Magnet Rezeki Ke Syurga🕋
251 subscribers
3.12K photos
205 videos
30 files
3.5K links
Penyucian HATI membawa ke SYURGA

"Menuntut ILMU adalah TAKWA,
Menyampaikan ILMU adalah IBADAH,
Mengulang ILMU adalah ZIKIR,
Mencari ILMU adalah JIHAD."

( Imam Al - Ghazali )

http://www.wasap.my/60176807426/NAKFTR
Download Telegram
Hikmah Berselawat ke atas Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

1) Berasa lebih mencintai Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

2) Menjadi zakat dan pembersih diri.

3) Menjadikan sebab doa diterima oleh ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala.

4) Menjadi sedekah bagi yang tidak mampu bersedekah.

5) Para malaikat memberi jaminan keistimewaan masing masing.

6) Ganjaran yang diberikan bukan saja di dunia, malah di akhirat.

7) Menyedari betapa besarnya pahala orang yang berdoa dan berselawat ke atas Nabi.

8) Sebagai mengenang semula budi dan jasa baik Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang sentiasa berusaha mengajak manusia ke arah kebaikan, walaupun Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam sudah wafat.

Wallahu A'lam.

ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻟِﻪِ ﻭَﺻَﺤْﺒِﻪِ ﻭَﺳﻠِّﻢ

#islamituindah
#kongsibersama
🕋 t.me/MagnetRezekiKeSyurga
"Rehatkan dirimu atau fikiranmu daripada kerisauan mengatur hajat keperluan dunia. Kerana apa yang sudah dijamin itu, tidak usah engkau terlalu sibuk memikirkannya."

(Imam Ibn Athaillah As-Sakandari رحمه الله تعالى)

#islamituindah
#kongsibersama
🕋 t.me/MagnetRezekiKeSyurga
Kita tidak akan tahu
Betapa bernilainya
Dan berapa penting nya
Sebuah PAYUNG
Sehingga la hujan turun,

Kita semua tahu
Bahwa sediakan payung sebelum hujan
Kita tahu itu,

Tapi,
Agak malang,
Berapa ramai di antara kita hanya akan
Mencari payung setelah hujan turun.

Saat hujan tak turun
Payung itu tak berharga pun
Kadang kita biarkan saja di situ,

Kita MANUSIA memang ada perangai
Seperti itu,

Saat kita perlu baru cari,
Tak perlu tak peduli ada ke tak adew ke
Sama saja.

Seperti saya hari ini.

Jari saya tercucuk oleh duri
Agaknya semalam saat mencabut rumput
Di tepi pokok sayur tanaman

Bila kena tercucuk pun tak perasan

Dia kena betul-betul di tempat yang
Boleh lurus dan melengkung tu

SAKIT nya Ya Allah

Selama ini demi Allah
Saya tak pernah ucapkan betapa
Bersyukur nya Saya sebab jari tak sakit
Boleh lurus boleh melengkung
Bila² masa yang saya nak

Sehingga hari ini
Allah datangkan duri itu
Dan sakit itu
Barulah saya tahu selama ini
Begitu berharga Nikmat itu

Begitu kita MANUSIA
Tak akan tahu betapa bernilainya
Sesuatu itu sehingga la
Allah tarik nikmat sesuatu itu.

Semoga kita semua sentiasa
Mengajar diri sendiri
Agar sentiasa bersyukur dengan
Sekecil-kecil Nikmat yang
Allah SWT Anugerahkan

Semua nikmat yang ada ini
Sangat la mudah bagi Allah
Nak memberi ataupun
Mengambil nikmat itu

Akhir kata sentiasa bersyukur
Dengan apa yang ada di depan mata
Ataupun yang kita miliki

Sebab yang ada depan mata
Dan kita miliki itu
Belum tentu MANUSIA yang
Lain ADA

#alwaysBackToAllah
#islamituindah
#kongsibersama
🕋 t.me/MagnetRezekiKeSyurga
ASSALAMUALAIKUM WBT.

"TAKBIRATUL IHRAM SELEPAS IMAM."

● Seorang makmum wajib memulakan "TAKBIRRATUL IHRAM" setelah imam melafazkannya dengan sempurna.

● Apabila makmum bertakbiratul ihram bersama dengan imam atau menyertai imam pada sebahagian bacaan "TAKBIRATUL IHRAM" ataupun mengucapkannya sebelum imam selesai mengucapkan "TAKBIRRATUL IHRAM."

● Maka solatnya tidak sah. Apabila makmum melakukan perbuatan itu bererti dia mengikuti orang yang bukan sedang menunaikan solat.

● Kerana seorang imam belum disebut sedang menunaikan solat kecuali apabila imam telah selesai mengucapkan.

"ALLAHU AKBAR"

#SALAMMAGHRIB
#islamituindah
🕋 t.me/MagnetRezekiKeSyurga
TIGA AMALAN PERNIAGAAN YANG BUAT REZEKI BERKAT DAN MENCURAH-CURAH
.
.
Perkongsian ilmu istimewa ini Hajar kutip dari video Ustaz Ebit Lew dalam satu sharing beliau.. Allahu, begitu sayu sekali perkongsian dari Ustaz.. Rupa-rupanya inilah amalan yang kita dah tahu, tapi tak buat.. ruginya kita selama ni.. 😓😓
.
.
# 1. NIAT BERNIAGA KERANA ALLAH

Kata ustaz, pernah ditanya pada seorang sahabat beliau ni..

' Kenapa nak bisnes lagi.. kan dah ada banyak duit, semua pun cukup lengkap.. apa lagi yang nak dicari?

Lalu sahabat ini menjawab,

' Ustaz, saya buat bisnes ni kerana Allah Ustaz.. saya nak ambik sunnah Nabi saw.. Saya niat dalam hati bila Allah beri saya untung, saya nak sedekah dan zakat sebanyak-banyaknya..nak bantu ummat dan agama Islam.. Saya rasa bahagia Ustaz..'

' Apa lagi yang saya boleh buat untuk agama saya Ustaz? Cuma ini yang saya mampu.. Nak berperang fisabilillah, belum tahu mampu ke tak..'
.
.
#2. JAGA SOLAT

Janji Allah SWT pada yang menjaga solat :

- Dikurniakan REZEKI yang BERKAT

- Terlepas dari seksaan KUBUR

- Akan terima buku catatan amalan dengan tangan KANAN

- Melintas di titian Sirat sepantas KILAT

- Masuk SYURGA tanpa HISAB
.
.
Pesan Ustaz lagi, jangan tinggal solat Dhuha dan solat Tahajjud.. Sebab Allah janjikan rezeki yang tak disangka-sangka pada orang yang tunaikan solat2 sunat ni.. Solat Dhuha, tanda syukur kita pada Allah..
.
.
#3. SAYANGI KELUARGA

Niatlah kita berniaga sebab nak tunaikan amanah yang Allah beri.. iaitu nak cari nafkah yang berkat dan halal untuk keluarga.. Supaya kita tak meminta-minta pada orang lain..
.
Pegang AMANAH Allah ni erat2, buat apapun sebab Allah yang suruh, supaya Allah sayang.. Jaga dan sayangi isteri dan anak2.. mak ayah, adik beradik dan sahabat2 pun kerana Allah..
.
Allah kata, siapa yang buat keluarga dan mak ayahnya gembira, Allah akan berikan kegembiraan buat dia di akhirat.. Ingat, jika kebaikan yang kita beri, kebaikan juga yang Allah pulangkan pada kita nanti..
.
Perkongsian Ustaz Ebit Lew
.
.
++
.
Sahabatku, ini jugalah yang FTR cuba sampaikan.. Nak kita semua sama-sama buat apa sahaja supaya Allah sayang.. jaga NIAT.. jaga SOLAT, jaga SILATURRAHIM.. Maka Allah perbaiki HIDUP dan REZEKI, Insyaa Allah.
.
" Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kau dustakan? ”
.
Kredit: HajarAbdullah

#alwaysBackToAllah
#islamituindah
#peringatanbersama
🕋 t.me/MagnetRezekiKeSyurga
Perasan atau tidak, apabila menjelangnya waktu subuh, kepala kita akan terasa berat.
.
Mata pula bagaikan ‘digam-gam’ seolah-olah sukar hendak celik.
.
Badan pula terasa malas hendak bangun dan meninggalkan bantal dan selimut.
.
Barangkali situasi itu pernah berlaku pada diri kita.
.
Ya, itulah ‘ikatan’ syaitan yang cuba menghasut manusia supaya tidak bangun awal pagi dan solat Subuh.
.
Namun, kita sebagai hamba-NYA perlu melawan segala belenggu itu untuk menunaikan kewajipan kepada Sang Pencipta.
.
Mereka yang berjaya berbuat demikian layak digelar sebagai ‘pejuang subuh’.
.
Sebenarnya, bangun awal pagi bukan sahaja untuk memudahkan segala urusan kerja dan rutin harian kita.
.
Malah ia dituntut dalam agama Islam.
.
Rahmat Allah SWT dan keberkatan pagi akan turun buat hamba-NYA yang bangun awal pagi.
.
Jadi , kalau nak kan rezeki yang melimpah ruah daripada Allah tunaikan lah hak hak Allah dahulu 😊
.
InshaaAllah jika kita utamakan hak hak Allah , Allah akan beri lebih dari yang kita sangka kan.
.
Semoga bermanfaat buat semua !

#islamituindah
#peringatanbersama
🕋 t.me/MagnetRezekiKeSyurga
"TIGA TANDA SYUKUR."

1️⃣ Syukur dengan HATI.
HATI sentiasa ingat kepada ALLAH diatas segala KURNIAAN NIKMATNYA.

2️⃣ SYUKUR dengan LIDAH
BERZIKIR memuji ALLAH SWT.

3️⃣ SYUKUR dengan perbuatan
BERSEDEKAH dan melakukan AMAL SOLEH.

Semoga kita tergolong menjadi HAMBA-NYA yang sentiasa BERSYUKUR.

#islamituindah
#alwaysbacktoAllah
🕋 t.me/MagnetRezekiKeSyurga
ASSALAMU'ALAIKUM WBT.
#RENUNGANMAGHRIB...

"TUA ITU ANUGERAH."

🧙‍♂️ JANGAN TAKUT DAN GELISAH menjadi TUA karena TUA itu SUATU KEPASTIAN.

🧙‍♂️ JANGAN KHUATIR MENJADI TUA Kerana TUA itu bukan HUKUMAN.

🧙‍♂️ BERBAHAGIALAH MENJADI TUA Kerana TUA itu ANUGERAH terindah dari TUHAN.

🧙‍♂️ BERSYUKURLAH KITA MERASAKAN TUA, kerana mereka yang MATI MUDA tidak merasakan HARI TUA.

🧙‍♂️ BERSYUKURLAH KITA MERASAKAN TUA Kerana kita diberikan kesempatan untuk BERTAUBAT dan banyak MEMBAWA BEKAL.

🧙‍♂️ BERSYUKURLAH KITA MERASAKAN TUA Kerana banyak WAKTU untuk merasakan kebersamaan dengan KELUARGA. dengan sesama SAHABAT. dengan ALAM, bahkan kebersamaan dengan ALLAH SWT....

🧙‍♂️ FIZIKAL BOLEH JADI Sudah RENTA, tapi SEMANGAT. IDEA. PEMIKIRAN. KARYA. karya* dan CITA-CITA tak pernah MENJADI TUA.

🧙‍♂️ Selama masih diberikan kesempatan melihat MATAHARI dan menghirup UDARA SEGAR DI PAGI HARI, dan merasakan DINGINNYA MALAM.

🧙‍♂️ MENJADI TUA dan MATI adalah suatu KEPASTIAN.

🧙‍♂️ BERANI menghadapinya dengan IKHLAS dengan melakukan HAL TERPUJI dan BERMANFAAT bagi DIRI. KELUARGA. SAHABAT serta MASYARAKAT adalah sebuah tindakan AKHLAK MULIA YANG BIJAKSANA.

🧙‍♂️ ALHAMDULILLAH...

BERSAMA kita nikmati UMUR KURNIA ALLAH SWT.

WALLAHUALAM...
#islamituindah
#peringatanbersama
🕋 t.me/MagnetRezekiKeSyurga
"Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arasy yang agung"

( QS At Taubah : 129 )

#islamituindah
🕋 t.me/MagnetRezekiKeSyurga
Hikmah Berselawat ke atas Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

1) Berasa lebih mencintai Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

2) Menjadi zakat dan pembersih diri.

3) Menjadikan sebab doa diterima oleh ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala.

4) Menjadi sedekah bagi yang tidak mampu bersedekah.

5) Para malaikat memberi jaminan keistimewaan masing masing.

6) Ganjaran yang diberikan bukan saja di dunia, malah di akhirat.

7) Menyedari betapa besarnya pahala orang yang berdoa dan berselawat ke atas Nabi.

8) Sebagai mengenang semula budi dan jasa baik Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang sentiasa berusaha mengajak manusia ke arah kebaikan, walaupun Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam sudah wafat.

Wallahu A'lam.

ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻟِﻪِ ﻭَﺻَﺤْﺒِﻪِ ﻭَﺳﻠِّﻢ

#islamituindah
🕋 t.me/MagnetRezekiKeSyurga
Kebahagiaan itu bermula dari dalam diri. Bukan dari luar diri, bukan dari barangan, bukan dari orang lain. Tapi dari dalam diri kita sendiri. Kalau dalam diri kita sentiasa tenang dan bahagia, pergilah ke mana pun, datanglah apa jua dugaan dan ujian pun, kita akan sentiasa tenang dan bahagia.

#islamituindah
#dakwahuntuksemua
#kongsibersama
🕋 t.me/MagnetRezekiKeSyurga
KENAPA KAMU DIAM?

Kenapa kamu diam? Apabila kamu di dalam kereta, atau berjalan-jalan, atau berada di pasar, atau ketika di pejabat atau di mana-mana sahaja.

Kenapa kamu diam? Sedangkan setiap detik daripada umur kamu itu dihisab oleh Allah.

Ucaplah Istighfar, bacalah Al-Quran. Jika kamu tidak hafal, maka bacalah dan ulanglah Al-Fatihah seribu atau dua ribu kali nescaya ia takkan memudharatkanmu bahkan ia memberi manfaat.

Kenapa kamu diam? Beristighfarlah, bertahlillah (sebut لا ٳله ٳلا الله). Bila kamu berhenti di lampu isyarat sambil menanti lampu hijau, kenapa kamu diam? Beristighfarlah, atau bertasbihlah,bertahmidlah..Bacalah, Ulanglah...

Kenapa kamu diam???

#IslamItuIndah
#mogaAllahredha
🕋 t.me/MagnetRezekiKeSyurga
Didik hati utk sentiasa mendoakan rezeki orang lain. Janganlah kita cemburu lalu iri hati.
.
Sebab.. Tak ada pun yg akan kita dapat melainkan sakit hati.
.
Tak apa kalau dia pandai dari kita, Tak apa kalau dia kaya dari kita, tak apa kalau dia hebat itu ini. Tak apa kalau dia kahwin awal, tak apa kalau dia anak ramai. Kita doakan sahaja supaya rezeki dia dirahmati.
.
Kita pula? Berasa cukup dengan apa yg ada itulah satu rezeki & nikmat. Insya Allah, rezeki kita akan tiba.❤️
.
MasyaAllah, tabarakallah. Hati yg sentiasa bersyukur & mendoakan orang lain sangat berharga.

#IslamItuIndah
🕋 t.me/MagnetRezekiKeSyurga
18 Rejab 1442H
2hb/3/2021 Selasa
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد
*NILAI SOLAT SUNAT DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH*
Rasulullah SAW bersabda: Dua rakaat sunat fajar (yakni sebelum solat fajar/subuh) adalah lebih baik nilainya daripada dunia dan apa saja yang ada di dalamnya ( yakni dunia dan seisinya).
HR-Muslim.

#islamituIndah
#sharingseminit
🕋 t.me/MagnetRezekiKeSyurga
"Kekayaan itu hakikatnya bermula daripada hati, bukanlah bermula dengan sebanyak mana harta yang kita ada. Ketenangan itu adalah apabila kita mula berasa syukur terhadap apa yang kita ada, bukan dengan kita dapat segala isi dunia"

#islamituindah
#sharingseminit
🕋 t.me/MagnetRezekiKeSyurga
Tanda-tanda Allah Mencintai Kamu

Jika Allah memberi kepadamu Agama dan Hidayah, Ketahuilah Allah mencintai kamu.

Jika Allah menguji kamu dengan musibah, ditimpa bala-bencana dan permasalahan, Ketahuilah Allah mencintai kamu, Allah ingin mendengar suara rintihan mu di dalam doa.

Jika Allah hanya memberi sedikit padamu.. ketahuilah Allah akan memberi kamu lebih banyak di Akhirat kelak.

Jika Allah memberi kamu sifat Redha supaya kamu meredhainya ketahuilah Allah mencintaimu, sesungguhnya Allah akan memberi kepadamu secantik-cantik nikmat.

Jika memberi kepadamu sifat sabar, sesungguhnya Allah mencintaimu dan kamu adalah diantara orang yang telah berjaya.

Jika Allah memberi padamu sifat Ikhlas didalam hati, ketahuilah Allah mencintaimu, sesungguhnya Allah menghendakki kamu Ikhlas hanya padaNya.

Jika Allah memberi padamu sifat duka, ketahuilah Allah mencintaimu dan sentiasa menunggumu ucapan Puji dan Syukur dari bibirmu.

Jika Allah memberi kekecewaan padamu, ketahuilah Allah mencintaimu dan Allah ingin menguji keimananmu..

Jika Allah memberimu harta, ketahuilah Allah mencintamu dan menghendakki kamu tidak bersifat bakhil kepada orang fakir.

Jika Allah memberi kemiskinan kepadamu, ketahuilah Allah mencintaimu dan akan memberi kepadamu sesuatu yang lebih berharga daripada harta kekayaan.

Jika Allah memberi kepadamu Lidah dan Hati, ketahuilah Allah mencintaimu, maka gunakanlah kedua-dua kepada jalan kebaikkan.

Jika Allah memberi kepadamu solat, puasa, Al-Quran dan berjaga malam, ketahuilah Allah mencintai kamu, maka janganlah kamu melengah-lengahkanya, percepatkanlah tunaikanlah ianya dengan sempurna.

Jika Allah menganugerahkan ISLAM kepadamu, ketahuilah Allah mencintaimu
Sesungguhnya Allah mencintaimu

#islamituindah
🕋 t.me/MagnetRezekiKeSyurga
Jika kita jaga SOLAT, Allah pasti jaga hidup kita.
Itu janji Allah yang pasti.

Percayalah....

Kalau nak berubah kepada yang lebih BAIK , perbaiki SOLAT dulu, Selalu lah ajak keluarga, sahabat, anak-anak berjemaah diawal waktu....

Kalau nak berjaya jaga solat, kalau nak bahagia jaga solat kerana perkara- perkara yang akan ditanya oleh ALLAH SWT adalah SOLAT. Ingat salah satu dari solat kita akan menjadi solat terakhir dalam hidup kita... Dan saat kita menunaikannya solat... Pasti akan berpisah dengan dunia.

Maka jagalah solatmu, perbaiki seluruhnya, kerana kita tak tahu manakah diantara solat-solat kita itu yang akan menjadi solat terakhir..

"Sesungguhnya BERJAYALAH orang-orang yg beriman. Iaitu mereka yg KHUSYUK dalam SOLAT yang mereka lakukan" - (Al-Mu'minuun:1-2)

"Jagalah solatmu, ketika kau kehilangannya maka kau telah kehilangan segalanya."
( Sayyidina Umar bin Khattab ra.)

#islamituindah
#sharingseminit
🕋 t.me/MagnetRezekiKeSyurga
Amalkan doa tersebut untuk menghindari diri kita daripada seksa neraka jahannam, kubur,fitnah kehidupan & kematian serta fitnah dajjal.

Amalkan antara waktu selepas bacaan tahiyat akhir sebelum beri salam pertama dalam solat.

Semoga bermanfaat pesanan yang disampaikan.

#islamituindah
#sharingseminit
🕋 t.me/MagnetRezekiKeSyurga
Bismilahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuhu.
1️⃣5️⃣ Muharam 1443H
2️⃣4️⃣ Ogos 2021 Selasa
Zikir harian Imam Ghazali
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمَ
Allahuma Solli'ala Sayyidina Muhammadin Wa'ala Ali Sayyidina Muhammadin Wasohbihi Wasallim.
لا إلهَ إلاّ اللّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِين
La Ilaha Illallah Al Malikul Haqqul Mubin.
Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Allah Yang Maha Benar lagi Maha Nyata.

SubhanAllah
Walhamdulillah
WalailahaillAllah
Wallahuakbar.
بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
“Bismillahilladzi La Yadhurru Ma’asmihi Syai’un fil Ardhi wa Laa fis Sama’i wa Huwas Sami’ul ‘Alim.”

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ
"Alhamdulillahil ladzi ahyana ba'da ma amatana wailaihin nusyur"....
Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami dan kepadaNya kami dikembalikan.....

#islamituindah
#sharingseminit
🕋 t.me/MagnetRezekiKeSyurga
Bismilahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuhu.
1️⃣8️⃣ Muharam 1443H
2️⃣7️⃣ Ogos 2021
*Jumaah Mubarak Sayyidul Ayyam*
Zikir harian Imam Ghazali
يَا الله
YA ALLAH
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Allahumma Sholli'ala Sayyidina Muhammad Wa'ala Ali Sayyidina Muhammad.
Rasulullah ﷺ bersabda, "Orang yang terdekat denganku dihari kiamat adalah yg terbanyak membaca selawat kepadaku."
(HR.Tirmizi)

لا إلهَ إلاّ اللّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِين
La Ilaha Illallah Al-Malikul Haqqul Mubin.

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
“Bismillahilladzi La Yadhurru Ma’asmihi Syai’un fil Ardhi wa Laa fis Sama’i wa Huwas Sami’ul ‘Alim.”

"Alhamdulillahil ladzi ahyana ba'da ma amatana wailaihin nusyur"....
Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami dan kepadaNya kami dikembalikan.....

#islamituindah
#sharingseminit
🕋 @magnetrezekikesyurga