗔𝗹𝗮𝗮 𝗗𝗶𝗶𝗻𝗶𝗸𝗮

𝑊𝑎ℎ𝑎𝑖 𝑅𝑎𝑏𝑏 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑚𝑒𝑚𝑏𝑜𝑙𝑎𝑘-𝑏𝑎𝑙𝑖𝑘𝑘𝑎𝑛 ℎ𝑎𝑡𝑖, 𝑡𝑒𝑔𝑢ℎ𝑘𝑎𝑛𝑙𝑎ℎ ℎ𝑎𝑡𝑖 𝑘𝑎𝑚𝑖 𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑎𝑔𝑎𝑚𝑎-𝑀𝑢
[𝐻𝑅 𝑇𝑖𝑟𝑚𝑖𝑑𝑧𝑖]


#masjidyusofishak
#masjidsg
#ramadansg
#ramadan
#kejarJannah

𝐃𝐞𝐫𝐦𝐚 𝐥𝐚𝐧𝐠𝐬𝐮𝐧𝐠 𝐤𝐞 𝐚𝐤𝐚𝐮𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐦𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐝𝐢𝐚𝐥𝐮-𝐚𝐥𝐮𝐤𝐚𝐧:
¶ 𝐎𝐂𝐁𝐂 𝐂𝐮𝐫𝐫𝐞𝐧𝐭 𝐀𝐜𝐜𝐨𝐮𝐧𝐭: 𝟔𝟖𝟔-𝟐𝟐𝟑𝟏𝟎𝟖-𝟎𝟎𝟏
¶ 𝐏𝐀𝐘𝐍𝐎𝐖 𝐔𝐄𝐍 𝐓𝟏𝟔𝐌𝐐𝟎𝟎𝟎𝟑𝐄
¶ 𝐃𝐞𝐛𝐢𝐭/𝐂𝐫𝐞𝐝𝐢𝐭 𝐜𝐚𝐫𝐝: 𝐛𝐢𝐭.𝐥𝐲/𝐝𝐞𝐫𝐦𝐚𝐌𝐘𝐈
Ya Allah
Kurniakan kami rezeki, agar kami dapat bertemu Lailatul Qadr.
°
Kami mohon keinsafan, mohon pengampunanMu, ya Allah Ya Rahman
°
°
#masjidyusofishak
#masjid
#masjidSg
#ramadansg
#ramadan
#lailatulqadr
Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum para jemaah yang dikasihi
°
Adakah anda juga berasa sayu, kerana kita akan meninggalkan Ramadan? °
Pada mulanya kita rasa janggal dan hiba kerana tidak dapat berjemaah di masjid.
°
Namun, Allah swt mengizinkan kita mendalami erti Ramadan di rumah. Nikmat dapat mengimamkan makmum, dapat memberi tumpuan kepada Al-Quran dan tidak terasa terkejar-kejar dengan hal dunia, terlalu berharga. Sesungguhnya Allah swt adalah sebaik-baik perancang.
°
Syawal akan menjelang sehari lagi - sama-sama kita melaungkan takbir nanti.
°
Semoga segala amalan kita diterima oleh-Nya dan segala dosa-dosa kita diampini-Nya. Ameen.

#masjidyusofishak
#masjidSg
#ramadansg
#ramadan
#syawal
#syawalsg
#salamsg
Bismillahirrahmannirrahim

InsyaAllah dengan izin Allah swt, dan dengan sebahagian Infaq Ramadan dari anda semua, bubur Ramadan akan kami sediakan Ramadan ini.

Bermula Selasa ini, 13 April, kami akan mula mengagihkan bubur 𝐬𝐞𝐥𝐞𝐩𝐚𝐬 𝐬𝐨𝐥𝐚𝐭 𝐀𝐬𝐚𝐫.

Terima kasih kerana sentiasa memberi sokongan kepada kami. Semoga Allah swt mengurniakan rahmatNya kepada kita semua. Ameen. Ameen yra.

#masjidyusofishak
#masjidsg
#ramadan #ramadansg
Assalamualaikum para jemaah yang dikasihi lagi dihormati

Syukur Alhamdulilah - masjid-masjid dibuka kembali, memberi ruang untuk kita sambut Ramadan bersama.

Namun, sambutan Ramadan berbeza dari tahun sebelum Covid-19.

1. Iftar ditiadakan di masjid

2. Jumlah jemaah untuk solat Maghrib dan Isyak/Terawih dihadkan

3. Kelas tadarus akan dibuat secara online

Kami ada menyediakan program-program sepanjang Ramadan. InsyaAllah akan kami maklumkan.

Malam ini, dari jam 9 malam, anda boleh daftar untuk solat Isyak/Terawih untuk 10 malam pertama Ramadan.
☆☆ bit.ly/BookSolat ☆☆

Semoga kita semua meraih kehebatan Ramadan dan sekaligus dapat menggandakan pahala dan amalan kita. InsyaAllah ameen.

#masjidyusofishak
#masjidsg
#ramadansg
#ramadan
Kami juga turut terjejas - berasa dukacita memaklumkan bahawa jumlah jemaah dihadkan kepada 100 orang sahaja, dan kawasan Muslimah ditiadakan, bermula 8 Mei nanti.

InsyaAllah apabila sudah dimaklumkan tentang solat Aidilfitri, kami akan war-warkan kepada anda.

Kami berharap anda semua tingkatkan kesihatan dan kebersihan anda. Semoga kita dilindungi dari wabak dan penyakit yang memudaratkan. Ameen.

Sesungguhnya Allah swt lebih mengetahui.

Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul-‘afwa, fa’fu ‘anni

#masjidyusofishak
#masjidsg
#ramadan
Dari Abu Hurairah Ra., ia berkata, Rasulullah SAW bersabda,

"Tidaklah sekelompok orang berkumpul di suatu masjid untuk membaca Al-Qur'an dan mempelajarinya, melainkan mereka akan diliputi ketenangan, rahmat, dan dikelilingi para malaikat, serta Allah SWT akan menyebut-nyebut mereka pada malaikat-malaikat yang berada di sisi-Nya." [HR Muslim]

Dengan sukacitanya, kami ingin menjemput anda untuk turut serta bersama Majlis Khatam Quran yang bakal diadakan Sabtu ini, mulai jam 10 pagi.

Setelah dua tahun sepi di masjid ini, kami berharap anda dapat mengisi ruang masjid dengan alunan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.

Pendaftaran diperlukan melalui: bit.ly/khatamalquranmyi

Semoga kegiatan dan majlis ukhuwwah ini membawa kita ke Syurga Allah SWT. Aamiin.

#masjidyusofishak #masjidsg #ramadan #ramadanSG
𝙔𝙤𝙪𝙧 𝙨𝙢𝙖𝙡𝙡 𝙘𝙤𝙣𝙩𝙧𝙞𝙗𝙪𝙩𝙞𝙤𝙣 𝙜𝙤𝙚𝙨 𝙖 𝙡𝙤𝙣𝙜 𝙬𝙖𝙮 𝙩𝙝𝙞𝙨 𝙍𝙖𝙢𝙖𝙙𝙖𝙣

Support our Ramadan programmes in Masjid Yusof Ishak by getting our exclusive money envelope for Raya now!

1 packet : $5

You can also get the promo bundle at just $𝟱𝟬!
Bundle includes:
- 12 packets of Sampul (for the price of 10)
- Exclusive Souvenir: Fridge magnet
- Exclusive Masjid Yusof Ishak paper bag
- Free delivery islandwide

All sales proceeds will go to Tabung Ramadan, which funds our iftar, as we host more than 500 congregants everyday, this also includes other expenses such as Imam/Bilal for terawih prayers nightly.
---
How to contribute to Masjid Yusof Ishak

Paynow to UEN T16MQ0003E
(Indicate 'Ramadan' as reference)

Or you may walk-in to our customer service counter Monday - Thursday | 10am - 4pm

#masjidyusofishak #masjidSG #Ramadan
Alhamdulillah, Terima kasih atas sumbangan anda..

Sumbangan anda sangat bermakna pada Ramadan ini.

Kutipan dana Ramadan yang anda sumbangkan dapat membantu kami dalam menjalankan pelbagai program seperti menyediakan iftar untuk lebih dari 500 orang setiap hari, ini juga termasuk perbelanjaan lain seperti Imam/Bilal untuk solat terawih setiap malam.
---
How to contribute to Masjid Yusof Ishak

Paynow to UEN T16MQ0003E
(Indicate 'Ramadan' as reference)

Or you may walk-in to our customer service counter Monday - Thursday | 10am - 4pm

#masjidyusofishak #masjidSG #Ramadan
Dari Abu Hurairah Ra., ia berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah sekelompok orang berkumpul di suatu masjid untuk membaca Al-Qur'an dan mempelajarinya, melainkan mereka akan diliputi ketenangan, rahmat, dan dikelilingi para malaikat, serta Allah SWT akan menyebut-nyebut mereka pada malaikat-malaikat yang berada di sisi-Nya." [HR Muslim]

Sempena Nuzul Al Quran, dengan sukacitanya kami ingin menjemput anda untuk turut serta bersama kami ke Majlis Tahlil Mega Ta iaitu pada pukul 6 petang dan Khatam Quran selepas Solat Terawih yang bakal diadakan pada Jumaat, 7 April 2023, bersamaan malam 15 Ramadhan 1444H.

Semoga kita semua dapat menghidupkan malam Ramadhan dengan Ibadah dan amal soleh. Aamiin.
#masjidyusofishak #masjidsg #ramadan #ramadanSG
Alhamdulillah, akan tiba 10 malam terakhir bulan Ramadan dan inilah masanya untuk kita mencari Lailatul Qadr, malam seribu bulan.

Marilah sama-sama kita mengisi malam-malam terakhir ini dengan beriktikaf, meningkatkan ibadah, dan 'qiyamullail'.

Semoga kita ditemukan malam istimewa ini dengan keadaan bersujud dan berdoa kepada Allah s.w.t, insyaAllah. Amiin.

Masjid akan dibuka pada jam 3:30pagi dan solat akan bermula pada jam 4 pagi, insyaAllah ☺️

---
How to contribute to Masjid Yusof Ishak

Paynow to UEN T16MQ0003E
(Indicate 'Ramadan' as reference)

Or you may walk-in to our customer service counter Monday - Thursday | 10am - 4pm

#masjidyusofishak #masjidSG #ramadan
Dipersilakan Muslimah untuk menghadiri Majlis Khatam Al-Quran bagi menghidupkan suasana 10 Ramadan yang terakhir ini.

Cara pelaksanaan:
-Bacaan Al-Qur'an secara berkumpulan dengan pembagian juzu' tertentu
-Naskah Al-Qur'an disediakan
-Bagi yang hanya mendengar juga dialukan

*pendaftaran dibuka jam 9.30pagi*

👉🏻
bit.ly/muslimahkhatam2023

Semoga Allah menerima segala amal ibadah kita di bulan mulia ini.

#masjidyusofishak #masjidSG #ramadan
Singapura akan menyaksikan fenomena gerhana matahari separa pada hari Khamis 20 April 2023 bermula pada jam 10:54pg sehingga 12:59ptg.

Masjid Yusof Ishak akan menganjurkan Solat Gerhana Matahari pada hari tersebut jam 12.30tgh di dewan solat utama masjid yang akan dipimpin oleh Ustaz Muhammad Idris Rifaie.

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya matahari dan bulan tidak mengalami gerhana kerana kematian seseorang dan tidak juga kerana kehidupan seseorang. Tetapi keduanya itu merupakan dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Oleh itu, jika kalian melihat hal tersebut, maka bersolatlah.’’ [HR Bukhari]

Semoga segala amal ibadah kita diterima Allah s.w.t
---
How to contribute to Masjid Yusof Ishak

Paynow to UEN T16MQ0003E
(Indicate 'Ramadan' as reference)

Or you may walk-in to our customer service counter Monday - Thursday | 10am - 4pm

#masjidyusofishak #masjidSG #ramadan