Bantuan Zakat Mengubah Hidup
Puan Suzilawati Amran, penduduk Kampung Melayu Kluang, menerima bantuan "one-off" sebanyak RM35,000 untuk rawatan komplikasi lutut yang dialaminya. Beliau menjalani rawatan akibat kesukaran berjalan yang berpunca daripada faktor usia dan sejarah aktiviti harian.
Kini, beliau sedang menjalani rawatan susulan dan dicadangkan untuk menjalani fisioterapi bagi pemulihan yang lebih baik.
Suaminya meluahkan rasa syukur kerana zakat yang pernah ditunaikannya sebelum ini kini memberi manfaat kepada keluarga mereka.
Inilah keindahan zakat, membantu meringankan beban mereka yang memerlukan. Terima kasih kepada semua pembayar zakat yang terus menyokong usaha ini.
Sumbangan disampaikan oleh Penolong Pengarah Agihan Zakat MAINJ, Ustaz Zakuan Ghazali.
#MainjPrihatin
#MainjNgabari
https://www.facebook.com/share/p/19fQadidZw/?mibextid=wwXIfr

"Kembara Alharamain MAINJ: Tajaan Ibadah Umrah Kepada 10 Penerima Zakat"
Bermula 15 hingga 26 Januari 2025, seramai 10 peserta tajaan MAINJ berangkat menunaikan ibadah umrah. Daripada jumlah ini, 6 adalah penerima bantuan bulanan manakala 4 lagi merupakan muallaf.
Rombongan ini diiringi oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAINJ, Ustaz Zamri Kambari dan Saudari S. Aishah mewakili MAINJ, dengan kerjasama Tiram Travel.
Marilah kita bersama-sama mendoakan agar semua jemaah berada dalam kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan, dan memperoleh umrah yang maqbulah. Amin.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pembayar zakat. Dengan sumbangan anda, kita telah merealisasikan impian mereka yang kurang berkemampuan untuk menjadi tetamu Allah di Tanah Suci.
Hadir sama meraikan, Penolong Pengarah Agihan Zakat MAINJ, Ustaz Zakuan Ghazali.
#MainjPrihatin
https://www.facebook.com/share/p/1C31zM38kh/?mibextid=wwXIfr

Penerima zakat yang kami taja mengerjakan ibadah umrah. Alhamdulillah semua sihat, nampak gembira di sana, doakan kami & pembayar ZAKAT ya ☺️
#MainjPrihatin
https://www.facebook.com/share/p/18PzDHdc4W/?mibextid=wwXIfr

Sentuhan Street Dakwah MAINJ
Alhamdulillah, program Street Dakwah hari ini berjaya menghimpunkan komuniti dengan pelbagai aktiviti menarik:
✨ Khatan Sunat: Seramai 30 anak kecil melangkah ke fasa baru kehidupan mereka.
🎨 Pertandingan Mewarna: 30 anak-anak menyerlahkan kreativiti melalui warna.
🩺 Kaunter Kesihatan KPJ: Khidmat pemeriksaan kesihatan percuma untuk komuniti.
🏠 Ziarah Pewakaf & Asnaf: Kunjungan kasih ke 2 rumah asnaf dan 5 rumah pewakaf bersama Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, KK, dan Pengerusi Masjid.
🍴 Pertandingan Memasak & Gubahan: 20 peserta mencipta hasil seni dan masakan.
🎁 Penutup & Cabutan Bertuah: Penyampaian hadiah dan cabutan bertuah untuk 10 peserta bertuah, disempurnakan oleh KPE MAINJ.
Jutaan terima kasih kepada semua warga Felda Taib Andak yang menjayakan program ini. Semoga usaha ini terus menyebar kebaikan dan rahmat kepada semua.
#wakafmainj
#sahamwakafjohor
https://www.facebook.com/share/p/1BBz4vMkM5/?mibextid=wwXIfr

BANTUAN PEMBEDAHAN TAPAK FISTULA
MAINJ telah menyalurkan sumbangan sebanyak RM8,250.00 daripada dana ZAKAT bagi menampung kos pembedahan tapak fistula cik Nurhazwani.
Bantuan ini adalah bukti komitmen ZAKAT dalam membantu individu yang memerlukan & berkelayakan, khususnya dalam aspek kesihatan. Semoga dipermudahkan urusan dan membawa keberkatan.
#MainjPrihatin
https://www.facebook.com/share/p/18cNfpwi9U/?mibextid=wwXIfr

Malam tadi, kami menziarahi rumah zakat baharu yang baru siap dibina di Daerah Muar. Puan Norrizan, penerima rumah ini, menyambut kedatangan kami dengan penuh kegembiraan dan rasa syukur.
Alhamdulillah, melihat kegembiraan beliau benar-benar menguatkan lagi tekad kami untuk terus membantu golongan asnaf. Semoga rumah ini memberi keselesaan dan menjadi tempat berteduh yang penuh keberkatan buat mereka.
Terima kasih kepada para pembayar zakat, kerana dengan sumbangan anda & kerjasama Pejabat Daerah Muar , rumah ini dapat direalisasikan. Terima kasih juga Ketua Kampung sama-sama hadir ziarah bersama kami. Turut hadir dalam kunjungan ini, Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim.
#MainjPrihatin
https://www.facebook.com/share/p/1Dvz7nyDfA/?mibextid=wwXIfr

MESYUARAT PENUTUP PENGAUDITAN PENYATA KEWANGAN MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR
Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) bagi tahun berakhir 31 Disember 2020 hingga 31 Disember 2022 telah diadakan pada 20 Februari 2025 (Khamis) di Bilik Gerakan, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Iskandar Puteri, Johor.
Mesyuarat ini dipengerusikan dan disempurnakan oleh Ketua Audit Negara, YBhg. Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, dengan kehadiran pasukan audit dari Jabatan Audit Negara, termasuk:
Turut hadir dalam mesyuarat ini, Sahibus Samahah YB Dato’ Haji Yahya Ahmad (Mufti Negeri Johor) serta barisan pengurusan MAINJ yang diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Hasrin Kamal Hashim
(Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ)
#MainjPrihatin
https://www.facebook.com/share/p/19wRiFzLBq/?mibextid=wwXIfr

Sumbangan Mesin Kopi untuk Usahawan MAINJ
Alhamdulillah, kami berpeluang menyampaikan mesin kopi kepada usahawan MAINJ di Kampung Melayu Majidi. Lebih istimewa, kami sendiri dapat merasai kopi hasil tangannya—memang padu!
Semoga bisnes ini terus berkembang dan diberkati Allah ﷻ. Doakan kejayaan berterusan buat saudara kita ya. Jom kita sokong! ☕
#MainjPrihatin
#terimakasihpembayarzakat
https://www.facebook.com/share/p/1E2S3uDnVT/?mibextid=wwXIfr

Kami mengadakan lawatan ke Tabung Baitulmal Sarawak, ketibaan kami disambut mesra oleh Timbalan Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak, Encik Bolhassan Iskandar Taibi, bersama wakil dari Bahagian Agihan Zakat.
Bukan sekadar kunjungan biasa – ini adalah pertemuan dua institusi dengan satu matlamat besar, memperkasa pengurusan zakat dan membela asnaf. Kami bertukar pandangan, menyelami pengalaman, dan menggali ilmu untuk terus memperkukuh amanah yang dipikul.
Hubungan ini bukan hanya tentang Johor dan Sarawak, tetapi tentang usaha kolektif membangun ummah. Semoga kolaborasi ini terus subur, kerana bila zakat diurus dengan baik, asnaf terbela dan keberkatan akan tersebar.
#MainjPrihatin
https://www.facebook.com/share/p/1GnLHArHDs/?mibextid=wwXIfr

Hari ini kami menziarahi adik Muhammad Shairid Hadif di Felda Bukit Easter, seorang OKU fizikal sejak lahir yang tidak mempunyai lutut, menyukarkan pergerakannya. Namun semangatnya tetap tinggi, beliau tetap bersekolah di sekolah arus perdana bersama rakan-rakan sebaya.
Hadir menyampaikan sumbangan Ustaz Azri bin Esa, Amin Baitulmal MAINJ Kota Tinggi. Borang permohonan bantuan telah diserahkan bagi tindakan lanjut untuk memastikan adik Shairid Hadif mendapat sokongan yang sewajarnya.
Semoga bantuan ini dapat meringankan beban dan memberi inspirasi kepada kita semua tentang erti ketabahan dan semangat juang.
#MainjPrihatin
#terimakasihpembayarzakat
https://www.facebook.com/share/p/1D6aDeWnbZ/?mibextid=wwXIfr

Kami ziarah ke rumah Encik Khairul Nizam, yang kini menumpang di rumah mertua selepas mengalami kemalangan jalan raya dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Singapura. Beliau dirawat di hospital di Singapura selama tiga minggu dengan kos ditanggung oleh majikan.
Akibat kemalangan tersebut, beliau mengalami kecederaan serius, termasuk pemasangan plat pada pinggul, patah buku lali, serta pecah usus. Kini, beliau bergantung kepada stoma bag dan beg takungan najis serta tidak dapat bergerak sejak insiden berlaku.
Isteri beliau turut menghadapi masalah kesihatan, iaitu kegagalan buah pinggang tahap dua. Ziarah turut disertai oleh amil agihan kawasan bagi menyampaikan sumbangan segera serta memberi panduan mengenai proses permohonan bantuan bulanan untuk keperluan perubatan. Bantu sama-sama doakan ya 🤲
#MainjPrihatin
#terimakasihpembayarzakat
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02w3QkQ3hMS19R4cu6NgwLJRrU9RpWthmPwvtu5nKih2e6NwZPiYGhBYAJCt7aFV6xl&id=100069372932460&mibextid=wwXIfr

Edaran risalah zakat & wakaf di Pasar Pagi semalam. Terima kasih warga Parit Sulong, semua ramah-ramah ☺️
#MainjPrihatin
https://www.facebook.com/share/p/18uVPyjuwx/?mibextid=wwXIfr

"Alhamdulillah, program perkongsian zakat bersama Johor Corporation (JCorp) dan anak syarikat"
Dalam sesi ini, kami berkongsi kepentingan pengurusan zakat perniagaan yang sistematik serta kemudahan potongan gaji kakitangan sebagai kaedah mudah untuk menunaikan zakat. Ini bukan sekadar tanggungjawab, tetapi juga satu peluang untuk menyucikan harta dan menyemai keberkatan dalam perniagaan serta kehidupan.
Kami menghargai komitmen JCorp dan anak syarikat dalam memastikan zakat terus menjadi salah satu instrumen pembangunan ummah. Semoga kesedaran ini terus berkembang dan lebih ramai majikan serta pekerja mengambil langkah proaktif dalam menunaikan zakat.
Majlis disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim, bersama Tuan Haji Mohd Azmi bin Hitam, Ketua Pegawai Tadbir Urus Johor Corporation, selaku wakil rasmi JCorp dan anak syarikat. Turut hadir, Ahli-Ahli Majlis Agama Islam Negeri Johor.
Semoga usaha ini terus menyemarakkan kesedaran tentang kepentingan zakat dan memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan.
#terimakasihpembayarzakat
https://www.facebook.com/share/v/1BuRzVGCLE/?mibextid=wwXIfr

Facebook
Log in or sign up to view
See posts, photos and more on Facebook.
Sumbangan Peralatan Asas untuk Pelajar Kolej Komuniti Bandar Penawar Terjejas Banjir
Seramai 27 pelajar yang menyewa di Jalan Balau terjejas akibat bencana banjir yang melanda pada 5 Februari 2025. Insiden ini menyebabkan kerosakan teruk terhadap peralatan asas di rumah sewa mereka.
Sebagai tanda keprihatinan, kami telah menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban mereka. Antara peralatan asas yang diberikan termasuk:
✔ Tilam
✔ Bantal
✔ Rak pinggan
✔ Almari
✔ Periuk nasi
✔ Cerek elektrik
✔ Printer
✔ Set pinggan mangkuk
✔ Set kit mandian
✔ Set kit solat
Semoga bantuan ini dapat membantu para pelajar meneruskan kehidupan dengan lebih selesa. Terima kasih kepada semua pihak yang turut serta dalam usaha ini.
#terimakasihpembayarzakat
https://www.facebook.com/share/p/16A1fCQBji/?mibextid=wwXIfr

"SIDANG MEDIA PENETAPAN KADAR ZAKAT FITRAH 1446H/2025M NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM"
#MainjPrihatin
#100tahunmainj
https://www.facebook.com/share/v/1EH7gja57t/?mibextid=wwXIfr
#MainjPrihatin
#100tahunmainj
https://www.facebook.com/share/v/1EH7gja57t/?mibextid=wwXIfr
Facebook
Log in or sign up to view
See posts, photos and more on Facebook.
KETETAPAN KADAR ZAKAT FITRAH TAHUN 1446H / 2025M
Majlis Agama Islam Negeri Johor telah menetapkan kadar Zakat Fitrah bagi Tahun 1446H/2025M seperti berikut ;
🔴 Kadar Zakat Fitrah
1. RM 7.00 – Bagi umat Islam yang menjadikan beras tempatan sebagai makanan harian seperti super special tempatan dan beras hancur.
2. RM 12.00 – Bagi umat Islam yang menjadikan beras import sebagai makanan harian seperti beras putih import dari Thailand, Pakistan, dan Vietnam.
3. RM 20.00 – Bagi umat Islam yang menjadikan beras basmathi, super wangi, atau ponnies sebagai makanan harian.
#MainjPrihatin
#mainj100tahun
https://www.facebook.com/share/p/15qigUxwQ1/?mibextid=wwXIfr

Alhamdulillah, kami bawa 50 keluarga asnaf berbelanja keperluan dapur di Benut Pontian melalui program Dapur Asnaf. Inisiatif ini bukan sekadar bantuan, tetapi juga simbol kebersamaan dalam memastikan golongan yang memerlukan dapat menikmati kehidupan yang lebih baik.
Semoga rezeki yang dikongsi ini menjadi asbab keberkatan untuk semua. Terima kasih kepada para penyumbang dan mereka yang terlibat dalam menjayakan usaha murni ini.
#MainjPrihatin
#dapurasnaf
#mainj100tahun
https://www.facebook.com/share/p/15kvjGT1G8/?mibextid=wwXIfr

Penyerahan Bantuan Rumah MAINJ di Kampung Sungai Mengkuang
MAINJ, bersama wakil Pejabat Daerah dan Penghulu Mukim Penyabong Mersing, telah menyerahkan bantuan rumah kepada penerima di Kampung Sungai Mengkuang.
Inisiatif ini bukan sekadar menyediakan tempat berteduh, tetapi juga memastikan golongan asnaf menikmati kehidupan yang lebih selesa. MAINJ komited untuk terus memperkasakan kebajikan rakyat melalui agihan zakat yang telus dan berkesan.
Bantuan diserah oleh Amin Baitulmal MAINJ Daerah Mersing, Ustaz Shafiq Said.
#MainjPrihatin
#terimakasihpembayarzakat
#mainj100tahun
https://www.facebook.com/share/p/1681t5Goxr/?mibextid=wwXIfr

Sehari sebelum Ramadan, kami bawa 50 keluarga asnaf dari Daerah Kulai untuk membeli keperluan dapur. Alhamdulillah, inisiatif ini sedikit sebanyak meringankan beban mereka dalam menyambut Ramadan.
#dapurasnaf
#mainj100tahun
#bayarzakatfitrahawaltau
https://www.facebook.com/share/p/1A7vz92YEW/?mibextid=wwXIfr

"MAINJ & IJN Terus Perkukuh Kerjasama Demi Kebajikan Ummah"
Perjumpaan bersama wakil Institut Jantung Negara (IJN) hari ini menjadi medan perbincangan penting antara MAINJ dan IJN bagi menyambung kerjasama strategik melalui pemeteraian MOU baharu bagi tempoh 2025–2029.
Selain pembentangan laporan perbelanjaan tajaan rawatan, pertemuan ini turut membincangkan cadangan penambahbaikan Skim Bantuan Rawatan IJN agar lebih menyeluruh dan efektif, khususnya untuk golongan asnaf di Negeri Johor.
Sejak tahun 2017, seramai 1,123 orang pesakit telah menerima manfaat dengan jumlah keseluruhan bantuan sebanyak RM5.6 juta. Bagi tahun 2025 sahaja, sebanyak RM442,300 telah dibelanjakan bagi membantu 80 orang pesakit dari Negeri Johor.
Semoga kerjasama ini terus menjadi jalan ihsan buat mereka yang memerlukan, demi kesejahteraan ummah.
#MainjPrihatin
#mainj100tahun
#terimakasihpmbayarzakat
https://www.facebook.com/share/p/1C6GdYq2Th/?mibextid=wwXIfr