Majlis Agama Islam Johor
1.14K subscribers
2.14K photos
118 videos
1 file
1.74K links
Download Telegram
Pembentangan pencapaian MAINJ tahun 2016 dan juga sasaran kerja tahun 2017 kepada YAB Menteri Besar Johor.
Ziarah keluarga En Rosli bin Sharif di Kg Sawah Ring Tangkak.

9 Februari 2017 - Amil Agihan Zakat Kawasan Tangkak berkesempatan menziarahi keluarga En Rosli bin Sharif di Kg Sawah Ring Tangkak. Ibunya telah uzur manakala ayahnya juga uzur dan menghadapai masalah pernafasan. Alat bantuan pernafasan telah dibantu sebelum ini.

Bantuan saraan untuk kedua ibu bapanya seperti pembelian lampin dan perubatan akan dibantu oleh MAINJ. Sumbangan segera barangan makanan, 2 buah katil berserta tilam turut disampaikan untuk keperluan ibu bapanya.

sumber WANG ZAKAT

BERBAGI itu indah & TIDAK pernah rugi
TUNAIKANLAH ZAKAT ANDA
Majlis Agama Islam Johor
https://t.me/MainjZakat
tn2 pn2
Boleh share link diatas kepada sahabat2 yg lain ☺️
Jejak asnaf warga tua dan uzur sekitar Tangkak

MAINJ Daerah Tangkak bersama Amil Agihan Zakat dan kepimpinan masyarakat mengadakan ziarah bagi melihat keperluan seterusnya menyampaikan sumbangan kepada 5 warga tua dan uzur di sekitar Kg Simpang 5 Pekan dan Kg Meranti Sundai.

sumber WANG زكاة

BERBAGI itu indah & TIDAK pernah rugi
TUNAIKANLAH زكاة ANDA
Usaha membantu En Sabarruddin bin Katimin di Kg. Bukit Rimau Sri Medan Batu Pahat.

13 Februari 2017 - MAINJ Daerah Batu Pahat bersama Ketua Kampung Bukit Rimau meneruskan usaha membantu En Sabarruddin bin Katimin yang tinggal di kebun dengan kediaman yang sangat daif dan uzur. Beliau tinggal bersama isterinya yang berstatus bukan warganegara sejak 2 tahun selepas.

En Sabarruddin adalah penerima bantuan sara hidup MAINJ. Usaha yang dilakukan kini adalah memujuk beliau berpindah ke kediaman yang lebih selesa dan Ketua Kampung juga bersetuju untuk membenarkan beliau membina kadiaman di atas tanahnya. Semoga usaha yang dilakukan akan berhasil.
Penyerahan Bantuan Awal Tahun Persekolahan bagi Parlimen Pagoh Sempena Lawatan Y.A.B Menteri Besar Johor ke Parlimen Pagoh - RM485,386.00

sumber wang زكاة

BERBAGI itu indah & TIDAK pernah rugi
TUNAIKANLAH زكاة ANDA