Majlis Agama Islam Johor
1.14K subscribers
2.14K photos
118 videos
1 file
1.74K links
Download Telegram
Jejak asnaf warga tua dan uzur sekitar Tangkak

MAINJ Daerah Tangkak bersama Amil Agihan Zakat dan kepimpinan masyarakat mengadakan ziarah bagi melihat keperluan seterusnya menyampaikan sumbangan kepada 5 warga tua dan uzur di sekitar Kg Simpang 5 Pekan dan Kg Meranti Sundai.

sumber WANG زكاة

BERBAGI itu indah & TIDAK pernah rugi
TUNAIKANLAH زكاة ANDA
Usaha membantu En Sabarruddin bin Katimin di Kg. Bukit Rimau Sri Medan Batu Pahat.

13 Februari 2017 - MAINJ Daerah Batu Pahat bersama Ketua Kampung Bukit Rimau meneruskan usaha membantu En Sabarruddin bin Katimin yang tinggal di kebun dengan kediaman yang sangat daif dan uzur. Beliau tinggal bersama isterinya yang berstatus bukan warganegara sejak 2 tahun selepas.

En Sabarruddin adalah penerima bantuan sara hidup MAINJ. Usaha yang dilakukan kini adalah memujuk beliau berpindah ke kediaman yang lebih selesa dan Ketua Kampung juga bersetuju untuk membenarkan beliau membina kadiaman di atas tanahnya. Semoga usaha yang dilakukan akan berhasil.
Penyerahan Bantuan Awal Tahun Persekolahan bagi Parlimen Pagoh Sempena Lawatan Y.A.B Menteri Besar Johor ke Parlimen Pagoh - RM485,386.00

sumber wang زكاة

BERBAGI itu indah & TIDAK pernah rugi
TUNAIKANLAH زكاة ANDA
Setiap hari zakat diagih.

Sekitar jejak asnaf di daerah Johor Bahru

1. Pn Maisuri binti Jaffar, 60 tahun di Lima Kedai Gelang Patah. Warga emas tinggal seorang diri sudah uzur dan makan minumnya dibantu oleh jiran-jiran.

2. Pn Norul Haslindawati binti Che Ab Razak, 40 tahun dari Taman Desa Jaya. Terlibat dalam kemalangan pada Okt 2016 dan suami meninggal dunia di tempat kejadian. Beliau koma selama 2 bulan serta mengalami pecah tulang punggung dan patah kaki kanan. Masih perlu menjalani rawatan susulan.

3. Adik Syarifah Nur Qaseh binti Syed Amirudin, 4 tahun dari Taman Pulai Emas Johor Bahru. Mengidap penyakit jantung kecut dan sawan sejak lahir. Telah menjalani pembedahan sebanyak 7 kali dan masih memerlukan rawatan susulan.

sumber wang زكاة

BERBAGI itu indah & TIDAK pernah rugi
TUNAIKANLAH زكاة ANDA
Ziarah kebakaran di Taman Puteri, Kluang.

13 Februari 2017 - Ziarah dan penyerahan bantuan awal bencana kebakaran oleh Amin Baitulmal Kluang kepada pemilik rumah Encik Youseri.
Bantuan kecemasan sebanyak RM3,000 diserahkan bagi meringankan kesusahan yang ditanggung.

sumber wang زكاة

BERBAGI itu indah & TIDAK pernah rugi
TUNAIKANLAH زكاة ANDA
Ziarah Warga Emas di Kg Air Papan, Mersing

14 Februari 2017 - Bersama YB Hj Abdul Latif bin Hj Bandi ADUN Endau menyampaikan bantuan MAIJ kepada Puan Fatimah binti Hj Idon, 83 tahun seorang nenek yang baru sahaja kematian suami dan berada dalam keadaan uzur. Pemohon menggunakan pampers kerana mengalami kesukaran untuk bergerak. Pemohon kini ditemani oleh anak perempuan angkatnya yang juga tiada pendapatan bersama 3 orang cucunya yang tidak bersekolah.

Sumbangan disampaikan berbentuk tilam, katil, kabinet dapur gas dan barangan keperluan lain yang mana kebanyakan barangan sedia ada tidak boleh digunakan lagi.

sumber wang زكاة

BERBAGI itu indah & TIDAK pernah rugi
TUNAIKANLAH زكاة ANDA
Photo from shafie
Perhimpunan Bulanan Pusat Islam Iskandar Negeri Johor