Makcik Ros setuju pindah ke rumah sewa yang baru.
28 Jun 2017 - Makcik Ros atau nama sebenarnya Marlia bt Saeman dari Kg Parit Raja Batu Pahat telah dipindahkan ke rumah sewa yang baru di kampung yang sama untuk kemudahan yang lebih selamat dan selesa. Terima kasih kepada Yang DiPertua Majlis Daerah Yong Peng dapat menyediakan rumah sewa yang baru dan sewaan bulanan termasuk bayaran bil elektrik dan air akan di tanggung oleh MAINJ.
Rumah sewa sedia ada yang telah terlalu uzur juga akan dirobohkan untuk mengelakkan ia diduduki semula. Terima kasih kepada semua yang terlibat terutama Ketua Kampung Tn Majdan Jamain dan Ahli Jawatankuasa yang telah banyak membantu keluarga ini sebelum ini. Tidak semua boleh diceritakan di sini. Semoga keluarga ini dapat kehidupan yang lebih baik.

Ziarah keluarga En Sapie Kamisan di Parit Bagan Laut Batu Pahat
4 Julai 2017 - Menziarahi keluarga En. Sapie Bin Kamisan di Parit Gantung Laut, mk. 5 Batu Pahat.
Sewaktu ziarah dilakukan, penama tiada dirumah kerana menerima rawatan susulan di klinik kesihatan berhampiran.
Pemohon adalah penerima bantuan sara hidup MAINJ sejak Januari 2016 sebanyak RM300.00 sebulan. JKM juga membantu RM150.00 sebulan. Pihak yang menjanjikan bantuan baik pulih bukan MAINJ tetapi pihak NGO. Namun begitu MAINJ Batu Pahat telah pun menziarahi semula dan akan membantu keperluannya. Terima kasih atas pandangan tuan-tuan yang budiman.

Pengorbanan kakak menjaga 6 adik beradik di Pontian.
9 Julai 2017 - MAINJ Pontian hari ini menyampaikan sumbangan kepada keluarga Puan Zanilawati binti Mohd Noor 41 tahun di Flat Api Pontian. Beliau bertanggungjawab menjaga 6 orang adiknya selepas ibu mereka meninggal dunia dan ayahnya dalam tahanan. Beliau tidak dapat bekerja kerana perlu menjaga keperluan 6 adiknya yang masih kecil dan bersekolah.

ZAKAT
Zakat. Ia untuk asnaf. Maka mereka perlu bukti penerima adalah asnaf.
Zakat. Ia akan diaudit. Jika transaksi berlaku tanpa bukti, dan kelihatan penerima adalah yang tak layak. Bukankah nanti keputusan audit zakat akan buruk? Bila buruk, bukankah kita juga yang akan kutuk pusat zakat kata tak profesional etc.
Kita melihat pada konteks yang kecil, yang kita nampak depan mata kita sahaja. Kita rasa orang depan mata kita itu sudah cukup susah.
Sedangkan bila kita di atas, kita melihat konteks yang lebih besar.
Asnaf zakat ada 8. Salah satunya fakir dan miskin. Dalam keadaan ramai fakir dan miskin memohon. Mahu atau tidak, prioriti terpaksa diberikan kepada yang lebih memerlukan. Nak tak nak, akan ada permohonan yang ditolak
Menurut mazhab Syafie pula, duit zakat itu perlu diagihkan kepada semua asnaf. Maka mahu atau tidak, tidaklah boleh semua kutipan zakat diagihkan pada fakir miskin sahaja. Perlu juga pada asnaf yang lain.
1/8 duit zakat untuk asnaf amil, bukanlah 100% sampai kepada amil. Jika mereka dapat 100% dah lama mereka kaya. Duit bahagian amil itulah yang diguna untuk kos-kos pengurusan.
Ya, jika ada kelemahan perlu diperbaiki. Cuma, biarlah kritikan kita berdasarkan fakta dan kita tahu situasi sebenar. Had kifayah ditetapkan agar duit itu sampai kepada mereka yang patut diberi keutamaan.
Kepada yang kempen untuk bayar zakat pada asnaf sendiri. Teruskan jika anda yakin itu langkah yang baik. Tetapi jangan melenting bila kutipan zakat semakin kurang disebabkan ramai mahu bayar pada asnaf sendiri, maka makin ramai pelajar tak dapat biasiswa bentuk zakat, makin ramai orang miskin tak dapat zakat. Ketika itu, kita fikirlah, kita yang berkata itu ini mampu kah mahu melakukan semua itu.

Penyerahan bantuan segera kebakaran kepada pemilik kedai makan di Telok Wawasan Kg Pt Hj Salam Simpang Lima Batu Pahat.
Meraikan Warga Tua di Nur Ehsan.
- RM260,000 sumbangan MAINJ setahun untuk keperluan mereka.
16 Julai 2017 - Sempena Hari Raya yang masih berlangsung ini, Pasukan Briged Ansar MAINJ hari ini berziarah ke Rumah Warga Tua Nur Ehsan Kempas Johor Bahru bagi menyampaikan sumbangan dan juga beramah mesra dengan lebih 100 penghuni Nur Ehsan.
Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Tn Hj Md Rofiki bin Dato' Hj A Shamsudin turut bersama memeriahkan sambutan dan beramah mesra dengan mereka. Sesungguhnya usaha murni yang dilaksanakan oleh warga pengurusan Nur Ehsan tidak dapat dinilai dengan wang ringgit demi melaksanakan fardhu kifayah dan menyelamatkan maruah dan aqidah golongan tua yang ditempatkan di pusat jagaan bukan Islam sebelum ini.

Bantu pesakit kanser di Kota Tinggi.
25 Julai 2017 - MAINJ Kota Tinggi menziarahi En Mohamad Noor bin Shafiee di Kg Makam Kota Tinggi yang mengidap kanser usus. Sumbangan segera RM1,000.00 disampaikan untuk keperluan sementara beliau dan bantuan perubatan bulanan akan segera diproses untuk keperluan perubatannya.
Terima kasih sahabat FB MAINJ yang memberi info keadaan beliau.

Sampaikan sumbangan kebakaran di Kg Skudai Kiri.
25 Julai 2017 - MAINJ Johor Bahru menyampaikan sumbangan segera kepada 3 mangsa kebakaran di Kampung Skudai Kiri Johor Bahru.

*WANG TIDAK DITUNTUT*
Dah check. ADA! Once duit dah masuk akaun, perkara pertama kena buat, bayar *ZAKAT SIMPANAN.* Tak banyak. 2.5% je dari jumlah duit yang kita dapat tu. Mana tau, zakat WTD ni asbab utk kita dapat rezeki berkat yang lebih banyak lagi. Kita tak tau kan? *JANJI ALLAH ITU PASTI.*
*Baca lanjut di:*
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1131055296994535&substory_index=0&id=814059238694144