Hebahan MPP UniSZA
5.05K subscribers
1.67K photos
27 videos
88 files
488 links
Channel ini ditubuhkan bagi memberi anda maklumat terkini berkenaan agenda, perancangan, Inspirasi dan Aktiviti-Aktiviti MPP UniSZA dan UniSZA.

Ayuh Viralkan penubuhan channel ini untuk hebahan. #MPPUniSZA #KamiMestiRajin
Download Telegram
[SALAM TAKZIAH]

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA menzahirkan ucapan takziah kepada semua ahli keluarga mangsa nahas kemalangan jalan raya membabitkan Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Unit 5 di Jalan Chikus - Sungai Lampam, Teluk Intan, Perak.

Kami juga mendoakan supaya mangsa-mangsa yang sedang dirawat di Hospital Teluk Intan diberi kesembuhan segera dan dapat kembali berkhidmat demi pasukan dan negara.

Sekian, terima kasih

"Mahasiswa Insani Membangun Aspirasi"

Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Sultan Zainal Abidin
Sesi 2024/2025

Ikuti berita dan maklumat hebahan dengan follow dan like kami di laman sosial berikut:

Facebook: Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA
Youtube: Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA
Telegram: Hebahan MPP UniSZA
Twitter: @mppuniszaoffcl
Instagram: @mppuniszaofficial
Tiktok: @mpp_unisza

#DemiUniSZA
#UniSZAPastiTahu
#IlmuDemiFaedahInsan
[UNITY FESTIVAL CITRA USAHAWAN]

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Sukacitanya Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin menyeru seluruh warga kampus untuk memeriahkan Unity Festival: Citra Usahawan yang akan berlangsung seperti berikut:

Tarikh: 15 sehingga 17 Mei 2025
Masa: 11:00 pagi sehingga 11:00 malam
Lokasi: Padang New Zealand, UniSZA Gong Badak

Pelbagai jualan makanan akan diadakan sepanjang program ini. Para pengunjung turut digalakkan untuk membawa tikar bagi keselesaan masing-masing. Ayuh bersama-sama kita meraikan semangat keusahawanan dan perpaduan dalam kalangan warga kampus.

Sekian, terima kasih.

"Mahasiswa Insani Membangun Aspirasi"

Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Sultan Zainal Abidin
Sesi 2024/2025

Ikuti berita dan maklumat hebahan dengan follow dan like kami di laman sosial berikut:

Facebook: Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA
Youtube: Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA
Telegram: Hebahan MPP UniSZA
Twitter: @mppuniszaoffcl
Instagram: @mppuniszaofficial
Tiktok: @mpp_unisza

#DemiUniSZA
#UniSZAPastiTahu
#IlmuDemiFaedahInsan
[KENYATAAN RASMI : ISU PENYALAHGUNAAN AKAUN BEKAS MPP UniSZA DI TIKTOK]

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (MPP UniSZA) memandang serius dan kesal terhadap penyebaran kandungan berunsur provokasi dan fitnah terhadap institusi UniSZA serta MPP UniSZA yang dimuat naik melalui akaun TikTok yang dipercayai milik bekas ahli MPP.

Hasil semakan awal mendapati pemilik asal akaun berkenaan telah mengesahkan bahawa akaun miliknya telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Penyalahgunaan akaun tersebut bagi menyebarkan kandungan negatif bukan sahaja menjejaskan imej UniSZA, malah boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan warga kampus dan masyarakat umum.

MPP UniSZA mengecam sekeras-kerasnya segala bentuk penyebaran maklumat palsu, fitnah, serta manipulasi fakta yang bertujuan mencemarkan reputasi institusi dan menjatuhkan kredibiliti kepimpinan pelajar secara tidak beretika.

Kami menyokong sepenuhnya usaha siasatan dan tindakan lanjut daripada pihak berwajib seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengelakkan insiden sebegini berulang. MPP UniSZA turut menasihatkan semua mahasiswa agar lebih cakna terhadap keselamatan digital masing-masing.

Sekian, terima kasih

"Mahasiswa Insani Membangun Aspirasi"

Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Sultan Zainal Abidin
Sesi 2024/2025

Ikuti berita dan maklumat hebahan dengan follow dan like kami di laman sosial berikut:

Facebook: Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA
Youtube: Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA
Telegram: Hebahan MPP UniSZA
Twitter: @mppuniszaoffcl
Instagram: @mppuniszaofficial
Tiktok: @mpp_unisza

#DemiUniSZA
#UniSZAPastiTahu
#IlmuDemiFaedahInsan
[MEMPERINGATI 77 TAHUN NAKBAH]

Hari Nakbah 77 Tahun
“Luka Yang Belum Sembuh”

Tanggal 15 Mei setiap tahun, dunia memperingati peristiwa Nakbah pertama — sebuah tragedi besar yang menimpa umat Islam dan rakyat Palestin pada tahun 1948.

Nakbah bermaksud "malapetaka" atau "bencana", merujuk kepada pengusiran paksa lebih 700,000 rakyat Palestin dari tanah air mereka selepas penubuhan negara haram Israel.

Rumah-rumah dihancurkan, keluarga dipisahkan, nyawa diragut dan tanah warisan dirampas.

Namun setelah 77 tahun, luka itu masih berdarah. Semangat rakyat Palestin tidak pernah padam, malah terus menyala dengan harapan dan perjuangan.

Hari ini kita tidak hanya mengenang sejarah, tetapi menunaikan amanah — untuk terus menyokong keadilan, membela kebenaran, dan mendoakan saudara kita di Palestin.

Dari Sungai ke Segara,
Palestin pasti MERDEKA!

Sekian, terima kasih

"Mahasiswa Insani Membangun Aspirasi"

Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Sultan Zainal Abidin
Sesi 2024/2025

Ikuti berita dan maklumat hebahan dengan follow dan like kami di laman sosial berikut:

Facebook: Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA
Youtube: Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA
Telegram: Hebahan MPP UniSZA
Twitter: @mppuniszaoffcl
Instagram: @mppuniszaofficial
Tiktok: @mpp_unisza

#DemiUniSZA
#UniSZAPastiTahu
#IlmuDemiFaedahInsan
[SELAMAT MENYAMBUT HARI BELIA NEGARA 2025]

Generasi muda, pemacu perubahan.
Selamat Hari Belia Negara 2025 kepada semua belia Malaysia!
YAKIN BOLEH!

#HBN2025 #YakinBoleh #TeamKBS #TeamJBSN #MalaysiaMADANI #RakanMuda

Sekian, terima kasih

"Mahasiswa Insani Membangun Aspirasi"

Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Sultan Zainal Abidin
Sesi 2024/2025

Ikuti berita dan maklumat hebahan dengan follow dan like kami di laman sosial berikut:

Facebook: Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA
Youtube: Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA
Telegram: Hebahan MPP UniSZA
Twitter: @mppuniszaoffcl
Instagram: @mppuniszaofficial
Tiktok: @mpp_unisza

#DemiUniSZA
#UniSZAPastiTahu
#IlmuDemiFaedahInsan
[SELAMAT HARI GURU 2025]

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua pendidik yang telah banyak berkorban tenaga, masa dan ilmu demi melahirkan generasi yang berilmu dan berakhlak mulia.

Sabda Rasulullah SAW:

"Sesungguhnya Allah, para malaikat dan semua makhluk yang ada di langit dan di bumi, hingga semut yang ada di sarangnya dan juga ikan (di lautan), semuanya berselawat kepada muallim (orang berilmu) yang mengajarkan kebaikan kepada manusia."
(HR Tirmidzi, No. 2865, Hadis Hasan)

Semoga segala jasa dan pengorbanan para guru diberkati Allah SWT dan diganjari dengan pahala yang berpanjangan.

“Guru Pemacu Reformasi Pendidikan”

Sekian, terima kasih

"Mahasiswa Insani Membangun Aspirasi"

Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Sultan Zainal Abidin
Sesi 2024/2025

Ikuti berita dan maklumat hebahan dengan follow dan like kami di laman sosial berikut:

Facebook: Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA
Youtube: Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA
Telegram: Hebahan MPP UniSZA
Twitter: @mppuniszaoffcl
Instagram: @mppuniszaofficial
Tiktok: @mpp_unisza

#DemiUniSZA
#UniSZAPastiTahu
#IlmuDemiFaedahInsan
[NOTIS LARANGAN AKTIVITI AIR]

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Adalah dimaklumkan bahawa semua mahasiswa/i UniSZA dilarang sama sekali mengadakan sebarang aktiviti air berkuat kuasa serta-merta.

Larangan ini adalah atas faktor keselamatan dan akan berkuat kuasa sehingga notis rasmi selanjutnya dikeluarkan oleh pihak universiti.

Sehubungan dengan itu, semua mahasiswa/i dimohon untuk mematuhi arahan ini demi kesejahteraan bersama.

Kerjasama semua mahasiswa amat dihargai.

Sekian, terima kasih

"Mahasiswa Insani Membangun Aspirasi"

Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Sultan Zainal Abidin
Sesi 2024/2025

Ikuti berita dan maklumat hebahan dengan follow dan like kami di laman sosial berikut:

Facebook: Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA
Youtube: Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA
Telegram: Hebahan MPP UniSZA
Twitter: @mppuniszaoffcl
Instagram: @mppuniszaofficial
Tiktok: @mpp_unisza

#DemiUniSZA
#UniSZAPastiTahu
#IlmuDemiFaedahInsan
[SALAM TAKZIAH]

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
“Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya jua kita kembali.”

Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA merakamkan ucapan takziah atas pemergian Saudara Abed Mifzal bin Azman, Pelajar Tahun 2 Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Islam), Fakulti Perniagaan dan Pengurusan yang telah kembali ke Rahmatullah pada 16 Mei 2025 bersamaan 18 Zulkaedah 1446H.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosanya, dan ditempatkan dalam kalangan para solihin, para syuhada dan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah.

Sekian, terima kasih

"Mahasiswa Insani Membangun Aspirasi"

Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Sultan Zainal Abidin
Sesi 2024/2025

Ikuti berita dan maklumat hebahan dengan follow dan like kami di laman sosial berikut:

Facebook: Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA
Youtube: Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA
Telegram: Hebahan MPP UniSZA
Twitter: @mppuniszaoffcl
Instagram: @mppuniszaofficial
Tiktok: @mpp_unisza

#DemiUniSZA
#UniSZAPastiTahu
#IlmuDemiFaedahInsan
[PROGRAM WEEK OF LEADERSHIP & FORTITUDE (WOLF) @ UNITY FESTIVAL]

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Ringkasan Program WOLF @ Unity Festival

Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA 2024/2025 akan menganjurkan Week of Leadership & Fortitude (WOLF) @ Unity Festival pada 29–31 Mei 2025.

Aktiviti utama:
Ukhuwwah Hour: Sesi santai kerohanian dan pemerkasaan nilai murni.
Pack Reconnect: Perkongsian inspirasi oleh alumni UniSZA.
BizSport Games: Pertandingan sukan seperti E-Sport, Bola Jaring & Futsal.

Sekian, terima kasih

"Mahasiswa Insani Membangun Aspirasi"

Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Sultan Zainal Abidin
Sesi 2024/2025

Ikuti berita dan maklumat hebahan dengan follow dan like kami di laman sosial berikut:

Facebook: Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA
Youtube: Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA
Telegram: Hebahan MPP UniSZA
Twitter: @mppuniszaoffcl
Instagram: @mppuniszaofficial
Tiktok: @mpp_unisza

#DemiUniSZA
#UniSZAPastiTahu
#IlmuDemiFaedahInsan
[SEKALUNG TAHNIAH]

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pencapaian Muhammad Irfan Ariff bin Mohd Asri, Presiden MPP UniSZA merangkap Timbalan Presiden MPPK memperoleh Tempat Ketiga (Kategori Individu Lelaki) sempena Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Terengganu 2025 pada 24 Mei 2025 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu.

سيروا على بركة الله