Majlis Sukan Sekolah Johor
5.74K subscribers
9.79K photos
40 videos
101 files
755 links
Download Telegram
Peluang untuk atlet-atlet sukan ragbi menyambung pengajian peringkat Diploma di *Kolej Profesional MARA Bandar Penawar (KPMBP)*
_Pengambilan Ogos 2025_

*SYARAT KEMASUKAN*
1️⃣ Berstatus *Bumiputera*
2️⃣ *3 kepujian* termasuk *Bahasa Melayu* dan *Lulus Bahasa Inggeris* *(sekurang-kurangnya D)* serta *Lulus Matematik* (Diploma in Integrated Logistics Management with Chartered Institute of Logistics and Transport)
3️⃣ *Kepujian* Bahasa Melayu dan Matematik serta *Lulus Bahasa Inggeris* *(sekurang-kurangnya D)* (Diploma in Accounting with Certificate of Data Analytics-ACCA)
⚠️ Pelajar yang tidak mendapat kepujian untuk Bahasa Inggeris (sekurang-kurangnya D), perlu mengikuti *Intensive English Program (IEP)* selama 2 bulan

*KURSUS YANG DITAWARKAN*
🔸️Diploma in Integrated Logistics Management with Chartered Institute of Logistics and Transport ⛟🛳 (2 tahun)
🔸️Diploma in Accounting with Certificate of Data Analytics-ACCA💲📈 (2 tahun)

*KELEBIHAN BELAJAR DI KPMBP*
▪️Yuran pengajian *ditanggung sepenuhnya* oleh pihak MARA 👍
▪️Yuran penginapan *ditanggung sepenuhnya* oleh pihak MARA 👍
▪️Elaun bulanan *RM300* 💵
▪️Diiktiraf *Agensi Kelayakan Malaysia MQA*
▪️Peluang *melanjutkan pengajian* di universiti awam dan swasta tempatan 🏫
▪️Peluang melanjutkan pelajaran di *universiti dalam dan luar negara* dengan pinjaman pelajaran MARA kepada graduan cemerlang 🛫
▪️Kerjasama dengan *universiti tempatan* bagi membuka peluang pelajar-atlet utk menyambung pengajian 🤝
▪️ *Kemudahan pembelajaran* yang kondusif 👨‍💻
▪️Pensyarah yang *mesra dan berkaliber* 👨‍🏫
▪️Sokongan penuh pihak pengurusan kolej dalam bidang *sukan dan kokurikulum* 🏆
▪️Kerjasama yang baik dengan *Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI)* dalam bidang akademik dan sukan 🤜🤛

*KEJAYAAN DALAM SUKAN RAGBI*
🔺️ *14 orang* pelajar KPMBP mewakili pasukan negeri masing-masing dalam Harps-MR Men's U19 Rugby Championship 2022 🏉
🔺️ *1 orang* pelajar KPMBP mewakili pasukan Malaysia U20 dalam AR U20 2023 di Nepal 🏉
🔺️ *5 orang* pelajar KPMBP mewakili pasukan negeri masing-masing di SUKMA 2024 🏉
🔺️ Naib Johan Cup ARDA 7's 2024 dan Johan Cup Piala Ketua Pengarah MARA 10's 2025 🏉

📱Untuk maklumat lebih lanjut, boleh berhubung terus dengan En Safuan (012-6970212) atau Coach Sufi (017-7102351)
📝 RUN WITH PENYU 5.0 KINI KEMBALI LAGI‼️
(Physical Event + Virtual Run)

PENGANJURAN BERSAMA EXCELL TEAM RESOURCES (ETR) bersama UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)
https://v2.checkpointspot.asia/event/rwp2025/r/EE08

‼️Mod penganjuran secara fizikal dan maya‼️

📆 TARIKH ACARA : 28 JUN 2025 @ 7.00 am - 11.00 am
VENUE : DATARAN CANSELOR, UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

📆 TARIKH TUTUP PENDAFTARAN :
28 MEI 2025 (kategori A,B,C,VR)

Berita baik untuk PELAJAR/MURID sekolah
Pihak penganjur telah membuat permohonan kebenaran penglibatan murid untuk menyertai acara ini kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian Sukan,Kokurikulum dan Kesenian KPM bagi membolehkan pelajar/murid yang menyertai acara ini mendapat pemarkahan yang lebih tinggi di dalam Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum(PAJSK)

Acara Run With Penyu 1.0 (2020), 2.0 (2022), 3.0 (2023) & 4.0 (2024) yang lalu telah mendapat pengiktirafan sebagai program peringkat kebangsaan oleh pihak KPM. PAJSK

💻 Untuk pendaftaran Online & maklumat lanjut, sila klik link dibawah
https://v2.checkpointspot.asia/event/rwp2025/r/EE08

🏆 HADIAH CABUTAN BERTUAH :
FAT BIKE, MTB BIKE, FITNESS BIKE, BARANGAN ELEKTRIK, PERALATAN/BARANGAN SUKAN, HAMPER DAN LAIN-LAIN HADIAH YANG MENARIK

Bagi guru2 yang berminat mendaftarkan murid secara berkumpulan, boleh pm terus ke pautan http://www.wasap.my/60196014778/RunWithPenyu
𝗦𝗜𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗚𝗕𝗜 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝗟𝟭𝟮 & 𝗫-𝗥𝗔𝗚𝗕𝗜 𝗣𝟭𝟲 𝟮𝟬𝟮𝟱

𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡 : 𝟐𝟗 & 𝟑𝟎 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟓
𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 : 𝐒𝐌𝐊 𝐃𝐚𝐭𝐨 𝐀𝐥𝐢 𝐇𝐣 𝐀𝐡𝐦𝐚𝐝, 𝐏𝐨𝐧𝐭𝐢𝐚𝐧

Siri pertama Pembangunan Ragbi Johor bagi kategori Lelaki Bawah 12 (L12) dan X-Ragbi Perempuan Bawah 16 (P16) telah berlangsung dengan jayanya selama dua hari di SMK Dato Ali Hj Ahmad, Pontian. Acara ini merupakan inisiatif penting dalam membina asas kukuh sukan ragbi di negeri Johor, terutamanya dalam melahirkan bakat-bakat muda yang berpotensi untuk mewakili negeri ke peringkat yang lebih tinggi.

𝐊𝐀𝐓𝐄𝐆𝐎𝐑𝐈 𝐋𝟏𝟐 (𝐑𝐀𝐆𝐁𝐈 𝐑𝐈𝐌𝐀𝐔)
Sebanyak 10 pasukan DTC (Development Training Centre) dari seluruh daerah Johor telah mengambil bahagian. Format Ragbi Rimau digunakan sebagai platform pembangunan dan persediaan menghadapi kejohanan MSSD dan MSSJ yang akan datang.

𝐊𝐞𝐩𝐮𝐭𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐮𝐡:
Cup
🥇 Johan: DTC JB
🥈 Naib Johan: DTC Pasir Gudang (PG)
🥉 Tempat Ke-3: DTC Mersing
🏅 Tempat Ke-4: DTC Kluang

Plate
🥇 Johan: DTC Kota Tinggi
🥈 Naib Johan: DTC Pontian
🥉 Tempat Ke-3: DTC Tangkak
🏅 Tempat Ke-4: DTC Muar

Bowl
🥇 Johan: DTC Segamat
🥈 Naib Johan: DTC Batu Pahat

𝐊𝐀𝐓𝐄𝐆𝐎𝐑𝐈 𝐏𝟏𝟔 (𝐗-𝐑𝐀𝐆𝐁𝐈)
Sebanyak 8 pasukan telah menyertai kategori ini yang bertujuan untuk mengumpul mata sebagai persediaan ke siri kedua pada Oktober 2025. Antara pasukan yang terlibat termasuklah :

SMK Seri Pulai Perdana
SMK Dato Ali Hj Ahmad
SMK Tunku Abdul Rahman Putra
SMK Medan
MSSD Johor Bahru
MSSD Pasir Gudang
Barbarians
SMK Tan Sri Jaafar Albar

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) menerusi MSSJ, Johor Rugby Union (JRU), Penaja kejohanan iaitu Faiz Sport, dan MILO atas sokongan padu yang berterusan dalam usaha membangunkan sukan ragbi di Johor. Diharapkan siri ini akan terus menjadi platform utama dalam mencungkil dan membentuk bakat-bakat baharu dalam arena ragbi tanah air.

#JohorJuniorSeries
#PembangunanSukanRagbiAkarUmbi
#DemiMSSJohor 🔥💙❤️
#UnleashingPotentialCreatingChampions
#BeyondPositiveThinking
#SmallMoveBigChange
#SportsDevelopmentRequireContinuousEffortAndSharpFocus
PENETAPAN 20 SUKAN TERAS PRESTASI TINGGI UNTUK MEMACU PEMBANGUNAN SUKAN NEGARA

Kerajaan telah menetapkan 20 jenis Sukan Teras Prestasi Tinggi sebagai langkah strategik untuk memperkukuh pembangunan sukan negara secara lebih cekap, sistematik dan berfokus.

Keputusan ini telah diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan (JKPS) Bil. 1/2025 yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri, pada 14 April yang lalu.

Menurut YAB Timbalan Perdana Menteri, penetapan ini akan melibatkan penyelarasan menyeluruh antara semua pemegang taruh sukan dan menjadi asas penting dalam memperkasa ekosistem sukan berprestasi tinggi negara.

Sukan-sukan yang disenaraikan di bawah kategori teras ini juga telah dikenal pasti berpotensi besar untuk menyumbang pingat dalam temasya-temasya sukan utama di peringkat antarabangsa.

#KitaSemuaTeamMAS
#Rise2Win
#ChampionsRising
#MalaysiaMADANI
Ingatan mesra:
KEJOHANAN AKUATIK MSSJ 2025

Tarikh tutup pendaftaran 25 April 2025. Mohon sekolah hubungi PTPS MSSD untuk mendaftar.

Sertai channel telegram untuk info-info terkini:
https://t.me/akuatikjohor2025

Pendaftaran LEWAT tidak akan dilayan.
Terima kasih
MAKLUMAN:
Penyertaan Akuatik MSSJ telah ditutup pada 25 April 2025.
Manakala 2-4 Mei 2025 adalah untuk proses semakan pendaftaran dan tarik diri sahaja.
Terima kasih.