MAPIM MALAYSIA
4.71K subscribers
8.72K photos
2.36K videos
7 files
3.97K links
Channel rasmi telegram MAPIM Malaysia untuk mengetahui perkembangan terkini dan update semasa isu dan kerja peduli Ummah dalam dan luar negara

www.tabunggaza.com

#365HariAkuUntukUmmah
#MAPIMMalaysia
Download Telegram
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
KANAK-KANAK GAZA PIKUL BEKAS AIR SEORANG DIRI

Satu video dari Gaza memaparkan seorang kanak-kanak Palestin berjalan sendirian di jalan raya sambil memikul dua bekas air besar selepas perjalanan yang panjang.

Rakaman itu menggambarkan keadaan kemanusiaan yang semakin kritikal, khususnya kepada kanak-kanak, apabila kekurangan bekalan air bersih dan keperluan asas terus membelenggu penduduk Gaza.

Situasi ini mencerminkan penderitaan harian rakyat Palestin yang terpaksa berjuang untuk mendapatkan keperluan asas di tengah sekatan dan serangan berterusan oleh regim zionis.

Sumber: Times Of Gaza


MAPIM MEDIA CENTRE
www.mapim.org

#MAPIMMalaysia #SaveGaza #GazaUnderSiege
😢61
6 RAKYAT PALESTIN SYAHID DALAM SERANGAN TERKINI ISRAEL DI GAZA

Sekurang-kurangnya enam rakyat Palestin syahid, termasuk seorang wanita, dalam siri serangan udara dan tembakan Israel di Gaza, sekali gus melanggar gencatan senjata yang masih berkuat kuasa.

Antara mangsa termasuk tiga individu yang disasarkan dalam serangan dron di kawasan Zeitoun, manakala seorang wanita, Haneen al-Hour, syahid selepas dron Israel menembak rumah di kem Nuseirat.

Serangan lain turut berlaku di Bureij dan Jabalia, mengorbankan mangsa tambahan serta mencederakan sekurang-kurangnya enam orang.

Tentera Israel juga dilaporkan membedil kawasan di Deir al-Balah dan Khan Younis serta memusnahkan bangunan di timur Gaza.

Sejak gencatan senjata, 691 rakyat Palestin syahid dan 1,876 cedera, dengan jumlah keseluruhan korban melebihi 72,000 orang.

Sumber: Anadolu


MAPIM MEDIA CENTRE
www.mapim.org

#MAPIMMalaysia #SaveGaza #StopGenocide
😢2
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
AL-AQSA DITUTUP UNTUK RITUAL YAHUDI, AGENDA ZIONIS SEMAKIN TERSERLAH UNTUK BINA “SOLOMON TEMPLE”

Kumpulan peneroka haram Israel dilaporkan berusaha melaksanakan ritual Yahudi di kawasan Masjid Al-Aqsa yang kini ditutup, menjelang perayaan Passover.

Gerakan seperti Temple Mount Faithful didakwa mahu mengadakan korban ritual dan bacaan Talmud di halaman masjid, satu tindakan yang selama ini dilarang dan dianggap provokatif terhadap umat Islam.

Langkah ini berlaku ketika Masjid Al-Aqsa masih ditutup oleh pihak berkuasa Israel, sekali gus mencetuskan kebimbangan usaha berterusan untuk mengubah status quo tapak suci tersebut.

Pengkritik memberi amaran bahawa tindakan ini adalah sebahagian daripada agenda regim zionis untuk menormalisasikan kehadiran Yahudi di Al-Aqsa dan membuka jalan ke arah pembinaan apa yang didakwa sebagai “Kuil Solomon”.

Sumber: MEE


MAPIM MEDIA CENTRE
www.mapim.org

#MAPIMMalaysia #SaveAlAqsa #FreePalestine
🤬31
AL-AQSA DITUTUP 32 HARI BERTURUT, USAHA RITUAL YAHUDI SEMAKIN MEMUNCAK

Pihak berkuasa Israel terus menutup Masjid Al-Aqsa selama 32 hari berturut-turut, menghalang umat Islam daripada menunaikan ibadah dengan alasan keselamatan berkait konflik Iran.

Dalam masa sama, kumpulan peneroka dan gerakan “Temple” terus menghasut agar ritual Yahudi termasuk korban dilakukan di kawasan masjid sempena perayaan Passover.

Mereka turut menuntut agar Al-Aqsa dibuka antara 2 hingga 9 April bagi membolehkan ritual tersebut dilaksanakan.

Tindakan ini dilihat sebagai usaha regim zionis untuk mengukuhkan kawalan ke atas Al-Aqsa, di tengah seruan rakyat Palestin untuk bangkit mempertahankan masjid suci itu dan menamatkan sekatan.

Sumber: Gulf Times


MAPIM MEDIA CENTRE
www.mapim.org

#MAPIMMalaysia #SaveAlAqsa #FreePalestine
😢3
ISRAEL RANCANG ZON PENAMPAN SEPERTI GAZA DI LUBNAN

Israel merancang untuk mewujudkan zon penampan di selatan Lubnan dengan pendekatan seperti di Gaza, susulan konflik yang semakin memuncak dengan Hezbollah.

Menteri negara zionis israel, Israel Katz, mengumumkan tentera telah diarahkan untuk menguasai kawasan sehingga ke Sungai Litani, termasuk memusnahkan rumah di kampung berhampiran sempadan.

Menurut dia, operasi itu akan dilakukan mengikut model di Rafah dan Beit Hanoun, dengan tujuan menghapuskan ancaman di kawasan sempadan.

Israel juga mendakwa untuk mengawal sepenuhnya kawasan tersebut serta memusnahkan senjata dan kehadiran pejuang Hezbollah di selatan Lubnan.

Langkah ini menimbulkan kebimbangan peningkatan serangan dan kemusnahan lebih besar di Lubnan.

Sumber: MSN


MAPIM MEDIA CENTRE
www.mapim.org

#MAPIMMalaysia #SaveLebanon #StopTheWar
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
ISRAEL LULUS UNDANG-UNDANG HUKUMAN MATI TERHADAP RAKYAT PALESTIN

Parlimen Israel (Knesset) meluluskan undang-undang baharu yang membenarkan hukuman mati terhadap rakyat Palestin yang disabitkan dalam kes yang dilabel sebagai “keganasan”.

Undang-undang ini membolehkan mahkamah, khususnya mahkamah tentera di Tebing Barat, menjatuhkan hukuman mati tanpa keputusan sebulat suara serta mempercepatkan pelaksanaan dalam tempoh sekitar 90 hari.

Ia juga mengehadkan ruang rayuan atau pengampunan, sekali gus menimbulkan kebimbangan serius terhadap keadilan perbicaraan.

Pengkritik menyifatkan undang-undang ini sebagai diskriminasi kerana dilihat menyasarkan rakyat Palestin, selain menunjukkan sistem keadilan dua darjat antara Palestin dan Israel.

Pertubuhan antarabangsa termasuk PBB turut mengecam langkah ini sebagai melanggar undang-undang antarabangsa dan berpotensi menjadi jenayah perang.

Sumber: Reuters


MAPIM MEDIA CENTRE
www.mapim.org

#MAPIMMalaysia #SavePalestine #HumanRightsViolation
🤬6
STATISTIK TERKINI: 72,289 RAKYAT PALESTIN SYAHID DI GAZA

Jumlah rakyat Palestin yang syahid akibat serangan regim zionis di Gaza sejak 7 Oktober 2023 meningkat kepada 72,289 orang, dengan 172,043 lagi cedera.

Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan dalam tempoh 24 jam lalu, beberapa mangsa cedera dibawa ke hospital, menjadikan jumlah korban sejak gencatan senjata meningkat kepada 713 syahid dan 1,943 cedera.

Selain itu, sebanyak 756 mayat berjaya dikeluarkan dari bawah runtuhan, namun ribuan lagi mangsa masih tertimbus di bawah bangunan yang musnah.

Pihak berkuasa Gaza turut menegaskan regim zionis terus melanggar perjanjian gencatan senjata dan berusaha mengasingkan Gaza serta menafikan hak hidup rakyat Palestin.

Sumber: QNA


MAPIM MEDIA CENTRE
www.mapim.org

#MAPIMMalaysia #SaveGaza #StopGenocide
😢31
ISRAEL HALANG SOLAT JUMAAT DI MASJID AL-AQSA YANG DITUTUP UNTUK HARI KE-35

Pihak berkuasa Israel terus menghalang umat Islam menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa yang kini ditutup memasuki hari ke-35 berturut-turut.

Penutupan itu dibuat atas alasan keselamatan susulan perang dengan Iran, dengan larangan perhimpunan besar terus dikuatkuasakan.

Saksi melaporkan polis Israel turut cuba menghalang rakyat Palestin daripada solat di jalan berhampiran Kota Lama, termasuk di Jalan Salah al-Din.

Sumber: MEM


MAPIM MEDIA CENTRE
www.mapim.org

#MAPIMMalaysia #SaveAlAqsa #FreePalestine
😡1
SEPANYOL TEGAS SOKONG GAZA DAN IRAN, TOLAK PERANG

Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sánchez, menegaskan pendirian negaranya yang menolak peperangan serta menyatakan solidariti terhadap rakyat Gaza dan Iran.

Beliau menekankan bahawa Sepanyol tidak boleh menyokong konflik dalam keadaan semasa, sebaliknya menyeru kepada penyelesaian secara damai melalui dialog.

Sánchez turut memaklumkan bahawa pendirian Sepanyol mendapat perhatian antarabangsa, dengan pelbagai negara menyatakan sokongan terhadap komitmen negara itu terhadap hak asasi manusia dan keamanan.

Kenyataan ini mencerminkan usaha Sepanyol untuk menggalakkan diplomasi serta menyokong rakyat awam yang terkesan akibat perang di rantau tersebut.

Sumber: BBC News


MAPIM MEDIA CENTRE
www.mapim.org

#MAPIMMalaysia #StandWithGaza #NoToWar
7👍3🔥1
LEBIH 21,000 KANAK-KANAK PALESTIN SYAHID DI GAZA, 44,000 CEDERA

Biro Statistik Pusat Palestin (PCBS) mendedahkan lebih 21,000 kanak-kanak Palestin syahid dan lebih 44,000 lagi cedera sejak serangan Israel di Gaza bermula pada Oktober 2023.

Serangan berterusan telah memusnahkan ribuan keluarga, dengan lebih 58,000 kanak-kanak menjadi yatim, manakala ramai lagi berisiko mengalami kecacatan kekal.

Kira-kira 4,000 kanak-kanak memerlukan rawatan segera di luar Gaza untuk terus hidup, ketika sistem kesihatan lumpuh akibat serangan dan sekatan.

Di Tebing Barat, sekurang-kurangnya 237 kanak-kanak turut syahid, dengan lebih 1,600 kes penahanan kanak-kanak direkodkan.

Kemusnahan meluas menyebabkan ratusan ribu kanak-kanak kehilangan tempat tinggal, berdepan kekurangan makanan, air bersih dan rawatan kesihatan, selain terdedah kepada penyakit serta trauma psikologi yang serius.

Sumber: Malaysia Gazette


MAPIM MEDIA CENTRE
www.mapim.org

#MAPIMMalaysia #SaveGaza #StopGenocide
😢1
MISI BANTUAN KEMANUSIAAN: 30 KONTENA MALAYSIA KE GAZA & GLOBAL SUMUD FLOTILLA 2.0

MAPIM Malaysia dengan ini menjemput pihak media serta orang awam untuk hadir ke sidang media berkaitan pelaksanaan misi bantuan kemanusiaan 30 kontena Malaysia ke Gaza serta inisiatif Global Sumud Flotilla 2.0.

📅 6 April 2026 (Isnin)
3.00 Petang
📍 Perkarangan Balai Ketibaan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 1)

Kehadiran anda amat dialu-alukan sebagai tanda solidariti dan sokongan terhadap usaha kemanusiaan ini.

Tema pakaian: Putih, Gaza atau Sumud Nusantara

Bersama kita suarakan solidariti. Malaysia teguh bersama Gaza.

#MAPIMMalaysia #SumudNusantara #FreePalestine #SolidaritiGaza
6
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
MAPIM MALAYSIA x DURIOO+ | ANIMASI UNTUK ANAK-ANAK, MESEJ UNTUK UMMAH

MAPIM Malaysia membawakan pendekatan lebih dekat dengan keluarga melalui kolaborasi animasi bersama Durioo+, dalam menyampaikan mesej kemanusiaan kepada anak-anak dengan cara yang santai, mudah difahami dan penuh nilai murni.

Melalui animasi ini, anak-anak bukan sahaja terhibur, tetapi turut dididik tentang kasih sayang, empati dan kepedulian terhadap isu ummah. Inilah usaha kecil untuk membentuk generasi yang lebih peka dan berjiwa besar sejak usia muda.

Durioo+ kini boleh ditonton secara PERCUMA di laman web duriooplus.com
Semua kandungan adalah 100% selamat, patuh syariah dan sesuai untuk kanak-kanak tanpa risau tentang konten tidak sesuai.

#MAPIMMalaysia #DuriooPlus
4
IRAN SETUJU GENCATAN SENJATA DUA MINGGU DALAM PERANG AS-ISRAEL

Iran dilaporkan bersetuju melaksanakan gencatan senjata sementara selama dua minggu bersama Amerika Syarikat sebagai langkah meredakan perang yang semakin memuncak di Asia Barat.

Langkah ini dibuat susulan tekanan antarabangsa, dengan syarat termasuk pembukaan semula Selat Hormuz dan penghentian serangan ke atas Iran.

Presiden AS, Donald Trump, turut mengumumkan penggantungan operasi ketenteraan, manakala Iran menyatakan ia akan menghentikan serangan sekiranya tiada lagi pencerobohan berlaku.

Namun, Iran menegaskan gencatan senjata ini hanya bersifat sementara dan bukan penamat kepada konflik.

Sumber: Agensi antarabangsa


MAPIM MEDIA CENTRE
www.mapim.org

#MAPIMMalaysia #Iran #Ceasefire
MALAYSIA KECAM TINDAKAN PROVOKATIF ISRAEL DI MASJID AL-AQSA

Malaysia mengecam tindakan provokatif seorang menteri regim zionis Israel yang menceroboh Masjid Al-Aqsa ketika ia ditutup kepada umat Islam.

Kementerian Luar menegaskan tindakan itu melanggar undang-undang antarabangsa, resolusi PBB serta menghina kesucian tapak suci umat Islam.

Malaysia menyifatkan perbuatan tersebut mencabul hak beragama dan menjejaskan kestabilan serantau.

Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa mengecam tindakan Israel serta mendesak agar pelanggaran dihentikan dan kesucian Al-Aqsa dihormati.

Malaysia turut menegaskan solidariti berterusan bersama rakyat Palestin serta sokongan kepada penubuhan negara Palestin merdeka.

Sumber: Berita Harian


MAPIM MEDIA CENTRE
www.mapim.org

#MAPIMMalaysia #SaveAlAqsa #FreePalestine
1🔥1
AL-AQSA DIBUKA SEMULA SELEPAS 40 HARI DITUTUP

Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis akhirnya dibuka semula selepas 40 hari ditutup oleh regim zionis Israel dengan alasan konflik Iran.

Pembukaan semula dilakukan pada waktu subuh, membolehkan ratusan rakyat Palestin kembali menunaikan solat berjemaah dalam keadaan penuh emosi selepas sekatan berpanjangan.

Sebelum ini, Israel menutup akses sejak awal Ramadan, termasuk melarang solat Aidilfitri, sekatan yang pertama seumpamanya sejak pendudukan pada 1967.

Tindakan provokatif menteri Israel yang menceroboh kawasan masjid ketika penutupan turut mencetuskan kemarahan umat Islam.

Sumber: Sinar Harian


MAPIM MEDIA CENTRE
www.mapim.org

#MAPIMMalaysia #SaveAlAqsa #FreePalestine
👍3
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
JEMAAH SEBAK KEMBALI SOLAT SUBUH DI AL-AQSA SELEPAS 40 HARI DITUTUP

Satu video memaparkan suasana penuh emosi apabila jemaah Muslim kembali memenuhi Masjid Al-Aqsa untuk menunaikan solat Subuh pertama selepas 40 hari penutupan oleh regim zionis.

Rakaman menunjukkan para jemaah melangkah masuk menzahirkan rasa syukur dan rindu selepas sekian lama dihalang daripada beribadah di masjid suci tersebut.

Kehadiran ratusan jemaah pada waktu subuh mencerminkan keteguhan iman rakyat Palestin yang terus mempertahankan Al-Aqsa walaupun berdepan sekatan dan penindasan berterusan.

Sumber: X


MAPIM MEDIA CENTRE
www.mapim.org

#MAPIMMalaysia #SaveAlAqsa #FreePalestine
5😢1
3 RAKYAT PALESTIN SYAHID DALAM SERANGAN TERKINI ISRAEL DI GAZA

Sekurang-kurangnya tiga rakyat Palestin syahid dalam serangan udara Israel yang menyasarkan sekumpulan lelaki berhampiran sebuah sekolah di Deir al-Balah, Gaza tengah.

Mangsa dibawa ke Hospital Al-Aqsa, di mana ahli keluarga hadir dalam suasana pilu untuk memberi penghormatan terakhir kepada para syuhada.

Serangan ini berlaku ketika usaha rundingan bagi memperkukuh gencatan senjata sedang dijalankan, namun keganasan di Gaza terus berulang setiap hari.

Penduduk tempatan menyifatkan situasi ini sebagai gencatan senjata yang tidak bermakna, apabila korban terus meningkat termasuk dalam kalangan orang awam.

Sumber: CBC


MAPIM MEDIA CENTRE
www.mapim.org

#MAPIMMalaysia #SaveGaza #StopGenocide
😢1
2,400 LANGGARAN GENCATAN SENJATA: 6 RAKYAT PALESTIN SYAHID

Sekurang-kurangnya enam rakyat Palestin syahid, termasuk dua kanak-kanak, dalam serangan Israel di beberapa kawasan Gaza, menandakan peningkatan korban harian di tengah pelanggaran gencatan senjata.

Serangan termasuk menyasarkan kenderaan polis di Gaza City yang mengorbankan empat mangsa serta mencederakan beberapa orang awam.

Tentera Israel turut membedil dan memusnahkan rumah di Jabalia, Zeitoun dan Khan Younis, selain tembakan berterusan ke kawasan penempatan penduduk.

Sehingga kini, hampir 2,400 pelanggaran gencatan senjata direkodkan, dengan jumlah keseluruhan meningkat kepada 72,333 rakyat Palestin syahid dan 172,202 cedera.

Sumber: Palestine Chronicle


MAPIM MEDIA CENTRE
www.mapim.org

#MAPIMMalaysia #SaveGaza #StopGenocide
😢3
KOS PERANG ISRAEL BAKAL CECAH KERUGIAN $112 BILION UNTUK 2026

Bank pusat Israel mendedahkan kos peperangan yang dilancarkan regim zionis sejak Oktober 2023 dijangka mencecah $112 bilion menjelang 2026 melibatkan serangan di Gaza, Lubnan dan Iran.

Laporan itu turut menunjukkan tekanan ekonomi semakin meningkat, dengan nisbah hutang kepada GDP dijangka naik kepada 72 peratus menjelang 2030.

Media Israel melaporkan ekonomi negara itu mengalami kerugian sekitar $3 bilion setiap minggu akibat gangguan operasi sepanjang konflik.

Pemerhati menyatakan kos tinggi ini berpotensi meningkatkan cukai serta beban kewangan ke atas rakyat Israel.

Sumber: Press TV


MAPIM MEDIA CENTRE
www.mapim.org

#MAPIMMalaysia #SaveGaza #StopGenocide
Enam bulan selepas gencatan senjata diumumkan, rakyat Palestin di Gaza masih hidup dalam ketakutan apabila serangan Israel terus berlaku hampir setiap hari.

Bom dan peluru tidak mengenal mangsa, wanita, kanak-kanak, warga emas, malah wartawan dan petugas perubatan turut menjadi sasaran.

Keadaan ini menunjukkan gencatan senjata yang dilaungkan gagal menjamin keselamatan rakyat Gaza yang terus berdepan keganasan berterusan.

Sumber: TRT World


MAPIM MEDIA CENTRE
www.mapim.org

#MAPIMMalaysia #SaveGaza #StopGenocide