#Lawan Malaysia
4.96K subscribers
285 photos
31 videos
12 files
113 links
Kumpulan rakyat lawan kerajaan zalim dan pembunuh.

#TangkapAzamBaki - 22 January, 11AM, SOGO
Download Telegram
Penceramah pertama malam ini, saudara Syahmi 🔥
Apa nak jadi dengan negara kita?

#KerajaanGagal
"Dia [Ismail Sabri] perdana menteri, dia tak ada kes prima facie dan dia bertanggungjawab kepada negara dan rakyat jelata. Kalau rakyat menderita atau terkorban kerana banjir sebab kerajaan sibuk dengan pilihan raya, bukan Ahmad Zahid yang tanggung tapi dia."

https://www.malaysiakini.com/news/636229
KENYATAAN MEDIA
JAWATANKUASA GERAKAN TOLAK KERAJAAN GAGAL
Email: sekretariatkerajaangagal@gmail.com Telegram: t.me/turunmalaysia
[Untuk hebahan segera] 20 September 2022

Siasatan dan Pendakwaan Sia-sia dan Membazir Dana Awam, Henti siasat Aktivis.

Selepas beberapa siri penyiasatan dan pendakwaan ke atas aktivis pelajar dan politik, sekali lagi pada hari ini 3 lagi individu, YB Amira Aisya (ADUN Puteri Wangsa), YB Arthur Chiong (ADUN Bukit Batu) dan Sdri Rashifa Aljunied (Mahasiswa dan aktivis Parti MUDA) dipanggil untuk memberikan keterangan berkenaan siri jelajah Kerajaan Gagal yang berlangsung di Johor pada 2 September yang lepas. Mereka semua dipanggil bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 di Balai Polis Johor Bahru Selatan.

Setakat ini, sudah 4 individu (Mohd Hasbie Muda, Muhammad Sabda Suluh, Mohamad Aliff Naif dan Amir Abdul Hadi) didakwa di mahkamah dan ramai lagi disiasat di bawah pelbagai akta kerana menyuarakan skandal-skandal korupsi dan kelemahan kerajaan. Siri-siri siasatan dan pendakwaan ini merupakan alamat intimidasi oleh Kerajaan dalam usaha mendiamkan suara-suara kritikan ini.

Kami ingin menegaskan bahawa perhimpunan aman adalah hak yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan siasatan ini dan pendakwaan ini adalah perkara yang sia-sia. Ini adalah satu pembaziran sumber awam di mana PDRM dan Sistem Kehakiman Malaysia yang seharusnya menyasarkan sumber mereka ke arah mengurangkan jenayah dan korupsi, tetapi digunakan oleh Kerajaan bagi mendiamkan kritikan kepada mereka.

Tenaga yang digembleng untuk melawan korupsi di Malaysia tidak harus dibungkam kerana usaha rakyatlah yang telah menyuarakan tentang korupsi sehingga individu seperti Najib Razak dihadapkan ke muka pengadilan dan akhirnya dipenjara. Maka suara-suara menyuarakan salah guna kuasa dan penyelewengan tidak harus didiamkan dengan pelbagai jenis pendakwaan dan intimidasi.

Semoga Malaysia terus subur dalam mengembalikan hak bersuara kepada rakyat. Terus #Lawan!

Dikeluarkan oleh:
Jawatankuasa Gerakan Tolak Kerajaan Gagal
HIMPUNAN NYAWA DULU BARU PRU

Rakyat sudah muak dengan pemimpin tidak bertanggungjawab. Pentingkan kuasa lebih daripada keselamatan rakyat.

Jawatankuasa Nyawa Dulu Baru PRU telah mengadakan sidang media pada pukul 11 pagi pada 21 September 2022 untuk mengumumkan himpunan protes #NyawaDuluBaruPRU yang akan diadakan pada 24 September 2022 ini, pada pukul 4 petang berhadapan SOGO.

Dua perkara utama menjadi fokus dan tuntutan jawatankuasa #NyawaDuluBaruPRU

1. Menangguhkan pilihan raya umum (PRU) ke -15

2. Membentangkan rancangan untuk menghadapi banjir nasional


Mari semua kita turun! Jangan gentar! Kita perjuangkan nasib rakan-rakan dan saudara-mara kita!

Kerajaan perlu fokus pada rakyat!
Rakyat masih lagi trauma disebabkan musibah banjir sebelum ini.

Tapi malangnya ada ahli politik yang lebih pentingkan kuasa daripada nyawa rakyat.

*24 SEPT | SABTU | 4PM | SOGO*

#NyawaDuluBaruPRU
Forwarded from #NyawaDuluBaruPRU
Forwarded from #NyawaDuluBaruPRU
Rakyat masih lagi trauma disebabkan musibah banjir sebelum ini.

Tapi malangnya ada ahli politik yang lebih pentingkan kuasa daripada nyawa rakyat.

Jumpa hari ni pukul 4 di SOGO!

#NyawaDuluBaruPRU
Salam rakan-rakan

Sekarang musim benda macam2 di TikTok, media sosial etc.

Hasil perbincangan antara beberapa rakan dari sini, kita mgkn nak launch satu idea/hashtag yang simple utk media sosial:

1. Postkan
a) Gambar
b) Video
c) Cerita
d) all of the above

yang menunjukkan kemuhibahhan Malaysia. Rakan2 pelbagai kaum. Pengalaman dulu, dari muda atau sekarang.

2. Letak Hashtag #KitaKawan dan post tepat pada pukul 2:00pm. Jangan lupa like, share, retweet , repost dan rewhatsapp dia semua tempat

Kita rakyat Malaysia bersatu #Lawan permainan perkauman 🏴🏴🏴
Forwarded from #Undi18 (aeslinn)
🚨📬 PENDAFTARAN UNDI POS BAGI PRN KINI DIBUKA 📬🚨

Jika anda adalah seseorang warganegara Malaysia yang berasal dari Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor, atau Terengganu, INI ADALAH PELUANG ANDA UNTUK MEMASTIKAN SUARA ANDA DIDENGARI!

Layari myspr.spr.gov.my dan mendaftar akaun baharu, atau log masuk semula akaun yang dibuka pada masa pilihan raya yang lepas. Jom, mari kita mendaftar sekarang!